Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

9
TEKNIK MENULIS KARANGAN BM STPM Teknik Menulis Karangan (50 markah) Pendahuluan : 3 markah Isi : 15 markah Kesimpulan : 3 markah Releven : 21 markah Bahasa : 15 markah Pengolahan :14 markah Jumlah patah perkataan :650 -700 : 550-647 (-2 markah) : 451-549 (-4 markah) *markah bahasa mesti turun satu tahap Contoh: tahap sederhana (7), tahap lemah (4) *Keseluruhan terpesong tidak perlu disemak aspek olahan/bahasa- bagi sahaja 5 markah. Pendahuluan 1. Definisi/konsep/Ayat rangsangan 1 2. Ayat rangsangan 2,3,4 3. Ayat arahan Isi Jangan masuk isi karangan dalam pendahuluan. Kata kunci : faktor/punca, kesan, langkah, masalah Isi:5/6 isi *jangan bina ayat majmuk campuran jika anda tidak mahir- elak kesalahan bahasa. Dua unsur : 3/3, 3/2, 2/4.Jika isi 1/4 markah maksimum isi 12 markah.Isi 5/0 markah yang diperoleh hanya 9 markah. Persembahan dikurangkan terus. Mematuhi kehendak soalan sama ada satu unsure atau dua unsur

Transcript of Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

Page 1: Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

TEKNIK MENULIS KARANGAN BM STPM

Teknik Menulis Karangan (50 markah)

Pendahuluan : 3 markahIsi : 15 markahKesimpulan : 3 markahReleven : 21 markahBahasa : 15 markahPengolahan :14 markahJumlah patah perkataan :650 -700

: 550-647 (-2 markah): 451-549 (-4 markah) *markah bahasa mesti turun satu tahap

Contoh: tahap sederhana (7), tahap lemah (4)

*Keseluruhan terpesong tidak perlu disemak aspek olahan/bahasa- bagi sahaja 5 markah.

Pendahuluan1. Definisi/konsep/Ayat rangsangan 12. Ayat rangsangan 2,3,43. Ayat arahan

Isi

• Jangan masuk isi karangan dalam pendahuluan.• Kata kunci : faktor/punca, kesan, langkah, masalah• Isi:5/6 isi *jangan bina ayat majmuk campuran jika anda tidak mahir- elak kesalahan bahasa.• Dua unsur : 3/3, 3/2, 2/4.Jika isi 1/4 markah maksimum isi 12 markah.Isi 5/0 markah yang diperoleh hanya 9 markah. Persembahan dikurangkan terus.• Mematuhi kehendak soalan sama ada satu unsure atau dua unsur

Penutup• Ayat kesimpulan• Ayat pendapat• Ayat penilaian• Ayat cadangan atau ayat harapan• Ikut kesesuaian

Teknik Menulis Rumusan (20)markah

Page 2: Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

1. Seperti ringkasan2. Jangan diubah, buang maklumat yang tidak perlu sahaja.3. Jangan mengubah ayat aktif kepada ayat pasif dsb.4. Gabung isi dengan kata hubung yang sesuai.5. Jika subjek/predikatnya dalam ayat sama perlu dibuang salah satunya.6. Jangan ulang isi/isi yang diulang jangan diambil7. Walaupun arahan daripada petikan menyatakan tidak lebih daripada tiga perenggan –pelajar mesti menulis rumusan dalam tiga perenggan.1,2 perenggan tidak digalakkan.8. Kenal pasti kata kunci dalam petikan rumusan.9. IU –lima elemen.Jika pelajar dapat mengemukakan ¾ elemen –IU tepat.2/1 elemen –IU lemah.10. Jangan salin bulat-bulat.

TEKNIK MENULIS RUMUSAN SPM

TEKNIK MENULIS KARANGAN

ISI = 20 Markah

Pengenalan [ 2 markah ]

Isi Tersurat [ 4 hingga 12 markah ]

Isi Tersirat [ 4 hingga 12 markah ]

Kesimpulan [ 2 markah ]

BAHASA = 10 markah

PENGENALAN

Pengenalan ialah pemahaman calon tentang keseluruhan petikan

Pengenalan berdasarkan isi tersurat sahaja

Pengenalan ditulis dalam satu ayat yang lengkap.

Page 3: Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

Pengenalan tidak boleh ditulis dengan menyalin arahan soalan

seratus peratus.

Pengenalan harus releven dengan petikan yang diberi.

Pengenalan yang berkesan akan mempengaruhi tanggapan pertama

pemeriksa.

Pengenalan ditulis seringkas yang dapat.

Pengenalan yang baik bersandarkan kepada keupayaan calon dalam

menguasai perkataan sama erti/ sinonim.

Pengenalan tidak boleh menyimpang/ sipi daripada arahan soalan.

Markah untuk pengenalan ialah dua markah

Kata Kunci Utama

Pengenalan Rumusan

Sebab/ punca

Kesan/ akibat/ implikasi/ natijah

Langkah/ cara/ tindakan/ strategi/usaha

Faedah/ kelebihan/ manfaat

Peranan/ fungsi/ tanggungjawab

Kekangan/ halangan/ rintangan/batasan/masalah

Ciri-ciri/ sifat-sifat/ kriteria

Cara menulis pengenalan

Petikan di atas memperkatakan......

Petikan di atas menyentuh tentang...

Petikan di atas berkaitan dengan ...

Page 4: Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

Petikan di atas membincangkan...

Petikan di atas mengenai...

Petikan di atas menerangkan..

Petikan di atas menghuraikan

Isi Tersurat

Isi tersat dinyatakan pada kata kunci pertama soalan rumusan.

Isi tersurat menjawab arahan soalan.

Isi tersurat diperoleh daripada petikan.

Isi tersurat tidak berselindung/ nyata/ jelas

Isi tersurat tidak memerlukan huraian

Isi tersurat tidak memerlukan contoh

Isi tersurat boleh digabungkan dengan isi tersurat lain

Isi tersurat dalam petikan antara 8-9 ( calon dikehendaki memilih 6 isi maksimum )

Isi Tersirat

Isi tersirat berdasarkan arahan soalan ( kata kunci kedua )

Isi tersirat tidak boleh dipetik daripada petikan

Isi tersirat merupakan idea baru

Isi tersirat mestilah dikupas dari sudut berbeza

Isi tersirat tidak memerlukan huraian dan contoh

Isi tersirat diperoleh melalui pembacaan meluas dan pengetahuan sedia ada

Isi tersirat tidak boleh digabungkan dengan isi tersurat

RUMUSAN

Page 5: Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

Kesimpulan mengandungi 4 elemen iaitu:

Pihak terlibat

Kata penegasan

Cadangan

Rasional cadangan

Kesimpulan tidak boleh mengulang isi tersurat

MENGIRA PERKATAAN

Dikira 1 perkataan

Nama khas

Perkataan berulang

Kata sendi di dan ke

Tarikh

Angka sama ada ditulis dengan nombor atau perkataan

gelaran

TEKNIK MENULIS KARANGAN RESPONS TERBUKA

KARANGAN RESPONS TERBUKA1. APAKAH PERENGGAN ?Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea yang sama. Dalam penulisan, pembinaan perenggan adalahpenting untuk membahagikan isi yang ingin disampaikan. Setiap kali perubahan sesuatu isi atau fokus berlaku, kita perlu memulakan perenggan baru.

PANDUAN MEMBUAT PERENGGAN :Untuk menghasilkan perenggan yang baik dan berkesan :

1. Tentukan ayat-ayatnya berkait.2. Ada kesatuan dan pertautan isi.3. Kesatuan hanya dapat dicapai jika isi yang berkait sahaja dipilih.4. Pertautan pula dapat dicapai dengan menggunakan penanda wacana. Contohnya: selain itu, tambahan lagi, di samping itu, juga, seterusnya dan selanjutnya.

Page 6: Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

PERENGGAN DALAM KARANGAN RESPONS TERBUKA.

1. Perenggan pengenalan2. Perenggan isi3. Perenggan kesimpulan

PERENGGAN PENGENALAN :Terdapat dua jenis ayat dalam perenggan pengenalan karangan respons terbuka iaitu :1. Ayat rangsangan.2. Ayat arah.

AYAT RANGSANGAN :Ayat rangsangan ialah ayat yang berkaitan dengan tema atau soalan karangan. Kebiasaannya, ayat 1 hingga ayat 4 pengenalan merupakan ayat rangsangan (AR). Ayat rangsangan tidak membincangkan perkara yang akan disentuh dalam perenggan isi.

Soalan contoh :Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

(AR1) : Dalam tempoh 10 tahun belakangan ini, peperangan telah berlaku di merata-rata kawasan di dunia ini.

(AR2) : Peperangan ini melibatkan negara-negara yang berjiran atau negara-negara yang mempunyai idealogi yang bertentangan.

(AR3) : Peperangan juga berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah kuasa besar yang ingin menguasai negara kecil demi memenuhi kepentingan ekonomi mereka atau amaran kepada negara lain.

(AR4) : Dalam akhir abad yang lalu, negara Bosnia telah berperang dengan negara Serbia, Amerika Syarikat telah menyerang negara Afganistan dan Iraq, dan banyak lagi.

AYAT ARAH :Ayat arah ialah ayat yang menjawab soalan karangan. Ayat ini ialah ayat yang menjurus kepada kehendak karangan atau ayat yang menyatakan fokus utama perbincangan karangan.

Soalan contoh :Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

Ayat arah :Kesemua siri peperangan yang berlaku ini sebenarnya banyak menimbulkan kesan yang negatif, baik kepada negara mahupun kepada masyarakat dunia yang lain.

PERENGGAN ISI :

1. APAKAH AYAT TOPIK ?

Page 7: Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat topikmempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi sokongan) dalam sesuatu penulisan.

2. APAKAH AYAT HURAIAN ?Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Isi sokongan pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan akibat, statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi tersebut mestilah berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama.

3. APAKAH AYAT PENYIMPUL ?Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu :

1. Ayat yang menyatakan semula ayat topik.2. Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.3. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

4. MASUKKAN PERIBAHASA ATAU UNGKAPAN MENARIK YANG RELEVEN DENGAN TOPIK YANG DISENTUH.

Soalan contoh :Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika peperangan terus berlaku ?

Contoh peribahasa/ ungkapanyang boleh digunakan:

1. Kalah jadi abu, menang jadi arang.2. Jong pecah yu kenyang.3. Kalau terbakar padang, maka terbakar belalang.4. Air mata jatuh ke perut.

PERENGGAN PENUTUP :

Penutup merupakan kesimpulan daripada huraian yang telah ditulis dalam perenggan isi. Penutup merupakan rumusan menyeluruh yang merangkumkan keseluruhan karangan dalam satu penerangan yang padat. Tanpa kesimpulan, karangan berkenaan dikatakan tidak lengkap atau tidak sempurna.

JENIS AYAT DALAM PERENGGAN PENUTUP:

1. Ayat kesimpulan umum2. Ayat pendapat3. Ayat cadangan4. Ayat komen

Page 8: Teknik Menulis Karangan Bm Stpm

5. Ayat penilaian6. Ayat harapan7. Ayat penutup

Ayat kesimpulan umum : Masalah disiplin.Tuntasnya, jelaslah bahawa masalah disiplin yang berlaku dalam karangan murid di sekolah disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada keluarga.

Ayat pendapat : Kesan peperangan.Kesimpulannya, semua peperangan yang berlaku di mana-mana bahagian dunia ini banyak membawa kesan buruk, baik kepada negara itu sendiri mahupun kepada negara lain.

Ayat cadangan : Kesan peperangan.Oleh itu, setiap pihak atau negara yang berkenaan mestilah mencari jalan yang terbaik atau berunding supaya peperangan dapat dielakkan.

Ayat komen : Ulasan cerpen.Cerpen ini mampu untuk memberikan kesedaran, khususnya kepada remaja, betapa kejayaan dapat dicapai oleh sesiapa sahaja jika ada kesungguhan, kecekalan, semangat, dan kemahuan yang tinggi.

Ayat penilaian : Kesan peperangan.Jika langkah ini tidak diambil, negara di seluruh dunia akan menghadapi masalah atau menerima kesan daripada peperangan tersebut.

Ayat harapan : Kepentingan perpaduan.Jadi, rakyat harus sedar akan kepentingan perpaduan kerana sekali perpaduan itu runtuh, maka susah untuk mewujudkannya semula.

Ingatlah pepatah Melayu yang mengatakan bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ayat Penutup: Kesan peperanganPeperangan merupakan kejadian yang sia-sia kerana peperangan ini tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak seperti yang terungkap dalam pepatah Melayukalah jadi abu, menang jadi arang.

Rujukan:1. Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4, DBP.2. Abdul Ghalib Yunus & Dr Ghazali Lateh, Esensi Bahasa Malaysia SPM, Longman.SUMBER:http://galusbm1.blogspot.com/