Teori Watson

download Teori Watson

of 13

Transcript of Teori Watson

LATAR BELAKANG Nama penuh : John Broades Watson Dilahirkan pada : 09 Januari 1878 di Greenville, South Carolina. Pada tahun 1891,Ayahnya, Pickens Watson telah meninggalkan keluarga dan menyebabkan keluarga Watson miskin sejak kecil. Pendidikan : 1. 1899 - Tamat pengajian di Furman University.

2. 1901 - Mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi di University of Chicag

3. 1903 - Menerima ijazah kedoktoran di University of Chicago.

906 - Bekerja sebagai pensyarah di University of Chicago

907 - Bekerja sebagai profesor psikologi di John Hopkins University.

913 - Menghasilkan artikel yang berjudul "Psychology as the Behaviorist Views It.

914 - Telah menerbitkan Behavior : An Introduction to Comparative Psychology.

915 - Menjadi Presiden American Psychological Association.

916 - Memulakan pengajian tentang mental. Bekerja dengan syarikat pengiklanan di J Walter Thompson Agency.

919 - Menerbitkan Psychology from the Standpoint of a Behaviorists.

920 - Berhenti dari John Hopkins University&Menghasilkan "Little Albert" Experime

924 - Menjadi duta di Watson J Walter Thompson Agency. Menghasilkan Behaviori

928 - Menghasilkan Psychological Care of Infant and Child.

945 - Bersara dari William Esty Agency.

958 - Meninggal dunia.

Jaques Loeb seorang ahli biologi yang mempengaruhi beliau tentang objektif psikologi. Mengkaji tentang neurologi bersama Henry Herbert Donaldson.

Watson merupakan seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat.

Kajiannya banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.

Mengenai J.B Watson

Menjalankan eksperimen dengan haiwan iaitu tikus dan monyet.

Mengkaji tentang fungsi dan teori psikologikal

Mengkaji tentang tingkah laku haiwan

Merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia.

Eksperimen Little AlbertTahun 1920, Watson bersama pembantunya Rosalie Rayner menjalankan kajian di Hopkins University terhadap bayi yang berusia 9 bulan sahaja iaitu Albert B.

Sebagai rumusan,pada mulanya Albert telah dilazimkan untuk menangis sebagai suatu gerakbalas pada tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza. Tetapi setelah itu, apabila berlanjutan, Albert turut takut terhadap apa sahaja yang berbulu dan berwarna putih. Selain itu, boleh dikatakan bahawa Watson dan Rayner telah menunjukkan pelaziman klasik yang boleh menyebabkan fobia (ketakutan yang kurang rasional terhadap sesuatu situasi yangmerbahaya).

Eksperiment tahap 1 (9 bulan)

Gambar Albert Diberikan Seekor Tikus Putih

KAJIAN Albert diberikan tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza.

TINDAKBALAS Reaksi Albert adalah seronok dan selesa.

Eksperiment tahap 2 (11 bulan) Gambar Watson menunjukan Topeng pada Tahap 2 KAJIAN Albert sekali lagi ditunjuk tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza diikuti bunyi kuat yang telah dihasilkan daripada batangpaip besi dan pemukul. TINDAKBALAS Bunyi yang mendadak menyebabkan Albert menangis.

Eksperiment tahap 3 (11 bulan dan seminggu) Albert berasa takut dengan benda yang berbulu putih walaupun itu merupakan topeng Santa Claus - Albert diberikan lagi tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza. - Reaksi Albert tetap menangis dan takut walaupun tanpa sebarang bunyi dihasilkan. - Akibat dari perkaitan ini, maka hasil gerak balas takut yang dimanifestasi ialah melalui tangisan.

Gerakbalas Semulajadi Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim Proses Berpasangan Tikus (Rangsangan Neutral + Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim) Berlakunya Pembelajaran Tikus (Rangsangan Terlazim ketakutan (Gerak balas Terlazim)

Eksperimen ini merupakan asas pendedahan kepada pelaziman operan Skinner.

1 . Guru dapat memastikan serta memberikan rangsangan tidak terlazim supaya murid dapat menghasilkan gerak balas terlazim. Sebagai contohnya, guru dapat menggunakan teknik pelaziman ini dalam pengawalan kelas. Guru memberikan rangsangan tidak terlazim iaitu tepuk tangan manakala murid pula memberikan gerak balas tidak terlazim untuk senyap dan duduk di tempat masing-masing. Oleh itu, semasa dalam kelas, apabila guru tepuk tangan, murid-murid akan menjadi senyap dan duduk di tempat masing-masing. 2 . Selain itu, guru harus sentiasa sedar akan rangsangan tidak berlazim yang diberikan kepada murid. Jikalau rangsangan yang telah diberikan tiada peneguhan, murid akan biasa dengan rangsangan maka akan berlaku proses penghapusan. 3 . Rangsangan dan gerak balas yang diberikan harusnya sentiasa berunsur positif. Terapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid agar guru-guru dapat pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan untuk mengekalkan keberkesanannya.

4 . Disamping itu, tabiat serta amalan yang baik boleh diamalkan dengan proses pelaziman. Sebagai contoh, apabila murid berjumpa dengan guru (rangsangan) murid-murid haruslah tunduk serta memberikan salam kepada guru. Amalan sebegini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian muridmurid di sekolah mahupun semasa di rumah. 5 . Dengan teori pelaziman ini, guru turut dapat meningkatkan tahap pembelajaran dan pencapaian murid dengan rangsangan yang bersesuaian. Guru dapat memanipulasikan pelaziman murid dalam kelas dan mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif dan menarik. Dengan pelaziman juga, guru dapat mengawal kelas dengan baik dan teratur.

1. KEKUATAN (STRENGTH) - Kekuatan yang terdapat dalam teori ini menggunakan kaedah pelaziman dalam sesuatu perkara. Berdasarkan eksperiment yang telah dilakukan oleh Watson iaitu Eksperiment Little Albert. - kekuatan yang terdapat dalam teori pelaziman Watson ini ialah gerak balas yang dihasilkan dengan hanya memberikan rangsangan yang bersesuaian. Berdasarkan rangsangan yang diberikan , murid akan dapat memberikan gerak balas pelaziman. Sebagai contoh, guru akan memberikan hadiah kecil sebagai ganjaran (rangsangan) kepada murid apabila mendapat keputusan yang baik dalam ujian, murid akan berusaha sedaya upaya (gerakbalas) untuk mendapatkan hadiah tersebut.

2. KELEMAHAN (WEAKNESS) - Melalui teori telah wujud banyak isu yang timbul. Antaranya ialah Watson dan penolongnya Rayner yang telah menyentuh etika penyelidikan. Mereka telah menjalankan eksperiment tersebut semasa Albert hanya berumur 9 bulan sahaja semasa eksperiment pertama diadakan. - Tambahan pula, eksperiment ini telah dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa Albert. Ini telah melanggar etika berkaitan dengan informal consent yang perlu diperoleh daripada subjek kajian atau ibubapa/penjaga bagi kes bayi dan kanak-kanak sebelum satu-satu kajian dijalankan. - Disamping itu, dari segi kelengkapan makmal, adalah didapati kurang kelengkapan yang diperlukan.Sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecelakaan, adalah tanggungjawab penyelidik untuk menamatkan kajian. - Selain itu, kelemahan yang terdapat dalam teori ini ialah proses pembelajaran pelaziman kerana memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman.