TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK...
Transcript of TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR KUMPULAN CEKAK...
CEKAK MAS V.2
TAJUK PROJEK : PORTABLE COMPRESSOR
KUMPULAN CEKAK MAS V.2
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN TANAH MERAH, KELANTAN
PENGENALAN
Portable Compressor merupakan hasil inovasi dan kreativiti Kumpulan Cekak Mas V.2
bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan di rumah pam dan ibu bekalan. Ianya
dilengkapi dengan tangki bertekanan udara tinggi, bercirikan alatan kompak dan mudah dibawa.
NAMA PROJEK :
PORTABLE COMPRESSOR
BIDANG INOVASI :
SOSIAL
KATEGORI INOVASI :
PENCIPTAAN
LAPORAN INOVASI
TUJUAN PROJEK PORTABLE COMPRESSOR
Portable Compressor direkacipta bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dan
penyelenggaraan di rumah pam dan ibu bekalan. Rumah pam merupakan salah satu komponen
utama dalam sistem pengairan yang disediakan di kawasan bendang-bendang penduduk
kampung bagi mengawal pengagihan air dari sungai ke saluran taliair. Pam agihan air ini dibuka
secara berkala semasa proses penanaman padi dan ditutup semasa proses menuai padi.
Masalah mula timbul apabila berlaku kesukaran untuk mencuci komponen-komponen pada pam
seperti filter dan crankcage.
CEKAK MAS V.2
PROSES PENCIPTAAN PORTABLE COMPRESSOR
Langkah 1 : Taklimat Taklimat berkenaan dengan pembangunan prototaip diadakan bagi perbincangan rekabentuk, saiz dan kos alatan yang akan digunakan.
Langkah 2 : Pembangunan Prototaip 1
LAKARAN PENCIPTAAN
PORTABLE COMPRESSOR
Prosedur Pembuatan : 1) Tangki udara yang berkapasiti 300 psi di
bawa ke bengkel (out-source), ditebuk dan dibuat bebenang inlet dan outlet, paip dan hos nozzer dipasang.
2) Besi steel bersaiz ¾ dipotong dan dipateri membentuk rangka (frame) dan dipasang pada tangki.
3) Mini compressor bertekanan 250 psi dan hos inlet dipasang pada tangki.
4) Pendawaian pada mini compressor dilakukan sebelum pemasangan bateri 12 volt dibuat.
5) Akhir sekali, penghadang dan tali penyangkut pada frame dipasang.
SPESIFIKASI ALATAN PORTABLE
COMPRESSOR (PROTOTAIP 1)
PROSES PEMBUATAN PORTABLE
COMPRESSOR (PROTOTAIP 1)
KERJA PEMBERSIHAN PENAPIS
ANGIN MENGGUNAKAN
PROTOTAIP 1
Langkah 3 : Uji Cuba 1
Proses uji cuba pertama kali dibuat di Rumah
Pam Bendang Bechah Besar, Tanah Merah pada
12 Jun 2019. Kerja-kerja yang dilakukan adalah
meliputi kerja-kerja membersihkan habuk di dalam
rumah pam dan kekotoran yang terdapat pada
penapis angin. Hasil awalan uji cuba mendapati
jangka masa pembersihan lebih mudah dan
singkat namun hasil perbincangan di antara ahli
kumpulan Cekak Mas V.2, prototaip pertama yang
direkacipta masih memerlukan sedikit
penambahbaikan.
CEKAK MAS V.2
SESI DEMONSTRASI DAN UJI CUBA 2
DI IBU BEKALAN KUALA PAKU
PROSES PEMBUATAN PORTABLE
COMPRESSOR (PROTOTAIP 2)
SPESIFIKASI ALATAN PORTABLE
COMPRESSOR (PROTOTAIP 2)
Langkah 4 : Penambahbaikan
Pemasangan 4 unit roda pada tapak
Portable Compressor dibuat untuk
memudahkan lagi pergerakan dan
senang untuk dibawa.
Langkah 5 : Pembangunan
Prototaip 2
Pembangunan prototaip ke-2 dibuat
dengan menukar saiz tangki yang
lebih besar bagi menampung kapasiti
udara yang lebih banyak. Selain itu,
terdapat penambahan komponen-
komponen lain seperti Automatic
Switch Compressor, Indicator Charger
dan pengecas bateri.
CEKAK MAS V.2
ELEMEN INOVATIF DAN KREATIF PADA PORTABLE COMPRESSOR
- Tanpa Sambungan Elektrik (Cordless) Dan Pengisian Udara Secara Automatik
Rajah di bawah menunjukkan proses kitaran tekanan udara di dalam Portable
Compressor di mana bateri akan mengalirkan arus 12 volt untuk menyedut udara luar
secara automatik. Udara luar akan memasuki tangki dan apabila pressure gauge
mencapai bacaan 60 psi, proses pengisian udara akan terhenti, seterusnya kerja-kerja
pembersihan akan mula dijalankan.
ELEMEN KEBERKESANAN PENGGUNAAN PORTABLE COMPRESSOR
- Kerja-kerja Pembersihan Lebih Sempurna Dan Bersistematik
Sebelum adanya Portable Compressor, kerja-kerja pembersihan pada komponen pam contohnya membuang habuk pada penapis angin, hanya dilakukan secara manual iaitu dengan meniup keluar habuk tersebut. Proses kerja ini memakan masa yang lebih lama selain masih terdapat kekotoran yang melekat pada komponen pam. Dengan adanya Portable Compressor, komponen dapat dibersihkan dengan lebih sempurna kerana alat ini bertekanan udara tinggi dan udara yang keluar mampu membuang sisa kotoran yang melekat tanpa merosakkan komponen tersebut.
PROSES MEMBUANG KOTORAN PADA PENAPIS ANGIN SECARA MANUAL
Proses pengisian udara ke dalam balang akan berlaku semula apabila pressure gauge menunjukkan bacaan udara kurang daripada 29 psi. Proses kitaran ini akan berlaku secara berterusan dan bagi kerja-kerja penyelenggaraan di luar kawasan, ianya dapat dilakukan dengan lebih lama tanpa sebarang sambungan elektrik.
CEKAK MAS V.2
ELEMEN SIGNIFIKAN PENGGUNAAN PORTABLE COMPRESSOR
- Penjimatan Tenaga Pekerja Dan Saiz Yang Senang Dibawa.
Penggunaan Portable Compressor amat memudahkan kerja kerana ringan, senang dibawa, dan ianya tidak memerlukan tenaga pekerja yang ramai bagi mengangkut keluar alat untuk proses kerja pembersihan.
- Penjimatan Masa Penyelenggaraan
Dengan adanya alat Portable Compressor, kerja-kerja penyelenggaraan di rumah pam
dapat dilakukan dengan lebih cepat dan adanya lebihan masa yang mana ianya boleh
digunakan untuk kerja-kerja lain seperti mencuci taliair dan kerja-kerja memotong rumput di
sekitar rumah pam dan ibu bekalan.
- Mengurangkan Kos Pembaikian Komponen Pam
Kos Pembaikian dan Kos Belian Komponen Pam
Kos Penciptaan Alat Portable Compressor
Kos pembaikian kerosakan komponen kecil pada pam ; = RM 200.00 hingga RM 300.00 setiap kali berlakunya kerosakan. Kos belian komponen yang lebih besar pada pam (contohnya kerosakan pada blok enjin) ; = RM 2,000.00 seunit.
Kos Penciptaan Alat Portable Compressor ; = RM973.00 per unit untuk kegunaan dalam 10 ke 15 tahun. Kos pembaikian dalam setahun akan bekurangan sebanyak 90%.
Perbezaan Kos Pembaikian Komponen Pada Pam Sebelum Dan Selepas Penggunaan
Alat Portable Compressor
KERJA
PENYELENGGARAAN
MENGGUNAKAN
PORTABLE
COMPRESSOR
PROSES MENGANGKAT MANUAL COMPRESSOR
CEKAK MAS V.2
- Penjimatan Kos Belian Alat Portable Compressor
Manual Compressor Portable Compressor
Harga seunit Manual Compressor : = RM 2500.00 per unit Penggunaan untuk kerja-kerja penyelenggaran dan pembersihan di rumah pam dan ibu bekalan seperti ;
Mencuci komponen-komponen pam dan kawasan dalam rumah pam (membuang habuk dan sarang lelabah)
Harga seunit Portable Compressor = RM973.00 per unit Penggunaan untuk kerja-kerja penyelenggaran dan pembersihan di rumah pam dan ibu bekalan seperti ;
Mencuci komponen-komponen pam, mencuci kawasan dalam rumah pam, membuang sisa lebihan dalam takungan minyak (crancase), dan pam grease di ibu bekalan
PENJIMATAN KOS, RM 2500.00 – RM 973.00 = RM 1527.00
Perbezaan Kos Alat Portable Compressor Berbanding Alat Manual Compressor
ELEMEN RELEVAN PENGGUNAAN PORTABLE COMPRESSOR
- Faedah Kepada Jabatan Lain
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tanah Merah - Memudahkan Kerja-Kerja Mengecat Pili Bomba
Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) - Memudahkan Kerja-Kerja Pembersihan Papan Tanda
PPK Gual Ipoh, Tanah Merah - Membantu Dalam Kerja-Kerja Semburan Racun Serangga Perosak
Giatmara Tanah Merah - Membantu Para Pelatih Dalam Kerja-Kerja Penyelenggaraan Luar Kawasan
- Kesan Jangka Panjang Dan Lain-Lain Impak Projek
CEKAK MAS V.2
PENGIKTIRAFAN
Hasil penggunaan Portable Compressor kepada pihak luar, kumpulan Cekak Mas v.2 telah menerima penghargaan daripada beberapa jabatan dan agensi sekitar Tanah Merah. Pihak Pertubuhan Peladang Gual Ipoh mengiktiraf penggunaan Portable Compressor kerana ia membantu dalam kerja-kerja meracun serangga perosak. Selain itu, surat penghargaan turut diterima daripada Giatmara Tanah Merah di atas pengenalan kepada penggunaan Portable Compressor yang mana ianya membantu dalam kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan.
Selain uijcuba di rumah pam, Portable Compressor turut diujicuba bersama dengan pihak Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tanah Merah bagi mengetahui tahap keselamatan dan had angin yang boleh disimpan di dalam tangki Portable Compressor. Ujicuba tersebut telah diadakan pada 10 Jun 2019. Hasil daripada pengujian tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengiktiraf penggunaan Portable Compressor sebagai satu alat yang memberi kemudahan kepada jabatan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.
- Replikasi Ke Agensi Luar
Projek Portable Compressor ini telah diperkenalkan kepada agensi luar seperti Pejabat Peladang Gual Ipoh Tanah Merah. Penandarasan juga telah dibuat di dua jabatan lain iaitu di Jabatan Bomba & Penyelamat Tanah Merah, Giatmara Tanah Merah dan Majlis Daerah Tanah Merah. Hasil perjumpaan dan demonstrasi yang telah dilakukan, mereka berhasrat untuk menggunakan peralatan ini di jabatan mereka.
SESI UJICUBA DI JABATAN
BOMBA DAN PENYELAMAT
CEKAK MAS V.2
PENUTUP
Kesimpulannya, dengan terciptanya alat Portable Compressor ini, kerosakan dan masalah
kekotoran yang terdapat pada komponen pam dapat diatasi. Dengan penggunaan alat Portable
Compressor yang meluas, kos penyelenggaraan dan kos pembaikian komponen pam dapat
dikurangkan. Hasil pertanian dapat ditingkatkan ekoran daripada masalah agihan air dapat
diselesaikan. Walaupun projek kami kali ini lebih ringkas dan mudah, tetapi kami yakin bahawa
projek ini dapat membantu pihak jabatan dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan,
seterusnya meningkatkan hasil pengeluaran padi serta menjamin pendapatan petani yang lebih
baik selaras dengan agenda kerajaan dalam Dasar Agromakanan Negara (2011-2020).
Disediakan Oleh :
Anis Fatima Azzaharah Bt Ab. Aziz,
Setiausaha Kumpulan Cekak Mas V.2,
JPS Tanah Merah,
Kelantan.
Tel : 010-3990391
Emel : [email protected]