Teknik Asas Penjagaan Kulit Wajah
-
Upload
hana201288 -
Category
Documents
-
view
989 -
download
8
Transcript of Teknik Asas Penjagaan Kulit Wajah
PENJAGAAN KULIT WAJAH
(FACIAL)
OBJEKTIF
Senarai faktor yang boleh mempengaruhi
kesihatan kulit.
Senarai dan terang tujuan menggunakan bahan
penjagaan asas kulit muka.
Sedia alatan,bahan dan pelanggan dengan betul.
Langkah kerja membersihkan,menyegarkan dan
melembapkan kulit muka.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KESIHATAN KULIT
Diet dan Amalan Pemakanan yang Seimbang.
Persekitaran
Genetik
Hormon
Usia
DIET DAN AMALAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Diet dan amalan pemakanan yang seimbang penting untuk kesihatan
kulit. Jika seseorang itu mengamalkan diet yang seimbang,badan dan
kulit akan sihat.
Terdapat beberapa jenis vitamin yang boleh mempengaruhi kesihatan
kulit terutamanya vitamin A,vitamin B kompleks,vitamin C,vitamin D dan
vitamin E.
Air juga merupakan agen penting untuk memastikan kulit mendapatkan
cecair dan lembapan yang mencukupi pada setiap masa.Air berfungsi
membantu mengumuhkan yoksin dan bahan buangan dalam badan.
PERSEKITARAN
Pendedahan yang berlebihan kepada sinar ultralembayung akan
menyebabkan gentian kolagen dan elastin rosak. Ini mengakibatkan kesan
buruk kepada kulit seperti selaran matahari,pigmentasi dan kanser kulit.
Cuaca sejuk menyebabkan kulit menjadi kering kerana kekuangan sebum
dan kelembapan.
Pencemaran udara boleh menggangu acid mantle kulit dan seterusnya
bakteria mudah menyerang kulit..
Rokok mengandungi nikotin yang mencemarkan liang roma dan kulit dan
mencepatkan proses penuaan.
GENETIK
Faktor genetik mempengaruhi jenis kulit dan
stuktur tulang muka.
Faktor ini memberikan kesan kepada proses
penuaan.
Dari segi keturunan dan bangsa,penduduk Eropah
mengalami proses penuaan lebih cepat berbanding
penduduk Asia disebabkan faktor genetik.
HORMONKetidakseimbangan hormon pada peringkat remaja boleh
menyebabkan rembesan sebum yang terlalu banyak dan
menyebabkan masalah kulit akne dan seborea.
Haid yang tidak teratur boleh mengganggu kesihatan kulit dan
menyebabkan masalah kulit seperti kecelaan,jerawat,sista dan ruam.
Proses putus haid (menopause) menyebabkan kulit menjadi
kering,nipis dan fragile. Faktor ini disebabkan kekurangan hormon
estrogen dan progesteron dalam badan.
Kehamilan boleh mengakibatkan pigmentasi kulit terutamanya di
bahagian pipi dan dahi. Perubahan hormon semasa kehamilan boleh
menyebabkan kulit sensitif dan alergi.
USIA
Proses penuaan mula berlaku sekitar umur 25-30 tahun.
Kedutan pada muka mula terjadi terutamanya di
bahagian mata dan leher.
Kulit menjadi kendur kerana pembentukan elastin dan
kolagen mula berkurang.
Pengeluaran sebum berkurang dan kulit menjadi keing.
Mudah mejadi pigmentasi dan skin tags.
BAHAN PENJAGAAN ASAS KULIT MUKA
PEMBERSIH Membersihkan kotoran,sebum lama,sel-sel mati
dan bahan make-up daripada kulit. Melembutkan dan mencairkan sebum supaya liang
roma kulit tidak tersumbat. Membersih dan melindungi permukaan kulit
daripada bakteria dan kulit. Mempercepat proses pengelupasan sel mati dan
pemulihan sel. Merangsang peredaran darah,limfa dan kelenjar.
PENYEGAR Menyegarkan dan mengimbangkan pH kulit. Membuang sisa pembersih dan sebum pada
kulit tanpa mengganggu asid mantle kulit. Membantu menutup liang roma selepas
selepas dicuci. Merangsang kulit. Menghaluskan tekstur kulit.
PELEMBAP Membaik pulih acid mantle Mengimbangkan pH kulit. Mengekalkan kelembapan kulit Melembutkan epidermis kulit Melindungi kulit daripada jangkitan bakteria dan
persekitaran Mengelakkan kulit daripad menjadi cepat matang Mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan.
PERSEDIAAN BAHAN,ALATAN DAN PELANGGAN
BIL BAHAN BIL ALATAN
1 Antiseptik 1 Span Muka
2 Pembersih 2 Spatula
3 Penyegar 3 Tuala
4 Pelembap 4 Headband
5 Tisu Fasial 5 Mangkuk Besar
6 Kapas Fasial 6 Mangkuk Kecil
Susun Bahan dan Alatan .
LANGKAH KERJA MEMBERSIHKAN,MENYEGARKAN DAN MELEMBAPKAN KULIT MUKA
Balutkan dengan
headband.
mensteril tangan dengan
antiseptik.
Bersihkan mekap mata
Bersihkan bibir. Bubuh pembersih pada
muka.
Bersihkan dengan span
lembap dan air.
Bubuh penyegar pada
muka.
Petap muka dengan kertas
tisu.
Bubuh pelembap pada
muka.
TERIMA KASIH
TAMAT