Tafsiran Skor Ujian dan Analisis Item
description
Transcript of Tafsiran Skor Ujian dan Analisis Item
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
KPN 5053PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN
TUGASAN 2
Oleh :
Pensyarah:
EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN
KUMPULAN F (DPLI), SEMESTER 1, 2008
ROSIADI BIN TAJUDINL20081002254
AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)
MOHD FARIDZUL AKMAM BIN ZULKIFLIL20081002251
AT46D (PRODUKSI MULTIMEDIA)
SARIZAL BIN JAMALUDINL20081002273
AT47D (GRAFIK BERKOMPUTER)
Isi Kandungan
Pengenalan
Muka Surat
PENGENALAN 1
1.0 TAFSIRAN SKOR UJIAN 2
2.0 ANALISI ITEM 8
KESIMPULAN 13
BIBLIOGRAFI 14
LAMPIRAN 15
Tugasan ini melibatkan dua bahagian utama iaitu bahagian pertama tafsiran skor ujian
dan bahagian dua analisis item. Kedua-dua bahagian ini di uji berdasarkan kepada 30
set kertas jawapan pelajar bagi peperiksaan akhir tahun seperti dalam maklumat di
bawah:
Nama Ujian : Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2007
Pusat Ujian : Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh,
Pahang, Darul Makmur.
Mata Pelajaran : Sains 1
Tingkatan : 4 Tarmizi
Tarikh Ujian : 16 November 2007 (Jumaat)
Masa Ujian : 11.00am - 12.15am
Bilangan Pelajar : 33 Orang
Guru Matapelajaran : En. Saiful Faizal
Untuk rujukan soalan ujian tersebut sila rujuk pada Lampiran A.
Bagi keseluruhan analisis yang dilakukan terhadap jawapan pelajar berdasarkan setiap
item soalan dalam tugasan ini, sila rujuk pada Lampiran B untuk jadual keseluruhan
pencapaian ujian yang diperolehi oleh setiap pelajar.
1.0 Tafsiran Skor Ujian
1.1 Taburan Kekerapan Skor Tak Terkumpul dan Peratus Kekerapan
Kumulatif
Jadual Taburan Kekerapan Dan Peratus Kekerapan Kumulatif Mengikut Skor Bagi
Peperiksaan Akhir Tahun Sains 1, Tingkatan 4 SMKA Al-Khairiah
Skor KekerapanKekerapan
Kumulatif
Peratus
Kekerapan
8 1 1 3
10 2 3 6
11 7 10 21
12 6 16 18
13 2 18 6
14 4 22 12
15 4 26 12
16 3 29 9
17 1 30 3
18 1 31 3
21 1 32 3
22 1 33 3
Jadual 1.1: Taburan kekerapan skor tak terkumpul dan peratus kekerapan kumulatif.
Jadual 1.1 ini diperolehi daripada analisis yang dijalan kan terhadap jawapan
peperiksaan akhir tahun subjek Sains 1, Tingkatan 4 Tarmizi, SMKA Al-Khairiah. Ia
memaparkan skor yang diperolehi oleh pelajar daripada 40 item soalan yang diuji
dalam peperiksaan tersebut. Daripada jadual ini boleh dilihat bahawa skor yang
tertinggi ialah 22 manakala skor yang terendah ialah 8. Julat markah yang di perolehi
pelajar dalam peperiksaan bagi subjek ini berada antara 8-22 sahaja. Ini bermakna
paling banyak pelajar dapat menjawab item dengan betul ialah 22 item daripada 40
item yang dikemukan. Secara keseluruhannya, hampir keseluruhan pelajar dalam
kelas ini tidak dapat menjawab separuh daripada item soalan yang dikemukakan.
Kekerapan pula merujuk kepada bilangan pelajar yang mendapat sesuatu skor.
Daripada jadual di atas jelas dilihat bahawa kekerapan tertinggi ialah 7. Ini bermakna
terdapat 7 orang pelajar yang mendapat skor 11 dalam peperiksaan tersebut.
Kekerapan terendah pula ialah 1. Sebagai contohnya untuk skor tertinggi iaitu 22
hanya seorang pelajar yang mendapat markah tersebut.
Kekerapan kumulatif pula merujuk kepada kekerapan terkumpul bagi setiap
skor. Nilai setiap skor ditambah dari kekerapan skor sebelumnya dengan kekerapan
skor selepasnya. Sebagai contoh untuk skor 8 kekerapannya ialah 1 dan untuk skor 10
kekerapannya ialah 2. Maka kekerapan kumulatif pada skor 8 ialah 1 dan kekerapan
kumulatif pada skor 10 ialah 3 (1+2).
Daripada pengiraan kekerapan kumulatif perkara yang boleh dilihat ialah
bilangan pelajar yang mendapat skor dibawah suatu takat skor. Sebagai contohnya,
bagi skor 15 kekerapan kumulatifnya ialah 26. Ini bermakna terdapat 26 orang pelajar
yang mendapat skor 15 dan kebawah.
Peratus kekerapan kumulatif pula diperolehi dengan membahagikan kekerapan
bagi sesuatu skor dengan bilangan pelajar dan didarab 100. Ia menunjukkan
kekerapan bagi sesuatu skor dalam bentuk peratusan.
1.2 Ogif
Ogif ataupun poligon kekerapan merupakan satu graf garisan yang menunjukkan
taburan kekerapan. Graf bagi ogif diplotkan pada titik skor markah yang sepadan
dengan kekerapan longgokkannya. Pembinaan ogif adalah berdasarkan kepada Jadual
1.1.
Dalam pembinaan ogif, skor markah diletakkan pada paksi-x graf bermula
daripada markah terendah hingga yang tertinggi. Manakala kekerapan longgokkan
diletakkan pada paksi-y graf tersebut bermula dengan nilai sifar hingga takat yang
lebih sedikit kepada bilangan keseluruhan kekerapan. Kemudian titik-titik diplotkan
dan disambungkan untuk membentuk ogif. Rujuk ogif pada muka surat sebelah,
Rajah 1.1.
Ogif Skor Pelajar
0
5
10
15
20
25
30
35
8 10 11 12 13 14 15 16 17 18 21 22
Skor
Ke
ke
rap
an
Lo
ng
go
kk
an
Bilangan Pelajar
Rajah 1.1: Ogif skor pelajar.
1.3 Pangkat Persentil
Pangkat persentil ialah satu skor terbitan yang mempunyai medium 50 bermula dari 1
hingga 99. Skor persentil menunjukkan kedudukan skor disepanjang taburan skor.
Daripada jadual ujian pencapaian pelajar bagi peperikasaan ini (Rujuk Lampiran B) ,
data dua orang pelajar telah diambil untuk menentukan pangkat persentil mereka.
Pengiraan pangkat persentil adalah seperti berikut:-
Pengiraan Pangkat Persentil
Rumus,
Pangkat persentil = kekerapan kumulatif
N
*N = Jumlah pelajar
Pangkat Persentil Pelajar 5
Pangkat persentil bagi Nur Athira = 30 x 100
33
= 91
Pangkat Persentil Pelajar 26
Pangkat persentil bagi RidzuanFitri= 16 x 100
33
= 48
Pelajar Skor KekerapanKekerapan
Kumulatif
Pangkat
Persentil
Nur Athira 17 1 30 91
Ridzuan
Fitri12 6 16 48
Jadual 1.2: Pangkat persentil bagi dua orang pelajar
Skor KekerapanKekerapanKumulatif
Kumulatif/KekerapanKumulatif
PangkatPersentil
X 100
8 1 1 0.03 3
10 2 3 0.09 9
11 7 10 0.30 30
12 6 16 0.48 48
13 2 18 0.55 55
14 4 22 0.67 67
15 4 26 0.79 79
16 3 29 0.88 88
17 1 30 0.91 91
18 1 31 0.94 94
21 1 32 0.97 97
22 1 33 1 100
Jadual 1.3: Pangkat persentil bagi setiap skor yang diperolehi
Daripada pengiraan pangkat persentil bagi dua orang pelajar seperti yang telah
dilakukan di atas (Rujuk Jadual 1.2), kedudukan mereka ditandakan pada ogif yang
telah dibuat dibahagian 1.2. Ogif dalam rajah di sebelah menggambarkan kedudukan
dua orang pelajar yang diprauji berdasarkan pangkat persentil yang mereka perolehi.
Ogif Skor Pelajar
0
5
10
15
20
25
30
35
8 10 11 12 13 14 15 16 17 18 21 22
Skor
Ke
ke
rap
an
Lo
ng
go
kk
an
Bilangan Pelajar
Rajah 1.2: Ogif menggambarkan kedudukan 2 orang pelajar yang diprauji.
1.4 Tafsiran Pencapaian
Nama Pelajar: Ridzuan Fitri B Mat NorSkor Mentah: 12Pangkat Persentil ke 48Skor bawah : 29
Nama Pelajar: Nur Athira binti MohamedSkor Mentah: 17Pangkat Persentil ke 91Skor Bawah : 15
Berdasarkan ogif yang telah dibina seperti dalam Rajah 1.2, tafsiran telah dibuat
mengenai pencapaian 2 orang pelajar yang telah dipilih secara rawak dalam
peperiksaan akhir tahun untuk tingkatan empat bagi subjek Sains 1. Dalam
pemerhatian ini, pelajar Nur Athira Bin Mohamed telah mendapat skor mentah
sebanyak 17 dan memperoleh pangkat persentil ke 91. Manakala seorang lagi pelajar
iaitu Ridzuan Fitri Bin Mat Nor telah memperolehi skor mentah sejumlah 12 dan
mendapat pangkat persentil ke 48.
Berdasarkan pencapaian kedua-dua orang pelajar tersebut, pencapaian Nur
Athira mengatasi pencapaian Ridzuan dalam peperiksaan tersebut. Melalui
pemerhatian ini juga dapat disimpulkan bahawa Nur Athira yang mendapat pangkat
persentil 91 berkedudukan mengatasi 29 orang pelajar di bawahnya. Manakala
Ridzuan yang memperoleh pangkat persentil 48 berkedudukan mengatasi 15 orang
pelajar di bawahnya.
2.0 Analisis Item
2.1 Indeks Kesukaran Dan Indeks Diskriminasi
Indeks Kesukaran
Indeks kesukaran item ialah satu indeks pengukuran tentang kesukaran suatu item
bagi kumpulan yang diuji dan secara konvesionalnya ditulis sebagi nilai p.
Pengukuran ini digunakan untuk menghuraikan kesukaran item bagi sesuatu ujian.
Indeks ini boleh digunakan untuk meneliti dan menilai atau menentukan kualiti item
menggunakan kriteria dan piawai.
Indeks kesukaran boleh disebut sebagai perkadaran pelajar dalam kumpulan
yang diuji dapat menjawab sesuatu item dengan betul. Indeks kesukaran dinyatakan
sebagai perkadaran dan julatnya adalah antara 0.00 hingga ke 1.00. Jika nilainya
dinyatakan dalam peratusan maka julatnya adalah dari 0% ke 100%. Ini bermakna,
lebih tinggi nilai-p, maka lebih mudahlah sesuatu item berkenaan kepada kumpulan
yang diprauji itu kerana lebih ramai pelajar dapat menjawab item berkenaan dengan
betul.
Tujuan mengukur indeks kesukaran item adalah bagi memastikan pembina
ujian mematuhi cara tertentu dalam menyusun item. Ini kerana terdapat satu kaedah
menyusun item dalam kertas ujian dan cara susunan item didapati mempengaruhi
jawapan pelajar. Disamping itu, indeks kesukaran juga dapat membantu pembina
ujian memilih item yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam ujian bentuk akhir.
Sekiranya ujian itu untuk pemilihan, maka sudah tentu item yang akan dikemukakan
adalah yang sukar yang memerlukan pelajar berfikir, mengaplikasi, analisis, sintesis
dan menilai sesuatu sebelum dapat memberikan jawapan.
Dalam tugasan ini, dua item dipilih untuk diuji indeks kesukarannya. Item
yang dipilih ialah satu item di mana ramai calon yang dapat menjawab dengan betul
dan satu item lagi ialah item di mana ramai calan gagal menjawab item tersebut
dengan betul.
Pengiraan Indeks Kesukaran
Rumus , P = Bilangan jawapan betul
Bilangan pelajar
Berdasarkan jadual pencapaian pelajar, dua item yang dipilih adalah seperti berikut:
Item 1 = Soalan nombor 5
Daripada 33 orang pelajar, sebanyak 26 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka
indeks kesukaran bagi item tersebut adalah :
P = 26 = 0.8
33
Item 2 = Soalan nombor 27
Daripada 33 orang pelajar, sebanyak 3 orang pelajar menjawab dengan betul. Maka
indeks kesukaran bagi item tersebut adalah :
P = 3 = 0.1
33
Nombor Soalan
Bilangan Pelajar Menjawab Dengan
Betul
Jumlah Semua Pelajar
Indeks Kesukaran
(P)
5 26 33 0.8
27 3 33 0.1
Jadual 2.1: Indeks kesukaran bagi dua item soalan
Indeks Diskriminasi
Indeks diskriminasi merupakan satu ciri yang menjelaskan kebolehan sesuatu item
untuk mengukur kepekaan pembezaan individu. Sesuatu item itu dianggap
berdiskriminasi sekiranya ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi boleh
menjawabnya dengan betul berbanding dengan pelajar yang datangnya dari kumpulan
berkebolehan rendah
Item diskriminasi biasanya dihitung dengan membandingkan prestasi pelbagai
kumpulan terhadap sesuatu item dengan prestasi mereka ke atas sesuatu kriteria yang
juga mengukur trait yang sama. Indeks diskriminasi biasanya diukur menggunakan
perbezaan di antara kumpulan atas (biasanya 27%) yang dapat menjawab sesuatu item
dengan betul dengan kumpulan bawah (biasanya 27%) yang dapat menjawab item
yang sama dengan betul. Indeks diskirminasi akan mempunyai nilai dari -1.00 hingga
1.00.
Ebel (1965) telah menyediakan satu rule of thumb untuk mentafsirkan indeks
diskriminasi sesuatu item. Indeks ini sesuai digunakan untuk menghuraikan peranan
item dalam kebolehpercayaan ujian. Jadual 2.2 dibawah memaparkan tafsiran bagi
indeks diskriminasi.
Indeks Diskriminasi Maksud
> 0.4 Item amat diskriminasi
0.30-0.39 Item yang berdiskriminasi
0.20-0.29 Diskriminasi yang sederhana
0.10-0.19 Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula
< 0.10 Item kurang diskriminasi dan item perlu dibuang
Jadual 2.2: Tafsiran bagi setiap aras indeks diskriminasi.
Dalam tugasan ini indeks diskriminasi ditentukan berdasarkan pemilihan 2
item soalan dan ukuran indeks diskriminasi diukur daripada 20 orang pelajar, iaitu 10
orang pelajar yang mendapat skor tertinggi dijadikan sebagai kumpulan atas.
Manakala 10 orang pelajar yang mendapat skor terendah dijadikan kumpulan bawah.
Untuk melihat kedudukan pelajar bagi kumpulan atas dan bawah ini sila rujuk
Lampiran B.
Pengiraan Indeks Diskriminasi
Rumus, D = Tb - Rb
N/2
Dimana, D ialah indeks diskriminasi.
Item 1 = Soalan nombor 5
D, bagi item 5 = 8-7
20/2
= 0.1 (Rujuk Jadual 2.3)
Item 2 = Soalan nombor 27
D, bagi item 27 = 1-2 20/2
= -0.1 (Rujuk Jadual 2.3)
Nombor Soalan
Bilangan Jawapan Betul Bagi Pelajar
Kumpulan Atas
Bilangan Jawapan Betul
Bagi Pelajar Kumpulan
Bawah
Indeks Diskriminasi
5 8 7 0.1
27 1 2 -0.1
Jadual 2.3: Indeks diskriminasi bagi dua item soalan
2.2 Komen Terhadap Indeks Yang Diperolehi.
Daripada pengiraan indeks kesukaran bagi dua item yang telah dilakukan di 2.1
didapati bagi item 5, indeks kesukaran adalah 0.8. Ini menunjukkan soalan tersebut
adalah senang dan mudah dijawab oleh pelajar dimana, 80 peratus pelajar berjaya
menjawab soalan tersebut dengan betul. Bagi item 27 pula, indeks kesukaran ialah
0.1. Ini menunjukkan item tersebut adalah sukar dan hanya 10 peratus sahaja pelajar
dapat menjawab soalan tersebut dengan betul. Item soalan yang terbaik biasanya
mempunyai indeks kesukaran 0.5, iaitu berada ditahap sederhana. Ini menunjukkan
penggubal soalan berjaya mengemukakan item yang seimbang aras kesukarannya
bagi setiap kumpulan pelajar.
Bagi indeks diskriminasi pula, hasil daripada pengiraan yang telah dilakukan
di 2.1, item 5 mempunyai indeks diskriminasi 0.1. Menurut Ebel (1965) berdasarkan
rule of thumbs seperti dalam Jadual 2.2, item tersebut membawa maksud kurang
diskriminasi dan perlu semakan semula atau dalam erti kata lain soalan terlalu mudah.
Manakala bagi item 27, indeks diskriminasi adalah -0.1. Berdasarkan Jadual 2.2
didapati item tersebut kurang diskriminasi dan perlu item dibuang. Ini kerana, soalan
tersebut mungkin mengelirukan kerana pelajar atas gagal menjawab berbanding
pelajar bawah. Pelajar bawah boleh menjawab soalan ini dengan betul mungkin
kerana mereka hanya meneka jawapan bagi soalan tersebut. Oleh itu, daripada
kedua-dua item yang dipilih tiada satu pun item yang boleh dianggap baik untuk
membezakan antara pelajar yang cemerlang dengan tidak cemerlang.
Kesimpulan
Daripada analisis yang telah dilakukan bagi jawapan pelajar dalam peperiksaan ini,
penulis secara tidak langsung dapat mengetahui cara bagaimana untuk membuat
taburan kekerapan skor bagi sesuatu ujian, membuat poligon kekerapan dan
menentukan pangkat persentil pelajar bagi mengetahui di mana kedudukan pelajar
tersebut secara perbandingan dengan pelajar yang lain. Disamping itu, melalui
pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi, aras kesukaran dan kesesuaian
sesuatu item yang diuji itu dapat dikenalpasti. Ini juga sekaligus dapat membantu
dalam membezakan seorang individu yang cemerlang dengan yang kurang cemerlang.
Oleh itu, melalui tugasan ini pengetahuan dalam membuat tafsiran skor ujian dan
analisis ke atas item ujian dapat diperolehi yang sememangnya berguna apabila
penulis berada di sekolah kelak.
Bibliografi
Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim : Quantum Books.
Bhasah Abu Bakar. 2007. Pengujian, Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Pustaka Salam.
Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
33 set kertas jawapan objektif matapelajaran Sains 1, Tingkatan 4 pelajar Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur.
Kertas soalan peperiksaan akhir tahun Sains 1, Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, 2800 Temerloh, Pahang, Darul Makmur.