Thesis Cikgu Wira baru
-
Upload
azwira-abu -
Category
Documents
-
view
292 -
download
3
description
Transcript of Thesis Cikgu Wira baru
APLIKASI GURU DALAM MENINGKATKAN KETANGKASAN MURID TAHUN 4
MENGGUNAKAN KAEDAH LATIHAN LITAR.
OLEH
AZWIRA BIN ABU
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan
dengan Kepujian Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PERLIS
APRIL 2015
1
PENGESAHAN PENSYARAH PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya
ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
dengan Kepujian Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah”
Tanda tangan :………………………………………………..
Nama penyelia :………………………………………………..
Tarikh :………………………………………………..
2
PENGAKUAN
“Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tanda tangan :
Nama penulis : AZWIRA BIN ABU
Tarikh :
3
DEDIKASI
Ayah dan ibu yang disayangi
Abang-abang saya,
Kakak saya,
Kasih saying lkalian sentiasa membakar
Semangatku untuk meneruskan perjuangan ini
Buat pensyarah penyelia
Terima kasih diatas ilmu yang dikau curahkan
Pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan kesihatan IPG kampus perlis
Dan rakan-rakan seperjuangan opsyen Pendidikan Jasmani
Doa kalian memberikan aku kekuatan
Untuk terus berusaha bersunguh-sungguh
Demi menggenggam segulung ijazah
Terima kasih semua……. Jasamu dikenang….
4
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim… bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurniaNya saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini dengan sempurna dan tepat pada masa.
Sebelum menyiapkan kajian tindakan ini saya telah mengumpul bebrapa maklumat berkaitan
dengan tajuk yang saya pilih pada semester lepas. Antara sumber yang diperolehi ialah Pusat
Sumber IPG Perlis, dari internet dan dari pensyarah sendiri. Daripada maklumat yang diperoleh
saya berusaha menyiapkan kerja kursus ini.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua terutama
pensyarah penyelia iaitu Tuan Haji Rosley Bin Abdullah yang banyak memberi tunjuk ajar dan
panduan, kawan-kawan yang sedia berkongsi maklumat dan pendapat, serta yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung.
Melalui kajian tindakan ini, saya telah medapat bimbingan dan kerjasan yang baik
daripada pensyarah Jabatan pendidikan Jasmani Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Jutaan
penghargaan kepada guru besar, responden dan pihak sekolah yang sudi memberi kerjasama dan
kebenaran sepanjang penyelidikan dijalankan.
Akhir kata, sekali lagi ribuan terima kasih dan sekalung budi kepada individu yang
banyak membantu dalam menyiapkan kajian tindakan ini dengan sempurna.
Sekian terima kasih.
5
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan tahap ketangkasan muris tahun 4
melalui kaedah latihan litar yang telah diubah suaikan. Temu bual, pemerhatian dan ujian Illinois
digunakan sebagai instrument sepanjang kajian ini dijalankan. Instrument ini digunakan bagi
mengenal pasti peningkatan keupayaan murid dalam aspek ketangkasan. Responden kajian
adalah terdiri daripada sepuluh orang murid Tahun 4 cemerlang Sekolah Kebangsaan Kongsi
yang datang dari pelbagai latar belakang keluarga dan pencapaian dalam bidang sukan yang
berbeza. Dalam temu bual pula, pengkaji telah mencatat maklum balas murid-murid semasa
temu bual dilaksanakan yang mengandungi lima soalan berdasarkan pengalaman dan perasaan
responden. Pengkaji juga telah menggunakan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik.
Ujian Illinoisdijalakan untuk meningkatkan keboleh percayaan data kajian. Keseluruhannya,
kajian ini menunjukkan bahawa pengaplikasi kaedah latihan litar yang telah diubah suaikan ini
dapat meningkatkan tahap ketangkasan murid terutamanya dalam permainan yang melibatkan
ketangkasan.
6
ABSTRACT
This action research was conducted to improve the agility of year 4 people through modified
circuit training method. Illinois test interviews, and observation instruments where used
throughout the study. This instruments where used to identify pupils’ capacity in terms of agility.
Respondents where comprised of ten peoples in year 4 Cemerlang Sekolah kebangsaan Kongsi
that come from various family background and achievements in the field of sports. The
researcher used the method of data collection through observation, interview and Illinois. In
interviews, the researcher recorded the pupils’ feedback during the interview conducted
consisting of five questions based on the experiences and feelings of the pupils. The researcher
have also used Illinois test to improve the reliability of the researcher data. Overall, this study
showed that the application of modified circuit training method can increase agility of students,
particularly in games involving agility.
7
KANDUNGAN
PENGESAHAN PENSYARAH PENYELIA 2
PENGAKUAN 3
DEDIKASI 4
PENGHARGAAN 5
ABSTRAK 6
ABSTRACT 7
SENARAI JADUAL 11
SENARAI GRAF 13
1.0 SENARAI LAMPIRAN
1.1 Pengenalan
1.2 Refleksi Pengalaman Pengajaran yang Lalu
1.3 Refleksi Sorotan Literature
14
15
17
19
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu kajian
24
24
8
2.2 Tinjauan Masalah
2.3 Analisis Tinjauan Masalah
2.4 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
25
31
33
3.0 MODEL KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Model Kajian
36
36
37
4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
38
38
5.0 SOROTAN KAJIAN
5.1 Pengenalan
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1Pengenalan
7.0 TINDAKAN
7.1Pengenalan
42
42
45
45
47
47
9
7.2Prosedur Pelaksanaan Tindakan
7.3Cara Pengumpulan Data/Penganalisasi Data
7.3.2 Pemerhatian
7.3.3 Ujian Illinois
7.4 Analisis dan Interpretasi Data
7.4.1 Temu bual
7.4.2 Pemerhatian
7.4.3 Ujian Illinois
7.5 Dapatan dan Kesimpulan
7.6 Refleksi
7.7 Cadangan Untuk Tindakan Seterusnya
8.0 RUMUSAN
9.0 KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA
SENARAI RUJUKAN
48
54
58
64
66
68
69
70
71
SENARAI JADUAL
10
Jadual 1 Petunjuk skor Tahap Ketangkasan Perempuan 27
Jadual 2 Petunjuk Skor Tahap Ketangkasan Lelaki 28
Jadual 3 Keputusan Tahap ketangkasan Murid-Murid Lelaki 28
Jadual 4 Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Perempuan 28
Jadual 5 Keputusan Keseluruhan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki dan
perempuan
28
Jadual 6 Peratusan Tahap Ketangkasan lelaki dan Perempuan 29
Jadual 7 Subejk Kajian, Jantina serta Kelas 46
Jadual 8 Kemahiran yang terlibat dalam stesen latihan litar 51
Jadual 9 Pelaksanaa Intervensi latihan Litar 52
Jadual 10 Pelaksanaa Latihan Litar 53
Jadual 11 soalan Yang Digunakan Oleh pengkaji semasa Menemu Bual Responden 55
Jadual 12 Borang Pengkaji Semasa Melakukan Pemerhatian 56
Jadual 13 Borang Markah Ujian Illinois 57
Jadual 14 Peristiwa Yang Direkodkan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran 61
Jadual 15 Borang markah Ujian Illinois 62
SENARAI RAJAH
11
Rajah 1. 1 Ujian Illinois 26
Rajah 2. 2 Stesen Latihan Litar 49
SENARAI GRAF
12
Graf 1 Peratusan Tahap ketangkasan Murid lelaki dan Perempuan 29
SENARAI LAMPIRAN
13
Lampiran 1 72
Lampiran 2 73
1.0 PENDAHULUAN
14
1.1 Pengenalan
Menurut Wee Eng Hoe (1996) kecergasan fizikal tebahagi kepada dua bahgian.
Bahagian pertama ialah kecergasan fizikal berasakan kesihatan. Pecahan kecilnya
ialah daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh
badan serta kelenturan. Bahagian kedua pula ialah kecergasan fizikal berasakan
perlakuan motor. Bahagian ini merangkumi ketangkasaan, korodinasi, kuasa,
imbangna, masa tindak balas dan juga kelajuan.
Di dalam beberapa permainan seperti Bola Sepak, Bola Baling dan juga
Badminton (Buku Teks Pendidkan Jasmani Tahun 6) amat memerlukan atlet
menguasai ketangkasan. Ketangkasan akan membantu atlet untuk bertindak
dengan pantas dan selamat tanpa ragu-ragu. Hal ini mendorong pengkaji untuk
menjalankan kajian berkaitan cara untuk meningkatkan ketangkasan kanak-kanak.
Merujuk kjepada Johnson dan Nelson (1986), ketangkasan diertikan sebagai
kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badannya dan arah
pergerakan dengan cepat dan tepat. Jika melalui pandangan Clake pula,
ketangkasan ialah kelajuan menukar arah dan kedudukan badan.
Sheikh Kamaruddin dan Sarjit Singh (1987) pula menyatakan ketangkasan ialah
kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat yang boleh untuk
membantunya dalam situasi permainan dan ketika kecemasan bertujuan mahu
menyelamatkan diri.
Latihan litar merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan ketangkasan.
Latihan litar ini telah diperkenalkan oleh R.E morgan dan G.T Adamson pada
tahun 1953.
15
Menurut Fox dan Matthew (1984) latihan litar dapat dikatakan sebagai satu
program latihan yang dirangka dengan stesen-stesen tertentu. Aktiviti-aktivit
stesen ini dilaksanakan dalam masa yang ditetapkan. Satu litar dikira lengkap
apabila semua aktivit yang dirancang telah dilaksanakan.
Jadi pengkaji telah memilih untuk melaksanakan intervensi menggunakan latihan
litar bagi membantu subjek kajian meningkatkan tahap ketangkasan mereka.
1.2 Refleksi Pengalaman Pengajaran Yang Lalu
16
Setelah melalui tiga fasa praktikum di tiga buah sekolah yang berbeza, pengkaji
telah dapat mengesan satu masalah yang ketara dalam kalangan murid tahap dua
yang diajar oleh pengkaji. Murid –murid ini,seolah-olah tidak dapat menguasai
ketangkasan.Melalui pemerhatian pengkaji sewaktu menjalankan
pengajaran,beberapa masalah yang timbul antaranya ialah:
kebanyakan murid yang mengikuti sukan dan permainan bola jarring di sekolah,
mengahadapi masalah dalam pergerakan tukar arah semasa dalam situasi
permainan bola jarring. Punca yang mendorong kepada pemasalah ini mungkin
disebabkan kurangnya pendedahan tentang kemahiran khusus dalam bola
17nstrum. Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran yang mudah iaitu
kemahiran hantaran, lontaran, gerak kaki, dan menjaring tetapi mempunyai
masalah dalam kemahiran mengacah atau lebih dikenali sebagai kemahiran
kawalan
ketika bermain permainan bola baling, sebahagian murid dilihat tidak mampu
untuk menjadi penyerang dan juga bermain sebagai pertahanan. Sebagai satu
contoh situasi, penyerang telah kehilangan bola kepada pihak lawan lalu pihak
lawan melakukan serangan balas. Pemain penyerang yang kehilangan bola itu
tidak membantu rakan-rakan yang lain untuk bertahan.
Pada kemuncak pemainan kecil yang dijalankan, pengkaji telah memilih untuk
menjalankan pemainan galah panjang, murid-murid tidak dapat mengelakkan diri
dengan baik daripada disentuh oleh kumpulan berlawan.
Keadaan seperti ini, mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian berkaitan
ketangkasan seterusnya mengaplikasikan penggunaan latihan litar terhadap
responden. Pengkaji ingin mencari penyelesaian bagi masalah penguasaan salah
satu aspek kecergasan yang sangat penting ini. Semoga dengan kajian ini, dapat
17
membantu mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam permainan yang
mereka ceburi.
1.3 Refleksi Sorotan Literature
18
Kajian berkaitan ketangkasan yang ingin dijalankan oleh pengkaji ini menerapkan
aspek peniruan. Di mana, subjek kajian melihat, memerhati dan juga cuba untuk
memahami demonstrasi yang ditunjukkan oleh pengkaji tentang bagaimana mahu
menjalankan Ujian Illinois dan cara untuk melengkapkan latihan litar yang dipilih
untuk dijadikan intervensi.
Teori Albert Bandura (1986) menyatakan bahawa, terdapat empat unsur utama
dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan. Pertama ialah,
perhatian, kedua mengingat, kemudian menuju kepada reproduksi dan seterusnya
ke peringkat peneguhan dan motivasi.
Subjek kajian perlu menumpukan perhatian kepada demonstrasi yang ditunjukkan
pengkaji. Terdapat beberapa 19nstru yang mempengaruhi perhatian subjek kajian
kepada demonstrasi yang ditunjukkan pengkaji. Contoh 19nstru yang
mempengaruhi perhatian subjek kajian ialah, umur, jantina, status dan hubungan
subjek kajian dengan pengkaji. Melalui kajian yang bakal dijalankan ini, subjek
kajian diajar untuk menerima dengan baik tentang arahan yang diberikan oleh
pengkaji. Jadi, sebelum kajian dilaksanakan, pengkaji telah terlebih dahulu
meminta persetujuan daripada subjek kajian. Ini bertujuan untuk memupuk
hubungan baik antara pengkaji dan subjek demi memastikan kelancaran
perjalanan kajian yang telah dijalankan.
Seterusnya, subjek kajian perlu mengingat setiap butiran dan demonstrasi
yang ditunjukkan pengkaji. Perkara ini dapat dilakukan dengan bantuan pengkaji,
secara verbal atau imagineri mental dan pemerhatian serta lakukan fizikal.
Demonstrasi secara fizikal
Dilakukan dengan bantuan penerangan secara verbal. Selain itu, kad-kad bertulis
dilihat dapat membantu meningkatkan ingatan subjek kajian berkaitan lakuan
yang dikehendaki. Melalui kad-kad yang disediakan ini, pengkaji telah memilih
kata kunci yang mudah diingati untuk membantu subjek kajian. Selain itu,
19
pengkaji mendorong subjek kajian untuk membina imaginasi bagaimana untuk
melaksanakan Ujian Illinois dan latihan litar tersebut.
Peringkat ketiga dalam teori Permodelan oleh Albert Bandura ialah,
reproduksi. Ini ialah keadaan dimana, subjek kajian cuba untuk melakukan semula
setiap perkara yang telah didemonstrasi oleh pengkaji. Kecekapan subjek kajian
mengulang semula dan membuat lakuan sama seperti pengkaji bergantung kepada
perhatian dan usaha untuk mengingat yang dilakukan oleh subjek kajian. Sebagai
contoh, melalui latihan litar yang mempunya Lompat Kuadran, jika Lompat
Kuadran ini dilakukan dengan urutan yang betul, ia dapat membantu
meningkatkan ketangkasan subjek kajian, sekaligus akan membantu membuktikan
kajian untuk meningkatkan ketangkasan melalui latihan litar ini, telah Berjaya.
Peringkat seterusnya ialah peneguhan atau motivasi. Pengkaji perlu
membantu subjek kajian dengan member peneguhan terhadap lakuan mereka.
Peneguhan boleh dibuat secara langsung atau tidak langsung. Peneguhan langsung
ialah, pengkaji memuji lakuan yang dilakukan dengan betul. Jika terdapat subjek
kajian yang melakukan kesilapan sewaktu melaksankan Ujian Illinois dan latihan
litar, pengkaji perlu terus menegur dan membetulkan perlakuan mereka. Ini bagi
memastikan kajian berjalan seperti sepatutnya.
R.E. Morgan dan G.T. Adamson (1953), telah memperkenalkan latihan litar di
Universiti Leeds, England. Mengikut Fox dan Mathews (1984), latihan litar
merupakan satu program latihan yang melibatkan stesen-stesen tertentu dan
dilakukan dalam jangka masa yang ditentukan. Satu litar yang telah dilakukan jika
pelaku telah melakukan semua aktivit yang telah dirangcang. Latihan ini adalah
20
sejenis latihan dimana peserta melakukan beberapa aktivit secara bersiri atau
dalam satu litar.
Menurut Soram (1976), latihan litar ialah satu kaedah latihan kecergasan
yang bertujuan untuk menambahkan kekuatan dan daya tahan otot, serta daya
tahan kardiovaskular. Latihan litar merupakan beberapa aktiviti senaman yang
dipilih, diatur dan di nomborkan di tempat tertentu. Setiap tempat yang di
nomborkan adalah dipanggil stesen dimana untuk memudahkan pelaku untuk
bergerak dari satu stesen ke stesen dalam litar mengikut urutan yang ditetapkan.
Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar setelah
menghabiskan satu pusingan. Bilangan satu set latihan yang diperlukan adalah
bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu.
Bilangan dan jenis aktiviti di setiap stesen disusun berdasarkan tahap
kecergasan atlet, umur, jenis permainan, atau sukan peserta dan komponen yang
hendak dibina.
Mengikut Anthony A. Annarmo namun pula, latihan litar ialah satu
kaedah latihan suaian fizikal (conditioning) di mana prinsip lebihan bebanan di
amalkan kebapa otot dan 21nstru respirasi dalam tempoh masa yang dihadkan.
Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar ialah :
Faktor Masa
Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam
masa satu atau 30 saat dengan mengambil 50% daripada dosej dan digunakan
21
dalam latihan. Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan
hingga ke stesen akhir tanpa rehat.
Faktor Ulangan
Latihan litar dibuat secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap
aktiviti ditetapkan
Morgan dan Adamson (1961), telah mengenalpasti bahawa pelaksaan latihan litar
ini adalah untuk peningkatan kekuatan, daya tahan otot dan kardiovaskular,
kelembutan, ketangkasan, koordinasi dan kederasan. Latihan litar juga boleh
disifatkan sebagai latihan yang melibatkan satu bilangan perlakuan fizikal yang di
susun dalam satu urutan tertentu dan ia dilakukan secara konserkutif mengikut
aturan yang bernombor. Seseorang individu perlu melakukan kegiatan gerak kerja
tersebut satu demi satu mengikut litaran yang telah disusun.
Tujuan litar adalah untuk :
i. Meningkatkan daya tahan daya tahan kardiovaskular
ii. Menambahkan daya tahan kekuatan otot
22
iii. Menambahkan daya tahan dan kuasa otot
iv. Meningkatkan kemampuan kardioarespiratori
v. Meningkatkan koordinasi, lenturan dan ketangkasan
vi. Meningkatkan motivasi diri
Menurut Cissik (2004), latihan litar yang dijalankan setiap minggu
memberi kesan yang baik ini adalah kerana latihan litar mampu meningkatkan
tahap kecergasan seseorang individu. Latihan litar juga mampu meningkatkan
tahap kecergasan seseorang individu dan ianya merupakan satu latihan yang
sesuai diadakan dalam program latihan.
Menurut Brown (2005), program latihan yang khusus mampu
meningkatkan aspek yang khusus dengan lebih baik dan lebih
memberangsangkan. Froelicher (1999), menyatakan jangka masa yang sesuai
untuk meningkatkan tahap kecergasan secara efisyen adalah empat hingga lapan
minggu. Ini disokong oleh Cissik (2004), menyatakan keupayaan seseorang
individu ini bergantung kepada masa program latihan dan kekerapan latihan
diadakan.
Menurut Willmere (1998), latihan fizikal dapat mempengaruhi kepantasan
dan juga ketangkasan tetapi tahap peningkatannya adalah rendah berbanding
dengan kesannya terhadap kekuatan, daya tahan otot, fleksibiliti dan daya tahan
kardiovaskular. Gambetta (2005), menyatakan bahawa tahap kecergasan fizikal
yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan ketangkasan saling berkait rapat antara
satu sama lain.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian
23
Aspek ketangkasan telah diterapkan dalam kelas Pendidikan Jasmani seawall tahap
satu, iaitu tahun tiga. Kegagalan murid-murid yang telah berusia 10 tahun untuk
menguasai ketangkasan ini menimbulkan tanda 24nstr dalam diri pengkaji. Beberapa
masalah yang dikesan ialah murid tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan
aktiviti yang melibatkan ketangkasan dengan baik. Sebagai contohnya adalah seperti
berikut :
i. Murid tidak dapat mengubah arah dengan baik ketika bermain bola
24nstrum.
ii. Murid posisi penyerang tidak membantu pertahanan bertahan
ketika diserang balas pihak lawan dalam permainan bola baling.
iii. Murid tidak dapat mengelakkan diri dengan baik daripada disentuh
oleh kumpulan berlawanan semasa permainan galah panjang.
Selain itu ketangkasan amat penting dalam membantu murid-murid menguasai
permainan seperti bola sepak dan bola 24nstrum. Pengkaji ingin mengkaji bagaimana
mahu meningkatkan ketangkasan yang tidak dapat dikuasai oleh murid-muridnya.
2.2 Tinjauan Masalah
24
Perkembangan motor dan pertumbuhan kanak berlaku secara pesat sewaktu umur
kanak-kanak menjangkau lapan tahun hingga 12 tahun (Gallahue 1996). Jadi,
sepatutnya, pada usia ini, kanak-kanak akan mengaplikasikan kemahiran
manipulative yang telah dikuasi sewaktu tahap satu kedalam situasi permainan yang
dipelajari pada tahap dua.
Sebelum langkah seterusnya diambil dalam proses melaksanakan kajian ini, pengkaji
telah membuat tinjauan masalah dengan lebih mendalam yang bertujuan untuk
mengenal pasti punca masalah murid tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan
ketangkasan dengan baik. Tinjauan dibuat melalui dua jenis intrumen berdasarkan
objektif yang ingin dicapai iaitu:
i. Pemerhatian
Pemerhatian yang dilaksanakan oleh pengkaji mendapati murid-murid tidak dapat
mengubah arah dengan cepat dan berkesan sewaktu bermain permainan yang
melibatkan ketangkasan. Keadaan seperti teragak-agak untuk menukar arah dan
kembali ke permulaan sering berlaku. Selain itu, setiap kali pengkaji melaksanakn
aktiviti yang melibatkan ketangkasan, sebahagian murid akan mengeluh. Melalui
pemerhatian juga pengkaji dapat melihat tingkah laku sebahagian murid yang lemah
tidak bersemangat dan sambil lewa ketika bermain permainan yang melibatkan
ketangkasan. Selain itu juga, terdapat sebahgian murid yang menyatakan hasrat untuk
tidak melibatkan diri semasa aktiviti yang melibatkan ketangkasan yang dijalankan
dengan memberi 25nstrum tidak sihat. Keadaan ini pengkaji perhatikan berulang kali
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid tahun empat di Sekolah
kebangsaan Kongsi. Pemerhatian yang dilakukan adalah tidak berstruktur, iaitu
berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pengkaji.
ii. Ujian
25
Bagi mengesahkan kemusyikilan, pengkaji telah memilih untuk melaksanakan satu
ujian bagi mengetahui tahap ketangkasan murid-murid. Seramai 30 orang ahli kelas
tersebut mengikut ujian yang pengkaji laksanakan. Pengkaji telah memilih Ujian
Illinois untuk dijadikan sebagai instrument yang boleh membantu pengkaji untuk
mendapatkan tahap ketangkasan murid-murid itu.
Berikut adalah penerangan mengenai Ujian Illinois tersebut.
Rajah 1.1 Ujian Illinois
Bagi melaksanakan ujian ini lapan kon penanda disusun seperti rajah diatas. Lebar
kawasan ini ialah lima meter, sementara panjangnya ialah 10 meter. Kemudian,
pada jarak kelebaran 2.5 meter disusun empat kon penanda. Jarak setiap kon
tersebut ialah 3.3 meter setiap satunya.
Subjek kajian bermula di Mula. Berlari secepat mungkin untuk memudahkan
ujian seperti yang tertera di atas. Subjek tidak dibenarkan untuk menjatuhkan kon
26
yang telah didirikan. Setelah subjek kajian tiba di penamat. Jam randik di
hentikan.
Sebelum ujian dilakukan pengkaji telah menjelaskan kepada murid-murid tentang
ujian ini di jalankan. Selesai penerangan tersebut, saya mula membuat
demonstrasi tentang cara sepatutnya ujian itu berlangsung. Setelah itu, murid
dibenarkan untuk membuat dua kali percubaan sebelum ujian sebenar
dilaksanakan. Ini bagi membantu murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan
keadaan litar ujian. Setelah itu, dua percubaan dibuat bagi setiap murid dengan
rehat selama sepuluh minit diantaranya sebelum bermula semula. Keputusan ujian
telah dibandingkan dengan petunjuk skor tahap ketangkasan untuk mengetahui
tahap ketangkasan mereka.
(Sumber North West Atheletics: Talent identification Norms 2001)
Jadual 1
Petunjuk Skor Tahap Ketangkasan Perempuan
27
Mata / Umur <13 Tahun 13-14 Tahun 15-16 Tahun >16 Tahun
6 <16.5 <16.1 <16.0 <15.8
5 16.5 – 18.0 16.1 – 17.8 16.0 – 18.0 15.8 – 18.0
4 18.1 – 19.6 17.9 – 18.4 18.1 – 18.6 18.1 – 18.6
Jadual 2
Petunjuk Skor tahap Ketangkasan Lelaki
Mata / Umur <13 Tahun 13-14 Tahun 15-16 tahun >16 Tahun
6 <15.8 <15.4 <14.8 <14.3
5 15.8 – 16.5 15.4 – 16.1 14.8 – 15.8 14.3 – 15.4
4 16.6 – 18.0 16.2 – 17.4 15.9 – 16.9 15.5 – 16.5
Jadual 3
Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki
Mata Bilangan Murid6 05 54 9
<4 4Jumlah Murid 18
Jadual 4
Keputusan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Perempuan
Mata Bilangan Murid6 05 34 3
<4 6Jumlah Murid 12
Jadual 5
Keputusan Keseluruhan Tahap Ketangkasan Murid-Murid Lelaki dan perempuan
28
Mata Lelaki Perempuan Jumlah 6 0 0 05 5 3 84 9 3 12
<4 4 6 10Jumlah Besar 30
Jadual 6
Peratusan Tahap Ketangkasan Lelaki dan Perempuan
Mata Lelaki Perempuan 5 28% 25%4 50% 25%
<4 22% 50%Jumlah 100% 100%
Graf 1
Peratusan Tahap Ketangkasan Murid Lelaki dan Perempuan
29
Berdasarkan keputusan Ujian Illinois yang telah dilaksanakan, tiada murid yang
Berjaya mendapat skor tertinggi iaitu enam bagi lelaki dan perempuan. Skor lima
mencatatkan masing-masing 28% bagi murid lelaki dan 25% daripada murid
perempuan. 50% murid-murid lelaki mendapat skor empat. Murid perempuan
yang mendapat skor yang sama berjumlah secara peratusan ialah 25%. Skor
kurang daripada empat mencetuskan sejumlah empat orang murid yang mewakili
22% daripada murid-murid lelaki. Bagi murid perempuan pula yang mendapat
skor kurang daripada empat ialah sejumlah 50%.
Berdasarkan skor yang diperolehi, pengkaji lebih memfokuskan kepada kumpulan
murid yang mendapat skor kurang daripada empat iaitu melibatkan seramai empat
30
orang murid lelaki dan enam orang murid perempuan. Ini menjadikan hanya 10
orang murid sahaja yang terlibat sepanjang proses kajian yang dijalankan.
2.3 Analisis Tinjauan Masalah
Berdasarkan tinjauan ke atas masalah yang dibuat semasa murid melaksanakan
aktiviti, saya mendapati murid-murid menghadapi masalah dalam suspek
ketangkasan. Keadaan ini saya perhatikan berulang kali sewaktu pembelajaran murid
Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Kongsi.
Saya telah membuat tinjauan awal untuk mengumpul data dengan menggunakan
beberapa instrument kajian. Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal tentang
masalah yang dihadapi oleh murid disamping untuk membantu saya memahami
masalah yang telah dikenalpasti dengan lebih mendalam. Saya telah menggunakan
dua kaedah untuk mengumpul data iaitu, membuat pemerhatian dan menjalankan
ujian Illinois.
Saya telah membuat pemerhatian sepanjang pengajaran saya di padang serta semasa
murid menjalankan aktivit. Saya dapati sebahagian murid tidak dapat mengubah arah
dengan cepat dan berkesan sewaktu bermain permainan yang melibatkan
ketangkasan. Keadaan seperti teragak-agak untuk menukar arah dan kembali ke
permulaan sering berlaku. Contohnya ketika bermain bola baling, pemain penyerang
yang kehilangan bola kepada pihak lawan tidak turun ke bawah untuk membantu
pemain pertahanan menahan serangan balas daripada pihak lawan.
Selain itu, setiap kali pengkaji melaksanakan aktiviti yang melibatkan ketangkasan,
sebahagian murid mengeluh. Melalui pemerhatian juga pengkaji dapat melihat
tingkah laku sebahagian murid yang lemah tidak bersemangat dan sambil lewa ketika
bermain permainan yang melibatkan ketangkasan. Selain itu juga, terdapat
sebahagian murid yang menyatakan hasrat untuk tidak melibatkan diri semasa aktiviti
yang melibatkan ketangkasan dijalankan dengan member alas an tidak sihat.
31
Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat, saya membuat rumusan bahawa sesuatu
perlu dilakukan terhadap murid-murid Tahun 4 Cemerlang ini untuk membantu
mereka meningkatkan ketangkasan terutamanya ketika bermain permainan yang
melibatkan ketangkasan seperti bola baling, bola jaring dan bola sepak.
2.4 Kriteria pemilihan Fokus Kajian
32
Kajian ini hanya memfokuskan kepada sepuluh orang responden yang juga
merupakan murid yang dikenalpasti mempunyai kekurangan dalam aspek
ketangkasan. Sebelum menjalankan kajian, enam faktor berikut telah diambil kira
bagi memastikan keberhasilan kajian. Faktor-faktor tersebut ialah
kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan. Kolaborasi, kerelevanan dan juga
kawalan.
kebolehtadbiran
kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan. Permainan ini boleh dilaksanakan di
padang dan juga gelanggang badminton sekolah. Padang merupakan kawasan
yang terbaik untuk menjalankan intervensi dengan selamat. Jika terdapat peralatan
yang tiada, saya boleh membina alat reka ganti untuk digunakan semasa kajian
dilaksanakan. Perancangan yang baik seperti menetapkan masa, tarikh, lokasi dan
juga tempoh perlaksanaan membantu kelancaran kajian ini.
Kepentingan
Usaha untuk meningkatkan tahap ketangkasan murid-murid di sekolah akan
membantu memenuhi keperluan fizikal murid-murid dan juga sekolah. Jika
murid-murid ini dapat menguasai ketangkasan, mereka telah memenuhi salah satu
aspek kecergasan. Seterusnya, sekolah juga amat memerlukan murid-murid yang
tangkas untuk mewakili sekolah dalm permainan seperti Bola Sepak. Bola Bling
dan juga Badminton.
Kebolehgunaan
33
Kajian dan intervensi ini sesuai digunakan oleh semua murid Tahap Dua di
sekolah rendah. Intervensi yang menggunakan pendekatan latihan litar ini dapat
digunakan dengan menyesuaikan permainan seperti Galah Panjang sewaktu fasa
Kemuncak Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk menguji
penguasaan murid-murid berkaitan tajuk ketangkasan.
Kolaborasi
Kajian ini hanya dapat dijalankan dengan kerjasama dengan beberapa pihak.
Pihak yang terlibat antaranya ialah, pihak sekolah, pihak ibu bapa dan murid, guru
pembimbing dan juga pensyarah pengkaji itu sendiri. Pihak sekolah perlu
membenarkan murid-murid terpilih membantu menyelesaikan kajian yang
dijalankan. Selain itu, guru-guru Pendidikan Jasmani dan juga pensyarah terlibat
menjadi rujukan jika terdapat sebarang kemusykilan dalam melaksanakan kajian
serta intervensi ini. Murid-murid serta ibu bapa juga perlu memberikan kebenaran
sebelum mereka melibatkan diri secara langsung dengan kajian yang dijalankan
ini.
Kerelevanan
Kajian ini dilihat relevan dengan pembangunan kecergasan murid-murid serta
pembangunan sukan di sekolah. Jika murid-murid dapat menguasai ketangkasan,
kemungkinan peningkatan prestasi mereka di dalam permainan-permainan yang
dipertandingkan akan meningkat dari masa ke semasa.
Kawalan
34
Kajian yang baik merangkumi perkara-perkara seperti subjek kajian, peralatan,
lokasi serta cara pelaksanaan intervensi yang mudah dikawal. Subjek kajian
terdiri daripada murid-murid saya sendiri dan mereka bersetuju untuk menjadi
subjek kajian dengan izin ibu bapa. Peralatan diguankan pula mudah didapati di
stor sukan sekolah. Kawasan padang digunakan secara maksimum untuk
menjalankan intervensi yang telah dirancangkan. Intervensi diadakan pada waktu
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sahaja dan tidak mengganggu
waktu pengajaran dan pembelajran yang selainnya.
3.0 MODEL KAJIAN
35
3.1 Pengenalan
Kajian tindakan melibatkan beberapa proses dan aktiviti tertentu. Setiap proses
dan aktiviti ini perlu dijalankan secara sistematik. Ini adalah untuk memastikan
kajian tersebut dapat dijalankan dengan betul, lancar dan mencapai matlamat yang
disasarkan. Oleh itu, saya telah memilih model kajian Mc Taggart dan Stephen
Kemmis untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran
supaya proses pangajaran dan pembelajaran saya lebih menyeronokkan dan
bertenaga.
3.2 Model Kajian
36
Kitaran 1
i. Merancang (Plan)
Murid dilihat mengalami masalah dari segi aspek ketangkasan.
Bagaimanakah guru dapat membantu meningkatkan ketangkasan
murid?
ii. Bertindak (Act)
Menggunakan kaedah latihan litar yang telah diubahsuaikan bagi
membantu murid meningkatkan aspek ketangkasan mereka.
iii. Memerhati
Rekod penglibatan murid. Peningkatan kekerapan dalam latihan litar,
merekod perkara-perkara yang diperhatikan daripda tingkah laku
murid.
iv. Merefleksi (Reflect)
Kemampuan dan prestasi mula berubah kepada yang lebih positif.
Keinginan untuk meningkatkan ketangkasan menjadi lebih berkesan
4.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
37
4.1 Pengenalan
Objektif kajian merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh penyelidik melalui
kajian berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti. Objektif utama kajian adalah
mengakibatkan perubahan tingkah laku guru dan murid. Objektif itu mestilah
boleh diukur semasa dan selepas kajian. Ia terdiri daripada objektif umum dan
objektif khusus.
4.2 Objektif Kajian
38
Objektif Umum:
Objektif umum bagi kajian yang ingin dilaksanakan ini ialah meningkatkan
ketangkasan murid tahun 4 dalam permainan menggunakan kaedah latihan litar.
Objektif Khusus:
Secara khususnya, kajian ini ingin dilaksanakan bagi:
i. Untuk mengenalpasti aspek-aspek kelemahan murid dalam
permainan yang melibatkan ketangkasan
ii. Untuk meningkatkan penguasaan murid dalam permainan yang
melibatkan ketangkasan
iii. Untuk mengenalpasti tahap minat murid untuk belajar menguasai
kemahiran permainan yang melibatkan ketangkasan.
4.2.1 Persoalan Kajian
39
Persoalan kajian ilah persoalan yang timbul dalam kajian yang bakal dijalankan
ini menggunakan pendekatan yang telah dipilih. Berikut merupakan beberapa
persoalan yang timbul dalam kajian:
i. Apakah aspek-aspek kelemahan murid dalam permainan yang
melibatkan ketangkasan?
ii. Adakah penggunaan kaedah “Latihan Litar” dapat meningkatkan
tahap penguasaan murid dalam permainan yang melibatkan
ketangkasan?
iii. Adakah kaedah “Latihan Litar” dapat menarik minat murid untuk
belajar menguasai permainan yang melibatkan ketangkasan?
4.3 Kepentingan Kajian
40
Kajian ini penting untuk membantu meningkatkan ketangkasan murid khususnya
murid-murid tahun 4 Cemerlang melalui latihan litar. Kajian yang dirancang
diharap dapat meningkatkan ketangkasan murid sewaktu melakukan aktiviti yang
memerlukan ketangkasan dan secara tidak langsung dapat membantu
mempertingkatkan prestasi murid-murid dalam permainan yang mereka ceburi
seterusnya mengharumkan nama sekolah di peringkat tertinggi. Di samping itu,
hasil kajian ini diharap dapat dikongsikan bersama agar menjadi panduan berguna
kepada pihak-pihak yang berkaitan seperti guru di sekolah dan juga guru-guru
pelatih dalam menghasilkan kaedah atau instrumen pengajaran Pendidikan
Jasmani yang berkesan serta dapat menaikkan kualiti guru ke tahap tertinggi.
Sehubungan dengan itu, kajian ini juga diharapkan dapat meningkatkan
kecergasan dan prestasi murid dari aspek kemahiran dan kecergasan. Diharap
hasil kajian ini turut memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat
terutamanya kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru serta murid-murid
dalam membawa nafas baru terhadap dunia pendidikan pada alaf ini.
5.0 SOROTAN KAJIAN
41
5.1 Pengenalan
Kajian ini dilihat melibatkan Teori Kecerdasan Pelbagai yang telah diperkenalkan
oleh Howard Gardner. Menurut pandangan Howard, setiap individu mempunyai
potensi mereka yang tersendiri. Tiada individu yang sama seperti individu yang
lain. Tujuh kategori Kecerdasan Pelbagai ini ialah, Linguistik, logical-matematik,
visual-spartial, muzik, kinestatik, interpersonal dan juga intrapersonal. Kajian
berkaitan ketangkasan ini melibatkan kecergasan tubuh kinestatik dan juga
interpersonal.
Kecergasan Tubuh Kinestatik
Kecergasan tubuh kinestatik ialah bagaimana badan dapat membuat gerakan
tertentu seperti gimnastik, mengawal tubuh badan dalam sukan dan permainan
tertentu. Kajian ini ingin mengetahui, bagaimana intervensi latihan litar yang
dilaksanakan dapat membantu subjek kajian menjadi lebih tangkas dengan lebih
efisyen. Ketangkasan ini, membantu subjek kajian untuk lebih cemerlang dalam
sukan seperti bola sepak atau bola jaring serta sukan-sukan lain yang diceburi
subjek kajian.
Kecerdasan Interpersonal
42
Kecergasan berkaitan interpersonal juga terlibat dengan kajian ini. Subjek kajian
belajar bagaimana mahu menerima, memproses arahan dan melaksanakan aktiviti
seperti yang dikehendaki oleh pengkaji. Komunikasi yang berkesan akan
membantu mempermudahkan perjalanan kajian yang hendak dilaksanakan. Ketika
ini, subjek kajian menerima input dan belajar melalui permodelan atau peniruan
yang dilakukan oleh pengkaji. Sebagai contoh, perhatian sepenuhnya yang
diberikan kepada lakuan pengkaji sewaktu demonstrasi pelaksaan Lompat
kuadran akan meningkatkan kefahaman subjek kajian bagaimana mahu
menjalankan aktiviti ketangkasan ini. Jadi kesan daripada itu, Lompat Kuadran
akan Berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan mampu membantu membuktikan
bahawa intervensi yang dirancang ini sesuai untuk meningkatkan tahap
ketangkasan subjek kajian.
5.2 Sorotan Kajian-kajian
43
Ketangkasan
Menurut Johnson dan Nelson, ketangkasan ialah kebolehan fizikal seseorang yang
dapat mengubah kedudukan badannya dan arah pergerakan dengan cepat dan
tepat.
Latihan Litar
Menurut Fox dan Mattewse, latihan litar ialah satu program latihan yang dirangka
dengan stesen-stesen tertentu. Satu litar dikira lengkap apabila semua aktiviti
yang dirancang telah dilaksanakan.
Pendidikan Jasmani
Barrow (1971-1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks
‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap
individu. Baley & Field (1976), berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani
merupakan satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organi,
neuromaskular, intelektual, social, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui
aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Freeman (1977,1992)
menegaskan bahawa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan
mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan
afektif. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses
yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental
dan social serta tahap kecergasan yang tinggi. Dauer (1995) berpendapat
Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang
menyeluruh, yang member sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-
pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan
kanak-kanak.
6.0 KUMPULAN SASARAN
44
6.1 Pengenalan
Kumpulan sasaran merupakan kumpulan guru atau murid yang terlibat dalam
kajian yang dijalankan. Kumpulan guru atau murid tersebut mestilah terdiri
daripada kumpulan yang terlibat di dalam isu permasalahan kajian dan situasi
social penyelidik. Bahagian ini menyatakan tentang latar belakang sekolah serta
responden yang terlibat dalam proses kajian ini.
Latar Belakang Sekolah
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kongsi. Sekolah ini diasaskan pada
tahun 1943. Sekolah ini terletak berdekatan dengan kawasan Balik Pulau.Sekolah
ini mempunyai 45 orang guru, dua kakitangan pejabat serta 581 orang murid.
Terdapat dua kelas di setiap tahun menjadikan jumlah kelas keseluruhannya
sebanyak 18 kelas.
Latar Belakang Murid
Kajian ini melibatkan murid-murid dari tahun empat Cemerlang. Empat
Cemerlang mempunyai seramai 30 orang murid. Seramai 10 orang daripada 30
responden awal telah dipilih untuk menjalankan intervensi ini. Murid-murid
dikesan tidak dapat menguasai kemahiran ketangkasan melalui ujian Illinois.
Pengkaji memilih untuk menjalankan kajian tentang keberkesanan latihan litar
dalam meningkatkan ketangkasan dengan subjek kajian terdiri daripada empat
orang murid lelaki dan enam orang murid perempuan. Majoriti responden
berketurunan Melayu. Ibu bapa responden antaranya bekerja sebagai petani,
warden penjara, guru, buruh am dan juga peniaga. Berdasarkan analisis awal
pengkaji, lebih kurang separuh dari kelas ini berada pada tahap ketangkasan yang
rendah. Sebahagian kecil yang baik dan selebihnya berada pada tahap sederhana.
Jadual 7 Subjek Kajian, Jantina serta Kelas
45
Subjek Kajian Jantina Kelas
R1 L 4 CEMERLANG
R2 L 4 CEMERLANG
R3 L 4 CEMERLANG
R4 L 4 CEMERLANG
R5 P 4 CEMERLANG
R6 P 4 CEMERLANG
R7 P 4 CEMERLANG
R8 P 4 CEMERLANG
R9 P 4 CEMERLANG
R10 P 4 CEMERLANG
7.0 TINDAKAN
46
7.1 Pengenalan
Bahagian ini bakal membincangkan tentang kitaran akjian pertama, cara data akan
dikumpulkan, cara menganalisis data dan bagaimana tindakan dilaksanakan.
Kitaran Kajian 1
Model Kurt Lewin (1984)
7.2 Prosedur Pelaksanaan Tindakan
47
PERANCANGAN
TINDAKAN
PEMERHATIAN
REFLEKSI
Pengkaji telah merancang untuk menggunakan latihan litar bagi meningkatkan
ketangkasan murid Tahun 4. Aktiviti-aktiviti yang telah dipilih untuk
melengkapkan latihan litar yang telah dirangka ialah Lompat Kuadran, bangkit
Tubi, Lentik Belakang serta lari ulang Alik 10 Meter.
Intervensi ini dirangka sedemikian berdasarkan petikan daripada Barrow
dan McGee di dalam Lilian Wong (2011) keberkesanan ketangkasan dapat
ditingkatkan dengan menggabungkan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot,
kepantasan, deria kinestetik serta koordinasi.
Langkah Pertama:
Pertama Sekali sebelum latihan litar dilaksanakan, pengkaji telah
mengendalikan sesi aerobik sebagai aktiviti pemanas badan. Ini dilakukan bagi
mengelakkan sebarang kecederaan berlaku kepada subjek kajian. Ia juga
membantu menyediakan subjek kajian kepada aktiviti berintensiti yang telah
dirancang.
Langkah Kedua:
Selepas mengendalikan sesi aerobik, sesi pemanasan badan divariasikan
dengan pelbagai aktiviti. Contohnya, permainan kecil yang mempunyai unsure
ketangkasan dan aerobik. Pengkaji menjalankan latihan litar. Latihan litar ini
mengandungi 4 stesen yang perlu dilengkapkan oleh subjek kajian. Stesen
pertama ialah, Lompat Kuadran. Stesen kedua, Lentik Belakang. Stesen ketiga
dan keempat pula ialah Lari Ulang Alik 10 Meter dan juga Bangkit Tubi.
Intervensi ini akan dijalankan sebanyak 1 set dengan 3 ulangan pada minggu
pertama, penambahan ulangan dilakukan sebanyak satu ulangan dibuat sehingga
minggu intervensi yang terakhir iaitu, minggu keempat.
Pemerhatian dilaksanakan sewaktu percubaan ini dan juga sepanjang kajian
dijalankan. Sewaktu percubaan, guru memerhatikan lakuan subjek kajian. Jika
terdapat sebarang kesilapan, pengkaji serta merta membetulkan kesilapan subjek.
48
Ini bertujuan bagi memastikan keberkesanan program intervensi yang
dilaksanakan.
Seterusnya, pengkaji membuat pemerhatian berstruktur terhadap subjek
sewaktu intervensi dijalankan. Proses pemerhatian ini dijalankan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani. Pengkaji mengisi
boring pemerhatian sepanjang aktiviti dijalankan.
Langkah Ketiga:
Pada minggu seterusnya, pengkaji melaksanakan pemerhatian seperti biasa
kepada responden-responden tersebut. Pengkaji memanggil semula responden-
responden secara berkala dan berasingan dan membuat temu bual kepada
responden-responden tersebut.
Rajah 1.2
Stesen Latihan litar
Objektif utama latihan litar yang telah diubahsuai oleh penyelidik adalah untuk
meningkatkan ketangkasan serta kekuatan dan daya tahan otot murid. Latihan litar ini
akan dilaksanakan selama 3 sesi bagi tempoh 4 minggu (3 set dalam satu sesi).
49
STESEN 4 :
BANGKIT TUBI
STESEN 3 :
LARI ULANG ALIK 10 METER
STESEN 2 :
LENTIK BELAKANG
STESEN 1 :
LOMPAT KUADRAN
Penyelidik telah mengubahsuai latihan litar kepada empat stesen, iaitu terdapat empat
aktiviti senaman yang dipilih, diatur dan dinomborkan di tempat tertentu, iaitu :
Rasional penyelidik memodifikasikan latihan litar ini kepada empat stesen adalah kerana
program latihan litar ini disediakan khas untuk murid-murid sekolah rendah. Kemampuan
murid harus diambil kira berdasarkan usia dan tahap murid dalam melakukan sesuatu
aktiviti. Setiap empat yang dinomborkan adalah dipanggil stesen, di mana untuk
memudahkan pelaku bergerak dari satu stesen ke satu stesen dalam litar mengikut urutan
yang ditetapkan. Peserta dikatakan telah melakukan satu set latihan ataupun satu litar
setelah menghabiskan satu pusingan latihan. Bilangan satu set latihan yang diperlukan
adalah bergantung kepada keperluan dan kemampuan individu. Mengikut Anthony A.
Annarmo pula, latihan litar ialah satu kaedah latihan suaian fizikal (conditioning) dimana
prinsip lebihan bebanan diamalkan kepada otot dan sistem respirasi dalam tempoh masa
yang dihadkan. Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam latihan litar ialah :
Faktor masa
Ulangan dilakukan dan masa melakukan direkodkan untuk setiap stesen dalam masa satu
atau 30 saat dengan mengambil 50% daripada dosej dan digunakan dalam latihan.
Latihan akan dijalankan mengikut urutan dari stesen permulaan hingga ke stesen akhir
tanpa rehat.
Faktor ulangan
50
Latihan litar diubah secara ulangan. Masa lakuan dan masa rehat bagi setiap aktiviti di
tetapkan.
Berikut adalah 4 stesen dan kesannya terhadap otot-otot yang terlibat
Jadual 8
Kemahiran yang terlibat dalam stesen latihan litar
Stesen Aktiviti Kesan
Komponen Otot yang
Kecergasan terlibat
Kemahiran
1 Lompat Kuadran Daya tahan
abdomen
Gastrocnemius
Hamstring
Quadriceps
Kekuatan otot
kaki
2 Lentik belakang Kelenturan Latissimus dorsi Memebina
kelenturan
3 Lari ulang alik 10m Membina
ketangkasan
dan kelajuan
pergerakan
Gastrocnemius
Hamstring,
Quadriceps
Ketangkasan
kelajuan
4 Bangkit tubi Kekuatan
abdomen perut
Rectus
abdominis
Membina
kekuatan
abdomen
51
Jadual 9
Pelaksanaan Intervensi Latihan Litar
Stesen Cara pelaksanaan
1. Lompat Kuadran Berdiri dalam keadaan selesa di hadapan
petak Lompat Kuadran
Apabila wisel dibunyikan, mula melompat
selama satu minit dan berhenti apabila wisel
sekali lagi dibunyikan.
2. Lentik Belakang Meniarap di atas tilam dan mula
melentikkan badan selama 1 minit hingga
wisel berhenti dibunyikan.
3. Lari Ulang Alik 10 Meter Berdiri dan bersedia untuk berlari
Berlari dan apabila tiba dikawasan B,
mengambil bongkah kayu dan berpatah
balik semula.
Mengira jumlah ulangan yang mampu
dilakukan dalam masa 1 minit
4. Bangkit Tubi Berbaring diatas tilam dalam keadaan
selesa
Tangan diletakkan di dada
Mula membuat bangkit tubi apabila wisel
dibunyikan dan berhenti apabila wisel
sekali lagi dibunyikan
52
Jadual 10
Pelaksanaan Latihan Litar
Minggu Perkara
Minggu 1 Ujian Illinois (untuk pemilihan
responden)
Intervensi Minggu 1
Latihan litar 3 Set Ulangan
Minggu 2 Intervensi Minggu 2
Latihan Litar 4 Set Ulangan
Minggu 3 Intervensi Minggu 3
Latihan Litar 4 Set Ulangan
Minggu 4 Intervensi Minggu 4
Latihan Litar 5 Set Ulangan
Ujian Illinois (untuk meningkatkan
kebolehpercayaan data)
53
7.3 cara Pengumpulan Data / Penganalisi Data
kajian tindakan memerlukan asas empirical yang kukuh untuk membolehkan
tindakan yang dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data yang sahih amat penting.
Dalam kajian tindakan pengkaji, pengkaji mengumpul data menggunakan
instrument seperti berikut.
a) Temu Bual
b) Pemerhatian
c) Ujian Illinois
7.3.1 Temu Bual
Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi antara
penyelidik dengan orang yang ditemu bual. Sabihta (2009) menyatakan temu bual
ialah situasi dimana penemu bual akan bertanyakan soalan kepada seseorang atau
lebih responden secara bersemuka, temu bual merupakan kaedah kajian yang
amat penting kerana membantu pengkaji meneroka dan mendapatkan maklumat
kajian dengan cara yang lebih mendalam dan terperinci. Kaedah ini boleh
digunakan bagi mendapat maklum balas dan pandangan daripada responden
mngenai kekurangan guru di dalam mengendalikan proses oengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, temu bual ini dapat menyelami diri serta keadaan murid
di luar sekolah atau suasana persekitaran murid
54
Selain itu dengan melalui temu bual, boleh pengkaji katakana sedikit sebanyak
murid merasakan bahawa guru ingin mendengar masalah mereka di luar kawasan
sekolah dan secara langsung menjawab serta membantu saya di dalam mengenal
diri murid-murid dengan lebih dekat. Apabila pengkaji mendengar masalah murid
maka pengkaji boleh meletakkan diri pengkaji di dalam keadaan murid tersebut
(sifat empati). Pengkaji dapat mengetahui masalh atau punca diri murid tersebut
sebelum pengkaji mengubah sikap atau amalan pengkaji sewaktu mengajar bagi
menarik minat murid mengikut aktiviti yang dijalankan.
Jadual 11
Soalan Yang Digunakan Oleh Pengkaji Semasa Menemu Bual Responden
Catatan temubual
Tarikh
Masa
Tempat
Antara soalan yang di ajukan kepada murid untuk mengenalpasti masalah
1. Adakah kamu berminat bermain permainan yang melibatkan ketangkasan seperti
permainan bola baling, bola jaring dan bola sepak.
2. Apakah kamu seronok menjalani latihan litar?
3. Adakah kaedah ini membantu kamu untuk meningkatkan ketangkasan sewaktu
bermain permainan seperti bola baling, bola jaring dan bola sepak?
4. Apakah perubahan yang kamu alami selepas kaedah latihan litar ini dijalankan?
5. Apakah perasaan kamu setiap kali mengikuti pengajaran cikgu?
6. Adakah kamu ingin mengikut setiap aktiviti yang dijalankan oleh cikgu?
55
7.3.2 Pemerhatian
Melalui pemerhatian penhkaji dapat jelaskan bahawa pengkaji boleh melihat
sendiri perkembangan murid-murid atau responden pengkaji dengan jelas dan
boleh direkodkan hasil pemerhatian untuk dianalisi menjadi satu laporan
kualitatif. Selain itu, ia juga boleh membantu pengkaji untuk membuat sebrang
tindakan sama ada secara tidak terancang (spontan) atau terancang sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajran berlangsung.
Melalui kaedah pemerhatian tidak berstruktur ini, pengkaji dapat mengenal pasti
masalah yang dihadapi murid 4 Cemerlang ketika mereka menjalankan aktiviti
latihan. Pengkaji boleh melihat susasan atau keadaan murid secara menyeluruh
dengan pengumpulan data secara kualitatif. Antara perkara yang saya perhatikan
ialah tindak balas, semangat dan minat murid ketika melaksanakan aktiviti yang
melibatkan ketangkasan.
Kaedah pemerhatian juga merupakan satu kaedah yang penting di mana
akan wujudnya proses komunikasi antara guru dan murid. Menurut Mok Soon
Sang (2009), “Di dalam proses komunikasi, member perhatian biasanya merujuk
kepada komunikasi bukan lisan, walaupun ia juga diperlukan dalam komunikasi
lisan”.
Jadual 12
Borang Pengkaji Semasa Melakukan Pemerhatian
Pemerhatian
Tarikh
Tempat
Masa
Peristiwa
Refleksi guru
56
7.3.3 Ujian Illinois
Objektif utama ujian Illinois adalah untuk menilai ketangkasan dalam
berlari sambil menukar arah dengan pantas sewaktu melakukan ujian. Peralatan
dan kemudahan yang diperlukan untuk melaksanakan ujian ini memerlukan
penyelidik untuk memastikan bahawa pemukaan tempat untuk menjalankan ujian
Illinois tidak licin, 8 skittel diperlukan, pita pengukur dan 1 jam randik.
Ujian ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan lagi kebolehpercayaan
data kajian. Melalui ujian ini, pengkaji boleh melihat kemajuan murid-muridnya
secara lebih spesifik.
Jadual 13
Boring markah Ujian Illinois
BIL RESPONDEN MASA MARKAH
1 R1 16.3 5
2 R2 15.9 5
3 R3 17.6 4
4 R4 16.2 5
5 R5 19.8 <4
6 R6 18.3 4
7 R7 17.9 5
8 R8 18.5 4
9 R9 20.2 <4
10 R10 19.4 4
57
7.4 Analisis dan Interpretasi Data
Setelah semua data dikumpul, pengkaji menganalisis dan menginterpretasikan
data berdasarkan kedua-dua kaedah yang digunakan iaitu pemerhatian dan temu
bual. Kedua-dua kaedah ini mempunyai perkaitan untuk kesahan dapatan dan
mengukuhkan lagi keputusan yang diperolehi. Analisis data merupakan proses
menyusun, menstruktur dan member makna terhadap data yang telah diperoleh
supaya lebih mudah difahami (Rosli, Badrul Hisham, Kartini dan Ahmad
Shabudin, 2011)
Data dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu data kuantitatif dan data
kualitatif. Data kuantitatif melibatkan informasi dalam bentuk nombor. Contoh
bagi data kuantitatif adalah data skor ujian, peratusan markah, purata markah
gred, frekuensi dan lain-lain data yang melibatkan no,bor dan kuantiti. Data
kualitatif pula melibatkan proses mencari kenyataan umum tentang hubungan
antara kategori data bagi membina satu teori asas untuk memahami satu isu atau
fenomena yang dikaji secara menyeluruh dan mapan. Kedua-dua jenis data ini
dapat dianalisis menggunakan perisian computer ataupun secara manual. Hasil
kajian dapat diperoleh daripada proses menganalisis data-data dan bukti-bukti
daripada responden.
58
7.4.1 Temu Bual
Dalam analisis data temu bual, pengkaji telah membuat analisis terhadap dapatan
data berdasarkan enam soalan temu bual yang dijalankan terhadap 10 orang
responden. Antara soalan kajian yang dikemukakan adalah seperti berikut:
1. Adakah kamu berminat bermain permainan yang melibatkan
ketangkasan seperti permainan bola baling, bola jaring dan bola sepak?
2. Apakah kamu seronok menjalani latihan litar?
3. Adakah kaedah ini membantu kamu untuk meningkatkan ketangkasan
sewaktu bermain permainan seperti bola baling, bola jaring dan bola
sepak.
4. Apakah perubahan yang kamu alami selepas kaedah latihan litar ini
dijalankan?
5. Apakah perasaan kamu setiap kali mengikuti pengajaran cikgu?
6. Adakah kamui ingin mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan oleh
cikgu?
Pengkaji menganalisi data temu bual ini berdasarkan perasaan, pemahaman dan
tahap responden sebelum dan selepas kaedah latihan litar dijalankan. Pengkaji
juga mengaitkan dapatan temu bual dengan analisis data pemerhatian untuk
mengukuhkan lagi dapatan yang diperolehi.
Berdasarkan maklum balas dan jawapan yang diberikan oleh 10 orang
murid pada soalan temu bual satu item, pengkaji mendapati sebahgian murid
(tujuh orang) member ketangkasan seperti permainan bola sepak, bola jaring dan
bola baling. Manakala selebihnya member respon negatif dengan menyatakan
tidak berminat.
59
Berdasarkan soalan temu bual item dua, jawapan yang diberikan oleh
murid keseluruhannya adalah positif dan murid berasa sangat seronok ketika
menjalani latihan litar.
Bagi soalan temu bual item tiga, pengkaji mendapati sekali lagi hanya
sebahagian murid sahaja yang member respon positif. Manakala murid yang sama
menyatakan tidak berminat bermain permainan melibatkan ketangkasan member
respon negative. Ini menunjukkan sekiranya seorang murid itu tidak berminat,
maka ternyata kaedah ini tidak mendatangkan kesan kepada mereka.
Seterusnya, bagi soalan item empat, hamper kesemua murid member
respon yang positif. Mereka menyatakan perubahan-perubahan yang mereka
alami selepas menjalani latihan litar. Antara penyataan tersebut ialah mereka
dapat meningkatkan jumlah kekerapan lakuan dalam litar dari minggu pertama,
sehingga minggu keempat. Sebagai contoh, pada minggu pertama seorang murid
hanya dapat melakukan beberapa kali lompatan skuadran namun meningkat pada
minggu berikutnya.
Respon yang positif diterima oleh penkaji dari kesemua murid pada soalan
item lima. Mereka menyatkan perasaan seronok setiap kali mengikuti aktiviti
yang dijalankan pengkaji.
Untuk soalan temu bual item enam, sekali lagi pengkaji menerima respon
yang positif daripada kesemua murid dimana mereka sangat berminat dan teringin
mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan oleh pengkaji.
Melalui kaedah temu bual ini, pengkaji mendapati bahawa
keseluruhannya, responden tahu dan memahami tujuan pengkaji menggunakan
kaedah litar ini untuk meningkatkan penguasaan dalam permainan yang
melibatkan katangkasan.
60
7.4.1.1 Pemerhatian
Jadual 14 menunjukkan pemerhatian dijalankan berdasarkan kronologi peristiwa
semasa pengajaran dan pembelajran di padang sekolah. Peristiwa yang berlaku
telah direkodkan oleh pengkaji untuk memerhati tindakan responden mengenai
penggunaan kaedah latihan litar. Berikut merupakan peristiwa yang telah
direkodkan oleh penyelidik semasa pengumpulan data dahulu.
Jadual 14
Peristiwa Yang Direkodkan Semasa Pengajaran dan pembelajran Berlangsung
Pemerhatian
Tarikh
Tempat
Masa
Tidak berstruktur
16 Julai 2014
Padang sekolah
9.10 pagi – 10.10 pagi
Peristiwa Semasa dalam melakukan latihan litar,
pengkaji melihat reaksi dan tingkah laku
segelintir murid yang mengalami kesukaran
untuk melaksanakan aktiviti pada peringkat
awal.
Refleksi guru Guru membimbing murid yang menghadapi
kesukaran supaya murid lebih mudah untuk
melaksanakan aktiviti tersebut dengan cara
membuat demonstrasi beberapa kali.
Semasa pengkaji membuat pemerhatian kepada responden-responden, pengkaji
mendapati segelintir responden menghadapi kesukaran untuk melaksanakan
latihan yang diberikan oleh guru. Kelemahan yang dapat dilihat oleh segelintir
responden tersebut adalah disebabkan mereka kurang memberikan tumpuan
semasa guru member penerangan dan tunjuk ajar. Hal ini menyebabkan mereka
kurang mahir untuk melaksanakan latihan litar yang diberikan oleh pengkaji.
61
7.4.2 Ujian Illinois
Jadual 15 menunjukkan hasil ujian Illinois yang dijalankan pada minggu terakhir
kajian. Data ujian ini telah direkodkan oleh pengkaji untuk meningkatkan
kebolehpercayaan data kajian yang dijalankan.
Jadual 15
Borang Markah Ujian Illinois
BIL. RESPONDEN MASA MARKAH
SEBELUM SELEPAS SEBELUM SELEPAS
1 R1 19.4 16.3 <4 5
2 R2 18.7 15.9 <4 5
3 R3 18.3 17.6 <4 4
4 R4 18.2 16.2 <4 5
5 R5 21.8 19.8 <4 <4
6 R6 21.3 18.3 <4 4
7 R7 19.8 17.9 <4 5
8 R8 20.1 18.5 <4 4
9 R9 21.3 20.2 <4 <4
10 R10 20.5 19.4 <4 4
62
Selepas menjalankan ujian Illinois, penhkaji mendapati hampir kesemua
responden kajian mencatatkan peningkatan dalam ujian tersebut selpas menjalani
sesi latihan litar selama empat minggu.
Namun begitu, pengkaji mendapati terdapat segelintir murid yang tidak
dapat menunjukkan peningkatan
Melalui ujian Illinois ini, pengkaji mendapati bahawa keseluruhannya,
responden dapat menunjukkan peningkatan selepas menjalani latihan litar yang
telah diubahsuai oleh pengkaji.
7.5 Dapatan dan Kesimpulan
Sepanjang tempoh sebulan pelaksanaan kajian ini, pengkaji dapat merumuskan
bahawa sepanjang pelaksanaan kajian dan dapatan kajian ini dapat berjalan seperti
yang telah dirancang dalam jadual kerja. Setelah melaksanakan kajian tindakan
ini, pengkaji mendapati bahawa objektif kajian telah tercapai dan persoalan kajian
telah terjawab. Hasil daripada analisis yang telah dijalankan telah membuktikan
bahawa pengaplikasian kaedah latihan litar ini mampu meningkatkan ketangkasan
murid.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu
ujian Illinois, temu bual dan pemerhatian ketas 10 orang responden yang telah
dipilih. Data-data ini diperoleh dengan menggunakan instrumen borang
pemerhatian, borang temu bual dan borang markah ujian Illinois.
63
Hasil dapatan daripada kaedah temu bual pula menunjukkan maklum balas
yang positif secara keseluruhannya. Soalan-soalan yang ditanya adalah
berdasarkan pengalaman, pemahaman dan tahap responden sendiri. Berdasarkan
data temu bual ini, pengkaji mendapati bahawa responden tahu dan memahami
perkara yang perlu dibuat apabila pengkaji mengaplikasikan kaedah latihan litar
ini. Responden telah memberikan maklum balas yang asli dan telus berdasarkan
pengalaman, perasaan dan pemahaman mereka.
Tuntasnya, pengkaji mendapati bahawa pengaplikasian kaedah latihan kita
yang telah diubah suaikan ini telah Berjaya meningkatkan tahap ketangkasan
murid. Pada peringkat awal kajian, pengkaji mendapati responden agak sukar
untuk melaksanakan latihan litar. Namun setelah diberi bimbingan oleh pengkaji
mengenai cara melaksanakan latihan tersebut, responden telah mula nerubah
sedikit demi sedikit.
Akhir sekali, saya telah meneliti hasil daripada ketiga-tiga kaedah
pengumpulan data bersesuaian dengan kajian ini dan masih boleh diberi
penambahbaikan. Saya berharap kajian ini dapat member manfaat dan terus
membantu murid meningkatkan tahap ketangkasan mereka.
64
7.6 Refleksi
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi atas restuNya, saya dapat
menyiapkan kajian tindakan yang diberikan dengan sebaiknya. Ribuan ucapan
penghargaan juga diucapkan kepada pensyarah penyelia saya Tuan Haji Rosley
Bin Abdullah atas kesudian beliau meluangkan masa untuk memberikan tunjuk
ajar dan memastikan saya dapat menyiapkan kajian tindakan ini dengan baik.
Selepas melaksanakan kajian ini saya dapat merasakan perubahan yang
terdapat dalam diri saya melalui pengajaran yang dilaksanakan. Saya lebih
menitikberatkan objektif pembelajran supaya objektif tersebut dapat dicapai
dengan baik dan murid dapat memahami isi dan maklumat yang disampaikan.
Selain itu, semasa dan selepas kajian ini dijalankan, saya dapat melihat perubahan
dalam diri murid terutamanya dalam aspek ketangkasan mereka. Mereka lebih
yakin dan bersungguh-sungguh melaksanakan aktiviti tidak seperti biasa.
Perubahan mood, persekitaran pembelajaran yang lebih aktif dapat menarik minat
murid dalam melaksanakan aktiviti yang dijalankan.
Setelah kajian ini dilaksanakan, saya berpuas hati terhadap kajian ini
secara keseluruhannya. Namun sekiranya diberi peluang dan masa saya ingin
melaksanakan penambahbaikan terhadap data yang diambil semasa kajian ini
dilaksanakan. Setelah membuat penulisan mengenai inteprestasi data diatas, saya
mendapati kaedah pengumpulan data secara analisis dokumen lebih sesuai dalam
kajian ini. Ini adalah untuk mengetahui peningkatan diri murid dari aspek minat,
kesungguhan dan ketangkasan mereka ketika bermain dalam penggunaan kaedah
latihan litar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tuntasnya, saya amat
berharap kajian ini dapat dilaksanakan di peringkat sekolah supaya kita dapat
melahirkan lebih ramai atlet-atlet yang bertaraf dunia. Rancangan kajian saya
seterusnya akan memfokuskan lebih kepada perubahan sikap diri murid selepas
diberi peneguhan. Semoga saya diberi peluang untuk melaksanakan kajian
tersebut pada masa akan datang.
65
7.7 Cadangan Untuk Tindakan Seterusnya
Setelah menjalankan kajian yang bertajuk aplikasi guru dalam meningkatkan
ketangkasan murid tahun 4 menggunakan kaedah litar ini, saya mendapati kaedah
ini berkesan dengan hanya satu kitaran sahaja.
Saya mendapati penggunaan kaedah latihan litar dalam pengajaran dan
pembelajran ini mampu meningkatkan tahap ketangkasan murid. Responden yang
dipilih dapat menbgikuti latihan litar yang dirangka oleh guru bagi membantu
meningkatkan ketangkasan. Guru hanya berperanan sebagai pembimbing
sekiranya terdapat kumpulan yang mengahadapi masalah semasa melaksanakan
aktiviti.
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya mendapati terdapat
perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan amalan
pembelajaran murid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, berkesan dan
menyeronokkan.
66
8.0 RUMUSAN
Berdasarkan keputusan kajian ini, saya dapat merumuskan bahawa kajian ini
berjaya dilaksanakan dan telah mencapai objektif dan tujuannya. Responden yang
dipilih menunjukkan peningkatan dari segi ketangkasan untuk mencapai objektif
yang telah ditetapkan.
Kajian ini juga boleh diaplikasikan di sekolah-sekolah lain dengan bertujuan
untuk melatih dan mendidik murid menguasai salah satu aspek kecergasan yang
amat penting ini. Responden untuk kajian ini sesuai dalam linkungan empat
hingga sepuluh orang sahaja. Ini adalah untuk memudahkan guru melihat dan
mengenalpasti murid yang menunjukkan kesan yang positif terhadap tindakan
yang dijalankan.
67
9.0 KAJIAN TINDAKAN SETERUSNYA
kajian yang dijalankan mungkin terdapat kekurangan dan kelemahan yang
perlu ada usaha penambahbaikan. Bagi mendapatkan hasil dapatan yang lebih
mantap, di sini dicadangkan bebrapa kajian lanjut untuk meperbaiki kualiti hasil
kajian.
Cadangan pertama, responden kajian ini hanya dipilih daripada satu
sekolah sahaja. Untuk kajian pada masa hadapan, pemilihan sampel seharusnya
melibatkan populasi yang besar yang meliputi beberapa buah sekolah bagi melihat
dengan jelas perbezaan anatara tahap ketangkasan murid selepas menjalani
kaedah latihan litar pada masa akan datang.
Cadangan kedua ialah, focus kajian juga boleh dikhususkan dan
difokuskan kepada hanya satu isu sahaja.
Cadangan ketiga ialah latihan litar yang digunakan harus dibahagiakan
kepada kumpulan fizikal.
Cadangan keempat ialah, bilangan stesen yang digunakan hanya 4 sahaja.
Oleh itu, stesen perlu diperbanyakkan lagi dan masa sasaran perlu dicari semula.
68
SENARAI RUJUKAN
Asha Hasnimy Bt Mohd Hashim & Mariana Binti Abd Manan (2008) Kajian Terhadap
Tahap Ketangkasan Dikalangan Atlet Tinju Peringkat Negeri
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan
Dalam Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Johnson, Barry L., & Nelson, Jack K. (1986). Practical Measurements for Evaluation in
Physical Education (4th ed.). New York : Macmillan Publishing Companyy.
Mook Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhiriah Syed Ahmad. (2009). Murid
dan Alam Belaja. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Rosinah Edinin. (2012). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan (edisi kedua).
Kuala Lumpur : Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Cissik, J. (2004). Sport Speed and Agility Training. Monterey, CA : Coaches Choice
Publications.
Ahmad Hashim. (2004). Pengukuran Kecergasan Motor. Tanjung Malim, Perak.
Quantum Books.
Barry L.Johnson, jack K. nelson. (1969). Practical Measurement For Evaluation In
Physical Education. United States of America. Burgess publishing.
Rusedawtty Osman.(2008) Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Mengikut Kumpulan
posisi Atlet Bola Jaring Peingkat Universiti
Procedure for conducting the Illinois Agility Run for athletes.
(http://topendsports.com/testing/test/illinois.htm)
Lampiran 1
69
Catatan temubual
Tarikh
Masa
Tempat
Antara soalan yang di ajukan kepada murid untuk mengenalpasti masalah.
1. Adakah kamu berminat bermain permainan yang melibatkan ketangkasan
seperti permainan bola baling, bola jaring dan bola sepak?
2. Apakah kamu seronok menjalani latihan
3. Adakah kaedah ini membantu kamu untuk meningkatkan ketangkasan
sewaktu bermain permainan seperti bola baling, bola jaring, bola sepak.
4. Apakah perubahan yang kamu alami selepas kaedah latihan litar ini
dijalankan?
5. Apakah perasaan kamu setiap kalimengikuti pengajaran cikgu?
6. Adakah kamu ingin mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan oleh cikgu?
70
Lampiran 2
Borang Pemerhatian
Pemerhatian
Tarikh
Tempat
Masa
Peristiwa
Refleksi guru
71
Borang pemarkahan Ujian Illinois
BIL RESPONDEN MASA MARKAH
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
72