TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan...
Transcript of TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA …...... 11 MAC 2004 “Saya akui bahawa ... Berdasarkan...
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR
SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA
PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN DUA DI SEKOLAH DAERAH
KUALA TERENGGANU.
SURIYANA BINTI DAUD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA DI SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU. SESI PENGAJIAN : 2003/2004
SURIYANA BINTI DAUD
(HURUF BESAR)
Saya
mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF MADYA DR. SETH SULAIMAN Nama Penyelia
Tarikh : 11 MAC 2004
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap : 3264-G, KAMPUNG BULUH GADING, 21200 KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN. Tarikh : 11 MAC 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugarahan
ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (SAINS).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : P.M DR. SETH SULAIMAN
Tarikh : 11 MAC 2004
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN
KREATIF DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN DUA DI SEKOLAH DAERAH
KUALA TERENGGANU.
SURIYANA BINTI DAUD
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (SAINS)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
11 MAC 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Nama Penulis : SURIYANA BINTI DAUD
Tarikh : 11 MAC 2004
iii
DEDIKASI
Buat Ayahanda
Engkaulah sumber inspirasiku
Buat Bonda
Kesabaranmu pelita hidupku
Buat kekanda dan adinda
Kalian amat bermakna bagiku
Buat insan teristimewa
Ketabahanmu penunjuk jalan buatku
Buat sahabat seperjuangan
Budimu kukenang ke akhir hayat
Buat warga UTM
Terima kasih atas segalanya
Semoga kalian dirahmati Ilahi
Di dunia dan di akhirat
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah keizinanNya
projek sarjana muda ini dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Di
kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada P.M. Dr. Seth Sulaiman, pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia selaku penyelia projek atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang
diberikan sepanjang proses penyiapan projek ini.
Terima kasih juga ditujukan kepada warga sekolah yang terlibat, kakitangan
Perpustakaan Sultan Zanariah, pegawai di Jabatan Pendidikan Terengganu dan individu
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung kerana sudi meluangkan masa dan
memberi bantuan untuk melancarkan proses perjalanan projek ini. Tidak lupa juga
kepada rakan-rakan seperjuangan, 4SPN atas pertolongan yang dihulurkan.
Akhir sekali , setinggi-tinggi ucapan terima kasih dirakamkan buat keluarga
tercinta terutamanya kedua ibubapa yang sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak dan
atas dorongan yang tidak berbelah bagi kepada anakanda. Sesungguhnya jasa kalian
amat dihargai dan dikenang hingga ke akhir hayat.
Semoga Allah sentiasa melindungi dan memberkati segala usaha kita selama ini.
Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penguasaan kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK). Sampel kajian ini ialah 120 orang pelajar tingkatan dua di
daerah Kuala Terengganu. Instrumen kajian yang digunakan untuk menguji tahap
penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif adalah soalan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif. Keputusan kajian menunjukkkan bahawa tahap penguasaan
kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif di kalangan pelajar tingkatan dua dalam mata
pelajaran Sains adalah pada tahap sederhana. Hasil analisis yang telah dijalankan
mendapati bahawa paling ramai pelajar menguasai kemahiran menciri diikuti oleh
kemahiran meramal, menganalisis, menghubungkait, membanding dan membeza, dan
paling lemah dalam kemahiran membuat inferens. Perbandingan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif antara pelajar lelaki dan perempuan turut dikaji dan didapati
bahawa pelajar lelaki lebih ramai menguasai tahap penguasaaan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif berbanding dengan pelajar perempuan. Namun begitu, tahap
penguasaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif kedua-dua jantina adalah sama
iaitu pada tahap sederhana. Berdasarkan ujian-T, tiada perbezaan signifikan antara
pelajar lelaki dan perempuan untuk keenam-enam komponen kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif. Di akhir laporan kajian ini, telah diutarakan beberapa cadangan
kepada pihak sekolah, guru dan pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir di
kalangan pelajar sekolah.
vi
ABSTRACT The aim of the study is to investigate the level of critical and creative thinking
skills of 120 form two students from four schools in Kuala Terengganu. The instrument
is a paper and pencil test consisting of question related to critical and creative thinking.
The data collected was analyzed using Statistic Package for Social Science Windows
versa 10.0 and Microsoft Excel software. The result showed that the level of critical and
creative thinking skills of the respondents in Science subject was at a moderate level.
Results also showed that most of the students mastered in the skill of characterizing,
followed by predicting, analyzing, relating, comparing and distinguishing. Students are
very poor in making inference. Comparison of the level of critical and creative thinking
skills between male and female students showed that more male students mastered the
critical and creative thinking skills even though the level of critical and creative thinking
skills for both is gender at a moderate level. Based on T-test, there was no any
significant difference between male and female students regarding the six components of
critical and creative thinking skills. Suggestions were made to schools, teachers and
students to improve the thinking skills among students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Rajah xi
Senarai Jadual xii
Senarai Lampiran xiii
Senarai Singkatan xiv BAB I PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Persoalan Kajian 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 7
viii
1.7 Definisi Terminologi 10
1.8 Penutup 12 BAB II SOROTAN PENULISAN 2.0 Pengenalan 13
2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) 14
2.2 Model Kemahiran Berfikir Dan Strategi Berfikir (KBSB) 18
2.2.1 Kemahiran Berfikir Secara Kritis 19
2.2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 22
2.2.3 Strategi Berfikir 24
2.2.3.1 Mengkonsepsi 24
2.2.3.2 Membuat keputusan 24
2.2.3.3 Menyelesaikan masalah 25
2.3 Penutup 26
BAB III METADOLOGI 3.0 Pengenalan 27
3.1 Rekabentuk Kajian 27
3.2 Sampel dan Tempat 28
3.3 Instrumen Kajian 28
3.4 Prosedur Kajian 29
3.5 Kajian Rintis 30
3.6 Analisis Data 31
3.7 Penutup 32
ix
BAB IV ANALISIS DATA 4.0 Pengenalan 33
4.1 Taburan Jantina Pelajar 34
4.2 Tahap Penguasaan 35
4.3 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Tingkatan Dua Dalam 36
Komponen Menciri, Membanding dan Membeza,
Menganalisis, Membuat inferens, Menghubungkait
dan Meramal.
4.4 Perbezaan Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Tingkatan 40
Dua Mengikut Jantina Dalam Komponen Menciri,
Membanding Dan Membeza, Menganalisis,
Membuat Inferens, Menghubungkait Dan Meramal.
4.5 Penutup 44
BAB V PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 5.0 Pengenalan 45
5.1 Perbincangan
5.1.1 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Tingkatan Dua 46
Mengikut Jantina Dalam Komponen Menciri,
Membanding Dan Membeza, Menganalisis,
Membuat Inferens, Menghubungkait Dan Meramal.
5.1.2 Perbezaan Tahap Penguasaan KBKK Pelajar Tingkatan 46
Dua Dalam Komponen Menciri, Membanding Dan
Membeza, Menganalisis, Membuat Inferens,
Menghubungkait Dan Meramal.
5.2 Kesimpulan 47
5.3 Cadangan 47
5.3.1 Peranan Sekolah Untuk Meningkatkan KBKK
x
5.3.2 Peranan Guru Untuk Meningkatkan KBKK 48
5.3.3 Peranan Pelajar Untuk Meningkatkan KBKK 49
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 49
5.5 Penutup 50
BIBLIOGRAFI 51-52 LAMPIRAN A-E 53-69
xi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Komponen-Komponen KBKK 3
2.1 Proses Berfikir 14
2.2 Komponen-Komponen KBKK 16
2.3 Model Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir 19
(KBSB) dalam Sains. Pusat Perkembangan
Kurikulum (2000)
4.1 Taburan Jantina Pelajar 34
4.2 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar 39
4.3 Tahap Penguasaan KBKK Mengikut 42
Jantina (Lelaki)
4.4 Tahap Penguasaan KBKK Mengikut 43
Jantina (Perempuan)
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Sukatan Pelajaran Sains KBSM Tingkatan 9
Dua
2.1 Definisi Bagi Komponen-Komponen 17
KBKK.
3.1 Komponen KBKK Berdasarkan Nombor Soalan 29
KBKK.
3.2 Tahap penguasaan KBKK 31
4.1 Taburan Jantina Pelajar. (N=120) 34
4.2 Tahap Penguasaan KBKK 35
4.3 Tahap Penguasaan Komponen KBKK 35
4.4 Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum 36
Dan Sisihan Piawai. (N=120)
4.5 Peratus Pelajar Dan Tahap Penguasaan KBKK 37
Bagi Enam Komponen KBKK. (N=120)
4.6 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar. (N=120) 38
4.7(a) Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum 40
Dan Sisihan Piawai. (N=48)
4.7(b) Taburan Peratus Min, Minimum, Maksimum 40
Dan Sisihan Piawai. (N=72)
4.8 Tahap Penguasaan KBKK Pelajar 42
Mengikut Jantina. (N=120)
4.9 Perbezaan Signifikan Antara Jantina 44
Menggunakan Ujian-T. (N=120)
xiii
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soalan Kemahiran Berfikir Secara Kritis 53-63
dan Kreatif (KBKK).
B Surat Kebenaran Penyelidikan Bahagian Perancangan 64-65
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
C Surat Memohon Kebenaran Untuk Menggunakan 66-67
Sampel Kajian di Sekolah-Sekolah di Bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia Daripada Jabatan
PendidikanTerengganu.
D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah 68
Menengah Daripada Jabatan PendidikanTerengganu.
E Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan, 69
Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI SINGKATAN KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
FPN - Falsafah Pendidikan Negara
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
IPT - Institusi Pendidikan Tinggi
PMR - Peperisaan Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
KBSB - Kemahiran Berfikir Dan Strategi Berfikir
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
FRISCO - Focus, Reasons, Inference, Situation, Clarity dan
Overview
SPSS - Statistic Package for Social Science
Ujian-T - Independent-Samples T-Test
N - Jumlah Responden
Bil - Bilangan
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diisytiharkan pada tahun 1988 menjadi
tunjang kepada semua aktiviti dan usaha pendidikan di Malaysia. Merujuk kepada FPN,
jelaslah bahawa matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara yang
memiliki personaliti yang baik, seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani ( Ee Ah Meng, 1994). Kepentingan perkembangan daya intelek seseorang
individu menjadi salah satu komponen penting dalam FPN.
Sejajar dengan FPN, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) digubal
supaya wujudnya kesepaduan antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Penggubalan KBSM adalah bagi menyambung proses pembelajaran yang berlaku dalam
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR dan KBSM dilaksanakan
sepenuhnya pada tahun 1983 dan 1989. Dalam perlaksanaan KBSM, satu aspek yang
disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tentang proses pengajaran dan
pembelajaran ialah :
“Para pelajar tidak hanya menerima pengetahuan semata-mata tetapi mereka
seharusnya dapat menyatakan idea, fikiran dan pendapat dengan jelas, objektif, kreatif
dan rasional dalam semua situasi. Untuk mencapai hasrat ini, peluang bagi
2
meningkatkan daya intelek perlu diwujudkan supaya pemikiran kritis dan analitis akan
menjadi salah satu aspek yang penting dalam setiap aktiviti pembelajaran.”
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1989)
Sains merupakan satu bidang keilmuan hasil usaha manusia untuk memperolehi
kefahaman tentang peraturan dan hukum alam ( Ee Ah Meng, 1994). Pada dasarnya,
matlamat asas Sains adalah untuk membolehkan manusia memahami semua perkara dan
fenomena yang berlaku di sekeliling kita.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Pusat
Perkembangan Kurikulum telah menggariskan 12 objektif khusus bagi program Sains
KBSM. Salah satu objektif tersebut adalah meningkatkan kemahiran membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah secara analitis, kritis dan kreatif dalam kehidupan seharian
(Abu Hassan, 2002).
Berpandukan objektif KBSM tersebut, sistem pendidikan Malaysia harus
berusaha keras dalam mendidik dan melahirkan rakyat yang bukan sahaja
berpengetahuan dan berketrampilan, malah boleh berfikir secara kritis dan kreatif,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan cekap dan bijak. Oleh itu,
Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) wajar dijadikan sebagai asas
menimba ilmu dan kemahiran. Kemahiran Berfikir Secara Kritis mempunyai 9
komponen manakala Kemahiran Berfikir Secara Kreatif mempunyai 10 komponen
(Rujuk Rajah 1.1) .
3
Rajah 1.1 : Komponen-Komponen KBKK
(Low Swee Neo, 2000) Secara umumnya, tujuan KBKK diperkenalkan adalah supaya para pelajar bukan
sahaja dapat menguasai maklumat tetapi dapat memproses maklumat tersebut secara
kritis dan kreatif serta mengembangkannya menjadi ilmu pengetahuan yang lebih
berguna (Md. Idris Mansor, 1995).
1.1 Latar Belakang Masalah
Sejak kebelakangan ini, kita sering mendengar rungutan daripada guru Sains dan
guru mata pelajaran lain bahawa pelajar kita tidak boleh berfikir, tidak mampu berfikir,
tidak mahu berfikir dan malas berfikir. Atas dasar apakah para guru membuat tanggapan
sedemikian rupa terhadap pelajarnya sendiri? Masyarakat hari ini juga sudah berani
menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap graduan yang dikatakan tidak kreatif dan
kritis.
KEMAHIRAN BERFIKIR
PEMIKIRAN KREATIF PEMIKIRAN KRITIS ● Menciri ● Membanding dan membeza ● Mengumpul dan mengelas ● Membuat urutan ● Menyusun mengikut keutamaan ● Menganalisis ● Mengesan kecondongan● Menilai ● Membuat kesimpulan
● Menjana idea ● Membuat inferens ● Menghubungkait ● Meramal ● Membuat hipotesis ● Mensintesis ● Mengitlak ● Menganalogi ● Membuat gambaran mental ● Merekacipta
4
Persoalannya, adakah para pelajar yang harus dipersalahkan ataupun sistem
pendidikan Malaysia terutamanya dalam bidang sains dan teknologi yang dikatakan tidak
memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir? Komen-komen
ini menimbulkan persoalan sejauh manakah sistem pendidikan kita memperkembangkan
daya pemikiran dan intelek seseorang (Mohd Dahalan, 1994). Walauapapun jawapan
yang diutarakan, yang paling penting di sini ialah kini sudah ramai guru Sains mulai
sedar bahawa pentingnya pelajar menguasai kemahiran berfikir di samping menguasai isi
pelajaran (Salbiah, 1995).
Kemahiran berfikir ialah kebolehan menggunakan minda untuk mencari makna
dan kefahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai idea, membuat keputusan,
menyelesaikan masalah dengan membuat pertimbangan yang wajar dan merenung
kembali proses pemikiran yang telah dialami. Secara amnya, kemahiran berfikir
terbahagi kepada dua iaitu berfikir secara kritis dan kreatif. Semasa di sekolah rendah
dan menengah, para pelajar kurang didedahkan dalam aspek pembinaan dan
pembangunan minda untuk kemahiran berfikir. Kebanyakan bahan dan isi pelajaran di
sekolah rendah dan menengah adalah berdasarkan fakta-fakta yang telah disediakan
dengan formula-formula terlebih dahulu (Yusof, 1995). Sebenarnya kemahiran berfikir
berkait rapat dengan persepsi dan tanggapan serta penumpuan perhatian dalam hal-hal
yang berhubung dengan penerokaan pengalaman, penggunaan pengetahuan, maklumat
dan ilmu yang sedia ada (Mukhkta & Azahari, 1995).
Pada 28 Februari 1991, Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr.
Mahathir Mohamad telah menegaskan bahawa matlamat pembangunan negara adalah ke
arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan membentuk sebuah
negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 menurut acuan kita sendiri (Abu
Hassan, 2002). Malaysia sebenarnya memerlukan tenaga pekerja yang boleh berfikir
secara kritis dan kreatif serta graduan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang mempunyai
kemahiran berfikir untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju. Seperti yang kita
sedia maklum, pelajar dan graduan merupakan aset negara yang paling penting kerana
5
masa depan negara terletak di tangan mereka. Namun begitu, jika kehendak ini tidak
dapat dipenuhi, sudah tentu misi Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 dan menjadi
negara perindustrian tidak akan tercapai. Tanpa KBKK, dikhuatiri rakyat Malaysia tidak
mampu mengatasi pelbagai masalah dan cabaran dari dalam dan luar negara.
1.2 Pernyataan Masalah Pada awal tahun 1994, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Yang Berbahagia
Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin telah mengumumkan bahawa
sasaran kerja utama Bahagian Penilaian dan Pengukuran, Kementerian Pendidikan
Malaysia ialah memastikan bahawa 60% soalan peperiksaan hendaklah bercorak kritis
menjelang tahun 2000. Dan kini setelah tiga tahun berlalu, KPM berjaya merealisasikan
matlamat tersebut. Namun, sejauh manakah para pelajar dapat menjawab soalan kritis
tersebut dengan betul sedangkan tahap KBKK masih berada pada peringkat yang rendah.
Pada masa akan datang, KPM merancang untuk membenarkan pelajar yang bakal
menduduki SPM membawa masuk buku dan nota ke dalam dewan peperiksaan (open
book examination). Tindakan sedemikian rupa dibenarkan kerana jawapan kepada soalan
peperiksaan sebenarnya bukan terdapat dalam buku sebaliknya para pelajar perlu
membina jawapan sendiri berdasarkan KBKK.
KBKK sebenarnya sudahpun diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran sekolah rendah terutamanya dalam mata pelajaran Sains. Menurut petikan
akhbar The Star yang bertarikh 5 Januari 1994, “ KBKK perlu dijadikan kemahiran asas
di sekolah bermula di sekolah rendah lagi bersama dengan kemahiran asas yang lain iaitu
membaca, menulis dan mengira (3M). ” Namun begitu, tidak semua pelajar kita yang
melangkah ke alam persekolahan menengah dapat menguasai KBKK yang sudahpun
dipelajari sewaktu di sekolah rendah. Oleh itu, penyelidik ingin mengetahui sejauh
6
manakah tahap penguasaan KBKK pelajar sekolah menengah rendah iaitu pelajar
tingkatan dua di beberapa sekolah di Kuala Terengganu dalam mata pelajaran Sains.
KBKK mempunyai sembilan belas komponen tetapi hanya tiga daripada
sembilan komponen kemahiran berfikir secara kritis dikaji iaitu menciri, membanding
dan membeza, dan menganalisis. Untuk kemahiran berfikir secara kreatif pula, tiga
komponen dikaji daripada sepuluh komponen iaitu membuat inferens, menghubungkait
dan meramal. Hipotesis awal penyelidik ialah tahap penguasaan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK) pelajar tingkatan dua dalam mata pelajaran Sains adalah
sederhana ekoran daripada kritikan guru-guru terhadap pelajar-pelajar mereka dan
berpandukan kajian-kajian yang lepas.
1.3 Persoalan Kajian
Secara khususnya, kajian yang bakal dijalankan oleh penyelidik akan menjawab
soalan-soalan berikut :
1.3.1 Setakat manakah tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar-pelajar tingkatan
dua dalam komponen menciri, membanding dan membeza, menganalisis,
membuat inferens, menghubungkait dan meramal?
1.3.2 Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan KBKK di kalangan pelajar-pelajar
tingkatan dua mengikut jantina dalam komponen menciri, membanding dan
membeza, menganalisis, membuat inferens, menghubungkait dan meramal?