Solat ketika sakit
-
Upload
noraneez-ismail -
Category
Education
-
view
499 -
download
23
description
Transcript of Solat ketika sakit
SOLAT KETIKA SAKITDISUSUN OLEH:
NORANEEZ BINTI ISMAILGURU PENDIDIKAN ISLAM
SMK TAMAN TASIK AMPANG
DEFINISI SOLAT KETIKA SAKIT
Menunaikan ibadah solat mengikut keupayaan kerana kesakitan yang menghalang daripada menunaikan secara biasa.
CARA / KAIFIYAT SOLAT KETIKA SAKIT
1. SECARA DUDUK
1. Duduk dalam keadaan iftirasy (duduk antara dua sujud atau yang termampu)
2. Rukuk (kepala ditundukkan, dahi setentang dengan tempat sujud ataupun hadapan lutut).
3. Sujud seperti biasa.
2. SECARA MENGIRING
1. Berbaring mengiring di atas rusuk sebelah kanan.
2. Muka dan dada menghadap kiblat.3. Rukuk dan sujud dilakukan dengan
isyarat kepala.KIBLAT
3. SECARA MENELENTANG
1. Berbaring menelentang.2. Kaki menghala kiblat.3. Kepala ditinggikan sedikit
supaya muka dapat menghadap kiblat.
4. Rukuk dan sujud dilakukan dengan isyarat kepala.
KIBLAT
4. SECARA ISYARAT KELOPAK MATA
1. Berbaring menelentang.
2. Kaki menghala kiblat.
3. Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata.
4. Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata.
5. SECARA INGAT DALAM HATI
Dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib rukun.
HIKMAH RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT
1. Membuktikan Allah sayang akan hambanya.
2. Menunjukkan Islam agama yang mudah.
3. Supaya umat islam dapat menunaikan kewajipan mereka dalam sebarang keadaan.
SEBAB DIWAJIBKAN SOLAT WALAUPUN KETIKA SAKIT
1. Solat merupakan ibadat terpenting dalam Islam.
2. Mencegah seseorang daripada melakukan kemungkaran.
3. Solat sebagai penawar kepada sakit.4. Mengharapkan pertolongan Allah
ketika senang dan susah.5. Supaya hidup dan mati dalam iman.
PERBEZAAN RUKSAH SOLAT KETIKA SAKIT DAN MUSAFIR
CARA SOLAT RUKSAH KETIKA SAKIT
RUKHSAH KETIKA MUSAFIR
KEADAAN SOLAT
Dilakukan mengikut keupayaan pesakit
samada secara duduk, berbaring, mengiring, menelentang, isyarat
mata atau isyarat hati.
Boleh dilakukan secara Jama’, Qasar atau
kedua-dunya sekali. Harus juga dilakukan
secara sempurna.
TEMPOH PERLAKSANAAN
Dalam keadaan sakit Semasa berada dalam musafir
SELAMAT BELAJAR ANAK-ANAK SEMOGA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN
DI DUNIA DAN DI AKHIRAT HENDAKNYA
AMIN