Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
-
Upload
makiyo-ngu -
Category
Documents
-
view
27 -
download
0
description
Transcript of Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 1/11
06:58:29pm
MASA DUNIAKU
A male
gynecologist is lik ean auto mechanicwho has never
owned a car.
Carrie P. Snow
Cheeky Quotes
PENGIKUT
0 More Next Blog» Create Blog Sign In
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 2/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 2/11
KEPENTINGAN TERAPI SENI
Menyelesaikan konflik emosi
Meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri
Membina kesedaran sosial
Mengubah tingkah laku
Membina strategi penyelesaian masalah
Meningkatkan kemahiran penguasaan hidu
KEPENTINGAN TERAPI SENI KEPADA MUIRD BERMASALAH PEMBELAJARAN
meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
meluahkan perasaan
menguatkan daya imaginasi
menguatkan motor kasar dan motor halus
CADANGAN TERAPI SENI VISUAL
King dan Anderson (1990) memilih karektoristik kerja berkumpulan menjadi kunci . Beliau
menggambarkan kreativiti berkumpulan sebagai pemimpin kepada usahasama, perpaduan,
ketahanan kumpulan , gubahan kumpulan , struktur kumpulan dan keahlian daripada pelbagai
bidang atau latar belakang .Ini adalah kunci bagaimana gerak kerja berkumpulan ini berfungsi.
Pertimbangan ini menuju kepada perkembangan kreativiti iaitu bagaimana untuk meninggikan
teknik berkumpulan seperti “brainstorming” dan “mind mapping” .
Stein (1974) berpendapat bahawa seseorang itu sebenarnya menjana idea yang sedikit didalam
kumpulan. Hackman dan Morris (1975) menyatakan bahawa keupayaan kumpulanmenurun di
sebabkan kekurangan motivasi, kecacatan proses dan penyelarasan. Mengikut Botter dan Yetton
(1987) pula, kumpulan penyelesaian masalah ini boleh memperbaiki keberkesanan kumpulan
mereka dengan melatih secara individu tentang kemahiran penyelesaian masalah. Teknik
mengenalpasti peningkatan organisasi kreativiti termasuk memisahkanpenyelesaian penjanaan dan
penyelesaian penilaian ( Cummings dan O’Connell, 1978 ).
Kemungkinan yang diambil, kebebasan bertukar idea, pengesahan pertentangan,
simulasipenyertaan dan kepercayaan intrinsik sebagai bangkangan kepada ganjaran
ekstrinsik.Bassadur, Graen dan Scandura (1986) berpendapat bahawa Kreativiti meningkat apabila
lebih banyak masa digunakan untuk menerbitkan idea, dan apabila sesuatu kumpulan mengelakkanmenaksir pra kematangan idea dengan penilaian kritikal.
Terapi Aroma
Terapi Main
Terapi FloorTime
TERAPI FISIO(G5.7)
TERAPI HIDRO
Apa itu terapi pertuturan??Kamarudin Hj Husin (19...
TERAPI HAIWAN (G 5.6)
TERAPI HAIWAN HIDRO DAN PERGERAKAN KREATIF
TERAPI OZON
(G5.7)
Terapi Herba
SEM 5 AMBILAN JAN 2010 MASALAH PEMBELAJARAN
S NS OF SIXTH
PERALATAN DALAM TERAPI HAIWAN -*Penulis : Nurul
Hasriah bt Zakaria*Semasa mejalani terapi
haiwan, antara perkara penting dan perlu diambil kira ialah peralatan yang digun...
2 years ago
Join this site
with Google Friend Connect
Members (21) More »
Already a member? Sign in
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 3/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 3/11
Para sarjana ini berpendapat bahawa latihan yang fokus kepada memperkembangkan kemahiran
berfikirberdasarkan kreativiti akan menuju kepada dapatan yang tepat dari segi kualiti dan kuantiti
output kreatif. Peningkatan inovasi dalam gerak kerja berkumpulan bukanlah mengikut jumlah
individuyang kreatif di dalam sesuatu kumpulan. Perlakuan kreatiflah menjadi pengantara di dalam
berkumpulan dan ia dipengaruhi oleh gubahan kumpulan, karaktoristik dan proses.
Amabile (1988) mengenalpasti domain kemahiran yang relevan, kreativiti- kemahiran yangrelevan
dan tanggungjawab motivasi intrinsik sebagai kunci elemen ini. Beliau menyarankan setiap satu dari
tiga komponen ini diaplikasi kepada individu dan kumpulan yang kecil serta menjadi keperluan
dalam menghasilkan inovasi. Implikasinya ialah pertembungan kreativiti boleh diaplikasi kepada
kreativiti pelajar dan inovasi berkumpulan.
Inovasi yang berterusan adalah tidak mustahil dan bergantung kepada penciptaan ilmu. Inovasi
dilihat sebagai pengetahuan penciptaan yang tersusun . Ia juga sama seperti kreativiti.
Pengetahuan bersifat personal , sukar dIformalkan , subjektif , ilham dan bermula dari asas
perbuatan dan pengalaman seseorang , ideal , nilai dan emosi . Ia boleh dipisahkan menjadi 2
komponen kemahiran informal.
Kesimpulannya, pengajaran secara individu dan berkumpulan dapat meningkatkan lagi inovasi
seandainya ia disokong oleh persekitaran sosial dan guru .Elemen elemen yang memberi kesan
kepada inovasi, yang dapat menolong mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran ialah ilmu ,
motivasi , sosial dan pengaruh keadaan .
Guru sebagai penyalur maklumat kurikulum melalui pendekatan yang efektif boleh
mengagihkan pelajar secara individu atau kumpulan pelajar yang mempunyai pelbagai
latar belakang dan kemahiran .
Pembelajaran yang berjaya menghidupkan iklim bilik darjah secara positif dan membawa
pelajar.
Pendekatan yang pelbagai dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran
kepada motivasi minat.
Guru menjadi pendorong dan fasilitator dengan memberikan dorongan dan simulasi
kepada pembelajaran pelajar untuk menjana dan meningkatkan inovatif.
Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan
permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Terapi batiniah ini merawat mental
melalui kaedah kognitif, psikomotor dan afektif. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu
pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam
menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 4/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 4/11
Terapi Seni ini telah menjadi kajian sekian lamanya di negara negara barat. Di Malaysia pula,
terapi seni masih belum ada kajian yang mendalam mengisi ruang kosong bagi membantu
menyelesaikan pemasalahan pelajar dalam usaha menginterpretasi diri, memperkembangkan
pengetahuan, mempertingkatkan kecerdasan, pernyataan kendiri dan utiliti idea.
Terapi seni sebagai asas pemantapan emosi dan sahsiah pelajar kini menjadi keperluanyang tidak
dapat dielakkan lagi. Pelajar datang dari latar belakang yang berbeza samada dari segi genetik,
keluarga , bangsa, persekitaran, tempat, budaya dan agama menjadikan terapi seni ini suatu
keperluan demi merungkai kompleksiti tersebut daripada menjadi bertambah serius. Ini adalah
untuk memastikan kepesatan pembangunan Negara kita, bukan saja ditajai oleh insan yang
berpendidikan, mahir, berteknologi, berdaya cipta dan berbudaya tetapi yang mempunyai
kecerdasan dan sahsiah diri yang mantap disamping kestabilan emosi.
CARA PELAKSANAAN TERAPI SENI
Kegiatan dalam Bidang Mengambar
LUKISAN
Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan
menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur
garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga
adalah terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.
CATAN
Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna
ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis
meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan
tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 5/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 5/11
tempera dan Fresko (Kapur plaster).
KOLAJ
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-
bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari
bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.
MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau
sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-lain.
Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan
(kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj.
Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing
photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan
corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik
perhatian pemerhati.
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 6/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 6/11
CETAKAN
Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke
atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh
dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan
plat dengan dakwat. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.
GOSOKAN
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll)
menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula, gosokan bermakna pemindahan
reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di
atas permukaan yang hendak dipindahkan.
Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta memberi
ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di
sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas
sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
Pelbagai teknik gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja, gosokan beberapa
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 7/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 7/11
lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang kali dari arah dan sudut yang
berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai warna atau monokrom iaitu menggunakan warna putih
dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas.
RESIS
Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke
permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat atau diwarnakan. Lilin bertindak
sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak
batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan Sodium silikat. Setelah selesai,
rendaman soda ash dalam air panas bertindak untukmembuang lilin yang terdapat pada permukaan kain
tersebut.
Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak
bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Resis juga boleh dikatakan
sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik
lukis dan batik canting.
GURISAN
Alat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 8/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 8/11
Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di
atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar gambar di atasnya.
PERCIKAN
Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-
serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialahmenghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik,
menyebabkan berpercikan, merenjisi.
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna
tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik
boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari
berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu
granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap,
tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan
sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan
apabila warna kedua dipercikkan.
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 9/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 9/11
MOZEK
Menurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat
daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau
corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera),
disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan/kilauan.
Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari
cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.
STENSILAN
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu cara supaya
meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang
diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh
kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
KESIMPULAN
“Kebanyakkan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan
mereka melalui permainan dan seni. Merkea juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini ,
untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan”
- Dyer – Friedman & Sanders, 1997; Rubin 1978 -
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 10/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 10/11
Newer Post Older PostHome
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Posted by pendidikan khas at 00:00
Labels: G5.3, PISMP, Seni, Terapi
Kesimpulannya, banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni. Seperti yang telah dinyatakan di
atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di dalam terapi seni iaitu bidang menggambar, membuat
corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir sekali mengenal kraf tradisional.
Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan perasaan murid, memberi peluang murid untuk
merasa seronok semasa sesi pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya
sendiri dan juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka. Kelebihan
terapi seni untuk guru pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid. Contohnya jika murid
merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan
yang diberikan. Selain daripada itu, guru dapat mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni,
contohnya warna yang diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang hidup murid dan
lain – lain lagi. Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja untuk guru
malahan untuk murid.
Blog Asal : http://specialzone90.blogspot.com/
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as: Google Accou
Publish
Preview
No comments:
Post a Comment
7/18/2019 Terapi Untuk Murid Pendidikan Khas_ Terapi Seni [g5
http://slidepdf.com/reader/full/terapi-untuk-murid-pendidikan-khas-terapi-seni-g5 11/11
3/7/2015 TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS: Terapi Seni [G5.3]
http://terapikhas.blogspot.com/2012/04/terapi-seni-g53.html 11/11
hak cipta terpelihara. Hasil kerja ini diwartakan sebagai hasil kerjasama sem 5 ambilan 2010/ipgkik. Awesome Inc. template. Powered by Blogger .