tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)

21
Tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad Al-Fatih dalam menawan Constentinople daripada Byzantine Azam bin Khuzaimi

Transcript of tindakan Sultan alfatih untuk mengambil kota Constantinople (Istanbul)

Tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad Al-Fatih dalam menawan Constentinople daripada

Byzantine

Azam bin Khuzaimi

bendera Kota Constentinople

LATAR BELAKANG SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

1) Nama sebenar baginda ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid

2) Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 M (26 Rejab tahun 833 H) di Adrianapolis (sebuah bandar bersempadankan Turki-Bulgaria dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 M ketika berumur 49 tahun.

3) Baginda dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fatih kerana kejayaannya membebaskan kota konstantinople.

4) Baginda menaiki takhta seawal usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya, iaitu Sultan Murad II.

5) Baginda telah memerintah empayar yang begitu luas selama hampir 30 tahun, iaitu antara tahun 1451 hingga 1481 M .

6) Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan seorang panglima tentera yang agung. Sepanjang pemerintahannya baginda telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan .

Sabda Rasulullah S.A.W : akan dibebaskan kota konstantinopleitu… maka sebaik-baik RAJA itulah RAJAnya…sebaik-baik TENTERA itulah TENTERAnya ….

SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH

USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN OLEH SULTAN MUHAMMAD AL-FATIH DALAM USAHA BAGINDA MEMBEBASKAN KOTA KONSTANTINOPLE DARIPADA BYZANTINE

Persiapan perang kedua belah

pihak

Awal pengepungan

Midfa’ Sulthoniy, meriam raksasa

penggetar Konstantinople.

Pembebasan kota Konstantinople

1 Persiapan Perang Kedua Belah Pihak

1) Sebagai langkah awal untuk mewujudkan impian ini, Sultan Muhammad Al-Fatih terlebih dahulu mengumumkan pengumuman perang terhadap Konstantinople.

2) Kemudian pemimpin ke-7 Daulah Utsmaniyah ini datang mengepung benteng Konstantinople bersama 250 000 pasukannya.

3) Setelah mengepung selama tiga hari, Sultan Al-Fatih kemudian menarik kembali pasukannya pulang.

4) Namun tujuan utama Sultan Muhammad al-Fatih mengadakan pengepungan ini bukan untuk menghancurkan tembok Konstantinople, tetapi lebih ditujukan untuk mengenal lebih jauh ketahanan benteng Konstantinople dari jarak dekat bagaimana struktur militer dan menara-menara pertahanan yang mengitari benteng tersebut.

tembok 3 Lapis Constentinople

gelombang kedua, mulai menyerang tembok kota

5) Penguasa Konstantinople iaitu Constantine XI memerintahkan tenteranya untuk menangkap setiap orang Turki yang ada di kotanya, sebagai balasan atas pernyataan perang Sultan Al-Fatih.

6) Para penguasa Konstantinople mengirim utusan ke Eropah untuk meminta bantuan daripada sekutu-sekutu mereka yang ada di sana Seperti Wallachia, Serbia dan Hungry.

7) Para sekutu di Eropah pun menjawab permintaan rakan-rakan mereka di Konstantinople dengan mengirimkan beberapa kapal yang berisi bala tentera untuk membantu mereka.

8) Kemudian, pemerintah konstantinople mengarahkan tenteranya supaya meletakkan rantai besi di daerah teluk. Rantai besi ini akan di tarik ke permukaan air jika ada kapal yang hendak masuk tanpa izin mereka.

2) Midfa’ Sulthoniy, meriam raksasa penggetar Konstantinopel.

1) Seorang ahli pembuat meriam dari kota Konstantinople menawarkan jasa keahliannya membuat meriam kepada Sultan Muhammad al-Fatih yang mana sebelumnya lelaki ini bekerja untuk kostantinopel.

2) Namun, kerana pemerintah Konstantinople tidak membayar upah yang dijanjikan kepadanya, ia akhirnya membelot dan menawarkan jasanya kepada Sultan Al-Fatih untuk membina meriam.

• 3) Selang tiga bulan kemudian, ahli pembuat meriam ini berjaya menyelesaikan penggarapan sejumlah meriam untuk memperkuat pasukan Sultan Al-Fatih.

4) Di antaranya terdapat sebuah meriam raksasa yang belum pernah dibuat di muka bumi ini. Beratnya sekitar tujuh ratus tan. Peluru meriamnya juga memiliki ukuran yang sangat besar. Diperlukan seratus ekor kerbau ditambah seratus orang lelaki yang kuat untuk menarik atau memindahkan meriam ini dari satu tempat ke yang tempat lain. Meriam ini akhirnya di namakan dengan nama Midfa’ Sulthoniy atau meriam sang Sultan.

Midfa’ Sulthoniy

3) Awal pengepungan1) Setelah proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad al-Fatih tiba di kota Konstantinopel pada bulan April 1453 M bersama 250 000 orang lebih tentaranya.

2) Kemudian, Sultan Al-Fatih menyusun strategi perang untuk menggempur tembok konstantinople

3) Setiap penjuru kota Konstantinople di kepung oleh tentera Sultan Al-Fatih dan bersedia untuk melakukan serangan.

4) Selain itu, Sultan Al-Fatih mengarahkan agar 300 buah kapal mengepung kota Konstantinople dari arah laut bagi menyekat kemasukan dan bantuan ketenteraan dari arah laut Rumanus dan menghancurkan rantai besi yang diletakkan oleh tentera Konstantinople di teluk.

5) Setelah semua tentera mengambil posisi masing2, Sultan Al-Fatih menghantar surat kepada pemerintah Konstantinople agar menyerahkan kota tersebut secara baik-baik kepada kaum muslimin

6) Jika hal itu dilakukan, Sultan berjanji untuk melayani masyarakat Konstantinople dengan baik dan menjamin keselamatan jiwa, harta, serta kebebasan beragama mereka.

7) Namun tawaran Sultan Al-Fatih ditolak mentah-mentah oleh pemimpin Konstantinople.

8) Ini kerana mereka berasa yakin dengan ketahanan benteng dan tentera mereka yang mahir berperang.

4 PEMBEBASAN KOTA KONSTANTINOPLE

1) Baginda membawa bersama bersama dalam batalionnya para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar jihad tenteranya.

2) Baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine begitu gementarbmelihat kira-kira 250 000 orang tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan suara takbir yang memecah kesunyian alam

3) Kota Konstantinople mula diserang dan dihujani oleh peluru daripada meriam raksasa, namun hanya merosakkan sebahagian daripada dinding luar kota tersebut.

4) Baginda kemudiannya memerintahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada kota Konstantinople serta boleh memuatkan ratusan tentera Islam di dalamnya. Namun tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut.

5) Tentera laut Byzantinr mendapat bantuan dari Vatican dan Eropah yang menghantar sebanyak lima buah armada. Maharaja Byzantine cuba memperdaya Sultan Al-fatih dengan pelbagai tawaran, hadiah dan rasuah bagi menyelamatkan kedudukannya tetapi ditolak dengan tegas oleh baginda

SOLAT BERJEMAAH

6) Sultan Al-fatih menggunakan satu kaedah yang luar biasa apabila baginda dan tenteranya telah membawa kapal-kapal perang melalui jalan darat di atas gunung sebelum meluncurkannya semula ke Teluk Goldern Horn..

7) Kapal-kapal Byzantine kemudiannya habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pemerintahan Byzantine menjadi semakin lemah.

8) Tentera Islam diberikan motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama dan mengingatkan agar sentiasa bermunajat kepada Allah S.W.T .

9) Strategi seterusnya ialah tentera islam berusaha memanjat dinding kubu kota dengan menggunakan tangga dan cuba merobohkannnya dengan lastik yang besar, namun strategi tersebut berjaya dipatahkan. Ramai tentera Islam menjadi syuhada.

10) Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda akan berakhir dengan kejayaan telah menghilangkan keyakinan dalam kalangan sebahagian tentera islam.

11) Sultan Al-Fatih menyampaikan pidato untuk menaikkan kembali semangat para mujahid islam. Tindakan tersebut ternyata dapat menaikkan kembali semangat tentera islam. Mereka melaungkan takbir yang telah mengisi ruang angkasa Konstantinople dan ini memberikan kesan serangan psikologi kepada pihak musuh.

12) Ketika kekalutan di Kota Konstantinople belum pun reda, pihak musuh pula telah mendapat tahu bahawa tentera islam telah mengorek lubang terowong untuk memasuki kota tersebut.

13) Pada 29 Mei 1453 M, baginda bersama tenteranya yang hebat berjaya menawan kota Konstantinople.

serangan terakhir sebelum takluknya kota

KESIMPULAN

Baginda telah membuktikan kebenaran hadis Nabi Muhammad S.A.W . Kota Konstantinople telah ditukar namanya kepada Istanbul yang kemudiannya dijadikan sebagai ibu kota pemerintahan khalifah Uthmaniyah. Selain itu, Gereja St.Sophies telah ditukar menjadi Masjid Aya Sofya