TAJUK 3: MODEL GAYA BELAJAR - :: Amaljaya.com … · Jika anda termasuk dalam kategori ini anda...
-
Upload
truongkhue -
Category
Documents
-
view
240 -
download
0
Transcript of TAJUK 3: MODEL GAYA BELAJAR - :: Amaljaya.com … · Jika anda termasuk dalam kategori ini anda...
1. Model Cara Belajar Dr Rita Dunn
Dan Kenneth Dunn
Kenneth
Dunn
PERSE KITARAN
SUASANA EMOSI
SUASANA SISIOLOGI
FIZIKAL
PSIKO LOGIKAL
2Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Jika anda termasuk di dalam kategori ini anda seharusnya selesa
belajar di dalam suasana yang tenang dan aman.
Anda suka kepada kedinginan dan nyaman suasana. Anda juga
selesa jika ada muzik yang lembut yang menjadi later belakang
semasa anda belajar.
Anda juga memerlukan bilik yang cerah dan terang. Anda juga tidak
bermasalah belajar di luar kawasan bagunan seperti taman-taman,
tepi laut, tepi sungai dan di tepi tasik.
Secara umumnya anda bebas memilih suasana dan tempat yang
paling selesa untuk anda mentelaah buku.
i. Persekitaran
3Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Jika anda termasuk dalam kategori ini anda seharusnya mempunyai
satu dorongan yang kuat untuk belajar. Anda memerlukan dorongan
keluarga dan rakan-rakan.
Anda perlu dicabar dan dirangsang untuk mendapatkan minat untuk
belajar. Dorongan mungkin berupa luaran ataupun dalaman.
Suasana dan persekitaran perlu ditingkatkan agar rasa untuk belajar
timbul di dalam diri anda.
Peristiwa-peristiwa yang menyedihkan, menggembirakan, melucukan
semuannya member makna kepada anda untuk meningkatkan lagi
minat anda dalam perkara yang anda pelajari. Kata-kata perangsang
merupakan nadi penggerak untuk anda belajar.
ii. Emosi
4Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Jika anda termasuk di dalam kategori ini anda seharusnya mempunyai
ramai rakan sokongan untuk belajar.
Anda kurang selesa untuk belajar sendirian. Anda perlu mendengar
pendapat dan pandangan orang lain.
Anda juga perlukan rakan untuk menerangkan sesuatu perkara yang
anda kurang faham. Di samping itu, anda juga inginkan pendapat dan
pandangan anda didengar oleh orang lain. Anda juga inginkan audien/
pendengar untuk mendengar hujah-hujah anda.
Anda gemar kepada suasana perbincangan, kerjasama, bersoal-
jawab, mengemukakan hujah dan memberi ulasan kepada maklumat
yang diterima.
Perkara penting di sini ialah orang lain adalah factor penting untuk
anda belajar. Tanpa mereka suasana belajar anda akan menjadi hambar.
Minat belajar anda akan cepat hilang.
iii. Sosiologikal
5Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Jika anda termasuk di dalam kategori ini,anda termasuk di dalam
kalangan orang yang tidak boleh duduk sahaja semasa belajar. Anda
memerlukan aktiviti dan pergerakkan yang banyak.
Semasa anda belajar, mungkin anda akan melukis sesuatu, bangun
mengambil air, pen, pencil dan seumpamanya. Ada masanya anda akan
ke dapur untuk apa di bawah tudung sajian sambil di tangan anda ada
buku yang anda baca.
Semasa membaca anda mugkin akan membuka tingkap, membuka
radio dan mundar-mandir di dalam rumah anda sehinggakan orang lain
tidak menyangka bahawa anda sedang tekun belajar.
Anda mungkin kelihatan seolah-olah kurang berdisiplin tapi hakikatnya
itulah cara suasana anda belajar. Anda masih boleh menonton TV dan
berbual dengan ahli keluarga yang lain.
iv. Fizikal
6Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Jika anda termasuk di dalam kategori ini anda seharusnya
belajar menggunakan segala potensi yang ada dalam diri
anda.
Terdapat kepelbagaian cara dan gaya anda mendapatkan
maklumat dari pembelajaran anda. Anda belajar secara
keseluruhan dan bersifat global. Anda menganalisis sesuatu
dengan tekun dan membuat reflektif terhadap apa yang telah
anda pelajari.
Anda juga menggunakan kemampuan kedua-dua otak kiri
dan kanan anda untuk mendapatkan maklumat. Anda
membaca bermula dari yang asas kepada yang lebih
kompleks.
Anda mengukuhkan konsep kendiri dan ego anda semasa
anda membaca dan pada masa yang sama banyak perkara
dan pengalaman yang anda perolehi dari bacaan anda.
v. Psikologikal
7Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Model ini telah dibina oleh Dr. Bernice McCarthy.
Beliau telah membahagikan cara belajar kepada empat
golongan pelajar
2. Model Cara Belajar Empat Matriks
Golongan Yang Imaginatif
Golongan Pelajar Analitikal
Golongan Pelajar Praktikal
Dinamik
CARA EMPAT MATRIK
8Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Jika anda termasuk dalam ketegori ini anda seharusnya mengamati
maklumat secara konkrit dan memproses maklumat secara imaginasi dan
berbentuk visual.
Anda selesa dengan pengalaman yang berdasarkan kepada bahan-bahan
yang konkrit, anda sering mengeluarkan idea dan mudah berinteraksi
dengan persekitaran. Anda belajar dengan menggunakan deria rasa, deria
dengar.
Anda juga mudah melontarkan idea dan berkongsi idea tersebut dengan
orang lain. Di samping anda suka berimaginasi anda juga tidak terlepas dari
meminati dunia realiti anda, khususnya budaya dan kebudayaan.
Anda bertimbang rasa, boleh bekerja dan sukakan hubungan harmonis
dengan orang lain. Anda suka mencipta benda baru dan banyak soalan-
soalan “mengapa” dalam pemikiran anda.
i. Imaginative
9Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Jika anda termasuk dalam kategori ini anda seharusnya suka
mengamati maklumat yang berbentuk abstrak dan mempunyai maklumat
tersebut secara reflektif.
Suka kepada teori dan hipothesis. Anda sering membuat andaian-
andaian berdasarkan maklumat yang anda perolehi.
Anda juga suka kepada perkara-perkara yang berbentuk fakta dan anda
mempunyai banyak idea untuk mengembangkan fakta-fakta tersebut.
Kebanyakkan pandangan dan corak pemikiran anda berdasarkan
kepada pembacaan anda yang mendalam melalui penulisan orang yang
pakar.
Anda sering menganalisis sesuatu maklumat yang diperolehi dan anda
juga berkebolehan untuk membina konsep, dan membina model. Soalan
yang selalu berada di dalam fikiran anda ialah “apakah”.
ii. Analitikal
10Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
Jika anda termasuk di dalam kategori ini anda seharusnya
mempunyai minat untuk mengamati maklumat yang abstrak dan
memprosesnya secara aktif.
Anda suka belajar sesuatu untuk mencari kegunaannya dan yang
dapat member manfaat. Anda suka melakukan sesuatu ujikaji untuk
melihat hasil yang memberi faedah kepada manusia.
Anda juga sering menggunakan pemikiran yang rasional untuk
mencari sebab dan akibat sesuatu perkara. Anda suka kepada
maklumat yang praktikal, suka kepada orang yang praktikal dan suka
kepada perkara-perkara yang praktikal.
Anda tidak mempercayai sesuatu gagasan yang belum dapat
dibuktikan. Sebab itulah anda tidak berminat dengan teori atau
hipotesis.
iii. Praktikal
11Nordin Tahir, JIP, IPG Kampus
Ipoh.
3. GAYA BELAJAR QUADRANT
Dirujuk sebagai konsep kehemisferaan yg
berasaskan kpd pembahagian empat quadrant
(sukuan).
Menjelaskan perkaitan fungsi otak yg berkaitan dgn
fungsi hemisfera otak kiri (HOKi) dan hemisfera otak
kanan (HOKa).
Setiap satu quadrant ada elemen-elemen tertentu &
setiap pelajar yg dominan mana-mana quadrant
akan menunjukkan ciri-ciri tertentu dalam
pembelajarannya.
Quadrant A : analitikal, logik, kuantitatif, rasional,
fakta.
Quadrant B : terperinci, perancangan, prosedur,
ulangan dan pengelolaan.
Quadrant C : intuitif, perkongsian, muzik, emosi
dan kerohanian.
Quadrant D : holistik, serentak, kreatif, imaginatif
dan visi.
KIRI ATAS (A)
1. Analitik
5. Logik
9. Kuantitatif
13. Rasional
17. Fakta
KANAN ATAS (D)
4. Holistik
8. Serentak
12. Kreatif
16. Imaginatif
20. Visi
KIRI BAWAH (B)
2. Terperinci
6. Perancangan
10. Prosedur
14. Ulangan
18. Pengelolaan
Elemen-Elemen Mewakili Fungsi Qudrant A, B, C dan D
(Sumber: Haji Abdul Fatah b. Hasan, “Kecemerlangan Minda
Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak dan Daya Berfikir” 1996,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, hlm 37)
KANAN BAWAH (C)
3. Intuitif
7. Perkongsian
11. Muzik (Irama)
15. Emosi
19. Kerohanian
OTAK
MANUSIA
4. MODEL GAYA KOGNITIF KLOB
(1976)
Menunjukkan setiap individu ada gaya
pembelajaran yg terdiri drp pemperosesan
maklumat berdasarkan hemisfera otak berserta
pengalaman dari persekitaran (experimential
learning).
Maklumat & pengalaman dlm bentuk :
Konkrit : pengetahuan melalui panca indera
Abstrak : pengetahuan yang memerlukan
penganalisisan dan penaakulan.
Pemperosesan maklumat adalah dalam bentuk
kontium dari bentuk aktif seperti mencuba sesuatu
kepada bentuk realitif seperti memikirkan dan
melihat semula.
Kolb (1985) : nyatakan 4 Gaya Pbj ; pengalaman
konkrit, pemerhatian reflektif, konseptualisasi
(pembentukan konsep) abstrak dan pengkajian aktif.
Kolb juga menyatakan 4 kumpulan Gaya Belajar
ketika murid berinteraksi dgn maklumat iaitu.
konverger, diverger, asimilator dan akomodator.
PENGETAHUAN
ASIMILATOR
Tranfomation
Via INTENTIONPEMERHATIAN
REFLEKTIF
PENGALAMAN
KONKRIT
PENGETAHUAN
DIVERGER
PENGETAHUAN
KONVERGER
PENGETAHUAN
AKOMODATOR
Grasping
Via APPREHENSION
Tranfomation
Via EXTENSION
Grasping
Via COMPREHENSION
KONSEPTUALISASI
ABSTRAK
PENGKAJIAN
AKTIF
CARA GAYA
PEMBELAJARAN
CIRI-CIRI
GAYA PEMBELAJARAN
PENGALAMAN
KONKRIT
• rasa, reseptif, intuitif
• libatkan perasaan
• gemarkan contoh spesifik
• anggap setiap masalah satu perkara terasing.
PEMERHATIAN
REFLEKTIF
• fahami makna sebenar sblm buat keputusan
• penelitian yang mendalam
• melibatkan proses dalaman
• reflektif, interovert (lebih suka tumpu perhatian
dan perhatian pada diri sendiri)
• pemerhatian teliti
• berhati-hati mengambil keputusan
CARA GAYA
PEMBELAJARAN
CIRI-CIRI
GAYA PEMBELAJARAN
KONSEPTUALISASI
ABSTRAK
• menganalisis konsep, idea, teori secara logik
• suka berfikir
• tranformasi maklumat menerusi pemerhatian
reflektif / pengkajian aktif
• menekankan teori dan analisa sistematik
• pemikiran logik
• gemarkan arahan guru
• Analitikal / Konseptual / Rasional
• sukakan benda dan simbol.
PENGKAJIAN AKTIF
• mengaplikasikan sesuatu secara praktikal
sehingga berjaya
• menekankan kepada usaha luaran yang aktif
• pelajar aktif
• sukakan ujikaji
• ekstrovert (lebih pentingkan hal lahiriah
daripada hal batiniah)
• gemarkan projek, kerja di rumah
• perbincangan dalam kumpulan kecil.
KUMPULAN GAYA PEMBELAJARAN
KEKUATAN GAYA PEMBELAJARAN
ASIMILATOR
(PR & KA)
• mencipta teori, sukakan penghujahan induktif
• cipta model berbentuk teori logik
• cekap menaakul secara induktif
• pengamatan bercapah
• penjelasan berintegrasi
• cekap dalam subjek sains dan matematik
• major dalam Kimia dan Matematik
AKOMODATOR
(PK & PA)
• membuat perkara baru, menyesuaikan diri,
mencari peluang
• gemar menjalankan eksperimen
• terlibat dengan pengalaman baru
• sukakan cabaran dan risiko
• cekap untuk sesuaikan diri
• selesaikan masalah secara intuitif & cuba jaya
• major Perniagaan, Ekonomi, Perdagangan
KUMPULAN GAYA PEMBELAJARAN
KEKUATAN GAYA PEMBELAJARAN
DIVERGER
(PK & PR)
• berimaginasi, mencari idea
• imaginatif dan emosional
• lebih kepada suasana konkrit
• organisasi pemahaman secara Gestalt
• berminat dengan individu lain
• berminat dengan budaya secara meluas
• berkecenderungan dalam bidang seni
• major Sejarah, B. Malaysia, Bahasa Inggeris.
KONVERGER
(KA & PA)
• selesai masalah, buat keputusan,aplikasi idea
• aplikasi idea secara praktikal
• sukakan ujian kecerdasan yang ada satu
jawapan betul untuk satu soalan.
• organisasi pengetahuan secara deduktif
• fokus kepada masalah khusus
• tidak emosional
• gemar berhdpn dgn benda berbanding dgn org.
• minat agak sempit
• major Kejuruteraan.
5. MODEL GAYA PEMBELAJARAN GREGORC
(1979)
Setiap individu punyai pemikiran dalaman yang unik.
Pemikiran tersebut mempunyai saluran tertentu yg
digunakan utk menerima dan memproses maklumat
dgn efisyen. Berdasarkan cara pemerosesan
tersebut tdt 4 jenis GPbj yg dimiliki oleh seseorang
individu memproses maklumat secara abstrak-
turutan, konkrit-abstrak, abstarak-rawak atau konkrit-
rawak (Gregorc, 1979).
4 pemikiran ini bertindak menggambarkan wujud 2
bhg pemikiran yg berbeza dari segi fungsi &
peranan di dalam soal pemikiran.
Pemikiran ini mempengaruhi cara mentafsir &
menyusun realiti, menggunakan kemahiran,
menilai masa, memproses pemikiran dan
pemerhatian, menghadapi kehidupan dan
perubahan dan menggunakan bahasa serta
memilih persekitaran yg disukainya.
6. MODEL McCARTHY
(1980, 1990)
McCarthy (1980. 1990), ; ‘The 4 MAT System –
Teacing To Learning Styles With Right/Left Mode
Techniques’. terdapat perbezaan HOKi dan HOKa &
mendapati 4 jenis GPbj iaitu inovatif, analitik,
rasional & dinamik dipengaruhi oleh perbezaan
otak kiri dan kanan.
Pelajar GPbj Inovatif : seseorang yg „divergen‟ iaitu mencari sesuatu dgn melibatkan diri aktif dlmperbincangan & memproses maklumat secarakonkrit.
Pelajar GPbj Analitik : utamakan fakta & bergantung kpd pandangan pakar dlm menilai & memproses maklumat secara reflektif dan abstrak.
Pelajar GPbj Rasional : berminat utk mengetahuiperkara yg relevan dgn kehidupannya
Pelajar GPbj Dinamik : berani mengambil risiko, bijak menyelesaikan masalah serta suka merekacipta sesuatu. (Ahmad Jasni, 1997).
Berkaitan dgn gaya kognitif, afektif, fisiologi dan
psikologi.
Terdapat 21 elemen berdasarkan teori perbezaan
hemisfera otak.
Namun begitu perbezaan hemisfera otak yang
terdapat dalam model ini berhubung dengan
pelbagai faktor seperti faktor persekitaran dan
budaya.
Faktor fisiologi berdasarkan model ini meliputi
perbezaan dan kekuatan daya tanggapan dan
persepsi terhadap kesukaan memproses
maklumat secara global atau analitik dan
menggunakan otak kiri atau kanan atau
kecenderungan merefleksi atau bertindak
spontan.
Faktor psikologi berdasarkan model ini melihat
perbezaan seseorang memproses maklumat baru
yang lebih sukar.
Seseorang itu mungkin merupakan pemproses
otak kiri atau pemproses otak kanan.
HOKi biasanya memproses maklumat berkaitan
dengan nombor, logik, bahasa (membaca dan
menulis) formal dan analisis.
HOKa menjalankan fungsi seperti mengenal
wajah, corak (lukisan), kreativiti dan sintesis.
Perbandingan Antara Individu Yang Mempunyai Pemproses Otak Kiri
dan Pemprosesan Otak Kanan.
PEMPROSES OTAK KIRI
Suka cahaya yang lebih terang dan
tempat duduk yang tersusun.
Gemar belajar di tempat senyap, bekerja
di hadapan pihak berkuasa,
menyempurnakan tugas pada satu masa
dan melaksanakan tugas yang berstruktur
(arahan yang jelas)
Gigih menyempurnakan tugasan.
Tidak suka makan / minum ketika
membuat kerja.
PEMPROSES OTAK KANAN
Gemar belajar dengan alunan muzik,
keadaan yang sederhana terang, tempat
duduk yang tersusun (informal) dan gemar
menyempurnakan beberapa tugas pada
sesuatu masa.
Memerlukan rehat sebelum dapat
menjalankan tugas.
Suka makan / minum ketika membuat
kerja dan suka tugasan yang tidak
berstruktur.
Berusaha dengan gigih tanpa pihak
berkuasa
HOKi HOka
8. Model Pemikiran Saintifik
SPB4L (2000)
Mohd Yusof Hassan (2000) mengemukakan
Sistem Pemikiran Bersepadu Empat L atau
ringkasnya SPB4L.
Menurut beliau pembangunan minda manusia
perlu berteraskan sistem pemikiran ini.
Beliau mengemukakan empat jenis pemikiran
iaitu
(1) Pemikiran Luhur – pemikiran yang suci, murnidan berasaskan ketauhidan, keimanan danketakwaan. Pemikiran keagamaan yang berhubungkait dengan unsur-unsur ghaib dan ketuhanan.
(2) Pemikiran Lahir – kemampuan berfikir tentangkemampuan manusia daripada peringkat dalamrahim (berusia 6 hari) kemudian lahir sehinggaberusia 6 tahun.
(3) Pemikiran Logik – pemikiran berdasarkan ilmu-ilmu pasti, ilmu sains dan matematik. Pemikiran yangmemerlukan hujaah dan bukti.
(4) Pemikiran Lateral – pemikiran yang tidakmementingkan logik fakta atau kebenaran tetapilebih mengutamakan imaginasi, rekaan dankhayalan semata-mata.