Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

download Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

of 10

Transcript of Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    1/10

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER : SEPTEMBER 2013

    HBEF 3503

    PENDIDIKAN INKLUSIF(T1A4)

    SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

    NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN

    MOHAMAD SALEHNO. MATRIKULASI : 731208125515001

    NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515

    NO. TELEFON : 0138927731

    E-MAIL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

    mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]
  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    2/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    2

    ISI KANDUNGAN

    BIL TAJUK M/S

    1.0 PENGENALAN 3

    2.0 REFLEKSI TUGASAN HBEF3503 4

    2.1 Pengalaman Mengumpul Maklumat 4

    2.2 Dapatan Maklumat 5

    2.3 Dapatan Ilmu Pengetahuan 6

    2.4 Tahap Kesediaan Terhadap Proses Pengajaran Dan PembelajaranYang Membantu Murid Berkeperluan Khas Melalui ProgramPendidikan Inklusif

    7

    3.0 PENUTUP 8

    BIBLIOGRAFI 9

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    3/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    3

    1.0 PENGENALAN

    Tugasan HBEF 3503 merupakan satu tugasan yang mengupas dengan lebih lanjut tentang

    pendidikan inklusif di Malaysia. Tugasan ini telah banyak membantu penulis memahami dan

    menghargai betapa pentingnya pendidikan inklusif dalam memperkukuhkan matlamat Dasar

    Pendidikan Negara.

    Tidak semua murid yang belajar di dalam satu kelas pembelajaran mempunyai kebolehan dan

    keupayaan yang sama. Menurut Slavin (2005) pula, kepelbagaian pelajar terdapat dalam

    tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas

    sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Oleh sebab itu, pasti terdapat murid yang

    lembab, lemah, nakal, sukar dikawal dan bermasalah di dalam sesebuah kelas pembelajaran

    Selama ini, kebanyakkan guru melabel murid sebegini sebagai murid lembam dan murid

    bermasalah. Akibatnya murid-murid ini terus tercicir dari proses pembelajaran dan

    pengajaran yang dilakukan oleh guru. Akibatnya, malamat atau dasar pendidikan negara yang

    mengutamakan pendidikan untuk semua talah gagal untuk diterjemahkan.

    Semasa menuntut di maktab perguruan, penulis telah dibekalkan dengan ilmu pedagogi dan

    psikologi pendidikan. Namun begitu, penulis tidak berpeluang untuk mempelajari ilmu

    pedagogi dan psikologi yang berkaitan dengan murid-murid berkeperluan khas dan

    bermasalah dalam pembelajaran. Keadaan ini disebabkan guru pelatih hanya didedahkan

    dengan ilmu pedagogi dan psikologi dalam bidang masing-masing. Melalui kursus ini penulis

    dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pendidikan kanak-kanak

    berkeperluan khas dan bermasalah dalam pembelajaran.

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    4/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    4

    Berdasarkan pngetahuan dan kemahiran baru yang diperoleh ini, maka penulisan seterusnya

    ini akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai pengalaman penulis dalam menyiapkan

    tugasan, dapatan maklumat hasil tugasan, ilmu dan pengetahuan yang diperoleh serta tahap

    keyakinan penulis terhadap keupayaan diri untuk melaksanan proses pengajaran dan

    pembelajaran yang berkualiti untuk membantu murid-murid berkeperluan khas atau

    bermasalah dalam pembelajaran.

    2.0 REFLEKSI TUGASAN HBEF3503

    Seperti yang dikatakan sebelum ini, tugasan ini telah memberikan pengalaman, pengetahuan

    dan kemahiran dalam soal proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid

    berkeperluan khas atau murid-murid bermasalah dalam pembelajaran. Selain itu juga, tugasan

    ini telah memberi peluang kepada penulis mengumpul maklumat berkaitan murid-murid di

    dalam kelas pembelajaran yang diuji melalui Instrumen Pegesanan Murid Bermasalah Dalam

    Pembelajaran.

    2.1 Pengalaman Mengumpul Maklumat

    Walaupun pendidikan inklusif bukan sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan negara,

    namun kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap mengenai sejarah, dasar,

    garis panduan perlaksanaan, instrumen pengesanan untuk saringan dan pelaporan tetap

    berlaku. Penulis telah cuba untuk mendapatkan malumat dari laman web, buku, surat khabar

    dan sebagainya. Sungguhpun begitu penulis tidak memperoleh maklumat lengkap mengenai

    instrumen untuk tujuan saringan.

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    5/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    5

    Oleh sebab itu penulis terpaksa merujuk instrumen yang digunakan dalam program LINUS

    sebagai asas. Penulis juga gagal untuk memperoleh bentuk atau format laporan yang

    mnenjurus kepada hasil proses saringan. Sebagai altenatif penulis terpaksa membina sendiri

    borang pelaporan dan membina format laporan. Penulis berharap format laporan ini mencapai

    matlamat proses saringan yang dilakukan.

    2.2 Dapatan Maklumat

    Tugasan ini telah membuka ruang kepada penulis untuk mentadbir sendiri proses penilaian

    dan saringan murid bermasalah pembelajaran atau murid berkeperluan khas. Hasilnya penulis

    menggunapakai instrumen pengesanan yang digunapakai oleh Program LINUS

    memandangkan item-item yang dinilai dalam instrumen ini mempunyai matlamat yang sama

    bagi tujuan pendidikan inklusif.

    Dapatan instrumen ini telah memberikan maklumat yang berharga kepada penulis untuk

    mengenali murid-murid di dalam kelasnya secara lebih efektif Hasil analisis data telah

    menunjukkan tidak terdapat murid yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan

    khas atau murid bermasalah dalam pembelajaran di dalam kelas yang diajarnya.

    Sungguhpun begitu, penulis mendapati terdapat murid-murid yang perlu diberikan perhatian

    semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid ini ada yang mempunyai

    masalah pendengaran , masalah penglihatan, masalah tingkah laku, masalah fokus, masalah

    membaca dan menulis serta menguasai nombor. Malalui dapatan ini penulis akan dapat

    membina satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih adil, kreatif dan efektif.

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    6/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    6

    2.3 Dapatan Ilmu Pengetahuan

    Tugasan ini telah menambah ilmu pengetahuan penulis dalam bidang pedagogi dan psikologi

    terutamanya dalam bidang pendidikan khas dan murid bermasalah dalam pembelajaran.

    Kejayaan seorang guru dalam mentadbir dan melaksanakan proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam sesuatu kelas banyak dipengaruhi oleh faktor latar belakang murid.

    Guru yang memahami latar belakang murid yang diajarnya akan dapat merancang strategi,

    teknik, pendekatan, aktiviti dan bahan yang efektif dalam menarik minat, kefahaman dan

    penglibatan murid secara aktif.

    Guru yang mengenali anak muridnya juga akan menyediakan bahan dan strategi pengajaran

    yang berbeza dan menarik. Melalui Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam

    pembelajaran, guru bukan sahaja akan dapat mengesan murid berkeperluan khas tetapi juga

    dapat mengesan kelemahan dan kekuatan murid-murid di dalam kelasnya.

    Mengenali latar belakang dan ciri murid secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan

    guru dalam bidang psikologi. Guru perlu memahami keperluan dan kehendak murid berdasarkan keoada prinsip psikologi. Contohnya, murid yang mudah hilang fokus secara

    psikologinya adalah murid yang mudah bosan dengan dengan corak pengajaran guru. Dengan

    ini, guru perlu merancang aktiviti yang boleh menarik minat murid terbabit.

    Selain itu, melalui tugasan ini juga penulis mendapat pengetahuan bagaimana membuat

    tindakan susulan sekiranya terdapat murid bermasalah dalam pembelajaran atau mempunyai

    ciri-ciri murid berkeperluan khas di dalam kelas. Melalui carta aliran tindakan, guru secara

    tidak langsung mempunyai pengetahuan yang jelas terhadap tindakan yang perlu diambil.

    Tugasan ini juga telah menambah pengetahuan penulis terhadap perbezaan antara pendidikan

    khas dengan pendidikan inklusif terutama dari sudut ciri-ciri murid yang perlu ditempatkan di

    sekolah pendidikan khas ataupun sekolah integrasi atau pendidikan inklusif. Sebelum ini,

    penulis sering beranggapan bahawa kesemua murid kurang upaya perlu mendapatkan

    pendidikan di sekolah pendidikan khas sedangkan murid-murid yang hiperaktif dan murid-

    murid yang cacat anggota boleh di tempatkan di kelas-kelas integrasi di sekolah-sekolah

    tertentu. Di samping itu juga, guru di sekolah harian biasa juga boleh melaksanakan

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    7/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    7

    pengajaran dan pembelajaran terhadap murid berkeperluan khas asalkan guru tersebut

    mempunyai pengetahuan dan kemahiran.

    2.4 Tahap Kesediaan Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang

    Membantu Murid Berkeperluan Khas Melalui Program Pendidikan Inklusif

    Sebelum mengikuti kursus ini, penulis tidak mempunyai pengetahuan yang banyak terhadap

    program Pendidikan Inklusif malah penulis tidak mengetahui wujudnya program ini di

    sekolah. Selain daripada itu, penulis juga tidak mengetahui ciri-ciri yang bagaimana dapat

    menentukan murid berkeperluan khas. Selama ini penulis hanya mengkategorikan murid di

    dalam kelas kepada tiga kelompok iaitu murid berpencapaian tinggi, murid berpencapaian

    sederhana dan murid berpencapaian rendah. Pengetahuan ini juga turut dipengaruhi oleh

    tindakan pihak sekolah menempatkan murid mengikut pencapaian di dalam sesiatu kelas.

    Pengetahuan ini secara tidak langsung menyebabkan murid-murid berkeperluan khas tidak

    mendapat pendidikan yang sewajarnya.

    Dengan adanya kursus ini, penulis telah mandapat gambaran yang jelas tentang Program

    Pendidikan Inklusif. Penulis juga telah dapat membina pengetahuan dan kemahiran dalam

    menentukan murid-murid normal dengan murid-murid berkeperluan khas. Penulis juga secara

    tidak langsung mendalami kehendak, cara dan pedagogi murid-murid berkeperluan khas.

    Hasil pengetahuan dan kemahiran ini, penulis cukup berkeyakinan untuk terlibat dalam

    Program Pendidikan Inklusif. Penulis yakin akan berupaya untuk merancang dan mentadbir

    proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu murid-murid berkeperluan khas

    menguasai ilmu dan kemahiran yang sepatutnya.

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    8/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    8

    3. PENUTUP

    Sesuungguhnya tugasan ini saya ibaratkan seperti sistem elektrik dalam sesebuah rumah yang

    siap dibina. Melalui sistem elektrik ini keceriaan dan kehebatan sesebuah rumah dapat

    ditonjolkan. Begitu juga halnya dengan tugasan ini, dengan adanya tugasan ini, ilmu

    keguruan yang saya telah saya peroleh dan praktikkan selama puluhan tahun kini bertambah

    kukuh dan hebat. Kalau selama ini, ilmu keguruan yang saya miliki dicurah hanya berguna

    kepada murid-murid yang normal tetapi kini saya yakin ianya juga akan berguna kepada

    kanak-kanak berkeperluan khas. Kalau sema ini juga saya merasakan semua murid di dalam

    kelas harus dapat menerima teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang saya

    laksanakan tetapi kini saya yakin strategi dan teknik itu harus menunaikan hak pendidikan

    murid berkeperluan khas.

    Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-

    masing. Sebagai seorang guru, kelebihan dan kelemahan itu perlu diolah dengan bijak untukmembentuk insan yang berilmu dan berkemahiran. Kanak-kana berkeperluan khas juga perlu

    menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan. Tanpa ilmu dan kemahiran mereka akan

    mudah tergugat dan menerima risiko cabaran. Oleh sebab itu, guru yang ada pada hari ini,

    perlu mengenalpasti murid-murid berkeperluan khas dan menyediakan teknik dan strategi

    pengajaran dan pembelajaran yang berupaya membantu mereka menguasai ilmu dan

    kemahiran.

    Program Pendidikan Inklusif adalah satu wadah yang murni dalam memastikan gologan

    berkeperluan khas dapat menikmati kehidupan masa depan yang gemilang. Ketika negara

    mengecapi negara maju menjelang tahun 2020, golongan ini sepatutnya bukan menjadi beban

    yang perlu dibantu tetapi golongan ini seharusnya menjadi penyumbang tenaga dan fikiran

    dalam membina tamadun bangsa yang lebih gemilang.

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    9/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    9

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Rahim Selamat ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif .Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi

    Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol.24. No. 1 (pp. 3-6)

    Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran

    Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011 ). Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar)

    Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education..

    Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students withdisabilities : On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA:Corwin Press.

    Garguilo, R.M ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society . ( 2nd Ed ). USA :Thomson Wadsworth .

    Hardman, Drew & Egan (2005). Human exceptionality : school, community, and family.Boston, Pearson/Allyn and Bacon.

    Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya.Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula BeachResort,Terengganu.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan

    Khas (Masalah Penguasaan 3M) . Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas.http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu-isu-pendidikan-khas.html

    Kirk, S.A. et al, Educating Exceptional Children (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D.(1998). Issues and practices in speacial education.

    Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasionaluntuk Pelajar Berkeperluan Khas . Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

    Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak- kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa . Jurnal Pendidikan 33, 19-33.

    Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khasdan Pelajaran Normal . Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

  • 8/10/2019 Templet Hbef3503 t1a4-Faudzi

    10/10

    HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

    10

    Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia . Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian PelajaranMalaysia.

    Sabilah Binti Wahab. 2006 . Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah PembelajaranTerhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor

    Baru . Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

    Slavin, R.E. (2005). Educational Psychology : Theory into Practice. EnglewoodCliff:Prentice Hall Ltd

    Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review . The Elementary School

    Journal, 83(4), 427 452.

    Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402 406.

    Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

    RUJUKAN WEB

    http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan%20.pdf

    http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-

    berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.html

    http://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK %203073.pdf

    http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%

    20murid%20OKU%20LINUS.pdf

    http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-

    PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf

    http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan%20.pdfhttp://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan%20.pdfhttp://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan%20.pdfhttp://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.htmlhttp://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.htmlhttp://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.htmlhttp://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK%203073.pdfhttp://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK%203073.pdfhttp://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK%203073.pdfhttp://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%20murid%20OKU%20LINUS.pdfhttp://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%20murid%20OKU%20LINUS.pdfhttp://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%20murid%20OKU%20LINUS.pdfhttp://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdfhttp://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdfhttp://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdfhttp://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdfhttp://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdfhttp://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%20murid%20OKU%20LINUS.pdfhttp://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos%20murid%20OKU%20LINUS.pdfhttp://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK%203073.pdfhttp://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK%203073.pdfhttp://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.htmlhttp://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.htmlhttp://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan%20.pdfhttp://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan%20.pdf