Teks budaya
-
Upload
adrine-sapari -
Category
Documents
-
view
195 -
download
0
Transcript of Teks budaya
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia
Terima kasih pengacara majlis,
Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Rompin,
Pengetua dan Guru Besar sekolah – sekolah daerah Rompin,
Yang berusaha AJK Pengelola , para pelajar serta
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Penghayatan kesenian dan kebudayaan ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia yang
dihasratkan oleh YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia. Hasrat 1 Malaysia ialah gagasan untuk membina kekuatan melalui perpaduan
nasional dan semangat kebersamaan. Lapan nilai aspirasi yang menjadi teras gagasan
1 Malaysia iaitu budaya ilmu, intergriti, ketahanan, kesetiaan, kebijaksanaan, budaya
ketepatan, budaya berprestasi tinggi dan budaya inovasi merupakan nilai-nilai teras
yang perlu disemai dan dibajai sebagai budaya kehidupan rakyat Malaysia demi
memacu kejayaan yang lebih hebat pada masa hadapan
Dalam konteks memperkasa Sekolah Kebangsaan, pelajar yang memiliki minda kelas
pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan budaya dan seni mampu memupuk
semangat cintakan negara. Oleh itu konsep Membangun Modal Insan dan
memperkasa sekolah melalui kegiatan kesenian dan kebudayaan yang dipilih oleh AJK
1
Pengelola dalam festival ini amat bertepatan sekali dan diharapkan mampu menjadi
acara tahunan.
Sedang kita bersiap siaga untuk melakukan lonjakan berganda bagi mencapai taraf
ekonomi berpendapatan tinggi, pendidikan menjadi wahana penting untuk melahirkan
modal insan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berketrampilan untuk memacu
ekonomi berasaskan pengetahuan. Di samping itu, nilai-nilai mulia seperti saling
menghormati,bertanggungjawab, penyayang, bertimbang rasa, berbudi bahasa,
berdisiplin tinggi dan sentiasa gigih hendaklah dipupuk dan diamalkan dalam kalangan
anak didik kita supaya menjadi budaya hidup masyarakat kita.
Justeru itu, dasar pendidikan di negara kita berpandukan Falsafah Pendidikan Negara
yang bermatlamat melahirkan insan kamil yang seimbang secara holistik dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial. Matlamat inilah yang menjadi asas bagi
setiap dasar dan perancangan pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di negara
kita. Maka, dalam menuju misi bagi melahirkan modal insan yang berkemampuan untuk
mengisi keperluan demi memajukan ekonomi negara pada masa hadapan, aspek
penguasaan ilmu dan kemahiran perlu diimbangi oleh ketrampilan dan keperibadian
insan yang mulia. Kejayaan membentuk modal insan cemerlang akan membantu kita
mencapai Wawasan 2020 yang kian menghampiri kita sedekad lagi.
Festival Kebudayaan Sekolah – sekolah Daerah Rompin 2010 merupakan program
yang julung – julung diadakan ini bertujuan menyemai serta menyemarakkan rasa cinta
2
dan sayang pelajar kepada budaya bangsanya. Aktiviti – aktiviti seperti tarian , silat ,
gamelan , puisi dan sebagainya mampu memupuk semangat cintakan budaya di
kalangan pelajar. Program seperti ini juga mampu mengembangkan bakat yang
terpendam dan juga mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran di bidang seni
dan kebudayaan. Penglibatan dan kerjasama yang sangat baik daripada 14 buah
sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Rompin ini secara tidak langsung
menjadi perangsang kepada para pelajar dan juga institusi sekolah untuk terus
menjinakkan diri dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.
Perlu dingatkan bahawa pembangunan pelajar bukan hanya dilihat dari sudut
kecemerlangan akademik sahaja, malahan nilai-nilai kemahiran insaniah juga perlu
dikuasai pelajar. Dalam usaha Kementerian untuk melahirkan pelajar yang seimbang,
ko kurikulum dilihat sebagai salah satu aktiviti yang boleh menyumbang kepada
penambahbaikan nilai-nilai kemahiran insaniah pelajar. Pihak Kementerian juga sedang
dalam usaha untuk mengkreditkan aktiviti ko-kurikulum untuk menghargai penglibatan
pelajar untuk memperbaiki diri dan seterusnya menguasai sekurang-kurang tahap
minimum kemahiran insaniah. Selain daripada itu, kaedah penyampaian yang
memenuhi piawaian juga mampu melonjakkan pemikiran pelajar ketahap yang lebih
baik serta mampu menghasilkan daya pemikiran kreatif, motivasi yang cemerlang dan
nilai kerja berpasukan.
Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK
Pengelola dan juga semua pihak kerana telah dapat menganjurkan program ini
3
dengan jayanya dengan konsep yang jelas. Kepada para peserta yang telah
mengambil bahagian saya ucapkan tahniah dan syabas kerana penyertaan anda
sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan kejayaan.
Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan majlis
penutupan perasmian Festival Kebudayaan Sekolah – sekolah Peringkat Daerah
Rompin tahun 2010 dengan rasminya.
Sekian, terima kasih.
4