TATABAHASA - penanda wacana
-
Upload
rahmatina2811 -
Category
Documents
-
view
448 -
download
16
description
Transcript of TATABAHASA - penanda wacana
(TEMPLET TUGASAN - VERSI BAHASA MALAYSIA) (MUKA SURAT HADAPAN)
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2012
HBML 3203
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
NO. MATRIKULASI : 830706055058002
NO. KAD PENGNEALAN : 830706-05-5058
NO. TELEFON : 012-2305360
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI
SEMBILAN
HBML 3203
ISI KANDUNGAN
Abstrak 2
1.0 Pengenalan 2
1.1 Maksud Penanda Wacana 3
1.2 Konsep Penanda Wacana 3
1.3 Kesimpulan 4
2.0 Empat Fungsi Penanda Wacana 5
2.1 Fungsi Pertama 5
2.2 Fungsi Kedua 6
2.3 Fungsi Ketiga 7
2.4 Fungsi Keempat 8
2.5 Huraian Fungsi Penanda Wacana 9
3.0 Penggunaan Penanda Wacana dalam Perenggan
3.1 Contoh Perenggan Pertama 11
3.2 Contoh Perenggan Kedua 12
3.3 Contoh Perenggan Ketiga 13
4.0 Cadangan Meningkatkan Penggunaan Penanda Wacana 14
5.0 Kesimpulan 15
6.0 Bibliografi 16
1
HBML 3203
Abstrak
Penulisan ini dihasilkan untuk mengetahui definisi penanda wacana daripada beberapa tokoh bahasa dari dalam dan luar negara. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengetahui konsep sebenar penanda wacana dalam bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, penulisan ini juga dibuat untuk mengetahui empat fungsi utama penanda wacana dan penggunaannya dalam perenggan. Tujuan penulisan ini juga untuk mengetahui bagaimana fungsi-fungsi penanda wacana dapat mewujudkan keseimbangan antara ayat dengan frasa. Penulis juga akan memberi beberapa cadangan untuk memantapkan kemahiran penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar sekolah.
1.0 Pengenalan
Dalam satu-satu ayat, terkandung idea atau pandangan seseorang terhadap sesuatu
perkara atau topik tertentu. Namun, kesemua idea atau pandangan ini dianggap tidak
lengkap sebagai satu kesatuan bahasa, jika ia tidak dihubungkan dengan menggunakan
penanda wacana yang betul. Ini kerana, penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk
menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain
dalam satu-satu perenggan atau ayat. Penanda wacana juga wujud sebagai isyarat
berlakunya sesuatu peristiwa sama ada ia sedang berlaku, sudah berlaku atau pun akan
berlaku. Ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna yang tersendiri, ia juga
berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan ayat yang dibina.
Namun begitu, di kalangan pelajar sekolah penggunaan penanda wacana dalam
penulisan seolah-olah menjadi satu masalah besar kepada mereka. Acapkali terdapat
rungutan daripada guru-guru yang menyatakan bahawa hampir setiap karangan yang
dibina oleh pelajar mereka mempunyai kesilapan dalam penggunaan penanda wacana.
Hal ini terjadi kerana mereka tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk
mewujudkan kesinambungan idea yang ingin dikemukakan. Ada juga di antara mereka
yang tersilap menggunakan penanda wacana sehingga hilang pertautan isi dalam
sesebuah karangan. Keadaan ini akan melemahkan pengolahan ayat seterusnya
mengakibatkan penyampaian ayat yang ingin mereka hasilkan menjadi kabur. Ini akan
2
HBML 3203
menyebabkan guru yang membacanya keliru untuk memahami hasil tulisan dan idea
yang ingin mereka sampaikan.
1.1 Maksud Penanda Wacana
Sesebuah karangan yang dibina akan menjadi sebuah karangan yang sempurna
sekiranya ia menepati topik yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, sekiranya sesebuah
karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai, karangan tersebut akan
menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Oleh yang
demikian, penanda wacana merupakan antara beberapa perkara yang penting untuk dititik
beratkan oleh penulis supaya karangan yang dibina tidak janggal untuk dibaca.
Menurut Kamus Pelajar edisi kedua (2009), penanda bermaksud sesuatu yang
digunakan sebagai tanda. Manakala menurut kamus Za’ba (2004), wacana bermaksud
pengucapan, pertuturan, percakapan, tutur kata yang keseluruhannya merupakan satu
kesatuan. Manakala menurut Tatabahasa Dewan edisi ketiga, penanda wacana bermaksud
kata, rangkai kata atau frasa yang menunjukkan pertalian hujah dan buah fikiran semasa
menulis atau berucap.
1.2 Konsep Penanda Wacana
Menurut laman sesawang pusat rujukan persuratan melayu @ DBP, konsep
penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku
dan akan berlaku) sesuatu peristiwa. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat
dengan frasa dalam sesuatu wacana, maka penanda wacana digunakan. Penanda wacana
juga dikenali sebagai perangkai ayat kerana ia merangkaikan ayat dengan ayat. Penanda
wacana sangat penting dalam sesebuah teks kerana penanda wacana dapat mewujudkan
pertautan atau kesinambungan antara satu bahagian teks dengan bahagian teks yang lain
sehingga membentuk kesatuan. Selain itu, penanda wacana juga mewujudkan kohesi dan
keheren antara satu teks dengan teks yang lain sehingga membentuk kesatuan yang jitu.
3
HBML 3203
Menurut Bender (1980), penanda wacana boleh digunakan dalam perenggan atau
yang mengikut perenggan-perenggan itu. Harimurti Kridalaksana (1982), seandainya
sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang tepat, kesannya
seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang
lengkap. Raminah Hj Sidek (1984) pula menyatakan bahawa, wacana adalah unit bahasa
yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian,
bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-
hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan.
Terdapat lima jenis penanda wacana yang boleh digunakan. Penanda wacana yang
pertama ialah penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda
leksikal dan penanda elipsis atau pengguguran. Selain itu, terdapat empat fungsi utama
penanda wacana iaitu penanda wacana untuk menunjukkan maksud tambahan, penanda
wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya, penanda wacana untuk menunjukkan
sebab dan penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika.
1.3 Kesimpulan
Kesimpulannya, penanda wacana merupakan perkataan yang memainkan peranan
penting dalam satu-satu ayat atau perbualan. Ia membolehkan pembaca atau pendengar
memahami apa yang ingin diberitahu oleh penulis atau pencerita dengan lebih baik lagi.
Penanda wacana juga dapat membantu pembaca mengaitkan apa yang dibaca pada baris
awal ayat dengan baris-baris yang seterusnya. Tanpa penanda wacana, ayat tersebut akan
dianggap sebagai pincang dan idea yang ingin disampaikan akan menjadi satu persoalan
atau tanda tanya kepada mereka yang membaca dan mendengarnya.
4
HBML 3203
2.0 Empat Fungsi Penanda Wacana
Dalam penanda wacana, terdapat empat fungsi dalam penanda wacana yang perlu
diberi perhatian. Antara fungsi-fungsi tersebut ialah penanda wacana untuk menunjukkan
maksud tambahan, penanda wacana untuk menunjukkan maksud sebaliknya, penanda
wacana untuk menunjukkan sebab dan penanda wacana yang menunjukkan maksud
ketika.
2.1 Fungsi Pertama
Fungsi penanda wacana yang pertama ialah penanda wacana untuk menunjukkan
maksud tambahan. Antara contoh penanda wacana yang membawa maksud tambahan
ialah:
a) Ini bererti
b) Sejajar dengan ini
c) Pendek kata
d) Justeru
e) Sebagai tambahan
Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa
maksud tambahan kepada ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda
wacana yang membawa maksud tambahan ialah:
a) Ini bererti, disamping pergi mengembara di dalam hutan pelajar-pelajar
diwajibkan untuk membuat satu cerita pendek tentang pengembaraan
mereka.
b) Sejajar dengan ini, semua pensyarah diwajibkan untuk mengadakan kelas
tambahan pada hujung minggu bagi membantu pelajar yang lemah untuk
menghadapi peperiksaan akhir dengan baik.
5
HBML 3203
c) Pendek kata, kita perlu berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan
supaya tidak menyesal dikemudian hari.
d) Justeru, semua penjawat awam dinasihatkan untuk merebut peluang
keemasan ini supaya mereka dapat memperoleh manfaat daripada program
tersebut.
e) Sebagai tambahan kepada aktiviti yang telah kamu lakukan tadi, semua
murid dikehendaki membuat latihan secara individu di dalam buku tulis.
2.2 Fungsi Kedua
Fungsi penanda wacana yang kedua ialah penanda wacana untuk menunjukkan
maksud sebaliknya. Antara contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud
sebaliknya ialah:
a) Sungguhpun
b) Berbanding dengan
c) Dalam masa yang sama
d) Sebaliknya
e) Walau bagaimana sekalipun
Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa
maksud sebaliknya kepada ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan
penanda wacana yang membawa maksud sebaliknya ialah:
a) Sungguhpun Nazmi hidup serba kekurangan, tetapi dia tidak pernah lupa
untuk membantu insan yang memerlukan.
b) Berbanding dengan Encik Kamil, Encik Azmi lebih cekap dalam
mengendalikan mesin pencetak di pejabat.
6
HBML 3203
c) Dalam masa yang sama, Siti menjaga ibunya yang sakit sebelum keluar
bekerja di gerai Pak Ali.
d) Sebaliknya, Ramlah tetap bekerja keras supaya cita-citanya untuk menjadi
doktor tercapai.
e) Walau bagaimana sekalipun cabaran yang datang, Zubaidah tetap berazam
untuk membuka butik pengantin yang diidam-idamkannya.
2.3 Fungsi Ketiga
Fungsi penanda wacana yang ketiga ialah penanda wacana untuk menunjukkan
maksud sebab. Antara contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud sebab ialah:
a) Berdasarkan
b) Berpegang pada
c) Sekiranya begitu
d) Akibatnya
e) Kesudahannya
Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa
maksud sebab kepada maksud ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan
penanda wacana yang membawa maksud sebab ialah:
a) Berdasarkan prestasi syarikat bagi tiga suku terakhir tahun ini, pihak atasan
yakin syarikat akan mencapai keuntungan yang telah disasarkan.
b) Berpegang pada amanat terakhir allahyarham ayahnya, Sudin berusaha
bersungguh-sungguh bagi memastikan apa yang dihajati oleh ayahnya akan
tercapai.
7
HBML 3203
c) Sekiranya begitu sikap yang ditunjukkan oleh Hassan, maka tidak hairanlah
dia ditangkap oleh pihak berkuasa pagi tadi.
d) Rosman sering melengah-lengahkan pembayaran ansuran kereta barunya.
Akibatnya, kereta tersebut telah ditarik oleh pihak bank.
e) Kesudahannya, Zulaikha selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan
hatinya setelah berjaya menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan.
2.4 Fungsi Keempat
Fungsi penanda wacana yang terakhir ialah penanda wacana untuk menunjukkan
maksud ketika. Antara contoh-contoh penanda wacana yang menunjukkan maksud ketika
ialah:
a) Merujuk
b) Berbalik kepada
c) Akhirnya
d) Sementara itu
e) Sejenak kemudian
Kelima-lima penanda wacana di atas jika digunakan dalam ayat, akan membawa
maksud ketika kepada ayat tersebut. Contoh-contoh ayat yang menggunakan penanda
wacana yang membawa maksud ketika ialah:
a) Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, pada hari
Sabtu ini sekolah ganti sempena Deepavali akan dijalankan.
b) Berbalik kepada persoalan yang diutarakan, adalah diharapkan supaya
semua lapisan masyarakat memainkan peranan yang penting bagi
memastikan negara kita bebas denggi menjelang tahun 2013.
8
HBML 3203
c) Akhirnya, hajat Encik Naqib sekeluarga telah tercapai apabila ada pihak
yang sudi menaja pakej menunaikan umrah kepada semua ahli keluarganya
bulan hadapan.
d) Sementara itu, pihak pentadbiran sekolah akan memastikan segala
kelengkapan yang diminta oleh Persatuan Pengakap Sekolah akan
disediakan selengkapnya.
e) Sejenak kemudian, Encik Ramu menitiskan air mata di atas kejayaan yang
diperolehi anaknya dalam pertandingan tersebut.
2.5 Huraian Fungsi Penanda Wacana
Berdasarkan kepada keempat-empat fungsi penanda wacana di atas, didapati
bahawa kesemua penanda wacana yang dinyatakan penting bagi menyatakan maksudkan
yang ingin disampaikan. Setiap fungsi penanda wacana tersebut membantu mengukuhkan
lagi pemahaman pembaca untuk lebih memahami maksud ayat yang ingin disampaikan
oleh penulis. Jika diteliti daripada contoh yang dinyatakan, ia jelas menunjukkan maksud
ayat tersebut tanpa perlu pembaca berfikir dengan lebih mendalam lagi. Ini kerana, aspek
utama penanda wacana adalah untuk mempengaruhi pengolahan, struktur ayat,
perenggan, kosa kata dan bahasa secara keseluruhannya yang sangat diperlukan dalam
menghasilkan sebuah karangan yang baik.
Asmah Haji Omar (1982) menegaskan bahawa, wacana ialah unit bahasa yang
melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan,
bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku cerita dan sebagainya. Menurut beliau
lagi, wacana tidak akan mempunyai ayat yang boleh berdiri dengan sendiri tanpa
dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat iaitu ayat-ayat yang sering dijumpai dalam
9
HBML 3203
struktur dan sistem secara teratur. Oleh itu, penanda wacana merupakan satu unit yang
penting bagi memastikan terdapat kesinambungan antara satu ayat dengan ayat yang lain.
Oleh yang demikian, dalam huraian sesebuah isi karangan penanda wacana dan
pola ayat perlu diberikan perhatian. Penggunaan penanda wacana yang sesuai penting
supaya huraian pada isi karangan tersebut tidak kelihatan terpisah antara satu sama lain.
Penanda wacana dapat menyempurnakan tautan antara isi-isi dalam satu-satu ucapan atau
esei. Seandainya sesuatu wacana berkenaan tidak mempunyai penanda wacana yang
tepat, ia akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai
kesatuan dan perpautan yang lengkap. Ia seterusnya akan menjadikan ayat tersebut tidak
bermakna.
10
HBML 3203
3.0 Penggunaan Penanda Wacana dalam Perenggan
3.1 Contoh Perenggan Pertama
Tajuk : Manipulasi Kuasa Bahasa Kreatif
Penulis : Nur Fatiha Favila
Bahan bacaan : Majalah Dewan Bahasa
Tahun terbit : Februari 2012
Contoh perenggan :
Seni berbahasa bukan sahaja penting dalam lapangan penulisan kreatif
seperti yang difikirkan oleh masyarakat di luar sana. Sebaliknya, kreativiti
berbahasa juga memainkan peranan utama dalam dunia pengacaraan
majlis supaya majlis yang dijalankan lebih bermakna.
Penanda wacana dalam perenggan :
Penanda wacana yang terdapat dalam perenggan tersebut ialah perkataan
”sebaliknya”.
Fungsi penanda wacana tersebut dalam perenggan :
Penggunaan penanda wacana “sebaliknya” dalam perenggan di atas
bertujuan untuk menunjukkan maksud sebaliknya kepada ayat tersebut. Ia
menunjukkan perbezaan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis di
antara ayat pertama dengan ayat kedua. Ia juga bagi memberi pengertian
yang baru kepada pembaca tentang perbezaan yang cuba disampaikan oleh
penulis di antara kedua-dua ayat tersebut.
11
HBML 3203
3.2 Contoh Perenggan Kedua
Tajuk : Bulan Bahasa Kebangsaan 2010
Penulis : Muhammad Naufal Hanif Suhardi
Bahan bacaan : Cahaya: Pembimbing Remaja Cemerlang
Tahun terbit : September – Oktober 2010
Contoh perenggan :
Langkah-langkah tersebut merupakan tanggungjawab semua pihak
khususnya dalam memastikan bahasa kebangsaan tidak dicemari dengan
’bahasa rojak’ yang sering digunakan oleh generasi muda. Usaha tersebut
merupakan tanda sokongan terhadap Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan
yang diadakan saban tahun. Sejajar dengan ini, rakyat berbilang bangsa
dan latar bahasa diharap menyambut baik Bulan Bahasa Kebangsaan yang
dilancarkan dalam usaha memantapkan dan memperkukuhkan jati diri
sebagai warga negara.
Penanda wacana dalam perenggan :
Penanda wacana yang terdapat dalam perenggan tersebut ialah perkataan
”sejajar dengan ini”.
Fungsi penanda wacana tersebut dalam perenggan :
Penggunaan perkataan “sejajar dengan ini” dalam perenggan di atas
adalah untuk menunjukkan maksud tambahan kepada keseluruhan ayat
tersebut. Tujuan perkataan ini digunakan bagi membantu memberi
kesinambungan dan pemahaman yang lebih jelas kepada pembaca
terhadap ayat sebelumnya. Perkataan “sejajar dengan ini” juga digunakan
bagi memberi maklumat tambahan kepada ayat sebelumnya kepada
pembaca.
12
HBML 3203
3.3 Contoh Perenggan Ketiga
Tajuk : Jangkitan Bakteria: Escherichia Coli
Penulis : Rachman Naim
Bahan bacaan : Dewan Kosmik: Majalah Sains dan Teknologi
Tahun terbit : Februari 2012
Contoh perenggan :
Darah beku dalam buah pinggang juga boleh mengakibatkan jumlah air
kencing yang dihasilkan oleh buah pinggang akan berkurangan atau tidak
keluar ataupun akan berhenti. Akibatnya, terjadi pengumpulan cecair dan
bahan buangan dalam darah yang dapat menimbulkan tekanan darah
menjadi tinggi dan pembekakan pada muka, tangan, kaki atau seluruh
badan.
Penanda wacana dalam perenggan :
Penanda wacana yang terdapat dalam perenggan tersebut ialah perkataan
akibatnya.
Fungsi penanda wacana tersebut dalam perenggan :
Penggunaan perkataan “akibatnya” dalam perenggan di atas menunjukkan
maksud sebab. Tujuannya adalah untuk memberitahu kepada pembaca apa
yang akan terjadi sekiranya darah beku terjadi dalam buah pinggang. Ia
juga menerangkan kesan yang berlaku sekiranya perkara tersebut terjadi.
Perkataan ”akibatnya” digunakan dalam ayat ini adalah untuk memberi
kesinambungan antara ayat pertama dengan ayat seterusnya supaya
pembaca dapat membuat kaitan antara kedua-dua ayat.
13
HBML 3203
4.0 Cadangan Meningkatkan Penggunaan Penanda Wacana
Bagi mengatasi masalah kesalahan penggunaan penanda wacana dalam kalangan
pelajar sekolah, terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan. Antara cadangan-
cadangan tersebut ialah mengadakan bengkel khas yang memberi penekanan kepada
penggunaan penanda wacana kepada semua pelajar, mengadakan pertandingan penulisan
yang memberi fokus kepada penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar,
memperkenalkan penanda wacana kepada pelajar sekolah melalui perhimpunan pagi pada
setiap minggu, membuat aktiviti bulan melalui panitia bahasa Melayu untuk
memperkukuhkan pengetahuan pelajar tentang penanda wacana dan beberapa aktiviti
yang lain.
Cadangan yang pertama ialah dengan mengadakan bengkel khas yang memberi
penekanan kepada penggunaan penanda wacana kepada semua pelajar. Bengkel khas ini
perlu disampaikan oleh guru pakar sama ada dari sekolah itu sendiri atau guru pakar dari
luar. Hal ini sangat penting kerana ia boleh membantu meningkatkan pemahaman murid
terhadap tajuk penanda wacana. Penglibatan guru pakar sewaktu bengkel khas ini
dijalankan dapat membantu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat memberi pemahaman kepada pelajar tentang penggunaan
penanda wacana dalam penulisan mereka. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan sewaktu
bengkel itu berlangsung seperti permainan, kuiz bahasa, pertanding antara kumpulan dan
apa sahaja yang difikirkan dapat membantu memantapkan kemahiran penggunaan
penanda wacana dalam kalangan pelajar sekolah. Cara ini diyakini dapat membantu
pelajar untuk lebih memahami penggunaan penanda wacana dalam penulisan mereka.
Cadangan yang kedua ialah dengan memperkenalkan satu penanda wacana
kepada pelajar-pelajar melalui perhimpunan pagi pada setiap minggu. Aktiviti ini dilihat
berkesan bagi membantu memperkenalkan penanda wacana yang baru pada setiap
minggu kepada pelajar tersebut. Cara ini dapat membantu mereka untuk belajar
14
HBML 3203 mempelajari sesuatu perkara dalam suasana pembelajaran yang lebih santai. Namun
begitu, pembelajaran pelajar tidak berhenti setakat itu sahaja. Guru subjek bahasa Melayu
di setiap kelas perlu mengambil inisiatif dengan mengaplikasikan penanda wacana yang
dipelajari oleh pelajar ke dalam subjek mereka pada hari tersebut. Ini bagi memastikan
mereka tidak lupa kepada perkataan tersebut dan lebih mengingati maksud dan
penggunaan penanda wacana tersebut dengan lebih baik lagi. Cara ini dilihat dapat
memantapkan kemahiran penggunaan penanda wacana dalam kalangan pelajar sekolah.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, penanda wacana memainkan peranan yang penting dalam
menggabungkan satu ayat dengan ayat yang lain. Penggunaan penanda wacana dapat
membantu menguatkan lagi hujah yang cuba disampaikan oleh seseorang melalui
pengucapan atau tulisan mereka. Penggunaan penanda wacana yang baik dapat
memberikan pemahaman kepada individu yang membaca atau mendengar satu-satu ayat
yang disampaikan. Jika tiada penanda wacana digunakan, ayat tersebut dianggap sebagai
tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. Fungsi utama sesuatu
penanda wacana juga perlu difahami terlebih dahulu bagi memastikan terdapat
kesinambungan di antara kedua-dua ayat. Oleh yang demikian, penanda wacana
merupakan antara beberapa perkara yang penting untuk dititik beratkan oleh penulis
supaya maksud karangan yang dibina tidak terpisah antara satu ayat dengan ayat yang
lain.
15
HBML 3203
Bibliografi
Haji Hassan Haji Hamzah (2004). Kamus Za’ba. Shah Alam: Pustaka Antara Books Sdn. Bhd
Harimurti Kradalaksana. (1982). Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia.
Muhammad Naufal Hanif Suhardi. (2010). Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2005). Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nur Fatiha Favila. (2012). Majalah Dewan Bahasa: Manipulasi Kuasa Bahasa Kreatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Hj Sabran. (1984). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulKPLI/BMKONKPLISR.pdf
http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/07/wacana.html
HTTP://PRPM.DBP.GOV.MY/SEARCH.ASPX?K=WACANA&D=10
16