TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD...
Transcript of TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD … · TEKS UCAPAN . YANG BERBAHAGIA TAN SRI . MOHAMAD...
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
PEMBUKAAN PROGRAM HRMIS USER
GROUP SUMMIT (HUGS) 2014
29 SEPTEMBER 2014, 11.30 PAGI
HOTEL EQUATORIAL,MELAKA
2
SALUTATIONS
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat
ALLAH SWT kerana dengan limpahan
rahmat dan kurniaNya dapat kita
berhimpun pada hari ini di Negeri
Melaka, Bandaraya Bersejarah sempena
program HRMIS User Group Summit
(HUGS) 2014. Saya ingin mengambil
kesempatan di sini untuk merakamkan
ucapan tahniah kepada urus setia dan
semua pihak yang terlibat atas
kerjasama dan komitmen tinggi yang
diberikan dalam menjayakan
penganjuran program ini.
3
2. ICT telah memperkasakan dan
mengubah kehidupan masyarakat
melalui penawaran pelbagai bentuk
penyelesaian kepada keperluan
masyarakat yang akhirnya membawa
kepada peningkatan kualiti hidup
rakyat. Di Malaysia, ICT bertindak
sebagai pemboleh upaya pembangunan
dan pertumbuhan ekonomi semenjak
sedekad yang lalu. ICT memberikan
penggandaan besar kepada ekonomi
negara kerana berpotensi menjadikan
rantaian bekalan lebih efisien,
mewujudkan lebih banyak rangkaian
kolaborasi, transaksi kewangan yang
lebih pantas, dan proses yang lebih
4
telus.
3. ICT juga telah memudahkan urusan
mengakses maklumat dengan tepat dan
cekap, menembus pasaran merentas
sempadan kedudukan geografi dan zon
masa selain daripada mengurangkan
jurang maklumat dan menjimatkan
masa dan kos. Dari sudut sosio-ekonomi
pula, ICT berupaya untuk menggalakkan
kerjasama dalam kalangan jaringan
sosial. Perkembangan ICT ini juga telah
mengubah keboleh capaian maklumat
Kerajaan oleh rakyat, bermula dengan
hanya berinteraksi melalui saluran
biasa seperti e-mel hinggalah kepada
5
pelbagai saluran media baharu seperti
Facebook, Flickr, Twitter.
4. Dalam konteks majlis kita pada
hari ini, untuk kita mengetahui
kedudukan kita dalam perkara
berkaitan dengan ICT, kita boleh
merujuk kepada beberapa laporan yang
dikeluarkan oleh badan antarabangsa
seperti The Global Information
Technology Report yang dikeluarkan
Forum Ekonomi Dunia (WEF).
5. Laporan ini menyediakan penilaian
yang komprehensif berhubung
kesediaan rangkaian atau networked
6
readiness dan melihat sejauh mana
sesebuah negara menggunapakai ICT
bagi meningkatkan ekonomi negara dan
kesejahteraan rakyat.
Hadirin dan hadirat yang saya kasihi
sekalian,
6. The Global Information Technology
Report 2014 telah menempatkan
Malaysia pada kedudukan yang ke-30
daripada 148 buah negara bagi
Networked Readiness Index 2014. Ini
merupakan satu lagi prestasi terbaik
yang dicatatkan oleh Malaysia bagi
tahun 2014.
7
7. Untuk makluman semua, sepuluh
aspek telah menjadi teras atau
indikator utama penilaian WEF bagi
indeks ini dan salah satu aspek
tersebut ialah Government Usage dalam
aspek ICT. Di bawah aspek Government
Usage ini, Malaysia dilaporkan berada
di kedudukan ke 9 daripada 148 buah
negara bagi penilaian ke atas kedua-
dua sub-indikator “The Importance of
ICTs to Government vision of the future”
dan “Government success in ICT
Promotion”.
8. Ini membuktikan bahawa
rancangan Kerajaan meningkatkan
8
penyampaian Perkhidmatan Awam
melalui penggunaan ICT dan usaha
mempromosi program-program ICT
Kerajaan tidak sia-sia malah telah
mendapat pengiktirafan dunia.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
9. Program HRMIS User Group
Summit atau HUGS yang diadakan pada
kali ini telah memasuki tahun kedua
penganjurannya setelah diperkenalkan
buat julung-julung kalinya tahun lalu.
Dengan tema “HRMIS CEKAP,
TRANSFORMASI MANTAP”, penganjuran
program HUGS pada tahun ini telah
dibawa pula ke Negeri Melaka, Melaka
9
Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar
Teknologi Hijau.
10. Program HUGS merupakan salah
satu inisiatif yang digariskan di bawah
Teras Strategik Kedua iaitu Merekayasa
Organisasi di bawah Kerangka
Transformasi Perkhidmatan Awam.
Hasrat utama penganjur agar kupasan
mendalam tema program HUGS pada
tahun ini akan membawa kita kepada
penemuan yang mengukuhkan lagi
kenyataan kita bahawa HRMIS mampu
bertindak sebagai sumber maklumat
utama Pengurusan Sumber Manusia di
Sektor Awam.
10
11. Konsep program HUGS ini
bertepatan dengan takrifan perkataan
HUGS itu sendiri yang bertujuan untuk
“merapatkan atau mendekatkan lagi
yang jauh”. Untuk makluman, program
ini dianjurkan bagi memenuhi 5 objektif
yang telah digariskan iaitu:
(i) Pertama: Meningkatkan
kefahaman dan kepentingan
pengurusan sumber manusia
berteraskan ICT dalam
sesebuah organisasi;
(ii) Kedua: Berkongsi pengalaman
pengurusan sumber manusia
11
antara sektor swasta dan
agensi Kerajaan;
(iii) Ketiga: Meningkatkan
kefahaman dan kepentingan
keselamatan data;
(iv) Keempat: Memberi penerangan
status terkini pembangunan
dan hala tuju sistem HRMIS
yang baharu; dan
(v) Kelima: Mempromosikan
HRMIS serta memupuk
persepsi positif pengguna
terhadap HRMIS.
12
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya
kasihi sekalian,
12. Pengurusan pentadbiran yang
cekap dan berkesan menjadi tunjang
utama dalam memastikankejayaan
pelaksanaan HRMIS. Kita semua sedia
maklum bahawa proses sumber
manusia yang dibangunkan dalam
modul HRMIS bersifat anjal demi
memastikan sistem ini sentiasa relevan
dan responsif mengikut kehendak
semasa.
13. Sistem HRMIS yang komprehensif
dan holistik, dimudahcarakan oleh
13
teknologi yang menggabungkan amalan
terbaik pengurusan sumber
manusiamerupakan faktor yang sangat
signifikan bagi meningkatkan
kecekapan pengurusan sumber manusia
dan kualiti penyampaian Perkhidmatan
Awam.
14.
15. HRMIS yang dirancang dan
dibangunkan semenjak lima belas tahun
lalu nyata sekali bukan sekadar
omongan kosong. Hakikatnya, hari ini
kita dapat melihat bagaimana HRMIS
berupaya mengumpul lebih daripada
1.53 juta rekod perjawatan sektor awam
yang melibatkan 734 buah agensi sektor
14
awam.
16. Pengurusan maklumat di peringkat
agensi pusat dapat bertindak secara
proaktif di mana semua agensi sektor
awam dapat menjalankan
pengemaskinian data secara
berterusan.
17. Hasilnya, semua urusan sumber
manusia sektor awam, bermula sejak
seseorang penjawat awam dilantik ke
Perkhidmatan Awam sehinggalah ke
saat penjawat awam itu bersara boleh
dilakukan dengan hanya satu klik
dengan menggunakan ketikan papan
15
kekunci secara atas talian melalui
aplikasi HRMIS.
18. Ini jelas menunjukkan betapa
mudahnya penggunaan aplikasi HRMIS
dalam melancarkan urusan sumber
manusia penjawat awam di Malaysia.
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
19. Saya ingin berkongsi dengan para
hadirin sekalian mengenai dapatan soal
selidik yang telah dijalankan oleh pihak
JPA di kalangan pengurus sumber
manusia, pengurus ICT dan pentadbir
HRMIS pada bulan Mei 2014 yang lalu.
16
Hasil soal selidik mendapati 84%
responden bersetuju bahawa HRMIS
telah menjadikan proses pengurusan
sumber manusia menjadi lebih mudah
dan lancar.
20. Ini jelas membuktikan lakaran
pemodenan yang dicetuskan oleh JPA
telah membawa sistem pengurusan
sumber manusia dalam Perkhidmatan
Awam ke tahap yang lebih
membanggakan. Melalui HRMIS,
Perkhidmatan Awam memiliki medium
pemangkin pengurusan yang membantu
menjayakan transformasi Perkhidmatan
Awam ke arah yang lebih cemerlang.
17
21. Bagi memastikan agenda
transformasi Sektor Awam
dilaksanakan dengan lebih giat dan
menyeluruh, kita sebagai penjawat
awam perlu bersikap proaktif, inovatif,
kreatif, sedia berubah dan bernilai
tambah.
22. Sesungguhnya, proses transformasi
pengurusan sumber manusia
menggunakan HRMIS memerlukan
usaha yang bukan sedikit malah harus
dilaksanakan secara berterusan bagi
memperoleh hasil yang kita harapkan.
Sokongan aplikasi teknologi maklumat
dan komunikasi yang terkini merentas
18
organisasi akan menjadi faktor utama
dalam menilai keupayaan Perkhidmatan
Awam selaras dengan tuntutan semasa.
23. Memetik ucapan YAB Perdana
Menteri sewaktu Majlis Perasmian
Inisiatif Pemerkasaan Komunikasi
Langkawi dan Karnival Jalur Lebar
1Malaysia di Langkawi pada 15
September 2014,
“In short, ICT is like an engine that
moves a vehicle, so we have to
continuously upgrade our ICT sector
so that it will accelerate our engine
(development) to reach our
19
destination, a developed nation
status.”
24. Justeru, HRMIS akan terus
diperkasakan dari aspek pengukuhan
sistem, capaian dan penerimaan bagi
memastikan pelaksanaan urusan
sumber manusia yang lebih pantas dan
berkesan bagi memangkin perjalanan
Malaysia menuju status negara maju
berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020.
Hadirin dan hadiran yang saya kasihi
sekalian,
20
25. Sektor awam juga perlu
menjayakan pelaksanaan konsep
Kerajaan saling berhubungan dipacu
oleh teknologi ICT sebagai pemboleh
daya strategik. Kerajaan saling
berhubungan adalah bercirikan capaian
mudah, perkhidmatan berinovasi,
interaksi dan koordinasi berkesan,
perkongsian maklumat yang
berintegriti, kecekapan operasi, dan
tadbir urus yang mantap.
26. Agenda ini perlu diterjemahkan
melalui perencanaan pelbagai dasar
dan program seperti perkhidmatan
merentasi agensi Kerajaan berteraskan
21
ICT. Dalam hal ini, program HUGS yang
sedang berjalan pada hari ini dan esok
merupakan satu refleksi perkembangan
HRMIS serta cabaran yang perlu
dihadapinya sejak semenjak awal
pelaksanaannya pada tahun 1999.
27. Dalam program kali ini, kita semua
akan didedahkan kepada amalan
terbaik dalam pengurusan sumber
manusia serta inovasi-inovasi pintar
yang terhasil dari pengalaman
mengendalikan HRMIS sepanjang 15
tahun ini. Selain daripada itu, HUGS
2014 juga akan membawakan isu terkini
dalam pengendalian maklumat-
22
maklumat penjawat awam yang
menyentuh dari aspek Keselamatan
Data Peribadi.
28. Dalam majlis ini juga, Anugerah
HRMIS yang julung-julung kalinya
diperkenalkan akan disampaikan
kepada 10 buah agensi kerajaan yang
telah mendapat purata markah tertinggi
dalam pelaksanaan KPI HRMIS 2013.
Mereka juga merupakan sebahagian
daripada 39 buah agensi yang telah
komited untuk melaksanakan KPI
HRMIS 2013 yang ditetapkan sehingga
berjaya mencapai tahap “Significantly
Exceed Target – ST”. Kejayaan dan
23
kesungguhan mereka ini seharusnya
dijadikan pembakar semangat kepada
semua agensi yang lain untuk
membuktikan keupayaan masing-
masing mencapai KPI HRMIS 2014 yang
akan datang.
29. Harapan saya kepada para peserta
HUGS 2014 agar mengambil
kesempatan dan menggunakan masa
dan peluang yang diberikan ini untuk
merebut sebanyak mungkin informasi
terkini daripada pembentang-
pembentang kertas kerja seperti HR
Systems & Consulting Sdn. Bhd.,
Jabatan Perlindungan Data Peribadi,
24
Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta
pegawai-pegawai JPA yang telah
dijemput khas untuk berkongsi
maklumat dan pengalaman mereka.
30. Sesungguhnya, perkongsian
budaya amalan kerja terbaik merupakan
salah satu prinsip dalam meningkatkan
prestasi penjawat awam Malaysia
seperti yang telah disarankan oleh YAB
Perdana Menteri dalam Majlis Sambutan
Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 yang
lalu.
25
Para hadirin yang saya kasihi sekalian,
31. HRMIS ini hanya merupakan satu
daripada beribu inisiatif yang kita
diwujudkan demi mempermudahkan
urusan kerja kita terutamanya dalam
pengurusan sumber manusia. Saya
berharap usaha sebegini akan terus
dipertingkatkan juga dalam bidang-
bidang lain. Pesanan saya buat semua
penjawat awam:
Andai bekerja sepenuh daya
Itulah jalan menuju jaya
26
Andai berusaha penuh percaya
Jalan yang gelap disuluh cahaya
Andai bekerja setulus niat
Akan dinilai sebagai ibadat
Andai pekerjaan kurang cermat
Akan tersasar dari matlamat
Andai hanya mengharap ganjaran
Tidak bermutu hasil keluaran
Andai segera baiki yang rosak
Banyak kerugian dapat dielak
27
Andai melepas batuk di tangga
Mutu kerja tidak terjaga
Andai ikut rasa yang malas
Di situ banyak peluang terlepas
Hadirin dan hadirat yang saya kasihi
sekalian,
32. Saya ingin mengambil kesempatan
ini untuk merakamkan penghargaan dan
terima kasih di atas komitmen dan
dedikasi para pembentang. Harapan
saya agar program ini berlangsung
sepertimana yang dihasratkan. Semoga
program HUGS ini berjaya menjadi
28
medan pertemuan yang terbaik buat
JPA dan semua Pengurus Sumber
Manusia dan Pentadbir HRMIS di setiap
Kementerian dan agensi.
33. Akhir kata, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas komitmen semua
pihak dalam menjayakan program HUGS
2014 ini.
Dengan lafaz kalimah mulia
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan
ini merasmikan “PROGRAM HRMIS
USER GROUP SUMMIT – HUGS 2014”.
29
Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Warabakatuh. Terima kasih.