Ting-ting Kapal Terbang

17
1.0PENGENALAN Menurut Nani Menon (2008), permainan tradisional adalah sejenis permainan warisan nenek moyang. Ia adalah salah satu aktiviti bermain yang dicipta oleh nenek moyang kita yang dimainkan di seluruh rantau negeri Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Sesetengah permainan ini dimainkan di negara lain. Walau bagaimanapun nama permainan dan peraturannya mungkin berbeza antara satu negeri dengan negeri lain, tetap ikonsep permainan itu tetap sama. Satu perkara yang amat jelas terkandung dalam permainan tradisional ini adalah penerapan kemahiran social kepada setiap pemainnya. Di mana rata-rata didapati permainan tradisional yang dimainkan melibatkan lebih daripada dua orang. Secara tidak langsung ia menggalakkan interaksi sosial, sifat toleransi serta kerjasama. Permainan tradisional bukan sahaja menggalakkan perkembangan sosial, fizikal, mental malahan perkembangan emosi, pintar bahasa, ruang, interpersonal dan pintar alam. 2.0 Konsep Permainan Kanak-kanak Konsep permainan kanak-kanak bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping sebagai pengenalan kepada permainan- permainan utama. Permainan kanak-kanak ini berperanan seabagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan disamping

description

permainan tradisional

Transcript of Ting-ting Kapal Terbang

Page 1: Ting-ting Kapal Terbang

1.0 PENGENALAN

Menurut Nani Menon (2008), permainan tradisional adalah sejenis permainan warisan nenek

moyang. Ia adalah salah satu aktiviti bermain yang dicipta oleh nenek moyang kita yang

dimainkan di seluruh rantau negeri Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Sesetengah permainan ini

dimainkan di negara lain. Walau bagaimanapun nama permainan dan peraturannya mungkin

berbeza antara satu negeri dengan negeri lain, tetap ikonsep permainan itu tetap sama.

Satu perkara yang amat jelas terkandung dalam permainan tradisional ini adalah

penerapan kemahiran social kepada setiap pemainnya. Di mana rata-rata didapati permainan

tradisional yang dimainkan melibatkan lebih daripada dua orang. Secara tidak langsung ia

menggalakkan interaksi sosial, sifat toleransi serta kerjasama. Permainan tradisional bukan

sahaja menggalakkan perkembangan sosial, fizikal, mental malahan perkembangan emosi, pintar

bahasa, ruang, interpersonal dan pintar alam.

2.0 Konsep Permainan Kanak-kanak

Konsep permainan kanak-kanak bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan disamping

sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama. Permainan kanak-kanak ini berperanan

seabagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan toleransi bagi membina sifat-sifat

kerjasama dan semangat kesukanan disamping menggalakkan murid berfikir, menyelesaikan

masalah dan berkreatif. Dalam permainan ting-ting kapal terbang murid-murid dapat berfikir

bagaimana untuk melakukkan lompatan yang petak-petak itu telah dipenuhi dengan rumah-

rumah dan berusaha untuk menyelesaikan masalah sebelum melakukan lompatan.

Bermain ialah suatu aktiviti dan kualiti fikiran sesorang. Bermain merujuk kepada berbagai

kegiatan sukarela, termotivasi intrinsic yang biasanya bekait dengan kesenangan dan

keseronokan. Bermain boleh terdiri interaksi lucu, pura-pura atau khayalan antara perorangan

dan dengan diri atau mainan. Amalan permainan jelas di seluruh dunia dan dapat dilihat pada

manusia dan binatang, khususnya pada perkembangan kognitif dan sosialisasi mereka yang

terlibat dalam proses perkembangan dan yang masih muda. Bermain sering menggunakan alat

peraga, alatan dalam konteks pembelajaran dan rekreasi. Belajar melalui bermain adalah satu

teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga

Page 2: Ting-ting Kapal Terbang

akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang

hendak disampaikan. Menurut Caplan dan Caplan 1073, main sebagai penentu penting bagi

perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan social dan intelek

di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang

murid. Permainan juga dapat member pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan

kesamaan serta memperkuat kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti

fizikal di dalam kelas. Melalui permainan yang melibatkan perlumbaan misalnya permainan

yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara fizikal yang melibatkan pergerakkan

membaling, melompat dan sebagainya. Ini boleh dikaitkan dengan permainan ting-ting kapal

terbang.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada

kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada

mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak

akan dapat menguasai bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Menurut Caplan dan Caplan 1973, main satu penentu penting bagi perkembangan kekuatan

sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan social dan intelek di samping dapat

memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan

juga dapat member pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta

memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktviti fizikal yang

dilakukan di dalam kelas. Melalui permainan yang melibatkan perlumbaan misalnya permainan

ting-ting, permainan ini menggalakkan perkembangan kanak-kanak secara fizikal. Ini melibatkan

pergerakkan membaling, melompat dan sebagainya. Ini dapat diterjemahkan dalam permainan

teng-teng yang menggalakkan aktiviti sosial. Permainan ini melibatkan interaksi antara ahli

keluarga dengan anak atau interaksi antara anak dengan kawan-kawannya.

2.1 Kepentingan Permainan Kanak-Kanak

Permainan kanak-kanak merupakan permainan yang mempunyai pernanan yang penting dalam

Pendidikan Jasmani bagi murid-murid di sekolah rendah. Permainan ting-ting boleh diajar

semasa pengajaran Pendidikan Jasmani.. Walaupun objektif jangka pendek permainan kanak-

kanak adalah untuk menghiburkan murid-murid, tetapi permainan kanak-kanak member

Page 3: Ting-ting Kapal Terbang

sumbangan yang baik dan berkesan terhadap perkembangan kognitif, minda serta perkembangan

diri murid-murid. Selain itu, permainan tersebut berperanan mendedahkan murid-murid kepada

kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Di harap dengan pelaksanan permainan

yang berkesan akan melahirkan murid yang cemerlang baik dari segi akademik serta sahsiah

yang tinggi dalam menempuh cabaran yang mendatang sebagai seorang murid yang cemerlang,

gemilang dan terbilang.

3.0 Asal Usul Permainan Teng-teng Kapal Terbang

 

Permainan Teng-Teng Kapal Terbang , atau juga dikenali sebagai Ketinting ialah permainan

yang selalunya dimain oleh kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak

walaupun ia menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang

besar.

 

Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang

didalam sebuah gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam

satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia akan

memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.

 

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di

dalam satu gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek yang

menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

 

Matlamat

Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan

kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan

peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati

dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan.

Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung

terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Jengkek Kapal

Terbang".

Page 4: Ting-ting Kapal Terbang

Cara Bermain:

 

Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan

seterusnya. Kaedahnya ialah menggunakan lai lai li tam plong.

 

Ia adalah sejenis permainan yang dikenali sebagai teng-teng. Kebiasaannya permainan ini

dimainkan oleh kanak-kanak perempuan kerana permainan ini tidak begitu lasak.

Permainan ini hanya memerlukan di gelanggang yang kecil sahaja.

Teng-teng dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak yang terdiri daripada dua hingga empat

orang sahaja. Sekiranya lebih,ianya akan mendatangkan kesukaran bagi setiap pemain untuk

bermain kerana gelanggang teng-teng hanyalahbersaiz kecil sahaja. Dibawah ini merupakan

gelanggang teng-teng :)

Page 5: Ting-ting Kapal Terbang

Dikawasan kampung, gelanggang dibuat dengan hanya mengoreskan nya di atas tanah manakala

di kawasan perumahan yang tidak mempunyai halaman kapur bertulis akan digunakan untuk

dilukis di atas jalan bertar. Ada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.

i) membina rumah

Bagi membina rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan  

permulaan dan mencampakkan kedalam mana-mana petak dan disitulah kedudukkan rumahnya.

Sekiranya gundu yang dibaling terkena diatas garisan maka pemain tersebut dikira kalah. Setiap

pemain haruslah memijak kedua-dua belah kaki di petak rumah dan tidak dibenarkan memijak

petak rumah lawan. Sekiranya pemain memijak atau lupa maka ianya dikira kalah.

ii) Pemenang:  Pemenang di kira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat di kumpulkan

oleh pemain.

iii) Pemati : Pemain dikira mati sekiranya buah dilontar atau kaki terkena pada garisan petak.

Pemain juga dianggap mati apabila memijak dua belah kaki serentak kedalam sayap.

Untuk memulakan permainan, pemain pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak

pertama dengan cara membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang

lain. Jika gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain

seterusnya yang akan mengambil alih.

 

Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja,

tetapi jika ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke

dalam petak tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.

 

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan

mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu,

pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya,

gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran mereka, harus

melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Page 6: Ting-ting Kapal Terbang

Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan memandangkan

sebahagian besar pemain yang mengambil bahagian ialah kanak-kanak perempuan. Namun

begitu, tidaklah terlalu janggal sekiranya kanak-kanak lelaki pun turut bermain sama. Namun,

"kapal terbang" itu diperolehi daripada petak atau gelanggang itu yang khusus dibina untuk

bermain. Gelanggangnya terdiri daripada petak-petak empat persegi yang disusun sedemikian

rupa yang menampakkan imej sebuah "kapal terbang". Terdapat lima petak empat segi yang

dilakarkan sebaris. Pada petak ke empat terdapat tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di

kanan yang menimbulkan rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang. Di sebelah kanan pada

petak pertama pula terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang dipanggil

"tangga" yang kelihatan seperti ekor kapal terbang.

Kawasan bermain jengkek ini tidak perlu luas. Memadai jika kawasan itu dapat menampung 8

buah petak. Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap menunjukkan kewibawaan mereka.

Sedar dan tahu pentingnya keselamatan, mereka memberikan perhatian yang sewajarnya ke atas

tapak permainan. Jika terdapat tunggul atau kayu, maka dibersihkan dahulu. Keselamatan tapak

perlu dititikberatkan kerana tapak tidak mudah dipindah-pindahkan. Paling kurang, permainan

ini dimainkan oleh 2 orang. Jika lebih ramai yang terlibat, tentu lebih seronok.

Sebelum itu "buah" untuk permainan mesti disediakan, ianya diperbuat daripada sesuatu objek

yang agak sesuai contohnya kepingan papan penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar

hasil lemparan nanti lebih mantap. Bagi menentukan siapa yang layak mula dahulu, satu undian

yang unik dijalankan. Masing-masing berdiri bahu-membahu membelakangi garisan tadi.

Kemudian masing-masing melempar "buah" secara membelakang, sejauh yang mungkin. Siapa

yang jauh mendapat hak bermain yang pertama.

Permainan ini nampak mudah tetapi akan menyusul pelbagai halangan yang semakin lama

semakin sukar. Dalam pusingan pertama pemain disyaratkan membawa "buah" dengan cara

menatangnya di atas belakang tapak tangan. Jika "buah" terjatuh, pemain dikira "mati". Ini

bermakna pemain seterusnya mendapat peluang berjengkek. Jika pemain berjaya menamatkan 9

"ting" dan 2 "Brak" tanpa menjatuhkan "buah", dia perlu melambung "buah" dan menyambutnya

secara kaut dengan kedudukan tapak tangan menghala ke bawah.

Kemudian barulah dia berhak mendapatkan "rumah". "Buah" mestilah mendarat di mana-mana

petak iaitu dengan melempar membelakangi gelanggang untuk mendapatkan rumah. Dengan itu,

Page 7: Ting-ting Kapal Terbang

pemain lain tidak boleh bertingting lagi dalam petak "rumah" orang. Pemain lain boleh

bertingting di petak "rumah" orang dengan kebenaran tuannya.

Nilai juara dalam permainan tingting kapal terbang terletak pada "kemewahan" iaitu banyaknya

"rumah" yang berjaya dimiliki seseorang pemain. Malah permainan itu terpaksa ditamatkan

apabila semua petak sudah bertukar menjadi "rumah". Namun bukanlah secepat dan semudah itu

menukarkan semua petak menjadi "rumah". Seandainya "buah" yang dilemparkan mendarat di

"rumah" sendiri, maka rumah itu di kira "hangus" iaitu bertukar menjadi petak semula dan

pemain dikira "mati".

Sebenarnya, permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat kerjasama,

timbang rasa, tolak ansur, saling menghormati dan kesabaran.

4.0 Peranan pemainan Ting-ting dalam pembelajaran bersepadu

Kita sering menganggap main tidak memberi apa-apa faedah pada kanak-kanak. Guru dan ibu

bapa sering memarahi anak mereka jika mereka bermain sahaja tidak belajar. Pembelajaran

bersepadu merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang digunakan secara tidak formal dalam

aktiviti harian kanak-kanak di dalam kelas. Kanak-kanak akan terlibat secara aktif dan mereka

akan memperoleh ilmu atau kemahiran yang diajarm melibatkan semua deria kanak-kanak,

memperolehi kemahiran yang diajar dan penerapan nilai murni. Pembelajaran bersepadu

memudahkan lagi kanak-kanak memahami tentang kehidupan sebenar mereka. Disamping itu

juga menghubungkaitkan lebih daripada satu kompenan dalam aktiviti pembelajaran. Permainan

ini boleh menerapkan nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, berdisiplin dan kebersihan.

Kemahiran lain juga boleh digabungkan seperti kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis serta menggabungkan aspek-aspek perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan

intelek, fizikal, sosio, emosi dan bahasa.

4.1. Perkembangan Kognitif / Intelek

Perkembangan kognitif atau intelek akan melibatkan kebolehan dan keupayaan kanak-kanak

berfikir, memberi alasan dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif juga melibatkan

pemahaman konsep, penyelesaian masalah, mengenal objek dan mengingati idea atau sesuatu

perkara yang dipelajari atau peristiwa yang dilalui oleh mereka. Contohnya ketika main ting ting

Page 8: Ting-ting Kapal Terbang

kapal terbang, ia melibatkan perkembangan kognitif apabila kanak-kanak dapat menerap

permainan tersebut dengan berfikir untuk melakukan sebanyak mana membina rumah di

kawasan yang disediakan. Di samping itu, mereka juga dapat merasa objek yang dipegang iaitu

buah gundu yang digunakan untuk melempar dipetak-petak sebelum melakukan lompatan, ini

menggunakan imaginatif dan kreativiti serta keupayaan intelek. Contoh aktiviti lain seperti

membuat binaan rumah di dalam petak yang disediakan dengan menggunakan imaginasi dan

kreativiti agar berbeza dengan pemain lain.

4.2 Perkembangan Sosio Emosi

Ketika aktiviti bermain ting ting kanak-kanak ini akan dapat berinterksi di antara satu sama lain.

Mereka akan cuba mengenali setiap individu kanak-kanak lain. Di sini kanak-kanak cuba untuk

mengawal emosi mereka ketka bermain serta mengenali dan memahami emosi kanak-kanak lain.

Di sinilah kanak-kanak cuba bersosial dan mereka akan bersikap tolak ansur dan sekiranya

mengkehendaki sesuatu mereka meminta izin terlebih dahulu.

4.3 Perkembangan Fizikal

Dari aspek perkembangan fizikal pula ketika bermain ting ting, kanak-kanak dapat menggunakan

kekuatan fizikal untuk melakukan lompatan menggunakan sebelah kaki ketika melompat ke

dalam petak-petak yang disediakan dan membuat pendaratan dengan kemas agar tidak terpijak

rumah-rumah yang telah dibina dalam petak tersebut. Mereka juga dapat melukis gambar rumah

di dalam petak yang berjaya diperolehi melalui lemparan yang dibuat oleh pemain.

4.4 Perkembangan Bahasa

Ketika bermain ting ting ini, akan wujud interaksi di antara pemain. Secara tidak langsung akan

mengingkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak ketika bermain dan berinteraksi dengan rakan

sebaya. Kemahiran melukis dan mengira juga dapat diterap dalam permainan ini.

4.5 Pemahaman Konsep

Kanak-kanak tidak sedar ketiga bermain mereka telah mempelajari sesuatu, contoh dalam aktiviti

membina rumah, pemenang dan pemati. Mereka perlu faham bagaimana melakukan aktiviti

Page 9: Ting-ting Kapal Terbang

tersebut. Pemahaman konsep merupakan salah satu aspek di bawah perkembangan kognitif.

Begitu juga dengan penyelesaian masalah.

4.6 Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah merupakan aspek terpenting dalam perkembangan kognitif dan sukar

dicapai oleh kanak-kanak. Contohnya ketika bermain, kita dapat lihat bagaimana mereka

menyelesaikan sesuatu masalah seperti alat tidak cukup bagaimana mereka mengatasi masalah

tersebut sama ada meminta dari rakan dan sebagainya.

4.7 Mengatasi Tekanan / Rasa Takut

Ketika aktiviti bermain sudah pasti kanak-kanak dapat mengatasi masalah tekanan atau rasa

takut. Ini kerana aktiviti bermain adalah sesuatu yang menyeronokkan jadi mereka tidak perlu

rasa takut atau bimbang pada sesuatu.

5.0 Permainan ting ting dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Ramai pengkaji telah menegaskan dan memberi pandangan yang positif tentang main. Menurut

mereka main boleh meningkatkan perkembangan kognitif/intelek, sosial, kreativiti dan bahasa

kanak-kanak.

5.1 Perkembangan Kognitif / Intelek

Piaget (1932) menegaskan bahawa kanak-kanak menggunakan main sebagai cara untuk mencuba

sesuatu yang telah diketahui dan membina pemahaman yang ada. Setelah ini kanak-kanak akan

menginterprestasikan pengetahuan yang mereka ada dengan pengalaman baru. Kanak-kanak

melalui bermain akan berpeluang menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah-kaedah

tertentu seperti menggunakan kapur untuk melukis gambar gelanggang ting ting dan

menggunakan serpihan mozek untuk membuat gundu atau buah.

Page 10: Ting-ting Kapal Terbang

5.2 Perkembangan Sosial

Main boleh meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. Ketika bermain mereka akan

berinteraksi di antara satu sama lain. Mereka berpeluang untuk bersikap tolak ansur, menunggu

giliran, bekerjasama dan sebagainya dalam meningkatkan perkembangan sosial di antara rakan

sebaya ketika aktiviti bermain. Perkembangan sosial kanak-kanak meningkat sekiranya mereka

dapat berkongsi peralatan main dan menerima pandangan dari rakan sepermainan mereka.

5.3 Perkembangan Bahasa

Main ting ting boleh mendedahkan kanak-kanak tentang penggunaan bahasa, istilah atau ayat

dalam bahasa yang sering digunakan mengikut sesuatu situasi. Contohnya, sekiranya kanak-

kanak ingin bermain bersama rakan mereka perlu berinteraksi dan bertanya adakah mereka boleh

bermain besama-sama. Struktur ayat yang diguna perlu sesuai pada tempat dan situasi yang

betul. Begitu juga dengan pengguna istilah seperti “hangus” “gundu”, “mati” merupakan kosa

kata yang perlu diketahui oleh kanak-kanak dalam permainan ting ting kapal terbang.

6.0 Kesimpulan

Permainan tradisional amat penting dalam mengekalkan warisan budaya Melayu.Di

samping itu, melalui permainan tradisional, murid-murid dapat membina sifat-sifat jasmani dan

sosial yang positif seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Secara konklusinya, faedah yang diperolehi melalu permainan teng teng kapal terbang

ialah dapat meningkatkan kemahiran motor kasar melalui aktiviti berlari dan melompat.

Manakala aspek kognitif peserta berkembang melalui permainan tradisional ini dan perlu ada

strategi permainan. Antara strateginya adalah peserta perlu pandai mengagak. Selain itu, peserta

dapat meningkatkan kemahiran sewaktu menggunakan ruang sempit terutama apabila melompat

dan melempar buah mendapatkan ruang kosong untuk membuat rumah.

Page 11: Ting-ting Kapal Terbang

Bilblografi:

HasnahUdin, ZainuddinJamil. (1987). Jan-Jan Jala. Kuala Lumpur: DewanBahasadanPustaka.

NaniMenon. (2008). PermainanLagudanPuisiKanak-Kanak.PTS Pofesional Publishing Sdn. Bhd.

[n.d.].Skor Mata Lari 100 Meter.http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/2011/1312873137.pdf.Dicapaipada 17 Februari 2013.

Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak. (1999). Pendidikan prasekolah untuk guru. Selangor:

Utusan Pub Distributors Sdn Bhd.

Fromberg, D.P. (2002). Play and meaning in earl childhood education. Boston: Allyn and

Bacon.

Isenberg, J.P., & Jolonggo, M.R. (1997), Creative expression and play in early childhood (2nd

ed.). New Jersey: Prentice Hall.

Nani Menon & Rohani Abdullah. (2003). Panduan mengembangkan daya fikir kanak-kanak

prasekolah. Kuala Lumpur : PTS & Dist. Sdn. Bhd.