Teori Kritikan Seni-psv

download Teori Kritikan Seni-psv

of 8

Transcript of Teori Kritikan Seni-psv

  • 7/30/2019 Teori Kritikan Seni-psv

    1/8

    TEORI KRITIKAN SENI

    Kritik seni sudah lama dikenali dalam dunia seni mahupun sastera. Dalam dunia pendidikan

    mahupun penelitian sudah banyak diterapkan. Walaupun semula, seperti sifatnya yang evaluatif,

    pendekatan kritik seni digunakan untuk penelitian evaluatif, namun dalam perkembangannya dapat

    digunakan untuk jenis penelitian lainnya baik penelitian dasar maupun terapan karena sebenarnya dalam

    pendekatan ini ada aspek deskriptif, interpretatif, dan aspek evaluatif. Kritikan seni ini biasanya

    digunakan oleh seseorang atau penilai sesebuah karya seni untuk mengkritik karya seni.

    Pendekatan kritikan seni yang dalam analisisnya menggunakan tiga faktor seperti faktor genetik,

    objektif, dan afektif dapat memecahkan masalah penelitian secara komprehensif seperti sifat penelitian

    kualitatif yang fenomenologis dan hermeneutik. Sifatnya yang lentur, pendekatan ini dirasai sangat

    aplikasi untuk penelitian-penelitian pada umumnya lebih khusus lagi untuk penelitian dalam cabang ilmu

    humaniora. Apabila membicarakan bidang kritikan seni, kita perlu mengetahui jenis-jenis kritikan yang

    tersedia ada. Kritikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu, kritikan teori (Theoretical

    criticism), teori amali (practical criticism), teori terapan (applied criticism).

    Banyak definisi yang berhubungan dengan kritikan seni teori yang dikemukakan oleh para ahli.

    Wikipedia (2006) mendefinisikan secara umum bahawa art criticism is the written discussion or

    evaluation of visual art. Art criticism usually criticize art in the context of aesthetics or the theory of beauty.

    Kritikan seni merupakan diskusi tertulis atau evaluasi tentang seni visual. Kritikan seni biasanya

    mengkritik seni dalam konteks keindahan atau teori tentang keindahan. Menurut Wikipedia, kritikan seni

    ini sudah menjadi genre tersendiri yang merujuk pada sebuah pembelajaran seni yang sistematik yangdiciptakan oleh para ahli. Definisi yang lebih teperinci juga dikemukakan oleh Swarts (2001) yang

    menjelaskan bahawa art criticism is the process of analyzing, and interpreting works of art in terms of

    form, content, and context. Kritikan seni adalah sebuah proses menganalisa dan menginterpretasi karya

    seni dalam hal bentuk (form), isi (content), dan konteks (konteks). Bentuk (form) dapat didefinisikan

    sebagai elemen karya seni yang bebas dari maknanya (misalnya warna, komposisi, atau ukuran pada

    sebuah bendera). Bentuk ini lepas dari emosi mahupun simbol yang melekat pada bendera tersebut.

    Kritikan teori menyokong keterbukaan, yang secara terus menerus berproses sendiri, dan

    akhirnya memberi kontraversi pada reformasi sosial. Jelaslah bahawa jika kritikan seni mengajakpersepsi, pemikiran, perasaan, dan imaginasi, sementara kritikan tersebut menyokong sebuah

    keterbukaan, dan dengan sendirinya terus menerus berproses, maka perkara ini dapat menjadi formula

    yang baik untuk sebuah pengalaman belajar. Dalam sejarah kritikan, terjadi perbezaan pandangan

    mengenai sumber nilai yang paling penting. Dalam menyingkapi pandangan atau teori-teori seperti di

    atas setelah mengkaji hal tersebut, Sutopo (1988, 1989) membagi tiga aliran utama iaitu kelompok

    kritikan genetik, kelompok kritikan fomalistik atau kritik intrinsik, dan kelompok kritikan emosional.

  • 7/30/2019 Teori Kritikan Seni-psv

    2/8

    Pendekatan Kritikan Seni (Kritikan Teori)

    -Kritikan Teori (Theoretical criticism)

    Kritikan teori lebih menumpukan kepada aspek teori dan metodologi. Prinsip-prinsip teori akan

    dikemukakan dengan lebih jelas dan terperinci. Penguasaan ilmu teori bukan sahaja kepada pemahaman

    tentang unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan struktur rekaan semata-mata tetapi lebih jauh daripada itu.

    Pengkritik seni mestilah menguasai sebanyak mungkin ilmu bantu seperti pendidikan asas senilukis dan

    senireka, sosiologi, psikologi, falsafah seni, metodologi seni, perkembangan seni pra-sejarah,

    perkembangan seni eropah dan asia, seni islam selain perkembangan seni tempatan. Malahan pengkritik

    seni sewajarnya melengkapi ilmu teori ini selari dengan perkembangan seni semasa sama ada berlaku di

    luar atau dalam negara.

    Kritikan jenis ini banyak tertumpu kepada aspek-aspek teori sahaja. Terutamanya ia banyak tertumpu

    kepada teori-teori seni dan prinsip rekaan. Penguasaan pengkritik terhadap aspek teori mliputi kaedah

    formalistik. Oleh itu, seseorang pengkarya sepenuhnya menumpukan perhatian terhadap teori-teori seni

    yang hendak diterapkannya dalam karya seninya. Antaranya ialah unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan

    organisasi rekaan. Dalam unsur-unsur seni kita dapat lihat beberapa elemen penting yang harus

    diterapkan dalam karya tersebut seperti garisan, ruang, rupa, jalinan, warna dan bentuk. Manakala dalam

    prinsip rekaan juga, elemen yang harus ada seperti harmoni, kepelbagaian, kesatuan, pencahayaan,

    imbangan, kontra dan pergerakan. Selain itu, dalam organisasi rekaan juga merujuk kepada

    perkembangan seni kraf dan warisan serta perkembangan persatuan, institusi dan galeri-galeri seni.

  • 7/30/2019 Teori Kritikan Seni-psv

    3/8

    Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual

    i. Maksud Sejarah Seni Visual

    Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual juga

    muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-cabang yang luas. Sejarah

    Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, malahan

    melibatkan apa-apa jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya:

    pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik, penaung, persepsi,

    tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang terhasil akibat daripada kewujudan karya seni

    itu.

    Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai pengalaman yang

    merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini, Sejarah Seni Visual pada dasarnya

    menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai,

    makna, serta persepsi masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut

    berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang Sejarah Seni Visual

    juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan bidang-bidang ilmu dan profesion lain.

    Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni

    dalam kehidupan manusia (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan

    Kleiner, 1996).

    ii. Tujuan Sejarah Seni Visual

    Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa lalu sebagai

    asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami masa lalu dengan mengkaji fakta-

    fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya

    seni. Dalam konteks ini, karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan

    masa atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk memahaminya. Selain daripada

    memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan

    perubahan-perubahan persepsi, fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu,

    contohnya dengan mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey

    dan Kleiner, 1996).

  • 7/30/2019 Teori Kritikan Seni-psv

    4/8

    iii. Kaedah Sejarah Seni Visual

    Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau sumber primer

    yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi asasnya. Kaedah mendekati atau

    menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang

    sedang dikaji ataupun dihayati.

    Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia dibuat?; ia dibuat

    daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-satunya objek sedemikian?; apakah

    maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?; bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang

    menghayatinya?. Atau, ia boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?;

    bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?;

    mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?; siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994:

    61). Persoalan-persoalan asas ini menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni

    itu dengan lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya, bahawa dalam

    usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi cuba menyesuaikan diri kita

    dengannya.

    Berbicara tentang karya seni, Hauser menulis:

    "We do not go straight towards them, but circle around them. Each generation sees them from a different

    point of view and with a fresh eye; nor is it to be assumed that a later point of view is more apt than an

    earlier one. Each aspect comes into sight in its own time, which cannot be anticipated or prolonged; and

    yet its significance is not lost, for the meaning that a work assumes for a later generation is the result of

    the whole range of previous interpretations." (Hauser, 1959 in Fernie, 2001: 205).

    Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk

    (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan) dan makna (ikonografi:

    tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna ini pula dihubungkan dengan konteks

    penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.

    Konsep dan Kaedah Kritikan Seni Visual

    a. Pengertian Kritikan Seni Visual

    Kritikan seni bermaksud wacana tentang sesuatu karya seni sama ada dalam bentuk lisan

    ataupun tulisan (Feldman, 1994). Kritikan seni dilakukan daripada pelbagai sudut berasaskan satu sistem

  • 7/30/2019 Teori Kritikan Seni-psv

    5/8

    atau strategi yang teratur, merangkumi aspek diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan. Kritikan

    seni penting dalam perkembangan seni visual kerana ia mempengaruhi profesion karyawan, persepsi

    dan daya apresiasi khalayak, cita rasa dan strategi pengumpul seni, pemilik galeri serta promoter seni.

    Justeru itu, kritikan seni yang baik boleh dianggap sebagai suatu alat terbaik menentukan arah

    perkembangan seni pengkarya dan seni visual secara umumnya.

    b. Tujuan Kritikan Seni Visual

    Kritikan seni memainkan peranan penting dalam perkembangan seni visual baik bagi pengkarya

    mahupun khalayak secara umumnya. Bagi pengkarya, kritikan boleh membantu mereka

    mempertingkatkan profesion menerusi penambahbaikan dalam proses pengkaryaan dengan mengambil

    kira reaksi serta maklum balas dari pengkritik mahupun khalayak. Bagi penghayat pula, kritikan seni

    boleh mempertingkatkan tahap apresiasi serta persepsi mereka terhadap seni visual secara umumnya.

    Kritikan seni merangkumi pelbagai persoalan asas dan ruang litup seni visual, seperti bentuk,

    makna dan konteksnya. Dalam kritikan seni, pengkritik perlu mengambil kira aspek hal benda, komposisi,

    dan kandungan karya menerusi strategi terancang yang melibatkan aspek diskripsi, analisis,

    interpretasi dan pertimbangan. Sesebuah karya kritikan seni boleh terhasil dalam bentuk jurnalistik

    mahupun ilmiah, diterbitkan serta disebarkan untuk pengetahuan pengkarya dan khalayak.

    Dalam kritikan, pengkritik seni menyentuh persoalan-persoalan yang meliputi aspek perasaan,

    idea, serta pelbagai perkara lain yang diungkapkan pengkarya melalui karyanya, sama ada dalam bentukcatan, lukisan, arca, periklanan, kartun, komik, reka bentuk laman web, poster dan seumpamanya.

    Pengkritik berperanan sebagai penghubung antara pengkarya dan khalayak menerusi hasil kritikannya

    yang mengupas kepelbagaian nilai serta makna. Dengan kata lain, pengkritik juga berupaya mengupas

    serta memperjelaskan nilai-nilai yang tersurat dan tersirat dalam sesebuah karya seni untuk makluman

    khalayak dan pengkarya itu sendiri. Menurut Feldman (1994), pengkritik mempunyai dua peranan besar,

    iaitu mengulas organisasi estetik dan pengolahan teknik karya, di samping menyentuh persoalan-

    persoalan minat serta nilai yang disimbolkan dalam sesebuah karya seni.

    Oleh kerana kritikan seni mengulas, menganalisis, menginterpretasi, dan menilai karya senivisual yang juga merupakan objek budaya, maka ia pada dasarnya berhubungan dengan hal ehwal

    kebudayaan. Dalam konteks ini, kritikan seni sebenarnya turut berperanan dalam menentukan arah

    perkembangan sesebuah kebudayaan. Karya seni adalah cerminan masyarakat dan budaya yang

    terungkap melalui pengucapan tatabahasa visual pengkarya. Pengkritik mengupas persoalan-persoalan

    tersebut, justeru memaklumkan kepada khalayak tentang kedudukan pengkarya dan kebudayaan secara

    umumnya. Pertimbangan serta penilaian pengkritik boleh dijadikan landasan serta panduan

  • 7/30/2019 Teori Kritikan Seni-psv

    6/8

    penambahbaikan mahupun penentuan arah seni dan budaya. Dalam konteks ini, tujuan-tujuan kritikan

    seni adalah untuk membimbing, memberi kefahaman dan penjelasan kepada khalayak mengenai

    sesuatu karya yang dikupas. Menerusi pertimbangan serta penilaian yang dilakukan, pengkritik berupaya

    memperjelaskan ataupun menyelesaikan isu-isu berkenaan estetik dan kebudayaan. Justeru itu, kritikan

    seni pada dasarnya tidak terpisah daripada konteks kebudayaan pengkarya, masyarakat mahupun

    tamadun.

    Kritikan seni boleh mempengaruhi profesion pengkarya kerana ia merupakan suatu bentuk reaksi,

    maklum balas, pengesahan malahan pengiktirafan terhadap sesuatu produk seni yang dihasilkan.

    Menerusi maklum balas itu, pengkarya boleh menambahbaik mutu atau gaya karya mereka secara

    berterusan. Proses penambahbaikan ini boleh menyentuh persoalan idea, konsep, teknik, tema, hal

    benda, atau gaya persembahan secara umumnya. Hal ini demikian kerana kritikan seni lazimnya

    menyentuh kepelbagaian aspek itu, berdasarkan kemampuan serta pendekatan yang diambil oleh

    pengkritik.

    Bagi pemilik galeri dan promoter seni, kritikan boleh membantu mereka mempromosi serta

    menjual karya seseorang pelukis. Ia boleh mewujudkan suatu bentuk komunikasi antara pemilik galeri

    atau promoter seni dengan pembeli atau khalayak. Kritikan membolehkan pemilik galeri dan promoter

    seni mengenalpasti bakat-bakat baru di samping terus mempromosikan pelukis-pelukis sedia ada.

    Meskipun dalam etika kritikan, seseorang pengkritik tidak seharusnya secara langsung bekerjasama

    dengan pemilik galeri ataupun promoter seni bagi menaikkan seseorang pengkarya ataupun sesuatu

    produk, tulisannya yang neutral itu boleh mempengaruhi khalayak secara umumnya.

    Bagi pengumpul karya seni, kritikan boleh mempertingkatkan nilai sesuatu karya yang mereka

    miliki. Sesebuah karya seni akan menjadi lebih terkenal jika ia diperkatakan serta dibicarakan secara

    meluas, justeru itu memungkinkan ia dikenali lebih ramai dan menjadi popular. Kepopularan karya boleh

    mempertingkatkan nilai komersilnya. Di samping itu, kritikan juga berupaya mengesahkan atau

    membenarkan persepsi atau tanggapan pengumpul seni terhadap sesuatu karya yang mereka miliki atau

    berhajat untuk dibeli. Bagi muzium, galeri seni awam dan swasta, serta yayasan kesenian yang

    mengumpul seni, kritikan seni berupaya memperkayakan dokumentasi serta bahan rujukan koleksi, di

    samping memberi mereka panduan bagi membeli karya-karya yang baru, baik dan berpotensi.

    Penulisan sejarah serta kritikan seni merupakan dokumen-dokumen penting bagi pengkaji dan

    khalayak untuk mengenali sesebuah karya itu dengan lebih berkesan dan bermakna. Hal ini

    memungkinkan mereka mempertingkatkan kefahaman, persepsi dan daya apresiasi tentang seni secara

    umumnya. Menerusi kritikan seni, khalayak boleh memahami dengan lebih lanjut akan sesebuah karya

    itu, misalnya dari sudut tema, teknik, gaya dan makna. Khalayak memahami aspek bentuk dan makna

    karya secara tersurat dan tersirat, bukan melihat secara luaran sahaja kerana kritikan seni menampilkan

  • 7/30/2019 Teori Kritikan Seni-psv

    7/8

    diskripsi, analisis, interpretasi dan pertimbangan yang membolehkan mereka meletakkan seni pada

    konteks ruang dan masanya.

    Bagi sejarawan dan pengkaji seni, kritikan seni boleh membantu usaha mereka meletakkan

    kedudukan seseorang pengkarya mahupun produk seni itu dalam peta perkembangan seni yang lebih

    luas. Hal ini menunjukkan bahawa, selain daripada menjadi wadah pendidikan, kritikan seni juga boleh

    menjadi dokumen-dokumen sejarah yang penting lagi berharga.

    Kaedah Kritikan Seni Visual

    Pendekatan Kritikan Seni

    Secara umumnya, kritikan seni terbahagi kepada dua pendekatan asas, iaitu ilmiah, dan jurnalistik.

    Pendekatan ilmiah adalah bentuk penulisan yang terperinci lagi sistematik dan lazimnya terbit dalam

    jurnal, majalah dan buku. Pendekatan ilmiah selalunya disokong oleh fakta serta sumber-sumber rujukan

    dan kajian lain yang menyokong serta memperkukuhkan sesuatu hujahan. Penulisan seperti ini lazimnya

    dilakukan oleh sarjana seni, misalnya profesor, kurator muzium, penyelidik, dan penulis. Pendekatan

    jurnalistik pula berbentuk laporan, penerangan dan penulisan diskriptif yang terbit dalam surat khabar dan

    majalah, atau disiarkan melalui radio dan televisyen untuk tatapan umum.

    Strategi Kritikan Seni

    Kritikan seni amat berkait rapat dengan apresiasi seni yang terbentuk menerusi kefahaman

    terhadap aspek-aspek asas karya seperti hal benda, komposisi dan kandungan. Kebolehan menangani

    serta menghuraikan ketiga-tiga aspek ini akan memberi laluan kepada penghasilan kritikan yang lebih

    bermakna lagi berkesan. Dalam strategi pertama iaitu diskripsi , seseorang pengkritik perlu

    mengenalpasti ciri-ciri fizikal karya, seperti pengolahan formal dan mengenal pasti imejan. Dia perlu

    mengumpul data-data asas atau data-data visual karya dan fakta-fakta pengkarya seperti biodata, tajuk,

    medium, dan tarikh: jelasnya, menyediakan suatu inventori akan perkara-perkara utama itu.

    Pada tahap analisis karya, pengkritik perlu menganalisis fakta-fakta visual, contohnya dari sudut

    pengolahan komposisi, garis, cahaya, bentuk, warna, permukaan, dan jalinan. Ini dihubungkan dengan

    persoalan proses dan teknik serta mencari pertaliannya dengan persoalan idea dan perasaan misalnya.

  • 7/30/2019 Teori Kritikan Seni-psv

    8/8

    Menerusi strategi ini, pengkritik seharusnya berupaya mengenal pasti kepelbagaian hal benda dalam

    karya yang antara lain merangkumi figura, alam semula jadi, alam persekitaran dan objek buatan

    manusia. Keupayaan mengenal pasti ini seharusnya diiringi dengan kebolehan membaca bentuk

    penampilan imejan yang mungkin berkaitan dengan pelbagai aliran dan gaya seni, baik yang bersifat

    tradisi, moden, pascamoden mahupun kontemporari. Pengetahuan ini memungkinkan pengkritik

    membuat perbandingan serta perhubungan di antara satu karya dengan karya-karya yang lain, ataupun

    satu gaya dengan gaya-gaya yang lain. Hal ini amat penting bagi membentuk pandangan dan

    pertimbangan kendiri oleh pengkritik.

    Komposisi merangkumi aspek-aspek asas seni reka, media dan teknik. Pengkritik sewajarnya

    berupaya menganalisis pengolahan komposisi karya dengan memberi tumpuan kepada prinsip dan unsur

    seni serta memahami kepelbagaian bentuk tatabahasa visual seperti abstrak, realistik, naturalistik, dan

    separuh abstrak yang digunakan pengkarya bagi mengungkapkan bentuk dan makna karyanya.

    Pengetahuan pengkritik mengenai penggunaan media dan teknik akan mempertajamkan kritikannya

    kerana dia berupaya menyelami kaedah-kaedah pembentukan sesebuah karya dengan lebih mendalam.

    Berdasarkan analisis hal benda dan komposisi, seseorang pengkritik berupaya melakukan

    interpretasi iaitu

    mengenal pasti kandungan sesebuah karya yang mengungkapkan sesuatu tema, makna, dan fungsi.

    Dalam hal ini, pengkritik berusaha meletakkan bentuk dan makna karya pada konteksnya. Rangkuman

    ketiga-tiga proses mengenal pasti dan menghuraikan aspek-aspek asas ini memungkinkan pengkritik

    membuat pertimbangan dan penilaian yang sewajarnya.

    Kritikan seni memerlukan daya kefahaman individu yang baik terhadap pelbagai aspek karya seni

    visual yang dibicarakan. Justeru itu, untuk menjadi seorang pengkritik yang baik, seseorang individu itu

    sewajarnya mempunyai pendidikan formal dalam bidang seni serta berpengetahuan luas. Dia seharusnya

    berupaya berkomunikasi dengan baik dan jelas, sama ada secara lisan ataupun tulisan. Dia juga

    sewajarnya bersifat terbuka, bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan khalayak,

    serta mempunyai kejelasan pemikiran dan ekspresi. Aspek-aspek ini amat perlu bagi seseorang

    pengkritik dalam menghasilkan pertimbangan dan penilaian yang berbentuk "formalisme, ekspresivisme,

    mahupun instrumentalisme" (Feldman, 1994). Pertimbangan dari sudut formalisme adalah pertimbangan

    berasaskan aspek-aspek keindahan dan harmoni; ekspresivisme ialah pertimbangan berdasarkan

    keupayaan menyampaikan perasaan dan idea; sementara instrumentalisme bermaksud pertimbangan

    berdasarkan keberkesanan karya sebagai suatu wadah atau alat, contohnya dalam konteks sesuatu

    institusi, masyarakat dan negara.