Tel /Fax 07-222 8591 2.5% Islam Negeri Johor. Sisipan BI ... · buletinAl-Infaq 4 SIDANG Pengarang...
Transcript of Tel /Fax 07-222 8591 2.5% Islam Negeri Johor. Sisipan BI ... · buletinAl-Infaq 4 SIDANG Pengarang...
4buletinAl-Infaq
SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber
berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya
membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di mana sahaja. Anda boleh
menghubungi kami melalui: Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan
Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tel /Fax 07-222 8591
Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan sebulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian
Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan
dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 6 bulan sekali.
Nota ✍
2.5% ANDA KAMI AGIH
ASNAF YANGLAYAKKEPADA
Zakat kita bahagiakan mereka
Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2941 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected]
INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)
PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)
Dari Jarir bin Abdullah r.a. katanya Rasulullah
SAW, bersabda: “Apabila Amil Zakat
mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka
hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”
-Hadis Sahih Muslim-
Zakat kita bahagiakan mereka
Pihak zakat kena selidik dulusebelum nak bagi bantuan
PASAL APA?PELBAGAI BANTUAN NAK DISALURKAN TU
BOLEH MENCECAH RIBUAN RINGGIT SEBULAN BAGI SEKELUARGA
iaitu ikuti kiraan had kifayah
NAK TAHU
RUJUK ZAKAT
07- 224 3918
MAJLISAGAMA ISLAM JOHOR
mainj_official
NAK TENTUKANkelayakan tu adaINDIKATORNYA
HAD KIFAYAH?
NEGERI SEGERA
ZAKATKIFAYAH
HAD
Zakat itu KewajipanSedekah Menyempurnakan
Wakaf Abadikan Kebaikan
mainj_official
www.maij.gov.my
MAJLIS AGAMAISLAM JOHOR
buletin
Al-InfaqBil.16
Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor
✍
Okt 2017/1439H(sisipan Buletin Majlis)
Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih
1buletinAl-Infaq
“HULURKAN TANGAN,
PENGHIDAP AUTISME
MINDA PENGARANG
MENYINGKAP sejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah
meninggalkan negara dan keluarga tersayang. Allah SWT berfirman: “Iaitu mereka yang diusir dari kampung dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, mereka diusir semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan kami ialah Allah,” (Surah al-Hajj : 40).
RM 14,793.82* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar
minima yang ditetapkan oleh syarak bagi
sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA
DA
R N
ISA
B Z
AK
AT:
Penghijrahan baginda bukan setakat berpindah tempat tetapi menghijrahkan umat yang lemah kepada kuat, tertindas kepada bergerak cergas, melarat kepada berdaulat dan dakwah dalam lingkungan terbatas kepada seluruh masyarakat. Titik permulaan hijrah dan pembinaan negara menjadi tanda aras kebangkitan Islam yang seterusnya tersebar ke seluruh dunia. Hijrah dan pembinaan negara merupakan dua perkara saling berkait rapat antara satu sama lain. Peristiwa hijrah merakamkan pembinaan sebuah negara. Pembinaan negara Madinah bukan secara kekerasan dan penaklukan. Baginda SAW mendirikan
masyarakat baharu dalam negara yang aman, penjenamaan terhadap negeri yang menjadi asas pembentukan negara iaitu Yathrib kepada al-Madinah al-Munawwarah. Rasulullah SAW bersabda, “Aku diperintahkan untuk berhijrah ke sebuah kota yang akan mengalahkan kota-kota lain. Kota itu disebut Yathrib. Itulah Madinah. Kota itulah yang akan membersihkan manusia (daripada segala keburukan dan kemusyrikan) sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran besi,” Riwayat Bukhari.
- SOPIAN ABD LATIP
“BERBAHAGI ITU INDAH”
JOHOR BAHRU: Tiada siapa yang meminta untuk
lahir dalam keadaan serba kekurangan. Semua ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata mengharapkan anak-anak yang comel dan sihat. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terpanggil untuk menyalurkan sumbangan bantuan kewangan bulanan kepada Pusat Jagaan Nurkidz Children Therapy Centre yang disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf, Ustaz Haji Yosree Ikhsan. Beliau berkata, ramai ibu bapa yang kurang mengetahui apakah sebenarnya “Autisme”. Apakah simptom-simptom bagi anak-anak yang menghidap Autisme? Apakah cara untuk mengubatinya? Bagaimana terjadinya Autisme? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul tentang penyakit. Sebagai ibu bapa, kita seharusnya sentiasa peka dengan perkembangan anak-anak.,” katanya.
“SUMBANGAN RM400.00 SECARA BULANAN KEPADA
SETIAP ANAK-ANAK AUTISTIK”.
bapa untuk memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak autistik melalui terapi berterusan. “Ramai di kalangan ibu bapa yang mempunyai anak autistik tetapi tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke pusat jagaan
bagi mendapatkan terapi yang sepatutnya. “Kita harapkan bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memiliki pusat jagaan seperti ini yang sangat berguna untuk mendidik anak-anak istimewa,” katanya lagi.
MAINJ melalui dana Baitulmal menyalurkan sumbangan RM400.00 secara bulanan kepada setiap anak-anak autistik yang menjalani terapi di pusat ini bagi tujuan melicinkan operasi pusat jagaan yang mula ditubuhkan pada 2013. Ustaz Yosree berkata MAINJ sentiasa prihatin terhadap keperluan ibu
RINGANKAN BEBAN
Rakyat teruja berjumpaKELUARGA DIRAJA JOHOR
KOTA TINGGI - “Saya tak sangka terpilih hari ini. Ini saya ibaratkan hadiah Keluarga Diraja yang saya akan ingat hingga ke akhir hayat.” Demikian kata pekerja pertukangan, Abu Shan Ibrahim, 46, yang menerima bantuan sara hidup daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ). Bantuan disampaikan sendiri Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah kepada
lebih 10 penerima bantuan MAINJ. Abu Shan berkata, walaupun bantuan sara hidup itu diterimanya setiap bulan hari ini amat bermakna buatnya kerana terpilih menerima sendiri daripada Permaisuri Johor. “Memang saya berbangga dan berbesar hati dan bantuan sara hidup ini dapat saya menyara keluarga iaitu enam anak dan isteri saya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Majlis diadakan pada perhentian ketiga hari pertama jelajah
Kembara Mahkota Johor ke-20 (KMJ) iaitu di Titian Laksamana di sini, yang turut dihadiri lebih 1,000 rakyat daerah ini. Sementara itu, walaupun berkerusi roda ia tidak menghalang ibu tunggal, Kamariah Mohd Salleh, 48, untuk hadir menerima bantuan dan bagi bertemu dengan keluarga diraja Johor. “Sakit-sakit pun saya gagahkan juga untuk ambil peluang bertemu
2buletinAl-Infaq
bertentang mata keluarga Diraja Johor pada acara Kembara Mahkota Johor kali ini,” katanya yang kini menyara lapan anak.Selepas Titian Laksamana, rombongan KMJ 2017 diteruskan ke FELCRA Sungai Ara di sini, sebelum ke Dewan Serbaguna Kampung Baru, Jemaluang dan lokasi terakhir hari pertama di Dataran Kembara, Kampung Sri Lalang, Mersing.
TERIMA KASIH MAINJ... Penerima bantuan sara hidup MAINJ, Abu Shan Ibrahim.
Warna-warniKMJ 2017
TERIMA KASIH... Serahan bantuan kebakaran kepada Imam Surau Kampung Temehel, Yong Peng, Suparman Kasan. Agihan MAINJ disampaikan oleh Penolong Akauntan MAINJ Batu Pahat, Mohd Yusman Shaari.
SIMPATI... Amin Baitulmal daerah Tangkak, As Sheikh Haji Mohd Nasri Rahman menyampaikan sumbangan segera dan akan disusuli dengan bantuan sara hidup bulanan kepada Nor Ashikin Ikhsan kehilangan tempat bergantung.
ZIARAH... Pegawai MAINJ menyerahkan sumbangan fidyah kepada Azharuddin Md Yusoff yang terlantar akibat ketumbuhan otak, Semoga Sumbangan ini dapat meringankan beban sekeluarga.
AGIHAN bantuan untuk pesakit
yang memerlukan keperluan
perubatan dan peralatan khas
oleh Pegawai MAINJ, Nasir Ishak
di Johor Bahru.
JOHOR BAHRU - Kira-kira 1,500 pengunjung memeriahkan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar Johor, baru-baru ini. Sambutan bertemakan ‘“Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” itu dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormat pasukan Briged Ansar Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, Y.B. Tuan Haji Abd. Mutalip Abd. Rahim dan
diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azmi Rohani. Pada majlis tersebut menyaksikan Bekas Timbalan Mufti negeri, Dato’ Sha’ri @ Sangari Abdullah dipilih sebagai tokoh Maal Hijrah 1439. Penganugerahan itu menyaksikan Sha’ri membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000, plak Anugerah Maal Hijrah, sijil dan hadiah iringan berupa penghawa dingin mudah alih dan sepersalinan pakaian. Turut menerima penghargaan Hazrul Ma’in
Briged Ansar
Abdullah dari Kluang menerima Anugerah Maal Hijrah Saudara Kita Lelaki manakala bagi kategori wanita disandang Nur Hanisah Sarjit Abdullah dari Kota Tinggi. Bagi Anugerah Maal Hijrah Orang Asli dianugerahkan kepada Rahim
Haron dari Batu Pahat. Ketiga-tiga penerima berkenaan menerima hadiah wang tunai RM5,000, plak Anugerah Maal Hijrah, sijil penghargaan dan hadiah iringan berupa ketuhar elektrik dan sepersalinan pakaian.
MERIAHKAN SAMBUTANMAAL HIJRAH PERINGKAT NEGERI JOHOR
Sekitaragihan zakat
3buletinAl-Infaq