TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

17
PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/1 6 Uni t PRINSIP ASAS PEMUAT (CAPACITOR) OBJEKTIF AM Memahami prinsip-prinsip asas pemuat dalam litar elektrik. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda dapat : Mentakrifkan pemuat beserta dengan unitnya. Melukis cas-cas di atas plat pemuat. Menjelaskan penyusunan pemuat dalam litar siri dan selari. Memberikan contoh-contoh kesan pemuat dalam litar dan alat elektrik. INPUT

Transcript of TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

Page 1: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/1

6Unit

PRINSIP ASAS PEMUAT (CAPACITOR)

OBJEKTIF AM

Memahami prinsip-prinsip asas pemuat dalam litar elektrik.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :

Mentakrifkan pemuat beserta dengan unitnya.

Melukis cas-cas di atas plat pemuat.

Menjelaskan penyusunan pemuat dalam litar siri dan selari.

Memberikan contoh-contoh kesan pemuat dalam litar dan alat elektrik.

Page 2: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/2

6.0 PEMUAT

Pemuat adalah satu peranti elektrik yang berkemampuan untuk menyimpan tenaga elektrik. Kuantiti dan lamanya tenaga yang boleh disimpan bergantung kepada nilai kemuatan pemuat tersebut. Tenaga elektrik yang disimpan di dalam pemuat berbentuk cas di mana satu plat akan mempunyai cas negatif (-ve) dan plat lain mempunyai cas berlawanan iaitu cas positif (+ve) seperti dalam Rajah 6.1 di bawah.

Arah pengaliran arus

+ + + + + + + +_ _ _ _ C

V _ _ _ _

Rajah 6.1 : Cas Di Atas Plat Pemuat

Pemuat atau juga dinamakan kondenser terbina dengan dua pengalir yang disusun bertentangan antara satu sama lain dan dipisahkan oleh bahan penebat . Pengalir bagi penebat itu dipanggil plat dan penebat pemisah itu dipanggil dielektrik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6.2(a), manakala Rajah 6.2(b) pula menunjukkan simbol bagi pemuat.

Penebat

Pengalir Simbol : C Unit : Farad (F) (a) (b)

Rajah 6.2 : Binaan Asas Pemuat

6.1 KEMUATAN

INPUTINPUT

Page 3: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/3

Kemuatan ialah sifat sesuatu pemuat untuk menyimpan tenaga elektrik . Ia juga boleh ditakrifkan sebagai kuantiti atau jumlah cas elektrik yang diperlukan untuk mengadakan satu perbezaan upaya di antara dua platnya. Unit bagi kemuatan ialah Farad (F), simbolnya C. Kemuatan 1 Farad bermakna suatu pemuat boleh menyimpan 1 coulomb cas elektrik apabila voltan dibekalkan pada pemuat itu ialah 1 volt. Hal ini dapat ditunjukkan secara persamaan (6.1).

Kemuatan, (Farad) =

(6.1)

Dalam penggunaan harian, unit Farad mungkin terlalu besar untuk digunakan. Kemuatan pemuat biasanya menggunakan unit-unit gabungan yang lebih kecil misalnya mikroFarad (μF) atau pikoFarad (pF).

1 mikroFarad = 10-6 Farad1 pikoFarad = 10-12 Farad

6.2 TENAGA ELEKTRIK DI DALAM PEMUAT

Tenaga elektrik di dalam pemuat boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.2) di bawah.

(6.2)

Kita juga boleh menerbitkan beberapa formula tenaga eletrik di dalam pemuat dengan memasukkan persamaan (6.1) ke dalam persamaan (6.2).

dan (6.3)

Contoh 6.1 :

Page 4: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/4

Sebuah pemuat 8pF di sambungkan ke bekalan kuasa 600V. Kirakan cas dan tenaga yang dapat disimpan oleh pemuat tersebut.

Penyelesaian :

Diketahui cas, = = 4.8 x 10-7 C

tenaga elektrik, 2.88 x 10-9 Joule

6.3 JENIS-JENIS PEMUAT

a) Pemuat Jenis Dielektrik Udara Boleh Ubahb) Pemuat Jenis Kertasc) Pemuat Jenis Poliesterd) Pemuat Jenis Mikae) Pemuat Jenis Seramikf) Pemuat Jenis Elektrolitikg) Pemuat Jenis Tantalum

6.4 KEGUNAAN PEMUAT DALAM LITAR ELEKTRIK

a) Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.b) Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.c) Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.d) Menguatkan arus elektrik.e) Menyimpan cas elektrik.

Pelajar semua seharusnya faham di dalam pertukaran

unit kerana ia mempengaruhi jawapan di

dalam sebarang pengiraan. Jika tidak pasti,

gunakan calculator.

Page 5: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/5

AKTIVITI 6A

6.1. Berikan takrifan bagi pemuat dan kemuatan .

6.2. Lukiskan gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat.

6.3. Sebuah pemuat 50μF di sambungkan ke bekalan kuasa 240V. Kirakan cas dan tenaga

yang dapat disimpan oleh pemuat tersebut.

6.4. Nyatakan tiga(3) kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik.

Page 6: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/6

MAKLUM BALAS 6A

6.1. Pemuat ialah komponen elektronik yang berkemampuan untuk menyimpan cas eletrik.Kemuatan ialah sifat sesuatu pemuat yang berkemampuan untuk menyimpan cas dan tenaga elektrik.

6.2. Gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat adalah seperti rajah di bawah;

Arah pengaliran arus

+ + + + + + + +_ _ _ _ C

V _ _ _ _

Cas di atas plat pemuat

6.3. Diketahui cas, = = 12 x 10-3 C

tenaga elektrik, 2.88 Joule

6.3. Kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik adalah :a). Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.b). Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.c). Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.d). Menguatkan arus elektrik.

e). Menyimpan cas elektrik. (Pilih tiga sahaja)

INPUTINPUT

Page 7: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/7

6.5 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI NILAI KEMUATAN

Terdapat tiga(3) faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat iaitu, keluasan plat, jarak di antara plat dan ketelapan.

6.5.1 Keluasan Plat, A

Di mana kemuatan berkadar terus dengan luas keratan rentas bagi plat. Ini bermakna kemuatan sebuah pemuat berubah mengikut keluasan plat pemuat. Keluasan plat yang besar dapat menampung banyak elektron dan dapat

menyimpan banyak cas.

.

6.5.2 Jarak Di Antara Kedua-Dua Plat,

Di mana kemuatan berkadar songsang dengan jarak di antara plat. Ini bermakna kemuatan bagi satu pemuat berubah apabila jarak di antara platnya berubah. Kemuatan akan bertambah apabila plat-plat didekatkan bersama dan berkurangan apabila plat-platnya dijauhkan.

6.5.3 Ketelapan,

Di mana kemuatan berkadar terus dengan ketelapan pengalir.

.

6.6 REGANGAN BERKEMUATAN,

Dalam litar AU arus dan voltan bekalan sentiasa berubah-ubah. Oleh itu proses mengecas juga berubah. Pada separuh kitar pertama, ia mengecas pada satu arah arus dan pada separuh kitar kedua ia mengecas pemuat itu pada arah yang bertentangan pula.

Page 8: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/8

Pada masa yang sama wujud satu nilai penentangan arus ketika voltan bekalan mula menurun yang dipanggil regangan. Dalam litar pemuat regangan ini dipanggil regangan berkemuatan,. Nilai regangan berkemuatan ini berkadar songsang dengan nilai frekuensi voltan A.U. Dalam bentuk persamaan matematik ia boleh ditulis seperti persamaan (6.4).

Simbol : , Unit : ohm ( )

, di mana .

(6.4)

di mana, C = kemuatan (F) (rads-1) = pemalar

Contoh 6.2

Pemuat 8μF disambungkan ke bekalan 240V, 50Hz. Kirakan berapakah nilai regangan berkemuatan.

Penyelesaian :

6.7 PENYUSUNAN PEMUAT DALAM LITAR SESIRI DAN SELARI

Kaedah analisis litar pemuat berbeza sedikit dengan kaedah analisis litar pearuh dan perintang. Dalam bahagian ini para pelajar akan didedahkan mengenai analisis litar

sesiri, selari dan gabungan kedua-duanya.

6.7.1 Litar Sesiri

C1 C2 C3

Page 9: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/9

V

Rajah 6.3 : Litar Sesiri

a). Kemuatan jumlah bagi litar sesiri boleh dikira menggunakan persamaan (6.5).

(6.5)

Persamaan (6.5) di atas boleh juga ditulis dalam bentuk persamaan (6.6).

(6.6)

b). Cas setiap pemuat adalah sama, , di mana (6.7)

c). Kejatuhan voltan pada setiap pemuat adalah berbeza bergantung kepada nilai kemuatan masing-masing dan boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.8).

, dan (6.8)

Untuk dua(2) buah pemuat seperti litar Rajah 6.4 di bawah, kemuatan jumlah juga boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.9).

C1

V (6.9)

(6.9)

C2

Page 10: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/10

Rajah 6.4 : Litar Sesiri 2 Pemuat

Kejatuhan voltan pada setiap pemuat boleh dikira dengan menggunakan formula (6.10) di bawah.

Cas yang melalui setiap pemuat juga sama, di mana .

6.7.2 Litar Selari

a). Kemuatan jumlah, Cj bagi litar pemuat selari adalah hasil tambah semua kemuatan dalam litar. Formula matematiknya adalah seperti persamaan (6.11) di bawah.

V C1 C2 C3

Rajah 6.5 : Litar Selari

(6.10)

Pelajar digalakkan menggunakan per. (6.8) untuk mengira kejatuhan voltan pada setiap pemuat. Pers.(6.10) tidak digalakkan kerana ia mengelirukan pelajar.

Begitu juga untuk mengira kemuatan jumlah. Pelajar digalakkan menggunakan pers.(6.5) kerana pelajar selalu cuai apabila menggunakan pers.(6.6)

Page 11: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/11

(6.11)

b). Kejatuhan voltan pada setiap pemuat adalah sama ; (6.12)

c). Cas yang melalui setiap pemuat adalah berbeza bergantung kepada nilai kemuatan pemuat tersebut dan ia boleh dikira dengan menggunakan persamaan (6.13).

, dan (6.13)

Contoh 6.3Berapakah nilai kemuatan bagi tiga(3) buah pemuat, masing-masing dengan kemuatan 120μF jika ia disambung secara :a) selarib) sesiri

Penyelesaian

a) = (120+120+120) x 10-6 = 360 x 10-6 = 360 μF (selari)

b) (sesiri)

.

Contoh 6.4

Dua(2) buah pemuat mempunyai kemuatan masing-masing dengan nilai dan dihubungkan bersiri dengan satu bekalan kuasa 200V. Dapatkan ;a) Jumlah kemuatanb) Cas setiap pemuatc) Bezaupaya merentasi setiap pemuat.

Penyelesaian :

a) Kemuatan jumlah,

=

b) Cas setiap pemuat adalah sama ,

c) Kejatuhan voltan pada setiap pemuat,

Page 12: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/12

AKTIVITI 6B

6.4. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat.

6.5. Apakah yang dimaksudkan dengan regangan berkemuatan.

6.6 Berapakah nilai kemuatan bagi tiga(3) buah pemuat, masing-masing dengan

kemuatan 120μF, 240 dan 360 jika ia disambung secara :

a). Selari

b). Sesiri

Tahukah Anda ? Jika di dalam suatu soalan itu mempunyai nilai yang sama unitnya, semasa penyelesaian dilakukan unit tersebut tidak perlu dimasukkan untuk memudahkan proses pengiraan. Unit hanya perlu dimasukkan pada jawapan akhir sahaja.

Page 13: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/13

MAKLUM BALAS 6B

6.4 Terdapat tiga(3) faktor yang mempengaruhi nilai kemuatan sebuah pemuat ;

i). Keluasan plat

ii). Jarak antara plat

iii). Ketelapan penebat.

6.5 Regangan berkemuatan ialah penentangan pengaliran arus terhadap pemuat apabila

bekalan

voltan mula menurun.

Selesaikan soalan dalam aktiviti ini sebelum anda menjawab soalan dalam Penilaian Kendiri.. Selamat Mencuba.

Page 14: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/14

6.6 a) = (120+240+360) x 10-6 = 720 x 10-6 = 720 μF (selari)

b) (sesiri)

.

Penilaian Kendiri

1. Berikan definisi bagi regangan berkemuatan berserta persamaan dalam

bentuk matematik.

2. Berikan definisi pemuat, seterusnya lukiskan binaan asas pemuat beserta

simbol dan unitnya.

3. Lukiskan gambar rajah yang menunjukkan cas di atas plat pemuat dan

beberapa kegunaannya.

4. Dapatkan nilai kemuatan jumlah bagi litar-litar dalam Rajah K6.1 di

bawah;

i). 120

A 40 60 80 B

Page 15: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/15

20

850pF

ii).

350

200 A

400

B 500pF

Rajah K6.1

MAKLUM BALAS KENDIRI

1. Regangan berkemuatan ialah penentangan arus ketika voltan bekalan mula menurun yang dipanggil regangan. Dalam bentuk persamaan matematik ia boleh ditunjukkan dalam persamaan di bawah.

’ di mana, C = kemuatan (F)

(rads-1)

= pemalar

2. Pemuat adalah satu peranti elektrik yang berkemampuan untuk menyimpan tenaga elektrik, manakala rajah dibawah menunjukkan binaan asas dan simbolnya.

Page 16: TEKNOLOGI ELEKTRIK 1 - Unit 6

PRINSIP ASAS PEMUAT E1063/UNIT6/16

Penebat

Pengalir Simbol : C Unit : Farad (F)

(a) Binaan asas pemuat (b) Simbol

3. Gambar rajah cas di atas plat sebuah pemuat adalah seperti rajah di bawah;

Arah pengaliran arus

+ + + + + + + +_ _ _ _ C

V _ _ _ _

Terdapat beberapa kegunaan pemuat di dalam bidang elektrik antaranya ;a). Meninggikan faktor kuasa litar elektrik.b). Mengurangkan bunga api semasa suis dibuka dalam litar.c). Mengurangkan gangguan ulangan radio dalam penghidup litar lampu pendaflour.d). Menguatkan arus elektrik. e). Menyimpan cas elektrik

4. i). (selari)

0.0425 (sesiri)

23.53

(selari)

ii). (selari)

(sesiri)