TAHAP AMALAN ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN DI … · utama yang peranannya saling berkait antara satu...
Transcript of TAHAP AMALAN ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN DI … · utama yang peranannya saling berkait antara satu...
TAHAP AMALAN ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN DI KALANGAN
USAHAWAN BUMIPUTERA DALAM PERNIAGAAN BENGKEL
MENSERVIS DAN MEMBAIKI KERETA DI JOHOR BAHRU
MOHAMAD ZHURAD BIN HARON
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
iii
Untuk ibu, ayah dan keluarga tersayang… serta buat anak saudaraku,
Muhammad Aimal Mirza yang selalu di hati.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi kerana Dialah yang Maha
Mengatur Dan Maha Mengetahui serta dengan limpah KurniaNya jualah, saya dapat
menyiapkan laporan projek ini dengan sempurna. Sesungguhnya saya berharap
laporan projek ini mendapat keberkatan dariNya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada penyelia saya, Prof. Dr. Muhammad Rashid bin Hj. Rajuddin di atas segala
bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang telah beliau berikan sepanjang saya
menyiapkan laporan projek ini. Komitmen dan keikhlasan beliau dalam membimbing
saya menyiapkan laporan ini amat saya kagumi dan sanjungi.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih
kepada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan para pengusaha Bumiputera
yang terlibat dalam perniagaan menservis dan membaiki kereta ini di atas kerjasama
yang telah diberikan dalam kajian ini.
Perhargaan ini juga turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan dan
orang perseorangan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
menjayakan kajian ini. Akhir sekali, saya berharap agar penyelidikan yang saya
jalankan ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
sejauh mana tahap amalan Asas Pengurusan Perniagaan di kalangan usahawan
Bumiputera menerusi tinjauan terhadap tahap amalan Pengurusan Pemasaran,
Pengurusan Kewangan, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Pengeluaran.
Kajian ini juga turut meninjau tahap amalan Asas Pengurusan Perniagaan usahawan
Bumiputera berdasarkan kepada pengalaman berniaga. Kajian ini menggunakan
pendekatan kuantitatif dan instrumen yang digunakan untuk mengutip data ialah soal
selidik yang mengandungi 40 item. Sampel kajian adalah terdiri daripada 32 orang
pengusaha bengkel menservis dan membaiki kereta Bumiputera yang berdaftar
dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB). Hasil dapatan kajian dianalisis
menggunakan kaedah statistik Analisa Deskriptif Kekerapan Dan Peratus, dan bagi
memudahkan penganalisian, perisian SPSS (Statistical Package for the Social
Sciences) Versi 11.0 digunakan. Purata peratus keseluruhan bagi setiap amalan
pengurusan yang diperolehi dari hasil kajian menunjukkan bahawa tahap amalan Asas
Pengurusan Perniagaan di kalangan usahawan Bumiputera adalah berada pada tahap
yang sederhana. Walau bagaimanapun, wujud peningkatan dari segi tahap amalan
Asas Pengurusan Perniagaan berdasarkan kepada pengalaman berniaga.
vi
ABSTRACT
This descriptive research was done as an effort to identify the practice
outcomes of Basic Business Management by the Bumiputera’s entrepreneurs through
the Marketing Management, Finance Management, Human Resource Management
and Service Management. Furthermore, it was also to determine the outcomes of
Basic Business Management based on experiences in business. A set of questionnaire
consisting 40 items was used as the instrument for data collection in this quantitative
approached research. The samples of this research were collected from 32 owners of
Bumiputera’s car workshop registered with Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
Descriptive Statistical methods were used to analyze the collected data to obtain
frequency and percentage. The collected data were processed using the SPSS
(Statistical Package for the Social Sciences) Version 11.0. The percentage average for
every management showed that the outcomes of Basic Business Management were at
the moderate level. Despite of the weaknesses, there were improvements in the Basic
Business Management due to experiences in business.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
HALAMAN SENARAI JADUAL xi
HALAMAN SENARAI RAJAH xiii
HALAMAN SENARAI SINGKATAN xiv
HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xv
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 11
1.8.1 Amalan 11
viii
1.8.2 Usahawan 12
1.8.3 Usahawan Bumiputera 12
1.8.4 Tahap 12
1.8.5 Pengurusan Perniagaan 13
1.8.6 Pengurusan Pemasaran 13
1.8.7 Pengurusan Kewangan 14
1.8.8 Pengurusan Sumber Manusia 14
1.8.9 Pengurusan Pengeluaran 14
11 SOROTAN PENULISAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Pengurusan Pemasaran 18
2.3 Pengurusan Kewangan 21
2.4 Pengurusan Sumber Manusia 25
2.5 Pengurusan Pengeluaran 29
111 METODOLOGI KAJIAN 36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Kerangka Operasi 38
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 39
3.5 Instrumen Kajian 41
3.5.1 Kesahan Soal Selidik 43
3.6 Kajian Rintis 44
3.7 Analisis Data 47
3.8 Andaian Kajian 49
3.9 Batasan Kajian 49
ix
IV ANALISIS DATA 51
4.1 Pengenalan 51
4.2 Analisis Bahagian A 52
4.2.1 Jantina 52
4.2.2 Umur 53
4.2.3 Taraf Pendidikan Tertinggi 54
4.2.4 Status Perkahwinan 54
4.2.5 Jumlah Pekerja 55
4.2.6 Pendaftaran Perniagaan 56
4.2.7 Pengalaman Berniaga 56
4.2.8 Kursus Pengurusan Perniagaan 57
4.2.9 Kerani 58
4.2.10 Penglibatan 58
4.3 Analisis Bahagian B 59
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 61
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 66
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 71
4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 76
4.3.5 Rumusan Kepada Persoalan Kajian
Pertama Hingga Keempat 81
4.3.6 Persoalan Kajian Kelima 83
4.3.7 Rumusan Kepada Persoalan Kajian
Kelima 91
V KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN 93
5.1 Pengenalan 93
5.2 Rumusan Kajian 93
x
5.3 Kesimpulan 95
5.3.1 Demografi Responden 95
5.3.2 Tahap Amalan Responden Terhadap
Asas Pengurusan Perniagaan 96
5.3.3 Tahap Amalan Responden Terhadap
Asas Pengurusan Perniagaan Berdasarkan
Kepada Pengalaman Berniaga 97
5.4 Perbincangan 98
5.4.1 Amalan Pengurusan Pemasaran 98
5.4.2 Amalan Pengurusan Kewangan 99
5.4.3 Amalan Pengurusan Sumber Manusia 101
5.4.4 Amalan Pengurusan Pengeluaran 102
5.4.5 Amalan Asas Pengurusan Perniagaan
Berdasarkan Kepada Pengalaman Berniaga 103
5.4.6 Faktor-Faktor Kelemahan Responden 104
5.5 Cadangan 105
5.5.1 Cadangan Kepada Bakal Usahawan 106
5.5.2 Cadangan Kepada Usahawan 106
5.5.3 Cadangan Kepada Pihak Agensi
Kerajaan 108
5.5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 108
5.5.5 Penutup 109
RUJUKAN 110
LAMPIRAN A HINGGA G 114
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Statistik Bilangan Kenderaan Bermotor Di Malaysia
dari 1987-2002 4
3.1 Taburan Populasi Pengusaha Bumiputera dan Bukan
Bumiputera Bagi Bengkel Menservis dan Membaiki
Kereta Mengikut Kawasan di Johor Bahru 40
3.2 Skala Lima Mata Likert 42
3.3 Taburan Item Mengikut Persoalan Kajian 43
3.4 Nilai Alpha Cronbach Mengikut Persoalan Kajian 46
3.5 Pengkelasan Skala Lima Mata 48
3.6 Kaedah Penilaian Tahap Amalan Perniagaan 48
4.1 Taburan Jantina Responden 52
4.2 Taburan Umur Responden 53
4.3 Taburan Taraf Pendidikan Tertinggi Responden 54
4.4 Taburan Status Perkahwinan Responden 55
4.5 Taburan Jumlah Pekerja Responden 55
4.6 Taburan Responden Mengikut Bentuk Pendaftaran
Perniagaan 56
4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Berniaga 57
4.8 Taburan Kursus Pengurusan Perniagaan Yang Pernah
Dihadiri 57
xii
4.9 Taburan Responden Yang Mempunyai Kerani Syarikat 58
4.10 Taburan Penglibatan Responden 59
4.11 Analisis Tahap Amalan Pengurusan Pemasaran Responden 61
4.12 Analisis Tahap Amalan Pengurusan Kewangan Responden 66
4.13 Analisis Tahap Amalan Pengurusan Sumber Manusia
Responden 71
4.14 Analisis Tahap Amalan Pengurusan Pengeluaran
Responden 76
4.15 Analisis Tahap Amalan Bagi Setiap Persoalan Kajian 81
4.16 Analisis Amalan Pengurusan Pemasaran Berdasarkan
Kepada Pengalaman Berniaga 83
4.17 Analisis Amalan Pengurusan Kewangan Berdasarkan
Kepada Pengalaman Berniaga 85
4.18 Analisis Amalan Pengurusan Sumber Manusia Berdasarkan
Kepada Pengalaman Berniaga 87
4.19 Analisis Amalan Pengurusan Pengeluaran Berdasarkan
Kepada Pengalaman Berniaga 89
4.20 Analisis Tahap Amalan Asas Pengurusan Perniagaan
Berdasarkan Pengalaman Berniaga 91
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Kerangka Operasi Kajian 38
xiv
SENARAI SINGKATAN
α Alpha Cronbach
< Kurang Daripada
> Lebih Daripada
BMW Bavaria Motor Works
DEB Dasar Ekonomi Baru
MAA Persatuan Automotif Malaysia
MARA Majlis Amanah Rakyat
MBJB Majlis Bandaraya Johor Bahru
MTEN Majlis Tindakan Ekonomi Negara
SMIDEC Perbadanan Pembangunan Usahawan Industri Kecil dan
Sederhana
SPSS Statistical Package for the Social Sciences
UDA Perbadanan Pembangunan Bandar
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Permohonan Kepada MBJB & Surat Akuan UTM 114
B Jadual Krejcie & Morgan 117
C Borang Soal Selidik 119
D Pengesahan Pakar Bidang 127
E Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis 129
F Nilai Kebolehpercayaan Kajian Rintis Bagi Setiap
Pembolehubah 132
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masyarakat yang terbaik adalah masyarakat yang mempunyai bilangan usahawan
yang paling ramai. Ini adalah kerana usahawan merupakan individu yang paling dinamik,
kreatif dan inovatif. Mereka bersedia untuk berhadapan dengan cabaran dan
ketidaktentuan melalui kreativiti serta mempunyai kesungguhan yang tinggi untuk
mencapai kejayaan. Semangat inilah yang membuatkan mereka melihat hari esok penuh
dengan peluang dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk merebut peluang
berkenaan.
Terdapat pelbagai definisi yang diberikan ke atas usahawan. Menurut Girard
(1962) dalam Ab. Aziz (2003), usahawan atau entrepreneur dalam sebutan bahasa
Inggeris adalah berasal dari bahasa Perancis iaitu entreprendre yang bermaksud
memikul, menanggung atau mencuba manakala Kirzner (1979) pula mendefinisikan
usahawan sebagai individu yang sentiasa berwaspada ke atas peluang-peluang perniagaan
2
yang orang lain tidak menyedarinya dan akan bertindak secara imaginatif, kreatif dan
inovatif.
Setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi usahawan. Apa yang
membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah kesediaan mereka untuk
mengadunkan kreativiti, inovasi, pengambilan risiko dengan kesungguhan bekerja untuk
membentuk, membangun dan memaksimumkan potensi diri dengan memanfaatkan
peluang perniagaan yang diperolehi.
Perniagaan merupakan satu kegiatan yang sangat penting dalam sesebuah
masyarakat dan banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia. Sejak dahulu lagi,
perkembangan yang berlaku dalam masyarakat telah memperlihatkan kepada kita
pelbagai bentuk perniagaan iaitu dari perniagaan yang berbentuk pertukaran barangan
hinggalah kepada perniagaan antarabangsa. Sabri Hussin (2005), mentakrifkan
perniagaan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat
pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah.
Perniagaan, perdagangan atau istilah-istilah yang seumpama, kerapkali disebutkan
dalam Al-Quran. Antaranya ialah :
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta
sesamamu dengan jalan yang batil kecuali dengan jalan perniagaan.”
(Surah An-Nisa’ 4:29)
Dunia perniagaan pada masa kini adalah sangat mencabar berbanding masa lalu.
Perubahan yang sering berlaku terhadap ekonomi, politik, sosio budaya, teknologi,
persaingan dan sebagainya telah mewujudkan suatu bentuk tekanan dalam bidang
perniagaan. Bagi menangani keadaan ini dan bagi memastikan pertumbuhan sesebuah
syarikat itu terus terjamin, suatu bentuk pengurusan yang bersistematik untuk mengenal
pasti masalah dan peluang serta memerhatikan perubahan persekitaran yang wujud adalah
sangat diperlukan.
3
Menurut Sabri (2005), pengurusan bagi sesebuah perniagaan itu tidak berdiri
dengan sendirinya. Ini adalah kerana dalam sesebuah perniagaan, terdapat empat fungsi
utama yang peranannya saling berkait antara satu sama lain bagi melancarkan
perjalanannya. Fungsi-fungsi tersebut ialah pemasaran, kewangan, sumber manusia dan
pengeluaran atau perkhidmatan. Sesebuah perniagaan itu akan mencapai kejayaan
sekiranya semua fungsi atau aspek perniagaan seperti yang dinyatakan dikendalikan
dengan betul dan teratur. Dari peringkat operasi sehinggalah ke peringkat strategik.
Kesemuanya harus dijalankan dengan baik dan berkesan. Ini semua memerlukan
pengetahuan dan pengalaman.
Menurut Peter Drucker dalam Jamaludin (2004), pengurusan adalah lebih kepada
suatu amalan berbanding sains atau pun kerjaya. Oleh itu, keberkesanan sesuatu
pengurusan itu boleh dinilai atau diukur dengan melihat tahap amalan pengurusan atau
pencapaian matlamatnya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Industri Automotif merupakan antara industri yang paling berkesan dalam
memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, meningkatkan keupayaan dan
kepakaran penduduknya serta memacu sesebuah negara itu menjadi negara perindutrian.
Ini sudah pun dibuktikan di Amerika Syarikat dan pelbagai negara maju yang lain seperti
Jerman, Perancis dan Itali di Eropah serta Jepun dan Korea Selatan di Asia Timur (Berita
Harian, 25 Oktober 2004).
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Berita Harian,
12 Ogos 2004), Malaysia merupakan suatu tempat yang penting bagi syarikat Automotif
4
global untuk menjalankan perniagaan kerana Malaysia adalah merupakan pasaran
Automotif yang terbesar bagi kenderaan penumpang di Asean.
Jadual 1.1 : Statistik Bilangan Kenderaan Bermotor Di Malaysia dari 1987-2002
Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia
Merujuk kepada jumlah angka yang tertera dalam statistik seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 1.1, terdapat peningkatan dalam bilangan kenderaan bermotor
di Malaysia setiap tahun dari tahun 1987 hingga 2002 terutamanya yang melibatkan
kereta persendirian. Begitu juga dengan bilangan jualan kenderaan. Menurut Presiden
Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Pn. Aishah Ahmad (Berita Harian, 16 September
2005), jualan kereta penumpang bagi bulan Ogos 2005 meningkat sebanyak 8.7 peratus
kepada 35,851 unit berbanding 32,991 unit bagi bulan yang sama pada tahun lalu.
JENIS KENDERAAN
Persendirian Awam Tahun
Motosikal Kereta Bas Teksi Kereta
Sewa
Perdagangan Lain Jumlah
1987 1,929,978 1,356,678 19,439 24,868 3,741 233,103 106,677 3,674,484
1988 2,030,418 1,427,283 20,452 26,161 3,937 245,232 112,226 3,865,709
1989 2,182,468 1,534,166 21,984 28,120 4,232 263,597 120,629 4,155,196
1990 2,388,477 1,678,980 24,057 30,774 4,631 288,479 132,016 4,547,414
1991 2,595,749 1,824,679 26,147 33,444 5,033 313,514 143,472 4,942,038
1992 2,762,666 1,942,016 27,827 35,596 5,357 333,674 152,698 5,259,834
1993 2,970,769 2,088,300 29,924 38,278 5,762 358,808 164,199 5,656,040
1994 3,297,474 2,302,547 33,529 42,204 5,308 393,833 178,439 6,253,334
1995 3,608,475 2,553,574 36,000 46,807 8,196 440,723 203,660 6,897,434
1996 3,951,931 2,886,536 38,965 49,485 9,971 512,165 237,631 7,686,684
1997 4,328,997 3,271,304 43,444 51,293 10,826 574,622 269,983 8,550,469
1998 4,692,183 3,452,852 45,643 54,590 10,042 599,149 286,898 9,141,357
1999 5,082,473 3,787,047 47,674 55,626 10,020 642,976 304,135 9,929,951
2000 5,356,604 4,145,982 48,662 56,152 10,433 665,284 315,687 10,598,804
2001 5,609,351 4,557,992 49,771 56,579 9,986 689,668 329,198 11,302,545
2002 5,842,617 5,001,273 51,158 58,066 10,073 713,148 345,604 12,021,939
5
Bagi asas terkumpul pula, jualan kereta penumpang bagi lapan bulan pertama
tahun ini meningkat kepada 258,133 unit berbanding 250,198 unit bagi tempoh yang
sama tahun lalu. Jumlah kenderaan yang semakin meningkat setiap tahun ini
membuktikan bahawa industri Automotif di Malaysia semakin berkembang pesat
terutama sekali yang melibatkan bandaraya-bandaraya besar seperti di Johor Bahru.
Perkembangan positif yang meyakinkan ini telah menarik perhatian beberapa
syarikat antarabangsa untuk melabur dalam bidang Automotif di Johor Bahru. Menurut
Pengarah BMW Malaysia, Wolfgang Schlimme (Berita Harian, 10 Disember 2004),
kemudahan terbaru yang disediakan oleh syarikatnya dalam perniagaan peralatan dan
komponen di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor dijangka akan meningkat sekali ganda
dalam tempoh lima tahun akan datang sejajar dengan pertumbuhan perniagaan BMW di
rantau ini.
Begitu juga dengan pembukaan pusat servis kenderaan Shell yang pertama di
negara ini. Menurut Naib Presiden Mobility Services Shell, Andrew Foulds (Berita
Harian, 12 Oktober 2004), keadaan geografi bandaraya Johor Bahru yang berjiran dengan
Singapura selain mempunyai lebih sejuta penduduk dengan kadar pemilikan kenderaan
yang tinggi telah menawarkan potensi pasaran yang besar dalam perniagaan menservis
dan membaiki kereta.
Selain daripada syarikat luar negara, syarikat-syarikat tempatan juga tidak
ketinggalan dalam keghairahan untuk melabur dalam bidang Automotif di Johor Bahru
ini. Pelbagai daya tarikan dibuat bagi menawan hati pelanggan. Menurut Penolong
Pengurus Perkhidmatan Komoco Motors, S T Kang (Berita Harian, 7 Ogos 2004),
syarikatnya boleh berbangga kerana pusat servis mereka merupakan pusat servis pertama
di Johor yang dilengkapi dengan teknologi perkomputeran canggih dan mempunyai ciri-
ciri moden.
Peluang pasaran dalam industri Automotif terutamanya dalam perniagaan
menservis dan membaiki kereta yang wujud ini tidak seharusnya dilepaskan begitu sahaja
6
oleh usahawan Bumiputera. Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Aziz Zain dalam Usahawan Sukses
(Ogos – September 2002), menegaskan bahawa perniagaan merupakan satu platform
yang terbaik untuk melahirkan lebih ramai bangsa Melayu yang berjaya tetapi tidak ramai
anak Melayu yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan atau perusahaan kerana
dikongkong oleh mentaliti takut kepada cabaran.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad,
Datuk Mohd Nasir Ahmad (Berita Harian, 11 Julai 2005), masalah kurangnya golongan
Bumiputera yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan masih menjadi cabaran
besar dalam pembangunan ekonomi negara. Pembabitan Bumiputera di semua peringkat
masih rendah dan belum memenuhi matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang
diperkenalkan sejak 35 tahun yang lalu.
Selain itu, bilangan usahawan yang gagal dalam perniagaan yang diusahakan oleh
mereka juga agak ramai. Keadaan yang membimbangkan ini perlu diberi perhatian.
Ketiadaan budaya perniagaan yang kukuh dan pengurusan perniagaan yang lemah adalah
antara punca mereka tidak bersedia sepenuhnya dan akhirnya gagal.
Menurut Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) pula,
Datuk Mohd. Yussof Latiff (Utusan Malaysia, 20 November 2003), antara punca utama
yang menyebabkan usahawan Bumiputera sukar untuk bersaing dengan usahawan bangsa
lain terutama sekali kaum Cina adalah disebabkan kurangnya memberi perhatian terhadap
aspek pengurusan perniagaan berbanding mereka yang mana sejak dahulu lagi
merupakan ahli perniagaan yang berjaya kerana cara pengurusan perniagaan mereka yang
berkesan.
7
1.3 Pernyataan Masalah
Pelbagai usaha terus dijalankan bagi membantu golongan Bumiputera untuk
meningkatkan pembabitan dan penguasaan mereka dalam perniagaan. Menurut menteri di
Jabatan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi
Negara (MTEN), Datuk Mustapha Mohamad (Berita Harian, 30 Ogos 2004), peranan
agensi pembangunan ekonomi Bumiputera terutamanya Majlis Amanah Rakyat (MARA)
akan diperkukuhkan lagi bagi membantu lebih ramai usahawan Melayu berjaya seperti
yang disarankan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Walau bagaimanapun, usaha ini akan menjadi sia-sia sekiranya usahawan
Bumiputera itu sendiri tidak berusaha untuk merebut peluang yang ada dan mengatasi
kelemahan yang wujud. Oleh kerana pengurusan perniagaan itu sendiri melibatkan empat
fungsi pengurusan yang utama seperti pemasaran, kewangan, sumber manusia dan
pengeluaran atau perkhidmatan, maka satu kajian yang menyeluruh perlu diadakan bagi
mendapatkan gambaran sebenar. Menurut Sabri (2005), sesebuah perniagaan itu akan
dapat bersaing dan berkembang ke tahap yang lebih membanggakan sekiranya semua
fungsi pengurusan seperti yang dinyatakan dikendalikan dengan baik dan bersistematik.
Ketiadaan budaya perniagaan yang kukuh dan kurang memberi perhatian terhadap
aspek pengurusan perniagaan seperti yang didakwa sebelum ini menuntut agar ianya
diberi perhatian yang serius. Di samping itu, usaha yang bersepadu dan bersungguh-
sungguh juga adalah perlu bagi mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang dihadapi. Atas
dasar inilah yang membuatkan pengkaji tertarik untuk meninjau sejauh mana tahap
amalan Asas Pengurusan Perniagaan diamalkan di kalangan usahawan Bumiputera dalam
perniagaan menservis dan membaiki kereta di Johor Bahru ini.
8
1.4 Objektif Kajian
Berikut adalah objektif kajian yang lebih spesifik dalam menentukan tahap amalan Asas
Pengurusan Perniagaan di kalangan usahawan Bumiputera dalam perniagaan bengkel
menservis dan membaiki kereta di Johor Bahru:
i. Untuk meninjau tahap amalan Pengurusan Pemasaran di kalangan usahawan
Bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta.
ii. Untuk meninjau tahap amalan Pengurusan Kewangan di kalangan usahawan
Bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta.
iii. Untuk meninjau tahap amalan Pengurusan Sumber Manusia di kalangan
usahawan Bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki
kereta.
iv. Untuk meninjau tahap amalan Pengurusan Pengeluaran di kalangan usahawan
Bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta.
v. Untuk meninjau sejauh mana tahap amalan Asas Pengurusan Perniagaan di
kalangan usahawan bumiputera berdasarkan pengalaman berniaga.
1.5 Persoalan Kajian
i. Apakah tahap amalan Pengurusan Pemasaran di kalangan usahawan
Bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta?
9
ii. Apakah tahap amalan Pengurusan Kewangan di kalangan usahawan
Bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta?
iii. Apakah tahap amalan Pengurusan Sumber Manusia di kalangan usahawan
Bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta?
iv. Apakah tahap amalan Pengurusan Pengeluaran di kalangan usahawan
Bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta?
v. Sejauhmanakah tahap amalan Asas Pengurusan Perniagaan di kalangan
usahawan bumiputera dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki
kereta di Johor Bahru berdasarkan kepada pengalaman berniaga?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang
terlibat dalam bidang keusahawanan sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.
Di antara kepentingan dan rasional kajian ini ialah:
i. Sebagai panduan kepada bakal usahawan terutamanya bagi pelajar-pelajar
lepasan vokasional, institut-institut kemahiran atau pun pusat-pusat pengajian
tinggi yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan
terutamanya dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta.
ii. Dapat membantu para usahawan terutama sekali bagi mereka yang terlibat
dalam perniagaan bengkel menservis dan membaiki kereta untuk
mengenalpasti kelemahan yang wujud dalam aspek pengurusan perniagaan.
10
iii. Sebagai pemangkin kepada para usahawan bumiputera untuk meningkatkan
lagi pengetahuan dan kemahiran mereka dalam aspek pengurusan perniagaan
supaya perniagaan mereka dapat berkembang dan lebih berdaya saing.
iv. Supaya dapat memberi kesedaran kepada mereka yang terlibat dalam bidang
keusahawanan terhadap kepentingan pengurusan perniagaan.
v. Dapat menjadi sumber rujukan kepada agensi-agensi kerajaan yang terbabit
seperti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perbadanan
Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagainya berkaitan dengan tahap amalan
pengurusan perniagaan di kalangan usahawan bumiputera.
vi. Dapat membantu pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk menjalankan
kajian berkaitan dengan amalan pengurusan perniagaan di masa akan datang.