Sosialis (Jan Feb 2011)
-
Upload
partisosialis -
Category
Documents
-
view
266 -
download
0
description
Transcript of Sosialis (Jan Feb 2011)
SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip
RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Jan-Feb 2011
Rakyat Penentu Nasib Selangor!Air
IMBASAN
>ms6-7 >ms 10
Konflik air antara Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri
Selangor dan syarikat-syarikat konsesi air di Selangor
masih tidak bertemu satu penyelesaian. Di satu pihak
Kerajaan Negeri berusaha untuk menguruskan sendiri
air Selangor. Manakala di satu pihak yang lain kerajaan
Barisan Nasional (BN) sanggup menawarkan RM21
bilion wang rakyat Malaysia kepada syarikat-syarikat
konsesi ini? Mengapa?
Pada pertengahan tahun 90-an, Mahathir Mohammad
Perdana Menteri pada ketika itu telah menswastakan
perkhidmatan air negara kepada syarikat-syarikat
swasta. Banyak konsesi mewah telah diberikan
kepada kroni-kroni BN. Di Selangor pula perkhidmatan
air diswastakan pada tahun 1996 di mana
Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) yang
merupakan subsidari bagi syarikat SYABAS diberikan
konsesi pengurusan air. Kemudian sejak 1 Jan 2005,
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.Bhd (SYABAS)
telah mengambil alih semua fungsi PUAS selepas
termeterainya satu perjanjian konsesi air 30 tahun
antara SYABAS, Kerajaan Negeri Selangor ketika itu
dan Kerajaan Persekutuan BN. Kini, 4 syarikat konsesi
>> ms 4
KUASA KETIGA SOKONG SIAPA?
Mengapa
Diburu
Amerika
Wikileaks
Sistem 2 parti berkisar mengenai persaingan antara 2 parti dan dalam
konteks Malaysia adalah BN (Barisan Nasional) dan PR (Pakatan
Rakyat). Rakyat sekarang diberi pilihan antara dua gabungan ini. PR
memerintah 5 Negeri manakala BN pula 8 negeri. Di peringkat
nasional, BN tidak lagi menikmati 2/3 majoriti yang diwarisinya sejak
ditubuhkan pada 1974. Maka buat pertama kali dalam sejarah ada
ura-ura harapan bahawa PRU13 kelak menyaksikan pemerintahan
baru di Putrajaya.
Namun belum pun ada sistem 2 parti ini diuji, timbul pula apa yang
disifatkan sebagai Kuasa Ketiga. Kuasa ketiga merujuk kepada
kumpulan-kumpulan yang tidak bersetuju dengan sistem 2 parti
tetapi memberi satu lagi pilihan dan pilihan ini dihebohkan sebagai
kuasa ketiga.
Kuasa ketiga dilihat sebagai pilihan kepada mereka yang tidak
berminat kepada BN atau PR manakala ada pula pandangan bahawa
kuasa ketiga ini adalah pengacau dan motifnya hanyalah sekadar
mengurangkan undi untuk PR dan memastikan kejayaan BN
nanti.
Hari ini beberapa kumpulan dikatakan sebagai kuasa ketiga
walaupun tidak ada mana-mana pihak yang mendakwa secara
dengan jelas. Parti KITA anjuran Zaid Ibrahim adalah satu parti
baru yang mendakwa sebagai pilihan ketiga untuk rakyat
Malaysia. Parti HRP pula menuntut 15 kerusi di kawasan
majoriti India dan sedang berunding dengan PR dan jika tidak
diberi, membuat gertakan akan bertanding tiga penjuru di
kawasan-kawasan ini. Satu lagi kumpulan Malaysian Civil
Liberties Movement (MCLM) yang dikelola oleh Raja Petra dan
mempunyai sokongan pelbagai blogger juga menawarkan diri
sebagai kuasa ketiga dengan berkata rakyat Malaysia adalah
kuasa ketiga. Mereka juga berunding dengan PR dengan
menawarkan dua puluh calon untuk pilihanraya yang akan
datang.
MahasiswaBangkit
Semula?
>ms 8 >ms 11
>> ms 4
Politik tanah air dikelirukan dengan satu terma baru “kuasa ketiga”. Sebelum Tsunami 2008, ramai orang hanya bermimpi mengenai parti pembangkang boleh ambilalih kuasa. Istilah seperti sistem satu parti menjadi sebutan ramai seolah-olah tidak ada harapan untuk parti pembangkang memerintah dan prestasi yang paling baik pun adalah mengurangkan 2/3 majoriti BN dan ini pula dilihat sebagai sesuatu yang mustahil. Tsunami 2008 menukar landskap politik tanahair dan buat pertama kalinya orang mula bercakap tentang sistem dua parti (two party system).
Perjuangan
Rakyat 2010
Jan-Feb 2011PSM2
Dari Meja Pengarang
Minda kita semakin hari semakin kusut dan semakin hari semakin diinterlok d e n g a n p e r a s a a n k e b e n c i a n , perkauman dan ketidakharmonian. Najib Razak meluangkan konsep 1Malaysia tetapi setiap isu yang dulunya dapat diterima oleh rakyat Malaysia tetapi hari ini menjadi begitu sensitif sekali dari buku Interlok, panggilan Azan, kalimah Allah, bukan Islam ke surau, kepala lembu dan sebagainya.
INTERLOK mendedahkan
wajah 1Malaysia sebenar !
Mengambil contoh novel Interlok, karya sasterawan Negara, Abdullah Hussain; satu isu timbul atas perkataan di halaman 211 terutamanya perkataan Paria. Paria bermaksud dalam konteks luasnya berkasta rendah. Perkataan Paria hari ini menjadi satu perkataan global dimana ia dipakai secara meluas untuk mengambarkan satu watak yang teruk atau satu keadaan yang buruk. Contohnya negara Myanmar dikatakan sebuah negara Paria kerana hak asasinya yang teruk dan juga seorang ahli politik yang berkelakuan buruk boleh dilabel sebagai ahli politik Paria.
Oleh yang demikian perkataan Paria tidak sepatutnya digunakan terhadap mana-mana pihak kerana maksudnya negatif. Tetapi apabila kita melihat penggunaan perkataan itu dalam karya Abdullah Hussain, saya tertanya tiga soalan. Adakah penulis membuat kesilapan fakta? Adakah penulis ini seorang rasis dan perkauman ? Adakah niat beliau untuk menghina masyarakat India?
Buku ini pula ditulis pada tahun 1970an mengambarkan keadaan sekitar tahun 1910. Saya terpaksa akur bahawa memang betul kebanyakan orang India yang dibawa masuk ke Malaysia sebagai buruh murah adalah berkasta rendah. Begitu juga kebanyakan orang telah menukar dari agama Hindu kepada Buddha dan Kristian di India kerana isu kasta ini. Dan memang ada banyak catatan sejarah bahawa mereka ini dibawa dengan cara yang hina, seperti kambing oleh kapitalis British.
Dalam konteks ini, saya cukup benci pada sistem kasta kerana ia mendiskrimasi manusia kerana taraf sosialnya dan mendiskriminasi mereka yang berkasta rendah. Dalam konteks yang sama, saya cukup benci kepada penjajah kapitalis British dan Syarikat Hindia Timur Inggeris kerana menindas pekerja yang dibawa dari India ke Malaya. Mereka dilayan seperti binatang, memberi gaji murah dan rendah dan tidak menghormati mereka sebagai manusia.
Tetapi kemarahan masyarkat India hari ini dan masyarakat lain tidak menuju sasaran itu tetapi ia menuju sasaran seorang Melayu cuba memperlekehkan kaum India di Malaysia. Kini kaum India merasakan Interlok mesti diharamkan kerana India dilabel sebagai Paria manakala kaum Melayu merasakan Inter lok mest i dikekalkan kerana mempertahankan seorang penul is Melayu bergelar sasterawan negara.
Inilah sebenarnya wajah 1Malaysia yang kita warisi hari ini. 53 tahun kemerdekaan dengan polisi pecah dan perintah warisan British dan disambung pula oleh elit politik tanahair. Rakyat dipecahkan mengikut kaum dan polisi perkauman amat tebal baik dalam aspek mendapat pekerjaan, pendidikan, biasiswa dan hampir semua isu lain. Selagi isu pokok ini tidak diatasi, setiap isu kecil boleh menjadi isu perkauman dan boleh menimbulkan kontroversi yang serius.
Saya menyarankan buku ini tidak digunakan
dalam teks di sekolah menengah hari ini bukan kerana faktanya silap atau buku ini berbau perkauman. Saya menyarankan buku ini tidak digunakan kerana masyarakat kita masih belum matang dan isu ini boleh dieksploitasi dan menjadi isu perkauman yang lebih rumit. Pelajar bukan India boleh melabel pelajar India sebagai Paria dan pelajar India ini pula akan mencari nama untuk melabel pelajar Melayu dan Cina dan in i t idak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menjadikan isu ini lebih rumit.
Satu lagi konteks yang mencurigakan adalah isu ini mula didedahkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah dan ini diikuti oleh Timbalan Presiden MIC Datuk S Subramaniam yang mendesak Kementerian Pelajaran menarik balik buku itu. Ini mencurigakan kerana dalam konteks politik Malaysia, memang ada pihak yang sering mewujudkan isu perkauman secara sedar untuk menjadikan keadaan kelam kabut dan ini akan digunakan sebagai alasan oleh pemerintah menggunakan langkah represif seperti ISA atau propaganda Mei 13 untuk menakutkan rakyat. Biasanya elemen ketakutan ini disebarkan untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk memilih Kerajaan BN kerana kerajaan itu dapat menjamin kestabilan dan keharmonian kaum.
Selagi kita belum dapat menguburkan rasa perkauman dan diskriminasi yang memang telah menjadi darah daging politik negara dan norma hidup masyarakat Malaysia, selagi itu kita tidak dapat berpura-pura bahawa kita ada lah 1Malays ia . Isu pokok perkauman dan diskriminasi mesti dihapuskan. Sistem pendidikan kita mesti bebas dari politik perkauman. Satu sistem yang tidak rabun warna mesti diimplimentasi secara ikhlas dan jujur dimana golongan manusia yang miskin dan lemah akan dibela manakala golongan yang kaya dan kuat wajib berkongsi kekayaan dan kuasa. Jika ini dapat berlaku, maka generasi masa depan mungkin akan melihat Interlok dalam pespektif yang
PARTI DAN FRON3 Jan-Feb 2011
S e r a m a i 2 1
pelajar sekolah
menengah rendah
telah mengambil
bahagian dalam
m e n g a n j u r k a n
program Sehari
B e r s a m a
Masyaraka t d i
Sekolah Rendah
K e b a n g s a a n
Ta m i l , P u l a u
C a r e y B a r a t .
Antara program
yang dijalankan
adalah pembersihan dan mencantikkan sekolah, slot kepimpinan
dan motivasi serta mengenalpasti masalah di kalangan remaja
sekolah hari ini.
Anak-anak muda juga telah menemuramah penduduk ladang
untuk memahami keadaan hidup mereka.
Diskusi sejarah perjuangan mahasiswa di Universiti Malaya pada 1960'an telah diadakan di Pustaka Kiri Malaysia, anjuran PSM Cawangan Kajang. Seramai 30 orang anak muda hadir, antaranya dari New Era College,
U I A , C D C , d a n K e l a b P e m u d a Sosialis.
Sdr. Fahmi b e r h u j a h m e n g e n a i kebangkitan m a h a s i s w a U M t a h u n 60an dan 2 o r a n g p e m i m p i n m a h a s i s w a utama pada
masa itu ialah Sdr. Khong Kim Hoong dan Sdr. Syed Hamid Ali. Pada ketika itu, mahasiswa mempunyai banyak ruang dan kebebasan untuk membicara isu rakyat, hal-ehwal negara dan antarabangsa. Pada tahun 1969, mahasiswa juga melibatkan diri dalam pilihanraya. Mereka telah mengeluarkan manifesto dan antara tuntutannya ialah akta gaji minima, kesihatan percuma, hak demokrasi dan perpaduan nasional.
Kem Anak Muda di bawah Kelab
Kebudayaan Dan Kesenian Sosialis
(3KS) telah diadakan di Hutan Lipur dan
Taman Herba Papan, Batu Gajah. Kem ini
telah disertai oleh 50 perserta kawasan
B e r c h a m d a n J e l a p a n g .
Program utama dalam kem ini adalah
bengkel kreatif mencetak t-shirt. Bengkel
ini telah dijalankan oleh Saudara Zaidi dan
Saudara Hamidi dari PSM Negeri
Kelantan. Dalam bengkel tersebut anak
anak muda d idedahkan dengan
bahan–bahan, konsep dan cara
menghasilkan corak kreatif serta teknik
mencetak t-shirt secara menyeluruh.
Hasrat Kelab 3KS adalah untuk memperluaskan jaringan Kelab Kebudayaan Dan Kesenian Sosialis ( 3KS )
secara berterusan. Kami juga yakin sistem kapitalisma yang telah menyebabkan kebejatan moral di
kalangan anak muda. Jadi , tugas utama kita adalah menyatupadukan golongan anak muda dan
menyoalkan ketidakadilan yang berlaku serta menghapuskan sistem ini.
Tiga Majlis Perwakilan Penduduk di DUN Semenyih serta PSM Semenyih dan MTD PAS turun bersama
membuat bantahan serta mengutarakan keluhan rakyat Semenyih berhubung isu ketiadaan jejantas di
hadapan Sekolah SK Semenyih dan Masjid Semenyih. Ramai murid sekolah dan orang ramai terpaksa
menggadai nyawa mereka setiap hari apabila menyeberang jalan.
Pada awalnya dikatakan tiada bajet walaupun JKR sudah lulus projek ini. Kini apabila pihak ahli parlimen
PR sudah dapatkan penyumbang, kini dikatakan bahawa Menteri Kerjaraya belum buat keputusan lagi
Protes hari ini mendesak Menteri jangan melengahkan masa. Setiap detik kelewatan adalah satu
ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Semenyih dan kawasan sekitarnya.
Penduduk Kg. Pinang, Pusing yang mendiami kawasan tersebut
sejak 3 generasi lalu dan menjangkau sejarah 90 tahun kini cuba
diusir oleh Pemaju NCC. Kini pemaju telah mengheret 3 penduduk
ke Mahkamah.
Pemaju juga dengan alasan membersihkan kawasan tersebut
dengan sengaja merosakkan saluran air, longkang dan juga talian
telefon. Malah, jalan-jalan dimusnahkan dan lumpur bercampur air
bertakung di beberapa tempat. Namun pada tahun ini, penduduk
mula lawan balik dan berjaya menghentikan kerja - kerja pemaju
yang melampaui batas dan tidak berperikemanusiaan itu.
Para petani di Tanjung T u a l a n g y a n g t e l a h m e n j a l a n k a n a k t i v i t i pertanian dan penternakan sejak 1980-an merupakan peneroka asal tanah di mana mereka telah menghabiskan banyak masa, wang dan tenaga menukar kawasan bekas lombong kepada kawasan pertanian yang subur hari ini.
Namun harapan mereka tergugat apabila Pejabat T a n a h d a n G a l i a n memberitahu tanah mereka seluas 200 ekar itu telah diluluskan untuk diserahkan kepada agensi kerajaan bagi t u j u a n t e r n a k a n d a n pertanian.
Para petani kemudian membawa masalah mereka kepada Menteri Besar Perak
dan juga pihak Suhakam supaya mengekalkan kawasan pertanian ini.
Namun demikian pertelingkahan ini kini menjadi sengkit apabila seorang bergelar Datuk telah datang dengan 'pump gun' dan mengarahkan pekerjanya memusnahkan pokok kelapa sawit milik petani-petani disana.
Para petani dan penternak di kawasan Tanjung Tualang membantah tindakan dan telah membuat aduan polis terhadap Datuk tersebut.
Pemuda Sosialis buat Khidmat Masyarakat di Pulau Carey Kem Anak Muda 3KS 2010
Masalah tanah 42 Petani di Tanjung Tualang“STUDENT POWER in 1960's” oleh Fahmi Reza
PROTES KERANA MENTERI KERJA JAYA LENGAHKAN MASA
KAMPUNG PINANG,PERAK:PENDUDUK MULA LAWAN BALIK !
4 Jan-Feb 2011NASIONAL
air masing-masing iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor
Sdn. Bhd (Splash), Puncak Niaga Holdings, Konsortium ABASS
Sdn.Bhd dan SYABAS menguruskan perkhidmatan air
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sudah sekian lama syarikat-syarikat konsesi air ini menikmati
keuntungan yang banyak dengan menetapkan kadar tarif air
yang tinggi dan ini sekaligus membebankan rakyat Selangor
dengan bil air yang tinggi. Kerajaan PR Selangor pula
mempertikaikan perkhidmatan air mahal oleh syarikat-syarikat
konsesi air milik kroni BN ini kepada rakyat Selangor. Didapati
melalui perjanjian konsesi air bersama kerajaan negeri dulu,
syarikat-syarikat konsesi air ini akan terus menaikkan tarif air
secara berperingkat-peringkat.
Rakyat Selangor membayar RM0.57 untuk setiap meter kubik
berbanding dengan rakyat Pulau Pinang yang hanya bayar
RM0.22 untuk setiap meter kubik bagi perkhidmatan air yang
diuruskan oleh Kerajaan Negeri tersebut. Jika tarif air dinaikkan
mengikut perjanjian tersebut, maka rakyat Selangor pasti akan
merana. Kerajaan PR Selangor pula bertindak untuk tidak
meluluskan perjanjian kenaikan tariff 37% . Malahan kerajaan
negeri mulai Jun 2009 telah memberikan air percuma 20 kubik
meter kepada rakyat Selangor.
Syarikat-syarikat konsesi air tersebut pula bertindak menyaman
kerajaan negeri Selangor di mahkamah. SYABAS telah mulakan
“Tabung Budi' yang kononya ia lebih prihatin kepada
masyarakat.
Bagi mengambil alih pengurusan air secara keseluruhan kerajaan negeri telah sejak Februari 2009 telah menawarkan
dari RM5.7bil hinggalah sejumlah besar wang kepada syarikat-
syarikat ini. Namun usaha tersebut dipintas oleh Kerajaan
Persekutuan BN yang menawarkan RM21bil kepada syarikat-
syarikat tersebut. Persoalannya mengapakah kerajaan
BN membelanjakan jumlah wang yang besar untuk
'bailout' syarikat-syarikat ini?
Ternyata penswastaan air yang dibawa oleh BN ini
adalah satu kegagalan. BN cuba menyelamatkan
syarikat-syarikat kroninya yang semakin muflis akibat
hutang yang banyak. Ini jelas dilihat apabila Kerajaan
Persekutuan meluluskan dua akta iaitu Akta Industri
Perkhidmatan Air (WSIA), 2006 dan Akta Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2006 yang mana akan
membantu Kerajaan Persekutuan untuk menstrukturkan
semula pengurusan air dan menguatkuasakan
pengurusan industri air bagi seluruh Malaysia dengan
meletakkan di bawah kuasanya. Melalui akta-akta ini,
Kerajaan Persekutuan akan membeli aset-aset swasta
dan negeri kemudian menyewakannya atau
memajaknya kembali kepada pihak negeri atau syarikat
swasta dan diberi lesen untuk mengendali seluruh
pengurusan industri air termasuk pengagihan
pembekalan air di negeri-negeri.
Selepas segala usaha kerajaan negeri untuk mengambil
alih pengurusan perkhidmatan air Selangor menemui
jalan buntu, akhirnya Kerajaan Negeri telah
menyerahkan nasib air kepada penduduk Selangor.
Pada 5 Disember 2010, dengan semangat baju merah
beribu-ribu penduduk Selangor turun ke jalan untuk
menuntut hak air rakyat Selangor. Ini harus dilihat
sebagai permulaan kuasa rakyat membela kerajaan
negeri dan polisinya. Kepimpinan PR juga mesti sentiasa
bersama rakyat dalam menangani pertelingkahan air
sahaja. Kepimpinan PR tidak boleh mengharapkan
mahkamah dapat menyelesaikan isu ini. Krisis
yang dihadapi sekarang adalah sebahagian
daripada krisis politik dan dalam semua krisis
politik, fakta utama adalah siapa nak kawal kuasa
bekalan air. Percaturan adalah antara Kerajaan BN
dan syarikat-syarikat kroni kapitalisnya atau
Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat.
PSM MENUNTUT REFERUNDUM
PSM berpendapat bahawa kemudahan asas
seperti air tidak patut diswastakan dan mestilah di
bawah kawalan awam. Oleh yang demikian, adalah
penting untuk satu referendum diadakan untuk
bertanyakan rakyat Selangor samada mereka
mahu pihak mana untuk uruskan air – Syabas atau
Kerajaan negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri
yang mengawal Pejabat Tanah, Maj l is
Perbandaran dan JKK Kampung boleh membuat
punggutan suara melalui referundum dan pengundi
Selangor boleh dikenalpasti dengan menggunakan
kad pengenalan mereka.
Rakyat Selangor mesti diberikan hak membuat
pilihan dan mesti sentiasa diberi pendidikan politik.
Rakyat Selangor yang mendapat air percuma
sudah tentu menyokong kerajaan yang membela
rakyat. Melalui referendum ini juga, satu isyarat
yang cukup jelas boleh diberikan kepada Kerajaan
Persekutuan untuk tidak campurtangan dalam
urusan air rakyat Selangor.
Rakyat Penentu Nasib Air Selangor!
Dr. Kua Kia Soong seorang aktivis pendidikan bahasa ibunda dan
hak asasi pula telah berhujah bahawa perlu adanya kuasa ketiga
diwaki l i oleh masyarakat sivi l yang memantau dan
mempertengahkan agenda-agenda hak asasi dan rakyat.
Apabila PSM yang mempunyai program minima dengan PR,
ditanya soalan yang sama, maka Pengerusi PSM Dr. Nasir
menegaskan PSM akan bekerjasama dengan semua kumpulan
termasuk kuasa ketiga untuk menumpaskan BN. Setiausaha
Agung parti S.Arutchelvan pula berkata PSM masih belum
memainkan peranan yang cukup untuk menonjolkan dirinya
sebagai kuasa ketiga. PSM masih dalam proses dual iaitu membina
parti dan membina kuasa rakyat melalui pendidikan ideologi dan
aksi massa. Namun demikian PSM sering dan sentiasa
menonjolkan idea berbeza, membina kuasa rakyat berlandaskan
perjuangan kelas dan menjalankan program-program baik kerja
pilihanraya mahupun membina gerakan rakyat dengan matlamat
memperkasakan rakyat untuk membawa perubahan dari bawah.
Namun keghairahan tentang kuasa ketiga ini mungkin muncul
ekoran buat pertama kalinya di Britain, Parti Liberal Democrat
menjadi kuasa penentu di negara tersebut dan berjaya
menubuhkan kerajaan campuran dengan Parti
Konservatif. Di Australia pula Parti Hijau (the Greens)
menjadi kuasa ketiga dan penentu dalam
membolehkan Julia Gillard dari Parti Buruh
menubuhkan parti dan terus berkuasa.
Walau apapun, realiti politik Malaysia adalah buat
masa ini tidak ada suatu kuasa ketiga yang mantap. Di
kebanyakan negara, kuasa ketiga ini wujud setelah
bertahun-tahun dan bukan dalam tempoh beberapa
bulan sahaja. Oleh yang demikian, secara seriusnya
nampaknya tidak ada satu gerakan kuasa ketiga yang
besar, berpengaruh dan mantap buat masa ini
walaupun setiap kumpulan ini mempunyai
pengaruhnya masing-masing.
Selama 53 tahun, Malaysia di bawah sistem 1 parti atau satu rejim di
bawah UMNO. Ramai yang merasakan bahawa ini adalah hakikat
hidup yang perlu diterima sepanjang hayat. Mac 8, 2008 mengubah
ini semua dan buat kali pertama dalam sejarah, ia memberi
harapan untuk gabungan Pakatan Rakyat (PR) memerintah di
peringkat Persekutuan. Rakyat Malaysia begitu ghairah dengan
perkembangan politik ini. BN pula begitu gerun dengan prospek
ini dan membuat segala-galanya untuk kekal memerintah. Najib
sanggup memberi kewarganegaraan, meliberalisasi ekonomi
dengan mengugurkan 30% ekuiti bumiputera dan lain-lain hanya
sekadar untuk menang dalam pilihanraya depan.
Dalam suasana ini, wujud satu persengketaan politik yang begitu
sengkit antara BN dan PR. Ini adalah masa dan peluang yang
paling cerah dan baik untuk mengakhiri hegemoni UMNO BN
dalam politik Malaysia. Walaupun ada perbezaan ketara antara
parti-parti di kalangan PR, namun faktor yang mengekalkan
perpaduan ini adalah untuk menumpaskan BN.
Dalam suasana ini, semasa rakyat Malaysia semua mahu
melihat BN tumbang buat kali pertama. Kuasa ketiga pada
hakikat hari ini memang tidak ada malah kuasa kedua pun
semakin tercabar hari ini sehingga Lim Kit Siang sendiri berkata
ini mungkin kemenangan “one-off” bagi PR jika gabungan ini
gagal menangani masalah dalaman.
PR harus membincangkan politik masa
depan dan menjemput kumpulan-
kumpulan sivil, pertubuhan hak asasi,
NGO, kesatuan sekerja dan lain-lain parti
menyertai satu gabungan yang lebih besar
untuk menguburkan UMNO-BN. PR
nampaknya terlalu menfokus kepada
pilihanraya dan ini sering mencetuskan
persoalan kerusi . PR harus menjurus
kepada membentuk gerakan alternatif
kuasa kedua untuk mencabar kuasa BN
sekarang.
Konsep ini seperti yang dibuat oleh
PUTERA-AMCJA atau Gagasan Demokrasi. Dengan adanya
satu gabungan yang lebih besar, maka keyakinan untuk
berlawan dengan UMNO dan jentera BN akan menjadi lebih
kuat. PR harus mempunyai satu program
jelas dan menjemput semua parti lain dan
organisasi lain untuk sama-sama
membentuk satu gerakan menentang BN
yang cukup besar. Ia harus dianggotai
bukan sahaja oleh parti politik tetapi juga
oleh kumpulan-kumpulan masyarakat
dan dan NGO-NGO.
BN tidak akan hilang kuasa dengan
sekelip mata. Jangan harapkan BN
menyerah diri dan benarkan PR ambilalih
kuasa. Seperti yang dikata Najib, mereka
akan mempertahankan Putrajaya
dengan nyawa mereka. Dalam suasana
ini, adalah amat penting seluruh jentera
dan kaum progresif bersatu tenaga dan
hati dalam satu projek menumbangkan
BN dalam pilihanraya akan datang.
Jangan ada dibentuk kumpulan-
kumpulan baru kerana ia hanya akan
memecahbelahkan kuasa pembangkang
buat masa ini. Rakyat Malaysia
dahagakan perubahan dan mahu melihat
satu lagi parti memerintah negara. Ini
adalah peluang terbaik dan juga peluang
baik untuk PR mengabungkan banyak
lagi organisasi bersama-sama untuk
memastikan kejayaan menyeluruh
semasa mengambilalih kuasa.
Kerana nyamuk, jangan dibakar
kelambu. Kerana kerusi, jangan
gadaikan peluang mencipta sejarah
baru. Kuasa ketiga harus menunggu
masa untuk memerintah. Ini masa untuk
menumbangkan sistem satu parti di
negara kita.
...dari ms 1
...dari ms 1
KUASA KETIGA SOKONG SIAPA?
5 Jan-Feb 2011
Pada 5 Januari, Mahkamah Rayuan semakan penghakiman mengambil masa lebih 2 jam untuk mendengar rayuan yang dikemukakan oleh Dr. Jeyakumar, ahli Parlimen Sg. Siput yang mengheret Kerajaan Persekutuan kerana menafikan peruntukan RM1 juta ringgit untuk kawasannya.
Mahkamah perlu memutuskan samada ia mempunyai kuasa untuk mendengar kes peruntukan ini. Namun begitu, Hakim Aziah Ali menangguhkan keputusan kes ke tarikh 8 Februari 2011. Mengikut pemerhati perundangan, penangguhan keputusan ini adalah sesuatu yang ganjil dan tidak biasa. Ini adalah kerana mahkamah pada masa ini hanya perlu menentukan samada membenarkan permohonan samada satu ”leave” kebenaran dapat diberi atau tidak. Dengan menangguhkan keputusan ia menimbulkan tanda soal samada sistem perundangan kita bebas
d a r i c e n g k a m a n eksekutif.
Kes yang pada awalnya dimulakan oleh Dr. Jeyakumar ini kini mula mendapat sambutan dikalangan ahli Parlimen yang lain. Turut ingin be rsama membua t tuntutan sedemikian adalah beberapa orang
ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang turut hadir ke mahkamah iaitu Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam), Tian Chua (Batu), Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Mohd Yusmadi Yusof (Balik Pulau) dan Liew Chin Tong. Mereka menjadi pemerhati dan akan menyertai nama mereka dalam kes ini jika rayuan ini dibenarkan.
Pihak Peguam Negara yang diwakili oleh peguam kanan Suzana Atan membantah rayuan ini atas dua sebab. Pertama, perkara ini sudah menjadi akademik kerana peruntukan bajet 2010 sudah berakhir. Kedua, pihak eksekutif dan Perdana Menteri mempunyak hak mutlak untuk membelanjakan dan
membahagikan peruntukan wang sesuka hati. Manakala peguam yang mewakili Dr. Jeyakumar, Dato' Ambiga Sreenevasan mengemukakan hujah bahawa kes ini mempunyai kepentingan umum dan wang peruntukan yang dipertikaikan adalah milik rakyat. Oleh itu, mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan hal ini.
Ini adalah kes pertama seumpama ini di mana seorang ahli Parlimen menyaman kerajaan dalam isu peruntukan. Di negara demokratik, seseorang yang memenangi pilihanraya akan diberikan peruntukan pembangunan. Namun di Malaysia, BN hanya memberikannya kepada ahli Parlimen dari parti pemerintah.
Menurut Dr. Jeyakumar, keputusan pada 8 Februari 2011 akan membuktikan samaada mahkamah mempunyai keberanian untuk membuat keputusan yang bertentangan dengan Kerajaan pemerintah atas isu penting seperti ini.
Sementara itu, Dr. Jeyakumar juga telah membuat aduan polis pada 10 Januari 2011 membongkarkan penyelewengan yang berkaitan isu peruntukan ini. Menurut satu surat bertarikh 21 Oktober 2010 yang dihantar kepada Dr. Jeyakumar, Pegawai Pembangunan Negeri Perak menyatakan bahawa sebanyak RM1.72 juta telah dibelanjakan untuk 56 projek di Sg. Siput. Di antara 56 projek, tiga daripada telah adalah permohonan yang dikemukakan oleh Dr. Jeyakumar dan setelah diperiksa ianya hanya menerima jumlah peruntukan yang amat kecil dan satu lagi langsung tidak menerima walau satu sen pun:
i. Anak Yatim Nurul Ihsan – tidak terima sebarang wang
ii. SMK Methodist - RM3,500 iii. SM Men Sing Chung - RM2,000
Manakala, Pegawai Pembangunan Negeri Perak membidas laporan polis ini dengan mengatakan wang RM1.72 juta telah disalurkan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU). Antaranya adalah RM1.1 juta untuk Masjid Al-Ghufraniah Sungai Siput dan lebih RM300,000 d i b e l a n j a k a n u n t u k g o l o n g a n k u r a n g berkemampuan semasa Perayaan Tahun Baru Cina 2010. Yang anehnya beliau tidak menjelaskan mengapa Anak Yatim Nuruk Ihsan tidak menerima apa-apa sumbangan.
Wang yang dibelanjakan adalah wang rakyat dan adalah hak rakyat !. Inilah isu yang cuba diutarakan oleh Ahli Parlimen Sungai Siput dan menurut Malaysiakini, adalah satu permintaan yang cukup berasas. Orang ramai juga mengalu-alukan inisiatif yang dimulakan oleh ahli Parlimen PSM ini. Persoalan yang dikemukan oleh Dr. Jeyakumar sebenarnya bukan sahaja isu ringgit dan sen tetapi mempertengahkan persoalan sistem demokrasi dan pengagihan wang rakyat.
ADAKAH MAHKAMAH BERANI MENCABAR PEMERINTAH DALAM KES PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN SUNGAI SIPUT?
PERKESO - pembela PEKERJA atau DANA ?PERKESO telah diwujudkan untuk memberi perlindungan kepada pekerja dan juga keluarga pekerja kita. Inilah matlamat utama skim Perkeso diwujudkan. Malangnya, keazaman sebahagian Pegawai Perkeso untuk menjimatkan dana Perkeso dan falsafah pemikiran pemerintah menjejaskan perlindungan
yang harus diberi pada pekerja.
Dr. Jeyakumar - Ahli Parlimen PSM Sungai Siput terpaksa mengutarakan tiga kes PERKESO di ibu pejabat PERKESO setelah surat menyurat beliau tidak mendapat sebarang reaksi dari PERKESO dan Menteri Sumber Manusia.
Dr. Jeyakumar bersama satu delegasi ahli-ahli PSM Sungai Siput dan beberapa mangsa PERKESO telah pergi ke ibu pejabat PERKESO di Jalan Ampang. Mereka telah bertemu dengan dengan Pengarah Eksekutif PERKESO K.Selvarajah dan berapa orang pegawai PERKESO.
Dalam pertemuan selama satu jam ini, Dr. Jeyakumar membawa isu beberapa ahli PERKESO ditolak permohonan kerana menurutnya sistem birokrasi dan fokus kepada DANA telah mengkaburkan Pegawai PERKESO mengenai mengapa PERKESO diwujudkan.
Antara ketidakadilan yang tertimbul akibat keazaman menjimatkan dana Perkeso adalah seperti berikut:
Pn Asukumari a/p Darmalingam KP 560130-08-5432Pesakit ini mengidap Grade I Spondylolisthesis L4 on L5. Beliau diberitahu bahawa permohonannya untuk pensen ilat hanya boleh dipertimbangkan jika beliau rela mengalami pembedahan. Tetapi ikut pakar-pakar otopedik, jika pembedahan dilakukan pun, beliau tidak
boleh kembali ke kerja manual. Beliau harus berjaga-jaga dan elak daripada mengambil barang berat a t a u m e m b e n g k o k . S e l a i n d a r i p a d a i t u , p e m b e d a h a n tersebut mengandungi risiko tertentu. Jemaah Doktor Rayuan telah membuang permohonannya pada 20/10.2010. Jemaah Doktor Rayuan tidak memeriksa Pn Asukumari. Doktor Jemaah hanya tanya satu soalan – sudah bedahkah? Bila Asukumari jawab, tidak mahu, mereka kata “anda boleh balik”.
Pn Kamala a/p Murugan KP 590514-08-558
Pesakit ini mengidap Severe B i l a t e r a l O s t e o a r t h r i t i s d i lututnya. Beliau pun dinasihatkan m e n j a l a n i p e m b e d a h a n mengantikan lutut“bilateral Total
Knee Replacement”. Pn Kamala enggan kerana beliau seorang ibu tunggal yang sedang duduk berseorangan bersama anak berumur 10 tahun. Beliau bergantung pada gajinya sebagai pekerja kilang untuk menampung perbelanjaannya. Beliau tidak ada sokongan keluarga yang boleh menjaganya dan anaknya selama satu tahun atau lebih untuk menjadi sembuh selepas pembedahan major ini. Dan jikalau pembedahan “knee replacement” dilakukan pun, beliau tidak boleh terus bekerja sebagai pekerja kilang. Kes ini juga ditolak.
Dalam memorandum yang diserahkan kepada Pengarah Eksekutif PERKESO, adalah dicadangkan tanggungjawab pegawai Perkeso untuk membantu Jemaah Doktor mempertimbangkan semua faktor yang terlibat seperti isu risiko pembedahan, dan hak semua pesakit membuat keputusan bebas terhadap
pembedahan. Kemungkinannya pekerja boleh kembali ke bekerja selepas pembedahan yang disyorkan. Latar belakang akademik dan kemahiran vokesional pekerja dan sokongan sosial dan keluarga untuk pemohon.
Kebanyakan doktor pakar yang datang adalah Jemaah Doktor secara bergilir. Mereka bergantung p a d a b i m b i n g a n P e r k e s o b a g a i m a n a mengendalikan kes-kes tetapi, malangnya pada keseluruhannya, pegawai PERKESO tidak memainkan peranan sebagai pelindung pada para pemohon. Malah kebanyakan daripada mereka menjadi pelindung dana!
Oleh itu, Jemaah Doktor telah membuat keputusan tanpa mengira kesemua fakta kes.Selain itu, isu lain yang diungkitkan adalah isu amalan menafikan bayaran pada balu jika perkahwinan tidak didaftar.
Walaupun memang betul, pemindahan Akta Perkahwinan menyatakan perkahwinan selepas tahun Mac 1982 mesti didaftar untuk diterima sebagai perkahwinan. Tetapi PERKESO telah diluluskan pada tahun 1969 sebelum tarikh pindaan itu. Seksyen 20A Akta PERKESO menyatakan balu dan anak-anak ahli yang meninggal dunia layak menerima Pencen Penakat sehingga balu kahwin sekali lagi ataupun anak mencapai umur 21 tahun.
Terdapat juga banyak kes kahwin yang tidak didaftar di lapisan masyarakat yang termiskin. Maka adalah tidak selaras dengan falsafah PERKESO untuk mewujudkan perlindungan untuk keluarga pekerja yang meninggal dunia tetapi pada masa yang sama menggunakan pindaan Akta Law Reform and Marriages Act untuk mengelak daripada membayar pencen penakat sepenuhnya pada balu atas alasan “tidak berdaftar kahwin”
Pada tahun lalu iaitu pada 19 Mei 2010, PSM telah mengadakan demonstrasi di hadapan PERKESO di tujuh buah negeri. PERKESO adalah satu-satunya akta yang digunakan untuk membela kaum pekerja tetapi akta ini semakin hari mendapat pelbagai ancaman dari pelbagai pihak yang mahu menjimatkan wang dan dana.
ANALISA6 Jan-Feb 2011
Krisis cuaca dan ekonomi meluas
Secara umumnya dari segi ekonomi, 2010 membawa kerunsingan & kemelaratan kepada ramai pihak. Malah 2010 bermula dengan satu gempa bumi yang dahsyat di Haiti yang menyebabkan 230,000 orang mati dan berjuta hilang tempat tinggal. 2010, gempa bumi juga berlaku di Chile, China dan Indonesia.
Ekonomi di negara-negara Barat juga jatuh teruk. Memang
sudah jadi tabiat negara-negara kapitalis, kalau keuntungan
mereka terjejas sikit pun, dia akan terus cari jalan untuk 'curi'
dari rakyat biasa. Maka itu, kita telah melihat tahun 2010 penuh
dengan mobilisasi dan kebangkitan rakyat Eropah. Antaranya,
di Perancis, lebih 3 juta pekerja dan anak muda turun ke jalan
sebanyak 6 kali sejak 7 Sept untuk menentang rombakan
pencen oleh Kerajaan Perancis.
Mogok bermula 12 Oktober yang dimulakan oleh pekerja
pengangkutan, kemudiannya diikuti oleh pekerja lain dan
pelajar sekolah. Kesemua loji minyak telah ditutup oleh pekerja
yang bermogok dan kerajaan terpaksa mengerahkan polis
untuk menghentikan penutupan loji minyak.
Di Belgium pula, 100,000 pekerja dari negara-negara EU
melakukan demonstrasi pada 29 September menentang
langkah pengurangan perbelanjaan sosial oleh kerajaan
Eropah.
Pada 5 Mei, lebih 500,000 rakyat Greek turun ke jalan raya,
Athens dalam apa yang disifatkan sebagai demonstrasi paling
besar dalam 30 tahun membantah langkah kerajaan mereka
menerima bantuan dana Kesatuan Eropah dan IMF yang telah
mengadaikan kepentingan rakyat seperti membeku kenaikan
gaji dan pencen persaraan, menaikkan umur persaraan dan
cukai GST, pemecatan pekerja dan kurang peruntukkan
untuk sektor pendidikan dan kesihatan awam. Persoalan rakyat
Greek ialah, siapakah yang akan menanggung krisis ekonomi
kapitalis – golongan pekerja yang paling menderita akibat dari
krisis ekonomi ini atau golongan kapitalis yang menjadi dalang
kepada krisis ini?
Malaysia – tahun subsidi menekan dan pindaan undang-undang ditunda
Dalam negara kita pun, ceritanya sama juga. Pada 16 Julai, Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Subsidi Barangan Asas dipotong kerana hutang negara mencecah 7.4% dari pendapatan negara kasar. Ini menyebabkan harga gula dinaikkan sehingga 25 sen sekilo, petrol dan diesel 5 sen dan gas masak LPG sebanyak 10 sen sekilo. Kenapa RM74 billion
subsidi rakyat dipotong walhal RM84 billion subsidi korporat dikekalkan? Itulah persoalannya. Malang sekali, walaupun sekumpulan kecil sahaja yang protes tapi yang bersuara itu memang ramai dan yang menderita itu memang tak terkira.
Niat Najib mahu implementasi GST (Cukai Barangan
dan Perkhidmatan) pada tahun 2011 tidak tercapai
apabila pembentangan rang
undang-undang di
Parlimen pada Mac
2 0 1 0 d i t u n d a
ekoran cadangan
protes oleh Gabungan PROTES yang diterajui Parti
Sosialis Malaysia (PSM) .
Rakyat Malaysia bersama PSM juga berjaya memberi
tekanan kepada pihak kerajaan untuk menunda satu
lagi rang undang-undang yang hampir dibentang di
Parlimen pada 12 Oktober iaitu Pindaan Bil Akta
Pekerjaan. Pindaan tersebut dikatakan yang paling
kejam dan paling teruk dalam masa 40 tahun!
Tahun 2010 juga melihat kerajaan Barisan Nasional
bersandiwara dalam isu Gaji Minima. Pada 15 Jan 2010,
Menteri Sumber Manusia mengumumkan gaji minima
“akan dilaksanakan kepada security guards dan pekerja
hotel serta restoran dalam masa kurang dari 2 bulan”.
Katanya juga, “gaji minima untuk pemandu bas dan
pekerja-pekerja industri elektronik dan tekstil akan
diumumkan dalam masa 8 bulan”. Namun semuanya
hanya pengumuman sahaja. Pada 1 Julai, hampir 100
aktivis dan kumpulan pekerja telah berpiket dan
menyerahkan memorandum kepada Menteri Sumber
Manusia untuk menyatakan rasa kesal mereka dengan
jawapan pihak KSM di Parlimen bahawa Akta Gaji
Minima tidak akan diimplementasi .
PSM bersama JERIT, NGO-NGO dan kawan-kawan
Pakatan juga telah memperjuangkan isu-isu berikut:
·Pelancaran Kempen Pendidikan Percuma dari sekolah rendah ke Universiti pada 23 Oktober 2010
·Bantahan serentak di 4 hospital secara serentak pada 1 Mac 2010 iaitu di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Sg. Buloh, Hospital Serdang dan Hospital Sultan Ismail Pandan Johor. Tujuannya untuk membantah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (SPPBP) yang akan diimplementasi di Empat Hospital ini. A d a l a h d i f a h a m k a n b a h a w a implementasiannya telah ditunda.
·1/8/2010: Kempen anti-ISA diteruskan dan kali ini protes solidariti berlaku di luar Malaysia, Dataran Trafalgar, London. Di Malaysia, atas kepimpinan PSM dan GMI protes aman dijalankan secara serentak di 8 tempat dan 36 orang telah ditahan. Polis sekali lagi bertindak ganas dan hak demokrasi sekali lagi dicabuli. Kerajaan juga gagal membuat sebarang pindaan kepada akta zalim ISA walaupun ia sepatutnya dipinda pada tahun 2010.
·Pada bulan Disember 2/12/2010: Gabungan Membantah FTA menyerahkan memorandum kepada Menteri membantah Rundingan EU FTA dan juga TransPacific Partnership Agreement dengan US yang berlangsung dari 6-10 Disember 2010 di Belgium dan New Zealand.
Satu lagi perjuangan akar umbi yang telah mendapat perhatian adalah kehadiran lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri kerana tanah mereka ditipu. Mereka menuntut supaya dasar pemberimilikan tanah Orang Asli
dimansuhkan. Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak. Manakala Menteri Shafie Apdal pula berkata, “mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk melawat Putrajaya” Kenyataannya telah menimbulkan kemarahan ramai pihak termasuk PSM yang mengutuk Menteri tersebut dalam satu kenyataan akhbar.
2010 Dalam Kenangan
ri i E n i!K s s ko om
Krisi C acs u a!
>> ms 7
7 Jan-Feb 2011
Politik negara terumbang ambing dan tak tentu arah
Dari segi politik pun, 2010 meneruskan kemelut tahun sebelumnya. Kerajaan BN terus menggunakan media dan segala jentera kerajaan (seperti polis, kehakiman dan agensi-agensi kerajaan lain) untuk 'menjatuhkan air muka' Pakatan
Rakyat. Ia juga terus menggunakan taktik-taktik lama seperti hasutan kaum, politik wang, sekatan hak bersuara dan
maklumat. 2010 bermula dengan isu penggunaan nama ALLAH hingga berlaku serangan ke atas gereja-gereja. Ramai
pemimpin, aktivis dan rakyat marhaen telah mendebat tentang isu ini.
Pada 9 Februari Mahkamah
Persekutuan meneruskan
proses rampasan kuasa
dengan 'bersetuju' dengan
rampasan kuasa di Perak
maka Datuk Seri Zambry Abd
Kadir menjadi Mentri Besar
Perak yang sah. Maka UMNO
mula mengalih perhatian ke
Selangor pula, negeri yang
paling kaya di bawah Pakatan
Rakyat. Dari kes curi pasir
h i n g g a k e p e r l a n t i k a n
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, ada juga tangan-tangan
syaitan yang kacau!
Asia Tenggara – Gerakan merah dan pembebasan Suu Kyi
Sementara itu, di Thailand pula, 2010 adalah tahun
'PERGERAKAN MERAH'. Dari bulan Mac – Mei 2010, lebih dari
150,000 rakyat miskin dari bandar dan luar bandar turun ke
bandaraya Bangkok untuk protes secara aman (paling aman
sekali). Mereka menuntut kerajaan yang dilantik oleh tentera
membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihanraya.
Malangnya, kerajaan Abhisit telah bertindak kejam ke atas ahli-
ahli baju merah. Pada 19 Mei pihak tentera telah menembak ke
arah ahli-ahli baju merah menyebabkan 91 orang terbunuh dan
lebih 2,100 dicederakan. Undang-undang darurat dikenakan.
Namun pada 19 September, lebih 10,000 rakyat Baju Merah
telah turun ke Bangkok untuk mengingati perjuangan 4 bulan
sebelumnya.
Satu lagi perkembangan di rantau Asia Tenggara ialah
pilihanraya umum yang telah diadakan di Myanmar oleh regim
tentera (dictator), parti Union Solidarity and
Development pada 7 November 2010.
Memang merekalah yang menang (demokrasi di
Myanmar sudah mati sejak 8-8-1988). Maka,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan negara-
negara Barat mengecam pilihanraya tersebut sebagai
satu penipuan besar. Namun insiden yang paling
mengembirakan ialah pembebasan Aung San Suu Kyi
(ahli politik, pembangkang) daripada tahanan rumah
pada 13 November iaitu selepas 15-21 tahun dalam
tahanan.
Pada tahun 2010, walaupun sistem kapitalis mendapat
pukulan kuat di banyak negara, nama para jutawan dan
billionaires' semakin meningkat dan yang menyedihkan
ialah golongan miskin juga semakin melipat ganda. Di
Malaysia umpamanya ada 22 billionaires manakala
jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia ialah
RM156.7 bil l ion (63% lebih daripada tahun
sebelumnya!), sehingga Jan 2010. Di dunia pula, jumlah
billionaires bertambah 50%, iaitu 1,011 orang (2009).
Sementara mereka yang sedikit ini hidup mewah,
berbillion-billion penduduk dunia pula hidup melarat. 3
billion daripada penduduk dunia hidup dalam
kemiskinan (bergantung pada kurang dari RM5 sehari);
1.3 billion hidup dalam kemiskinan padah @ teruk
(bergantung pada kurang dari RM3 sehari); 70%
daripada perempuan di dunia hidup dalam kemiskinan
padah; 800 juta orang tiada akses kepada kemudahan
kesihatan asas. 17 juta, termasuk 11 juta kanak-kanak,
mati setiap tahun akibat penyakit yang boleh dielakkan
dan makanan tidak berzat; 11 juta penduduk mati setiap
tahun akibat kebuluran
Itulah hadiah kapitalis kepada dunia. Sebelum ia
menjahanamkan kita, biar kita bertindak pada tahun
2011 dengan lebih bersemangat menguburkan sistem
kapitalis ini.
Letchimi Devi
Selamat Tahun Baru!
2011Abad ke-21
Krisis olitik! P
Pada 26 November 2010, malapetaka menimpa
40,000 pekerja kilang kelapa sawit dan pemetik
kelapa sawit apabila Mahkamah Perindustrian
membuat satu keputusan yang disifatkan sebagai
paling teruk dan berat sebelah dalam sejarah
keputusan mahkamah perindustrian yang
melibatkan MAPA-NUPW. Malah salah seorang
pemimpin Kesatuan Sekerja NUPW mendakwa
keputusan mahkamah perindustrian itu seolah-olah
ditulis oleh towkey-towkey tuan punya perladangan
manakala Hakim Mahkamah perindustrian seolah-
olah menjadi jurucakap mereka.
Isu pertikaian Perjanjian Kolektif antara NUPW
(Kesatuan Nasional Pekerja ladang) dan MAPA
(Persatuan Pengeluaran Pertanian Malaysia) gagal
mencapai sebarang persetujuan dan justeru itu
NUPW telah memfailkan tuntutan terhadap MAPA
pada 27/08/2009 setelah persetujuan bersama
antara mereka sudah tamat pada 30 Jun 2008.
Pertikaian di antara NUPW dan MAPA adalah
berkenaan banyak perkara tetapi di antaranya yang
menjadi isu pent ing adalah isu tar ikh
penguatkuasaan Perjanjian Kolektif, gaji bulanan
pekerja ladang dan kilang kelapa sawit,
peningkatan gaji tahunan, peningkatan gaji
minimum, pemberian bonus dan COLA kepada
pekerja am dan kilang dan elaun pengangkutan.
NUPW telah memohon untuk peningkatan gaji
bulanan daripada RM462.10 kepada RM750.00
bagi pekerja ladang dan peningkatan daripada
RM501.10 kepada RM760.00 bagi pekerja kilang
kelapa sawit. Di samping itu NUPW juga telah
menuntut peningkatan gaji kepada pekerja kilang
kelapa sawit dari 1.5% kepada 1.7% dan
peningkatan gaji tahunan sebanyak 15%. Namun
MAPA tidak bersetuju dengan cadangan NUPW
dan hanya telah mencadangkan RM450 sebagai
gaji bulan pekerja, dan peningkatan 8% gaji
tahunan. Mahkamah yang berpihak kepada
golongan majikan telah bersetuju dengan MAPA
dengan menolak tuntutan-tuntutan NUPW dan
hanya membenarkan 11% peningkatan gaji
tahunan. Ini bererti gaji pekerja ladang ini mendapat
peningkatan RM 1.80 setiap hari. Adakah ini wajar
diberikan kepada pekerja ladang yang telah
menjadi tulang belakang kepada pembangunan
negara sejak 100 tahun dahulu dan yang telah
bertungkus lumus selama 4 generasi.
Di samping itu, tempoh Perjanjian Kolektif NUPW
dan MAPA yang dahulunya 3 tahun, kini telah
ditukar kepada lebih daripada 3 tahun melalui
keputusan Pengerusi Mahkamah Perindustrian di
mana keputusan ini amat prejudiskan pekerja-
pekerja ladang di mana mereka tidak berhak untuk
peningkatan gaji sehingga tamat tempoh
berkenaan iaitu pada tahun 2013.
Selain itu, Mahkamah Perindustrain hampir
menolak semua permintaan NUPW dan menerima
semua permintaan MAPA. Mahkamah juga semua
MAHKAMAH INDUSTRI HINA PEMOTONG BUAH KELAPA SAWIT
>> ms 8
8 NASIONAL Jan-Feb 2011
KEBANGKITAN MAHASISWA MALAYSIA MULA DIRASAI !Usia paling berpotensi seorang pemuda adalah usia antara 18 hingga 30 tahun, maka mahasiswa adalah elemen terpenting dari golongan ini. Mahasiswa ini berada pada posisi yang sangat menguntungkan dimana mereka adalah aset yang penting untuk mewujudkan suatu sistem yang bersih dan adil. Mereka juga kemungkinan mempunyai idealisme yang sihat yang masih belum dikotori oleh najis kekuasaan, kekayaan atau kepentingan peribadi.
Realitinya, penglibatan mahasiswa dalam politik semakin hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Malah, pelbagai pihak juga turut tampil memberi maklumbalas terhadap isu tersebut. Sesetengah mereka melihat adanya kepentingan untuk mahasiswa berpolitik dan ada juga yang melihat ianya memberi kesan buruk kepada pelajaran mahasiswa dan perkembangan negara. Namun, penglibatan mahasiswa dalam politik pada masa ini adalah amat diperlukan atas beberapa faktor penting kerana ianya melibatkan masa depan negara.
Kebangkitan mahasiswa di benua Eropah terutamanya di Britain dan beberapa aksi mahasiswa di tanah air mengungkitkan nostalgia zaman kegemilangan mahasiswa dalam era 1960-1970an. Zaman Kelab Sosialis di UM, Generasi FAJAR di Singapura, demonstrasi besar-besaran mahasiswa di Baling dan Kuala Lumpur, membela peneroka di Tasek Utara.
Sejak zaman kegemilangan ini, terdapat pelbagai cubaan oleh pelbagai pihak untuk memulihkan gerakan mahasiswa.
Pada era 1990-an, GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung) ditubuhkan bertujuan untuk mendepani cabaran umat Islam dan menghadapi kegawatan jahiliah moden. Kelab Rakan Siswasah Malaysia (KARISMA) ditubuhkan pada 2 Mei 1999 dan mula bertapak di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. DEMA telah ditubuhkan sejurus selepas zaman reformasi dimana banyak mahasiswa progresif Cina terlibat manakala GAMP di bawah JERIT ditubuhkan untuk mendekatkan mahasiswa kepada rakyat marhaen. Bukan sahaja ini, pelbagai gabungan telah ditubuhkan sehingga kini untuk membela hak mahasiswa dan juga hak rakyat.
Pada hari ini, kebangkitan pelajar memang tidak dapat dinafikan dan salah satu isu yang telah membangkitkan gerakan mahasiswa adalah susulan pilihanraya kampus 2010. Pilihan raya kampus yang diadakan serentak di seluruh Malaysia menyaksikan kumpulan pelajar pro-aspirasi kerajaan dan pro-pembangkang atau dikenali sebagai pro-mahasiswa agak seimbang penguasaannya. Kampus-kampus seperti UUM, UiTM dan Kolej Tun Hussein Onn dilaporkan dimenangi oleh pro-aspirasi kerajaan. Kampus-kampus seperti UM, UTM dan UKM masih dikuasai oleh pro-mahasiswa.
Namun pilihanraya kampus dicemari dengan pelbagai penyelewengan dalam pelaksanaan pilihan raya kampus yang demokrasi. Sebagai institusi pengajian tinggi yang sepatutnya mengamal prinsip demokrasi serta menyediakan gelanggang persaingan di kalangan mahasiswa, pihak universiti telah mengambil langkah yang sebaliknya. Masalah E-UNDI dalam pilihanraya telah mencetuskan lagi kemaraan para mahasiswa menentang pentadbiran Universiti dan Kerajaan.
Realitinya, terdapat pelbagai masalah dalam sistem E-undi ini. Antaranya ialah lanjutan tempoh mengundi. Waktu pemilihan yang sepatutnya berakhir pada jam 4.30 petang telah dilanjutkan secara mencurigakan setengah jam sehingga ke pukul 5.00 petang. Keadaan itu menimbulkan tanda tanya di kalangan para pelajar yang dimaklumkan lebih awal berkenaan tempoh pemilihan. Sepatutnya tempoh pengundi tidak boleh diubah sewenangnya. Ini menampakkan pihak pentadbiran memanipulasikan PRK.
Kebangkitan mahasiswa terus dapat dilihat dimana pada Hari Hak Asasi Manusia Sedunia, kira-kira 200 mahasiswa berhimpun memprotes kenaikan harga bahan api dan gula di Masjid Putrajaya. Tindakan mahasiswa memprotes isu ini satu tindakan yang luar biasa dalam zaman ini. Tiga orang mahasiswa ditahan dalam protes ini. Mahasiswa ini membantah pengumuman Kerajaan pada 3 Disember lalu dimana harga petrol RON95 naik 5 sen, diesel naik 5 sen, gas naik 5 sen dan gula pula naik 20 sen
Pada 23 Oktober, Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP) telah dilancarkan yang disertai oleh 6 kumpulan mahasiswa dan diterajui oleh Pemuda Sosialis.
Pada 1 Januari 2011, beberapa ratus mahasiswa
berhimpun sebagai tanda solidariti membuat deklarasi
untuk perjuangan mahasiswa 2011 dimana mereka
memberi mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa
bersama masyarakat dan segala tindakan mahasiswa
hanya untuk kebaikan Negara. Pemuda Sosialis juga
telah mengambil bahagian dalam program ini.Pada 11 Januari 2011, pula PMN atau Perhimpunan Mahasiswa Negara dihadiri oleh lebih 230 mahasiswa dari lebih 30 IPTA dan IPTS juga telah diadakan. Mereka berbincang tentang perpaduan mahasiswa dan program mahasiwa
Secara kesimpulannya, Gerakan Mahasiswa merupakan sebuah gerakan yang tidak mudah ditambat tengkoknya dan dicucuk hidungnya. Dibanding masyarakat awam, mereka ini jauh lebih faham dengan situasi politik terkini. Dunia kampus telah menyajikan jendela bagi mereka
untuk membuka mata melihat apa sebenarnya yang terjadi saat ini. Dari kampus ini pulalah lahir gerakan-gerakan atau kumpulan mahasiswa yang wujud kesatuan aksi, himpunan dan sebagainya.
Kebangkitan gerakan mahasiswa yang dijalankan hampir setiap kampus di Malaysia saat ini, semakin menambah wawasan dan keterampilan politik para mahasiswa. Mahasiswa, anak muda dan orang ramai mula tersentak dan tersedar dari lena yang panjang,
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bukan lagi akta yang dapat menakutkan golongan mahasiswa baru ini. Ayuh anak muda harapan rakyat, mari kita sama-sama optimumkan potensi diri yang ada, dalam memperjuangkan hak dan mencapai misi yang utama iaitu tranfomasi Malaysia kearah lebih baik. Gunakan segala medium yang ada. Maksimakan pengunaan blog, facebook, youtube dan sebagainya untuk dijadikan senjata, tetapi yang paling penting adalah membela rakyat marhaen.
Salah satu ungkapan daripada Komrad Kartiges, Pengerusi Pemuda Sosialis Nasional semasa himpunan mahasiswapada 1 Januari 2011 yang harus kita teliti, malah ini adalah realitinya. ”Setahun dua ini mahasiswa sudah mula berani mengkritik secara terbuka pemerintah yang jelas menindas dan menyeleweng hak rakyat. Ini memberi suatu anjakan baru bagi gerakan mahasiswa di Malaysia. Jangan terlalu tumpu pada perbahasan intelektual, mahasiswa harus turun sendiri kelapangan untuk terus menyumbang kepada rakyat”.
M.Ravindran
PemudaSosialis
permintaan MAPA. Mahkamah juga antaranya menolak
permohonan NUPW untuk bonus, Cola, elaun pengangkutan
dan pemberian insentif kepada pekerja ladang.Tindakan
Mahkamah ini amat ketara menunjukkan bahawa Mahkamah
hanya sekadar boneka MAPA yang melaksanakan arahan-
arahan daripada MAPA yang semakin angkuh.
Di manakah rasional Mahkamah Perusahaan apabila gagal mengambilkira keadaan harga barangan yang semakin meningkat dan inflasi makin melambung tinggi? Apakah masalah MAPA dalam memberi gaji bulanan yang tetap kepada pekerja ladang.
Jika kita menganalisa pengeluaran kelapa sawit, hasil pengeluaran semakin meningkat dan bukannya menurun. Menurut Laporan Ekonomi 2010/2011 pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) pada 2010 dianggar meningkat 3.4 peratus kepada 18.4 juta tan metrik daripada 17.8 juta tan metrik. Sektor
kelapa sawit dijangka memainkan p e r a n a n p e n t i n g d a l a m melonjakkan Malaysia kearah status negara berpendapatan tinggi dengan hasil pertukaran asing melebihi dua kali ganda mencapai RM100 bilion pada tahun 2020.Jika kita melihat keuntungan yang digaut oleh Sime Darby pada tahun 2010 adalah sebanyak RM2.5 billion.
Adakah pekerja ladang yang b e r t u n g k u s l u m u s t a n p a mengambilkira keadaan cuaca dikurniakan dengan keputusan Mahkamah Perindustrian yang amat menghinakan golongan pekerja ladang. Sekiranya pekerja ladang ini tidak menitikkan peluh
mereka, adakah gergasi-gergasi besar seperti Sime Darby dan Kerajaan dapat menikmati keuntungan sebegini .Mengapa MAPA dan Mahkamah Perusahaan sungguh kedekut untuk memberi gaji yang adil dan saksama untuk pekerjanya yang membuat pengeluaran komoditi yang amat menguntungkan.
Kini NUPW telah membuat rayuan di mahkamah Tinggi.
Seramai dua ratus pekerja ladang telah datang untuk
menyatakan bantahan mereka akan keputusan
mahkamah perindustrian. Setiausaha Agung PSM
S.Arutchelvan dan Ahli parlimen Sungai Siput Dr.
Jeyakumar yang berada di Mahkamah pada hari itu
mendesak pekerja dan Kesatuan Sekerja untuk tidak
berharap sangat pada mahkamah tetapi mereka harus
berjuang habis-habisan untuk memastikan kehidupan
mereka lebih bermakna.
Kita sering mendengar slogan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan
“Rakyat Diutamakan”. Sekiranya ia adalah suatu
yang benar dan bukan sekadar slogan sahaja ,
maka suatu Perjanjian Kolektif yang memihak
kepada pekerja dan melindung pihak pekerja ladang
boleh ditandatangani. Ini disebabkan Kerajaan
mempunyai saham di kebanyakan ladang besar ini
dan Kementerian Sumber Manusia boleh
menggunakan kewibawaannya untuk mendesak
MAPA menerima tuntutan Kesatuan Sekerja.
Bagaimana hendak memastikan Malaysia
mencapai status masyarakat berpendapatan tinggi
apabila gaji pekerja ladang begitu rendah, hina dan
keji.
Oleh Nalini M
MAHKAMAH INDUSTRI HINA PEMOTONG BUAH KELAPA SAWIT...dari ms 7
9
>> ms 8
Jan-Feb 2011
Peguam G. Balasundram yang lebih dikenali S.C. Thai Bala di Ipoh mengamalkan kehidupan sederhana, prihatin dan sentiasa meluahkan rasa bantahan terhadap sesuatu ketidakadilan samada dalam sistem politik, kehakiman dan juga terhadap mereka yang tamak dan mementingkan diri. Nilai kehidupan ini telah dihapuskan oleh pihak yang tidak disenangi terhadapnya pada 16-11-2010. Pembunuhan beliau bukan sahaja mengejutkan serta meyedihkan malah ia adalah satu kehilangan besar kepada kawan-kawannya terutamanya di PSM , malah juga masyarakat miskin yang mahukan keadilan.
Saya mengenali Bala pada 10-3-1996 semasa Peneroka Bandar Kampung Chekkadi Buntong membuat perarakan ke balai polis untuk membuat aduan terhadap perobohan sebuah rumah oleh pihak berkuasa tempatan. Ramai yang kena tahan dan antara ratusan itu adalah termasuk saya, Dr.Kumar dan Rani.
Pada masa itu, seorang peguam yang berani muncul di kalangan ratusan yang berhimpun di luar balai untuk membuat aduan polis terhadap pihak polis ke atas penahanan tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang. Itulah Bala yang saya mulai berkawan dan persahabatan menjadi lebih rapat semasa beliau menjadi peguam kepada Dr.Kumar yang memfailkan petisyen pilihanraya terhadap Samy Vellu pada tahun 1999.
Semasa Kampung DBI-Buntong, Ipoh menghadapi pengusiran paksa, kami telah merujuk Bala untuk mendapatkan injunski terhadap pihak MBI dan beliau berjaya memperolehinya. Hujah Bala sentiasa keluar dari mulutnya adalah “jangan pedulikan mereka, biar kita buat apa yang kita inginkan”
Komrad Bala ini mudah didekati, tidak mengenakan bayaran yuran dan sentiasa meluahkan rasa kemarahan terhadap sesuatu penindasan dan ketidakadilan yang berlaku terhadap warga miskin.
Pada tahun 2000, 16 orang petani Tanah Hitam telah menerima notis pengusiran dari pihak pemaju yang juga merupakan ADUN BN Perak. Syarikat ADUN itu mengheretkan 16 petani ini ke mahkamah. Apabila kami meminta bantuan guaman, beliau kata OK... Semasa Hakim Mahkamah Tinggi memberikan penghakiman berpihak pemaju dan semasa hakim berdiri untuk beredar, Bala bangkit dan membuat pencelahan dengan nada yang tinggi “ my lord, we are going to appeal, therefore we want stay of execution” Hakim menjawab buat permohonan bertulis..
Bala mohon sehingga itu kekalkan status quo, hakim benarkan permohonannya. Walaupun kes ini kalah di Mahkamah tetapi tekanan politik dan komitmen Bala dalam kes ini menyebabkan 16 petani ini dapat 16 ekar tanah dari pihak kerajaan dan pampasan dari pihak pemaju
Orang berkata, kita dapat mengenali siapa kawan kita, semasa kita dalam kesusahan. Terdapat satu kes bekas pekerja ladang Strathisla Jelapang yang menghadapi pengusiran dari syarikat PCBD –Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak. Pada ketika tarikh perbicaraan ditetapkan, tiba-tiba peguam yang mewakili pekerja ini yang merupakan seorang pemimpin politik pembangkang yang popular tidak mahu mewakili 20 pekerja itu tanpa sebarang sebab. Dalam masa kecemasan itu, pukul 9 malam pada hari itu, kami berjumpa komrad Bala, pada mulanya dia keberatan tetapi akhirnya beliau mewakili kes itu. Dalam dua tahun perjuangan pekerja ladang Strathisla Jelapang itu, bekas pekerja ladang ini dapat memperolehi dua ekar tanah melalui persetujuan bersama di luar mahkamah.
Semasa PRU-11, PSM memilih saya sebagai calon di DUN Jalong. Bala amat gembira dan berkata pada saya, jika awak
masuk dalam DUN.. dewan akan tergugat dan bergegar.. Beliau bercakap pada saya, “ borang pencalonan … jangan awak isi… saya akan isikan katanya.. Dia bersama dengan saya pada hari tersebut dan selepas saya kalah beliau berkata… ini permulaan.. don't worry.. minta saya fokus dalam pelajaran bersama perjuangan.
Begitu juga pada Pilihanraya umum ke-12, semasa DAP enggan memberikan laluan kepada PSM untuk bertanding di Jelapang, beliau berkata pada saya, mengapa minta sedekah….kalau rasa nak bertanding..tandinglah, hasil itu tak penting, yang pentingnya pendirian. Bala kata esok penamaan calon di Batu Gajah untuk calon PSM Saras… Dia datang bersama Vengkat dan bertengkar dengan polis apabila
dia tidak dibenarkan masuk ke dewan pencalonan ….akhirnya dia dibenarkan masuk uga.
Kes penjual cholok yang menghadapi pengusiran pada tahun 2009 dari Gamuda. Bala yang mewakili pengusaha cholok itu. Menang di luar mahkamah dapat tanah sewa di kawasan yang sama dengan pampasan.
Dalam sepanjang masa saya bersama dengan Bala, beliau berkata.. jika awak mendalami dan membuat pengajian yang terperinci dalam sesuatu isu.. awak boleh berjaya ataupun sekurang-kurangnya boleh menggugatkan pihak lawan dari tindakan seterusnya.
Bala meminta saya, jika awak praktis sebagai peguam, jangan ikut sempadan yang ditetapkan
oleh undang-undang seperti saya.. must come out from the box.. sepertimana Saras sentiasa mencabar saya katanya.
Lagi satu yang memperlihatkan prinsipnya yang ikhlas adalah apabila Bala kalah dalam sesuatu kes khususnya kes membantu (probono) yang melibatkan orang awam.. masalah orang miskin, dia amat sedih dan tiga atau empat hari dia tak akan masuk dalam pejabatnya. Ini saya dapat lihat dalam kes petani dan penternak Tanah Hitam-Chemor… Pada masa itu, saya menelefonnya, dan beliau kata, “leave me alone this week…Selepas itu dia menelefon saya minta datang ke pejabat…. Dia memberikan saya sebuah buku yang tebal… yang bertajuk “ Long Walk To Freedom” yang ditulis oleh Nelson Mendela… Beliau bercakap pada saya.. nice book… you mesti baca… penting untuk awak…saya dah baca habis dalam empat hari katanya dan menghadiahkan buku itu kepada saya.
Walaupun Bala sering meminta pada kami, tolong jangan membawa kes-kes seperti yang melibatkan masyarakat
miskin kerana kes-kes itu memberikan tekanan emosi dan menganggu fikirannya apabila kalah di Mahkamah kerana sistem kehakiman negara bukan untuk orang miskin, tetapi bila tak ada peguam, Bala sahaja yang akan muncul dan membuat kes tersebut. Ini dapat dilihat semasa kes Kampung Pinang di Pusing. Walaupun Bala meminta kami supaya jangan membawa kes probono yang melibatkan orang ramai… jalan terakhir kami adalah minta bantuan Bala setelah semua usaha mencari peguam lain menemui jalan buntu. Bala pun menyedari situasi ini dan dia menghulurkan tangan pada Julai 2010 apabila seorang ADUN PR yang mewakili penduduk Kampung Pinang – Pusing dalam perbicaraan sejak tahun 2003 tidak mahu memfailkan notis rayuan kes Mahkamah Tinggi setelah kes di Mahkamah Sesyen tidak berpihak kepada penduduk.
Bala sekali lagi meluahkan rasa kemarahan terhadap tindakan parti politik itu dan bersetuju untuk mewakilinya. Akibat penglibatan Bala dan tekanan PSM kepada pihak kerajaan kini para penduduk menerima surat tawaran lot gantian .
Kormad Bala tidak ketinggalan melibatkan diri dalam perjuangan rakyat. Antaranya Kempen Basikal Jerit, bantahan undang-undang buruh
dan kempen Anti ISA.
S a a t t e r a k h i r S e p a n j a n g B u l a n November—Sebelum dia Dibunuh
Pada awal bulan November 2010, Bala menelefon saya untuk datang ke pejabatnya. Setelah diam seketika.. dia mula bercakap “you are very near to reach your destination…don't worry continue your study I will support you.
Dalam pertemuan dengannya, dia amat bimbang terhadap kes perhimpunan haram yang saya turut disabitkan - hukuman dua minggu penjara dan denda yang akan didengar rayuan pada 15-11-2010 di Mahkamah Tinggi Ipoh.
Bala berkata pada saya.. awak mesti dibebaskan di mahkamah ini.. dan mahukan fikiran awak tenang dan fokus dalam karier.
Masa itu beliau memberitahu kepada saya…kali ini hari jadi saya akan disambut oleh seluruh dunia… Saya hairan… Tanya dia… apa itu… deepavali jatuh pada harijadi saya katanya 5 Nov.
Sebelum sehari kes di Mahkamah Tinggi pada 15-11-2010.. beliau SMS saya minta saya meneman untuk makan bersama. Pada 15-11-2010 jam 9 pagi dia datang ke mahkamah dan berkata pada saya “ hari ini macam saya pergi ke Bar exam, pasal kes awak…. I must do my best to get your release from this case”
Pada hari itu, Bala membuat suatu penghujahan yang ringkas dan tepat pada isunya sehingga hakim senyum semasa permulaan…Di mana Bala berkata “ My lord today I'm invited to do nasional service for this case”
Selepas kes itu, Bala amat yakin boleh menang semasa bersama dengan saya, Saras, Vengkat dan Rajasingam di sebuah restoran selama 3 jam kita bersembang.
Keesokan harinya dia dibunuh dan semasa penghakiman diberikan oleh hakim pada 19-11-2010 hakim berkata, “mahkamah mengambil hujah-hujah yang dikemukakan oleh G.Balasundram dan membebaskan semua perayu. Seterusnya memerintahkan wang denda, jaminan dipulangkan serta mahkamah menolak permohonan perbicaraan semula oleh pihak pendakwaraya.
Sistem kapitalis bukan sahaja merampas harta dan hak rakyat biasa malah juga menguburkan nilai kemanusiaan sehingga manusia sama manusia mengambil nyawa insan yang tidak berdosa. Walaupun Bala tiada di bumi ini, tetapi nilai kemanusiaan, keberanian, prinsip hidup dalam kariernya tetap menjadi pedoman kehidupan kepada kita semua.
Oleh Kunasekaran
KENANGAN BERSAMA PEGUAM BALA
10 Jan-Feb 2011NASIONAL
Pada Mac 8, 2006, Datuk Seri Rafidah Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri semasa memulakan Rundingan Pertama FTA dengan Amerika di Washington, telah mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak membantah FTA
M a l a y s i a d e n g a n A m e r i k a . Kenyataan ini telah mengejutkan ramai rakyat Malaysia kerana tidak pun kita tahu Malaysia akan mengadakan FTA dengan Amerika.
Setelah pengumuman itu satu kempen yang intensif membantah FTA Amerika telah diadakan di
Malaysia yang dipimpin oleh Gabungan Rakyat Membantah FTA US-Malaysia. Penerangan, bantahan, protes, kempen faks dan poster diadakan di seluruh negara. Hasilnya, ramai rakyat Malaysia membantah FTA Amerika. Akibat tekanan ini dan banyak isu yang menggadaikan hak rakyat Malaysia dipersoalkan maka Malaysia tidak berjaya mendatangani FTA dengan Amerika dalam masa yang ditetapkan iaitu Mac 2008. Kemenangan rakyat ini telah memberi mesej yang jelas kepada Kerajaan Malaysia bahawa Rakyat tidak menyokong FTA dengan Amerika.
Akan tetapi nampaknya mesejnya tidak jelas lagi. Ini adalah kerana walaupun hak dan kehidupan rakyat Malaysia akan tergadai, Kerajaan Malaysia telah memulakan kembali rundingan FTA dengan Amerika dan juga rundingan baru dengan Kesatuan Eropah pada bulan Disember 2010.
Motif FTA kali ini pula kononnya untuk meningkatkan perdagangan Malaysia dengan negara-negara ini. Realitinya kita memang sudah banyak berdagang dengan negara-negara ini. Malaysia mendapat surplus (lebihan) dalam perdagangan dengan kedua negara ini.
Maka kenapa Malaysia mahu menandatangani FTA? Selalunya FTA ditandatangani oleh negara maju seperti Amerika dan Kesatuan Eropah untuk mendapatkan lebih akses dalam sesebuah negara yang kaya dengan sumber alam. Tiada tarrif
maka lebih banyak barangan boleh dibawa masuk untuk berniaga dan sumber alam boleh dibolot.
Jika anda ingat Malaysia pun akan mendapat akses yang sama di Amerika dan Kesatuan Eropah, anda salah. Ini adalah kerana FTA lebih menekan negara yang lemah. Kalau pengeksport Malaysia cuba membawa barangan mereka masuk ke Amerika dan Kesatuan Eropah banyak isu yang akan dibangkitkan dari aspek kesihatan ke undang-undang dalam negeri yang tidak membenarkan barangan kita masuk ke sana. Ini dapat dilihat melalui FTA yang ditandatangani oleh Amerika dengan negara lain di mana, barangan Mexico, Senegal dan lain-lain negara dunia ketiga tidak dapat masuk ke dalam Amerika kerana banyak peraturan.
Bukan itu sahaja impaknya, FTA memang mempunyai banyak impak keatas kehidupan rakyat Malaysia. Antaranya ialah harga ubat akan meningkat sebab FTA akan meningkatkan tempoh paten dan juga tidak membenarkan kita gunakan ubat generik yang sama tetapi murah. Bagi petani pula, FTA menuntut subsidi dihapuskan dan tiada cukai keatas bahan import. Ini akan menyebabkan barangan kita mahal dan barangan import murah kerana EU dan Amerika akan terus subsidi petani mereka.
Cukai import sifar juga akan menyebabkan barangan pengguna dan barangan kilang yang diimport akan menjadi murah berbanding dengan barangan buatan Malaysia. Maka apa nasib kepada kilang-kilang Malaysia? Kilang-kilang Malaysia akan mengurangkan pekerja ataupun tutup terus. Dalam keadaan ini ramai pekerja yang akan hilang kerja, mengalami kekurangan pendapatan malah tuntutan Akta Gaji Minima untuk pekerja akan ditolak begitu sahaja. Teruk keadaan rakyat Malaysia kalau FTA ini ditandatangani.
Impak yang paling ketara ialah terhadap kedaulatan kita sebagai sebuah negara merdeka akan tergugat dengan
Perjanjian FTA. Ini adalah kerana segala undang-undang negara tidak boleh menyebabkan kerugian kepada pemodal Amerika atau Kesatuan Eropah. Jika kerajaan hendak membuat apa-apa undang-undang untuk melindungi pekerja atau rakyat Malaysia contohnya terhadap pencemaran kilang atau memaksa harga ubat rendah yang boleh mengurangkan keuntungan pemodal Amerika atau Kesatuan Eropah maka ia boleh dibantah oleh negara masing–masing. Sekiranya undang-undang itu dilaksanakan juga maka kerajaan Malaysia boleh didakwa di Mahkamah Antarabangsa dan gantirugi yang tinggi yang boleh membankrapkan negara akan dikenakan. Maka adakah perlu kita masuki ke dalam perjanjian seumpama ini ?
Mungkin ada orang akan berkata perjanjian boleh dibatalkan kalau tidak berpihak kepada Malaysia. Memang betul pun. Malaysia harus memberi 6 bulan notis untuk keluar dari perjanjian itu. Namun kalau Amerika dan Kesatuan Eropah sudah mengawal segala aspek ekonomi dan dalam masa 6 bulan ia membawa keluar, apa yang akan tinggal di negara ini? Malaysia akan kembali kepada status 31 Ogos 1957 dimana bila penjajah keluar segalanya dibawa bersama dari negara ini.
Jadi perlukah kita menandatangani dalam satu perjanjian yang akan menggadaikan hak rakyat dan kedaulatan negara. Perjanjian FTA ini bagaikan penjajahan ekonomi. Kita harus menghentikannya. Sekiranya tidak, negara kita akan kembali kepada zaman penjajahan di mana semua sumber dibolot oleh Amerika dan Kesatuan Eropah dan hak rakyat pula dirampas. Katakan TIDAK kepada FTA . Untuk m a k l u m a t l a n j u t s i l a l a y a r i http://www.ftamalaysia.org
Oleh Kohila
SELEPAS FTA AMERIKA.. KINI PULA DATANG FTA KESATUAN EROPAHFTA : PENJAJAHAN BARU IMPERIALIS
BN DAN PR BERMAIN TARIK TALI DENGAN SULTAN DALAM ISU PERLANTIKAN KHUSRIN Isu perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Kerajaan Negeri
Selangor menjadi krisis terbaru yang melanda Negeri Selangor.
Persoalan seperti siapa yang berkuasa dalam hal perlantikan ini –
Sultan, Menteri Besar (MB), Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah dibangkitkan. Isu
perlantikan Khusrin ini juga dikatakan telah menimbulkan krisis
perlembagaan di negara ini. Tapi ini bukanlah kali pertama krisis
seumpana ini berlaku. Krisis Perlembagaan biasanya berlaku
apabila ada satu pertikaian mengenai perlembagaan sehingga tiada
jalan keluar yang jelas. Sebelum ini krisis Perlembagaan sering
dikaitkan dengan cubaan Dr. Mahathir merampas hak dan kuasa
Sultan tetapi hari ini, ia biasa melibatkan Kerajaan negeri dan
Persekutuan seperti Krisis Perlembagaan yang berlaku di Perak.
Biasanya Krisis Perlembagaan hanya boleh diselesaikan melalui
interpretasi perundangan. Namun dalam negara ini adakah institusi
perundangan kita bebas dan berkecuali?
Jadi selepas Perak, kini Selangor menjadi sasaran BN. Selangor
adalah negeri yang maju dan paling kaya. Sebelum ini BN cuba
menjatuhkan Selangor dengan menggunakan beberapa isu seperti
jualan pasir secara haram, isu air, isu kuil di Shah Alam dan
menggunakan alat Kerajaan seperti SPRM dan polis. Kini, mungkin
ia akan menggunakan Khusrin sebagai Trojan horse untuk
merampas semula Selangor.
Sebenarnya jawatan utama birokrat seperti SUK adalah penting.
Sesebuah Kerajaan akan memberikan kuasa dan tanggungjawab
kepada birokrat yang berwibawa untuk melaksanakan polisinya. Ini
bermakna birokrat memainkan peranan penting dalam proses politik
sesebuah Kerajaan untuk melaksanakan polisi dan dasar kerajaan
negeri itu. Ini adalah satu cabaran yang dihadapi oleh Kerajaan PR di
Selangor, Pulau Pinang dan Kedah kerana pegawai birokratnya
bukan sahaja mereka yang dilantik semasa pemerintahan BN tetapi
memang Kerajaan Persekutuan melalui SPA mempunyai kuasa
berbuat demikian. Mereka ini boleh digunakan untuk mensabotaj
PR. Kerajaan PR tidak berani membuang mereka kerana seorang
penjawat kerajaan hanya boleh dibuang jika beliau melakukan
kesalahan tatatertib dan bukan berdasarkan idelogi pemikirannya.
Di India dan banyak negara lain misalnya, apabila Kerajaan bertukar
tangan, parti pemerintah akan menukar mereka yang memegang
jawatan birokrat yang utama. Pegawai yang dilantik oleh kerajaan
lama akan ditukar ke tempat lain.
Kini, Kerajaan Selangor telah memutuskan untuk mengadakan
sidang tergempar untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri
Selangor yang diharapkan dapat mengembalikan kuasa kepada
Sultan dan MB dalam perlantikan SUK dan beberapa jawatan
penting. Pada tahun 1993, Dr. Mahathir Mohammad pada masa
itu telah meminda Perlembagaan untuk mengurangkan kuasa
sultan. Kini PR nampaknya mahu mengembalikan kuasa tersebut.
Adakah ini satu tindakan yang bijak? Adakah MB Selangor dan
EXCO akan berjaya dalam usaha ini. Sekirannya berjaya, adakah
Sultan akan menyokong dan membuang Khusrin dan memilih
calon yang bakal dikemukakan oleh MB Selangor?
Jangan kita lupa, semasa krisis di Perak, Sultan Perak telah memihak kepada BN dan tidak memperkenankan permintaan MB Perak, Dato Seri Nizar untuk membubarkan DUN.
Namun, apa yang jelas, dalam isu ini kedua-dua pihak memainkan isu kesetiaan kepada Sultan. BN mengatakan MB dan EXCO Selangor menderhaka kepada Sultan Selangor kerana tidak menerima perlantikan Khusrin sebagai SUK. Kerajaan PR pula mengatakan ADUN BN harus hadir dan menyokong pindaan yang
akan memberikan kuasa kepada sultan. Jika tidak mereka juga dianggap m e n d e r h a k a k e p a d a s u l t a n . Nampaknya kedua-dua pihak cuba memper tahankan d i r i dengan menggunakan sultan. Tetapi kedua-dua pihak BN dan PR harus sedar bahawa mereka harus bertanggungjawab kepada rakyat yang memilih mereka. Raja yang sebenarnya adalah rakyat. Rakyat harus terus diperkasakan dan dilibatkan dalam isu yang melibatkan mereka.
Kini pindaan perlembagaan ini lebih satu ujian untuk melihat pihak mana yang lebih setia kepada Sultan. Jika propaganda ini yang berlaku, maka ia akan terpesong dari agenda utama. Agenda persoalan pokok disini adalah seorang Pegawai Penjawat paling tinggi di peringkat negeri tidak mendapat mandat dari kerajaan Negeri yang dipilih orang rakyat Selangor. Ia bukan persoalan kesetiaan kepada R a j a y a n g c u b a d i g e n d a n g -gendangkan.
Apa yang boleh dilakukan oleh Kerajaan Selangor ialah mengadakan referendum atau pungutan suara rakyat dalam isu-isu yang menjadi pertikaian. Suara rakyat boleh memberi jawapan yang jelas dalam pertikaian seumpana ini misalnya dalam isu air dan isu perlantikan SUK. Ini juga bermakna BN harus menghormati Kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Rakyat Selangor telah memilih dan memberikan mandat kepada PR untuk memerintah. Jika keputusan ini diremeh-temehkan oleh kerajaan Pusat, biar bongkarkan ini kepada rakyat Selangor. Biar rakyat menjadi penentu.
.
11 Jan-Feb 2011ISU ANTARABANGSA/TOKOH
Sejak kebelakangan ini, Wikileaks telah menjadi tumpuan dunia. Pengasas Wikileaks, Julian Assange telah menjadi orang yang paling bahaya sehingga diburu hebat oleh kuasa imperialis yang paling besar di dunia – Amerika Syarikat.
Selepas membongkarkan kabel rahsia diplomatik Amerika Syarikat, Wikileaks telah diserang bertubi-tubi oleh kuasa-kuasa imperialis barat, termasuklah serangan penggodam (hacker) ke atas computer pelayan Wikileaks, dakwaan oleh pihak Amerika Syarikat bahawa Wikileaks patut disenaraikan sebagai kumpulan “pengganas” dan cubaan untuk menyerahkan Assange kepada p ihak keselamatan AS. Serangan sebegini hanyalah cubaan oleh kuasa-kuasa imperialis untuk menutup konspirasi mereka, sehingga menggadaikan hak rakyat sedunia untuk mengetahui kebenaran.
Assange menyerah diri dan ditahan oleh pihak polis Britain pada 7 Disember 2010, kemudian dibebaskan dengan jamin mahkamah pada 16 Disember 2010. Assange berkemungkinan akan diserahkan kepada pihak Sweden untuk dihadap ke mahkamah untuk tuduhan rogol yang diada-adakan oleh pihak yang cuba jatuhkan kewibawaan Wikileaks. Kebimbangan yang paling besar adalah pihak Britain atau Sweden akan menyerahkan Assange kepada pihak keselamatan AS.
Wikileaks telah mula menyebarkan kabel rahsia
kedutaan-kedutaan AS di seluruh dunia mulai 28 November 2010. Tindakan Wikileaks ini diumpamakan sebagai peristiwa “September 11” dalam diplomasi AS. Wajah sebenar pemerintah AS telah didedahkan melalui pertukaran mesej antara pegawai-pegawai kedutaan AS di seluruh dunia. Banyak maklumat yang didedahkan dalam pembongkaran kabel rahsia ini merupakan rahsia yang memang diketahui ramai sebelum ini dan banyak maklumat yang terkandung dalamnya adalah “gosip” antara pegawai AS ke atas kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Ini telah sekali lagi membuktikan keinginan imperialis AS untuk menguasai politik dan ekonomi sedunia. Memang ada udang di sebalik batu dalam diplomasi AS.
Dalam pembongkaran Wikileaks, di mana kebanyakan adalah kabel yang dihantar antara 2007 hingga 2010, didapati bahawa kerajaan AS menggunakan pegawai kedutaannya untuk melakukan kegiatan pengintipan dan kedutaan AS bagaikan satu jaringan pengintip di seluruh dunia. Pegawai-pegawai diplomatik telah mengutip maklumat peribadi pegawai penting di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti kod penerbangan yang selalu guna, maklumat kad kredit, jadual waktu harian, sehinggalah maklumat genetic.
Sebelum ini, Wikileaks yang mula beroperasi sejak tahun 2006 telah mendedahkan banyak kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan dan korporat. Pada bulan April 2010, Wikileaks telah mendedahkan sebuah video tentang pembunuhan orang awam oleh tentera AS di Iraq. Pada bulan Julai 2 0 1 0 , W i k i l e a k s membongkarkan log perang A f g h a n i s t a n y a n g m e n g a n d u n g i 7 6 9 0 0 dokumen tentang kegiatan tentera AS di Afghanistan. Pada bulan Oktober 2010, W i k i l e a k s p u l a
mendedahkan sebanyak 400 000 dokumen tentang perang di Iraq. Dokumen-dokumen yang dibongkarkan ini telah membuktikan sekali lagi jenayah perang AS di Iraq dan Afghanistan.
Di dalam sebuah “empayar pembohongan”, pendedahan kebenaran adalah sesuatu jenayah besar. Satu-satu jenayah Wikileaks adalah mendedahkan wajah sebenar imperialis AS yang angkuh dan berkepentingan sendiri. Kuasa-kuasa imperialis sedang cuba mematikan wikileaks untuk menghalang rakyat dunia untuk mengenali hasrat sebenar mereka.
Semua rakyat dunia patut mempertahankan hak untuk mengetahui kebenaran dalam usaha melawan kuasa-kuasa imperialis.
Oleh Choo Chon Kai
WIKILEAKS: MENGAPA PENGASAS WIKILEAKS DIBURU IMPERIALIS AS ?
Nama: Ganesan a/l DanapalUmur: 49Tempat lahir: Ladang Breamar, KajangPendidikan: Tingkatan 3/ SRPProfesion: Pekerja Bank
E m a i l :
T o l o n g c e r i t a k a n latarbelakang diri dan keluarga saudara? Bapa saya ialah Danapal dan emak saya ialah Kuppu. Mereka ialah pekerja Ladang Breamar. Saya lahir di Ladang Breamar dan mempunyai 8 orang adik beradik. S a y a a n a k k e - 2 . Kesemua ahli keluarga saya d ibesarkan d i kawasan perladangan dan ibu bapa saya turut
terlibat dalam perjuangan Ladang Breamar.
Bagaimana saudara mula melibatkan diri dengan perjuangan rakyat dan dalam PSM ?Penglibatan saya bermula dengan isu perjuangan perumahan Ladang Breamar pada tahun 1993 bersama ahli- ahli CDC Sdr. Arul, juga Sdr. Selvam dan Dr. Nasir. Sebelum itu saya memang ada minat dan selalu terlibat dengan kerja-kerja sosial seperti pengurusan kuil, aktiviti sukan dan sebagainya.
Apa pandangan saudara, adakah sosialisma masih relevan di bumi Malaysia?Ya, selagi ada penindasan terhadap pekerja dan rakyat miskin, selagi itu perjuangan sosialism masih relevan. Kalau kita melihat hari ini, rakyat sudah berubah dan mula memilih alternatif baru seperti Pakatan Rakyat dan bukan lagi setia kepada kerajaan BN sahaja. Ini menunjukkan rakyat mahukan perubahan dan mungkin ia akan menjurus kepada perjuangan sosialis satu hari nanti.
Apakah hobi saudara pada waktu lapang?Saya berminat bermain bola sepak dan menyanyi lagu lama dan lagu perjuangan. Biasa ada menyanyi di program PSM. Juga berbincang dengan kawan-kawan mengenai isu politik di kedai kopi.
Bagaimana sokongan keluarga tentang penglibatan saudara dalam perjuangan?Sebelum kahwin ibu bapa dan adik beradik memberi sokong baik, kerana mereka terlibat bersama dalam perjuangan perumahan Ladang Breamar. Selepas kahwin pada awalnya kurang mendapt sokongan keluarga. Kemudian saya cuba melibatkan isteri dan anak-anak saya dalam program-program PSM. Sekarang mereka memberi sokongan penuh dan sentiasa menyertai aktiviti PSM.
Pandangan saudara tentang masa depan PSM?Perjuangan PSM akan berterusan selagi wujud perjuangan kelas di bumi Malaysia. Saya rasa PSM ada peluang untuk menjadi satu parti pekerja pada suatu hari nanti.
Siapakah tokoh pejuang yang anda sangat kagumi dan mengapa?Dr. Nasir, sebab saya dapat melihat sendiri perjuangan beliau bersama rakyat dari dulu hingga kini yang berterusan. Beliau seorang yang sangat simple, berani dan sangat kuat dalam perjuangan. Saya telah mempelajari banyak perkara bersama beliau dalam perjuangan Ladang Breamar. Beliau seorang contoh yang baik untuk PSM dan semua orang menghormati dan mengagumi beliau.
Pengalaman saudara dalam perjuangan perumahan Ladang Breamar. Bukan senang untuk berjaya dalam satu perjuangan. Perjuangan Ladang Breamar telah mengambil 10 tahun dari 1993-2003. Dalam 10 tahun perjuangan ini, kami telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan yang telah menjadikan kami lebih berani menuntut hak kita. CDC dan PSM telah banyak membimbing kami dan menjadi tulang belakang dalam perjuangan Breamar. Hasil perjuangan 10 tahun kita telah berjaya mendapat rumah teras bertingkat dua yang berkos RM42 ribu secara percuma. Melalui perjuangan ladang Breamar saya telah belajar banyak benda tentang perjuangan dan hak seorang pekerja. Ini telah mengajar saya mengambil kepimpinan dalam perjuangan rakyat dan juga sebagai Pengerusi Cawangan PSM Kajang.
Sebagai Pengerusi Cawangan PSM Kajang, bagaimana pengalaman dan cabaran saudara dalam
memimpin satu cawangan.Selepas kemenangan Ladang Breamar kita telah menubuhkan Cawangan PSM Kajang. Dalam tempoh 7 tahun ini kita telah berusaha pelbagai cara untuk mendekati rakyat bersama perjuangan mereka. Walaupun ahli cawangan Kajang tidak ramai, tetapi ahli yang ada sangat aktif dan berkualiti. Sekarang sudah ada Pustaka Kiri di bawah pengawasan Cawangan Kajang, ia satu usaha yang bagus dan telah menyediakan ruang kepada ahli PSM dan orang ramai untuk menimba ilmu haluan kiri di Malaysia. Kami sedang mengambil banyak usaha untuk meningkatkan ahli
baru. Saya rasa perlu ada orang baru dan muda un tuk mengambi la l i h kep imp inan dan mengembangkan lagi cawangan untuk masa akan datang.
Kata-kata semangat saudara untuk anak muda sekarang?PSM Kajang selalu buat banyak aktiviti dengan anak muda. Bila mereka melangkah alam pekerjaan, ada di antara mereka mula abaikan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tetapi kita tidak boleh putus asa dan berharap satu hari nanti mereka akan berbalik kepada rakyat. Kerana anak muda adalah pemimpin masa depan negara dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka perlu melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat untuk menambahkan pengetahuan mereka dan menjadi satu contoh yang baik kepada masyarakat.
Ganesan – Pemimpin Pejuang Ladang Braemar
ANALISA12 Jan-Feb 2011
Untuk memudahkan analisa kita, kita boleh membahagikan
perkembangan krisis ekonomi dunia ke beberapa peringkat
seperti dihuraikan di bawah:
Keruntuhan Blok Timur pada 1990 telah membuka ruang untuk
pelabur dari Negara-Negara kaya untuk melabur di negara-
negara di mana gaji pekerja jauh lebih rendah berbanding gaji
pekerja di negara maju (lebih kurang 1/20 jika kita
membandingkan China dengan Amerika Syarikat). Syarikat-
syarikat yang dapat memindahkan kilang-kilang mereka ke
negara bergaji rendah dapat bersaing untuk pasaran dan kadar
keuntungan mereka meningkat. Oleh itu dana mereka untuk
melabur juga meningkat.
Sebahagian besar daripada syarikat yang tidak berpindah, tidak
dapat bersaing dan terpaksa menutup perniagaan. Ini telah
menyebabkan pengangguran di kalangan bekas pekerja
mereka. Syarikat yang berpindah juga telah mengurangkan
bilangan pekerja mereka kerana sebahagian besar daripada
proses kilang telah dipindahkan keluar. Oleh itu, keupayaan
masyarakat untuk membeli barangan tidak berkembang.
Syarikat yang ingin melabur juga tidak akan melabur dalam
sektor perkilangan kerana mereka tahu pasaran untuk barangan
adalah begitu lembab akibat pengecutan keupayaan membeli di
kalangan orang awam. Oleh itu syarikat dan kaum korporat
mencari kesempatan lain untuk mengaut keuntungan dan
antaranya adalah:
· pasaran saham; “Commodities futures” di mana pihak-
pihak terlibat membuat kontrak untuk membeli atau menjual
sesuatu komoditi dengan satu harga yang ditetapkan pada satu
masa depan yang juga ditetapkan;
· Pasaran mata wang di mana mata wang asing dibeli
dengan harapan nilainya akan naik di masa depan. Ataupun
seorang peniaga boleh membuat kontrak penjualan sesuatu
mata wang dengan satu harga yang ditetapkan pada satu masa
hadapan (dengan harapan nilai matawang itu akan merosot
sebelum sampai masa itu)
· Perniagaan “derivatives” di mana hak untuk menerima
sebahagian daripada bayaran bunga daripada suatu portfolio
pinjaman dibeli dan dijual.
Perniagaan dalam item kewangan
seperti di atas adalah berdasar pada
spekulasi dan merupakan aktiviti
kasino. Kadang kala, harga saham
atau derivative melambung naik jauh
lebih tinggi daripada nilai sebenarnya
aset yang diperniagakan. Ini digelar
“speculative bubble” oleh pakar
ekonomi.
Pada tahun 2007, t imbu lnya
kekurangan minyak petrol di pasaran
dunia. Kewujudan pasaran komoditi
dengan unsur spekulasi telah
menyebabkan harga petrol naik jauh
lebih daripada kenaikan harga
berdasarkan mekanisme bekalan dan
permintaan – mungkin dua kali ganda lebih tinggi.
Kenaikan harga petrol telah menyebabkan kenaikan
harga pelbagai barangan termasuk harga beras, gandum
dan jagung. Ini berlaku kerana kos pengeluaran makanan
telah naik akibat kenaikan harga disel untuk jentera dan
pengangkutan; baja yang dikeluarkan dari bahan-bahan
kimia berasaskan petroleum juga naik harga dan
sebahagian daripada pengeluaran makanan,
terutamanya jagung, disalurkan untuk membekalkan
“bio-diesel”.
Orang awam di Amerika dan Eropah yang telah
mengalami kemerosotan dalam pendapatan sebenar
mereka di atas, tidak dapat bertahan dengan kenaikan
harga kemudahan asas seperti makanan dan bil elektrik.
Oleh itu sebilangan daripada mereka tidak dapat
membayar pinjaman rumah mereka. Apabila beberapa
bank menarik rumah pembeli yang tidak dapat
membayar, pasaran rumah dibanjiri dengan beribu-ribu
rumah yang dilelong oleh bank dan harga rumah jatuh
secara teruk. Inilah digelar “sub-prime housing crisis”.
Krisis “subprime” ini menjejaskan kestabilan bank-bank di
Amerika Syarikat dan Eropah yang telah melabur dalam
“derivative” yang berdasarkan kepada pinjaman dari
pembeli rumah. Oleh kerana keruntuhan bank-bank
besar akan membawa suatu kesan teruk pada ekonomi
sesebuah Negara – ramai kilang terpaksa berhenti
kerana tidak memperolehi kredit, pengangguran akan
melambung naik kerana beribu-ribu hilang kerja, dan
sebagainya. Oleh itu, beberapa negara menggunakan
dana kerajaan ataupun meminjam duit untuk
menghulurkan dana pada bank-bank yang menghadapi
masalah pada masa tersebut. Malaysia juga
membelanjakan RM 66 bilion dalam skim
merangsangkan ekonomi dalam tahun 2008 dan 2009.
Usaha negara-negara untuk menyelamatkan sistem
pembankan mereka adalah dengan mewujudkan defisit
yang besar dalam belanjawan mereka. Untuk
meneruskan dengan segala tanggungjawab
kewangan mereka, beberapa kerajaan terpaksa
meminjam wang. Masalahnya ialah pihak-pihak
yang berdaya memberi pinjaman bernilai berbilion
ringgit, akan meminta komitmen daripada kerajaan
bahawa kerajaan itu akan mengimbangkan defisit
dalam belanjawan. Pihak yang memberi pinjaman
mahu memastikan kerajaan itu berupaya
membayar balik duit yang dipinjam - bernilai
berbilion-bilion ! Inilah sebabnya beberapa kerajaan
di Eropah sedang memotong subsidi dan
kemudahan untuk rakyat mereka – inilah antara
syarat kaum korporat kaya jika mahu meminjam duit
mereka.
Pengurangan subsidi dan penyekatan pembekalan
kemudahan asas oleh pihak kerajaan akan
menjejaskan lagi pasaran dalaman negara itu.
Seperti dihuraikan diatas, pengecutan pasaran
dalaman adalah faktor utama yang membawa
kepada pelbagai aktiviti berunsur spekulatif. Jadi,
u s a h a - u s a h a k e r a j a a n E r o p a h u n t u k
mengurangkan defisit mereka akan merunsingkan
masalah ekonomi mereka.
Jadi, apakah punca utama krisis ekonomi dunia?
Pada saya, pengagihan pendapatan yang berpihak
pada kaum koprat dan jutawan adalah sebab utama
untuk kemerosotan kemampuan masyarakat umum
membeli barangan yang dikeluarkan. Pengecutan
dalam daya membeli di kalangan rakyat biasa telah
memaksa kaum kaya berspekulasi di sektor
kewangan.
Cara untuk mengatasi masalah ini memang mudah
– pengagihan pendapatan negara secara yang
lebih adil akan memperkembangkan daya membeli
di kalangan rakyat biasa dan ini akan memberi
lebih peluang untuk para pelabur mengeluarkan
dan menjual barangan. Tetapi masalahnya adalah,
amat susah mencari seorang kapitalis yang sudi
mengurangkan untungnya sedikit supaya dapat
menaikkan gaji pekerjanya. Dan dalam dunia global
kita sekarang, jika sesebuah negara menekan
kapitalis untuk menaikkan gaji pekerjanya,
sebahagian besar daripada para pelabur akan
memindahkan perniagaan mereka ke sebuah
negara yang tidak memberi tekanan seperti ini.
Cara menangani masalah krisis ekonomi memang
satu isu yang penting tetapi kita harus faham
bahawa sistem kapitalis ini dengan sendirinya
membiak krisis ekonomi. Justeru untuk bebas dari
krisis ekonomi, kita harus bebas dari sistem
kapitalis yang menyebabkan krisis ini .
Oleh Dr. Jeyakumar
Krisis Ekonomi DuniaSistem ekonomi dunia sedang mengalami cabaran yang serius. Pengurangan kemudahan pencen di Negara Perancis, kenaikan yuran universiti di England, pemotongan pelbagai subsidi dan kemudahan asas di Ireland, kebankrupan Kerajaan Iceland dan kadar pengangguran yang meningkat ke 14% di Amerika Syarikat adalah antara kesannya.
Sudah tentu krisis ini akan membawa kesan negatif kepada negara-negara di luar Eropah, dan memang wujudnya kemungkinan kita di Malaysia juga akan mengalami tekanan ekonomi oleh kerana krisis ekonomi dunia. Kita mesti memahami punca utama krisis ini jika kita ingin menanganinya. Apakah punca utama krisis ini?
Apakah Punca Utamanya?