TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan...
Transcript of TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG … · meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan...
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN
KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN
FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Sains ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN 4 TENTANG PENGGUNAAN KONSEP SAINS DALAM KEHIDUPAN.
SESI PENGAJIAN: 2005/2006
Saya, FASEEHA BINTI SHAIK IBRAHIM
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengujian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD __________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: A-3-3 Taman Nusantara, Jalan Makloom, Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman 10150 Pulau Pinang. Nama Penyelia Tarikh: 14 APRIL 2006 Tarikh: 14 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
“Saya akui karya ini adalah hasil kajian saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .....................................
Nama Penulis : Faseeha Binti Shaik Ibrahim
Tarikh :
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah sarjana
Muda Faseeha Binti Shaik Ibrahim”.
Tandatangan : .....................................
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman
Tarikh :
PENGHARGAAN
Dimulai dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, bersyukur saya ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin dan limpah kurnianya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan
dalam tempoh yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad S.A.W serta keluarga baginda.
Di kesempatan ini, sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
jutaan terima kasih kepada penyelia saya Prof. Madya Dr. Seth Bin Sulaiman yang
sentiasa melapangkan masa memberi panduan, bantuan, nasihat dan sokongan moral
yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan
penyelidikan. Tidak lupa kepada pihak sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar yang
terlibat sebagai responden kajian saya ini.
Buat seisi keluarga, insan-insan istimewa yang sentiasa memberi sumbangan
serta sokongan, setulus ikhlas penghargaan yang tiada terhingga saya hulurkan di atas
pengorbanan mereka.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada makcikku Nasira Banu Binti
Abdul Samad yang meminjamkan laptop disaat yang amat ku memerlukan sehingga
berjaya menyiapkan laporan penyelidikan ini. Terima kasih atas pertolongan mu ini.
Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
terutamanya Normahajazrin Suria dan Suryakala kerana sudi memberi bantuan dalam
menyiapkan penyelidikan ini. Dengan bantuan kalian, alhamdulillah penyelidikan ini
dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam membantu saya menjayakan laporan penyelidikan ini. Semoga
segala bantuan, jasa baik dan kerjasama yang kalian hulurkan diberkati oleh Allah
S.W.T.
ABSTRAK
Kajian secara deskriptif ini adalah untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar
tingkatan empat tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan. Sebanyak 90
pelajar tingkatan empat yang berasal dari sekolah campuran jantina di daerah Pulau
Pinang telah menyertai kajian ini. Kajian ini melibatkan 44 pelajar lelaki dan 46 pelajar
perempuan. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian ini bagi
meninjau tahap kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan bagi
aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi tubuh badan dan penyakit, aspek alam
sekitar dan tenaga dan aspek tanggungjawab personal dan sosial. Analisis data adalah
menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science for windows release 10.0
(SPSS software) skor maksimum, peratus pencapaian dan ujian-t. Tahap kefahaman
pelajar dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah, tahap sederhana dan tahap
tinggi. Kajian ini menunjukkan bahawa aspek kesihatan, pemakanan, kebersihan, fungsi
tubuh badan, penyakit dan aspek alam sekitar dan tenaga berada pada tahap rendah
manakala aspek tanggungjawab personal dan sosial berada pada tahap sederhana.
Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan signifikan tahap
kefahaman tentang penggunaan konsep sains dalam kehidupan di antara jantina lelaki
dan perempuan.
ABSTRACT
This descriptive study is conducted to examine form four students’ level of
understanding of science concepts and their applications in life. 90 form four students
from the mixed school in of Penang are involved in this survey. The respondents consist
of 44 male students and 46 female students. Researcher used a questionnaire as the
instrument to determine the students’ level of understanding on science concepts and
their applications in life. The aspects being studied are health, food, cleanest, disease,
nature, energy, personal liability and social. The data were collected and analyzed using
the Statistical Packages For Social Science for windows release 10.0 (SPSS software).
Students’ level of understanding of science concepts were categorized to three groups
namely low, medium and high level. It also found aspect health, food, cleanest, disease,
nature and energy aspect are at low level however for personal liability and social aspect
the level is medium. And then, this survey shows that these is no significant differences
in students’ understanding level of understanding on science concepts in life between the
male and female students.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSRTAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 5
1.7 Batasan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah 7
1.8.1 Sains 7
1.8.2 Konsep Sains 7
1.8.3 Penggunaan konsep Sains 8
Dalam Kehidupan
2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 9
2.2 Kepentingan Sains 10
2.3 Kurikulum Sains Sekolah Menengah 13
2.4 Tujuan dan Matlamat Pendidikan sains 14
2.5 Konsep 15
2.6 Penggunaan Konsep sains 16
2.7 Konsep Sains Dapat Membantu 19
Pelajar Dalam Kehidupan
2.8 Konsep Sains Membawa Manfaat 19
Dalam Kehidupan Harian
2.9 Konsep Sains Menyelesaikan Masalah 20
2.10 Fungsi Kognitif Mengikut Jantina 22
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk kajian 23
3.3 Sampel Kajian 24
3.4 Instrumen Kajian. 24
3.4.1 Bahagian A : Latarbelakang Responden. 25
3.4.2 Bahagian B : Soalan Selidik 25
3.5 Prosedur Mengumpul Data 26
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Analisis Data 28
3.7.1 Analisis Tentang Penguasaan 28
Konsep Sains Dalam Kehidupan.
3.7.2 Analisis Tentang Kefahaman 29
Konsep Sains Dalam Kehidupan
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 30
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 31
4.3 Tahap Kefahaman Pelajar Tentang Penggunaan 33
Konsep Sains Dalam Kehidupan
4.4 Konsep Awal Responden Tentang Penggunaan 36
Konsep Sains Dalam Kehidupan
4.4.1 Respon Pelajar Bagi Aspek Kesihatan, 36
Pemakanan, Kebersihan, Fungsi
Tubuh Badan Dan Penyakit
4.4.2 Respon Pelajar Bagi Aspek Alam Sekitar 38
Dan Tenaga
4.4.3 Respon Pelajar Bagi Aspek 39
Tanggungjawab Personal Dan Sosial
4.5 Perbandingan Tentang Kefahaman Penggunaan 40
Konsep Sains Dalam Kehidupan Dikalangan
Pelajar Lelaki Dan Perempuan
4.5.1 Perbandingan Tahap Kefahaman 40
Tentang Penggunaan Konsep Sains
Dalam Aspek Kesihatan, Pemakanan,
Kebersihan,Fungsi Tubuh Badan Dan
Penyakit
4.5.2 Perbandingan Tahap Kefahaman 41
Tentang Penggunaan Konsep Sains
Dalam Aspek Alam Sekitar Dan Tenaga
4.5.3 Perbandingan Tahap Kefahaman Tentang 42
Penggunaan Konsep Sains Dalam Aspek
Tanggungjawab Personal Dan Sosial
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 43
5.2 Perbincangan 44
5.2.1 Tahap Penguasaan Pelajar 45
Tentang Penggunaan Konsep Sains
Dalam Kehidupan
5.2.2 Kefahaman Pelajar Tentang 45
Aspek Kesihatan, Pemakanan,
Kebersihan, Fungsi tubuh Badan
Dan Penyakit
5.2.3 Kefaham Pelajar Bagi Aspek 47
Alam Sekitar Dan Tenaga
5.2.4 Kefahaman Pelajar Bagi Aspek 48
Tanggungjawab Personal Dan Sosial
5.2.5 Perbandingan Tentang Kefahaman 49
Penggunaan Konsep Sains Dalam
Kehidupan Merentasi Jantina Bagi
Ketiga-Tiga Aspek.
5.3 Kesimpulan 49
5.4 Cadangan Kajian 50
5.4.1 Cadangan Kajian Lanjutan 51
RUJUKAN 52
LAMPIRAN 56
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Cabaran abad ke-21 terhadap hidup masyarakat di Malaysia tidak hanya
terhad kepada ekonomi sahaja, malah ia merangkumi peringkat yang lebih asas.
Sistem pendidikan adalah merupakan perkara yang paling asas kepada semua
faktor yang lain. Seperti mana apa yang telah berlaku lebih daripada tiga puluh
tahun dulu, apabila Russia telah berjaya melancar sputnik ke angkasa lepas,
maka Amerika Syarikat telah mengubah kurikulum matematik dan sains di
sekolah (Bybee, 1997).
Kesan perubahan kurikulum di Amerika Syarikat dan Britain juga telah
memberikan impak secara langsung kepada Kurikulum Sains di negara jajahan
yang belum atau baru sahaja mencapai kemerdekaan seperti negara Malaysia.
Oleh yang demikian di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
berusaha mengubahsuai sistem pendidikannya untuk menyahut cabaran ini,
terutama untuk mencapai matlamat wawasan 2020.
2
Justeru, dengan penggubalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
atau KBSM pada 1988 yang merupakan kesinambungan dari perlaksanaan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dengan sebelas objektif (Huraian
Sukatan Pelajaran Sains, 1990). Diantara objektif sains KBSM tingkatan 2
menyebut bahawa diharap pelajar boleh mengkaitkan konsep dan prinsip sains
yang dipelajari di sekolah dengan pengalaman sehari-hari dan pelajar dapat
menggunakan konsep sains dan kemahiran saintifik secara kreatif dan bijaksana
bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian mereka.
Pendidikan sains memang diakui dan diterima dalam falsafah dan
matlamat pendidikan negara sebagai satu matapelajaran yang progresif. Di
samping itu, pendidikan sains juga bertujuan untuk melahirkan individu yang
produktif dan dinamik dalam usaha untuk membangun negara dan individu yang
berkemampuan memanfaatkan teknologi dan mengaplikasikan konsep sains
dalam kehidupan supaya melahirkan insan yang bertanggungjawab mengurus
alam dan sumbernya demi mencapai kesejahteraan dan keharmonian alam.
1.2 Latar Belakang Masalah
Diketahui pendidikan sains pada masa kini mempunyai dua matlamat
utama. Matlamat pertama ialah untuk menghasilkan sainstis, pekerja mahir dalam
bidang teknikal dan yang keduanya untuk melahirkan ahli-ahli masyarakat yang
literat sains.
Tujuan matlamat pertama ialah untuk memenuhi permintaan negara bagi
menghasilkan ahli-ahli sains dan profesional yang mempunyai kepakaran sains.
3
Manakala matlamat kedua pula bertujuan untuk menyediakan masyarakat yang
literat dalam sains dan akan memperolehi faedah peribadi dan sosial dari
penggunaan sains.
Menyedari hakikat ini ahli-ahli pendidikan sains di seluruh dunia telah
terlibat dalam Refomasi Pendidikan Sains 1980an yang berkonsepkan “Sains
Untuk Semua”. Cadangan untuk perubahan dalam kurikulum sains yang
disarankan ialah memberi penekanan kepada pengetahuan sains yang berkaitan
dengan kehidupan iaitu konsep sains yang kontekstual (Seth, 2000).
KBSM yang dimulakan secara menyeluruh di sekolah menengah pada
1989 yang lalu adalah kesinambungan dari peringkat KBSR dari segi kandungan,
objektif, cara pembelajaran dan kemahiran yang lain tidak jauh berbeza dengan
pengajian sekolah rendah.
Sains KBSM telah mengariskan objektifnya tersendiri. Di antara objektif-
objektif tersebut ialah kebolehan pelajar mengaitkan konsep dan prinsip sains
yang dipelajari dengan pengalaman sehari-hari dan menggunakan pengetahuan
sains dan kemahiran saintifik secara kreatif dan bijaksana bagi menyelesaikan
masalah dalam kehidupan seharian.
Oleh kerana sistem pendidikan Malaysia tidak boleh dielakkan dengan
budaya peperiksaan yang masih dikekalkan sehingga sekarang ( Mohd Salleh
Lebar, 1996) maka aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk mencapai objektif-objektif
di atas terjejas. Di mana pelajar-pelajar lebih menekankan kepada kejayaan
mereka dalam peperiksaan daripada memerah otak untuk menyelesaikan masalah
harian mereka. Keadaan ini lebih ketara jika strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran yang disaran oleh Sains KBSM diabaikan. Walaupun demikian
usaha untuk menilai keberkesanan kurikulum sains yang telah dilaksanakan tidak
begitu menyeluruh diseluruh dunia. Kajian ini merupakan satu usaha untuk
4
meninjau tahap konsep sains dan penggunaannya dalam kehidupan di kalangan
pelajar sekolah menengah di Malaysia.
1.3 Penyataan Masaalah
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam
mengaitkan konsep sains yang dipelajari dalam kehidupan dan kebolehan pelajar-
pelajar tersebut menggunakan konsep sains secara kreatif dan bijaksana bagi
menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupan seharian mereka sebagai mana
tercatat dalam objektif kurikulum sains KBSM.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk :
i) Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar tentang penggunaan
konsep sains dalam kehidupan.
ii) Mengenalpasti kefahaman konsep sains dalam kehidupan.
iii) Menentukan jika ada perbezaan yang signifikan tentang
kefahaman penggunaan konsep sains dalam kehidupan merentasi
jantina.
5
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang hendak diselidiki ialah :
i) Apakah tahap penguasaan pelajar tentang penggunaan konsep
sains dalam kehidupan.
ii) Adakah pelajar faham tentang konsep sains yang ada kaitan
dengan kehidupan.
iii) Adakah wujud perbezaan yang signifikan tentang kefahaman
penggunaan konsep sains dalam kehidupan dikalangan pelajar
lelaki dan perempuan.