Sofbol
-
Upload
afzan-razali -
Category
Documents
-
view
6.276 -
download
3
Transcript of Sofbol
PERMAINAN
SOFBOL
Permainan sofbol telah diubahsuai daripada permainan baseball. Sejarah perkembangan
permainan sofbol bermula pada tahun 1887. Ketika itu, George Hancock dari Farragu Boat Club
di Chicago telah mencipta satu permainan yang boleh dimainkan di dalam dewan ketika musim
sejuk. Beliau menggunakan satu sarung tangan tinju yang diikat sebagai bola dan sebatang kayu
penyapu sebagai bet. Pada tahun 1895,Louis Rober, pegawai Jabatan Bomba Minneapolis
menjadikan sofbol sebagai permainan untuk mengekalkan kecergasan fizikal anggota bomba
pada waktu senggang.
OBJEKTIF:
Selepas mempelajari topik ini, kita akan dapat:
Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran asas sofbol dengan teknik yang betul dan
selamat.
Menyatakan sekurang-kurangnya empat kesalahan teknik lakuan dalam permainan sofbol
Menyatakan undang-undang dan peraturan asas dalam permainan sofbol.
Melakukan langkah-langkah keselamatan dalam permainan sofbol.
Mengenal pasti otot-otot utama yang digunakan dalam permainan sofbol.
Merancang strategi asas dalam permainan sofbol.
2.2.1 KEMUDAHAN DAN PERALATAN SOFBOL
Semua spesifikasi peralatan yang digunakan dalam permainan sofbol adalah mengikut undang-
undang Persatuan Sofbol Antarabangsa atau International Softball Federation (ISF)
A. Gelanggang
i. Berbentuk segi empat sama atau dikenali sebagai diamond
ii. Terdapat empat sudut iaitu:
a) Base akhir (home plate)
b) Base pertama (first base)
c) Base kedua (second base)
d) Base ketiga (third base)
iii. Bulatan lemparan dan pitcher’s plate terletak tengah-tengah diamond. Pitcher’s plate
ialah tempat melakukan lemparan.
B. Pitcher’s plate
i. Tempat melakukan lemparan
ii. Diperbuat daripada getah padu berwarna cerah
C. Home plate
i. Tapak terakhir yang disentuh oleh setiap base runner untuk memperoleh run (mata)
ii. Perlu diletak dengan kemas agar tidak beralih atau bergerak semasa permainan.
D. Bet
i. Diperbuat daripada kayu atau aluminium
ii. Dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol, pemegang dan laras
iii. Tombol menghalang bet menggelongsor daripada gengaman
E. Bola
i. Diperbuat daripada gabus atau getah yang dililit dengan benang
ii. Bahagian luarnya dibalut dengan kulit atau bahan sintetik yang sesuai
iii. Jahitan timbul menjadi panduan kepada pitcher untuk menentukan pergerakan bola
semasa lemparan pitch.
F. Topi keselamatan
i. Diperbuat daripada kaca gentian
ii. Bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah.
iii. Pemukul, pemukul on-deck, base runner dan catcher mesti memakai topi keselamatan.
G. Glove
i. Diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik yang sesuai
ii. Dipakai oleh semua pemain yang memadang.
iii. Terdapat poket di antara ibu jari dan jari telunjuk pada glove. Berfungsi untuk
memerangkap bola.
iv. Glove catcher yang dikenali sebagai catcher’s mitt mempunyai pelapik yang lebih tebal
untuk melindungi tangan.
ASPEK KESELAMATAN
Pastikan glove berkeadaan baik dan selamat digunakan.
Perangkap bola dalam poket glove untuk mengelakkan kecederaan pada jari atau tapak
tangan.
Jerit nama rakan yang menyambut bola supaya bersedia bertindak
Jangan baling bet selepas memukul
Awasi kedudukan pemain di base supaya tidak bertembung
Larian dilakukan di luar kawasan diamond
Dengar arahan jurulatih semasa melakukan larian.
POSISI PEMAIN SOFBOL
A. Jumlah dan Posisi pemain
Jumlah pemain bagi sofbol ialah sembilan orang. Posisi pemain sofbol yang memadang
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu battery, pemadang dalam dan pemadang luar. Battery
terdiri daripada pitcher dan catcher. Pemadang dalam terdiri daripada pemain base pertama,
kedua, ketiga dan pemadang dekat. Pemadang luar pula terdiri daripada pemadang kanan, tengah
dan kiri.
B. Fungsi Pemain
POSISI FUNGSI/PERANAN
Pitcher (1) Melempar bola kepada pemukul
Memadang bola yang ditampan
Catcher (2) Menangkap bola yang dilempar oleh pitcher.
Melontar bola ke pelempar atau pemadang dalam.
Mematikan pemain lawan yang berlari ke base akhir.
Memadang bola yang ditampan
Memberitahu pemadang kedudukan pelari base.
Pemain base pertama (3) Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond.
Mematikan pemain yang berlari ke base pertama.
Mengawal bola yang ditampan.
Pemain base kedua (4) Mematikan pemain yang berlari ke base kedua.
Pemain base ketiga (5) Mematikan pemain yang berlari ke base ketiga.
Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond.
Pemadang dekat (6)
(short stop)
Membantu pemain base kedua dan ketiga.
Memadang bola yang dipukul di antara base kedua dengan base ketiga.
Pemadang kiri (7) Membantu pemain base kedua dan base ketiga.
Menangkap bola di bahagian kiri kawasan.
Pemadang tengah (8) Memadang bola padang luar.
Mengawal bahagian tengah kawasan padang luar.
Pemadang kanan (9) Memadang bola di bahagian kiri kawasan padang luar.
KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN SOFBOL
Terdapat beberapa kemahiran dalam permainan sofbol yang perlu kita pelajari dan kuasai. Setiap
kemahiran sofbol memerlukan ketepatan, konsistensi dan kepantasan. Kemahiran asas yang
terdapat dalam permainan sofbol adalah seperti berikut:
KEMAHIRAN
Menyerang
Memukul
Menampan
Larian base
Bertahan
Menyambut dan membaling
Melempar
Memadang
A. Menyambut dan Membaling
Menyambut dan membaling bola adalah dua kemahiran asas untuk memadang. Kemampuan
menyambut bola dengan sempurna dan membaling dengn pantas serta tepat dapat mematikan
pihak lawan dalam percubaan berlari ke arah base.
B. Memukul
Memukul ialah kemahiran menyerang. Pemukul perlu memukul bola yang dilempar sebelum
melakukan larian dari base ke base. Pasukan pemukul perlu menentukan giiran pemukul pada
awal permainan. Pemukul hanya perlu memukul bola yang dilempar dalam ruang pukul (strike
zone). Tumpuan dan ketepatan adalah faktor yang penting ketika melakukan pukulan
C. Menampan
Menampan ialah tindakan menahan bola dengan bet. Kemahiran ini memerlukan keyakinan diri
dan ketepatan menahan bola.
D. Melempar (Pitching)
Melempar ialah perlakuan melontar bola kepada pemukul. Melempar dilakukan dari dalam
bulatan lemparan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman antara pitcher dan penangkap untuk
mengelirukan pemukul. Terdapat dua jenis lemparan dalam sofbol iaitu Windmill dan Slingshot.
E. Larian Base
Larian base ialah larian dari satu base ke base yang lain untuk memperoleh run. Terdapat tiga
jenis larian base.
i. Larian paksaan: Pelari base terpaksa meninggalkan base kerana terdapat pelari yang
menuju ke base tersebut. Sebagai contoh, pelari di base pertama terpaksa berlari ke base
kedua disebabkan pemukul berlari ke base pertama.
ii. Larian tanpa paksaan: Pelari base tidak dipaksa meninggalkan base. Sebagai contoh,
pelari di base kedua tidak dipaksa bergerak ke base ketiga sekiranya tiada pelari base
pertama yang akan menuju ke base kedua.
iii. Larian melebihi satu base: Pelari base boleh melakukan larian lebih daripada satu base
sekiranya pelari gagal mematikan. Pemukul yang memukul bola jauh boleh berlari
melalui semua base sehingga ke home plate untuk memperoleh home run.
F. Memadang
Memadang ialah kemahiran bertahan. Kemahiran yang penting ketika memadang ialah
menyambut dan melontar bola. Komunikasi antara pemadang, bijak dan pantas membuat
keputusan adalah tunjang kejayaan pasukan yang memadang. Setiap pemadang mempunyai
posisi dan peranan yang telah ditetapkan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
Pertandingan sofbol dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan ISF dan peraturan am
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Peraturan asas dalam permainan sofbol adalah
seperti berikut:
1. Pasukan memadang ditentukan secara undian
2. Permainan dibahagikan kepada tujuh inning atau dalam tempoh 1 jam 20 minit (yang
mana sampai dulu).
3. Inning atau giliran pasukan memukul dan memadang bertukar setelah tiga orang pemain
pasukan memukul dapat ‘dimatikan’.
4. Pitcher perlu melontar bola bawah tangan kepada pemukul.
5. Susunan giliran memukul perlu diikuti sepanjang permainan. Jika pemain ditukar, pemain
gentian perlu mengambil gilirannya.
6. Pemukul yang tidak dapat menyempurnakan strike ketiga akan dikeluarkan. Jika pemukul
mendapat empat ball, maju ke base pertama.
7. Pemukul yang dapat mengelak daripada dikeluarkan dan selamat sampai ke base pertama
selepas memukul, boleh berlari ke base seterusnya.
8. Pemukul akan terkeluar atau dikira ‘mati’ jika
Telah mendapat tiga strike.
Bola yang mencecah tanah dilontar terus ke base pertama sebelum pemukul tiba.
Bola ditangkap oleh pemadang sebelum mencecah tanah.
9. Run diperoleh jika pelari base selamat melepasi semua base hingga ke home plate tanpa
di ‘tag’ oleh pemadang.
10. Pelari base tidak boleh meninggalkan base sehingga pitcher melepaskan bola.
11. Pelari base akan terkeluar atau ‘mati’ apabila:
Gagal menyentuh base yang dituju terlebih dahulu.
Di ‘tag’ oleh pemadang dengan bola.
12. Pasukan yang memperoleh jumlah run terbanyak dikira menang selepas tamat semua
inning.
13. inning tambahan akan diberikan untuk menentukan pemenang sekiranya berlaku seri
selepas tamat waktu permainan biasa.