Terapi Kucing

10
Disediakan oleh : Nazirah Ibrahim Bahagian Dasar ICT MOSTI

Transcript of Terapi Kucing

Page 1: Terapi Kucing

Disediakan oleh :

Nazirah Ibrahim

Bahagian Dasar ICT

MOSTI

Page 2: Terapi Kucing
Page 3: Terapi Kucing

sama seperti cap jari, corak di

hidung kucing unik dan berbeza-beza

Secara purata, kucing

tidur selama 16 jam sehari

Kucing mampu selamat walaupun

jatuh dari ketinggian 30 kaki

Tempoh kucing bunting

adalah selama 63-65 hari

Berat badan kucing antara 2.5

hingga 7 kg dan jarang melebihi 10

kg, kecuali diberi makan berlebih

Kucing memiliki 230 tulang, iaitu

24 kali lebih banyak dari manusia

Kucing menggunakan misai sebagai

antena untuk mengukur sama ada

laluan itu muat atau tidak untuk

dilalui

Page 4: Terapi Kucing

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung

Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka

yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40% lebih tinggi

untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular

daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik

kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit)

Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh

anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan

sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing. Pemilik kucing kurang

diserang masalah seperti batuk, selesema, sakit kepala dan sakit belakang.

3. Mengurangkan risiko alergi

Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk

membela kucing. Membela kucing dapat membantu mengurangkan risiko alergi sehingga 50%. Di Detroit, menurut kajian doktor keatas 474 kanak-kanak yang sihat, dimana sebahagaian daripadanya didedahkan dengan dua ekor kucing dan anjing manakala yang sebahagian lagi tidak. Keputusannya, kanak-kanak yang telah didedahkan dengan kucing dan anjing risiko mendapat alergi mereka lebih rendah iaitu separuh berbanding dengan kanak-kanak yang tidak didedahkan dengan kucing dan anjing.

Page 5: Terapi Kucing

4. Membantu mencegah asma pada anak

Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa

hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia

awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana

sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

Kajian yang dibentangkan oleh Fakulti Kesihatan Awam Mailman, Universiti Columbia menunjukkan

memelihara kucing dapat melindungi kanak-kanak 5 tahun dari terus mengalami gejala asma.

Kemungkinannya, badan mereka berjaya menghasilkan antibodi yang dapat melawan alahan yang dibawa

oleh kucing. Pada usia 3 tahun, antibodi yang dihasilkan ini mungkin boleh menyebabkan nafas mereka

semput, salah satu gejala yang dikaitkan dengan asma. Tetapi, menjelang usia 5 tahun, kanak-kanak yang

membesar dengan kucing di persekitarannya, didapati tidak lagi mengalami gejala tersebut. – Early Life

Exposure To Cats May Reduce Risk Of Childhood Allergies And Asthma Symptoms, ScienceDaily

(22 May, 2008)

Page 6: Terapi Kucing

5. Mengurangkan Tekanan Darah

Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol

Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka

yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan

bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol

Daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke

Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko

stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik

kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

Page 7: Terapi Kucing

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas

Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda.

Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya

adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara

dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan

mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat

membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta

tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”

Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh

membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing

dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan

mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis

Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara

yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu

dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi

untuk anak-anak autis.

Page 8: Terapi Kucing

11. Mengurangkan Kesepian

Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian.

Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan

masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

Berdasarkan statistik - hasil Kajian Penduduk Keluarga

Malaysia (KPKM) kali ke-4 oleh LPPKN serta

dipadankan dengan hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2010

23% atau 538,000 daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom ‘Empty Nest’ iaitu rasa

kesunyian dan sedih akibat tinggal bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan daripada anak-

anak. Perak mencatatkan jumlah kes sedemikian yang paling tinggi membabitkan 68,437 orang, diikuti

Johor 68,087 dan Sarawak 62,804. Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan

Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi-Gandhi, berkata peningkatan kes sindrom ‘Empty

Nest’ perlu diberi perhatian kerana ia juga dikenal pasti punca kepada masalah mental dan tekanan yang

kebiasaannya melanda warga emas wanita.

Kajian itu juga mendapati kira-kira 55% warga emas terbabit menyatakan rasa tidak kisah jika ditempatkan

ke Pusat Jagaan Orang Tua untuk mengisi masa lapang mereka.

Page 9: Terapi Kucing

Kajian di Amerika Syarikat mendapati bahawa 94%

daripada ketua eksekutif pernah memiliki haiwan

peliharaan semasa kecil dan kanak-kanak yang

mempunyai haiwan peliharaan lebih memahami

konsep keprihatinan, perkongsian, tanggungjawab

dan kasih sayang. Mereka juga lebih berjaya

menjalinkan hubungan yang mesra sebagai orang

dewasa.

Page 10: Terapi Kucing