Teks Ucapan Guru Bertugas Semasa Perhimpunan Mingguan Sekolah

5
TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS SEMASA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH (TO ADDRESS CONCERNS ABOUT LEARNING ENVIRONMENT) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera dan selamat pagi Terima kasih saudara pengacara majlis Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, guru, pemimpin pelajar dan pelajar yang dikasihi sekalian, Saya, Cikgu ______________ bersama Cikgu ____________________ ialah guru bertugas sepanjang minggu kelapan persekolahan yang lalu lalu, iaitu mulai dari hari Isnin, 24.2.2014 hingga Jumaat, 28.2.2014. Hari ini, Isnin 3.3.14 bersamaan 1 Jamadil Awwal 1435 Hijriyyah, izinkan saya menyampaikan laporan ringkas guru bertugas mingguan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar SMK St. Michael, Ipoh yang telah memberi kerjasama secara optimum sepanjang minggu yang lalu. Guru bertugas yang mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap pagi sebelum pelajar bergerak ke kelas masing-masing berasa sangat puas hati dengan pergerakan yang begitu lancar. Dari segi itu, Michaelian layak diberi penarafan A+. Secara amnya, guru bertugas mingguan berperanan untuk membantu pihak sekolah dalam kapasiti yang seadanya untuk mencapai matlamat keseluruhan sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran. Berasaskan hitungan konservatif, sejak darjah satu, Michaelian telah mendengar laporan guru bertugas mingguan melebihi 250 kali. Walaupun barangkali, perkara yang sama diulang dan diulang lagi, demikianlah dunia pendidikan di sekolah. Laporan tentang tahap kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan sekolah, disiplin dan sahsiah sebagai contoh, pada hakikatnya menuju satu matlamat, iaitu iklim dan budaya sekolah, atau persekitaran pembelajaran yang produktif, selesa dan terbaik. Pada akhirnya, ikhtiar semua pihak yang mendambakan kecemerlangan yang tulen akan berjalan lancar dan sifar gangguan, kecuali untuk kes terpencil sahaja. Pada pengamatan guru bertugas minggu kelapan yang lalu, dalam sesetengah perkara, SMK St. Michael, Ipoh memang layak diangkat sebagai penanda aras kecemerlangan dalam konteks persekitaran pembelajaran yang dihasratkan. Guru dan pelajar yang dihormati, Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran

description

sebagai panduan

Transcript of Teks Ucapan Guru Bertugas Semasa Perhimpunan Mingguan Sekolah

TEKS UCAPAN GURU BERTUGAS SEMASA PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH (TO ADDRESS CONCERNS ABOUT LEARNING ENVIRONMENT)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam sejahtera dan selamat pagi

Terima kasih saudara pengacara majlis

Yang Berusaha Tuan Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, guru, pemimpin pelajar

dan pelajar yang dikasihi sekalian,

Saya, Cikgu ______________ bersama Cikgu ____________________ ialah guru bertugas sepanjang minggu kelapan persekolahan yang lalu lalu, iaitu mulai dari hari Isnin, 24.2.2014 hingga Jumaat, 28.2.2014. Hari ini, Isnin 3.3.14 bersamaan 1 Jamadil Awwal 1435 Hijriyyah, izinkan saya menyampaikan laporan ringkas guru bertugas mingguan.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar SMK St. Michael, Ipoh yang telah memberi kerjasama secara optimum sepanjang minggu yang lalu. Guru bertugas yang mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap pagi sebelum pelajar bergerak ke kelas masing-masing berasa sangat puas hati dengan pergerakan yang begitu lancar. Dari segi itu, Michaelian layak diberi penarafan A+.

Secara amnya, guru bertugas mingguan berperanan untuk membantu pihak sekolah dalam kapasiti yang seadanya untuk mencapai matlamat keseluruhan sekolah sebagai organisasi yang memupuk pembelajaran. Berasaskan hitungan konservatif, sejak darjah satu, Michaelian telah mendengar laporan guru bertugas mingguan melebihi 250 kali. Walaupun barangkali, perkara yang sama diulang dan diulang lagi, demikianlah dunia pendidikan di sekolah.

Laporan tentang tahap kebersihan dan keceriaan bilik darjah serta kawasan sekolah, disiplin dan sahsiah sebagai contoh, pada hakikatnya menuju satu matlamat, iaitu iklim dan budaya sekolah, atau persekitaran pembelajaran yang produktif, selesa dan terbaik. Pada akhirnya, ikhtiar semua pihak yang mendambakan kecemerlangan yang tulen akan berjalan lancar dan sifar gangguan, kecuali untuk kes terpencil sahaja. Pada pengamatan guru bertugas minggu kelapan yang lalu, dalam sesetengah perkara, SMK St. Michael, Ipoh memang layak diangkat sebagai penanda aras kecemerlangan dalam konteks persekitaran pembelajaran yang dihasratkan.

Guru dan pelajar yang dihormati,

Secara khusus, tahap kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah memang boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik, kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat. Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran penilaian kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan kertas berkenaan. Terima kasih atas kepekaan kalian. Penarafan kebersihan A-.

Keceriaan bilik darjah pula berkait rapat dengan sistem rasa, persepsi atau tanggapan sepintas lalu. Maksudnya, sebaik sahaja melangkah ke sesebuah bilik darjah, aura atau getaran pembelajaran akan dapat dirasai, sama ada hebat, biasa atau lenyap. Guru bertugas mencadangkan supaya suatu garis panduan ringkas tentang keceriaan bilik darjah dapat disediakan bagi meningkatkan penarafan di tahap B+ sepanjang minggu kelapan yang lalu.

Disiplin pelajar sepanjang minggu lalu didapati baik dan terkawal. Hampir 99 peratus pelajar berjaya tiba di perkarangan sekolah sebelum pukul 7.25 pagi. Guru bertugas difahamkan bahawa kumpulan satu peratus pelajar lagi bakal diberi pendedahan kaunseling tentang pengurusan kendiri (personal grooming) dalam tempoh yang terdekat.

Masalah ketepatan waktu lebih ketara selepas rehat apabila segelintir pelajar lewat masuk ke kelas. Perkara itu telah diberi teguran banyak kali, terutama oleh guru disiplin. Mohon semua pelajar mengambil ingatan tentang ketepatan waktu kembali ke kelas selepas rehat walaupun harus mengejar waktu di kantin sekolah.

Selain itu, pada pagi Jumaat, Encik Chong telah menegaskan tentang tindakan akan diambil terhadap pelajar yang sengaja berlegar-legar di koridor kelas ketika pelajar sepatutnya berada di dalam kelas. Cara memakai tali leher dan kekemasan baju juga telah diberi teguran berulang kali. Diharap Michaelian mengambil berat tentang penampilan yang kacak dan segak seperti yang disarankan.

Seterusnya tentang sahsiah yang sepatutnya menjadi suatu kelebihan ataux-factorkepada pelajar sekolah premier terkemuka seperti sekolah kita ini. Budaya memberi salam, menyapa guru dan menghormati guru hendaknya dapat diserlahkan dengan lebih ketara dari masa ke masa. Walaupun saiz fizikal pelajar lebih besar dan gagah, berilah laluan kepada guru apabila berselisih, bercakap dengan penuh adab sopan dan tulus. Paling kurang, sebutlah satu patah kata 'cikgu' setiap kali berselisih dengan guru. Saya juga ingin menraik perhatian bahawa dalam ujaran bahasa Melayu, kata ganti nama 'kamu' tidak sesuai digunakan kepada insan yang lebih dewasa, termasuk guru.

Tuan puan dan Michaelian yang dimuliakan,Pemarkahan kebersihan dan keceriaan kelas dilakukan oleh sekumpulan panel khas dan keputusan yang bakal diumumkan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak dapat dilayan. Bagi menyempurnakan upacara penyampaian hadiah pusingan kebersihan dan keceriaan kelas, saya mempersilakan Drs. Rajendran Naidu a/l Kannayar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk tampil ke pentas.

Kedudukan pemenang kebersihan dan keceriaan kelas minggu ke-8 adalah seperti berikut:Tingkatan 3: Naib johan ______, johan _____Tingkatan 4: Naib johan ______, johan _____Tingkatan 5: Naib johan ______, johan _____Prauniversiti tingkatan 6 Atas: Naib johan ______, johan _____

Terima kasih Drs. Rajendran Naidu. Tahniah kepada pemenang.

Sebagai mengakhiri laporan guru bertugas minggu ke-8, izinkan saya mengulang semula ungkapan hukamak: Hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Pelajar cemerlang selalu berkata: Bolehkah saya bantu?; pelajar biasa-biasa berkata: itu bukan kerja aku. Pelajar cemerlang berkata: Masalah itu sukar, tetapi boleh diatasi; pelajar biasa-biasa mengatakan: Masalah itu boleh diatasi tetapi sukar. Semoga Michaelian sentiasa tergolong sebagai pelajar cemerlang.

Sekian, salah dan silap mohon dimaafkan. Wassalam.

Posted byCIKGU AZHAR RODZIat9:50 AM

AssYang Berusaha Tuan Guru Besar, Penolong-penolong Kanan, guru kanan, rakan guru, pemimpin pelajar dan serta seluruh warga SKBPT yang dikasihi sekalian.Selain tugas rutin, pada minggu lalu saya cikguJumadilbersama seorang lagi rakan sejawat saya iaitu cikguRasiah Ataktelah diamanahkan untuk menjadi guru bertugas memantau dan merekod keadaan persekitaran sekolah. sepanjang minggu lalu. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada majoriti atau sebahagian besar wargaSK Batu Payong Tawauyang telah berusaha menyumbang terhadap persekitaran pembelajaran yang selesa dan terbaik.

Berdasarkan maklum balas guru, serta pemerhatian guru bertugas sepanjang minggu lalu, proses pembelajaran telah berjalan lancar. Tingkah laku melencong juga didapati tidak lagi dominan dalam kalangan pelajar. Cuma beberapa aspek tertentu perlu diperbaiki lagi agar budaya positif sekolah menampakkan pencapaian yang baik di masa-masa akan datang.

~Kehadiran murid~

Sepanjang minggu lalu, kehadiran murid ke sekolah ini agak baik, cuma dalam hari-hari tertentu menunjukkan sedikit penurunan akibat faktor cuaca yang tidak menentu. Faktor hujan yang berterusan sepanjang hari menyebabkan sebilangan murid terutama yang berjalan kaki ke sekolah tidak dapat menghadirkan diri ataupun terpaksa datang lewat ke sekolah.(Majoriti murid di sekolah ini adalah datangnya daripada pejalan kaki yang tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah).Beberapa pelajar juga khasnya daripada tahun 5 dan 6 telah terpliih untuk mewakili sekolah dalam sukan MSSDT selama dua hari iaitu pada 8 dan 9hb Febuari (Rabu dan Khamis) di Stadium Kompleks Tawau.

~Disiplin, dan Keselamatan~

Beberapa murid khususnya muridtahap 1telah ditegur ekoran tindakan mereka bermain dalam keadaan hujan. Akibatnya, pakaian dan kasut mereka basah kuyup sekaligus telah menyukarkan mereka untuk belajar dalam kelas dalam keadaan yang selesa.Hal ini dibimbangi akan mengakibatkan murid jatuh sakit. Pada minggu lalu juga, hanya seorang murid tahun 6 sahaja yang datang membuat aduan akibat keadaan kesihatannya yang kurang baik. Hasil keizinan daripada Penolong Kanan 1, murid tersebut telah dibenarkan pulang bersama ibunya yang datang mengambil di sekolah.~Sikap dan siasah~

"Budaya salam menyalam"sebelum ini pernah disebut dalam perhimpunan lalu. Namun terdapat beberapa pelajar yang masih belum mempraktikkan sepenuhnya amalan ini. Murid yang terserempak dengan mana-mana guru di sekitar kawasan sekolah hanya pandang dan lihat sahaja tanpa memberi salam atau hormat kepada guru yang mendidik mereka.Semoga amalan salam ini kembali dihidupkan bagi membentuk generasi yangberbudi bahasa. Terima kasih diucapkan kepada mana-mana murid yang berusaha proaktif membantu guru-guru mereka mengangkat barang-barang ke tempat yang dituju. Semoga amalan ini akan menjadi ikutan murid-murid lain.

~Kebersihan~

Aspek kebersihan kelas juga perlu ditingkatkan lagi memandangkan terdapat beberapa kelas walaupun tempat telah disediakan tong sampah, namun kertas dan plastik masih lagi bertebaruan di bawah meja. Semasa pulang sekolah, adalah diharapkan semua murid untuk mengangkat kerusi masing-masing ke atas meja bagi memperlihatkan ikilm kelas yang teratur dan kondusif.Sekian sahaja laporan kami selaku guru bertugas untuk minggu ini. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua warga SKBPT yang selama ini berusaha untuk mencapai objektif yang telah digariskan oleh dasar pendidikan negara. Teruskan tradisi kecemerlangan SKBPT. Buktikan kepada diri sendiri, orang lain dan dunia luar, SKBPT sentiasa boleh diharap dan boleh dipercayai.

Akhir kata, kami selaku guru bertugas minggu lalu ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambutMaulidur Rasulyang akan disambut pada esok hari. Banyakkan amalan sunat dan senitiasa berselawat ke atas nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w. Sibukkan diri dengan amal kebaikan dan kebajikan. Mudah-mudahan Allah memberkati kita, Insya-Allah.Sekian. W