Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
-
Upload
afifah-abidin -
Category
Education
-
view
451 -
download
35
Transcript of Tajuk 1 : PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN(RBTS3052)
AFIFAH BINTI ABIDIN (960420-02-5342)SITI ZULAIHA BINTI APANDI(970824-03-5394)PISMP RBT
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN (SDP)
KONSEP SDP
Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat dan kebolehan. Integrasi Seni
Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistic. Seni Dalam Pendidikan penting
kerana dapat membantu meningkatkan kreativiti dan akspresi kendiri seseorang.
MATLAMAT SDP
Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kreatif, kritis, inovatif dan inventif.
Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).
OBJEKTIF SDP
Mewujudkan pembelajaran
yang optimum.
Meningkatkan pengetahuan, daya
kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam seni
visual, muzik dan pergerakan.
Memupuk budaya pengamatan, persepsi
dan ekspresi dalam proses penghasilan
melalui penghayatan alam sekitar.
Menggunakan pelbagai kemahiran, media , teknik dan teknologi
untuk mengekspresikan hasil kerja melalui seni.
TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER)
Menurut Gardner (1990) kecerdasan boleh didefinisikan sebagai potensi
untuk memproses informasi yang boleh digiatkan dalam sesuatu budaya dan
menyelesaikan masalah serta membentuk produk yang dinilai oleh
sesuatu budaya.
Menurut Gardner, bahan dan mod P&P mesti sepadan dengan profil kecerdasan murid supaya murid
dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.
PELBAGAI CARA MEMPROSES MAKLUMAT
VERBAL LINGUISTIKKebolehan membaca, bertutur, menulis dan
memberitahu
LOGIKAL MATEMATIKKebolehan
mengkuantitikan, mengukur, membuat
peta, berfikir secara logik
VISUAL RUANG Kebolehan
memggambarkan pengalaman, membuat
corak, bentuk dan warna.
KINESTETIKKebolehan membuat
hands-on, respons kepda tugasan fizikal.
INTRAPERSONALKebolehan menilai emosi, perasaan
dan peribadi sendiri.
NATURALISKebolehan
mengenalpasti binatang,
tumbuhan dan sistem planet.
KELEBIHAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI
• Fleksibel• Guru dapat melihat potensi yang ada pada ada murid.• Membantu guru merancang pengajarannya.• Membolehkan guru memberi tunjuk ajar sepenuhnya tentang
kekuatan dan kelemahan yang ada pada pelajar.
TEORI KONSTRUKTIVISME ( LEV VYGOTSKY )
Lev Vygotsky (1896)
berpendapat bahawa
perkembangan kognitif dan penggunaan
bahasa kanak-kanak tidak boleh diasingkan dalam
konteks sosial
Proses perkembangan mental seperti
ingatan, pemerhatian dan penaakulan
melibatkan pembelajaran
menggunakan hasil penemuan masyarakat seperti bahasa, sistem
pengiraan dan alat-alat pengukuhan
ingatan.
Perkembangan kanak-kanak
dipengaruhi oleh bimbingan daripada orang yang pakar.
Pengetahuan mereka bertambah dengan
luas melalui interaksi.
Perkembangan manusia
dipengaruhi oleh kegiatan sosial
dan budaya
CIRI-CIRI
Menggalakkan murid bertanya sesama sendiri dan guru.
Mengganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.
Menyokong pembelajaran secara koperatif.
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan melalui penglihatan murid dalam dunia sebenar.
TEORI HOKA HOKI (NED HERRMANN)
Ned Herrmann telah
melanjutkan teori Sperry
yang membahagikan otak kepada 4
bahagian iaitu ‘ Quadrant Concept’.
Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini
amat mempengaruh
i gaya pemikiran
setiap manusia.
Gaya pemikiran otak
kanan lebih bebas dan
rawak, lebih menyeluruh,
intuisi, subjektif,
sintesis, dan abstrak.
Gaya pemikiran
otak kiri lebih menjurus
kepada logik, rasional, analitik, objektif,
berturutan dan spesifik.
Ilmu yang cenderung bagi otak
kanan ialah muzik
manakala otak kiri ialah matematik.
• Pemikiran otak kiri lebih digunakan dalam pendidikan di Malaysia • Gaya berfikir otak kiri ini dikelaskan sebagai gaya pemikiran
vertikal iaitu memerlukan sebab rasional dan logik. • Berdasarkan teori Hoka Hoki, seni dapat membantu pemikiran
rasional dan intuitif seseorang individu. • Dengan adanya pemikiran menggunakan otak kanan dan otak
kiri, maka SDP dapat menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid lebih mudah difahami selari dengan teori kecerdasan pelbagai.
KEPENTINGAN SDP
Menjadikan proses P&P lebih menarik
Memotivasikan diri untuk menjadi guru
yang kreatif, inovatif, peka dan
profesional.
Membantu perkembangan insan secara menyeluruh
Membantu perkembangan intelek terutama dalam aspek
menyelesaikan masalah
SEKIAN TERIMA KASIH