Terapi cara kerja

22
Terapi Cara Kerja KUNJUNGAN: 409 SEKSYEN: PERKHIDMATAN - PERKHIDMATAN SOKONGAN Terapi Cara Kerja Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan, intervensi dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti seperti: Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik dan aktiviti koordinasi mata dan tangan Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor halus dan aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan kemahiran pergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti kemahiran motor kasar ketika bermain bersama rakan Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak masalah fizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru atau pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak tersebut Proses Perkhidmatan Terapi Cara Kerja Penilaian awal Menjalankan proses temubual bersama ibu bapa atau penjaga untuk mengumpul maklumat klien

Transcript of Terapi cara kerja

Page 1: Terapi cara kerja

Terapi Cara Kerja

KUNJUNGAN: 409 SEKSYEN: PERKHIDMATAN - PERKHIDMATAN SOKONGAN

Terapi Cara Kerja

Perkhidmatan terapi cara kerja melibatkan penilaian awal, perancangan, intervensi dan penilaian akhir kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak. Perkhidmatan ini melibatkan aktiviti seperti:

Menjalankan penilaian berstruktur kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah dalam kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus

Berfokus kepada aktiviti kemahiran motor halus dalam pembelajaran kanak-kanak seperti memegang pensel, menggunting, aktiviti seni lukis, memanik dan aktiviti koordinasi mata dan tangan

Menjalankan terapi secara individu bagi menilai kemahiran motor halus dan aktiviti yang melibatkan manipulasi tangan

Menjalankan terapi secara berkumpulan dengan memerhatikan kemahiran pergerakan dan imbangan badan kanak-kanak semasa melakukan aktiviti kemahiran motor kasar ketika bermain bersama rakan

Menjalankan pemantauan ke sekolah yang mempunyai kanak-kanak masalah fizikal serta memberi cadangan yang membantu kepada guru atau pihak sekolah tentang keperluan kanak-kanak tersebut

Proses Perkhidmatan Terapi Cara Kerja

Penilaian awal

Menjalankan proses temubual bersama ibu bapa atau penjaga untuk mengumpul maklumat klien

Menjalankan pemerhatian berstruktur terhadap klien untuk mengenalpasti masalah spesifik yang boleh dibantu daripada segi terapi cara kerja

Perancangan

Page 2: Terapi cara kerja

Intervensi

Melaksanakan intervensi terapi cara kerja mengikut perancangan berkala Memerhatikan perkembangan klien selepas intervensi terapi cara kerja

dijalankan secara berkala Melakukan lawatan ke sekolah untuk memantau aktiviti klien serta

persekitarannya di sekolah

Penilaian akhir

Menilai keberkesanan intervensi terapi cara kerja yang telah dilaksanakan

Membuat penambahbaikan intervensi mengikut keperluan dan keutamaan klien

Page 3: Terapi cara kerja

a) Terapi pertuturan

kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi.

membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.

melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu

antara aktiviti terapi pertuturan ialah : - latihan lisan.

- meniup belon.

- meniup kertas di atas air.

- mengetap bibir ; dan sebagainya.

b) Terapi Fizikal (fisioterapi)

memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan.

c) Terapi Carakerja

merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.

d) Terapi muzik

bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.

terapi ini digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.

aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama.

Page 4: Terapi cara kerja

murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun.

Terapi Muzik

Tuesday, December 06, 2011 Cik Nad 1 comment

Pendahuluan

¢Muzik adalah kumpulan nada yang dihasilkan oleh gabungan bunyi-bunyian daripada alat-alat yang disusun serta mengandungi irama dan harmoni.

¢Nyanyian dan muzik mampu menukar tingkah-laku seseorang iaitu mampu menukar emosi seseorang menjadi tenang, pilu, hiba, menangis, bermotivasi atau ke tahap yang tidak boleh dikawal akhlaknya. Ianya mempunyai kaitan yang rapat dengan jiwa seseorang insan.

Definisi

¢Satu terapi yang mana banyak menglibatkan pergerakan anggota badan seperti jari, mulut, kaki , tangan dan sebagainya.

¢Terapi muzik dan nyanyian merupakan satu kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bertindak balas terhadap aktiviti pelajaran yang diajarkan. Aktiviti terapi muzik dan nyanyian kebiasaannya di lakukan sama ada di dalam kelas mahupun di luar kelas.

Kepentingan

¢Dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan terutamanya bagi kelas pendidikan khas.

¢ Guru perlulah kreatif semasa mengaplikasikan terapi ini di dalam kelas.

¢Dapat menarik minat dan perhatian murid sewaktu dalam proses pembelajaran.

—terapi ini boleh digunakan khusus untuk murid yang hipoaktif yang mana sukar untuk melibatkan diri di dalam kelas.

¢Dapat membantu murid dalam meningkatkan lagi fungsi kognitif melalui nyanyian yang diajarkan.

Page 5: Terapi cara kerja

—Murid akan dapat menghafal huruf a hingga z melalui nyanyian.

¢Dapat meningkatkan lagi kemahiran bersosialisasi dan bergaul di dalam masyarakat.

¢ Seharusnya semasa guru menjalankan aktiviti yang melibatkan terapi muzik dan nyanyian ini , guru mestilah melibatkan semua murid di dalam kelas tersebut .

¢Dapat menambahkan lagi kemahiran pengamatan murid terutamanya bagi pengamatan penglihatan dan pendengaran.

—semasa guru menayangkan video nyanyian kepada murid, murid akan mendengar dan melihat tayangan tersebut.

¢Dapat meningkatkan lagi kemahiran pengamatan murid khususnya bagi murid autisma.

—Ini adalah kerana , murid autisma mempunyai daya tumpu yang sangat sedikit.

Aktiviti

•Menyanyi lagu ‘abc’ dan lagu kanak- kanak di dalam kelas.

•Bermain alat muzik.

•Menyanyi sambil menggerakkan mulut

Kesimpulan

¢Melalui aktiviti terapi nyanyian dan muzik dapat membantu murid dalam mengembangkan fungsi mereka di dalam masyarakat.

¢Selain itu juga, aktiviti terapi sebegini juga dapat meningkatkan keyakinan dalam diri dan dapat membantu murid yang mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus.

¢Melalui aktiviti sebegini juga, murid juga akan dapat mewujudkan pergaulan dan interaksi yang sihat sesama sendiri dan di dalam masyarakat .

Page 6: Terapi cara kerja

Terapi seni visual

LATAR BELAKANG TERAPI SENI

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara-negara Barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.

Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa.

Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual

Page 7: Terapi cara kerja

merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah manusia.

MATLAMAT TERAPI SENI

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) Siapa yang bertanggungjawab dari Art atau ekspresif Therapist dalam setting sekolah adalah untuk membantu pelajar mengekspresikan konflik dalaman mereka, sementara membina kemampuan mereka untuk melaksanakan perubahan.

PENGERTIAN TERAPI SENI VISUAL

Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalankan kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni visual ialah hasil karya seseorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik dalam seni. misalnya, teknik melukis, mewarna, menampal, dan mencantum dalam bentuk sama ada satu, dua atau tiga matra. oleh itu terapi seni visual boleh didefinisikan sebagai satu kaedah rawatan yang menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk.

Tokoh profesional dalam terapi seni iaitu Waller dan Gilroy, 1992 mengatakan terapi seni suatu bentuk terapi di mana pembuatan citra visual di hadapan seorang terapis seni berkualiti memberikan sumbangan terhadap eksternalisasi fikiran dan perasaan yang dinyatakan akan tetap terpendam. Gambar mungkin mempunyai diagnostik serta

Page 8: Terapi cara kerja

fungsi terapeutik pada bahawa mereka menyediakan pesakit dan terapis dengan rekod terlihat sesi dan memberikan penunjuk untuk rawatan lebih lanjut.

Terapi seni itu sendiri sebenarnya bermaksud sebagai1 kaedah rawatan yang menggunakan media sevi tampak sebagai alatan rawatannya.

KEPENTINGAN TERAPI SENI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah:

1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar

2. Meluahkan perasaan

3. Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti

4. Menguatkan daya imaginasi

5. Menguatkan motor kasar dan motor halus

6. Memperkembangkan bakat yang sedia ada

7. Menghayati nilai seni

Terapi seni ini sememangnya memberi banyak faedah kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Meskipun kita lihat terapi seni memberi banyak manfaat kepada insan khas, tetapi dalam pelaksanaan aktiviti seni bukanlah mudah seperti apa yang kita jangkakan. Semasa melakukan aktiviti seni, kita perlu bersedia membimbing kanak-kanak khas. Hal ini kerana, kita akan berhadapan dengan banyak masalah sewaktu melakukan aktiviti seni. Antara masalah yang bakal kita hadapi ialah:

1. Masalah pengamatan murid-murid khas

2. Masalah koordinasi motor kasar dan motor halus

3. Masalah komunikasi

4. Masalah sosialisasi

Page 9: Terapi cara kerja

5. Masalah imaginasi

6. Masalah pemahaman konsep

Page 10: Terapi cara kerja

Apa itu terapi pergerakan kreatif??

Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik melalui pergerakan.

Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma, kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

·

Aspek pergerakan kreatif

a) lokomotor

pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

contoh pergerakan lokomotor

i) berjalan

ii) melompat

iii) merangkak

b) bukan lokomotor

Page 11: Terapi cara kerja

pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.

contoh pergerakan bukan lokomotor

i) berlari setempat

ii) melompat setempat

iii) imbangan bangau

c) manipulasi alatan

manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk pergerakan

kemahira ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan mengawasi sesuatu objek.

contoh manipulasi alatan

i) melantun bola ambil berjalan

ii) memusingkan gelung dengan tangan

iii) skipping sambil berjalan

Tema pergerakan

Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran

Tema 1 : Kesedaran tubuh badan

Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa

Page 12: Terapi cara kerja

Tema 3 : Kesedaran ruang

Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa

Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.

Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.

Tema 7 : Lapan lakuan daya asas

Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.

Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.

Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.

Tema 11 : Orientasi ruang

Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.

Tema 13 : Penaikan dari lantai.

Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.

Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.

Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

Kepentingan terapi pergerakan kreatif

a) meningkatkan kecerdasan

b) meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwa

c) meningkatkan kemahiran bertutur

d) meninkatkan kreativiti

Page 13: Terapi cara kerja

· Aktiviti yang boleh dilakukan

- Gimrama

- Tarian moden

- Tarian tradisional

- Pergerakan berkumpulan dan berpasangan

Page 14: Terapi cara kerja

Terapi Main

Tuesday, December 06, 2011 Cik Nad No comments

KONSEP BERMAIN

•Permainan ialah suatu gerak kerja yang mengembangkan fizikal dan mental mengikut peraturan-peraturan tertentu. Kanak-kanak lebih tertarik dan sangat berminat membuat sesuatu aktiviti atau penyelesaian masalah dengan cara bermain. Permainan selalunya dikaitkan dengan kanak-kanak yang dianggap oleh orang dewasa sebagai satu perbuatan yang membuang masa dan tidak produktif. Sebaliknya jika kita kaji, permainan adalah satu aktiviti yang dapat membantu kanak-kanak dalam perkembangan sahsiah pertumbuhan fizikal dan ia adalah keperluan khas kanak-kanak.

•Mengikut Kamus Dewan ‘bermain’ adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun tidak.Permainan selalunya digunakan sebagai alat hiburan dan keseronokan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Semasa bermain mereka menggunakan pancaindera dan minda, yang tidak secara langsung menuju ke arah pembelajaran menyelesaikan masalah. Bermain menampakkan suatu proses yang mendatangkan kesukaan. Dengan kata lain kanak-kanak itu akan membuat sesuatu kerana ia suka berbuat demikian dan berhenti apabila dia telah bosan, maka aktiviti-aktiviti tersebut boleh dikatakan bermain.

•Caplan and Caplan (1973), mentakrifkan bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek. Aktiviti-aktiviti bermain dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan.

• Apabila konsep main dicantumkan dengan belajar, maka ia menjadi ‘belajar melalui bermain’. Sebagai contoh apabila kanak-kanak itu bermain sesuatu permainan sahibba, mereka dapat membina dan menambah perbendaharaan kata dan aktiviti matematik iaitu menjumlah setiap markah yang di perolehi. Sahsiah yang baik juga terbentuk melalui kerjasama, toleransi, saling hormat menghormati dan bersedia menerima kekalahan.

KONSEP TERAPI PERMAINAN

•Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional.

Page 15: Terapi cara kerja

Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar dan memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan.

CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN

1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif:

•Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain.

2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.:

•Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu..

3. Gantikan alat permainan baru.

•Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan kognitif mereka.

4. Fleksibel

•Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu, membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dll.

5. Lepaskan mereka.

Page 16: Terapi cara kerja

•Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahlah mereka mahu keterlibatan kita(ibu bapa@guru).

Terapi Bermain Bagi Rawatan Kanak-kanak Penting

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Terapi secara bermain bagi kanak-kanak adalah penting supaya mereka tidak mengalami trauma semasa dirawat di hospital, kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

Beliau berkata oleh itu pihak penjagaan kesihatan profesional awam dan swasta perlu menyediakan pusat rawatan yang mesra keluarga kepada kanak-kanak yang menjalani rawatan.

"Profesional dalam penjagaan kesihatan perlu mengetahui keperluan dalam penjagaan kesihatan di kalangan kanak-kanak kerana semasa dirawat di hospital, mereka boleh merasa tekanan dan trauma kerana tidak lagi berada di persekitaran rumah sendiri," katanya semasa melancarkan bengkel terapi bermain untuk penjagaan kesihatan kanak-kanak, di sini hari Jumaat.

Dr Zaininah berkata kanak-kanak tidak akan merasa takut dan bimbang apabila bermain.

"Semasa terapi, mereka boleh bermain dengan permainan alat perubatan, anak patung, patung binatang dan membaca buku mengenai pengalaman penjagaan kesihatan," katanya.

Beliau berkata bengkel tersebut merupakan inisiatif Persatuan Kebangsaan Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak bagi menggalakkan persekitaran mesra kanak-kanak di pusat-pusat penjagaan kesihatan.

Apa itu terapi pasir??

Page 17: Terapi cara kerja

Terapi pasir merupakan satu bentuk bengkel yang memberi peluang kepada individu untuk meneroka hal-hail berkaitan dengan perasaan atau emosi secara mendalam.

Terapi ini secara tidak langung memberi peluang kepada individu untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya tanpa paksaan.

Penggunaan terapi permainan pasir ini mampu membuatkan kanak-kanak lebih rileks.

Pergerakan otot yang diselarikan dengan perasaan ketika melakukan permainan pasir menyebabkan kanak-kanak lebih fokus dan akhirnya punca sebenar kemarahan atau ketegangan dapat dikeluarkan.

Pemilihan alat permainan untuk diletakkan di dalam kotak pasir menjadi simbol terhadap perasaan mereka, sama ada marah, benci, sayang dan sebagainya.

Tujuan terapi pasir

Melatih daya kreativiti kanak-kanak

Menghilangkan rasa marah

Page 18: Terapi cara kerja

Percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu

Meningkatkan keyakinan diri

Mengembangkan imaginasi dan penggunaan visual kanak-kanak

Kepentingan terapi pasir

membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan

membantu meningkatkan pertuturan dan komunikasi

merangsang pemikiran murid

menguranan tekanan emosi

membantu meningkatkan kemahiran sosial

Page 19: Terapi cara kerja