Tabiat Makan Haiwan

download Tabiat Makan Haiwan

of 5

description

fasa 1

Transcript of Tabiat Makan Haiwan

Rancangan Pengajaran Harian Dunia Sains dan TeknologiKelas: Tahun 3Tarikh: 15/4/2014Masa: 10.45 11.45 pagi (60 minit)Tema/Tajuk: Sains Hayat Kedua/ Tabiat makan haiwanStandard Kandungan: Pada akhir pengajaran, murid dapat 3.2 Memahami kegigian haiwan.Standard Pembelajaran: 3.2.1 Menyatakan tabiat makan haiwan: herbivor, karnivor, omnivorObjektif Pembelajaran: Di akhir pengajaran, murid dapat:1. Dapat menyebut tabiat makan bagi 3 daripada 3 haiwan yang dinyatakan secara lisan.2. Dapat menjawab 4 daripada 5 soalan yang diberikan pada lembaran aktiviti dengan betul sewaktu melaksanakan aktiviti.3. Dapat mengkategorikan sekurang-kurangnya 1 daripada 2 haiwan dalam setiap kotak ruangan peta minda mengikut tabiat makan haiwan tersebut secara bertulis.Aktiviti P&P: 1. Murid menyanyi dan menjawab soalan yang dikemukakan cikgu. 2. murid meramal makanan bagi setiap haiwan yang ditunjukkan oleh guru. 3. murid berbincang dan menjawab lembaran soalan aktiviti yang diberikan guru. 4. murid membuat rumusan pembelajaran dengan melengkapkan peta minda yang diedarkan oleh guru. Pengetahuan sedia ada: Murid tahu ada haiwan yang makan daging dan ada haiwan yang makan tumbuhan.Kemahiran Saintifik: Memerhati, Meramal, Menginferens, Mengelas, BerkomunikasiKemahiran Berfikir: menjana idea, banding bezaSikap Saintifik dan nilai murni: Sifat ingin tahu, bekerjasama, tolak ansur, disiplinEMK: kreatif dan inovatif, seni, muzikSumber P&P: video, topeng haiwan, kad manila, kad gambar, lembaran peta minda.Pentaksiran P&P: B1DS3E1 Menyatakan tabiat makan haiwan: herbivor, karnivor, omnivor.Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran:Fasa/MasaKandunganAktiviti P&PCatatan

Persediaan(5 minit)Nyanyian lagu berkaitan tabiat makan haiwan.1. Murid-murid menyanyikan lagu Bangau oh bangau sambil mendengar muzik dan lirik yang dipaparkan di hadapan kelas.2. Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru berdasarkan lirik lagu.3. Cadangan soalan: Berdasarkan lagu tadi, kenapa bangau kurus? Apa makanan bangau? Apakah makanan bagi ular?KPS:Memerhati,

KB:Menjana idea

Imaginasi(10 minit)Terdapat haiwan yang makan daging, ada haiwan yang makan tumbuhan dan ada haiwan yang makan kedua-duanya.1. 3 orang murid dipanggil ke hadapan dan diminta memakai topeng harimau, kerbau, dan ayam. 2. Murid diminta meramal makanan bagi haiwan tersebut.3. Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru.4. Cadangan soalan:Pada pendapat kamu, apakah makanan bagi haiwan tersebut? KPS:MemerhatiMeramalBerkomunikasi

SSNM:Sifat ingin tahu

Perkembangan(30 minit)Karnivor adalah haiwan yang makan haiwan lain, herbivore adalah haiwan yang makan tumbuhan dan omnivore adalah haiwan yang makan haiwan lain dan tumbuhan.1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 5 atau 6 orang. 2. Setiap kumpulan akan diberikan beberapa keping kad jawapan yang berbentuk gambar dan perkataan.3. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menampal kad jawapan yang betul pada petak kosong yang disediakan di atas kad manila

Lembaran soalan aktiviti

OMNIVORHERBIVOR

KARNIVOR

Kad jawapan

4. Hasil dapatan akan dibentangkan di hadapan kelas.KPS:MemerhatiMeramal KB:Banding beza

SSNM:KerjasamaDisiplinTolak ansur

Tindakan(10 minit)Mengaplikasikan konsep mengenalpasti tabiat makan haiwan dalam satu habitat.1. murid diminta memikirkan berkenaan satu situasi yang dinyatakan oleh guru tentang beberapa ekor haiwan yang ada dalam satu habitat.Contoh situasi:a) Cuba murid-murid bayangkan dalam satu kawasan sawah dimana terdapat ular, tikus dan pokok padi. Pada pendapat murid-murid, apakah yang akan berlaku sekiranya semua tikus tersebut dibunuh oleh petani? Apa yang terjadi pada ular dan pokok padi tersebut? kenapa?KPS:Meramalmenginferens

KB:Menjana idea

Penutup(5 minit)Melengkapkan peta minda berkaitan tabiat makan haiwan1. Murid membuat refleksi tentang pengetahuan baru yang diperolehi pada hari ini dengan melengkapkan peta minda yang diedarkan.MakananKeperluan asas haiwan

2. murid harus menyenaraikan haiwan dalam ruangan peta minda yang disediakan berdasarkan tabiat makan haiwan tersebut.Karnivor1.2.

Herbivor1.2.

Tabiat makan haiwan

omnivor1..2.

3. murid membuat rumusan berdasarkan peta minda yang dibuat.

KPS:MemerhatiMengelas