Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SEPTEMBER 2013 HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS MATRICULATION NO : 731208125515001 IDENTITY CARD NO. : 731208125515 TELEPHONE NO. : 0138927731 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU

Transcript of Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

Page 1: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )

DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS

MATRICULATION NO : 731208125515001

IDENTITY CARD NO. : 731208125515

TELEPHONE NO. : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : OUM, TAWAU

Page 2: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 2

2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU) 3

3.0 JEREBU 6

3.1 Punca Jerebu 7

3.1.1 Pembakaran Terbuka 7

3.1.2 Pembakaran Bahan Api 8

3.1.3 Proses Perbandaran 9

3.1.4 Cuaca Kering dan Berebu 10

3.1.5 Letusan Gunung Berapi 11

3.2 Indeks Peencemaran Udara Terkini

3.3 Meagatasi dan Menangani Masalah Jerebu

3.3.1 Melalui Pendidikan 14

3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka 14

3.3.3 Pembenihan Awan 15

3.3.4 Kempen Hijau 15

3.3.5 Penggunaan CFC 16

3.3.6 Perundangan dan Dasar Kerajaan 16

3.3.7 Tanggung Jawab Orang Ramai 17

3.4 Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan

Golongan Berisiko

18

4.0 PENUTUP 20

BIBLIOGRAFI 22

Page 3: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

2

1.0 PENGENALAN

Malaysia, sepertimana sebuah negara membangun yang lain juga mempunyai matlamat untuk

menuju era sebuah negara maju yang berteraskan perindustrian menjelang tahun 2020.

Selarasdengan matlamat ini kerajaan telah merancang pelbagai projek pembangunan yang

melibatkanaspek ekonomi, sosial dan infrastruktur bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan

seterusnyamempertingkatkan lagi pertumbuhan ekonomi negara. Justeru, akhir-akhir ini,

sama ada di bandaratau di desa projek pembangunan begitu pesat dilaksanakan. Dalam

keghairahan manusia untukmengaut keuntungan yang tinggi dari proses pembangunan ini,

secara sengaja atau tidak sengajatelah menyebabkan kebersihan alam sekitar tergugat.

Pada Ogos 2005, satu fenomena jerebu yang teruk telah berlaku disebabkan oleh

kebakaranhutan di Sumatera dan Kalimantan. Fenomena ini memberi kesan yang agak teruk

juga di pantaibarat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang.

MenurutMahmud (2008), ekoran daripada fenomenajerebu ini, dua kawasan telah

diisytiharkan darurat iaitu Kuala Selangor dan Pelabuhan Klangapabila Indeks Pencemaran

Udara (IPU) di dua kawasan ini melebihi nilai 500.Menurut sumber berita New Straits Times,

(2005), jerebu teruk ini tidak begitu menjejaskan beberapa kawasan di selatan,pantai timur

dan utara Semenanjung seperti di Kota Bharu, Johor Bahru, Georgetown dan Terengganu..

Pencemaran udara bukan sahaja disebabkan oleh zarah-zarah terampai, bahkan ia jugaberlaku

disebabkan oleh gas-gas beracun dan berbahaya yang berlebihan di udara. Zarah

zarahterampai terdiri daripada 70 peratus (%) zarah karbon, 20 % debu tanah dan 10 % tidak

diketahuipuncanya. Manakala gas berbahaya pula terdiri daripada gas karbon monoksida

(CO), nitrogendioksida (NO2), ozon (O3) dan sulfur dioksida (SO2). Zarah terampai yang

mempunyai saizkurang daripada 10 mikron (PM10) dicerap jumlah kuantitinya di udara

dengan menggunakan alatkhas di stesen kualiti udara yang dikendalikan oleh Alam Sekitar

Malaysia yang dikontrak olehJabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar.

Page 4: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

3

2.0 INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya

jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida,

sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU

adalah seperti Jadual 1 di bawah;-

Jadual 1: Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Nilai IPU Kualiti udara

0 - 50 Baik

51 - 100 Sederhana

101 - 200 Tidak sihat

201 - 300 Sangat tidak sihat

301 - 400 Berbahaya

401 - 500 Sangat berbahaya

Lebih 501 Darurat

IPU tahap baik 0 – 50 di Kuala Lumpur

Sumber The Malaysian Times

http://www.themalaysiantimes.com.my/ipu-tambah-baik-larangan-bakar-terbuka-ditarik-

balik/

Page 5: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

4

IPU tahap sederhana 51 – 100 di Pulau Pinang

Sumber Sinar Harian Online

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kualiti-udara-pulau-pinang-merosot-1.186763

IPU tidak sihat 101 - 200 di Melaka

Sumber Berita Harian Online 21.9.2013

Page 6: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

5

IPU tahap bahaya 301 - 400di Muar Johor

Sumber laman rasmi Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130621/dn_05/Jerebu-di-Muar-tahap-

bahaya

IPU tahap darurat melebihi 501 di Muar Johor

Sumber Astro Awani

http://www.astroawani.com/news/show/jerebu-di-muar-capai-tahap-kritikal-dengan-ipu-746-

16950?cp

Page 7: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

6

3.0 JEREBU

Menurut Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia(2013),

jerebu boleh didefinasikan sebagai kehadiran sebarang bahan asing di dalam udara selain

daripada kandungan udara tulen dan bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada

manusia dan juga tumbuhan termasuk berbagai jenis binatang.Keadaan atmosfera dikatakan

berjerebu sekiranya terdapat partikulat terampai di dalamnya dalam kepekatan yang tinggi

dan kandungan kelembapan yang rendah . Ini menyebabkan jarak penglihatan menjadi kabur

atau kurang jelas. Di kawasan tropika, kelajuan angin biasanya perlahan. Bagi tempoh-

tempoh tertentu, keadaan atmosfera sangat stabil dan peredaran udara sangat berkurangan.

Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif dan menyebabkan cuaca kering. Tempoh

cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan pelepasan bahan pencemaran ke udara

sama ada daripada punca tempatan atau luar negara akan menyumbang kepada pembentukan

jerebu.

Hal ini termasuklah kandungan udara tulen yang wujud dalam keadaan yang lebih dari

kandungan sepatutnya. Jerebu ini merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara

semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap

kenderaan dan asap pembakaran juga adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila

zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara

maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi.

Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu telah menjadi satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu

sehingga ke hari ini. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga

kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan

yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan

cuaca juga memburukkan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda

fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan

menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air. Antara

Page 8: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

7

daerah yang mengalami masalah ini di Sabah ialah daerah Kota Merudu, Kota Belud dan

Kudat.

3.1 Punca Jerebu

Masalah jerebu yang melanda negara ini telah menyebabkan persepsi masyarakat terhadap

punca jerebu menjadi negatif. Ini disebabkan masalah jerebu dinegara ini amat signifikan

pembakaran terbuka di Indonesia. Walhal jerebu boleh melanda meskipun pembakaran

terbuka tidak berlaku. Noorauan (1992) dalam kajiannya terhadap kualiti udara di Kuala

Lumpur mendapati pelepasan asap kereta di waktu siang menyebabkan kualiti udara di Kuala

Lumpur menjadi tidak sihat di waktu petang. Mastura Mahmud (2009) dalam kajiannya juga

mendapti tahap kualiti udara di Pulau Pinang amat sederhana disebakan kegiatan perkilangan

dan pembebasan asap kenderaan.

3.1.1 Pembakaran Terbuka

Kejadian jerebu yang paling teruk dialami negara bermula pada tahun 1997 .Masalah jerebu

ini disebabkan oleh pembakaran terbuka oleh negara jiran. Negeri Sabah telah terjejas teruk

akibat daripada fenomena ini. Pembakaran terbuka di Kalimantan nyata telah membawa

padah apabila api sukar dikawal dan menjilat sebahagian besar kawasan hutan. Oleh kerana

Kalimantan agak berdekatan dengan Sabah maka penduduk semakin cemas dan langkah

berjaga-jaga telah dilakukan. Asap akibat daripada pembakaran tersebut telah meliputi negeri

Sabah dan menyebabkan keadaan semakin teruk. Negeri tersebut terpaksa menghantar

bantuan kepada Kalimantan dan Indonesia untuk memadam kabakaran. Jabatan Bomba dan

Penyelamat Negeri telah menghantar 80 orang anggotanya untuk tujuan tersebut. Pembakaran

ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada negara kita malah negara-negara lain yang

berdekatan seperti Thailand, Singapura, Brunai dan Filipina juga tercemar dengan teruk.

Masalah jerebu akibat pembakaran hutan di Indonesia terus berulang setiap tahun.

Pertengahan tahun ini menyaksikan beberapakan kawasan diisytiharkan sebagai kawasan

Page 9: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

8

tidak selamat ekoran bacaan indek Pencemaran Udara melebihi tahap bahaya.Hasil

pembakaran ini telah menghasilkan gas Karbon Monoksida iaitu gas yang sangat merbahaya

dan boleh membawa maut jika dihidu dalam suatu jangka masa yang panjang.

Sumber: Laman Rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)

http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=70&Itemid=

160

3.1.2 Pembakaran Bahan Api

Pembakaran bahan api seperti arang dan minyak juga adalah punca utama pencemaran udara

Bahan api juga adalah bahan organik dan mempunyai unsur karbon. Oleh itu, pembakaran

yang kurang lengkap akan menghasilkan karbon monoksida. Arang adalah suatu bahan yang

mengandungi sulfur. Apabila terbakar sulfur akan berpadu dengan oksigen di sekeliling

menghasilkan sulfur dioksida melalui persamaan.

Page 10: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

9

S + 2O2-----------SO4

Sulfur dioksida ini kemudian akan berpadu dengan ion hidrogen dalam wap di udara dan

membentuk asid sulfurus. Selain itu, karbon dioksida juga berpadu dengan ion hidrogen dan

membentuk asid karbonat.

Sumber: http://www.sabah.edu.my/cwr005/images_picture/asap%20kereta.JPG

3.1.3 Proses Perbandaran

Selain itu, wujudnya masalah jerebu ini adalah ekoran daripada proses urbanisasi yang telah

menggalakkan perkembangan sesebuah bandar dan wujudnya lokasi-lokasi perindustrian

yang menyediakan peluang pekerjaan. Masalah ini wujud ekoran daripada proses

pertambahan penduduk samada secara semulajadi atau migrasi. Menurut Tuan Pah Rokiah

Syed Husin (2003), pertambahan bilangan perindustrian yang terdapat di sesebuah bandar

akan menghasilkan impak positif dan negatif terhadap kehidupan masyarakat moden kini.

Page 11: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

10

Sumber: http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenis-pencemaran_9947.html

Selain itu, pertambahan perindustrian juga banyak membawa bahan pencemar yang akan

dilepaskan oleh industri melalui proses pembakaran bahan api. Menurut Mohmadisa Hasyim

dan Mohamad Suhaily Che Ngah (1997), sekiranya bahan pencemar ini tidak dikawal,

kehidupan manusia akan terjejas kerana manusia berada di sekeliling kehidupan alam

sekeliling yang tercemar seperti pengeluaran asap dari kilang, gas beracun, asap, debu dan

sebagainya. Oleh yang demikian, hasil daripada keadaan ini akan membahayakan kesihatan

manusia kerana bahan pencemar tersebut boleh menyebabkan sesak nafas di kalangan

penyakit asma, gatal hidung, pedih mata dan sebagainnya.

3.1.4 Cuaca Kering dan Berdebu

Hubungkait antara kejadian jerebu dengan faktor meteorologi amatlah signifikan sekali.

Dalam kajaian yang dilakukan oleh Sham (1991), beliau mendapati udara kering

mempengaruhi peningkatan bacaan IPU. Fenomena El-Nino di Sabah pada tahun 1997

menyaksikan Bacaan IPU dicatatkan melebihi tahap bahaya. Kejadian jerebu di Taiwan pada

tahun 2010 juga menyaksikan bagaimana cuaca kering dan berhabuk menyumbang kepada

kualiti udara yang rendah.

Page 12: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

11

Jerebu akibat cuaca kering dan berdebu di Jiangjing Township, Taiwan

Sumber:

http://en.wikipedia.org/wiki/File:Sandstorm_of_Longjing_Township_,Taichung_County_in_

Taiwan_.jpg

3.1.5 Letusan Gunung Berapi

Letusan gunung berapi merupakan fenomena kegiatan alam secara semulajadi untuk

menyejukkan bumi. Sungguhpun begitu, letusan ini menyebabkan pembebasan asap dan debu

ke udara yang mewujudkan kejadian jerebu.. Letusan Gunung berapi Pinatubo, Luzon

Filipina pada tahun 1991 memperlihatkan bagaimana asap dan debu meliputi sebahagian

besar ruang udara Sabah terutama Sandakan, Lahad datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Letusan gunung berapi Pinatubo tahun 1991

Sumber : http://ohgunungberapiku.blogspot.com/

Fenomena Jerebu akibat letusan gunung berapi ini juga turut melanda negara apabila Gunung

Berapi Krakatau, Sumatera, Indonesia meletus pada tahun 1983.

Page 13: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

12

Letusan Gunung Berapi Krakatau tahun 1983

Sumber : http://pendhowo.com/10-letusan-gunung-terdahsyat-di-dunia/

3.2 Indeks Peencemaran Udara Terkini

Jadual 2: IndeksPencemaranUdaraNegeri Johor dan Sabah

Paparan IPU dari 06:00PM hingga 08:00 PM pada 20-09-2013

NEGERI / KAWASAN MASA

06:00PM

MASA

07:00PM

MASA

08:00PM

Johor Kota Tinggi 51* 50* 50*

Johor Larkin Lama 40* 40* 38*

Johor Muar 51* 51* 50*

Johor PasirGudang 45* 47* 50*

Sabah Keningau 38 37 42

Sabah Kota Kinabalu 60 59 54

Sabah Sandakan 54 54 53

Sumber :JabatanMeteorologi Malaysia

http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun-2013-

seluruh-negeri#ixzz2fRmgqchx

Page 14: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

13

Jadual 2 di atas menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara bagi negeri Johor dan Sabah

pada 20 September 2013. Bacaan IPU di kawasan Kota Tinggi, Johor menunjukkan kualiti

uidara yang sederhana pada jam 6:00 petang tetapi beransur baik pada jam 7:00 dan 8:00

Malam, Kualiti IPU yang sederhana pada jam 6:00 petang adalah berpunca daripada

pelepasan asap dari kenderaan dan juga perkilangan. Noorazuan (1992) dalam kajiannya

mendapati semasa waktu puncak hari bekerja, bacaan IPU akan meningkat di Kuala Lumpur.

Hasil kajian beliau adalah selari dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Sham dan

Shaharuddin (1976). Pergerakan angin pula menyebabkan kualiti udara bertambah baik

selepas jam 6:00 petang.

Bagi daerah Larkin Lama, Johor pula, IPU yang dicatatkan menunjukkan kualiti udara yang

baik dalam tempoh masa yang diambil. Keadaan ini disebabkan kurangnya aktiviti kenderaan

dan perkilangan di kawasan tersebut. Bacaan IPU yang baik bagi tempoh masa ini turut

dicatatkan di kawasan Pasir Gudang,Johor. Walaupun kawasan ini merupakan kawasan

perindustrian yang sibuk namun tiupan angin membawa partikel-partikel asing dalam udara

ke kawasan lain. Bagi Daerah Muar, Johor pula. IPU pada jam 6:00 dan 7:00 petang

menunjukkan IPU yang sederhana tetapi bertambah baik pada jam 8:00 malam. Tiupan angin

yang lemah menyebabkan kesan aktiviti kenderaan dan perindustrian mencemarkan udara.

Bagi negeri Sabah, Kualiti udara bagi kawasan bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu

dan Sandakan, kualiti udara dalam keaadaan sederhana dicatatkan bagi tempoh masa yang

diambil. Keadaan ini disebabkan kedua-dua kawasan ini amat sibuk dengan aktiviti

kenderaan dan perkilangan diang hari sehingga waktu malam. Berbeza dengan bandar

Keningau, bacaan IPU dalam keadaan baik kerana kawasan ini dilindungi oleh banjaran

Crooker dari kehadiran pencemar luar. Di samping itu juga, kawasan ini tidak terlalu sibuk

dan kurangnya aktiviti perkilangan.

Page 15: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

14

3.3 MengatasI dan Menangani Masalah Jerebu

3.3.1 Melalui Pendidikan

Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alam sekitar iaitu

samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga boleh dijalankan oleh

JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukan kepada setiap

peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanak sekolah. Aktiviti ini

dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab

bagi memperbaiki dan menjaganya. Menurut Department of Invironment (1989), aktiviti ini

dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar.

Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai

kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau

terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam

sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju.

Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990), :bahagian Alam Sekitar memainkan

peranannya sebagai kuasa perimbangan, antaranya ialah dengan berusaha memberi

pendidikan yang mana boleh dilakukan melalui sebaran am seperti surat khabar, penerbitan

Bahagian Alam Sekitar, „Sekitar‟ dan penubuhan Unit Maklumat dan Pendidikan Bahagian

Alam Sekitar, sebaran radio, televisyen, kursus dan seminar.

3.3.2 Larangan Pembakaran Terbuka

Untuk mengelakkan fenomena jerebu ini semakin menular dan berulang semula, kerajaan dan

juga badan-badan bukan kerajaan menggariskan beberapa peraturan yang harus diikuti

kepada semua warganegara Malaysia. Menurut Tuan Pah Rokiah Syed Hussain

(2003),kerajaan telah melarang pembakaran terbuka kerana asap adalah penyumbang utama

kepada jerebu. Selain daripada itu pembakaran terbuka juga boleh menyebabkan kebakaran

yang tidak dapat dikawal contohnya seperti yang berlaku di hutan Indonesia yang berpunca

daripada aktiviti pembakaran hutan oleh golongan petani sara diri da ia telah merebak ke

Page 16: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

15

Malaysia dibawa oleh angin lazimnya monson barat daya. Sikap golongan yang dinyatakan di

atas ini telah mewujudkan masalah kepada alam persekitaran sehinggakan Malaysia terpaksa

mengisytiharkan darurat jerebu pada 23-24 September 1997.

3.3.3 Pembenihan Awan

Akibat daripada fenomena El-Nino, cuaca kering dan kemarau telah melanda negara.

Keadaan ini telah memburukkan lagi keadaan, oleh yang demikian kerja pembenihan awan

terpaksa dilakukan untuk mendapatkan hujan. Apabila cuaca kering, suhu awan menjadi

tinggi, titisan air menjadi ringan, titisan yang sangat ringan ini tidak dapat jatuh ke bumi

sebagai hujan. Oleh yang demikian iodin perak ataupun ais kering akan ditabur untuk

menurunkan suhu awan tersebut. Ais kristal akan terbentuk dan semakin membesar lalu

ditarik oleh graviti, ia akan jatuh ke bumi dan bertukar menjadi titisan air apabila cair akibat

daripada suhu bumi yang panas. Hujan boleh membantu keadaan apabila ia membawa

bersama jerebu jatuh ke bumi.

3.3.4 Kempen Hijau

Kerajaan juga menjalankan kempen hijau dan menggalakkan penanaman pokok di rumah,

pejabat, sekolah mahupun di tempat membeli-belah. Menurut Sham Sani, Abdul Samad Hadi

(1990), pokok-pokok hijau mambantu menyerap karbon dioksida di udara. Hutan mempunyai

nilai yang amat besar kepada alam sekitar kita kerana ia mempunyai fungsi-fungsi yang amat

penting seperti dapat mengukuhkan tanah, membenarkan peredaran air, berfungsi mengawal

komposisi atmosfera, menghadkan perubahan iklim serta melindungi flora dan fauna. Namun

kerana proses urbanisasi yang tidak terkawal menyebabkan berlakunya kemusnahan alam

sekitar yang serius pada masa kini. Justeru itu pihak kerajaan sepatutnya mengambil inisiatif

dengan melakukan penggezetan hutan yang sedia ada.

Page 17: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

16

Chan dan Wan Ruslan (2000), antara contoh hutan simpan yang telah di gezetkan ialah

Taman Negara, Hutan Belum, Taman Endau Rompin, dan Hutan Simpan di Cameron

Higlands mestilah di luaskan dan digezetkan untuk memelihara dan mengekalkannya.

Contohnya seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menggezetkan

hutan simpan Pantai Aceh sebagai Taman Negara untuk tujuan menebat banjir.

3.3.5 Penggunaan CFC

Kloroflorokarbon (CFC) adalah bahan yang stabil dan dikenali dengan nama am Freon dan

pemusnahan lapisan ozon ini adalah disebabkan oleh atom klorin. Bahan-bahan aerosol

biasanya dimampatkan ke dalam tin-tin di bawah tekanan tinggi. Kloroflorokarbon (CFC)

digunakan sebagai mangkin dalam proses itu. Selain itu, CFC digunakan dalam peti sejuk,

penghawa dingin dan sebagainya sebagai bahan rejan(propellant), pembentukan buih, dan

alat pemadam api. Menurut Abdul Latif Ibrahim (1992), pemusnahan lapisan ozon

sebenarnya dilakukan oleh atom klorin. Didapati satu molekul CFC mampu memusnahkan

1000 molekul ozon. Oleh itu, sumber alternatif harus digunakan untuk menggantikan

kloroflorokarbon misalnya dengan hidrokloroflorokarbon (HCFC).

3.3.6 Perundangan Dan Dasar Kerajaan

Semua agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan, pihak swasta dan sebagainya boleh

memainkan peranan yang berkesan dalam menangani masalah jerebu. Jabatan Alam Sekitar

(JAS) telah menjalankan program pengawasan kualiti udara di seluruh Negara. Parameter

yang diawasi termasuklah Karbon Monoksida, Sulfur Dioksida, Nitrogen Dioksida, ozon dan

habuk terampai (PM10). Selain itu, pelbagai undang undang digubal dengan tujuan

mengawal kualiti alam sekitar. Peraturan ini dibahagikan kepada 6 bahagian. Antaranya ialah,

Peraturan Kenderaan Bermotor dan Peraturan Kualiti Alam Sekitar. Peraturan Kenderaan

Bermotor (Kawalan perlepasan asap,1977) Peraturan ini menghadkan perlepasan asap

kenderaan iaitu dihadkan kepada 50 HDU.

Page 18: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

17

Seterusnya, Peraturan Kualiti Alam Sekitar (Udara Bersih,1978). Menurut Chan Ngai

Weng,(2002), di bawah peraturan ini, jarak industri dengan kawasan kediaman di hadkan

kepada 1000 meter. Jabatan Alam Sekitar juga telah merancang satu Indeks Pencemar Udara

yang juga dekenali sebagai (IPU). IPU adalah satu sistem yang dibangunkan bagi

memaklumkan kepada orang awam tentang tahap kualiti udara dan impaknya terhadap

kesihatan mereka dengan cara yang termudah. Lanya juga suatu sistem kepekatan pencemar

yang diukur pada skala antara 0-500.

Selain itu, menurut bab X1 dalam Rancangan Malaysia Ketiga berdasarkan satu kenyataan

yang telah di buat secara ringkas oleh kerajaan, satu dasar kerajaan Malaysia berkaitan

pembangunan dan alam sekitar telah ditetapkan. Kualiti hidup rakyat dapat di tingkatkan

dengan adanya pembangunan yang pesat dalam sektor perindustrian dan pertanian, malah

secara tidak langsung dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial. Walau

bagaimanapun aktiviti-aktiviti ini sebenarnya boleh menyebabkan kemerosotan kualiti alam

sekitar. Oleh itu yang paling penting sekali dalam dasar ini ialah keseimbangan dalam kedua-

dua proses tersebut iaitu wujudkan “Pembangunan Tanpa Kemusnahan”. Menurut Sham

Sani, Abdul Samad Hadi (1990), untuk mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia telah

menetapkan bahawa Dasar Alam Sekitar Malaysia yang bersifat pragmatik dan bertujuan

untuk mengurangkan kesan-kesan buruk alam sekitar dan memelihara berbagai-bagai

ekologi.

3.3.7 Tanggungjawab Orang Ramai

Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam

haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan yang

boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan

awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut

hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil

langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan

penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan

baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba

Page 19: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

18

dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa

pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka

yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

3.4 Kesan Jerebu Terhadap Golongan Kanak-kanak dan Golongan Berisiko

Komponen-komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida,

nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk pada kesihatan

manusia terutama kepada golongan kanak-kanak, warga tua dan juga kepada mereka yang

menghidapi penyakit-penyakit tertentu seperti asma, alahan, pneumonia dan penyakit paru-

paru. Perokok dan para pekerja di kawasan terbuka juga mempunyai risiko yang tinggi dalam

kesihatan mereka. Jadual 1 di sebelah menunjukkan kesan jerebu kepada kesihatan manusia.

Jadual 3: Kesan pencemaran udara/jerebu terhadap kesihatan manusia.

Bahan Pencemar Punca Kesan

Asap

Pembakaran

bahan api

Pembakaran

sampah-sarap

Cerobong

asapkilang

Ekzos

kenderaan

Menggangu pernafasan normal

Pembentukkan asbut yang

mengganggupenglihatan

Page 20: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

19

bermotor

Debu

Kilang papan

Kuari

Kilang Simen

Kilang asbestos

Kilang Batu

kapur

Serangan lelah pada \;

pesakit asma

Batuk-batuk

Sesak nafas

Plumbum

Petrol

berplumbum

Pembakaran

bahanbercat

Menggangu keupayaan badan

membinaSel darah baru

Kerencatan dan kecacatan otak pada

kanak-kanak

Page 21: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

20

Karbonmonoksida

Pembakaran

bahan api yang

tidak lengkap

Ekzos

kenderaan

Menghalang pembentukan

oksihemoglobin

Berpadu dengan hemoglobin untuk

membentuk karboksihemoglobin

yang akan menggantikan oksigen

dalam darah

Melembabkan otak

Boleh membawa maut sekiranya

diambil dalam jumlah yang banyak

Oksida

nitrogen

Pembakaran

bahan api pada

suhu tinggi

dalam

kenderaan berat

atau kilang

Tindakan

bakteria dalam

tanah

Menurunkan rintangan badan kanak-

kanak terhadap selsema

Mengganggu tisu peparu dan

menyebabkan bronkitis serta kanser

Bertindak balas dengan hidrokarbon

untuk membentuk pengoksida

fotokimia yang memedihkan mata

dan merosakkan tisu peparu

Page 22: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

21

4.0 PENUTUP

Secara amnya masalah alam sekitar dan khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di

peringkat sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam sekitar

yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh pihak-pihak tertentu

dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak

merosakkan alam sekitar. Dalam mengejar arus pembangunan manusia tidak searusnya

mengorbankan alam sekitar untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Tanpa mereka sedar di

sebalik arus pembangunan tersebut tersirat kesan yang amat menakutkan iaitu impak negatif

terhadap kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang telah

di nyatakan. Manusia perlu sedar ada cara yang lebih baik untuk berinteraksi dengan alam

sekitar dalam membentuk satu ikatan yang harmoni di antara manusia dan alam sekitar.

Manusia perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka

sendiri. Hal ini disebabkan tidak akan wujud lagi satu alam sekitar fizikal yang baru

sekiranya alam sekitar yang ada terus di musnahkan. Setiap kata-kata Mahatma Gandhi

haruslah dihayati dengan seadanya iaitu “kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek

kita tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita”.

3326 patah perkataan

Page 23: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

22

BIBLIOGRAFI

Ab. Latif Ibrahim (1992). Pembangunan dan Kesannya Terhadap Alam Sekitar diMalaysia:

Satu Pendekatan Geografi,Bahagian Geografi Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,

Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Chan Ngai Weng (2002). Pembangunan, Pembandaran dan Peningkatan Bahaya dan

Bencana di Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Department of Environmental (1989). Environmental Quality Report 1988. Kuala Lumpur:

Ministry of Sciences, Technology and the Environment.

Mahmud M (2008) Scientific report on the haze event in Peninsular Malaysia in August

2005:Main contributors of haze, pp. 158. Department of Environment, Ministry of

NaturalResources and Environment Malaysia.

Mastura dan rakan-rakan (2009). Pencemaran Udara di Bukit Rambai, Melaka Sewaktu

Peristiwa Jerebu Tahun 2005.School of Social, Development and Environmental

Studies, Faculty of Social Sciences and Humanities,Universiti Kebangsaan Malaysia :

Bangi.

Mohmadisa Hashim dan Mohamad Suhaily Che Ngah (2005). Pembangunan dan Alam

Sekitar Di Malaysia, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Noorazuan Hasyim (1992). Satu Kajian Mengenai Pencemaran Udara: Dari Aspek Pengaruh

Meteorologi Ke atas Kemunculan Episod Pencemaran di Lembah Kelang.Universiti

Malaya.

New Straits Times (2005) More people facing respiratory problems. August 12

Sham Sani, Abdul Samad Hadi (1990). Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia Isu dan

Pengurusannya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sham Sani dan rakan-rakan (1991). The August 1990 haze in Malaysia with special refeence

to the Kalang Valley Region. Petaling Jaya: Malaysian Meteorological service.

Sham Sani dan Shaharuddin (1976). Anote of preliminary study of respirable dust particulate

air pullations in Kuala Lumpur. Pinusular Malaysia. Malaysia Nature Journal. Vol29.

Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia.

Page 24: Templet hbhe 1203 .doc.docx; pedagogi pendidikan kesihatan faudzi

HBHE2203 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

23