Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

11
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SEPTEMBER 2013 HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A4) SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS ) NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN MOHAMAD SALEH NO. MATRIKULASI : 731208125515001 NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515 NO. TELEFON : 0138927731 E-MAIL : [email protected]

Transcript of Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

Page 1: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SEPTEMBER 2013

HBEF 3503

PENDIDIKAN INKLUSIF (T1A4)

SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG SAINS ( SMP KHAS )

NAMA PELAJAR : MOHAMAD FAUDZI BIN

MOHAMAD SALEH

NO. MATRIKULASI : 731208125515001

NO. KAD PENGENALAN : 731208-12-5515

NO. TELEFON : 0138927731

E-MAIL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM, TAWAU

Page 2: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S

1.0 PENGENALAN 3

2.0 REFLEKSI TUGASAN HBEF3503 4

2.1 Pengalaman Mengumpul Maklumat 4

2.2 Dapatan Maklumat 5

2.3 Dapatan Ilmu Pengetahuan 6

2.4 Tahap Kesediaan Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Membantu Murid Berkeperluan Khas Melalui Program Pendidikan Inklusif

7

3.0 PENUTUP 8

BIBLIOGRAFI 9

2

Page 3: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

1.0 PENGENALAN

Tugasan HBEF 3503 merupakan satu tugasan yang mengupas dengan lebih lanjut tentang

pendidikan inklusif di Malaysia. Tugasan ini telah banyak membantu penulis memahami dan

menghargai betapa pentingnya pendidikan inklusif dalam memperkukuhkan matlamat Dasar

Pendidikan Negara.

Tidak semua murid yang belajar di dalam satu kelas pembelajaran mempunyai kebolehan dan

keupayaan yang sama. Menurut Slavin (2005) pula, kepelbagaian pelajar terdapat dalam

tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas

sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Oleh sebab itu, pasti terdapat murid yang

lembab, lemah, nakal, sukar dikawal dan bermasalah di dalam sesebuah kelas pembelajaran

Selama ini, kebanyakkan guru melabel murid sebegini sebagai murid lembam dan murid

bermasalah. Akibatnya murid-murid ini terus tercicir dari proses pembelajaran dan

pengajaran yang dilakukan oleh guru. Akibatnya, malamat atau dasar pendidikan negara yang

mengutamakan pendidikan untuk semua talah gagal untuk diterjemahkan.

Semasa menuntut di maktab perguruan, penulis telah dibekalkan dengan ilmu pedagogi dan

psikologi pendidikan. Namun begitu, penulis tidak berpeluang untuk mempelajari ilmu

pedagogi dan psikologi yang berkaitan dengan murid-murid berkeperluan khas dan

bermasalah dalam pembelajaran. Keadaan ini disebabkan guru pelatih hanya didedahkan

dengan ilmu pedagogi dan psikologi dalam bidang masing-masing. Melalui kursus ini penulis

dapat menambahkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pendidikan kanak-kanak

berkeperluan khas dan bermasalah dalam pembelajaran.

3

Page 4: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Berdasarkan pngetahuan dan kemahiran baru yang diperoleh ini, maka penulisan seterusnya

ini akan mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai pengalaman penulis dalam menyiapkan

tugasan, dapatan maklumat hasil tugasan, ilmu dan pengetahuan yang diperoleh serta tahap

keyakinan penulis terhadap keupayaan diri untuk melaksanan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti untuk membantu murid-murid berkeperluan khas atau

bermasalah dalam pembelajaran.

2.0 REFLEKSI TUGASAN HBEF3503

Seperti yang dikatakan sebelum ini, tugasan ini telah memberikan pengalaman, pengetahuan

dan kemahiran dalam soal proses pengajaran dan pembelajaran terhadap murid-murid

berkeperluan khas atau murid-murid bermasalah dalam pembelajaran. Selain itu juga, tugasan

ini telah memberi peluang kepada penulis mengumpul maklumat berkaitan murid-murid di

dalam kelas pembelajaran yang diuji melalui Instrumen Pegesanan Murid Bermasalah Dalam

Pembelajaran.

2.1 Pengalaman Mengumpul Maklumat

Walaupun pendidikan inklusif bukan sesuatu yang baru dalam dunia pendidikan negara,

namun kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap mengenai sejarah, dasar,

garis panduan perlaksanaan, instrumen pengesanan untuk saringan dan pelaporan tetap

berlaku. Penulis telah cuba untuk mendapatkan malumat dari laman web, buku, surat khabar

dan sebagainya. Sungguhpun begitu penulis tidak memperoleh maklumat lengkap mengenai

instrumen untuk tujuan saringan.

4

Page 5: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Oleh sebab itu penulis terpaksa merujuk instrumen yang digunakan dalam program LINUS

sebagai asas. Penulis juga gagal untuk memperoleh bentuk atau format laporan yang

mnenjurus kepada hasil proses saringan. Sebagai altenatif penulis terpaksa membina sendiri

borang pelaporan dan membina format laporan. Penulis berharap format laporan ini mencapai

matlamat proses saringan yang dilakukan.

2.2 Dapatan Maklumat

Tugasan ini telah membuka ruang kepada penulis untuk mentadbir sendiri proses penilaian

dan saringan murid bermasalah pembelajaran atau murid berkeperluan khas. Hasilnya penulis

menggunapakai instrumen pengesanan yang digunapakai oleh Program LINUS

memandangkan item-item yang dinilai dalam instrumen ini mempunyai matlamat yang sama

bagi tujuan pendidikan inklusif.

Dapatan instrumen ini telah memberikan maklumat yang berharga kepada penulis untuk

mengenali murid-murid di dalam kelasnya secara lebih efektif Hasil analisis data telah

menunjukkan tidak terdapat murid yang boleh dikategorikan sebagai murid berkeperluan

khas atau murid bermasalah dalam pembelajaran di dalam kelas yang diajarnya.

Sungguhpun begitu, penulis mendapati terdapat murid-murid yang perlu diberikan perhatian

semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana murid-murid ini ada yang mempunyai

masalah pendengaran , masalah penglihatan, masalah tingkah laku, masalah fokus, masalah

membaca dan menulis serta menguasai nombor. Malalui dapatan ini penulis akan dapat

membina satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih adil, kreatif dan efektif.

5

Page 6: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

2.3 Dapatan Ilmu Pengetahuan

Tugasan ini telah menambah ilmu pengetahuan penulis dalam bidang pedagogi dan psikologi

terutamanya dalam bidang pendidikan khas dan murid bermasalah dalam pembelajaran.

Kejayaan seorang guru dalam mentadbir dan melaksanakan proses pengajaran dan

pembelajaran dalam sesuatu kelas banyak dipengaruhi oleh faktor latar belakang murid.

Guru yang memahami latar belakang murid yang diajarnya akan dapat merancang strategi,

teknik, pendekatan, aktiviti dan bahan yang efektif dalam menarik minat, kefahaman dan

penglibatan murid secara aktif.

Guru yang mengenali anak muridnya juga akan menyediakan bahan dan strategi pengajaran

yang berbeza dan menarik. Melalui Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam

pembelajaran, guru bukan sahaja akan dapat mengesan murid berkeperluan khas tetapi juga

dapat mengesan kelemahan dan kekuatan murid-murid di dalam kelasnya.

Mengenali latar belakang dan ciri murid secara tidak langsung meningkatkan pengetahuan

guru dalam bidang psikologi. Guru perlu memahami keperluan dan kehendak murid

berdasarkan keoada prinsip psikologi. Contohnya, murid yang mudah hilang fokus secara

psikologinya adalah murid yang mudah bosan dengan dengan corak pengajaran guru. Dengan

ini, guru perlu merancang aktiviti yang boleh menarik minat murid terbabit.

Selain itu, melalui tugasan ini juga penulis mendapat pengetahuan bagaimana membuat

tindakan susulan sekiranya terdapat murid bermasalah dalam pembelajaran atau mempunyai

ciri-ciri murid berkeperluan khas di dalam kelas. Melalui carta aliran tindakan, guru secara

tidak langsung mempunyai pengetahuan yang jelas terhadap tindakan yang perlu diambil.

Tugasan ini juga telah menambah pengetahuan penulis terhadap perbezaan antara pendidikan

khas dengan pendidikan inklusif terutama dari sudut ciri-ciri murid yang perlu ditempatkan di

sekolah pendidikan khas ataupun sekolah integrasi atau pendidikan inklusif. Sebelum ini,

penulis sering beranggapan bahawa kesemua murid kurang upaya perlu mendapatkan

pendidikan di sekolah pendidikan khas sedangkan murid-murid yang hiperaktif dan murid-

murid yang cacat anggota boleh di tempatkan di kelas-kelas integrasi di sekolah-sekolah

tertentu. Di samping itu juga, guru di sekolah harian biasa juga boleh melaksanakan

6

Page 7: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

pengajaran dan pembelajaran terhadap murid berkeperluan khas asalkan guru tersebut

mempunyai pengetahuan dan kemahiran.

2.4 Tahap Kesediaan Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Yang

Membantu Murid Berkeperluan Khas Melalui Program Pendidikan Inklusif

Sebelum mengikuti kursus ini, penulis tidak mempunyai pengetahuan yang banyak terhadap

program Pendidikan Inklusif malah penulis tidak mengetahui wujudnya program ini di

sekolah. Selain daripada itu, penulis juga tidak mengetahui ciri-ciri yang bagaimana dapat

menentukan murid berkeperluan khas. Selama ini penulis hanya mengkategorikan murid di

dalam kelas kepada tiga kelompok iaitu murid berpencapaian tinggi, murid berpencapaian

sederhana dan murid berpencapaian rendah. Pengetahuan ini juga turut dipengaruhi oleh

tindakan pihak sekolah menempatkan murid mengikut pencapaian di dalam sesiatu kelas.

Pengetahuan ini secara tidak langsung menyebabkan murid-murid berkeperluan khas tidak

mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Dengan adanya kursus ini, penulis telah mandapat gambaran yang jelas tentang Program

Pendidikan Inklusif. Penulis juga telah dapat membina pengetahuan dan kemahiran dalam

menentukan murid-murid normal dengan murid-murid berkeperluan khas. Penulis juga secara

tidak langsung mendalami kehendak, cara dan pedagogi murid-murid berkeperluan khas.

Hasil pengetahuan dan kemahiran ini, penulis cukup berkeyakinan untuk terlibat dalam

Program Pendidikan Inklusif. Penulis yakin akan berupaya untuk merancang dan mentadbir

proses pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu murid-murid berkeperluan khas

menguasai ilmu dan kemahiran yang sepatutnya.

7

Page 8: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

3. PENUTUP

Sesuungguhnya tugasan ini saya ibaratkan seperti sistem elektrik dalam sesebuah rumah yang

siap dibina. Melalui sistem elektrik ini keceriaan dan kehebatan sesebuah rumah dapat

ditonjolkan. Begitu juga halnya dengan tugasan ini, dengan adanya tugasan ini, ilmu

keguruan yang saya telah saya peroleh dan praktikkan selama puluhan tahun kini bertambah

kukuh dan hebat. Kalau selama ini, ilmu keguruan yang saya miliki dicurah hanya berguna

kepada murid-murid yang normal tetapi kini saya yakin ianya juga akan berguna kepada

kanak-kanak berkeperluan khas. Kalau sema ini juga saya merasakan semua murid di dalam

kelas harus dapat menerima teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang saya

laksanakan tetapi kini saya yakin strategi dan teknik itu harus menunaikan hak pendidikan

murid berkeperluan khas.

Setiap insan yang dilahirkan di dunia ini mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-

masing. Sebagai seorang guru, kelebihan dan kelemahan itu perlu diolah dengan bijak untuk

membentuk insan yang berilmu dan berkemahiran. Kanak-kana berkeperluan khas juga perlu

menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan. Tanpa ilmu dan kemahiran mereka akan

mudah tergugat dan menerima risiko cabaran. Oleh sebab itu, guru yang ada pada hari ini,

perlu mengenalpasti murid-murid berkeperluan khas dan menyediakan teknik dan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang berupaya membantu mereka menguasai ilmu dan

kemahiran.

Program Pendidikan Inklusif adalah satu wadah yang murni dalam memastikan gologan

berkeperluan khas dapat menikmati kehidupan masa depan yang gemilang. Ketika negara

mengecapi negara maju menjelang tahun 2020, golongan ini sepatutnya bukan menjadi beban

yang perlu dibantu tetapi golongan ini seharusnya menjadi penyumbang tenaga dan fikiran

dalam membina tamadun bangsa yang lebih gemilang.

8

Page 9: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahim Selamat ( 1994 ). Strategi-strategi bagi pelaksanaan Pendidikan Inklusif. Bengkel Kebangsaan Pertama Pendidikan Inklusif. Seaview Hotel Langkawi

Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6)

Bahagian Pendidikan Khas ,Kementerian Pelajaran Malaysia (April 2011). Manual Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah dalam Pembelajaran

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia ( April 2011). Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajaran (LINUS Tegar)

Culatta, R.A. & Tompkins, JR(1999)...Fundamentals of Special Education..

Elliot, J. L., & Thurlow, M. L. (2006). Improving test performance of students with disabilities: On district and state assessments (2nd ed.). Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Garguilo, R.M ( 2006 ). Special Education In Contemparary Society. ( 2nd Ed ). USA : Thomson Wadsworth .

Hardman, Drew & Egan (2005). Human exceptionality: school, community, and family. Boston, Pearson/Allyn and Bacon.

Kamariah Jalil. (1995). Ke arah Peluang Yang Sama Dan Penyertaaan Sepenuhnya. Kertas Kerja Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua. Primula Beach Resort,Terengganu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas (Masalah Penguasaan 3M). Kuala Lumpur : Jabatan Pendidikan Khas.http://ceritarasahati2.blogspot.com/2008/11/isu-isu-pendidikan-khas.html

Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May, D. (1998). Issues and practices in speacial education.

Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa (2009). Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.

Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali (2008). Amalan Program Intervensi Awal Kanak- kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.

9

Page 10: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya (2006). Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Slavin, R.E. (2005). Educational Psychology: Theory into Practice. Englewood Cliff:Prentice Hall Ltd

Purkey, S., & Smith, M. (1983). Effective school: A review. The Elementary School Journal, 83(4), 427–452.

Zainudin Mohd. Isa. (2004). Peranan masyarakat dalam mempertingkatkan kerjaya golongan berkeperluan khas. Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas, 2, 402–406.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas Bermasalah Pembelajaran di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Tesis Masters yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

RUJUKAN WEB

http://jpn.moe.gov.my/jpnperlis/v2/images/stories/download/spspk/instrumen%20pengesanan%20.pdf

http://pendidikankhasbtgpdg.weebly.com/1/post/2011/05/ujian-instrumenkanak_kanak-

berkeperluan-khas-pend-khas-pemulihan.html

http://share.pdfonline.com/e5775a54f59248cf8b84962599a9c91e/TUGASAN%201%20KBK%203073.pdf

http://www.ppdks.gov.my/v1/attachments/article/693/panduan%20pelaksanaan%20diagnos

%20murid%20OKU%20LINUS.pdf

10

Page 11: Templet hbef3503 t1 a4 faudzi

HBEF 3503 : PENDIDIKAN INKLUSIF

http://www.remedialclass.net/wp-content/uploads/2012/10/2.-MANUAL-INSTRUMEN-

PENGESANAN-_IPMBDP_-8-APRIL-20111.pdf

11