TERBITAN BAHARU SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN · PDF fileHalaman Enam BERITA HARIAN Rabu, ......
Transcript of TERBITAN BAHARU SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN · PDF fileHalaman Enam BERITA HARIAN Rabu, ......
MALAYSIA KE ARAH HAB MAKANAN HALAL DUNIANoraini Haji Idris et alISBN 978-983-62-9672-6RM20.00 # 234 hlm.
Memaparkan hasil penemuan kajian mengenai cabaran yang dihadapi
oleh industri pemprosesan makanan halal negara dalam menghadapi cabaran AFTA. Amat sesuai dimiliki oleh mereka yang terlibat dalam penubuhan industri makanan halal negara seperti penggubal dasar, kakitangan kerajaan, pengusaha, sektor swasta, pelajar dan masyarakat umum. Dapatkan naskhah anda hari ini juga.
Siri Monograf Sejarah Bahasa MelayuDIALEK MELAYU ULU KAPUAS KALIMANTAN BARATYusriadiISBN 978-983-62-9151-6RM22.00 # 201 hlm.
Buku ini memerikan struktur asas dialek Melayu Ulu Kapuas, iaitu dialek Melayu
yang dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh kira 100,000 orang di kawasan hulu lembangan Sungai Kapuas di Kalimantan Barat. Turut merakamkan sebahagian lagi dialek Melayu di Nusantara. Amat bermanfaat kepada para pengkaji bahasa Melayu, pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi pengkhususan bahasa Melayu, serta masyarakat awam yang berminat.
Halaman Enam BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 BERITA HARIAN Rabu, 17 Oktober 2007 Halaman Tujuh
PERLU DIMILIKI
Siri Kamus Istilah MABBIMKAMUS PERGIGIANOperatifISBN 978-983-62-9667-2RM15.00 # 117 hlm.
Mengandungi 333 istilah berserta huraiannya yang telah disediakan oleh
pakarpakar yang mahir dalam bidang Sains Gunaan amnya dan bidang Pergigian khasnya. Pemilihan istilah masukan ini adalah berdasarkan keperluan mereka yang terlibat dalam bidang ini secara langsung. Amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, pengajar, pengamal dalam bidang Pergigian dan orang ramai yang terbabit.
NOORDIN HASSANDalam Esei dan KritikanPenyelenggaraHalilah Haji KhalidISBN 978-983-62-9512-5RM40.00 # 424 hlm.
Memuatkan makalah para sarjana yang membincangkan falsafah dan
pemikiran Sasterawan Negara yang ketujuh, SN Dato’ Noordin Hassan, yang terungkap dalam pelbagai karya yang beliau hasilkan. Falsafah dan pemikiran beliau ini telah ditelusuri dengan berkesan oleh para sarjana menerusi pelbagai pendekatan seperti hermeneutika kerohanian, semiotik, semantik, pascamoden dan sebagainya. Dapatkan naskhah anda hari ini.
TERBITAN BAHARU
DEBAT KESUSASTERAAN DUNIAPenyuntingChristopher PrendergastISBN 978-983-62-9606-1RM50.00 # 526 hlm.
Dalam debat yang berterusan mengenai dimensi budaya globalisasi, persoa
lan “kesusasteraan” telah menjadi suatu hubungan yang kurang akrab. Buku ini mengungkap pencarian jawapan untuk membetulkan imbangan ini. Antara perkara yang banyak diberikan perhatian ialah tentang warisan idea Goethe, pemahaman yang pelbagai mengenai istilah “kesusasteraan” itu sendiri, pertembungan rentasbudaya, ciri “kesusasteraan kecil” dan tentang politik genre sastera. Sesuai untuk dimiliki oleh para penggemar dan penggiat sastera tanah air.
UNITY AND EDUCATION IN MALAYSIAAbdul Rahman ArshadISBN 978-983-62-9655-9RM25.00 # 274 hlm.
Perpaduan kebangsaan adalah merupakan aspek utama yang diberikan
tumpuan khusus sesebuah negara dan tidak terkecuali Malaysia. Pelbagai strategi digunakan termasuk melalui pendidikan. Namun setelah 50 tahun merdeka daripada penjajahan negara asing, tercapaikah perpaduan kebangsaan ini? Sekiranya tercapai, berapakah peratusannya? Buku ini menjawab segala persoalan berkaitan isu ini. Sesuai dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat yang cintakan perpaduan.
PUISI-PUISI SYEIKH AHMAD AL-FATANIPenyelenggaraWan Mohd. Shaghir AbdullahISBN 978-983-62-9271-1RM40.00 # 342 hlm.
Merupakan himpunan puisi Syeikh Ahmad alFatani yang telah menarik
minat beberapa orang orientalis dan sarjana dari dunia Melayu. Sumbangan yang telah diberikan melalui penulisannya ini sarat dengan pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang. Himpunan puisi anak kelahiran Patani yang turut mempunyai pengaruh besar dalam kerajaan Turki Uthmaniyah ini akan memberi manfaat besar kepada peminat puisi Islam, para pengkaji dan pelajar di pusat pengajian tinggi.
BUKAN MERAIH SIMPATIAbdullah A MISBN 978-983-62-9662-7RM18.00 # 295 hlm.
Besarnya erti sebuah kehidupan. Terpaksa berkorban demi meraih sece
bis rezeki. Demikianlah bagi anak muda seperti Bustaman. Merantau jauh meninggalkan desa tercinta menuju kota yang mencabar. Di situ, dia berdiri di tiga persimpangan: antara tugasan dan tuntutan hidup di kota besar, ketidakmahuan ibu merestui tugasnya dan runtunan hatinya yang memendam rasa sayang terhadap seorang gadis misteri. Ikuti kisah yang cukup menarik gambaran suasana kehidupan masa kini.
DramaJEDA NUR IMANDahiri SainiISBN 978-983-62-9670-2RM15.00 # 138 hlm.
Drama yang telah memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP ini mema
parkan warnawarni watak pelbagai kaum dan agama yang mengungkai erti kehidupan dan identiti diri dalam mencari ketenteraman jiwa dan ikatan kekeluargaan. Dengan tema pemerkasaan ummah melalui toleransi beragama, drama ini menonjolkan revolusi manusia dalam pembangunan teknologi dan elemen biosains tanpa melupakan unsur tradisi. Sebuah drama yang cukup unik dan menarik untuk tatapan anda.
Kumpulan Cerita Rakyat SarawakDAYANG PUTERIPenyelenggaraJiso RutanISBN 978-983-62-9696-2RM31.00 # 397 hlm.
Memuatkan sebanyak 32 cerita menarik Rakyat Melanau dan Melayu Sarawak yang meliputi pengem
baraan atau lipur lara, asal usul dan legenda. Secara tidak langsung, ceritacerita ini memaparkan sistem nilai, pandangan semesta dan pemikiran masyarakat zaman dahulu yang boleh dijadikan rujukan dan bahan untuk kajian lanjut oleh mereka yang berminat untuk memahami budaya dan nilai hidup rakyat Sarawak.
KATARSIS PERJUANGANMohd. Faizal JamilISBN 978-983-62-9695-5RM30.00 # 505 hlm.
Pemberontakan rakyat Sarawak menentang pemerintahan Pengeran Mahkota, penabalan James Brooke
sebagai Raja Sarawak, pemberontakan orang Cina, pendudukan tentera Jepun, dan pemberontakan terhadap pemerintahan Crown Colony antara perjuangan awal sebelum Sarawak muncul sebagai negeri Maju Pulau Borneo. Ikuti rakaman perjuangan sejati rakyat Sarawak dalam novel yang telah memenangi tempat ketiga Peraduan Sastera Kreatif Negeri Sarawak 2003.
NABI MUSA DAN BANI ISRAILSaad Ismail SyalabiyISBN 978-983-62-9436-4RM7.00 # 33 hlm.
Mereka terlepas dari cengkaman seksaan Firaun. Mereka juga dapat
merentasi Laut Merah dengan selamat. Mereka turut dipayungi awan daripada sinar terik mentari. Mereka telah diberi makanan yang terbaik serta minuman yang terbit daripada batu. Namun, mengapakah mereka terus kufur kepada Allah dan menyembah patung emas anak lembu? Mengapakah Nabi Musa meninggalkan Bani Israil dan Nabi Harun selama 40 hari? Ikuti kisah pengajaran daripada petikan alQuran yang cukup menarik ini. Sesuai dijadikan bacaan seisi keluarga.
MENYAMPAIKAN KEBENARANSaad Ismail SyalabiyISBN 978-983-62-9384-8RM7.00 # 31 hlm.
Mengapakah di peringkat permulaan Islam, Nabi Muhammad berdakwah
secara bersembunyi? Mengapa pula penganut awal Islam terdiri daripada golongan lemah, fakir dan hamba? Apakah strategi Rasulullah ketika berdakwah secara terangterangan? Mengapakah turun ayat alQuran yang mencela Abu Lahab? Ikuti likuliku perjalanan dakwah Rasulullah SAW dalam mengajak manusia kepada jalan kebenaran. Sebuah sirah yang dipetik daripada ayat alQuran untuk pengajaran setiap insan.
UJIAN ALLAHSaad Ismail SyalabiyISBN 978-983-62-9417-3RM7.00 # 31 hlm.
Apakah kaum Muslimin telah menjadi lemah sehinggakan Nabi menga
lami kecederaan dan nyaris terbunuh di medan pertempuran? Apakah yang terjadi sehingga ramai para sahabat syahid dalam keadaan yang cukup menyayat hati? Mengapa kaum Muslimin menerima tamparan sehebat ini? Apa salahnya dengan strategi perang kaum Muslimin? Dapatkan sirah perjuangan Rasulullah yang menarik ini daripada petikan alQuran. Sesuai dijadikan bacaan seisi keluarga.
KEKUASAAN ALLAHSaad Ismail SyalabiyISBN 978-983-62-9412-8RM7.00 # 31 hlm.
Bagaimanakah Nabi Ibrahim mematahkan hujah Raja Namrud seterus
nya menafikan ketuhanan Namrud? Bagaimana sebuah negara yang hancur musnah dibangunkan? Bagaimana pula bangkai empat ekor burung yang dicampurkan dapat dihidupkan dengan mudah? Dapatkan jawapannya dalam siri bacaan ini yang dipetik daripada kisahkisah menarik yang terdapat dalam alQuran. Sesuai untuk bacaan setiap lapisan masyarakat.
SIRI PENDIDIKAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KANAK
TINTA ELIPSISIbnu Ahmad Al-KurauwiISBN 978-983-62-9646-7RM28.00 # 382 hlm.
Dia benarbenar dalam dilema, keliru memintal per
timbangannya; antara kasih dan tanggungjawab, antara anak isteri dengan kerjaya yang terpateri di pundaknya.
Kecamuk fikiran ditambah lagi dengan delima antara dua hati dan perasaan yang harus berkorban dan dikorbankan. Ada janji yang harus digugurkan. Walaupun tekadnya sudah terpateri ketika mengikat janji seia sekata dahulu. Apakah kerana Amjad, dia harus menggugurkan janjinya dengan Wardah? Satu dilema yang perlu di rungkai dengan penuh hikmah. Cinta disemai bukan kerana nafsu. Ikuti kesudahan sebuah cerita yang amat menarik antara dua kasih.