TAJUK : Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan ...eprints.uthm.edu.my/2717/1/24._PKPGB_4.pdf ·...

5
Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM. HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL Oleh Raziah binti Mansor, Ahmad bin Esa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Abstrak Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah organisasi kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemelangan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar. Kajian ini dilakukan untuk kesan hubungan di antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja. Gaya kepimpinan ini dilihat dari dua dimensi iaitu dimensi pengutamaan struktur dan dimensi bertimbangrasa sebagaimana dipersepsikan oleh guru-guru. Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar, hubungan gaya kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan bekerja guru- guru dan perbezaan gaya kepimpinan antara guru besar. Reka bentuk Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 196 orang guru dan 9 orang guru penolong kanan dari tiga buah sekolah rendah di Zon Seremban 2, Daerah Seremban di mana mereka mempunyai hubungan yang rapat dalam menentukan kelancaran perjalanan sekolah tersebut. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus. Beberapa cadangan diketengahkan agar guru besar dapat memahamidan menggunapakai gaya kepimpinan yang sesuai dan dapat memberi kepuasan bekerja kepada guru-guru Pendahuluan Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah organisasi kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar. Sehubungan dengan itu seorang guru besar sewajarnya bertindak sebagai seorang professional iaitu sebagai seorang pengurus, pentadbir dan pembimbing kepada organisasinya.

Transcript of TAJUK : Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan ...eprints.uthm.edu.my/2717/1/24._PKPGB_4.pdf ·...

Page 1: TAJUK : Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan ...eprints.uthm.edu.my/2717/1/24._PKPGB_4.pdf · KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL . Oleh . ... Sekolah Kebangsaan

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM.

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL

Oleh

Raziah binti Mansor, Ahmad bin Esa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstrak

Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah organisasi kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemelangan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar. Kajian ini dilakukan untuk kesan hubungan di antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja. Gaya kepimpinan ini dilihat dari dua dimensi iaitu dimensi pengutamaan struktur dan dimensi bertimbangrasa sebagaimana dipersepsikan oleh guru-guru. Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar, hubungan gaya kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan bekerja guru-guru dan perbezaan gaya kepimpinan antara guru besar. Reka bentuk Rekabentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 196 orang guru dan 9 orang guru penolong kanan dari tiga buah sekolah rendah di Zon Seremban 2, Daerah Seremban di mana mereka mempunyai hubungan yang rapat dalam menentukan kelancaran perjalanan sekolah tersebut. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus. Beberapa cadangan diketengahkan agar guru besar dapat memahamidan menggunapakai gaya kepimpinan yang sesuai dan dapat memberi kepuasan bekerja kepada guru-guru

Pendahuluan

Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah

organisasi kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan

sesebuah organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah

sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar.

Sehubungan dengan itu seorang guru besar sewajarnya bertindak sebagai seorang

professional iaitu sebagai seorang pengurus, pentadbir dan pembimbing kepada

organisasinya.

Page 2: TAJUK : Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan ...eprints.uthm.edu.my/2717/1/24._PKPGB_4.pdf · KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL . Oleh . ... Sekolah Kebangsaan

Latar belakang masalah

Guru Besar sepatutnya memberi yang terbaik kepada orang bawahannya khususnya guru-guru. Gaya kepimpinan guru besar yang berhubung kait dengan kepuasan kerja guru perlu dikaji supaya mampu menghasilkan beberapa tindakan susulan mengenai gaya kepimpinan guru besar berkesan yang akan memberi kepuasan kerja di kalangan guru-guru. Ini kerana kecemerlangan organisasi dan pelajar dalam pelbagai segi samada kurikulum atau kokurikulum banyak bergantung kepada faktor kepuasan kerja guru.

Kepuasan Kerja merupakan aspek penting implikasi kepimpinan kerana peranan pemimpin sering dinilai berasaskan sejauhmana orang yang bekerja dibawahnya berpuashati dengan cara mereka diurus (Glube & Magerison, 1976). Menurut Locke (1976) kepuasan kerja boleh memberi akibat kepada ketidak hadiran , berhenti kerja, kelewatan aduan-aduan, daya pengeluaran, cepat meninggalkan pejabat dan berlengah-lengah di waktu rehat.

Guru-guru mempunyai keperluan yang berlainan dan masalah yang berbeza . Pihak pentadbir seharusnya mengambil tahu keperluan guru-guru dan kakitangan sekolahnya. Guru-guru dan kakitangan sekolah akan lebih menghormati pemimpin bila dapati pihak petadbir mengambil berat keperluan mereka. Guru-guru dan kakitangan juga ingin dihormati sebagaimana pemimpin mereka ingin dihormati oleh pekerja bawahan. Oleh itu guru besar hendaklah mewujudkan hubungan yang baik dengan guru dan kakitangannya dengan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai . Guru-guru akan memberikan komitmen kerja yang tinggi apabila mereka rasa gembira, kurang mencari pelbagai alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan yang penting sentiasa berminat untuk bekerja di bawah pimpinan guru besar tersebut.

Penyataan Masalah

Gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru.Berdasarkan latar belakang kajian yang dikemukakan wujud beberapa masalah hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Namun begitu didapati belum ada lagi kajian yang dijalankan khasnya di daerah Seremban untuk meninjau persepsi guru-guru apabila wujudnya ketidakpuasan kerja dengan gaya kepimpinan guru besar. Dalam kajian ini isu utama yang hendak dilihat adalah persepsi guru-guru mengenai gaya kepimpinan guru besar yang memberi kepuasan kerja kepada mereka.

Page 3: TAJUK : Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan ...eprints.uthm.edu.my/2717/1/24._PKPGB_4.pdf · KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL . Oleh . ... Sekolah Kebangsaan

Persoalan Kajian

a) Sejauhmanakah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar mereka?

b) Apakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah kajian tersebut? c) Adakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan

tahap kepuasan kerja guru? d) Adakah terdapat perbezaan gaya kepimpinan antara guru besar dengan

guru besar? Objektif Kajian

ii) Mengenalpasti pengamalan gaya kepimpinan guru besar di sekolah mengikut persepsi dan pandangan guru-guru di kawasan kajian.

iii) Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru di kawasan kajian. iv) Melihat perhubungan gaya kepimpinan keseluruhan guru besar dengan tahap

kepuasan bekerja guru-guru di kawasan kajian. v) Melihat perbezaan gaya kepimpinan guru besar di tiga buah sekolah kawasan

kajian. Metadologi Penyelidik memilih untuk menggunakan kajian tinjauan jenis deskriptif yang menggunakan data kuantitatif. Bentuk kajian ini dipilih untuk mendapatkan maklumat dari sampel yang besar. Melalui kajian deskriptif, data dikutip daripada seluruh populasi dan statistik asas seperti min, peratusan, frekuensi, sisihan piawai dan taburan skor. Sampel yang dipilih terdiri daripada 196 orang guru-guru dari sekolah rendah di Zon Seremban 2, Daerah Seremban. Persampelan rawak mudah merupakan proses mencabut sampel di mana unit-unit dipilih secara individu dan langsung melalui proses yang rawak. Penyelidik telah memilih untuk menggunakan borang soal selidik dan temu bual sebagai instrumen kajian. Kaedah temu bual juga digunakan untuk menyokong kajian tinjauan. Sembilan orang guru penolong kanan telah dipilih sebagai sampel dalam temubual ini. Dalam kajian ini kaedah pengumpulan data melibatkan dua fasa iaitu kajian rintis dan kajian fasa sebenar. Data yang diperoleh dari kajian rintis adalah untuk menguji kebolehpercayaan borang soal selidik yang telah dibangunkan. Dalam kajian fasa sebenar pula instrumen soal selidik dan temu bual telah dijalankan. Borang soal selidik yang digunakan dalam kajian ini ialah borang yang telah diuji dari segi kebolehpercayaan dan mendapat pengesahan pakar. Kaedah ini digunakan untuk mencari nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor bagi setiap item dalam ujian tersebut. Dalam kajian ini, kebolehpercayaan yang digunakan ialah alfa Cronbach. Program yang digunakan dalam mentafsir data bagi kajian ini adalah perisian statistik berkomputer SPSS (Statistical Packages for The Social Science) versi 13.0. Program ini digunakan untuk menganalisis data kuantitatif.

Page 4: TAJUK : Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan ...eprints.uthm.edu.my/2717/1/24._PKPGB_4.pdf · KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL . Oleh . ... Sekolah Kebangsaan

Skop Kajian

Kajian ini adalah tertumpu kepada guru-guru dan guru dari sekolah- Sekolah rendah di Zon Seremban 2, Seremban yang terdiri daripada guru-guru dan guru besar-guru besar di sekolah kajian. Sekolah-sekolah yang dipilih adalah tiga buah Sekolah Kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan King George V, Sekolah Kebangsaan Pancor dan Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya. Kajian ini memfokus kepada persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Terdapat beberapa aspek yang perlu diambilkira dalam kajian ini:

a) pendapat dan pandangan guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar. b) Pendapat dan pandangan guru-guru terhadap kepuasan kerja dan hubungannya

dengan gaya kepimpinan. c) Strategi dan pendekatan gaya kepimpinan yang lebih relevan untuk

meningkatkan kepuasan kerja guru-guru.

Kepentingan Kajian

i) Bakal-bakal Guru Besar: Kajian ini dapat menerangkan amalan dan aspek-aspek gaya kepimpinan guru besar di tiga buah sekolah di daerah Seremban dan hubungannya dengan tahap kepuasan bekerja guru-guru. Ianya amat bermakna bagi bakal-bakal guru besar yang akan menjadi pemimpin organisasi sebagai persediaan dari segi pengetahuan dan persediaan .

ii) Guru-guru : Kajian ini juga amat bermakna bagi guru-guru melihat secara positif hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan bekerja. Pengetahuan ini penting bagi mewujud satu persefahaman dan komitmen dalam penglibatan guru-guru ke arah mencapai visi dan misi organisasinya.

iii) Guru Besar : Kajian ini amat berguna bagi menilai tahap gaya kepimpinannya dan melihat personalitinya secara positif terhadap gaya kepimpinan mengikut peredaran masa dan kesesuaian dalam mereliasasikan matlamat organisasi dengan mengambil kira kepuasan bekerja guru-guru.

iv) Stake-holder: Kajian ini amat bermakna bagi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengenalpasti dan menilai permasalahan guru besar-guru besar sekolah rendah dan mengambil langkah-langkah ke arah peningkatan tahap dan keupayaan profesionalisme pengurusan dan kepimpinan guru besar.

Kajian ini juga diharap dapat membantu Kerajaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia menilai tahap kemudahan dan keperluan sekolah yang boleh menjejaskan tahap kepuasan bekerja guru sehingga mempengaruhi gaya kepimpinan guru besar.

Page 5: TAJUK : Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan ...eprints.uthm.edu.my/2717/1/24._PKPGB_4.pdf · KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL . Oleh . ... Sekolah Kebangsaan

Bibliografi:

Fadzillah Hj Md Noor(1990) Tingkahlaku pentadbiran dan pemimpin pengetua Sekolah

menengah di Pahang Darul Makmur . Tesis sarjana tidak dterbitkan Universiti

Malaya.

Mohamad Fadzil Che Din(1988) Kepuasan bekerja di kalangan kaunselor sekolah di

Pulau Pinang .Latihan ilmiah sarjana yang tidak dterbitkan UPM.

Abdul Ghani Ishak(1993). Kepimpinan Pengetua Sek Men agama Selangor, Tesis

Sarjana yang tidak dterbitkan UPM.

Obura.S.O(1974) Attitude toward an intrest in teaching among trained secondary

schools. Tesis sarjana yang tidak dterbitkan. Universiti Malaya

Daisy, E.E. (1974) A study of factors influencing teacher trainees choice of the teaching

profession in West Msia . Tesis Sarjana tidak diterbitkan .

Abdul Ghani (1994) Stail Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri

Selangor dan Kaitannya dengan kepuasan bekerja di kalangan guru-guru,Master

of Science Thesis, UPM

Abd . Main Hj. Salimon (1993) Kepuasan kerja guru dan perkaitannya dgn latar blkg

pengurusan kurikulum dan pengajaran. Tesis Phd yang tidak dterbitkan .

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hersey.P & K.H. Blanchard, (1982) Management of Organization Behavior, Utilizing

Human Resources,4th ed . Eaglewood Cliffs, New Jersey: Prentice hall,Inc

House R.J. & Mitchell T.R,(1974) Path Goal Theory and Leadership, Journal of

Contemporary Business

Stogdill, Ralph M. (1974) Handbook of Leadership . New York Free Press

Locke,E.A (1976). Nature and Causes of Job satisfaction. Chicago US: Rand Mc Nally

College Publishing Co.

Vasuthevan.P (2003) Hubungan gaya kepimpinan Pengetua dengan kepuasan kerja guru

di Sabah, tesis yang tidak diterbitkan , Universiti Malaya.

Locke,E.A & Whiting, R.J. (1974) Sources of job satisfaction and dissatisfaction among

solid waste management employee, Journal of applied Psychology.