Strategies Used in Financing Education Development Plans and the Adoption of Approriate Analysis...

download Strategies Used in Financing Education Development Plans and the Adoption of Approriate Analysis Tools to Measure Their Outcomes

of 25

Transcript of Strategies Used in Financing Education Development Plans and the Adoption of Approriate Analysis...

Strategies Used in Financing Education Development Plans and the Adoption of Approriate Analysis Tools to Measure Their OutcomesName :Syarifah Asmahani bt Saiyed AbdullahMatrix No.:PGS 120004

1.0PENGENALANPembiayaan pembangunan pendidikan merupakan agenda yang besar di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat misalnya, pendidikan dianggap satu pelaburan yang besar dan faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi (Burrup P.E.et al.,1996). Kos yang besar diperuntukkan serta diagihkan dalam sektor ini samaada melibatkan input yang berkualiti, operasi yang berkesan dan juga kualiti output yang dikeluarkan. Negara kini sedang mengalami transformasi dalam segenap bahagian dengan tujuan utama untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara perindustrian dan benar-benar maju menjelang 2020 mengikut acuan Negara kita. Kemajuan yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 meliputi semua aspek khususnya ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan sektor kebudayaan. Sejajar dengan itu juga, dalam peruntukan bajet 2014 baru-baru ini yang telah dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohamed Najib Tun Razak, menyatakan bahawa RM 54.6 bilion diagihkan kepada sektor pendidikan bagi melonjakkan lagi pendidikan Negara Malaysia untuk memastikan tahap pendidikan berkembang dengan baik, dan sembilan tunjang utama wawasan 2020 tercapai. Pendidikan merupakan medium sosial utama yang merupakan tonggak asas pembangunan melahirkan generasi yang diinginkan(Winthrold.et al.,2013). Perangkaan strategi untuk membiayai perancangan pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan perlu dinilai dan diperbaiki serta perlu penambahbaikan agar setiap ringgit yang dilaburkan dapat memaksimakan produktiviti ataupun hasil. Strategi-strategi yang digunakan mestilah mengcungkil potensi secara maksimum. Perancangan, strategi akan berkesan sekiranya ada pengukuran yang betul dan sesuai. Menurut Shahril (2009), hasil akhir yang melibatkan kos dan faedah yang diperuntukkan dalam pendidikan dipanggil kadar pulangan. Pelbagai kaedah ukuran yang boleh dibuat untuk mengukur kadar pulangan. Dalam penulisan ini, kita akan melihat tiga skop utama yang melibatkan strategi pembiayaan pendidikan di Malaysia, pengukuran-pengukuran yang boleh dibuat dan pencapaian atau hasil yang telah dan belum lagi tercapai.

2.0KAJIAN LITERATURPerbincangan perlu difokuskan kepada kerangka teori, model atau kajian lampau yang menjadi tunjang asas sesuatu kajian. Ulasan kajian lepas penting kerana ia memberi halatuju dan idea kepada sesuatu kajian. Kajian literature akan memberi idea mengenai pembolehubah, mendapat maklumat mengenai kajian lepas, mengetahui status kajian di luar dan mendapat makna serta hubungan di antara pembolehubah. (Sidek,2002). 2.1 Pembiayaan pembangunan pendidikanSesebuah organisasi dibangunkan adalah untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan untuk memenuhi sesuatu matlamat. Mosley (2008) menyatakan matlamat organisasi sudah tentu untuk mendapatkan keuntungan. Kewangan mestilah melibatkan pengurusan yang cekap. Rajah 1 (rujuk Apendik A) menunjukkan bahawa pengurusan yang berkesan melibatkan penggabungan pelbagai sumber. Salah satu daripadanya adalah gabungan sumber kewangan bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi. Kewangan adalah faktor penggerak sistem untuk mencapai matlamat dan objektif. Dalam konteks pendidikan, matlamat adalah output kepada input yang menjurus kepada produktiviti.

2.2Produktiviti atau outcomes dalam pendidikan Produktiviti pada mulanya merupakan konsep dalam ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan penggunaan kos dengan memaksimakan output. Berdasarkan Ibrahim Duyar (2006), produktiviti boleh diertikan seperti berikut: Productivity can be defined as achieving maximum outputs of a process with the use of minimum inputs. Dalam kebanyakan kajian penyelidik, input kewangan yang dimaksudkan boleh datang daripada pelbagai sumber. Input melibatkan sumber manusia, input sumber fizikal dan juga input sumber kewangan (Mosley,2008). Ketiga-tiga input pasti memberi impak kepada produktiviti. Produktiviti atau kadar pulangan dikenali juga sebagai hasil akhir dalam bidang pendidikan. Kebolehan individu untuk akses dan menamatkan pendidikan dengan berkualiti akan meningkatkan produktiviti individu malah juga Negara (OECD,2002). Menurut Ibrahim juga, dalam kaedah tradisional, pengukuran produktiviti dalam pendidikan dibuat dengan menggunakan model productivity function analysis dan kini kajian pembaharuan dibuat dengan menggunakan beberapa pendekatan baru seperti Principal-agent theory, quadriform analysis, data envelopment analysis, dan lain-lain. Pengukuran hasil juga boleh dibuat dengan pelbagai cara lain. Shahril (2005) menyatakan kadar pulangan bagi sosial dan individu boleh diukur dengan tiga teknik iaitu pengukuran kos dan faedah, mengukur kadar pulangan dan juga nilai bersih. Pengiraan kadar pulangan bagi pendidikan pembangunan manusia telah lama dibuat sejak 1950-an (Psacharopoulos G&Patrinos H.A.,2002).3.0STRATEGI STRATEGI PEMBIAYAAN YANG DIGUNAKAN

Pendidikan memainkan peranan utama dalam membangunkan ekonomi dan pembangunan menyeluruh sesebuah Negara melalui pembangunan modal insannya. Apa sahaja tindakan seorang guru di dalam bilik darjah menentukan arah tuju masa hadapan seseorang individu. Individu yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang tinggi mampu untuk menerajui pembangunan ke arah kejayaan dan mampu bersaing secara global. Justeru itu, negara yang mempunyai rakyat yang berilmu pengetahuan tinggi akan menikmati kemajuan yang tinggi juga. Kajian OECD (Organization for Economic Cooperation and Development) mendapati wujudnya perkaitan yang rapat antara modal insan dengan pertumbuhan ekonomi di Negara-negara maju (OECD, 2000) di mana perbelanjaan dalam pendidikan menyebabkan peningkatan dalam produktiviti individu dan pendapatan mereka. Oleh yang demikian, perancangan strategik yang mapan perlu ada sebagai panduan. Terdapat beberapa strategi yang dijalankan untuk pembiayaan pembangunan pendidikan di Malaysia. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM,2013) ada menyatakan bahawa penyediaan sokongan dan sumber memberikan kesan penting kepada prestasi sekolah. Justeru pendidikan merupakan pelaburan yang sangat besar dalam negara untuk menghasilkan output atau tenaga buruh yang berpengetahuan, berkemahiran dan tinggi kompetensinya. Dalam memastikan pembangunan terus berkembang sejajar dengan pembiayaan yang diberikan dalam bajet kerajaan, terdapat beberapa strategi pembiayaan dilaksanakan. Pembiayaan utama peningkatan pendidikan di Malaysia adalah menerusi pembiayaan kerajaan. Pembiayaan daripada kerajaan antaranya ada yang dirangka dalam Pelan Pembangunan Pembangunan Malaysia (PPPM), Gagasan 1 Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Rancangan Malaysia ke-10 (RMKe-10) dan Model Ekonomi Baru (MEB).

3.1Pembiayaan Pendidikan di MalaysiaSejak zaman sebelum merdeka dan sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan melibatkan kos secara tidak langsung. Pendidikan dijalankan secara tidak formal, dan tiada pembayaran formal berlaku dalam bentuk pemberian gaji diberikan. Namun begitu, ibu bapa tetap memberikan imbuhan kepada guru-guru yang mengajar anak anak mereka terutamanya guru-guru agama pada ketika itu. Imbuhan yang diberikan lebih berbentuk materi seperti tikar, bantal, periuk dan beras untuk guru berkenaan. Kebanyakan guru-guru agama yang mengajar dalam bentuk formal pula, sekolah pondok diperkenalkan. Sekolah pondok ini biasanya dibangunkan atas tanah atau di rumah yang diwakafkan oleh orang-orang kampung. Walaupun guru-guru ini tetap mengajar secara sukarela, ibu bapa tetap membantu membina tempat tinggal kepada guru-guru tersebut (Shahril,2005). Pada zaman pemerintahan Inggeris, pembiayaan daripada pihak Inggeris diberikan kepada sekolah-sekolah yang terdiri daripada sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina, Vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Hanya sekolah Vernakular Melayu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan British sementara sekolah-sekolah Inggeris, Cina dan Tamil mendapat bantuan daripada kerajaan dalam bentuk perkapita grant dan grant-in-aid. Bantuan ini mengambil kira pencapaian peperiksaan dan peratus kedatangan pelajar pada masa itu. Bantuan ini diberi kepada sekolah-sekolah yang yang mahu mengajar bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu kepada semua murid. Kerajaan British pada masa itu menggunakan hasil dari kolonial dan hasil kerajaan pusat dan juga peruntukan kerajaan tempatan. Jadual 1 menunjukkan jumlah dan perbelanjaan pendidikan pada tahun masa itu. Perbezaan jumlah yang dikutip disebabkan perbezaan peratus kadar pendidikan yang dikenakan mengikut negeri-negeri. Di negeri-negeri selat, kadar pendidikan dikenakan sebanyak 2% ke atas harta di bandar-bandar dan 1% ke atas harta di luar Bandar. Sebanyak 2% pula dikenakan daripada nilai tahunan tanah, rumah dan bangunan bagi negeri-negeri bersekutu(Shahril,2005).Pada pemerintahan selepas merdeka sehingga kini, perbelanjaan yang dibelanjakan untuk pendidikan semakin meningkat. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti peningkatan populasi yang memulakan akses kepada pendidikan, kadar subsidi meningkat di peringkat sekolah rendah, peningkatan latihan guru, peningkatan kualiti infrastruktur (Shahril,2005; OECD, 2002). Sumber pembiayaan bagi pendidikan pra sekolah, rendah, menengah, dan juga tertiari adalah dari kerajaan pusat. Kerajaan Malaysia akan membentangkan bajet pada setiap tahun. Razek dan Hosch (1995) mendefinasikan bajet sebagai berikut:A formal estimate of the resouces that an organization plans to expend for a given purpose over a given period, and the proposed means of acquiring these resources. It informs the reader of what activities the organization plans to undertake and how the organization expects to finance activities; and thus it acts as a standard against which efficiency and effectiveness can be measured

Malah bajet boleh juga dinyatakan sebagai proses untuk memperuntukkan sejumlah wang kepada permintaan dan operasi bagi tempoh tertentu. Perancangan bajet hendaklah mempunyai maklumat berkaitan jenis dan jumlah perbelanjaan, tujuan dan program yang akan menggunakan kewangan tersebut (Freeman and Shoulders,1999). Dalam pembentangan bajet yang telah dibuat oleh YAB Dato'SriHaji MohammadNajibbin Tun Haji Abdul Razak dalam pembentangan bajet 2014 baru-baru ini telah mengemukakan sebanyak 54.6 bilion diperuntukkan kepada sektor pendidikan. Peningkatan adalah sebanyak 15.9 bilion (rujuk Jadual 2). Bajet ini meningkat daripada tahun sebelumnya disebabkan oleh hasrat untuk menjayakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025. Sektor pendidikan yang diletakkan dalam bidang sosial kebiasaanya menjadi tunjang utama perhatian kerajaan dalam peruntukan bajet. Lihat Rajah 2, rajah menunjukkan peruntukan yang dibuat untuk semua sektor dan juga menunjukkan sumber (dari mana datangnya punca pendapatan) dan perbelanjaan (ke mana dibelanjakan wang).Sumber utama hasil kerajaan Malaysia datangya daripada cukai dan bukan cukai. Bagi cukai terdiri daripada cukai langsung dan juga cukai tidak langsung. Cukai langsung didapati daripada cukai pendapatan indidvidu, syarikat, petroleum, pembangunan, harta pusaka, pintu dan tanah. Cukai tak langsung terdiri daripada duti eksport, duti import, duti eksais dan juga cukai jualan. Daripada hasil pendapatan ini, kerajaan meyalurkan bajet kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bagi KPM, peruntukan bajet yang diberikan ke sekolah adalah melalui Peruntukan Per Kapita Geran (PCG). Rajah 3 menunjukkan proses penyediaan bajet dan pengagihan peruntukan. KPM atau Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menghantar borang permohonan ke sekolah untuk dinyatakan bilangan pelajar pada bulan Oktober tahun semasa. Maklumat seperti bilangan pelajar yang mengambil subjek teras dan wajib bagi sekolah rendah perlu diperincikan. Bagi sekolah menengah pula, perincian PCG matapelajaran mengikut matapelajaran teras, wajib dan tambahan. Bilangan pelajar bagi PCG bukan matapelajaran yang terdiri daripada pusat sumber sekolah, bimbingan dan kaunseling , Lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Lain Perbelanjaan Khas LPBT/LPK sekolah dan LPBT/LPK Asrama juga perlu diperincikan secara telus. Borang PCG ini perlu dihantar ke Unit Kewangan JPN mengikut unit. JPN mengumpul semua boring dan menghantar ke KPM. Setiap bahagian di KPM akan menghantar permohonan peruntukan dan juga dikumpulkan yang kemudiaannya akan dihantar ke Bahagian Belanjawan, Kementerian Kewangan. Semua penyediaan bajet daripada kementerian akan disatukan dan setelah dipersetujui Jemaah Menteri, bajet akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berkenan, maka pihak perbendaharaan akan mengeluarkan waran peruntukan kepada KPM pada bula Januari tahun berikutnya dan mengagihkan kepada setiap negeri mengikut program yang tertentu. Selain PCG, sumber pembiayaan pendidikan di Malaysia juga terdiri daripada sumber lain. Antaranya adalah seperti berikut:1) Peruntukan khas seperti sekolah berprestasi tinggi misalnya mendapat peruntukan yang tertentu2) Perkongsian bijak dalam sekolah3) Perkongsian bijak dengan masyarakat setempat4) Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO),5) Pemberian subsidi oleh kerajaan pusat6) Bantuan dari sektor swasta7) Skim Bantuan Buku Teks8) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin9) Skim Bantuan Tuisyen 10) Program Susu Sekolah (PSS)11) Program Makanan Tambahan (PMT)12) Program 3K13) Sekolah Berprestasi Tinggi (terima peruntukan khas14) Sekolah Amanah

Pendidikan tinggi dalam konteks sistem pendidikan kebangsaan adalah pendidikan selepas pendidikan menengah hingga ke peringkat pendidikan tinggi.Pendidikan pada peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institusi latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan, swasta, universiti awam atau Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasts (IPTS). Berikut contoh pembiayaan yang diberi:a) Skim Latihan Tenaga Pengajar Teknikal (SLTP)b) Biasiswa Sukanc) Bantuan Kewangan Asasid) Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komunitie) Tabung Pinjaman Pelajaranf) Modular KKg) Program Pendidikan Khas (PPK)h) Bantuan Kewangan OKUi) MyPHDj) MyMasterk) MyPHD Industril) MyBrainSc ( RM 110 juta diberikan lagi sebagai tambahan untuk meneruskan program MyBrains15) m) Bantuan kewangan keluargan) Simpanan sendirio) Biasiswa oleh agensi kerajaan dan swasta

Jabatan Perkhidmatan Awam adalah antara agensi kerajaan yang menawarkan biasiwa kepada pelajar pelajar IPTA. Antara bidang yang ditawarkan adalah Perubatan, Farmasi, Kejuruteraan, Sains dan Teknologi. Selain itu, organisasi seperti Dewan Bahasa dan Pustaka juga ada menawarkan biasiswa dalam bidang kesusasteraan dan bahasa kebangsaan. Kumpulan Kolej SAL dan Utusan Publication & Distributors adalah antara agensi swasta yang menawarkan biasiswa kepada pelajar dalam bidang ICT, pengurusan hotel. Yayasan Telekom Malaysia antara badan berkanun yang menawarkan biasiswa pengajian tinggi. Woodhall dalam Shahril Marzuki (1999) mengatakan, melalui pinjaman pelajar pelajar akan mempunyai motivasi belajar yang tinggi, cuba mencapai kecemerlangan dalam pendidikan dan mempunyai kesedaran akan masa depannya, selain mengurangkan perbelanjaan awam terhadap pendidikan tinggi. Antara contoh pinjaman pelajaran adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). P Perbadanan ini ditubuhkan pada tahun 1997. Aktiviti utama PTPTN adalah menyediakan sumber pembiayaan pendidikan kepada pelajar IPT dan menguruskan Skim Simpanan Pendidikan. Jumlah pinjaman adalah mengikut jenis kursus, peringkat pengajian dan keperluan pelajar.Jadual berikut menunjukkan jumlah pinjaman pendidikan yang ditawarkan PTPTN setahun. Lihat Jadua 3.2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) mempunyai tiga objektif khusus iaitu i) memahami prestasi, ii) mewujudkan visi dan aspirasi dan iii) menggariskan program transformasi sistem. Aspirasi yang dibangunkan merangkumi aspirasi murid secara indidvidu dan juga aspirasi sistem secara menyeluruh. Lima aspirasi sistem merangkumi akses, kualiti, ekuiti , perpaduan dan kecekapan. Murid secara individu pula perlu mempunyai ciri-ciri kemampuan bersaing secara global iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti nasional, pengetahuan dan kemahiran memimpin. Transformasi sistem merupakan strategi yang dibuat ke arah memastikan kedua-dua aspirasi murid dan sistem tercapai. Untuk memastikan transformasi ini berjalan dengan baik, dalam bajet belanjawan Negara yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang lepas telah menyatakan bahawa sebanyak RM 54.6 bilion akan disuntik bagi melonjak sistem pendidikan Malaysia. Dana sebesar itu adalah untuk memastikan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mencapai objektif membawa negara ke tahap sepertiga teratas kedudukan pendidikan terbaik di dunia dalam tempoh 15 tahun lagi.33 sekolah baru dan menaiktarafkan sekolah sedia ada dengan peruntukan RM 831 juta, manakala RM 530 juta untuk program prasekolah termasuk menambah 93 kelas prasekolah di sekolah kebangsaan seluruh Negara. Selain itu, program pemantapan guru dengan tumpuan kepada tugas mengajar, meningkatkan kaedah pengajaran serta kemahiran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, manakala RM 168 juta lagi memperluaskan akses internet di sekolah, terutama di kawasan luar Bandar. Dalam anjakan 7 memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Strategi untuk meningkatkan akses internet dan persekitaran kepada rangkaian 4G di sekolah melalui pembestarian 1 BestariNet. Pelaburan untuk mengukuhkan kemahiran kecekapan ICT untuk semua guru. Kos yang tinggi diperuntukkan untuk penggunaan peranti yang sesuai dengan penggunaan seperti komputer asas dan juga komputer riba. Kementerian turut mengkaji alternatif penggunaan ICT baharu dan perpustakaan juga menyediakan peminjaman komputer riba dan computer-on-wheels. Selain itu, strategi menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam matapelajaran kritikal. Justeru itu, penggunaan ICT dapat dimanfaatkan bagi pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran berasaskan untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran murid. Dalam bajet 2012 dan 2013, kerajaan Malaysia juga menyediakan RM 1 bilion setiap tahun terbabit di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah malah bajet 2014 tambahan RM 450 juta disalurkan kepada tabung berkenaan. Anjakan ke 8 mengetengahkan Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian. Dalam anjakan ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan diberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personal serta meningkatkan akauntabiliti bagi KPI mulai 2013. Antara contohnya adalah peruntukan penyelenggaraan di sekolah dan urusan perlantikan guru besar atau pengetua.Peruntukan itu membabitkan RM 100 juta kepada sekolah kebangsaan dan masing-masing RM berasrama penuh, Maktab Rendah Sains Mara, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama rakyat. Kerajaan juga turut memperkasakan pendidikan tertiari dengan menyediakan RM 600 juta sebagai geran penyelidikan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi meningkatkan status universiti bertaraf penyelidikan dengan memperbanyakkan kajian dan penulisan untuk penerbitan pada peringkat antarabangsa. RM 110 juta diberikan lagi sebagai tambahan untuk meneruskan program MyBrains15, di samping menubuhkan Pusat Sitasi Malaysia bagi meningkatkan hasil penerbitan ilmiah tempatan dan membantu penyelidik menerbitkan artikel dalam jurnal terkemuka di peringkat antarabangsa.Tiga langkah meningkatkan kualiti latihan bagi menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi akan turut dilaksana. Antaranya ialah melaksanakan single tier bagi kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 hingga 3 selama setahin 6 bulan di Jabatan Tenaga Manusia (JTM), termasuk memperuntukkan RM 178 juta bagi naik taraf dan selenggara bangunan dan peralatan di institusi latihan JTM serta dana untuk pinjaman latihan kemahiran RM 330 juta di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Tabung ini bertujuan untuk menyediakan pinjaman kepada belia lepasan SPM. Bajet 2014 turut terus menyumbang bantuan persekolahan dari segi pemberian bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak RM 100 diteruskan. Sebanyak RM 540 juta disediakan akan diperuntukkan kepada lebih kurang 5.4 juta pelajar. Skim Baucar Buku 1 Malaysia turut diteruskan. Nilai sebanyak RM 250 akan diagihkan kepada pelajar pra university dan IPT untuk mengurangkan pembelian buku dan bahan pengajiaan. Langkah ini dapat memanfaatkan seramai 1.3 juta pelajar dengan peruntukan RM 325 juta.Anjakan ke 10 PPPM iaitu memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Setiap tahun 16% daripada bajet diperuntukkan untuk pendidikan dan agihan ini merupakan peruntukan yang terbesar antara semua kementerian. Pelaburan yang kementerian laburkan ini menunjukkan kerajaan amat berkomited terhadap pendidikan. Anjakan ke 9 pula menyatakan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Kerjasama sektor swasta amatlah diharapkan. Dengan strategi meluaskan model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur. Peluasan program sekolah amanah membolehkan penaja swasta berkerjasama dengan kepimpinan sekolah mengurus sesebuah sekolah. Kerjasama daripada sektor swasta membolehkan program meluas terutamanya melibatkan sekolah yang mempunyai masyarakat yang kurang bernasib baik . juga untuk kumpu;an pribumi atau kumpulan peribumi atau minoriti juga sekolah yang mempunyai keperluan khas dan juga sekolah luar band.3.3 Dasar Pendidikan Negara

Dalam Dasar Pendidikan Negara, tajaan pendidikan juga merupakan langkah yang terbaik untuk menjana kecemerlangan intelek warga pendidik dan rakyatnya. Tajaan pendidikan merupakan kemudahan bentuk biasiswa dan pinjaman pelajaran serta cuti belajar diperuntukkan. Peruntukan dana diperoleh daripada agihan belanjawan dan Kumpulan Wang Amanah Tabung Pusingan Pinjaman Pelajaran Persekutuan KPM. Selain itu, tajaan daripada kerajaan juga adalah dalam bentuk Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Tujuan skim ini adalah untuk memastikan semua murid warganegara di semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) memperoleh kemudahan buku teks tanpa mengira pendapatan isi rumah. Bantuan pelajaran seperti Skim Biasiswa Kecil Persekutuan, Biasiswa Kelas Persediaan Universiti, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin dan elaun khas kepada murid berkeperluan khas turut disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi memastikan kesinambungan pendidikan rakyat berterusan sehingga ke peringkat tertiari dan mampu menjadi tenaga modal insan yang sangat mahir yang diperlukan oleh Negara untuk membangun dan melonjakkan ekonomi Negara.Pengantarabangsaan Pendidikan bermaksud usaha memacu sistem pendidikan di Malaysia dengan mengetengahkan bukan sahaja amalan dan produk terbaik pendidikan Negara, malah memberi sumbangan kea rah pengayaan ilmu dan menjadi penanda aras di peringkat global. Antara strategi atau program yang dilaksanakan adalah seperti mewujudkan jalinan komunikasi atas talian antara pendidik dan sekolah dengan sekolah luar Negara untuk bertukar maklumat dalam pelbagai bidang pendidikan, mahu menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan bertaraf dunia, menggalakkan atau mempromosi guru, pelajar, atau agensi pendidikan ke peringkat global, meningkatkan program antarabangsa, menyediakan latihan dan pendidikan di semua peringkat melalui Perjanjian Persefahaman (MoU) dan juga meningkatkan penglibatan KPM dalam pelbagai kegiatan pendidikan dengan badan antarabangsa seperti United Nation Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), Islamic States Education, Social and Culture Organisation (ISESCO), South East Asia Mathematics Education Organisation (SEAMEO), ASEAN, Commonwealth Conference of Education Ministers (CCEM), Asia Pacific Economic Countries (APEC), Human Resources Development Working Group (HRDWG), Asia Pacific Center of Education for International Understanding (APCEIU), United Nations International Childrens Emergency Fund (UNICEF) dan Japan International Co-operation Agency (JICA). Pengantarabangsaan merupakan elemen terpenting dalam sekolah berprestasi tinggi. Dalam PPPM, sekolah berprestasi akan diperluaskan lagi.

3.4Gagasan 1 Malaysia

Pelbagai program diperkenalkan dalam gagasan ini. Antaranya ialah Klinik 1 Malaysia, Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia, Poskad Impian 1 Malaysia, Nasi Lemak 1 Malaysia, Komputer Rakyat 1 Malaysia, E-mel 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia, Menu Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Perumahan Rakyat 1 Malaysia dan 1M4U Malaysia.Pada Mei 2010, 1000 unit komputer diedarkan untuk anak-anak sekolah, pemimpin masyarakat luar Bandar, penduduk rumah panjang oleh YAB Dato Sri Mohamed Najib Tun Razak. Kerajaan negeri Terengganu juga memberi 23,077 komputer riba kepada murid Tahun 5, hasil wang ihsan daripada Petronas. Kos setiap komputer tersebut ialah RM 1 300. Tujuan pembekalan komputer ini adalah untuk melonjakkan pencapaian pendidikan anak anak Terengganu. Pengenalan e-book ini bertujuan juga untuk mengurangkan bebanan pelajar membawa beg ke sekolah3.5Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh YAB Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak pada Julai 2009. Enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) telah dikenalpasti iaitu untuk mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, mempertingkatkan pencapaian pelajar, mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah, mempertingkatkan infrastruktur asas luar Bandar dan mempertingkatkan pengangkutan awam Bandar. Dua pelan utama strategi seiring yang dibangunkan ialah Model Ekonomi Baru dan Rancangan Malaysia ke10 (RMKe-10).

3.5.1Rancangan Malaysia ke10 (RMKe-10)

Rancangan Malaysia ke 10 merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011 sehingga 2015. Dalam RMKe-10 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato Sri Mohamed Najib Tun Razak pada 10 Jun 2010 yang lalu ada mengandungi dua aspirasi utama iaitu Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.Dalam RMKe-10 lima teras strategik dinyatakan ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 iaitu untuk i) meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi Negara ii) meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama iii) menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan iv) meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup dan v) mengukuhkan keupayaan institusi dan perlaksanaan Negara. Sebanyak RM 230 bilion iaitu 60% peruntukan untuk pembangunan fizikal dan 40% untuk pembangunan bukan fizikal. Daripada 55% sektor ekonomi, sosial 30%, keselamatan 10% dan pentadbiran am 5%. Dalam Rancangan ke 10(2011-2016), kerajaan Malaysia memperuntukkan lebih banyak lagi dengan menumpukan objektif berikut:

1) Untuk memperbaiki kualiti pelajar, penempatan guru yang berijazah di sekolah rendah akan meningkat daripada 28% ke 60%2) Pencapaian pelajar dalam subjek yang kritikal seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik boleh dicapai dengan peningkatan bilangan guru yang berkualiti.3) Kecekapan lepasa universiti akan mempengaruhi Indikator Prestasi (KPI) universiti. Peruntukan kewangan terhadap university akan dipengaruhi oleh pencapaian target KPI. Selain objektif RMKe-10 yang dinyatakan tadi, teras strategik kedua dan kelima lebih menumpu strategi membangunkan pendidikan. Warga Malaysia yang mempunyai pemikiran kelas pertama mestilah datangnya dari pendidikan bertaraf kelas pertama. Justeru itu, dalam memastikan teras strategik kedua dapat direalisasikan beberapa rombakan sistem pendidikan dengan tumpuan kepada pelaksanaan dan keupayaan penyampaian dan juga menekankan pentingnya nila dan etika dalam sistem pendidikan. Antara langkah langkah yang disenaraikan dibangunkan ialah mendirikan 181 pusat Permata akan ditubuhkan di seluruh Negara. Enrolmen ke prasekolah akan ditingkatkan daripada 87 peratus pada 2012 kepada 92 peratus pada 2015. Had umur kemasukan ke sekolah juga dikurangkan daripada 6 tahun kepada 5 tahun seiring dengan banyak negara maju. RM 400 juta bagi program penguasaan Literasi dan Numerasi (LINUS) antara 2010 hingga 2012 untuk memastikan semua pelajar mempunyai kemahiran asas literasi dan numberasi bagi tempoh tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Sejajar dengan PPPM yang baru dibentangkan dalam RMKe-10 , langkah untuk memperkukuh pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dibuat. Pelaburan bagi infrastruktur dan kemudahan sekolah terutama bagi sekolah luar Bandar di Sabah dan Sarawak. RM 140 juta untuk pembangunan 100 sekolah berprestasi tinggi pada 2012. 4 kohort sekolah berprestasi tinggi telah dibina sehingga tahun 2013. Sekolah-sekolah ini menerima peruntukan khas sebanyak RM 700 000 bagi tahun pertama dan berkurang sebanyak RM 500 000 untuk sekolah rendah dan menengah pada tahun berikutnya. Sekolah Amanah atau Trust Schools, diperkenalkan untuk memudahkan cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah-sekolah kerajaan yang terpilih dan akan diberi autonomi. RM 280 juta bantuan disalurkan kepada sekolah bantuan modal bagi tempoh 2011 dan 2012. Setiap satu kategori sekolah bantuan modal, iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah agama dan sekolah mubaligh akan menerima peruntukan tambahan RM 70 juta setiap satu dalam tempoh 2011 dan 2012. RM 160 juta bagi program ganjaran antara 2010 dan 2012 bagi guru besar dan pengetua. Latihan kepimpinan bagi 14 000 pegawai sekolah setiap tahun oleh Institut Aminuddin Baki daripada 8,000 orang sekarang. Dalam RMKe-10, pelan menyusun semula pasaran pekerjaan juga turut dilakukan. Sebanyak RM500 juta disediakan masing-masing kepada pekerja dan lepasan sekolah bagi latihan dan meningkatkan kemahiran. RM 50 juta untuk meneruskan padanan latihan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja perusahaan kecil dan sederhana. Pembiayaan latihan perantisan pula membabitkan lebih 8,000 pelajar yang mengguna RM 50 juta manakala RM 50 juta lagi diperuntukkan untuk tajaan bersama majikan untuk memperoleh Phd perindustrian. Kerajaan juga mengagihkan RM 350 juta untuk program bantuan kewangan separuh Phd di universiti tempatan bermula tahun 2009 lepas. Peruntukan kewangan universiti bergantung kepada KPI dan university diberi autonomi secara berperingkat bagi mengukuhkan peranan dan prestasi university. Kualiti staf akademik berkelulusan PhD sebanyak 75 peratus bagi university penyelidikan dan 60 peratus bagi university awam lain. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diiktiraf sebagai university penyelidikan selepas Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)Dalam teras pertama pula, langkah pembangunan sosioekonomi inklusif dibangunkan. Dalam strategi ini meningkatkan peratusan kelayakan SPM dan ke atas dalam isi rumah 40 peratus terendah daripada 30 peratus pada 2009 kepada 45 peratus pada 2015. Bantuan pendidikan bagi kanak-kanak daripada isi rumah 40 peratus terendah dipastikan. Dalam RMKe-10 ini, bajet yang diberikan juga akan mengembangkan lagi PPPM dan mentransformasikan sistem pendidikan ke arah peningkatan akses, ekuiti dan kualiti yang terbaik.

3.4.2Model Ekonomi Baru (MEB)

Model Ekonomi Baru (MEB) berteraskan kepada peningkatan produkti pekerja yang membantu meningkatkan pendapatan pekerjaan. MEB bermatlamat untuk menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya, membasmi sebahagian besar kemiskinan, membina infrastruktur bertaraf dunia dan menjadi pengeksport utama dunia. Perkembangan ekonomi kita kini agak perlahan dan prospek ekonomi menjadi lembap. Kita perlu satu perubahan radikal dengan segera dalam pembangunan ekonomi akan terus mampan dalam jangka panjang dan dinikmati oleh setiap rakyat Malaysia. Rajah 4 menunjukkan matlamat model ekonomi baru.Pelaburan yang besar membangunkan sektor pendidikan adalah perkara serius ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Bakat yang ada di Malaysia terutamanya golongan ekspatriat perlu ditarik menerajui atau berbakti kepada Malaysia. Malaysia perlu dipandang oleh rakyatnya dan juga rakyat luar. Pendekatan baru iaitu memelihara dan menarik golongan profesional mahir yang akan menggabungkan bakat, termasuk tempatan dan asing amatlah diperlukan untuk merangsang ekonomi nilai tambah dan inovatif.MPEN percaya bahawa adalah sangat penting untuk mendapatkan sokongan pihak berkepentingan terhadap rancangan perlaksanaan yang terperinci bagi setiap Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS). Ada lapan IPS yang dicirikan. Namun begitu IPS2 yang akan ditekankan di sini yang mahu membangunkan tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Pekerjaan dan pekerja mesti sepadan dengan cekap untuk meningkatkan produktiviti dan dengan itu meningkatkan upah pekerja. Sistem pendidikan berkualiti yang memupuk pekerja yang mahir, bersifat ingin tahu dan inovatif untuk terus menerus mendorong produktiviti ke hadapan merupakan asas ekonomi yang mapan. Pendapatan yang tinggi datang daripada pekerja yang mahir. Insan yang mahir mestilah boleh menggunakan bakat mereka untuk menghadapi cabaran ekonomi dengan cemerlang. Justeru itu, segala halangan ke arah matlamat ini perlu diatasi. Dalam mencapai matlamat meningkatkan bakat tempatan, langkah-langkah berikut diketengahkan. Antaranya ialah mengkaji semula sistem pendidikan dengan merubah pendekatan pendidikan daripada pendidikan secara hafalan kepada pemikiran kreatif dan kritis. Selain itu, langkah yang dibuat adalah meningkatkan penekanan pada pengenalan semula kolej latihan teknik dan vokasional, mengenal pasti dan memupuk bakat melalui proses berasaskan permintaan, meningkatkan autonomi dan akauntabiliti institusi pendidikan, menggalakkan usahasama P&P antara institusi pengajian dengan industry, meningkatkan kecekapan berbahasa Inggeris dan menyampaikan pendidikan berkualiti tinggi dalam jangkauan semua tempat.Dalam IPS 2 juga adanya matlamat memperbaharui kemahiran tenaga buruh sedia ada. Langkah-langkah yang diambil adalah dengan meningkatkan kemahiran tenaga buruh Malaysia yang berada dalam kumpulan terendah melalui pendidikan dan latihan berterusan. Selain itu, memformalkan pensijilan kemahiran dan standard kualiti antarabangsa turut dibuat.

4.0PENGUKURAN HASIL ATAU OUTCOMES

Pengukuran hasil atau outcomes dalam bidang pendidikan boleh diukur dengan pencapaian pelajar dalam sahsiah dan pentaksiran, bilangan tenaga buruh berkemahiran dan berkompetensi dan pendapatan Negara kasar (PNK perkapita Negara.

4.1Pendapatan Negara kasar (PNK) perkapita NegaraKecemerlangan prestasi Negara ini boleh disaksikan daripada peningkatan pendapatan Negara kasar (PNK) per kapita Negara yang meningkat kepada AS$9,970 pada 2012 berbanding hanya AS$257 sahaja pada 1957. Ini adalah peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad. Pendapatan Isi Rumah (PPIR) Negara juga meningkat pada tahun 2012 kepada RM5,000 daripada RM4,025 pada 2009. Kadar kemiskinan Negara pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi Negara juga kekal pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini. Matlamat MEB adalah untuk memastikan rakyat berkualiti. Ukuran kualiti rakyat dinilai dari segi berpendapatan tinggi, yang mengsasarkan AS$ 15,000 20, 000 perkapita pada 2020. Kemampanan rakyat yang dapat memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang dan keterangkuman yang membolehkan semua komuniti menikmati kekayaan Negara sepenuhnya. Namun begitu, produktiviti sedang tumbuh tetapi bergerak amat perlahan. Situasi modal insan di Malaysia kini sampai ke tahap kritikal. Kadar penghijrahan keluar rakyat Malaysia yang mahir meningkat dengan pantas. Bilangan tenaga yang ekpatriat semakin merosot. Sistem pendidikan di Malaysia tidak menghasilkan kemahiran yang dikehendaki oleh firma. Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa pada tahun 2007, 80% daripada tenaga kerja hanya mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menurut kajian, kekurangan kemahiran beserta kurangya kreativiti dan kemahiran berbahasa Inggeris merupakan rintangan utama oleh firma. Dalam Rajah 5, menunjukkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) Per Kapita (1990-2008;ribu AS$). Berdasarkan rajah tersebut, pendapatan Malaysia adalah sederhana dan meningkat pada tahun 1992 tetapi merudum lembap selepas itu.

4.2Perbelanjaan Pendidikan AsasDalam Rajah 6 menunjukkan bahawa Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tertinggi dalam pendidikan Negara setelah mencapai kemerdekaan. Ini menunjukkan bahawa KDNK Malaysia merupakan yang tertinggi di Asia Timur. Perbelanjaan didapati lebih tinggi daripada Negara berprestasi tinggi iaitu Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Walaupun tinggi dan bajet terus meningkat, kerajaan sangat optimis untuk melabur dalam sektor pendidikan bagi memastikan hasrat Wawasan 2020 tercapai.

4.3 Akses pendidikanTahun 2011, enrolmen pelajar di peringkat sekolah rendah telah hampir sejagat iaitu 9.4% dan peratusan murid yang tercicir daripada pendidikan rendah menurun. Lonjakan juga turut berlaku pada kuantiti murid yang memasuki sekolah menengah malah lonjakan besar berlaku pada kuantiti murid yang mengikuti pendidikan menengah atas (Tingkatan 4 dan 5). Didapati peningkatan sebanyak dua kali ganda berlaku. Kadar enrolmen ini mesti menepati sasaran sejagat menerusi Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) yang terkandung dalam GTP. Statistik enrolmen dan tahap pendidikan mengikut populasi boleh dilihat dalam Rajah 7. 4.4Pencapaian dalam Pentaksiran Pencapaian Negara lain lebih cepat meningkat berbanding Malaysia yang kebelakangan ini prestasi pentaksiran pelajar yang merosot. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), Trends in International Mathematics and Science Study (TIMMS) dan Programme for International Students Assessment (PISA) telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai system pendidikan. Pentaksiran mengambil kira semua aspek kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.TIMSS merupakan pentaksiran antarabangsa berasaskan kurikulum Matematik dan Sains di seluruh dunia. Pentaksiran dibuat untuk mengukur prestasi murid pada gred 4 (Tahun 4) dan gred 8 (Tingkatan 2). Pentaksiran ini pertama kali ditadbir pada tahun 1995. PISA juga merupakan pentaksiran yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. PISA dijalankan tiga tahun sekali bertujuan untuk menilai kecekapan dalam Bacaan, Matematik dan Sains dalam kalangan murid berumur 15 tahun.Berdasarkan rekod pencapaian TIMSS, prestasi murid Malaysia telah menurun bawah purata antarabangsa untuk subjek Matematik dan Sains jika dibandingkan dengan pertama kali Malaysia menyertai pentaksiran ini pada tahun 2009. Penurunan ini juga disusuli penurunan kedudukan Negara dalam pentaksiran. Lebih kritikal 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua kali ganda daripada 7% dan 5% pada tahun 2003. Rajah 5 menunjukkan pencapaian purata murid pada tahun 2009 juga rendah dalam PISA yang disertai pada tahun 2009.Rajah 9 di bawah perbezaan prestasi pelbagai Negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa berdasarkan perbelanjaan pendidikan per murid. Data menunjukkan bahawa Malaysia berada pada tahap kedudukan di belakang di Negara Negara yang menyediakan peruntukan yang kecil. Pulangan atas pelaburan yang dijanakan tidak memenuhi hasrat kecemerlangan yang diinginkan. Ini mungkin disebabkan faktor seperti peruntukan latihan untuk meningkatkan kemahiran guru secara berterusan tidak disalurkan dengan baik. Ruang untuk menambahbaik dari aspek ekuiti, kualiti dan perpaduan masih kedapatan. Perbelanjaan untuk pendidikan Malaysia patut dikekalkan, namun kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan dan perbelanjaan bajet perlu dikaji semula.4.5Keberhasilan Murid Secara SaksamaSistem Pendidikan mempunyai objektif untuk memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid, Malangnya kesaksamaan masih lagi tidak saksama. Di Sabah dan Sarawak misalnya pencapaian murid dalam peperiksaan masih rendah jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia. Namun begitu jurang antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan semakin mengecil. Didapati tidak wujud perbezaan ketara keputusan peperiksaan UPSR bagi SK dengan SJK Cina. Namun SJKT terus merapatkan jurang walaupun pencapaian etnik India masih rendah antara ketiga-tiga etnik tersebut. Jurang pendidikan antara jantina adalah signifikan dan semakin membesar jurang perbezaan pencapaian antara jantina perempuan dan lelaki. Pelajar perempuan mempunyai pencapaian yang lebih baik daripada pelajar lelaki di peringkat UPSR dan berterusan sehinggan ke peringkat universiti. Jurang ekuiti juga besar disebabkan oleh latarbelakang sosioekonomi murid. Dalam Rajah 10 menunjukkan hanya 7% sekolah Band 1 dan 2 mempunyai populasi lebih sepertiga daripada jumlah murid yang mendapat bantuan asas kewangan bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAP). Dalam Rajah 11 menunjukkan pentaksiran murid di Malaysia juga terarah ke arah pentaksiran holistik di mana elemen sukan juga dititikberatkan. 4.5Kadar PulanganPerbelanjaan dalam pendidikan adalah pelaburan dalam manusia dan mendatangkan keuntungan kepada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara. Ini kerana sumber manusia yang terlatih dapat meningkatkan produktiviti dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.Kadar pelaburan dalam pendidikan dapat diukur melalui Kadar pulangan persendirian dalam pendidikan dan Kadar pulangan masyarakat dalam pendidikan. Terdapat tiga cara pengiraan yang boleh dibuat iaitu :a) Kadar kos faedahb) Nilai bersih kinic) Kadar pulangan dalamanKadar pulangan persendirian dapat dikira dengan membandingkan kos dan faedah yang bakal diperoleh oleh individu. Terdapat dua jenis kos iaitu kos langsung (wang yang digunakan) dan kos tidak langsung (kos melepas atau forgone). Terdapat dua jenis faedah iaitu faedah langsung seperti tambahan pendapatan kepada individu dan faedah tidak langsung. Antaranya boleh dilihat dalam Jadual 4. Dalam jadual tersebut menunjukkan perincian kos dan faedah secara langsung dan tidak langsung.Kadar pulangan sosial dapat dikira dengan membandingkan kos dan faedah yang terlibat dalam pelaburan. Terdapat tiga jenis kos iaitu kos langsung, kos modal atau pembangunan dan kos tidak langsung atau kos melepas. Di samping itu, bagi faedah pula juga terdiri daripada tiga iaitu:A) faedah langsungB) faedah tidak langsungC) faedah luaran

Dalam Jadual 5 diberikan perincian bagi kadar pulangan terhadap sosial dari segi kos dan faedah.Antara faedah langsung yang diperolehi ialah cukai kerajaan bertambah dan juga kos latihan pekerja yang berkemahiran lebih rendah manakala Faedah tidak langsung pula yang boleh didapati antaranya adalah generasi menjadi lebih pandai, produktiviti meningkat maka generasi menerima pendidikan yang lebih baik, majikan mendapat pekerja berkemahiran dan memudahkan mendapat tambahan pendapatan . Dari segi faedah luaran, antara faedahnya adalah seperti di bawah:1) Kadar buta huruf berkurangan2) Kadar kelahiran dan kematian berkurangan3) Kerajaan dapat mengurangkan pemberian subsidi4) Kadar jenayah dan penggangguran berkurangan

5.0KESIMPULAN

Adalah nyata kerajaan pusat cukup prihatin dengan pembiayaan pendidikan walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Kerajaan tetap meningkatkan pembiayaan pendidikan bagi memastikan aspirasi semua tercapai. Malaysia telah merangka pelbagai strategi kewangan untuk terus memastikan tahap pendidikan di Malaysia berkembang dan melonjak kecemerlangan ke pringkat global. Pelbagai kaedah pengukuran juga turut dibuat untuk menilai strategi yang telah diimplementasikan. Namun begitu, hasrat Malaysia untuk menjadi hub pendidikan bertaraf dunia dan melahirkan tenaga ekpatriat masih jauh dan masih banyak ruang dan ciri yang perlu diperbetulkan. Latihan untuk guru perlulah berterusan dan kementerian perlu tahu tahap kompetensi guru yang perlu difokus.

RUJUKAN

1) Burrup P.E.,Jr. V.B.,& Garfield R.R.(2003). Financing education in a climate of change (6th ed.).The Economic of Education(pp 33). London:Ally&Bacon.2) Winthrop R.,Bulloch G.,Pooja Bhatt,Arthur W.,(2013). Investment in global education; A strategic imperative for business.Center for Universal Education Brooking Institution.3) Shahril@Charil Marzuki(2009). Mengurus dan membiayai pendidikan di Malaysia (2nd ed.).Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.4) Sidek Mohd Noah(2002). Rekabentuk penyelidikan. Serdang:Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.5) Duyar,I.(2006,August 26).Analyzing education productivity.Education Review, 9(4), 2-12.6) Duyar, I. , McNeal,L. ,& Kara,O.(2006).Productivity.In English, F.(Edit), Encyclopedia of Educational Leadership and Administration,pp. 807-809. Thousand Oaks,CA,SAGE.7) OECD(2000). Education at a glance. OECD indicators. OECD Paris. Dimuat turun daripada http://athens.src.uchicago.edu/jenni/ dvmaster/FILES/edu2000.pdf8) Mohamed Najib Tun Razak. Pembentangan Bajet 2014 di Dewan Rakyat.9) OECD(2002). Financing education-Investments and returns.OECD indicators. OECD Paris. Dimuat turun daripada www.oecd.org/dataoecd/27/8/2494749.pdf 10) Psacharopoulos G.,& Patrinos H.A (September,2002). Returns to investment in education: A Further Update. Dimuat turun daripada elibrary.worldbank.org/doi/pdf/10.1596/1813-9450-288111) IFC Education Strategy dimuatturun daripada http://www.ifc.org/12) Razek, Joseph R. & Hosch,Gordon A.(1995), Introduction to governmental and non-for-profit accounting (3rd ed.) . New Jersey:Prentice Hall. 13) PTPTN. Panduan mendapatkan pinjaman pendidikan PTPTN.Dimuatturun daripada www.ptptn.gov.my14) Shahril dan Habib(1999). Isu pendidikan di Malaysia:Sorotan dan cabaran.Kuala Lumpur:Utusan Publication Distributors Sdn.Bhd.15) Maureen Woodhall (2007), Funding higher Education; The Contribution of Economic Thinking to debate and Policy Development; Education Working Paper16) Kementerian Pelajaran Malaysia(2011-2020).Pelan Strategik INTERIM KPM 2011-202017) Kerajaan Malaysia.Rancangan Malaysia ke 10 2011-201518) Kementerian Pelajaran Malaysia . Buku Dasar Pendidikan Kebangsaan19) Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-202520) Kementerian Malaysia,Buku Model Ekonomi Baru untuk Malaysia; Majlis Penasihat Ekonomi Malaysia 21) Andrew Gillen (April 2009), Financial Aid in Theory and Practice Why It Is Ineffective and What Can Be Done About It22) The Strategic School Funding for Results (SSFR)-Phase II- A Project Overview

RAJAH

Sumber manusia

Objektif organisasisistemPengurusanSumber fizikal

Sumber kewangan

Rajah 1 Pengurusan menggabungkan sumber-sumber organisasi dalam satu sistemSumber: Mosley (2008).

Rajah 2: Bajet Kerajaan Persekutuan 2013Sumber : Bajet 2013 Kementerian Kewangan Malaysia

Rajah 3 : Proses Penyediaan Belanjawan dan Pengagihan Peruntukan, Kementerian Pelajaran MalaysiaSumber: Shahril (2005)

Rajah 4: Matlamat Model Ekonomi BaruSumber : Buku Ringkasan Eksekutif MEB

Rajah 5: Pendapatan Negara Kasar (PNK) Per Kapita (1990-2008;ribu AS$)Sumber : Nationmaster Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Bank Dunia

Rajah 6: Perbelanjaan Pendidikan Asas

Rajah 7: Tahap Pendidikan Populasi

Rajah 8 : Perbandingan kedudukan PISA 2009+ bagi Malaysia dan Negara lain

Rajah 9 : Prestasi Negara dalam pentaksiran antarabangsa berbanding perbelanjaan awam per muridSumber: World Bank EdState

Rajah 10 : Taburan populasi murid yang menerima KWASP mengikut band sekolah

Rajah 11: Contoh terkini pencapaian murid Malaysia di peringkat antarabangsa

JADUAL

Jadual 1: Jadual Perbelanjaan Langsung Pendidikan Tahun 1938

NegeriNegeri-negeri SelatNegeri-negeri Melayu BersekutuNegeri-negeri Selat Melayu Bersekutu

Perbelanjaandan jumlahPerbelan-jaan Kasar% Tambah Perbelan-jaan KasarPerbelanjaan Kasar% Tambah Perbelan-jaan KasarPerbelan-jaan Kasar% Tambah Perbelanjaan Kasar

Sekolah $ $ $ $ $ $

Pendidikan Inggeris (Menengah)1,088,76926.0832,620 (a)20.91,921,38923.5

Pendidikan Inggeris (Rendah)1,941,02146.41,001,41425.12,942,44536.0

PendidikanMelayu799,38219.11,654,609 (b)41.52,453,99130.0

PendidikanCina174,8844.2232,5925.8407,4765.0

PendidikanTamil22,4210.5123,9903.1146,4111.8

PendidikanVokasional158,6943.8142,9633.6306,6573.7

Jumlah4,185,181100.03,988,18 (c)100.08,173,369100.0

Sumber: Diadaptasi daripada Shahril (2005).

Jadual 2: Peruntukan untuk sektor pendidikan dalam Laporan Bajet 2011 hingga 2014TahunRM (bilion)

201139.5 bilion

201250.2 bilion

201338.7 bilion

201454.6 bilion

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia.

Jadual 3: Peruntukan pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN)InstitusiPeringkat PengajianJurusan PengajianJumlah Pembiayaan SetahunPenuh Sebahagian Yuran

SEPENUH MASA

IPTA&PoliteknikPenuh Sebahagian Yuran

Doktor FalsafahSains/SasteraMaksima RM 26,000*Maksima RM 26,000*Maksima RM 26,000*

Farmasi/Pergigian & PerubatanMaksima RM 26,000*Maksima RM 26,000*Maksima RM 26,000*

SarjanaSains/SasteraMaksima RM 10 000 *Maksima RM 10 000 *Maksima RM 10 000 *

Farmasi/Pergigian & PerubatanMaksima RM 10 000 *Maksima RM 10 000 *Maksima RM 10 000 *

Kursus ProfessionalSains/SasteraMaksima RM 6000 *Maksima RM 6000 *Maksima RM 6000 *

SainsMaksima RM 7 000 Maksima RM 3500Maksima RM 2100

Ijazah PertamaFarmasi/Pergigian & PerubatanMaksima RM 7000Maksima RM 3500Maksima RM 2300

SasteraMaksima RM 6500Maksima RM 3000 Maksima RM 1100

SEPARUH MASA / JARAK JAUH

IPTA&PoliteknikDoktor FalsafahSains/Sastera--Maksima RM 26,000**

Farmasi/Pergigian & Perubatan--Maksima RM 26,000**

SarjanaSains/Sastera--Maksima RM 10 000 **

Kursus ProfessionalSains/Sastera--Maksima RM 6000 **

Ijazah PertamaSains/Sastera--Maksima RM 6500 **

DiplomaSains/Sastera--Maksima RM 5000**

SEPENUH MASA

IPTSPENUHSEBAHAGIANYURAN

Ijazah PertamaSainsMaksimaRM 16,500MaksimaRM 13500Maksima RM 10500

SasteraMaksimaRM 16,000MaksimaRM 13000Maksima RM 10000

DiplomaSains/SasteraMaksima RM 8000*Maksima RM 8000*Maksima RM 8000*

Universiti / Kolej Perubatan & Sains Kesihatan Bersekutu

Ijazah Pertama(MBBS/MD)PerubatanMaksimaRM 30000*MaksimaRM 30000*MaksimaRM 30000*

Ijazah Pertama(Perubatan & Sains Kesihatan Bersekutu)Farmasi/Pergigian & PerubatanMaksimaRM 20000*MaksimaRM 20000*MaksimaRM 20000*

Diploma(Perubatan & Sains Kesihatan Bersekutu)Sains/SasteraMaksima RM 15000* Maksima RM 15000* Maksima RM 15000*

SEPARUH MASA

UNITEM / Wawasan Open University / UNITAR / Asia E University

Ijazah PertamaSains--Maksima RM 4200**

Sastera--Maksima RM 4200**

DiplomaSains/Sastera--Maksima RM 3700**

Maklumat adalah tertakluk kepada sebarang perubahan yang ditetapkan oleh PTPTN. * Jumlah pembiayaan pendidikan sebenar ditentukan mengikut yuran pengajian dan ditambah dengan kos sara hidup berdasarkan pendapatan ibu/ bapa/ penjaga tetapi tidak melebihi jumlah maksima yang ditetapkan. ** Jumlah pembiayaan pendidikan sebenar ditentukan mengikut yuran pengajian sahaja dan tidak melebihi jumlah maksima yang ditetapkan.Sumber: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Julai,2013)

Jadual 4 : Perincian Kos dan Faedah bagi kadar pulangan individuKOSFAEDAH

LANGSUNGWang yang digunakanTambahan pendapatan

TIDAK LANGSUNGKos melepasFaedah kewangan Kebolehan indidvidu dalam menambah pendapatan Tambahan pengetahuan untuk pekerjaan sambilan Gaya hidup yang lebih baikFaedah bukan kewangan Melahirkan generasi pandai Emosi yang gembira berpuas hati dengan hasil

Jadual 5 : Perincian Kos dan Faedah bagi kadar pulangan sosialKOSCiri-ciri

LANGSUNG Gaji Buku skim pinjaman Pembelian peralatan Bekalan bahan p&P Bil bil Kemudahan

TIDAK LANGSUNG-kos pengambilan tanah untuk pembinaan bangunan sekolah-Kos penyediaan infrastruktur jambatan, laluan ke sekolah, jalan raya

MELEPASKos pelajar yang sambung belajar yang dikecualikan membayar cukai

9