Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia
-
Upload
nasihin-bin-azmi -
Category
Documents
-
view
80 -
download
0
description
Transcript of Sumbangan Tamadun Islam Dalam Falsafah Matematik Dunia
SCHOOL OF EDUCATION AND SOCIAL DEVELOPMENT
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LOCKED BAG NO.2073,
88999 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA
“SUMBANGAN KETAMADUNAN ISLAM DALAM FALSAFAH MATEMATIK”
0
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
PENDAHULUAN
SEJARAH MATEMATIK DALAM TAMADUN ISLAM
TOKOH MATEMATIK UTAMA TAMDUN ISLAM
3.1 Al-KHWARIZMI
3.1.1 LATAR BELAKANG TOKOH
3.1.2 PENDIDIKAN
3.1.3 PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHWARIZMI
3.1.4 KETOKOHAN AL-KHWARIZMI
3.1.5 STRATEGI PENGISLAMAN MATEMATIK DAN SAINS
3.2 IBNU BAJJAH
3.2.1 LATAR BELAKANG TOKOH
3.2.2 RENTETAN KEHIDUPAN
3.2.3 KARYA-KARYA IBU BAJJAH
3.2.4 SUMBANGAN IBNU BAJJAH
3.3 IBNU HAITHAM
3.3.1 LATAR BELAKANG IBNU HAITHAM
3.3.2 SUMBANGAN IBNU HAITHAM
3.3.3 KARYA AGUNG IBNU HAITHAM
3.3.4 SUMBANGAN IBNU HAITHAM
PENUTUP
RUJUKAN
2
3
5
5
5
6
7
8
10
10
10
13
13
14
16
16
17
18
1
1.0 PENDAHULUAN
Pada zaman awal Islam, iaitu lebih kurang pada tahun 700M, orang Islam mengarahkan
perhatian mereka kepada aktiviti-aktiviti intelektual. Tumpuan utama mereka ialah bidang
ilmu amali seperti matematik dan astronomi. Ada unsur-unsur keagamaan yang menyebabkan
orang Islam memerlukan matematik dan astronomi. Dengan ilmu geometri, mereka
menentukan arah Mekah (Kaabah) yang menjadi kiblat pada waktu mereka bersembahyang
setiap hari. Manakala aritmatik dan algebra diperlukan untuk mengira harta pusaka, hari dan
tahun. Dengan ilmu astronomi pula, mereka dapat menentukan hari-hari kebesaran yang lain
(hari raya dan permulaan berpuasa dalam bulan Ramadhan).
Pada zaman kegelapan di Barat, matematik telah merosot ke tahap yang amat rendah.
Sungguhpun demikian, kejayaan intelek orang Yunani dalam ilmu ini untuk manusia tidak
hilang begitu saja. Di bawah pengaruh dorongan agama Islam yang agung, orang Islam
menjadi kuasa besar yang meluas dengan cepatnya.
Bagaimanapun, orang Islam tidak menghadkan penggunaan ilmu yang mereka
majukan itu semata-mata untuk agama tetapi memperluaskan lagi penggunaannya untuk
manafaat manusia. Apabila orang Islam berpaling ke bidang matematik yang kadangkala
dirujuk sebagai “Cermin Peradaban”, mereka telah mengikuti jalan yang sukar untuk
memperkembangkan kebudayaannya. Orang Islam begitu maju pada zaman pertengahan
Islam kerana mereka mempelajari tentang langit dan bumi dengan mencari bukti-bukti untuk
menambah keimanan mereka. Ini seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran, “ Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang
berlayar di laut membawa apa yang berguna kepada manusia, dan apa yang diturunkan oleh
Allah dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya
dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pergerakan angin dan awan yang
dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapa)t tanda-tanda (keesaaan dan
kebesaran) Allah bagi kaum-kaum yang memikirkannya” ( Al-Baqarah ; 164). Nabi
Muhammad s.a.w sendiri menyuruh para pengikutnya mencari ilmu seperti yang dinyatakan
dalam hadith yang mafhumnya “Dan sesungguhnya malaikat merendahkan sayapkan bagi
penuntut ilmu kerana reda dengan apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu tersebut.” (Hadith
Riwayat Imam Ahmad 5/196). Hadith yang lain mafhumnya “Sesiapa yang mengembara
untuk mencari ilmu pengetahuan, bermakna dia mengembara pada jalan Allah menuju ke
syurga”(Hadith Riwayat Abi Syaibah, 8/729)
2
Bermula dari tahun 600M hingga 1200M, Empayar Islam merentang dari India
hinggalah ke Sepanyol, Baghdad dan Cordova merupakan pusat pentadbiran para khulafa’
yang memerintah. Abad ke-9 dan ke-10 dianggap sebagai zaman keemasan ahli-ahli
matematik Islam. Dunia terhutang budi kepada mereka kerana memelihara dan
memperkembangkan matematik orang Yunani yang bermutu tinggi. Begitu juga zaman
Renaisans Eropah terhutang budi kepada Zaman keemasan Islam. Perhubungan atau pertalian
ini membuka pintu yang luas untuk para cerdik pandai seterusnya membuat penyelidikan
lanjutan.
Perhatian khusus patut diberikan terhadap kebangkitan negara Islam yang
mengagumkan ketika Eropah mengalami zaman kegelapannya. Hanya sedekad selepas Nabi
Muhammad s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah pada tahun 622M, semua kaum di
Semenanjung Tanah Arab yang hidup berpecah belah dapat disatukan oleh semangat
keagamaan mereka yang begitu tinggi sehingga terbentuklah sebuah negara yang amat
berpengaruh. Kira-kira pada tahun 800M, khalifah yang memerintah pada masa itu telah
menjadikan bandar Baghdad sebagai pusat ilmu pengetahuan. Khalifah al-Ma’mun contohnya
adalah seorang cendikiawan, ahli falsafah dan teologi telah membina Bayt al-Hikmah sebagai
perpustakaan, akademi dan institusi penterjemahan. Ia juga merupakan pusat pendidikan
terpenting dibangunkan selepas penubuhan Muzium Iskandariyah pada pertengahan abad ke-
3 S.M.
2.0 SEJARAH MATEMATIK DALAM TAMADUN ISLAM
Kekhalifahan Islam (Empayar Islam) yang diasaskan di Timur Tengah, Afrika Utara, Iberia,
dan sesetengah bahagian India (di Pakistan) pada abad ke-8 mengekalkan dan
menterjemahkan banyak teks matematik yunani (daripada bahasa Greek kepada bahasa Arab)
yang kebanyakannya telah dilupai di Eropah pada masa itu. Penterjemahan berbagai-bagai
teks matematik India dalam bahasa Arab memberikan kesan yang utama kepada matematik
Islam, termasuk pengenalan angka Hindu-Arab ketika karya-karya Brahmagupta
diterjemahkan dalam bahasa Arab pada kira-kira tahun 766 masihi. Karya-karya India dan
yunani menyediakan asas dalam penyumbangan matematik dalam ketamadunan Islam yang
menyusul kemudiannya. Serupa dengan ahli matematik India pada waktu itu, ahli-ahli
matematik Islam minat mereka lebih menjurus kepada kajian bidang astronomi.
3
Walaupun kebanyakan teks matematik Islam ditulis dalam bahasa Arab, bukan
semuanya ditulis oleh orang Arab kerana seperti dengan status bahasa Greek di dunia
keyunanian, bahasa Arab juga dipergunakan sebagai bahasa tertulis oleh cendekiawan-
cendekiawan bukan Arab di seluruh dunia Islam pada waktu itu. Sesetengah ahli matematik
yang terpenting adalah orang Parsi.
Khalifah al-Ma’mun juga mengumpulkan para cerdik pandai untuk menterjemahkan
karya-karya terkenal dalam bahasa Yunani ke bahasa Arab. Lantaran ini, tidak hairanlah jika
karya-karya Ptolemy, Eulid, Aristotle dan lain-lain lagi tersebar jauh dari Baghdad hingga ke
universiti-universiti Islam di Sicily dan Sepanyol. Melalui universiti-universiti di Sepanyol
jugalah orang-orang Islam memperkenalkan pengetahuan saintifik serta memindahkannya ke
Eropah yang pada ketika itu berada dalam kegelapan. Boleh dikatakan serentak dengan
zaman orang Islam dalam sejarah matematik, sama ada mereka adalah putera raja, tokoh
agama ataupun orang kaya, kesemua mereka ini berlumba-lumba mengupah orang
menterjemahkan hasil-hasil tulisan lama dan menulis tentang ciptaan baru yang saintifik.
Untuk tujuan ini, mereka menggunakan cerdik pandai Islam, kristian, Yahudi dan Zorostrian.
Walaupun mereka semua berlainan agama dan bangsa tetapi mereka mempunyai tujuan yang
sama. Kesemua mereka ini menulis dalam bahasa Arab iaitu bahasa orang Islam.
Abu al-Rihan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni mengisytiharkan bahasa Arab sebagai
bahasa ilmu pengetahuan dan beliau sendiri lebih suka menggunakan bahasa Arab yang kata-
katanya agak kasar berbanding bahasa Farsi yang lebih halus. Malah kebanyakan buku-buku
teks yang digunakan di universiti-universiti di Turki ditulis dalam bahasa Arab sebagai
lanjutan bahasa ilmu pengetahuan sehingga abad ke lapan belas.
Dalam bukunya Life of Science, Professor George Sarton dari Universiti Harvard
mengatakan “Berdasarkan fakta, saya menegaskan walaupun aktiviti utama para cerdik
pandai yang menulis dalam bahasa Arab itu ialah usaha penterjemahan dan asimilasi,
mereka juga berusaha lebih daripada itu. Mereka tidak sewenang-wenangnya menyebarkan
ilmu pengetahuan dahulu kala tapi juga mencipta sesuatu yang baru. Bagaimanapun
terdapat juga beberapa orang Yunani yang hampir-hampir secara mendadak mencapai ke
peringkat yang amat mengagumkan. Ini disebut sebagai pencapaian orang Yunani yang
menakjubkan. Tetapi orang akan berkata juga tentang pencapaian orang Arab yang
menakjubkan meskipun dalam konteks berlainan. Munculnya peradaban baru yang bersifat
antarabangsa dan ensiklopedia hanya dalam tempoh dua abad merupakan suatu yang
4
walaupun dapat dihuraikan tetapi tidak dapat diungkapkan secara sepenuhnya” (George
Sarton, 1948)
Prof. George A.Miller dari University Illinois menulis; “Sejarah matematik
merupakan antara ilmu yang mempunyai suatu bentuk yang dianggap sempurna dan
mempunyai hasil-hasil yang menggalakkan. Ini terbukti sejak dua ribu tahun dahulu melalui
proses pemikiran yang sama seperti yang kita gunakan hari ini. Oleh sebab itulah sejarah
matematik perlu mengarahkan perhatian kepada pencapaian saintifik yang mempunyai nilai
tetap disamping memberi perhatian kepada warisan intelektual agung yang wujud pada hari
ini”.
“Kemungkinan tiada satupun karya yang penting pada zaman keemasan orang
Yunani yang tidak diterjemahkan atau dikuasai oleh orang Islam”(F.W Kokomoor, 1936). “
Orang Islam telah memajukan dan memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang
matematik sehingga mereka menghasilkan karya-karya bermutu tinggi melebihi had yang
telah dicapai oleh orang Yunani khususnya dalam bidang algebra dan trigonometri”. (Edward S.Atiyah , 1958)
3.0 TOKOH FALSAFAH MATEMATIK UTAMA TAMADUN ISLAM
3.1 AL-KHAWARIZMI
3.1.1 LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau
dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi telah
dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-
Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman
kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada
yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain
menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun
266H/850M di Baghdad.
3.1.2 PENDIDIKAN
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi bidang
5
syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah
Islam dan kimia.
Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan pemakaian
Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda
beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di
Baghdad.
Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik
dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau
pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia
Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan
hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan
menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada
zaman sekarang.
3.1.3 PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-
karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad
pertengahan. Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau
Angrism. Negara Inggeris pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.
Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan
matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya
merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan
yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam
sistem nombor pada zaman sekarang.
6
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan
karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang hidup
di dunia ini.
Hasil Karya Al-Khawarizmi
Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong
dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan
dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero
Indorum.
2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai
bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia mengenai
algebra.
5. Al-Amal bi’ Usturlab’
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
3.1.4 KETOKOHAN AL-KHWARIZMI
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi
dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang
matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan
kajian yang dikaji.
Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan
hisab. Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun
Islam. Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor
adalah salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya
ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama juga
segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam
7
geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga
diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-
khawarizmi sendiri.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun
Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-bintang
yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang
berkaitan dengan bintang].
Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah
satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas
Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.
Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan
terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada
pengguna aritmetik dan geometri sahaja.
Peribadi al-Khawarizmi
Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi
telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui
oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-
pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah
al-Khawarizmi itu sendiri.
Al-Khawarizmi patut disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut
Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang
yang bergeliga sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-
Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang
Islam.
3.1.5 STRATEGI PENGISLAMAN MATEMATIK DAN SAINS
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia
hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh
yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut
undang-undang Islam.
8
1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam
yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol
kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan
kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus
diterima bulat-bulat tanpa syarat.
2. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. Keharmonian
dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik Islam yang
cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti judi, riba
dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan lagi
Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan manusia
dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.
3. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu
dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai
murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini
adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut oleh
agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat
memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.
Cabang Matematik
Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik
dan lain-lain.
Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam
cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-
Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada
perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya pula
geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat
ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian Thales
9
Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam
kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini
terutamanya pada abad ke9M.
Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh
Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-
12. sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis
oleh al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.
3.2 IBNU BAJJAH
3.2.1 LATAR BELAKANG TOKOH
Abu Bakar Muhammad Ibn Yahya al-Saigh al-Tujibi al-Andalusi al-Samqusti atau dikenali
sebagai Ibn Bajjah. Beliau berasal dari keluarga al-Tujib yang bekerja sebagai pedagang
emas. Tetapi di Barat ia di kenali sebagai dengan nama Avempace. Beliau dilahirkan di
Saragossa pada tahun 1082 Masih .
Ibn bajjah merupakan merupakan di antara cendiakawan yang dapat menguasai pelbagai
ilmu yang dipelajarinya.di antaranya ialah :
1. Ahli hafiz Al-Quran
2. Bidang kedoktoran
3. Seorang ahli muzik dan pemain gambus yang handal
4. Menguasai ilmu matematik, fizik dan falak
5. Bidang falsafah
3.2.2 RENTETAN KEHIDUPAN
Selain di dalam bidang ilmu dan falsafah yang diceburi oleh Ibn Bajjah, beliau juga turut
melibatkan diri di dalam bidang politik .Ia bermula di tempat lahirnya sendiri iaitu
10
di Saragoassa apabila dia mula bergiat sebagsai penyair bagi pihak al-Murabithun yang
dipimpin oleh Abu Bkr Ibn Tafalwit. Kemudian apabila Abu Bkr berkuasa di situ ,Ibn Bajjah
dilantik sebagai menteri .
Pada tahun 1118 M,( 512 H ) Saragossa dapat ditakluk oleh raja Alfonso yang berasal
dari Aragon ,maka Ibn Bajjah pun berpindah ke Seville .Di dalam perjalanannya ke Seville
dia singgah di Valencia . Di Seville Ibn Bajjah menjalankan tugas sebagai seorang doktor dan
banyak menulis tentang ilmu logic dan matematik.
Kemudian Ibn Bajjah berpindah ke Granada ,dan dari sana beliau berpindah ke Afrika
Utara ,iaitu pusat Dinasti Murabithun .Tetapi oleh kerana cara pemikiran falsafahnya asing di
kalangan masyarakat di situ ,beliau ditangkap apabila tiba di kota Syatibah iaitu di Maghribi
oleh Amir Abu Ishak Ibrahim Ibn Yusuf Ibn Tasifin yang menuduhnya sebagai murtad dan
pembawa bid’ah .Oleh kerana Ibn Rusyd pernah menjadi muridnya Ibn Bajjah dilepaskan.
Ekoran dari kejadian tersebut ,ia meneruskan perjalanannya ke Fez di Morocco.
Disana ,beliau mendapat penghormatan yang tinggi di kalangan orang al-Murabithun dan
diangkat menjadi menteri oleh Abu Bakar Yahya Ibn Yusuf Ibn Tasifin untuk jangka waktu
yang panjang .
Kedudukan yang beliau perolehi , telah menimbulkan rasa dengki dan iri hati dari
pelbagai pihak. Akhirnya pada bulan Ramadhan pada tahun 1138 M( 533 H) menurut satu
riwayat beliau meninggal dunia akibat diracuni oleh seorang doktor, yang bernama Abu
al-‘ala Ibn Zuhri yang iri hati terhadap kecerdasan dan penguasaan ilmu yang terdapat pada
Ibn Bajjah. Beliau dimakamkan di samping makam Ibn ‘Arabi di Fez .
Beliau mempunyai dua orang pengikut yang kebanyakan maklumat mengenai latar
belakang kehidupannya banyak diperolehi daripada kedua orang ini. Dua orang pengikutnya
ialah Abu Hasan Ali Bin Abdul Aziz bin al-Iman dan Ibnu Tufail
3.2.3 KARYA-KARYA IBN BAJJAH
Ibn Bajjah banyak mengahasilkan karya di dalam pelbagai bidang termasuklah dalam
matematik. Karya-karya yang dihasilkan lebih kurang 31 karya meliputi pelbagai bidang.
Karya asal Ibn Bajjah ditulis di dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam bahasa
11
Hebrew dan Bahasa Latin. Manuskrip–manuskrip asal dan terjemahannya ada tersimpan di
dalam perpustakaan Bodlein, Perpustakaan Berlin dan di perpustakaan Escurial. Di antara
karya-karyanya yang terpenting ialah :
KARYA-KARYA AGUNG IBNU BAJJAH
- Risalah al-wida’
Ia mengandungi tentang ketuhanan ,kewujudan manusia, alam, serta huraian mengenai
kedoktoran dan perubatan .Buku ini terletak di perpustakaan Bodlein.
- Risalah Tadbir al-Mutawahhid
Ia mengandungi tentang pandangan beliau dalam bidang politik, matematik, mantik dan
falsafah. Ia lebih menekankan kehidupan individu dalam masyarakat yang
disebut Mutawahhid. Kandungan buku ini seperti buku al-Madinah al-Fadhilah ,karangan
al-Farabi. Risalah Tadbir al-Mutawahhid ini diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol
setelah wafatnya Ibn Bajjah.
- Risalah al-Ittisal al-‘Aql Bi al-Insan
Ia mengandungi tentang perhubungan akal dengan manusia serta huraian mengenainya.
- Kitab an-Nafs
Ia mengandungi yang berkaitan tentang persoalan yang berkaitan tentang jiwa manusia
dengan Tuhan dan pencapaian manusia yang tertinggi dari kewujudan manusia
(kebahagiaaan). Persoalan ini banyak dipengaruhi oleh gagasan pemikiran falsafah
Yunani ,oleh sebab itulah Ibn Bajajh banyak membuat ulasan terhadap karya dan hasil
tulisan Aristotle ,Galenos ,al-Farabi ,dan al-Razi.
-Kitab komentar tentang ilmu Logik al-Farabi
Sampai sekarang masih ia tersimpan di perpustakaan Escurial (Spanyol ). Beberapa
ulasan terhadap buku falsafah hasil karya Aristotle ,al-Farabi, Porphyrius dan
sebagainya . “Di perpustakaan Berlin terdapat 24 risalah manuskrip karangan Ibn
Bajjah. Di antaranya ialah Tardiyyah( syair-syair )”. (Carra dew Vaux, 2001)
12
3.2.4 SUMBANGAN IBN BAJJAH
Sesungguhnya Ibn Bajjah merupakan tokoh ilmuwan yang hebat meliputi pelbagai bidang
termasuklah matematik. Ia bersesuaian dengan kedudukan dan penghormatan yang telah
diberikan kepada beliau sepanjang kehidupannaya serta tokoh falsafah Islam yang pertama di
Andalusia. Menurut Ibn Khaldun, kedudukan Ibn Bajjah adalah setaraf dengan Ibn Rusyd
(Averroes ), Ibnu Sina(Avincenna) dan al-Farabi .
Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana
sebahagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita
hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakan di beberapa perpustakaan di Eropah.
Sesetengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Sebagai contoh , beliau
telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial, sebelum para sarjana
barat berbuat demikian. Begitu juga konsep madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara
tidak langsung . Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi sumbangan dan pemikirannya
telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah pelbagai bidang
termasuklah falsafah matematik di bumi Andalusia .
3.3 IBNU HAITHAM
Nama sebenar Ibnu Haitham adalah Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-
Basri Al-Misri. Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen,
Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
3.3.1 LATARBELAKANG IBNU HAITHAM
Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq. Beliau dibesarkan di
bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada
masa itu. Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi
pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak
pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di
perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar
dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba
ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi,
perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi. Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan
13
sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua
Eropah pada zamannya.
Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir
waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M)
mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan
keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir
Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat
mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih
yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau
kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada
tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu
Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.
Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan
terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut
menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.
Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan
Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang
optik. Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli
matematik hingga akhir hayatnya. Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun
1039M katika usianya 74 tahun.
3.3.2 SUMBANGAN IBNU HAITHAM
TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)
Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah
berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu
hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan
sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah
di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki
langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang
apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam
fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena
nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.
TEORI PENGLIHATAN (optik)
14
Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat
eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh.
Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam
penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak
lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang
mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari
matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda
yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.
CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung
dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin
sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam
cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.
TEORI BIASAN CAHAYA
Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada
permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat.
Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).
AHLI BIDANG FALSAFAH
Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya
adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih
tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu:
“bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang
berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.
BIDANG ASTRONOMI
Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak
menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-
plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik.
Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler.
Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu
Nasiruddin at-Tusi.
15
BIDANG FIZIK
Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau
menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi
satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon,
Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.
3.3.3 KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan
dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku,
namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah: Maqalah fi Istikhraj Samt al-
Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus
optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-
Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi
al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-
Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan
astronomi.Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di
antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam
bahasa-bahasa Eropah.
Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu
ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar
dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M. Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu
Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi
rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada
tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan
nama Thesaurus Opticae.
3.3.4 SUMBANGAN IBNU HAITHAM
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu
Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu
pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan
Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat
patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka
16
kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah
menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama
tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam
bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi
kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani
dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan
usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas
menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan
ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar
tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang
beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga
seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu
pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti
Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang
kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita
mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran
serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.
4.0 PENUTUP
Ahli matematik Islam menyedari kemajuan intelek manusia merupakan
kecenderungan yang bijak untuk percapaian manusia sama ada pada waktu yang lalu,
sekarang mahupun yang akan datang. Oleh itu, perkembangan matematik dalam
ketamadunana islam telah digembeling semaksima mungkin oleh sarjana-sarjana islam
terdahulu dalam memenuhi aspirasi kehendak Allah dalam Al-Quran dan Hadith. Selain itu ia
juga menjadi wadah dalam memenuhi kehendak dan keperluan sekeliling khasnya melibatkan
perkembangan teknologi yang sedia ada pada zaman berkenaan. Umpamanya, matematik
pada zaman Mesir purbakala dan Rom menjadi alat untuk menyelesaikan masalah-masalah
harian. “Dalam sejarah tamadun manusia, kesemuanya telah berusaha ke arah pencapaian
dalam bidang matematik. Zaman permulaan pra sejarah tidaklah diperolehi sebagaimana
penemuan bahasa dan seni. Oleh itu, permulaan peradaban hanya boleh dihubungkaitkan
dari tingkah laku orang primitf hari ini. Walau dari mana pun sumbernya, matematik yang
17
kita dapati hari ini telah melalui dua aliran nombor dan bentuk; pertama melalui aritmetik
dan algebra dan kedua melalui geometri”(Eric Temple Bell, 1940)
5.0 RUJUKAN
Abu Bakar Ahmad bin Ali Razi Al-Jashoshi 2001. Ahkamul Quran Cetakan Beirut Lebnon
ms 110-115
Abu Abdullah Muhamamd Ismail, 860M. Kitab Bukhari Cetakan Beirut Lebnon
Abu Fadl Ahmad bin Ali bin Hajr Asqalani, 1449. Fath Al-Bari bi Syarh Shahih Al-Bukhari
cetakan Mesir Publication bhd. Ms 224-226
Edward S.Atiyah, 1958, The Arabs. Ediburgh. R. and R.Clark, hlm 55.
Eric Temple Bell , 1940. The Development of Mathematics. N.York. Mc Graw Hill Book
Company, hlm 3
F.W Kokomor, 1936. The Mathematics Teacher. vol.29, hlm 229.
George Sarton, 1948. The Life of Science. New York, Henry Schumann, hlm 150.
Rene Taton, 1963. History of Science, N.York, Basic Books, hlm 386.
18