Tentera Udara Diraja Malaysia

6
Tentera Udara Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM); (Jawi مليسيا: دراج اودارا تنترا) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkut. Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Teta- pi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malay- an Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British. 1 Sejarah 1.1 Pasukan Sukarelawan Udara Negeri- Negeri Selat Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-negeri Selat (Strai- ts Settlements Volunteer Air Force) ditubuhkan oleh pen- tadbiran British untuk membantu pertahanan Negeri- negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu. Pasukan ini di- lengkapkan dengan pesawat Hawker Audax, salah satu varian pesawat Hawker Hart. 1.2 Tentera Udara Sukarelawan Malaya Dalam tahun 1940, dengan ancaman perang dengan Empayar Jepun kian di ambang, pasukan ini dibesark- an menjadi Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Ma- layan Volunteer Air Force (MVAF)) dan menerbangk- an pesawat-pesawat yang kebanyakannya terdiri dari pesawat-pesawat awam seperti Tiger Moth, Leopard Mo- th dan Dragon Rapide. Walaupun pasukan MVAF ber- jaya melarikan diri semasa Kejatuhan Singapura dalam bulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa pepe- rangan di Sumatera apabila berhadapan dengan pasukan udara tentera Jepunyang jauh lebih besar dan moden. Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semula dalam tahun 1950 untuk membantu operasi-operasi ke- tenteraan semasa Darurat di Malaya. Unit inilah yang menjadi tunas kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya dalam tahun 1958. 1.3 Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya Pesawat pertama digunakan oleh TUDM adalah dari jenis Twin Pioneer Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, ke- rajaan Persekutuan Tanah Melayu melihat kepentingan penubuhan sebuah pasukan angkatan udara sendiri untuk pertahanan negara supaya tidak perlu bergantung harap dengan pertahanan yang diberikan oleh pasukan British. Pasukan Tentera Udara Sukarelawan Malaya dijadikan nukleus kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Perse- kutuan Malaya. Satu Enakmen diluluskan di Parlimen dikenali sebagai Ordinan Tentera Udara 1958 yang mem- berikan kuasa pembentukan sebuah pasukan dikenali se- bagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan”. Seorang pe- gawai Tentera Udara Diraja British, Air Commodore (Brigadier Jeneral) A.V.R Johnstone dipinjam khidmat kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan untuk menge- tuai pasukan tersebut dan menjadi penasihat kepada Ke- rajaan. Air Commodore A.V.R Johnstone kemudian- nya dilantik menjadi Panglima Tentera Udara yang per- tama. Beliau bertanggungjawab mencorakkan rancang- an perkembangan dan pengukuhan Tentera Udara Dira- ja Persekutuan berserta dengan pengambilan dan latihan kakitangan, aset penerbangan, organisasi dan peraturan- peraturan berkaitan. Sebagai satu pasukan baru, kebanyakan anggota Tente- ra Udara Diraja Persekutuan terdiri daripada anggota- anggota uyang dipinjamkan daripada Tentera Udara Di- raja British. Walaupun demikian, sebilangan kecil ang- gota tempatan yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja British kemudiannya dipindahkan perkhidmatan ke Tentera Udara Diraja Persekutuan dalam bulan No- vember 1958. Antara mereka yang dipindahkan perkhi- 1

description

Introduction to Malaysian Royal Air Force

Transcript of Tentera Udara Diraja Malaysia

Page 1: Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM);(Jawi:مليسيا دراج اودارا تنترا ) adalah pasukanudara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukanini ditugaskan untuk mempertahankan ruang udaraMalaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawatpejuang dan pengangkut.Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Teta-pi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal denganpenubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malay-an Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan TenteraUdara Diraja Britain di masa penjajahan British.

1 Sejarah

1.1 Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-Negeri Selat

Pasukan Sukarelawan Udara Negeri-negeri Selat (Strai-ts Settlements Volunteer Air Force) ditubuhkan oleh pen-tadbiran British untuk membantu pertahanan Negeri-negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu. Pasukan ini di-lengkapkan dengan pesawat Hawker Audax, salah satuvarian pesawat Hawker Hart.

1.2 Tentera Udara Sukarelawan Malaya

Dalam tahun 1940, dengan ancaman perang denganEmpayar Jepun kian di ambang, pasukan ini dibesark-an menjadi Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Ma-layan Volunteer Air Force (MVAF)) dan menerbangk-an pesawat-pesawat yang kebanyakannya terdiri daripesawat-pesawat awam seperti Tiger Moth, Leopard Mo-th dan Dragon Rapide. Walaupun pasukan MVAF ber-jaya melarikan diri semasa Kejatuhan Singapura dalambulan Februari 1942, pasukan ini musnah semasa pepe-rangan di Sumatera apabila berhadapan dengan pasukanudara tentera Jepunyang jauh lebih besar dan moden.Tentera Udara Sukarelawan Malaya ditubuhkan semuladalam tahun 1950 untuk membantu operasi-operasi ke-tenteraan semasa Darurat di Malaya. Unit inilah yangmenjadi tunas kepada penubuhan Tentera Udara DirajaPersekutuan Malaya dalam tahun 1958.

1.3 Tentera Udara Diraja PersekutuanMalaya

Pesawat pertama digunakan oleh TUDM adalah dari jenis TwinPioneer

Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, ke-rajaan Persekutuan Tanah Melayu melihat kepentinganpenubuhan sebuah pasukan angkatan udara sendiri untukpertahanan negara supaya tidak perlu bergantung harapdengan pertahanan yang diberikan oleh pasukan British.Pasukan Tentera Udara Sukarelawan Malaya dijadikannukleus kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Perse-kutuan Malaya. Satu Enakmen diluluskan di Parlimendikenali sebagai Ordinan Tentera Udara 1958 yang mem-berikan kuasa pembentukan sebuah pasukan dikenali se-bagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan”. Seorang pe-gawai Tentera Udara Diraja British, Air Commodore(Brigadier Jeneral) A.V.R Johnstone dipinjam khidmatkepada Tentera Udara Diraja Persekutuan untuk menge-tuai pasukan tersebut dan menjadi penasihat kepada Ke-rajaan. Air Commodore A.V.R Johnstone kemudian-nya dilantik menjadi Panglima Tentera Udara yang per-tama. Beliau bertanggungjawab mencorakkan rancang-an perkembangan dan pengukuhan Tentera Udara Dira-ja Persekutuan berserta dengan pengambilan dan latihankakitangan, aset penerbangan, organisasi dan peraturan-peraturan berkaitan.Sebagai satu pasukan baru, kebanyakan anggota Tente-ra Udara Diraja Persekutuan terdiri daripada anggota-anggota uyang dipinjamkan daripada Tentera Udara Di-raja British. Walaupun demikian, sebilangan kecil ang-gota tempatan yang berkhidmat dengan Tentera UdaraDiraja British kemudiannya dipindahkan perkhidmatanke Tentera Udara Diraja Persekutuan dalam bulan No-vember 1958. Antara mereka yang dipindahkan perkhi-

1

Page 2: Tentera Udara Diraja Malaysia

2 3 PEMODENAN TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA

dmatan ini adalah Flying Officer (Leftenan) Lim HengLip, Sergeant (Sarjan) Subramaniam, Corporal (Kope-ral) Othman Mohd Ismail, CorporalWan Said, Corpo-ral JD Parsley, Corporal Mahadeven, Senior Aircraftm-an (Laskar Udara Kanan) Surindam, Senior AircraftmanMd Noor, Senior Aircraftman Zainal, Senior Aircraftm-an Mohd Hussain and Junior Technician (Laskar UdaraKanan) Ismail Ariffin. Beberapa orang anak watan Mala-ya yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Brita-in dibenarkan berpindah khidmat kepada Tentera UdaraPersekutuan Malaya, termasuk (Marsyal Udara) Sulaim-an bin Sujak.Pesawat pertama yang digunakan oleh Tentera Udara Di-raja Persekutuan Malaya adalah pesawat pengangkut ri-ngan jenis Scottish Aviation Twin Pioneer yang diberik-an nama “Lang Rajawali” (pendaftaran FM-1001) olehPerdana Menteri Tunku Abdul RahmanPada mulanya TUDMmemainkan peranan sebagai sebu-ah pasukan yang memberikan perkhidmatan komunikasidan perhubungan di antara formasi-formasi Tentera Per-sekutuan di samping membantu aktiviti yang dijalank-an oleh Tentera Udara Diraja British (RAF) dan TenteraUdara Diraja Australia (RAAF). Pada ketika ini hanyadua pasukan tersebut mempunyai pesawat tempur yangmenyokong operasi ketenteraan khususnya dalam perju-angan menentang pengganas-pengganas komunis semasaDarurat.Dalam tahun 1960, TUDM memperolehi keupayaantempur dengan penghantaran 20 buah pesawat CL41-GTebuan yang dibuat di Kanada. Pesawat ini adalah sa-tu pengembangan pesawat latihan jenis Canadair Tutor,dan diberikan enjin yang lebih berkuasa dan dilengkapk-an dengan stesen persenjataan di sayap yang boleh me-muatkan bom dan roket. Pesawat Tebuan ini dibahagik-an kepada dua buah skuadron, No. 6 Skuadron dan No. 9Skuadron. TUDMmerupakan pengguna tunggal pesawatCL41-G Tebuan .Dalammasa ini juga TUDM telah menerima penghantar-an 29 buah pesawat Aérospatiale Alouette III yang digu-nakan untuk khidmat perhubungan. (Helikopter ini ke-mudiannya dilengkapkan dengan meriam 20 mm ataupunmesingan 12.7mm dalam tahun 1970-an untuk membe-rikannya peranan sebagai pesawat bantuan udara.

2 Tentera Udara Diraja Malaysia

Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan dalam bul-an September 1963, nama pasukan ini berubah menjadiTentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satupusat latihan penerbangan.Selepas penghantaran pesawat CL41-G Tebuan dan he-likopter komunikasi jenis Aérospatiale Alouette III,TUDM dikuatkan lagi dengan penghantaran pesawatHandley Page Herald (dikenali di kalangan anggota TU-

DM sebagai “Dart Herald”) dan juga pesawat pejuangjenis CA27 Sabre Mk32 yang dihadiahkan oleh kera-jaan Australia (RAAF ketika itu sedang menggantikanpesawat Sabre mereka dengan pesawat pejuang DassaultMirage III-EO). Keupayaan pengangkutan ditingkatkanlagi dengan pembelian 20 buah pesawat de Havilland Ca-nada DHC-4A Caribou (versi yang hampir sama denganversi yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Australia).Pengangkutan dengan helikopter ditingkatkan denganpenghantaran 36 buah pesawat Sikorsky S-61A-4A Nu-ri, yang bolehmembawa 31 orang anggota tentera infantriataupun membawa barang muatan sehingga 3 tan.

3 Pemodenan Tentera Udara Dira-ja Malaysia

Juruterbang Malaysia dan di belakang tiga pesawat pejuang uta-ma F-5, F/A-18, MIG-29.

Sehingga tahun 1970, kerajaan Malaysia mengharapk-an pertahanan ruang udara Malaysia yang diberikan olehTentera Udara Diraja British dan kemudiannya olehTentera Udara Diraja Australia (RAAF) yang menem-patkan satu skuadron iaitu Skuadron No. 75 TenteraUdara Diraja Australia dengan pesawat pejuang MirageIII di Pangkalan Udara Butterworth. Selepas Setiausa-ha Pertahanan Denis Healy mengumumkan pengundur-an pasukan tentera British daripada pangkalan-pangkalandi timur jauh (kecuali Hong Kong), TUDM dilihat akanmengambil alih tanggungjawab pertahanan udara.Dalam tahun 1975, TUDM menerima penghantaran 16buah pesawat Northrop F-5E Tiger II dan 4 buah pesa-wat latihan Northrop F-5B Tiger (pesawat ini kemudian-nya digantikan dengan 4 buah pesawat F-5F). Keupayaanpeninjauan diperolehi dengan pembelian 2 buah pesawatRF-5E Tigereye.Latihan penerbangan untuk juruterbang jet laju dibe-ri dengan menggunakan pesawat Aermacchi MB339AMyang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawatPilatus PC-7 yang mula diterima dalam tahun 1984.Pemodenan TUDM melonjak dengan pembelian 88 bu-

Page 3: Tentera Udara Diraja Malaysia

3

ah pesawat simpanan jenis McDonnell Douglas A-4CSkyhawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Daripa-da 88 kerangka ini, TUDM melantik syarikat GrummanBethpage untuk memodenkan pesawat-pesawat tersebutke tahap A-4PTM (Peculiar to Malaysia) yang hampir sa-ma dengan standard A-4M kegunaan Tentera Laut Ame-rika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.

4 Teknologi moden

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjatamoden seperti pembelian peluru berpandu udara-ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM, tetapi hasrat tersebutdibatalkan kerana Amerika Syarikat tidak mahu mem-perkenalkan teknologi terbaru tersebut atas sebab ban-tahan daripada Singapura yang merupakan sekutu kuatAmerika. Sebaliknya, Amerika bersedia menjual pesa-wat moden seperti F/A-18 Hornet tetapi hanya di bekalk-an engan peluru berpandu udara-ke-udara jenis separaaktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya ber-banding dengan AIM-120 AMRAAM. Walaubagaima-napun, TUDM akhirnya memperolehi 20 unit AMRA-AM versi C-5 yang hanya mempunyai jarak kelajuan 64km sahaja berbanding dengan AIM-120D yang mempu-nyai kelajuan 95 km. Namun, kesahihan berkenaan AM-RAAM C-5 tersebut belum dapat dipastikan.Dasar kerenah birokrasi Amerika (khasnya Kongres) danSingapura ini telah memaksa TUDM melihat kepadaperolehan senjata daripada negara-negara lain, terma-suk Rusia. Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM meneri-ma penghantaran pesawat jenis BAE Hawk Mk108 danHawk Mk208 buatan Britain. Pesawat Hawk Mk108 di-gunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pe-sawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan bantuandekat udara yang sebelumnya diberikan oleh pesawatMcDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.Dalam tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18buah pesawat MiG-29N untuk mengendalikan perananpenguasaan udara (air superiority). Keupayaan serang-an pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buahpesawat McDonnell Douglas F-18D Hornet yang diteri-ma dalam tahun 1997. Pesawat ini serupa dengan pesa-wat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin AmerikaSyarikat.TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 un-tuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualk-an penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilaiAS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibu-at dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetujumenghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia seba-gai angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoiini. Pesawat ini ditempatkan di pangkalan baru TUDMdiGong Kedak. Untuk tujuan itu, No. 11 Skuadron yangdahulunya mengoperasikan pesawat F-5E dan berpang-

kalan di Butterworth dipindahkan ke Gong Kedak dansedang dalam proses peralihan operasi ke pesawat Su-30MKM. TUDM juga mempunyai perancangan untukmendapatkan 4 buah pesawat sistem amaran dan kawal-an udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuatberkenaan dengan pembelian ini.Namun demikian, TUDM telah membuat pengumum-an pesanan 4 buah pesawat pengangkut Airbus A400Mdari firma Airbus Military untuk melengkapkan danmenggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkut-an yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercu-les. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan olehTUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawatLockheed P-3 Orion AEW&C, Pesawat Grumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan olehSingapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawatEmbraer EMB-145SA.Pesawat peronda maritim EMB-145 juga diberikan per-timbangan untuk memenuhi keperluan peronda mari-tim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan samaada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankanoleh TUDM ataupun oleh Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) .TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buahpesawat F-18E Super Hornet dengan Boeing membeli se-mula pesawat F/A-18D Hornet yang kini digunakan olehTUDM. Sehingga kini, tidak ada pengumuman dibuatmengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobipembelian ini. Antara yang menjadi punca perolehan Su-per Hornet kepada TUDM ini terbantut adalah disebabk-an sikap Washington yang terlalu banyak mengeluarkansyarat yang tidak menyenangkan Kuala Lumpur, sepertisekatan pembekalan peralatan Beyond Visual Range, pe-luru berpandu udara ke udara jarak sederhana AMRA-AM dan banyak lagi serta Washington enggan menerimabayaran counter-trade yang diingini Kuala Lumpur iai-tu menggunakan hasil komoditi negara bagi menjelaskanpembayaran pesawat. Selain dari itu, Malaysia menga-lami kekurangan dana yang secukupnya. Atas dasar lu-ar Amerika telah menyebabkan Malaysia beralih kepadaperolehan Sukhoi Su-30MKM buatan Russia bagi meng-gantikan perolehan Super Hornet, sebagai membalas bu-di kepadaMoscow yang sudi melatih dua rakyat Malaysiadalam program Angkasawan Negara pada tahun 2007.Syarikat pertahanan Russia iaitu Rosoboronexport danAIROD mengumumkan pembekalan 10 buah helikop-ter Mi-171Sh (Mi-8AMTSh) bernilai AS$120 juta, un-tuk kegunaan dalam peranan mencari dan menyelamattempur (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikop-ter Sikorsky S-61A4ANuri dalam peranan tersebut. Adakemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambah-an 39 buah helikopter Mi-171 di masa-masa akan da-tang. Selain Rosoboronexport, TUDM turut mencalonk-an Eurocopter sebagai sandaran untuk perolehan produktersebut pada masa akan datang.Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan,

Page 4: Tentera Udara Diraja Malaysia

4 5 ORGANISASI

walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelianDenel Rooivalk dan juga helikopter Agusta A109 yangdipasangkan senjata. Pada 18 Julai 2006, Timbalan Per-dana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembeli-an 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CD sebagai tam-bahan kepada pesawat MB-339A yang kian berumur.Rancangan pembelian pesawat MB-339A dari TenteraUdara Diraja New Zealand dibatalkan.Pada September 2008, kerajaan Malaysia akhirnyamengumumkan bahawa Eurocopter berjaya memenangikontrak bagi pembekalan 12 unit helikopter EurocopterEC 725 bagi menggantikan helikopter Nuri yang bakalditamatkan perkhidmatannya dalam TUDM. Tidak me-nolak kemungkinan bahawa TUDM bakal membuat pe-nambahan helikopter dari Perancis ini untuk dimasa yangakan datang yang mana ianya merupakan pesawat yangberpotensi besar dalam tugas operasi tempur, cari danmenyelamat malahan setanding mahupun lebih baik dariMil-171 atau pesawat Nuri sendiri.

5 Organisasi

TUDM disusun menjadi beberapa Divisyen mengikut ke-lengakapan dan tugasan yang diberikan.

5.1 Divisyen Pertama

5.1.1 TUDM Subang

• No. 2 Squadron Fokker F-28 Fellowship, DassaultFalcon 90, Bombardier Global Express, BBJ737-700

• No. 16 Squadron Beech 200T

• No. 20 Squadron Lockheed C-130H Hercules, C-130H-MP, C-130T

5.1.2 TUDM Kuala Lumpur

• No. 10 Squadron S-61A4A Nuri

• Staff Flying Conversion Unit (SFCU)

5.1.3 TUDM Butterworth

• No. 3 Squadron S-61A4A Nuri

• No. 12 Squadron Northrop F-5E, F-5F, RF-5E

• No. 15 Squadron BAE Hawk 108/Hawk 208,Aermacchi MB-339A

• No. 18 Squadron Boeing F/A-18D Hornet

5.1.4 TUDM Kuantan

• No. 6 Squadron BAE Hawk 108/Hawk 208

• No. 17 & 19 Squadron MiG-29N/UB

• 401 Squadron GBAD Starburst

5.1.5 TUDM Gong Kedak

• No. 11 Squadron Su-30 MKM

5.2 Divisyen Kedua

5.2.1 TUDM Kuching

• No. 7 Squadron S-61A4A Nuri Kuching AB

• No. 1 Squadron CN-235-200M

5.2.2 TUDM Labuan

• No. 5 Squadron S-61A4A Nuri Labuan AB

• No. 14 Squadron Lockheed C-130H Hercules

5.3 Divisyen Latihan

• Pulatibang 1 FTC PC-7, PC-7 & PC-7 Mk II, MD-360 Alor Setar AB

• Pulatibang 2 FTC Alouette III Alor Setar AB

• Pulatibang 3 ILIT (Flight Instructor Training Insti-tute) PC-7 MkII Kuantan AB

5.4 Pangkalan

TUDMmempunyai beberapa buah pangkalan yang digu-nakan untuk menempatkan pesawat dan unit-unit TUDMyang lain. Antara pangkalan yang digunakan oleh TUDMadalah :

• TUDM Gong Kedak, Kelantan

• TUDM Alor Setar (Kolej Tentera Udara)

• TUDM Butterworth

• TUDM Kuantan

• TUDM Subang

• TUDM KL (juga dikenali dengan panggilan Sim-pang)

• TUDM Kuching

• TUDM Labuan

Page 5: Tentera Udara Diraja Malaysia

5

6 Aset TUDM

7 Rejimen TUDM

TUDMmempunyai unit pertahanan darat dan keselamat-an dikenali sebagai Rejimen TUDM untuk mengendalik-an keselamatan dan pertahanan kemudahan-kemudahandan pangkalan TUDM. Unit ini berasaskan dari RejimenRAF yang merangkumi pasukan polis tentera udara (Pro-vos TUDM), pasukan khas (Komando), pasukan perta-hanan udara jarak dekat, pasukan infantri TUDM danjuga terlibat istiadat ketenteraan.

8 PASKAU

Pasukan Paskau Anggota Pasukan Khas Dalam Rejimen TUDM

Sejarah Pasukan Khas Udara (PASKAU) bermula padatahun 1970-an selepas satu serangan oleh anasir pengga-nas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pang-kalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahansebuah pesawat DHC-4 Caribou. Serangan itu dilakukanmenggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atassebuah lori kecil.Pasukan yang awalnya ditubuhkan dikenali dengan namapasukan HANDAU (Pertahanan Darat dan Udara) danditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalanTUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semuladan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara. Pa-sukan ini seperti komando tentera darat GrupGerakKhasataupun komando tentera laut PASKAL, yang membeza-kannya ialah pengkhususan dari segi peranan utama dantugasan pasukan-pasukan tersebut berbeza-beza.Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripadaanggota-anggota TUDM lulus Asas Komando TUDMdan dipilih mengikuti kursus peperangan khas untukmembolehkan mereka menjalankan peranan sepertimencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaansasaran menggunakan peralatan penanda (designator)

menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAUboleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khususdalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR)menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Com-bat Air Rescue Team). PASKAU juga satu-satunyapasukan khas yang mempunyai keupayaan CarilamatMaritim di Asia Tenggara.

9 Rujukan

Page 6: Tentera Udara Diraja Malaysia

6 10 TEXT AND IMAGE SOURCES, CONTRIBUTORS, AND LICENSES

10 Text and image sources, contributors, and licenses

10.1 Text• Tentera Udara Diraja Malaysia Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Tentera_Udara_Diraja_Malaysia?oldid=3723409 Penyumbang-penyumbang: Yosri, Robbot, Ultratomio, Aurora, Che090572, Hezery99, Master2841, Polar, Escarbot, Abangmanuk, CommonsDelinker,VolkovBot, Piecemealcranky, SieBot, Yk Yk Yk, Mueiemax, Zamwan, Smim90, EdBever, Sweater, Zscout370, Faizli, Arteyu, Xqbot, Re-dBot, MGA73bot, Msy 300177, Fry1989, EmausBot, Hoo man, MerlIwBot, Kirorosepet, MuffinWizard, Addbot, Zayn al aziz, MohamadAliff Shafiq Azizan, Norizan bin Nordin dan Pengguna tanpa nama: 37

10.2 Images• Fail:Commons-logo.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/4a/Commons-logo.svgPerlesenan: Public domainPenyumbang: This version created by Pumbaa, using a proper partial circle and SVG geometry features. (Former versions used to be slightlywarped.) Artis asal: SVG version was created by User:Grunt and cleaned up by 3247, based on the earlier PNG version, created by Reidab.

• Fail:Crest_of_Royal_Malaysian_Air_Force.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/3f/Crest_of_Royal_Malaysian_Air_Force.svg Perlesenan: Public domain Penyumbang: Own work, reviewed from www.airforce.gov.my Artis asal: RankingUpdate

• Fail:Crest_of_the_Malaysian_Armed_Forces.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/9/9b/Crest_of_the_Malaysian_Armed_Forces.svg Perlesenan: Public domain Penyumbang: Karya sendiri Artis asal: Ranking Update

• Fail:Crest_of_the_Malaysian_Army.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/9/9b/Crest_of_the_Malaysian_Army.svg Perlesenan: Public domain Penyumbang: This file was derived from Flag of the Malaysian Army.svg: <ahref='//commons.wikimedia.org/wiki/File:Flag_of_the_Malaysian_Army.svg' class='image'><img alt='Flag of the Malaysian Army.svg'src='https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/56/Flag_of_the_Malaysian_Army.svg/50px-Flag_of_the_Malaysian_Army.svg.png' width='50' height='25' srcset='https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/56/Flag_of_the_Malaysian_Army.svg/75px-Flag_of_the_Malaysian_Army.svg.png 1.5x, https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/56/Flag_of_the_Malaysian_Army.svg/100px-Flag_of_the_Malaysian_Army.svg.png 2x' data-file-width='2020' data-file-height='1020' /></a>Artis asal: Flag_of_the_Malaysian_Army.svg: Syed

• Fail:Crest_of_the_Royal_Malaysian_Navy.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/ec/Crest_of_the_Royal_Malaysian_Navy.svg Perlesenan: Public domain Penyumbang: Own work, reviewed from www.navy.mil.my Artis asal: Ranking Update

• Fail:Ensign_of_the_Royal_Malaysian_Air_Force.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/9/99/Ensign_of_the_Royal_Malaysian_Air_Force.svg Perlesenan: Public domain Penyumbang: Karya sendiri Artis asal: Draw by Gary van der Merwe,based on Image:Flag of Malaysia.svg

• Fail:Finflash.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/4/4b/Finflash.svg Perlesenan: Public domain Penyumbang:Karya sendiri Artis asal: Draw by Gary van der Merwe

• Fail:Flag_of_Malaysia.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/6/66/Flag_of_Malaysia.svg Perlesenan: Publicdomain Penyumbang: Create based on the Malaysian Government Website (archive version)Artis asal: SKopp, Zscout370 and Ranking Update

• Fail:Flag_of_the_Malaysian_Armed_Forces.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/ad/Flag_of_the_Malaysian_Armed_Forces.svg Perlesenan: Public domain Penyumbang: Karya sendiri Artis asal: Ranking Update

• Fail:PaskauTUDM.jpg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/c/cd/PaskauTUDM.jpg Perlesenan: Kegunaan wajar Pe-nyumbang:WebArtis asal:Uknown

• Fail:Roundel_of_the_Royal_Malaysian_Air_Force.svg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/89/Roundel_of_the_Royal_Malaysian_Air_Force.svg Perlesenan: Public domain Penyumbang: Drawn in CorelDraw by Mysid after an original JPEG.Malaysian BAE Hawk Artis asal: Mysid

• Fail:Scotav.twin.pioneer.arp.jpg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/8/86/Scotav.twin.pioneer.arp.jpg Perle-senan: Public domain Penyumbang: No machine-readable source provided. Own work assumed (based on copyright claims). Artis asal:No machine-readable author provided. Arpingstone assumed (based on copyright claims).

• Fail:USN-RMAF_CARAT_2004_(040715-N-0493B-040).jpg Sumber: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/f/f7/USN-RMAF_CARAT_2004_%28040715-N-0493B-040%29.jpg Perlesenan: Public domain Penyumbang: United States Navy NewsService [1] [2] Artis asal: Lt. Chuck Bell USN

10.3 Content license• Creative Commons Attribution-Share Alike 3.0