Tahap SM5 Sajak - edubest.edu.my · Sajak "Sejadah Rindu" bertemakan . ketuhanan serta ketaatan...
Transcript of Tahap SM5 Sajak - edubest.edu.my · Sajak "Sejadah Rindu" bertemakan . ketuhanan serta ketaatan...
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest
Tahap SM5
Sajak
Nama : _____________________________
Sejadah Rindu
Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
mega terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
dari Pencipta dalam gemuruh.
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
Mohd. Haikal Aminuddin
dalam antologi Sejadah Rindu,
.
Maksud Sajak
Rangkap 1: Penyajak terkedu di atas sejadah sewaktu mengungkapkan kalimah
syahdu yang menyentuh kalbu dan menginsafi dosa-dosa yang lalu.
Rangkap 2: Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon peluang agar
dibukakan ruang keampunan sebelum dia meninggal dunia pada saat yang
ditakdirkan oleh Tuhan.
Rangkap 3: Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan sebagai bukti,
akhirnya penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dengan nafas yang sebak
dalam suasana yang hening dan sepi.
Rangkap 4: Hati penyajak luluh dan jiwanya tersentuh dengan ayat-ayat cinta
yang disusun rapi sewaktu memohon keampunan daripada Pencipta dengan
perasaan yang gemuruh.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Rangkap 5: Penyajak berdoa kepada Yang Maha Esa agar mengizinkan dirinya
menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan sedar bahawa dunia
ini bersifat sementara.
Tema
Sajak "Sejadah Rindu" bertemakan ketuhanan serta ketaatan kepada agama.
Penyajak insaf akan dosa-dosanya yang lalu. Lantas, penyajak memohon
keampunan dengan bertaubat sungguh-sungguh sebelum penyajak meninggal
dunia. Hal ini demikian kerana penyajak berasa insaf dan sedar bahawa dunia
ini hanyalah sementara.
Persoalan
1. Keinsafan atas segala dosa-dosa lalu yang menghantui hidup.
2. Pengharapan terhadap pengampunan daripada Pencipta sebelum
meninggal dunia.
3. Keikhlasan dalam memohon keampunan daripada Pencipta.
4. Taubat yang dilakukan dengan sungguh-sungguh sehingga menitiskan air
mata.
5. Keampunan yang diharapkan hanyalah daripada Pencipta.
6. Dunia ini hanya sementara.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Sajak ini terdiri daripada lima rangkap.
3. Bilangan baris dalam rangkap pertama, kedua, keempat, dan kelima adalah
sama, kecuali rangkap ketiga. Rangkap pertama mengandungi enam baris,
rangkap kedua mengandungi enam baris, rangkap ketiga mengandungi tujuh
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
baris, rangkap keempat mengandungi enam baris, dan rangkap kelima
mengandungi enam baris.
4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara satu
hingga enam patah kata dalam satu baris.
S. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada tiga hingga empat belas
suku kata.
6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aaaaaa, rangkap kedua: aaaaaa,
rangkap ketiga: aabaaaa, rangkap keempat: aaaaaa, dan rangkap kelima:
aaaaaa.
Gaya Bahasa
1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu
indah dan berkesan. Contohnya:
i. bait bicara tersentuh kalbu - rangkap 1, baris 4
ii. ayat-ayat cinta disusun kukuh - rangkap 4, baris 3
iii. di sejadah rindu yang lusuh - rangkap 4, baris 4
2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Sejadah Rindu"
termasuklah:
(a) inversi. Contohnya:
i. Terkedu aku - rangkap 1, baris 1
(sepatutnya: Aku terkedu)
ii. moga terbuka ruang keampunan - rangkap 2, baris 4
(sepatutnya: Ruang keampunan moga terbuka)
(b) personifikasi. Contohnya:
Air mata menjadi saksi - rangkap 3, baris 1
(c) metafora. Contohnya:
i. sejadah rindu - rangkap 1, baris 2
ii. nafas kehidupan - rangkap 2, baris 2
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(d) penggunaan bahasa Arab. Contohnya:
i. kalimah - rangkap 1, baris 3
ii. Ilahi - rangkap 3, baris 4
iii. taubat - rangkap 3, baris 6
Unsur Bunyi :
(a) asonansi
Contohnya:
i. perulangan bunyi vokal a
bait bicara tersentuh kalbu - rangkap 1, baris 4
ii. perulangan bunyi vokal i
keikhlasan menjadi bukti - rangkap 3, baris 2
iii. perulangan bunyi vokal u
aku sujud menghadap Ilahi - rangkap 3, baris 4
(b) aliterasi
Contohnya:
i. perulangan bunyi konsonan k
kupohon kembali nafas kehidupan - rangkap 2, baris 2
ii. perulangan bunyi konsonan s
sebelum saat aku dinisankan - rangkap 2, baris 5
iii. perulangan bunyi konsonan m
izinkan aku menjadi manusia - rangkap 5, baris 2
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Nada
Sajak "Sejadah Rindu" bernada melankolik. Nada ini sesuai untuk
menggambarkan keinsafan penyajak atas dosa-dosanya yang lalu. Sajak ini juga
menggambarkan keikhlasan hati penyajak yang ingin bertaubat kepada
Pencipta.
Nilai
1. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang
lalu.
2. Nilai kegigihan. Contohnya, penyajak bersungguh-sungguh dan gigih untuk
mendapatkan keampunan sebelum meninggal dunia.
3. Nilai keikhlasan. Contohnya, penyajak bertaubat dengan penuh keikhlasan
sehingga menitiskan air mata.
4. Nilai ketaatan. Contohnya, penyajak taat kepada Pencipta dan hanya
berharap kepada pengampunan daripada Pencipta.
5. Nilai kesedaran. Contohnya, penyajak mempunyai kesedaran bahawa dunia
ini sementara sahaja.
Pengajaran
1. Kita mestilah segara insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu supaya kita
tidak menjadi orang yang rugi di akhirat nanti.
2. Kita haruslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa untuk
memperoleh keampunan agar kita memiliki hati yang bersih.
3. Kita hendaklah memohon keampunan dengan penuh keikhlasan agar
dosa-dosa yang lalu diampunkan oleh Tuhan dan tidak berulang lagi.
4. Kita mestilah taat kepada Pencipta supaya kita sentiasa sedar diri dan
mengejar pengampunan daripada Pencipta.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Kita hendaklah sedar bahawa dunia ini hanya sementara supaya kita tidak
melakukan perbuatan dan tindakan yang melebihi batasan.
Latihan
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah yang dilakukan oleh penyajak di atas sejadah rindu?
[2 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Berikan kesimpulan anda tentang tanda-tanda bahawa seseorang itu
merupakan insan yang bertakwa kepada Pencipta. (KBAT)
[3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(iii) Cerakinkan bentuk sajak di atas.
[4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sajak “Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus”
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
di sayapmu yang patah.
Sazalee Yacob
dalam antologi Sejadah Rindu,
Maksud Sajak
Rangkap 1: Penyajak menghantar anak dara suntinya ke tempat baharu yang
jauh berbeza kehidupannya supaya anaknya itu menimba ilmu dan pengalaman
di menara gading.
Rangkap 2: Penyajak melepaskan anak dara suntinya untuk mengenali
kehidupan yang banyak dugaan dan cabaran serta memerlukan pertimbangan
akal yang waras.
Rangkap 3: Penyajak mengingatkan bahawa kehidupan di kampus bukan
sahaja penuh dengan ilmu pengetahuan, bahkan juga sarat dengan dugaan yang
boleh menghanyutkan budi pekerti dan meninggikan ego.
Rangkap 4: Penyajak menasihati anak dara suntinya agar pandai membawa diri
dalam mengharungi kehidupan baharu. Penyajak berharap agar anak dara
suntinya itu tidak pulang dengan kedukaan dan kegagalan.
Tema
Sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus" bertemakan nasihat ibu
bapa kepada anak-anak gadis yang akan melanjutkan pelajaran di
Institusi Pengajian Tinggi. Penyajak, iaitu lelaki kecil menasihati gadis desa
yang masih sunti dan membesar di kawasan sawah bendang agar berhati-hati
sewaktu hidup dan belajar di kampus. Lelaki kecil itu berharap agar si gadis
memperoleh kejayaan dan tidak kecewa dalam mengejar cita-cita.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Persoalan
1. Perbezaan antara kehidupan di desa dengan kehidupan di kampus.
2. Harapan seorang ayah supaya anaknya dapat menikmati peluang untuk
menimba ilmu di menara gading.
3. Keberanian seorang bapa yang melepaskan anak gadis suntinya untuk
menuntut ilmu di menara gading.
4. Kehidupan di kampus yang banyak cabaran.
5. Keegoan yang mengetepikan pekerti.
6. Kebijaksanaan untuk menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan
di kampus.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama
mengandungi lapan baris, rangkap kedua mengandungi enam baris, rangkap
ketiga mengandungi enam baris, dan rangkap keempat mengandungi lima
baris.
4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara tiga
hingga enam patah kata dalam satu baris.
5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lima hingga lima belas
suku kata.
6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaade, rangkap kedua:
abcdef, rangkap ketiga: abcdeb, dan rangkap keempat: abacd.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Gaya Bahasa
1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu
indah dan berkesan. Contohnya:
i. memesrai azimat dan tangkal- rangkap 1, baris 7
ii. menongkah awan perak dan kabut dingin - rangkap 2, baris 3
iii. tumbuh gunung ego menghalau pekerti - rangkap 3, baris 6
iv. menongkah awan mulus dan kabus dingin - rangkap 4, baris 2
2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Pesan Lelaki Kecil
kepada Gadis Kampus" termasuklah:
(a) personifikasi. Contohnya:
hadir sihir angin bernafas api - rangkap 3, baris 2
tumbuh gunung ego menghalau pekerti - rangkap 3, baris 6
(b) unsur alam. Contohnya:
i. angin - rangkap 1, baris 6
ii. burung putih - rangkap 2, baris 1
iii. kabut- rangkap 2, baris 3
iv. sembilu - rangkap 2, paris 5
v. kabus - rangkap 4, baris 2
(c) penggunaan bahasa Klasik atau Sanskrit. Contohnya:
i. bumantara – rangkap 1, baris 3
ii. sunti - rangkap 1, baris 5
iii. azimat- rangkap 1, baris 7
iv. tangkal- rangkap 1, baris 7
v. pekerti - rangkap 3, baris 6
vi. mulus - rangkap 4, baris 2
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Unsur Bunyi
(a) asonansi
Perulangan bunyi huruf vokal atau perulangan asonansi dalam sajak ini telah
menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contohnya:
i. perulangan bunyi vokal a
bumantara asing dari yang sering kaumesrai - rangkap 1, baris 3
ii. perulangan bunyi vokal i
hadir sihir angin bernafas api - rangkap 3, baris 2
iii. perulangan bunyi vokal u
Kulepaskan kau menjadi burung putih - rangkap 2, baris 1
iv. perulangan bunyi vokal e
menyelit antara sembilu nasib - rangkap 2, baris 5
(b) aliterasi
Perulangan bunyi huruf konsonan atau perulangan aliterasi dalam sajak ini telah
menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contohnya:
i. perulangan bunyi konsonan k
Kuhantar kau mengecapi angin baru - rangkap 1, baris 1
ii. perulangan bunyi konsonan s
dengan suasana suntimu - rangkap 1, baris 5
Nada
Sajak "Pesan Lelaki Kecil kepada Gadis Kampus" bernada melankolik. Nada
ini sesuai untuk menggambarkan kasih sayang ibu bapa kepada anaknya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Mereka sentiasa menasihati anak gadisnya agar sentiasa menjaga maruah diri
semasa berada di perantauan.
Nilai
1. Nilai keberanian. Contohnya, keberanian penyair sebagai seorang bapa yang
melepaskan anak gadis suntinya untuk menuntut ilmu.
2. Nilai kasih sayang. Contohnya, penyair sebagai seorang bapa amat sayang
akan anak gadis suntinya.
3. Nilai baik hati. Contohnya, penyair sebagai bapa bersikap baik hati dengan
memberikan nasihat kepada anak gadis suntinya yang berada jauh di kampus.
4. Nilai kecekalan. Contohnya, anak gadis sunti dinasihatkan oleh bapanya agar
cekal menghadapi cabaran dan dugaan di kampus.
Pengajaran
1. Kita mestilah bersikap berani untuk melepaskan anak-anak demi kebaikan
masa hadapan mereka.
2. Kita hendaklah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-
anak agar mereka sentiasa diberi perhatian yang sewajarnya.
3. Kita mestilah bersikap baik hati supaya orang di sekeliling kita mendapat
manfaat apabila mereka berada di sisi kita.
4. Kita haruslah cekal berhadapan dengan segala cabaran agar matlamat
yang ditetapkan tercapai.
Latihan
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(i) Berikan maksud Pandai-pandailah kau terbang.
[2 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya
pelajar berjaya dengan cemerlang dalam pengajiannya? (KBAT)
[3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(iii) Analisis gaya bahasa yang anda temui dalam sajak di atas.
[4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sajak “Erti Hidup Bererti”
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung batik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Teo Wei Sing
dalam antologi Sejadah Rindu,
Maksud Sajak
Rangkap 1: Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu
sepi. Walau bagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan
harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya.
Rangkap 2: Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya sebagai bayangan
lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh anak-
anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga anak yang bongsu. Lantas,
penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan.
Rangkap 3: Penyajak berasa bahawa dirinya tidak bermakna kepada anak-
anaknya. Namun demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi
keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang
kekal kecuali Tuhan.
Tema
Sajak "Erti Hidup Bererti" bertemakan kesunyian hidup yang dilalui oleh
golongan warga tua. Penyair berasa sunyi dalam hidupnya kerana anak-
anaknya telah melupakan kasih sayangnya. Penyair berharap agar anak-anaknya
dikurniakan oleh Tuhan keinsafan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Persoalan
1. Kesunyian hidup yang dirasai oleh seorang tua.
2. Kehidupan seorang tua yang tidak dijenguk dan tidak dipedulikan oleh
anak- anak.
3. Kasih dan sayang orang tua yang tidak dihargai oleh anak-anak.
4. Kegembiraan seorang ibu atau bapa pada masa lalu hanya tinggal
kenangan.
5. Sikap anak-anak yang saling menolak tanggungjawab untuk menjaga orang
tua.
6. Harapan orang tua yang tetap sayang akan anak-anaknya.
7. Orang tua berharap agar anak-anaknya diberi keinsafan.
8. Kesedaran bahawa Tuhan sahaja yang kekal.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama
mengandungi tujuh baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris, dan
rangkap ketiga mengandungi sebelas baris.
4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua
hingga enam patah kata dalam satu baris.
5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tiga belas
suku kata.
6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: aabcaca, rangkap kedua:
abccdeafgh, dan rangkap ketiga: aabacdefdgc.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Gaya Bahasa
1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu
indah dan berkesan. Contohnya:
i. dari sulung ditendang ke bongsu - rangkap 2, baris 6
ii. dari angah ditendang ke sulung balik - rangkap 2, baris 7
iii. berdiri tanpa ruang - rangkap 2, baris 10
iv. baik setia mahupun derhaka - rangkap 3, baris 4
v. semoga disirami benih keinsafan - rangkap 3, baris 5
2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Erti Hidup Bererti"
termasuklah:
(a) simile. Contohnya:
bagai kalung - rangkap 1, baris 3
(b) metafora. Contohnya:
benih keinsafan - rangkap 3, baris 5
(c) hiperbola. Contohnya:
i. cinta dalam rahim dilupai- rangkap 2, baris 5
ii. embun cinta atasi angin dingin - rangkap 3, baris 7
(d) anafora. Contohnya:
i. dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik - rangkap 2, baris 6 dan 7
ii. ada yang mati
ada yang hidup - rangkap 3, baris 9 dan 10
(e) unsur alam. Contohnya:
i. malam - rangkap 1, baris 2
ii. tasik - rangkap 2, baris 1
iii. angin dingin - rangkap 3, baris 7
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Unsur Bunyi
(a) asonansi
Perulangan bunyi huruf vokal atau perulangan asonansi dalam sajak ini telah
menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contohnya:
i. perulangan bunyi vokal a
Aku selalu didatangi - rangkap 1, baris 1
ii. perulangan bunyi vokal i
semoga disirami benih keinsafan - rangkap 3, baris 5
iii. perulangan bunyi vokal u
anakku bakaku - rangkap 3, baris 3
iv. perulangan bunyi vokal e
menderita mengerang sakit - rangkap 2, baris 9
(b) aliterasi
Perulangan bunyi huruf konsonan atau perulangan aliterasi dalam sajak ini telah
menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contohnya:
i. perulangan bunyi konsonan k
tiada yang kekal kecuali Tuhan - rangkap 3, baris 11
ii. perulangan bunyi konsonan m
menderita mengerang sakit - rangkap 2, baris 9
Nada
Sajak "Erti Hidup Bererti" bernada melankolik. Nada ini sesuai untuk
menggambarkan kesunyian hidup yang dirasai oleh penyajak. Beliau sentiasa
mendambakan perhatian dan kasih sayang daripada anak-anaknya yang sudah
melupakan dirinya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 20
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Nilai
1. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak sedar dan insaf bahawa yang kekal
hanyalah Tuhan.
2. Nilai kasih sayang. Contohnya, kasih sayang seorang tua terhadap anaknya
tetap utuh walaupun anaknya itu setia atau derhaka.
3. Nilai ketabahan. Contohnya, ketabahan dalam mengharungi kehidupan
seorang diri dan kesunyian tanpa dihiraukan oleh anak-anak.
4. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, sikap tanggungjawab ibu bapa
terhadap anak-anaknya dengan mendoakan mereka agar dikurniakan keinsafan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah berasa insaf dan sedar bahawa kehidupan di dunia ini
hanya sementara dan Tuhan sahaja yang kekal.
2. Ibu mestilah bersikap penyayang terhadap anak-anak supaya kehidupan
anak-anak itu mendapat berkat.
3. Kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup agar tidak dirundung rasa
putus asa.
4. Ibu bapa hendaklah sentiasa bertanggungjawab terhadap anak-anak
supaya mereka memperoleh keredaan ibu bapa menerusi doa dan restu.
Latihan
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Bagaimanakah keadaan hidup seorang tua dalam sajak di atas?
[2 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 21
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Pada andaian anda, apakah faktor yang menyebabkan anak-anak
mengabaikan ibu bapanya yang sudah tua? (KBAT)
[3 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(iii) Analisis tema sajak di atas.
[4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 22
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sajak “Kudup Perang”
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman - sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya:
siapakah pahlawan yang asli?
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara - perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 23
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsara
di tiang maruah kota.
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersiat- nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat.
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia - seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama.
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
Tuah Sujana
dalam antologi Sejadah Rindu,
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 24
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Maksud Sajak
Rangkap 1: Penyajak mengingatkan bahawa seseorang yang masih bergelar
panglima perang akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan
dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih berasa berterima kasih kerana
berpeluang untuk menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Rangkap 2: Penyajak sedar bahawa dia tidak sempat hidup dalam zaman
perbalahan dan penuh dengan angkara. Oleh itu, dalam kekeliruan, penyajak
tertanya-tanya akan orang yang membunuh pendusta.
Rangkap 3: Penyajak tidak mahu menyanjung Tuah sebagai pendekar paling
gagah kerana kesetiaan Tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh
itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga
sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Rangkap 4: Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai pengkhianat kerana
dia masih mengingati perjuangan Jebat dalam mempertahankan keadilan. Oleh
itu, Jebat telah dianggap suci.
Rangkap 5: Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat
dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah.
Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Justeru,
usaha untuk memulihkan sisa-sisa kehidupan yang damai amatlah sukar.
Rangkap 6: Penyajak sedar bahawa sehingga kini, masyarakat masih
bertengkar untuk menentukan pahlawan sebenar antara Tuah dengan Jebat.
Tema
Sajak "Kudup Perang" bertemakan kepentingan kewibawaan dan ketokohan
pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi. Penyajak sedang mencari
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 25
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
keadilan antara dua orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang
menuntut keadilan. Tuah yang setia kepada istana telah berlawan dengan Jebat
yang membela Tuah kerana angkara lidah yang menyebarkan fitnah.
Persoalan
1. Peperangan akan mewujudkan perasaan dendam.
2. Usaha untuk mencari kebenaran tentang pahlawan dan pengkhianat yang
sebenarnya.
3. Kekeliruan dalam mengenal pasti orang sebenar yang telah membunuh
pendusta.
4. Sikap tidak mahu memuji dan berpihak antara Tuah yang setia dengan
Jebat yang menuntut keadilan.
5. Keadilan dan kesaksamaan selalu digugat oleh pendustaan.
6. Peperangan menyemarakkan pelbagai dakyah palsu yang menghapuskan
kebenaran.
7. Perbalahan boleh menjadikan yang tidak benar sebagai benar.
8. Peperangan membawa kepada kesengsaraan yang sukar dipulihkan.
Bentuk Sajak
1. Sajak ini berbentuk bebas atau tidak terikat.
2. Sajak ini terdiri daripada enam rangkap.
3. Bilangan baris dalam setiap rangkap tidak sama. Rangkap pertama
mengandungi sebelas baris, rangkap kedua mengandungi sepuluh baris,
rangkap ketiga mengandungi sepuluh baris, rangkap keempat mengandungi
enam baris, rangkap kelima mengandungi lapan baris, dan rangkap keenam
mengandungi empat baris.
4. Jumlah patah kata dalam setiap baris juga tidak sama, iaitu antara dua
hingga enam patah kata dalam satu baris.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 26
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Jumlah suku kata dalam setiap baris terdiri daripada empat hingga tujuh
belas suku kata.
6. Rima akhir sajak ini ialah rangkap pertama: abcdefaggag, rangkap kedua:
abcdedddfd, rangkap ketiga: abcddddddd, rangkap keempat: abcdbb, rangkap
kelima: abccccdc, dan rangkap keenam: abaa.
Gaya Bahasa
1. Pemilihan kata atau diksi dan pembinaan ungkapan oleh pengarang begitu
indah dan berkesan. Contohnya:
i. mengudupkan putik dendam - rangkap 1, baris 4
ii. menumbuhkan kelopak rahsia - rangkap 2, baris 7
iii. melekatlah selumbar sengsara - rangkap 3, baris 9
iv. perca-perca bahagia - seperti perawan - rangkap 5, baris 7
2. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak "Kudup Perang"
termasuklah:
(a) inversi. Contohnya:
sesekali turut direntakan daki pendusta - rangkap 3, baris 8
(sepatutnya: daki pendusta sesekali turut direntakan)
(b) personifikasi. Contohnya:
i. takhta setia - rangkap 3, baris 4
ii. putik dendam - rangkap 1, baris 4
iii. selumbar sengsara - rangkap 3, baris 9
(c) metafora. Contohnya:
peta keadilan - rangkap 4, baris 4
(d) simile. Contohnya:
seperti perawan - rangkap 5, baris 7
(e) hiperbola. Contohnya:
i. jari-jemari takdir - rangkap 1, baris 6
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 27
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
ii. daerah angkara - rangkap 2, baris 6
iii. selumbar sengsara - rangkap 3, baris 9
iv. menjungkitkan amarah - rangkap 5, baris 5
v. peta keadilan yang tersiat - rangkap 4, baris 4
(f) unsur alam. Contohnya:
i. putik - rangkap 1, baris 4
ii. fajar - rangkap 2, baris 2
iii. kelopak - rangkap 2, baris 7
iv. selumbar - rangkap 3, baris 9
v. lautan - rangkap 4, baris 5
vi. bayu - rangkap 5, baris 2
(g) penggunaan bahasa klasik atau Sanskrit. Contohnya:
i, kesumat - rangkap 4, baris 5
ii. keramat - rangkap 4, baris 6
iii. perawan - rangkap 5, baris 7
Unsur Bunyi :
(a) asonansi
Perulangan bunyi huruf vokal atau perulangan asonansi dalam sajak ini telah
menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contohnya:
i. perulangan bunyi vokal a
mewarnakan keindahan pada hodohnya - rangkap 5, baris 4
ii. perulangan bunyi vokal i
ringkik kuda, gemerincing - rangkap 2, baris 3
iii. perulangan bunyi vokal u
mengudupkan putik dendam - rangkap 1, baris 4
iv. perulangan bunyi vokal e
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 28
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Memang kita tidak sempat menjenguk - rangkap 2, baris 1
(b) aliterasi
Perulangan bunyi huruf konsonan atau perulangan aliterasi dalam sajak ini telah
menimbulkan keindahan rentak bunyi dan memberikan kesan pada emosi
semasa membaca sajak. Contohnya:
i. perulangan bunyi konsonan p
pedang pusaka - rangkap 2, baris 4
ii. perulangan bunyi konsonan d
sesekali turut direntakan daki pendusta - rangkap 3, baris 8
iii. perulangan bunyi konsonan b
bercabang lalu bertemu bayu palsu - rangkap 5, baris 2
iv. perulangan bunyi konsonan s
Sehingga senja tiba - rangkap 6, baris 1
Nada
Sajak "Kudup Perang" bernada patriotik. Nada ini sesuai untuk
menggambarkan usaha penyajak yang sedang mencari keadilan antara dua
orang pahlawan, iaitu Tuah yang setia dan Jebat yang menuntut keadilan.
Nilai
1. Nilai keberanian. Contohnya, penyajak berani mencari jawapan dan
kepastian antara pahlawan dengan pengkhianat.
2. Nilai keadilan. Contohnya, Tuah dan Jebat hendaklah diadili dengan
saksama.
3. Nilai keinsafan. Contohnya, penyajak insaf bahawa peperangan dan
perbalahan akan menggugat kedamaian hidup.
4. Nilai kerajinan. Contohnya, usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh
untuk membina kebahagiaan hidup semula selepas peperangan perlu dilakukan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 29
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pengajaran
1. Kita mestilah bersikap berani untuk mencari jawapan yang sahih agar kita
tidak tersilap membuat keputusan.
2. Kita haruslah bersikap adil dan saksama supaya tidak melakukan
kezaliman.
3. Kita hendaklah insaf bahawa peperangan dan perbalahan tidak akan
mendatangkan kebaikan.
4. Kita mestilah gigih berusaha dan bersungguh-sungguh untuk membina
kebahagiaan supaya hidup lebih bermakna.
Latihan
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud ungkapan peta keadilan yang tersiat dalam sajak di atas.
[2 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah kriteria untuk menunjukkan seseorang itu
sebagai pahlawan? (KBAT)
[3 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 30
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM5 - Komsas : Sajak 31
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my