TEKS UCAPAN - moe.gov.my · 1 teks ucapan yab tan sri dato’ haji muhyiddin bin haji mohd yassin...
-
Upload
truongcong -
Category
Documents
-
view
249 -
download
0
Transcript of TEKS UCAPAN - moe.gov.my · 1 teks ucapan yab tan sri dato’ haji muhyiddin bin haji mohd yassin...
1
TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN
MAJLIS ANUGERAH TAWARAN BAHARU KEPADA GURU BESAR 2014
12 MEI 2015
2
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Selamat Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh
Menteri Pendidikan 11
Yang Berhormat Datuk Mary Yap Kain Ching
Timbalan Menteri Pendidikan
Yang Berhormat P. Kamalanathan P Panchanathan
Timbalan Menteri Pendidikan II
Y. Bhg. Tan Sri Dr. Madinah binti Mohamad
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
Y. Bhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusuf
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia
3
Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran,
Barisan pengurusan tertinggi Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
Para penerima anugerah tawaran baharu, guru-guru
serta para hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian.
1. Alhamdulillah, dengan segala puji dan syukur kita
panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas
limpah kurnia dan inayah-Nya, dapat kita bertemu
sekali lagi dalam Majlis Anugerah Tawaran Baharu
Kepada Guru Besar bagi tahun 2014. Majlis kali
kelima ini bertujuan untuk meraikan guru besar
yang telah berjaya mencapai sasaran
4
kecemerlangan di bawah Bidang Keberhasilan
Utama Negara NKRA Pendidikan.
2. Saya amat berbesar hati kerana pada hari ini
saya sekali lagi berkesempatan untuk bersama-
sama dengan guru besar yang telah berjaya
membawa kejayaan kepada sekolah masing-
masing. Saya bersyukur walaupun didalam
keadaan ekonomi global yang tidak menentu,
kerajaan negara ini masih berupaya menepati
janji untuk memberi imbuhan kepada sekolah
seperti yang dinyatakan dalam Bidang
Keberhasilan Utama Negara khususnya sub
NKRA Pendidikan.
5
Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri /Dato’/Datin/Tuan/Puan,
3. Sama ada kita sedar atau tidak, Gelombang 1,
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2015 akan berakhir pada
penghujung tahun 2015 ini. Fokus pertama
Gelombang 1 PPPM adalah untuk mengukuhkan
asas dalam pendidikan dan lonjakan prestasi.
Sekiranya diimbas bagi Gelombang 1 bagi
2013, lima aspirasi sistem pendidikan Malaysia
telah menunjukkan pencapaian yang positif.
Bagi akses; enrolmen prasekolah telah
mencapai 81.7 peratus manakala pendidikan
vokasional mencapai 4.6 peratus. Bagi kualiti;
6
LINUS Bahasa Malaysia dan Numerasi murid
Tahun 3 mencapai 99 peratus manakala LINUS
Bahasa Inggeris Tahun 1 menunjukkan
peningkatan dari 50 peratus ke 63 peratus.
4. Bagi ekuiti; negeri Kedah dan Sabah mencapai
peningkatan tertinggi dalam UPSR, PMR dan
SPM. Selain itu, 9.6 peratus murid
berkeperluan khas belajar bersama-sama murid
sekolah arus perdana. Bagi perpaduan, RIMUP
dilaksanakan di 20 peratus sekolah rendah
manakala Indeks Perpaduan dalam kalangan
murid dan guru sedang dibangunkan. Akhirnya
bagi kecekapan; 251 jawatan kepimpinan
7
utama di JPN dan PPD telah diprofilkan. Selain
itu pembaikan kritikal selesai bagi 1,693 projek
sekolah. Susulan ini, saya yakin banyak lagi hasil
yang telah tercapai bagi tahun 2014 yang akan
diumumkan tidak lama lagi, inshaAllah.
Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri /Dato’/Datin/Tuan/Puan,
5. Guru Besar yang berjaya menerima Bayaran
Intensif Tawaran Baharu (BITB) ini adalah Guru
Besar yang semestinya mengamalkan
pendekatan transformational leadership.
Tranformasi melibatkan perubahan
fundemental iaitu cara organisasi
8
melaksanakan tugasnya dan karakter dalam
organisasi tersebut; dalam konteks ini
organisasi sekolah. Tuan puan diyakini telah
berjaya mengurus sekolah bagi mencapai ke
arah pembelajaran masa depan dan untuk
menjadikan yang mustahil kepada realiti
ataupun to make the impossible possible.
6. Dalam tempoh empat tahun pelaksanaan TBGB
bagi sekolah rendah, kerajaan telah
membelanjakan RM69.6juta sebagai insentif
kepada 2,014 orang guru besar, 59,166 orang
guru dan 7,886 orang anggota kumpulan
pelaksana. Pelbagai anugerah yang disediakan
9
oleh KPM seperti BITB ini yang disediakan
setiap tahun sewajarnya menggambarkan
adanya usaha yang bersungguh dalam kalangan
sekolah untuk mencapai kecemerlangan.
Namun, pada hakikatnya adakah sekolah kita
telah bersedia menghadapi cabaran dunia
pendidikan yang semakin rencam ini? Saya
penuh yakin kejayaan sesebuah sekolah bukan
setakat pencapaian akademik sahaja namun
kemenjadian murid yang menyeluruh yang
sepatutnya dilihat semula oleh sekolah. Saya
difahamkan KPM pada masa ini sedang
merangka indeks kemenjadian murid bagi
mengukur pencapaian enam ciri utama murid
10
dari segi pengetahuan, kemahiran berfikir,
memimpin, dwibahasa, beretika dan kerohanian
dan yang akhirnya beridentiti nasional.
7. Suka saya memetik titah ucapan Ke bawah Duli
Sultan Perak baru-baru ini yang menyatakan
“kemajuan sesebuah negara bergantung pada
warga yang mengamalkan disiplin yang tinggi,
kesusilaan yang terpuji, beradab sopan terhadap
negara dan menghormati lambang kedaulatan
negara. Kita tidak mahu lahirnya modal insan
yang “ buta huruf terhadap sejarah negaranya,
cetek tentang tamadun bangsanya, berminda
budaya pelarian, minda yang terapung-apung
11
dan minda yang tiada ada akar budaya lalu
melanggar adab dan menyisihkan adat”
Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri /Dato’/Datin/Tuan/Puan,
8. Terdapat beberapa syarat dan kelayakan BITB
yang telah ditambah baik. Antaranya sekolah
yang dicalonkan mestilah mengekalkan
pencapaian atau menunjukkan peningkatan
berbanding tahun sebelumnya bagi sekolah
yang telah menerima BITB. Pada tahun 2014,
kita mendapati ada sebilangan sekolah yang
pernah menerima BITB pada tahun-tahun
sebelumnya telah gagal mengekalkan skor
12
komposit masing-masing. Dalam hal ini,
sekolah mesti membuktikan mereka mampu
mengekal atau meningkatkan GPS dan skor
komposit sekolah masing-masing sebelum layak
dicalonkan.
9. Tawaran Baharu Guru Besar ini telah memasuki
pusingan yang kelima. KPM pada masa ini
sedang meneliti semula program ini secara
keseluruhan supaya bersesuaian dengan
perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Saya sebentar tadi telah menyentuh berkaitan
matlamat mendidik pelajar holistik. Dalam hal
ini saya berpandangan bahawa kombinasi skor
13
komposit 70 peratus untuk GPS berdasarkan
peperiksaaan dan 30 peratus berdasarkan
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
adalah kurang sesuai. Oleh kerana SKPM
merupakan satu-satunya indikator mengukur
kemajuan sekolah dan kemenjadian murid, saya
mengesyorkan supaya pemberatan kepada
SKPM ditingkatkan kepada 50 peratus.
10. Bagi penerima anugerah yang telah mendapat
BITB lebih dari tiga kali wajar juga mereka ini
dipertimbangkan untuk membangunkan
sekolah-sekolah baru yang lain. Saya percaya
suntikan pengalaman dan kepakaran tuan puan
14
di sekolah sedia ada, boleh membantu lebih
banyak lagi sekolah lain untuk menerima
anugerah BITB ini pada masa-masa akan datang.
Y. Bhg. Tan Sri/Dato’ Sri /Dato’/Datin/Tuan/Puan,
11. Bagi tahun 2014, dari 7,709 buah sekolah
rendah seluruh negara sebanyak 673 buah
sekolah telah diverifikasi oleh Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti, Bahagian Pembangunan
Sumber Manusia, Bahagian Audit Sekolah dan
Unit Integriti. Dari jumlah berkaitan, sebanyak
264 atau 39.23 peratus telah melepasi semua
syarat tapisan yang ditetapkan. Dari bilangan di
15
atas, 193 sekolah atau 73.11 peratus
merupakan sekolah yang berada di luar
bandar. Usaha kerajaan untuk merapatkan
jurang dan menyamaratakan peluang
pendidikan berkualiti antara bandar dan luar
bandar nampaknya telah membuahkan hasil.
12. Pada hari ini kita meraikan 264 orang guru
besar yang akan menerima BITB dalam majlis
ini. Saya juga mengambil kesempatan di sini
merakamkan syabas dan tahniah kepada 12
guru besar yang telah lima kali menerima
BITB ini. Di peringkat negeri pula, Sarawak
merupakan penerima BITB teramai iaitu
16
sebanyak 60 sekolah diikuti oleh negeri Johor
sebanyak 32 sekolah dan Perak dan Terengganu
sebanyak 27 sekolah.
13. Suka juga saya menyentuh di sini berkaitan
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sehingga kini
terdapat 64 buah SBT rendah di seluruh negara
dan bilangan yang diverifikasi sebanyak 31
buah sahaja kerana skor komposit yang
menurun. Nampaknya pada tahun 2014, hanya
21 buah saja SBT berjaya menerima TBGB.
Sehubungan ini, saya menyeru supaya sekolah-
sekolah SBT terus berusaha mengekalkan
17
kecemerlangan seiring dengan status berprestij
sekolah masing-masing.
14. Pada hari ini, kerajaan akan membelanjakan
hampir RM10 juta sebagai ganjaran kepada
tuan-tuan dan puan-puan, guru-guru serta
kakitangan sokongan yang memenuhi syarat di
sekolah masing-masing. Dijangkakan hampir
lapan ribu warga pendidikan dan kakitangan
peringkat sekolah rendah akan mendapat
manfaat daripada Bayaran Insentif Tawaran
Baru ini.
18
15. Saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan
penganugerahan Tawaran Baharu ini
terutamanya kepada Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti (JNJK) selaku urus setia Tawaran Baharu
yang telah melaksanakan verifikasi serta
penilaian ke atas sekolah yang layak. Tidak
dilupakan juga bahagian-bahagian lain di
Kementerian Pendikan Malaysia (KPM), Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) atas segala usaha
yang telah dilakukan untuk mendorong sekolah
ke arah kecemerlangan.