Teks Emcee Hari Guru (2015)

1
Teks pengacaraan hari guru 2015 Istana kota sebelas tingkat tempat baharu nakhoda pekan sama kata sama sepakat hari guru mari raikan. Batu bernama si batu bata tempat hinggap siburung balam guru itu ibarat pelita memberi cahaya setiap malam Yang berusaha PN RABIAH BT MUDA Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Kepong Baru Yang dihormati EN NORMAN BIN ABD RAHMAN Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kepong Baru Yang dihormati PN ZALIZA BT BAKRI Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kepong Baru Barisan pendidik yang disayangi, kakitangan SK Kepong Baru seterusnya murid-murid sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera Bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana pada pagi ini kita dpat bersama2 berkumpul bagi meraikankan hari guru peringkat SK Kepong Baru bagi tahun 2015, ”GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK” itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini. Salutasi Bunga mawar cantik tersemat dipetik gadis di tepi titi doa dibaca memohon rahmat moga majlis sentiasa diberkati Bacaan doa

description

Teks Emcee Hari Guru (2015)

Transcript of Teks Emcee Hari Guru (2015)

Teks pengacaraan hari guru 2012

Teks pengacaraan hari guru 2015

Istana kota sebelas tingkattempat baharu nakhoda pekansama kata sama sepakathari guru mari raikan.

Batu bernama si batu batatempat hinggap siburung balamguru itu ibarat pelitamemberi cahaya setiap malam

Yang berusaha

PN RABIAH BT MUDAGuru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Kepong Baru

Yang dihormatiEN NORMAN BIN ABD RAHMANGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kepong Baru

Yang dihormati

PN ZALIZA BT BAKRI

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Kepong BaruBarisan pendidik yang disayangi, kakitangan SK Kepong Baru seterusnya murid-murid sekalian.

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat ilahi, kerana pada pagi ini kita dpat bersama2 berkumpul bagi meraikankan hari guru peringkat SK Kepong Baru bagi tahun 2015, GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK itulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.Salutasi

Bunga mawar cantik tersematdipetik gadis di tepi titidoa dibaca memohon rahmatmoga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini yang penuh bermakna in,marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dlafazkan oleh al fadhil ustaz Abd Aziz B NawiMajlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin amin ya rabbal `alaminmajls merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Bacaan doa

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika suaranya tiada berbicara.

Hadirin sekalian majlis diteruskan dengan segala hormatnya mempersilakan PN RABIAH BT MUDA, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK Kepong Baru bagi menyampaikan ucapan sempena perayaan hari guru. Dipersilakan .

Terbang melayang si anak kedidi,terima kasih di ucapkan kepada di atas ucapan itu tadi.

Ucapan guru besar

Beralih kita ke acara seterusnya. Dengan ini, majlis mohon para guru naik ke atas pentas kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru dengan nyanyian lagu tema hari guru 2015.

Demikianlah tadi nyanyian lagu hari guru 2015 yang bertemakan GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK Para guru diminta untuk tunggu sebentar di atas pentas.

Nyanyian lagu tema

Sekarang kita telah sampai ke acara penyampaian hadiah kepada para guru. Dipersilakan saudara/i _____________________________________ untuk memberikan sedikit tanda penghargaan kepada para guru bagi mewakili badan pengawas sekolah.

Setersuanya, dipersilakan saudara/i ________________________________ untuk memberikan sedikit tanda penghargaan kepada para guru bagi mewakili pusat sumber sekolah.

Dipersilakan saudara/i _____________________________________ untuk memberikan sedikit tanda penghargaan kepada para guru bagi mewakili badan kebajikan guru.

Guru-guru dipersilakan turun dari pentas bagi membuat persiapan untuk persembahan sebentar lagi.

Penyampaian hadiah

Bagi memulakan persembahan kita pada hari ini, dijemput kumpulan pertama dengan persembahannya _____________________________________________________. Dipersilakan.Waahhh..satu pembukaan persembahan yang sungguh menarik. Terima kasih diucapkan.

Tanpa membuang masa, majlis menjemput kumpulan kedua dengan persembahannya ____________________________________. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang cukup bertenaga sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput kumpulan ketiga dengan persembahannya _______________________________________. Dipersilakan.

Tidak disangka. Berbakat juga rupa-rupanya guru-guru kita ini, ya. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, tibalah ke giliran kumpulan keempat untuk membuat persembahan nya __________________________________________. Dipersilakan.

Terhibur sungguh melihat persembahan sebentar tadi. Terima kasih diucapkan kepada semua guru atas persembahan-persembahan yang cukup menarik dan menghiburkan sebentar tadi. Bukan mudah ya kita melihat guru-guru kita ini membuat persembahan. Ada bakat terpendam rupa-rupanya. Persembahan guru

Majlis dengan ini berhenti rehat. Murid-murid diminta untuk berkumpul di tapak perhimpunan pada pukul 10.45 pagi bagi acara sukaneka guru.

Berhenti rehat