STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP …€¦ · Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti...
Transcript of STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP …€¦ · Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti...
STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN,
SARAWAK.
VIRGINY ANAK JOHN BURUNG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PENGESAHAN PEMBIMBING
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan ( KEMAHIRAN HIDUP ).”
Tandatangan : ….……………………..
Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT
Tarikh : 12 MEI 2011
ii
STRES DIKALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN,
SARAWAK
VIRGINY ANAK JOHN BURUNG
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei , 2011
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ….……………………………
Nama Penulis : VIRGINY ANAK JOHN BURUNG.
Tarikh : 12 MEI 2011
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat,
Ayah Encik John Burung dan ibu Puan Doret Simpoh yang dicintai
Terima kasih atas segala doa, nasihat, jasa dan pergorbananmu
Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison John
Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan semoga
Tuhan akan membalasnya dengan sebaik-baik
Terima Kasih
v
PENGHARGAAN
Salam sejahtera penyelidik ucapkan sebagai pembuka laluan bagi coretan
penghargaan ini. Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya, maka kajian ini dapat
disiapkan dalam masa yang dirancang.
Pada kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada penyelia projek sarjana muda iaitu PM Dr Yahya Bin Buntat di atas segala
bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Beliau telah banyak
memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyempurnakan kajian ini.
Komitmen yang telah diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah
bagi menyiapkan kajian ini.
Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Gabungan,
Jabatan Pendidikan, Bahagian Samarahan atas kesudian mereka memberi kebenaran
kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga
diucapkan kepada semua pengetua, penolong kanan dan guru-guru Kemahiran Hidup
Bersepadu yang terlibat dalam kajian ini atas kerjasama yang telah diberikan.
Kemaafan juga saya pinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan
dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata, penyelidik berharap kajian ini dapat
memberi manfaat kepada kita semua. Sekian
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca, kesan dan cara menangani stres
di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah kebangsaan di
daerah Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 67 orang guru-guru Kemahiran Hidup
Bersepadu daripada lapan buah sekolah menengah di Daerah Kota Samarahan, Sarawak
sebagai sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik.
Kajian rintis telah dijalankan dikalangan 10 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu di
Sekolah Menengah Kebangsaan Serian. Darjah kebolehpercayaan bagi intsrumen yang
digunakan dalam kajian ini ialah 0.9. Data dihuraikan secara deskriptif iaitu
menggunakan frekuensi, peratusan dan min. Secara keseluruhan didapati stres guru-
guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah di daerah Kota Samarahan ini adalah pada
tahap sederhana. Daripada dapatan kajian, menunjukkan faktor beban tugas menjadi
punca domain stres di kalangan guru-guru ini. Manakala kesan stres terhadap fizikal
seperti sering mengalami perubahan selera makan, sering mengalami sakit kepala dan
sukar tidur menjadi kesan domain yang berlaku kepada guru-guru ini. Hasil kajian
menunjukkan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu kebanyakkannya menangani
masalah stres mereka dengan beriadah dan bersenam daripada aspek gaya hidup,
manakala daripada aspek tingkah laku, kebanyakkannya akan bergaul bersama rakan
sekerja untuk menangani masalah stres mereka.
vii
ABSTRACT
This study investigates the perception regarding the causes and effects of stress
and how to overcome the stress problem among the Living Skills’ teachers who are
currently teaching in secondary schools in Kota Samarahan, Sarawak. A total of 67
teachers which comes from eight secondary schools in Kota Samarahan, Sarawak have
been selected as the respondents of this study. The instrument used in this study is
questionnaire.A pilot survey was piloted among 10 technical’s teacher in SMK Serian,
Sarawak. Cronbach’s alpha recorded for this instrument is 0.9. The overall data is
analysed in terms of frequency, percentage and mean. This study found that the overall
stress of Living Skills’ teachers in secondary schools in Kota Samarahan is at moderate
level. According to this study, the workload is the main source which influenced the
teachers. The symptoms of stress among the Living Skills’ teachers influenced their
physical characteristics such as appetite changes, frequent headache and sleeping
discorder. The results obtained showed that the Living Skills’ teacher mostly uses
factors of lifestyle when dealing with stress problems. The findings also show that the
majority of teachers tried to release stress by involving theirselves in sport and exercise.
In behaviour aspect, majority of the teachers will interact with their colleagues to release
stress.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
ix
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.9 Kesimpulan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Konsep Stres 14
2.3 Konsep Stres Kerja 16
2.4 Punca-punca Stres 18
2.5 Cara Menangani Stres 20
2.6 Kemahiran Hidup Bersepadu 22
2.7 Model-model Stres/Tekanan 23
2.8 Teori-teori Stres/Tekanan 34
2.9 Kajian-Kajian Lepas 36
2.10 Kesimpulan 42
x
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 43
3.2 Rekabentuk Kajian 44
3.3 Populasi Kajian 44
3.4 Instrumen Kajian 47
3.5 Kajian Rintis 50
3.6 Prosedur Kajian 51
3.7 Analisis Data 51
3.8 Jangkamasa Kajian 52
3.9 Kesimpulan 53
BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 54
4.2 Huraian Latar Belakang Responden 55
4.3 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian 57
4.3.1 Persoalan Kajian 1 58
4.3.2 Persoalan Kajian 2 64
4.3.3 Persoalan Kajian 3 68
4.4 Kesimpulan 71
xi
BAB 5 RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Rumusan 73
5.3 Perbincangan 75
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 76
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 80
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 83
5.4 Cadangan 86
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.6 Penutup 89
LAMPIRAN A Rujukan 90
LAMPIRAN B Surat Pengesahan Item-item Soal Selidik
LAMPIRAN C Borang Soal Selidik
LAMPIRAN D Surat kebenaran menjalankan kaji selidik
di setiap sekolah
xii
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Punca Tekanan Kerja 28
3.1 Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota
Samarahan, Sarawak 45
3.2 Taburan Jumlah Responden Mengikut Sekolah 46
3.3 Skor Skala Likert 48
3.4 Jadual Skala Likert untuk Bahagian B, C dan D 48
3.4 Taburan Item Mengikut Aspek Persoalan Kajian 49
3.5 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 49
4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina 55
4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Status
perkahwinan 55
4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Umur 56
4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman
Tahun Mengajar 57
xiii
4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi
Punca Stres dari Aspek Faktor Beban Kerja guru-guru
Kemahiran Hidup Bersepadu 58
4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min
bagi Punca Stres dari Aspek Faktor Persekitaran guru-guru KHB 60
4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min
bagi Punca Stres dari Aspek Faktor Kewangan guru-guru KHB 62
4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min
bagi Kesan Stres terhadap Fizikal guru-guru KHB 64
4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min
bagi Kesan Stres terhadap Emosi guru-guru KHB 66
4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan
Min bagi Cara Mengatasi Stres melalui Kaedah Tingkah
Laku Guru-guru KHB 68
4.11 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min
bagi Cara Mengatasi Stres melalui Kaedah Gaya Hidup
Guru-guru KHB 70
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Gallup Poll terhadap Distressors dan Distress 19
2.2 General Adaptation Syndrome (GAS) model 23
2.3 Model Stress Atkinson (1988) 26
2.4 Model Tekanan Guru 27
xv
SENARAI LAMPIRAN
TAJUK HALAMAN
LAMPIRAN A
Rujukan 99
LAMPIRAN B
Surat Pengesahan Borang Soal Selidik 1 101
Surat Pengesahan Borang Soal Selidik 1 102
LAMPIRAN C
Borang Soal Selidik 103
LAMPIRAN D
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 1 112
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 2 113
Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 1 114
Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan
Maklumat 115
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pada zaman era globalisasi yang serba moden masa kini, kehidupan manusia
akan dipenuhi dengan situasi yang penuh dengan cabaran, permintaan, kekecewaan
dan manusia saling berlumba-lumba untuk mencapai target mereka. Situasi sebegini
bukan sahaja memerlukan usaha tetapi memerlukan mentaliti yang kuat. Jika cara
pengurusan kehidupan tidak diuruskan dengan baik maka seseorang itu akan
mengalami stres. Stres didefinisikan sebagai reaksi mental, fizikal dan emosi
terhadap tuntutan dalam kehidupan manusia dalam kehidupannya (Scafer, 1998)
Stres boleh berlaku di tempat kerja mahupun di rumah lebih-lebih lagi hidup
pada masa kini penuh dengan cabaran, pelbagai masalah, kekecewaan dan pelbagai
permintaan yang harus dipenuhi. Dalam erti kata lain stres yang dialami adalah
disebabkan perlakuan dan permintaan dalaman yang berlebihan dalam melakukan
daya usaha dan pelarasan (Fisher, 1994).
2
Untuk kebanyakkan orang, stres merupakan satu kebiasaan dalam kehidupan
manusia. Dalam erti kata lain, stres bukanlah sesuatu perkara yang tidak baik namun
ia membawa dua kesan iaitu kesan baik (positif) dan juga kesan tidak baik (negatif).
Jika seseorang mengalami stres yang sedikit, dia akan lebih bermotivasi
memperbaiki diri untuk melakukan yang terbaik. Walaupun stres kadangkala dilihat
boleh membawa kebaikan tetapi stres berlebihan menyebabkan sesorang menjadi
kurang upaya dalam menghadapi cabaran terutamanya di tempat kerja.
Charlesworth and Nathan (1984) telah menyenaraikan pelbagai faktor stres.
Antaranya adalah faktor persekitaran, faktor komunikasi, faktor fizikal, faktor
perubahan, faktor keluarga, faktor penyakit, keputusan yang dibuat, sosial dan
termasuklah faktor kerja.
Seaward (2006) telah melaporkan kajian terbaru secara keseluruhannya
menunjukkan bahawa 70% hingga 80% penyakit yang dialami manusia kini kesan
daripada stres. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil data yang
ditunjukkan oleh National Center For Health Statistic dalam Mazlan, Faizah, Syed
(2002) yang melaporkan pada 2000 masalah penyakit manusia ada hubungan rapat
dengan stres (contohnya kanser, penyakit jantung dan stroke).
Stres kerja dikenali di mata dunia sebagai cabaran utama terhadap kesihatan
pekerja dan memberi kesan mendalam kepada sesebuah organisasi. Pekerja yang
mengalami stres biasanya menjadi tidak sihat, kurang bermotivasi, kurang produktif
dan tidak mengamalkan keselamatan ketika bekerja. Majikan tidak dapat melindungi
pekerja-pekerjanya daripada stres di luar tempat kerja tetapi boleh membantu
mengurangkan stres di tempat kerja. Stres di tempat kerja boleh membawa kesan
yang buruk kepada sesebuah organisasi. Pengurusan kerja yang baik adalah satu cara
yang paling berkesan untuk mengelakkan berlakunya stres di tempat kerja.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan merupakan faktor penting dalam pembangunan sesebuah negara.
Melalui pendidikan juga ia mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (Nor Hasimah, 2003). Oleh itu segala ilmu di
seluruh dunia mahupun ilmu ilmiah atau ilmu kerohanian ini akan disalurkan oleh
insan yang digelar guru.
Oleh kerana sistem pengajaran di sekolah banyak, para guru banyak
menghadapi masalah dan beban tugas yang banyak. Para guru terpaksa berjuang
untuk mendidik anak muridnya dan terpaksa juga melakukan pelbagai tugas dalam
masa yang sama. Menurut Ismail Nihat (2009) guru-guru kini terpaksa berhadapan
dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya
beban yang keterlaluan. Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang
tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid, projek banyak tetapi guru sedikit.
Masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada stres mental dan
emosi berbanding fizikal. Ini menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka
terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang
dan berkualiti.
Fenomena stres telah menular dalam profesion keguruan seluruh dunia.
Menurut Borg dan Mark (1990) pekerjaan guru dikategorikan mempunyai stres yang
tinggi. Ia disokong oleh Travers dan Cooper (1993) dalam Jepson dan Forrest (2006)
mendapati apabila dibuat perbandingan dengan pekerjaan lain, kerjaya perguruan
didapati mempunyai tahap stres yang tinggi. Kenyataan ini disokong oleh laporan
kajian oleh Health and Safety Executive yang menyokong pengajaran adalah salah
satu daripada pekerjaan yang sangat stres. Didapati 41% guru dilaporkan mempunyai
tahap stres yang tinggi. Kajian ini membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya
4
sebagai jururawat yang mempunyai tahap stres sebanyak 31%, kerja pengurusan 29%
dan dalam bidang professional serta sokongan sebanyak 27%.
Daripada situasi yang sering kita lihat pada hari ini, jelaslah bahawa profesion
perguruan di negara kita mengalami suatu keadaan yang kritikal dan memerlukan
perhatian daripada pelbagai pihak. Keadaan ini menggambarkan situasi di kalangan
guru-guru tidak boleh dipandang remeh lagi terutamanya guru-guru yang mengajar
matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah.
Ramai guru berpendapat bahawa pekerjaan guru termasuk guru Kemahiran
Hidup tidak lagi menarik lagi disebabkan oleh beban tugas yang sudah meningkat
pada masa kini. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar dan mendidik pelajar
semakin bertambah dengan tugas yang di luar bidangnya seperti tugas pengkeranian.
Tugas pengkeranian yang dimaksudkan adalah seperti membuat laporan
aktiviti, mengisi borang atau kad-kad, membuat penyata kewangan kelab atau
persatuan dan sebagainya. Bagi guru-guru Kemahiran Hidup juga mereka
dibebankan dengan kerja-kerja yang diluar waktu sekolah seperti membuat plan
landskap untuk keceriaan sekolah atau bengkel Kemahiran Hidup, membuat
tempahan untuk barangan dan peralatan di bengkel-bengkel, dan sebagainya
menuntut peruntukan masa yang panjang di samping guru-guru perlu memberi
tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru Kemahiran Hidup
juga menjadi guru pentaksir menambah lagi tugas mereka selain mengajar sahaja.
Buku-buku dan ujian serta kertas Penilaian Pentaksiran Sekolah untuk subjek
Kemahiran Hidup juga perlu disemak oleh guru tanpa mengenal penat lelah.
Kenyataan ini disokong oleh Siti Rodziah (1982) yang menyatakan faktor yang
membawa stres guru-guru ialah beban tugas dan kesuntukan masa.
Individu tidak dapat berfungsi dengan berkesan jika di dalam keadaan
tertekan (Smith 1993 : Girdano & Everly, 1993). Perasaan tertekan menjadikan
5
seseorang itu bersikap tidak rasional, cemas, tegang tidak dapat menumpukan
perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira serta tidak puas hati
terhadap kerja. Hal-hal seperti ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat
positifnya apatah lagi rasa kasih sayang. Terdapat kajian-kajian membuktikan
sesetengah guru mengalami stres perasaan, sikap berang, murung, mengambil
keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum masa yang
sepatutnya kerana mereka dikatakan tertekan
Daripada pemerhatian yang dilakukan, daerah Kota Samarahan adalah salah
satu daerah terletaknya banyak pusat latihan dan institusi pengajian tinggi seperti
Universiti Teknologi Mara, Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak, Maktab
Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Kolej
Kejururawatan dan terdapat juga kolej-kolej swasta yang terletak di daerah
Samarahan. Oleh hal yang demikian, persaingan tentang prestasi sekolah-sekolah di
kawasan tersebut juga semakin meningkat kerana dipengaruhi oleh persekitaran di
kawasan tersebut. Guru-guru di daerah tersebut juga semakin dibebani tugasan yang
banyak dan disamping dapat meningkatkan prestasi sekolah masing-masing.
1.3 Pernyataan Masalah
Matapelajaran Kemahiran Hidup yang diajar di Sekolah Menengah adalah
bertujuan melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi
serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa
berubah untuk kehidupan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Dalam
merealisasikan visi Kementerian Pelajaran Malaysia ini, para guru bekerja keras
untuk melahirkan produktiviti yang berkualiti untuk negara pada masa hadapan.
6
Berdasarkan latar belakang masalah di atas, kajian ini dilakukan bertujuan
untuk mengenalpasti punca, kesan dan cara menangani stres yang dialami oleh guru-
guru sekolah menengah di daerah Kota Samarahan
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji punca, kesan dan cara menangani
stres di kalangan guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-
sekolah Daerah Samarahan, Sarawak. Objektif utama kajian ini pula adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti punca stres dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan,
Sarawak.
1.4.2 Mengenalpasti kesan stres terhadap fizikal dan emosi dikalangan guru-
guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di
daerah Kota Samarahan, Sarawak.
1.4.3 Mengenalpasti cara guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di
sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan Sarawak
menangani stres.
7
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, berikut adalah persoalan kajian:
1.5.1 Apakah punca stres di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan,
Sarawak?
1.5.2 Apakah kesan stres terhadap guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu
di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak?
1.5.3 Bagaimanakah cara-cara guru Kemahiran Hidup Bersepadu di
sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak
menangani masalah stres mereka?