TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU...
Transcript of TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIAreg.upm.edu.my/spk_upm/OPR-TPU-web/BUKU...
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 1 drpd 20
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN
TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI Kod Dokumen: OPR/TPU/BP/STE/06
BUKU PANDUAN PENGURUSAN PASTURA DAN MAKANAN TAMBAHAN
TERNAKAN
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 2 drpd 20
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan ............................................................................................ 4 2.0 Ciri-ciri Pastura Bermutu .......................................................................... 4 3.0 Jenis Pastura Dan Kekacang......................................................... ........... 5 3.1 Pastura ............................................................................................ 5 3.2 Kekacang ......................................................................................... 6 4.0 Kadar Muatan (stocking rate) .................................................................. 16 4.1 Faktor Menentukan Kadar Muatan ................................................. 16 5.0 Penyediaan Tanah .................................................................................... 8 5.1 Membajak ....................................................................................... 8 5.2 Memecah ........................................................................................ 9 5.3 Memutar ......................................................................................... 8 5.4 Mengapur ........................................................................................ 10 6.0 Pembajaan Kawasan ................................................................................ 20 6.1 Pembajaan Permulaan ..................................................................... 21 6.2 Pembajaan Pengurusan ................................................................... 21 7.0 Penanaman Rumput ................................................................................ 10 7.1 Menanam Menggunakan Biji Benih ................................................ 11 7.2 Menanam Secara Tampang ............................................................ 12 8.0 Menuai/ Memotong Pastura ................................................................... 18 8.1 Pemotongan Pertama ...................................................................... 18 8.2 Pemotongan Seterusnya .................................................................. 18 8.3 Tinggi Pemotongan .......................................................................... 19 9.0 Kaedah Pembekalan Rumput ................................................................... 14 9.1 Potong Angkut ................................................................................ 14 9.2 Ragutan Pusingan............................................................................ 15 9.3 Makanan Tambahan....................................................................... 15 10.0 Kawalan Dan Penjagaan Kawasan Pastura ............................................ 23 10.1 Kawalan Secara Mekanikal ............................................................. 23 10.2 Kawalan Secara Kimia ..................................................................... 23 10.3 Topping ........................................................................................... 24 10.4 Membuang anak pokok............................................... ................... 24 10.5 Penyelenggaraan Infrastruktur.................................... .................. 24 Rujukan.......................................................................................................... 25
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 3 drpd 20
1.0 PENDAHULUAN
Pastura ialah suatu kawasan yang mempunyai tumbuhan-tumbuhan herba hijau sama ada
ditanam atau tumbuh sendiri secara semulajadi yang digunakan sebagai bahan makanan oleh
haiwan ruminan. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang
akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging
atau susu.
Oleh itu rumput pastura dan foder dari jenis yang boleh mengeluarkan hasil lumayan dan
bermutu tinggi perlu dihasilkan untuk diberikan kepada ternakan. Perancangan yang teliti
tentang pemakanan ternakan akan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan.
Pemilihan jenis pastura dan kekacang yang hendak ditanam adalah bergantung kepada
1. Jenis ternakan (lembu, kambing atau bebiri)
2. Keadaan topografi dan jenis tanah
3. Kegunaan samada untuk diragut atau dipotong
2.0 CIRI-CIRI PASTURA BERMUTU
1. Hasil dan nilai zat yang tinggi sepanjang masa
2. Mempunyai nilai penghadaman yang baik
3. Tahan lasak seperti tahan ragutan berlebihan dan tahan kemarau
4. Kadar pembesaran yang cepat dan mudah membiak
5. Kadar daun lebih tinggi dari batang
6. Tiada masalah bercampur dengan spesies lain terutamanya kekacang
7. Berekonomik untuk diusahakan
8. Lazat serta digemari haiwan
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 4 drpd 20
3.0 JENIS PASTURA DAN KEKACANG
Contoh Jenis-jenis rumput dan kekacang yang di tanam di kawasan pastura Seksyen Ternakan.
3.1 PASTURA
NAMA BIASA NAMA SAINTIFIK
Rumput Star
Cynodon plectostachyus
Rumput Signal
Brachiaria decumbens dan Brachiaria humidecola
Rumput Kuda / Guinea
Panicum maximum cv.- Colonio cv. Hamil cv. -Typica
Rumput Gajah / Napier
Pennisetum purpureum
Cynodon plectostachyus Brachiaria decumbens
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 5 drpd 20
Panicum maximum Pennisetum purpureum
3.2 KEKACANG
NAMA BIASA NAMA SAINTIFIK
Centro
Centrosema pubscens
Stylo
Stylosanthes guyanensis
Calapo
Calapogonium mucunoides
Petai Belalang /Ipil-ipil
Leucaena leucocephala
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 6 drpd 20
Centrosema pubscens Stylosanthes guyanensis
Calapogonium mucunoides Leucaena leucocephala
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 7 drpd 20
4.0 KADAR MUATAN (STOCKING RATE)
Kadar muatan ialah bilangan ternakan (ekor) yang ditempatkan dalam sesuatu kawasan. Tujuan
utama dalam pengurusan pastura adalah untuk mengawal komposisi tumbuh-tumbuhan dan
perseimbangan spesis dalam kawasan pastura. Dari segi ragutan pula,kadar muatan adalah
faktor penting yang mempengaruhi kestabilan pastura, perseimbangan dalam spesis rumput
atau kekacang.
4.1 FAKTOR MENENTUKAN KADAR MUATAN
1. Jumlah pengeluaran pastura yang ada
2. Perseimbangan dalam spesis rumput atau kekacang
3. Mengawal hakisan tanah
4. Jumlah hujan yang diharapkan
5. Jumlah ternakan dengan keseimbangan sumber pasti
LEMBU RUMPUT/KEKACANG KADAR MUATAN ekor/ha (optima)
Kedah-Kelantan
(K/K)
Guinea
Signal
Guinea/Centro/Stylo/Peuro
6
8
4
Kadar muatan yang diamalkan di Seksyen Ternakan, TPU untuk lembu Kedah-Kelantan ialah 3
ekor/ha.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 8 drpd 20
5.0 PENYEDIAAN TANAH
1. Membajak
2. Memecah
3. Memutar
5.1 MEMBAJAK
Bertujuan memecah tanah kepada struktur lebih kasar, menterbalikkan tanah dan
mendedahkannya kepada cahaya matahari. Alatan yang digunakan ialah 2 disc atau 3 disc
plough.
Terdapat 2 peringkat pembajakan :
1. membajak kali pertama
2. membajak kali kedua
Jarak masa yang diperlukan diantara dua peringkat tersebut adalah antara 10-14 hari
bergantung kepada keadaan cuaca, tanah dan lain-lain. Ini untuk memberikan cukup masa
untuk melembutkan tanah dan mendapatkan ketulan/leraian (tekstur) tanah yang baik.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 9 drpd 20
5.2 MEMECAH/MENYIKAT
Bertujuan memecahkan ketulan-ketulan tanah yang kasar kepada struktur yang lebih kecil.
Alatan yang selalu digunakan ialah disc harrow. Biasanya ia dilakukan lebih kurang 10-14 hari
selepas selesai pembajakan silang.
5.3 MEMUTAR
Peringkat terakhir dalam proses penyediaan tanah. Proses ini bertujuan mendapatkan tanah
yang lebih halus di permukaan dan memudahkan pertumbuhan akar-akar pokok. Untuk
peringkat ketiga ini, alatan yang digunakan ialah rotovator.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 10 drpd 20
5.4 MENGAPUR
Mengapur dibuat sebaik kerja-kerja penyediaan tanah siap atau dilakukan serentak pada
peringkat memutar tanah, kira-kira 2 minggu sebelum menanan. Boleh menggunakan ‘spinner
broadcaster’ atau hanya menggunakan tangan. Penutup hidung dan mulut serta sarung tangan
hendaklah dipakai untuk mengelakkan gangguan pernafasan dan melecur.
Kadar penaburan kapur bergantung kepada nilai pH tanah yang dianalisakan. Sebanyak/ lebih
kurang 2-3 tan metric kapur/ha atau 1 tan metric/ekar diperlukan atau dijangka dapat
menaikkan nilai pH sebanyak 0.5. Sebarang bentuk pembajaan tidak digalakkan sebelum
kemasaman diperbaiki kerana tanah yang masam akan menggangu penyerapan baja oleh
tumbuhan.
Setiap aktiviti yang dilakukan akan dicatat. Rujuk Log Penyelenggaraan Pastura
(OPR/TPU/BL/STE/06).
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 11 drpd 20
6.0 PEMBAJAAN KAWASAN
Bererti menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh
tumbuhan kepada tanah agar bahan-bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk memenuhi
kehendak tumbuhan itu sendiri. Bekalan baja yang mencukupi boleh membantu melancarkan
aktiviti membaja di Ladang 16. Rujuk Log Bekalan Baja (OPR/TPU/BL/STE/07) dan Senarai Jadual
Pembajaan (OPR/TPU/SN/STE/01).
Selain dari itu pembajaan pastura juga bertujuan untuk mendapatkan :
1. Hasil dan mutu yang sentiasa tinggi
2. Jangkamasa hidup yang panjang
Jenis Baja
1. Baja asli (najis ternakan dan kompos)
2. Baja kimia
Kaedah membaja
1. Membuat campuran baja
2. Tabur menggunakan spinner broadcaster
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 12 drpd 20
6.1 PEMBAJAAN PERMULAAN
Pembajaan permulaan ialah pembajaan awal, biasanya dibuat beberapa hari sebelum
menanam atau pada masa menanam. Bertujuan menggalakkan perkembangan akar dan
pertumbuhan permulaan yang sihat dan untuk pembesaran dan perkembangan seterusnya.
Kadar pembajaan untuk baja permulaan :-
1. Campuran baja (NPK 60:30:30)
2. UREA (46% N)
6.2 PEMBAJAAN PENGURUSAN
Pembajaan ini dilakukan setiap tahun dengan kadar tertentu dan boleh dilakukan sekali atau
beberapa kali. Namun begitu pembajaan setiap selepas pemotongan atau ragutan adalah
disyorkan. Kuantiti setiap kali pembajaan diperolehi dengan membahagikan baja yang
diperlukan dalam setahun dengan bilangan pembajaan. Penggunaan baja najis dan sisa-sisa
tumbuhan dilakukan secara semulajadi untuk kawasan padang ragut.
Kadar pembajaan :
Kaedah penanaman N (kg/ha/thn) P205 (kg/ha/thn) K 20 (kg/ha/thn)
Rumput tulen potong angkut 200-300 40-60 100-150
Rumput tulen ragutan 150-200 40-60 50-100
(baja NPK dan UREA)
Rujuk Senarai Jadual Pembajaan (OPR/TPU/SN/STE/01)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 13 drpd 20
7.0 PENANAMAN RUMPUT
Penanaman rumput biasanya dilakukan diawal musim hujan, kerana pertumbuhan rumput
memerlukan kuantiti air yang lebih. Oleh itu, sumber air yang bersesuaian dapat memberikan
hasil yang lebih baik.
Kadar kuantiti biji benih atau jarak menanam perlu diberi perhatian kerana faktor ini akan
menentukan pertumbuhan dan kepadatan yang baik serta mengelakkan pertumbuhan rumpai
yang tidak diingini.
Ada 2 cara menanam :-
1. Mengunakan biji benih
2. Menanam secara tampang/keratan batang
7.1 MENANAM MENGGUNAKAN BIJI BENIH
Kuantiti biji benih yang diperlukan bagi sehektar bergantung kepada jenis, kualiti dan cara
menanam. Jika peratus percambahan baik maka penggunaan kuantiti biji benih adalah kurang
dan begitulah sebaliknya.
Berikut adalah kadar kuantiti biji benih beberapa jenis rumput dan kekacang (sekiranya kualiti
biji benih digunakan adalah baik serta telah disimpan dengan sempurna). Penanaman
menggunakan biji benih untuk kawasan yang luas memerlukan bantuan jentera iaitu spinner
broadcaster.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 14 drpd 20
Biji benih Kadar semaian (kg/ha)
Rumput Kuda/Guinea 2 - 6
Rumput Para 2 - 6
Rumput Brachiaria decumbens 3 - 6
Rumput Brachiaria humidicola 5-7
7.2 MENANAM SECARA TAMPANG/KERATAN BATANG
1. keratan batang
- lebih cepat dan senang
- baja campuran (60:30:30 NPK)
- batang disusun didalam lorong,ditimbuskan dan dipadatkan atau diletakkan dalam
lubang yang digali.
- rumput yang sesuai untuk keratan batang ialah rumput napier.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 15 drpd 20
8.0 MENUAI ATAU MEMOTONG PASTURA
8.1 PEMOTONGAN PERTAMA
Waktu pemotongan/ragutan pertama bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis dan
kesuburan pastura. Pemotongan/ragutan yang terlalu awal akan merosakkan pertumbuhan
rumput kerana sistem akar belum cukup kukuh. Ragutan awal secara terkawal (light grazing)
selalunya digalakkan bagi rumput yang berstolon seperti Brachiaria decumbens dan rumput
Setaria. Pijakan ternakan boleh membantu stolon masuk kedalam tanah dan boleh
menggalakkan pertumbuhan.
Bagi rumput yang berumpun pula seperti guinea, ragutan awal tidak digalakan. Jika ragutan
awal dibuat ternakan akan mencabut keluar rumput bersama-sama dengan akarnya sekali dari
tanah. Biasanya bagi rumput guinea, ternakan mula dibenarkan meragut selepas 3 bulan
ditanam. Pada ketika ini rumput tersebut telah mulai kuat akar-akarnya dan biji benih telah
mula gugur.
8.2 PEMOTONGAN SETERUSNYA
Kadar pertumbuhan semula (selepas dipotong) adalah lebih cepat mencapai takat optima
berbanding dengan rumput yang baru ditanam. Pembungaan adalah penunjuk yang baik untuk
menentukan masa pemotongan/ragut. Mengikut kajian dan pengalaman, berikut adalah jangka
masa rehat atau jangka waktu diantara setiap pemotongan atau ragutan beberapa jenis pastura
yang dianggap sesuai untuk diamalkan bagi memudahkan pengurusan:
Jenis pastura Jangka masa rehat (minggu)
Rumput signal (Brachiaria decumbens) 4-5
Rumput para (Brachiaria mutica) 3-4
Rumput guinea (Panicum maximum) 4-5
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 16 drpd 20
Rumput setaria 4-5
Rumput napier 5-6
8.3 TINGGI PEMOTONGAN
Umumnya untuk semua jenis pastura, ketinggian pemotongan dari paras tanah ialah antara 10 -
15 cm dari paras tanah, manakala ketinggian bagi rumput napier ialah 7 cm dari paras tanah.
Tetapi untuk rumput guinea yang ditanam di kawasan ‘cut and carry’ di Ladang 16, rumput
dipotong apabila ketinggian mencapai kira-kira 2 hingga 3 kaki.
Kandungan protein kasar rumput berkurangan mengikut umur tetapi kandungan protein kasar
rumput yang optima boleh didapati untuk rumput pada umur seperti berikut :-
Jenis rumput Umur (hari)
Brachiaria decimbens (rumput signal) 18-21
Rumput para 18-21
Guinea 18-21
Setaria 18-21
Napier 35-42
9.0 KAEDAH PEMBEKALAN RUMPUT
Terdapat 2 kaedah pemberian rumput iaitu :
1. Potong angkut (cut and carry)
2. Ragutan pusingan (rotational grazing)
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 17 drpd 20
9.1 POTONG ANGKUT
Rumput ditanam di suatu kawasan yang agak luas. Ternakan tidak akan dibawa ke tempat
penanaman rumput ini sebaliknya rumput-rumput ini yang akan dipotong dan diangkut
menggunakan trailer dan diberikan kepada ternakan.
Rumput dipotong sekitar jam 8 pagi hingga 9 pagi menggunakan jentera forage harvester.
Kemudian, pemandu yang membawa trailer pula akan membawa rumput yang telah dipotong
untuk dihantar kepada ternakan yang memerlukan seperti lembu fidlot, anak lembu tenusu,
rusa dan kambing.
9.2 RAGUTAN PUSINGAN
Kaedah ini merujuk kepada kawasan pastura yang dibahagikan kepada beberapa petak ragutan.
Sekumpulan lembu dimasukkan ke petak mengikut pusingan. Kaedah ragutan pusingan ini
berkesan untuk merehatkan tumbesaran rumput dan memberi masa untuk pertumbuhan
rumput baru.
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 18 drpd 20
6.3 MAKANAN TAMBAHAN
Makanan tambahan diberikan sebagai bekalan nutrien tambahan kepada ternakan. Antara
makanan tambahan yang diberikan adalah garam jilat (batu garam), pelet (DCP, goat pellet dan
PKC) dan molasses. Rujuk Log Makanan Tambahan Ternakan (OPR/TPU/BL/STE/12) bagi setiap unit
ternakan.
10.0 KAWALAN DAN PENJAGAAN KAWASAN PASTURA
Kawalan dan penjagaan kawasan pastura juga penting untuk mendapatkan bekalan rumput
berkualiti untuk ternakan. Kawalan dan penjagaan ini termasuklah membaja, meracun dan
topping. Rujuk Jadual Kawalan Rumpai (OPR/TPU/SN/STE/02)
10.1 KAWALAN SECARA MEKANIKAL
Petak 1 Petak 2
Petak 3
Petak 4
Petak 5
Petak 6
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 19 drpd 20
Rumput dan anak-anak pokok dicabut menggunakan cangkul atau dipotong menggunakan
traktor (service cutter). Kaedah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa tetapi mengikut
kesesuaian keadaan muka bumi. Kerana keadaan yang terlalu cerun atau berbatu menyukarkan
kemasukan traktor, maka kawalan secara manual seperti memotong menggunakan parang atau
cangkul adalah lebih sesuai.
10.2 KAWALAN SECARA KIMIA
Kawalan secara kimia ini selalunya dilakukan dikawasan yang ditumbuhi oleh rumpai yang
terlalu luas. Pengawalan secara kimia iaitu meracun adalah tidak berapa digalakkan kerana
ianya akan menambahkan kos pengeluaran dan mencemarkan alam sekeliling. Tetapi kaedah
ini digunakan untuk mengurangkan masa dan tenaga pekerja, selain rumpai yang merebak itu
adalah banyak.
Meracun akan dilakukan setelah ternakan keluar dari kawasan tersebut. Ternakan boleh dibawa
masuk semula 3-4 minggu selepas kawasan diracun.
Rumpai juga boleh dikawal dengan cara melepaskan ternakan dengan kadar muatan yang tinggi
(high grazing) beberapa hari dan selepas itu kawasan ditabur baja untuk menggalakkan
pertumbuhan.
10.3 TOPPING
Topping adalah memotong bahagian atas rumput iaitu 15cm dari muka bumi. Topping
dilakukan selepas rumput diragut dan sebelum membaja. Alatan yang diperlukan untuk
topping ialah service cutter dengan tujuan :
1. mendapatkan pertumbuhan baru yang sama rata
2. memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan seperti membaja
NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00 TARIKH KUATKUASA : 01.04.2011 Halaman : 20 drpd 20
3. mencantikkan pemandangan kawasan pastura
10.4 MEMBUANG ANAK KAYU
Aktiviti membuang anak kayu ini dilakukan secara manual oleh pekerja. Pembuangan anak kayu
adalah cara merumput yang lebih berkesan dan merendahkan peratusan pertumbuhan baru
anak pokok. Kaedah pembuangan anak kayu secara service cut juga boleh dilakukan tetapi
memakan masa dan tenaga kerja yang lebih. Kerana pembuangan anak kayu menggunakan
service cut memerlukannya dilakukan berterusan dalam selang waktu tertentu agar ianya lebih
berkesan.
10.5 PENYELENGGARAAN INFRASTRUKTUR
Penyelenggaraan infrastruktur ini adalah termasuk pagar dan jalan. Laporan mengenai
sebarang kerosakan pagar dan jalan ini akan dilakukan setelah pemantauan berkala dijalankan.
Rujukan
1. file:///F:/panduan-menanam-pastura-dan-fodder.html. Adam Agrofarm: Pengurusan
Pastura
2. http://www.jpvpk.gov.my/html/pasture/GUIDELINE%20FOR%20GROWING%20PASTURE
%20AND%20FODDER.pdf Jabatan Veteriner Perak Darul Ridzuan
3. Nota Pastura. Universiti Putra Malaysia
4. http://agungwah.blogdetik.com/2009/07/08/panduan-menanam-rumput-pastura-dan-
fodder/
5. http://www.facebook.com/note.php?note_id=113772048635117