Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013
Transcript of Soalan pertengahan tahun bm. thn 4.2013
SULIT
BM (K01) SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMANMEI 2013 08100 BEDONG KEDAH50 Minit________________________________________________________________________________
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNMEI
TAHUN 2013________________________________________________________________________________
BAHASA MELAYU ( PEMAHAMAN ) TAHUN 4
50 Minit________________________________________________________________________________
NAMA : _____________________________________________________________
KELAS : ________________________ TARIKH : _________________________
______________________________________________________________________________
ARAHAN AM1. KERTAS INI MENGANDUNGI 16 HALAMAN BERCETAK TERMASUK MUKA DEPAN.2. JAWAB SEMUA SOALAN. HITAMKAN JAWAPAN PADA KERTAS JAWAPAN OMR YANG DISEDIAKAN. GUNAKAN PENSEL 2B SEMASA MENJAWAB.3. PASTIKAN SEMUA CALON MENJAWAB DAN MENYEMAK SEMUA SOALAN
SEBELUM MASA MENJAWAB TAMAT.________________________________________________________________________________
SKEMA PEMARKAHANBAHAGIAN PEMARKAHAN SKEMA MARKAH DAPATANJUMLAH
DISEDIAKAN OLEH : PN. UMI KALSOM BT ABDUL WAHABDISEMAK OLEH KETUA PANITIA : PN. AINUL AKMAR BINTI HARUN DISAHKAN OLEH PK 1 : PN. ROBIAH BT BAKAR
1
Arahan Am : Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan yang tepat sahaja.
Soalan 1 – 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama ……………………. .
A Si Jalak
B Si Tompok
C Sang Bedal
D Sang Kancil
2. Sebagai seorang …………….., Encik Nazri perlu merawat pesakit-pesakitnya dengan baik.
A guru
B kerani
C doktor
D peguam
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah ini.
3. Syafiq terpaksa ………………….beg yang agak berat ke sekolah setiap hari.
A mengelek
B menjinjing
C membimbit
D menggalas
4. "Ini kawasan musuh, ________ mesti berhati-hati sekarang. Ikut _________ke sebelah
2
utara," kata Kapten Yazid kepada askar bawahannya.
5. "Biar __________ yang menghapuskan lanun-lanun itu," kata Hang Jebat kepada Sultan
Melaka.
Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah ini.
6. Hani memungut baju-baju kotor itu ………………..merendamnya di dalam besen.
A dan
B atau
C maka
D lalu
7. …………………….., malang sungguh nasibku ini!
A Wah
3
A kami … saya
B awak … aku
C kita … saya
D saya … kami
A beta
B patik
C hamba
D Baginda
B Cis
C Amboi
D Aduhai
8. Baju yang baru dibeli oleh Diyana itu diberikan ………………..kakaknya.
A pada
B akan
C dengan
D kepada
9. Zamri berjaya mendapat tempat ……………..dalam pertandingan mencipta logo Sukan
Asia.
A kedua-dua
B pertama
C satu
D separuh
10. …………….. seminggu yang lalu, Pak Cik Nordin terlantar ………………hospital.
A Sejak … di
B Pada … hingga
C Sejak … dengan
D Dari … hingga
11. Persahabatan antara Sarah dan Riahana sangat ………………sejak mereka dipilih
mewakili sekolah dalam acara olahraga.
A renggang
B akrab
C kuat
D dekat
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
4
12. Sungguhpun Mak Leha cacat penglihatan, namun dia cekap menganyam bakul rotan
………………….menggunakan tangannya.
A hingga
B untuk
C dengan
D pada
13. “ Cantik ……………….lukisan pemandangan yang awak lukis ini,” kata Aida kepada
Amira.
A sungguh
B sangat
C amat
D paling
14. Dermawan itu sering membantu jirannya yang ……………………..
A kaya
B kuat
C miskin
D malas
15. Gadis itu tersipu-sipu ……………………apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.
A marah
5
B geram
C malu
D merajuk
16. Ayah melarang kami mandi-manda di sungai. …………., ketika musim tengkujuh.
A Lebih-lebih lagi
B Walau bagaimanapun
C Tambahan pula
D Di samping itu.
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah
17. Adik makan sekeping roti sebagai …………………… sebelum pergi ke sekolah.
A ikat perut
B alas perut
C makan suap
D pencuci mulut
Soalan 18 berdasarkan gambar di bawah.
6
18. ………………daripada harta arwah Mak Munah akan diserahkan kepada rumah anak
yatim
A Separuh
B Segala
C Sekalian
D Sedikit
19. “ ………………….buang plastik pembungkus makanan itu ke dalam tong sampah, ‘
kata Puan Mala kepada anaknya.
A Tolong
B Sila
C Minta
D Harap
20. Ibu membeli dua bungkus …………….ikan dan …………..sawi di pasar pagi.
A lelabu….seikat
B kekabu….seurat
C bebola … seikat
D jejari ……segenggam
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
21. Pelabuhan itu kini sesak dengan kapal-kapal dagang.
7
A padat
B penuh
C lapang
D sempit
Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
22. Sekolahnya dekat dengan sawah padi.
A sempit
B jauh
C lebar
D hampir
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
23. Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.
A Mengapakah saudara meminati bidang perniagaan?
B Bilakah saudara akan menceburi bidang perniagaan?
C Adakah saudara berminat menceburi bidang perniagaan?
D Sejak bilakah saudara mula menceburi bidang perniagaan?
8
Soalan 24 berdasarkan gambar di bawah.
24. Bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya.
A Apakah warna bunga raya?
B Di manakah terdapat bunga raya?
C Apakah bunga kebangsaan Malaysia?
D Adakah bunga raya bunga kebangsaan Malaysia?
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25 “ Adik, Cikgu Yusri sedang menunggu kamu di bilik guru,” kata Fadilah kepada Irwan.
A Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sedang menunggunya di bilik guru.
B Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sudah ada di bilik guru.
C Fadilah memberitahu Cikgu Yusri, Irwan sedang menunggu.
D Cikgu Yusri memberitahu Fadilah yang Irwan ingin berjumpanya di bilik guru.
Soalan 26 hingga soalan 28.
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
26. I Pokok rambutan itu berbuah lebat kerana sering dibaja.
II Hujan turun dengan lebat pada petang itu.
III Rambut adik sangat lebat walaupun baru berusia dua tahun.
9
IV Pendapatannya semakin lebat sejak dia berniaga sendiri.
A I dan II
B I, II dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV
27. I Lepas kejadian itu, Ali tidak mahu ke sana lagi.
II Peristiwa yang lepas jangan dikenang.
III Semenjak minggu yang lepas, kecederaannya semakin pulih.
IV Kami tidak lepas peluang menyaksikan perlawanan akhir itu.
A I dan II
B II dan III
C I dan III
D II, III dan IV
28. I Bilik itu kacau sekali apabila diselongkar oleh adik.
II Keadaan kacau di pekan akibat amukan seorang lelaki gila.
III Fikiran Zaidi kacau apabila mengenangkan kegagalannya dalam peperiksaan.
IV “Kacau kuah kacang itu sehingga pekat,” kata ibu.
A I, II dan III
B II, III dan IV
C III dan IV
D I, II dan III
10
Soalan 29 hingga soalan 30.
Pilih ayat yang betul.
29. A Azman sukar memilih antara kedua-dua orang kawannya.
B Kamarul lebih tampan dari abangnya.
C Fendi memberi ibunya segelas air.
D Suria ialah adik kepada Mamat.
30. A Guru itu memarahkan muridnya kerana membuat bising.
B Sikap saling memahami dalam kalangan masyarakat dapat memupuk perpaduan.
C Udara di Kota Melati yang terletak di atas bukit itu sungguh tenang.
D Adik bukan terangkat kotak yang berat itu.
11
Soalan 31 hingga soalan 35.
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
31. Pada hari apakah majlis perkahwinan Shakila diadakan?
12
Suasana di rumah Encik Kamal agak sibuk. Ramai jiran yang datang ke rumahnya.
Walaupun majlis perkahwinan anak perempuannya Shakila, akan berlangsung seminggu
lagi, Encik Kamal telah menjemput orang kampung bermesyuarat di rumahnya.
Ketua kampung, Encik Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat itu. Mereka
berbincang tentang pembahagian kerja yang akan dilakukan seperti melapah daging lembu,
memasak, mendirikan khemah, membasuh pinggan-mangkuk, dan sebagainya.
Pada petang Sabtu, sehari sebelum majlis perkahwinan dijalankan, kemeriahan
majlis mula dirasai. Kaum wanita sibuk di dapur. Mereka mengupas bawang, kentang,
merebus telur, dan sebagainya. Sementara kaum lelaki pula sibuk dengan tugas-tugas
mendirikan khemah.
Perancangan teliti yang diatur menjadikan majlis perkahwinan berjalan lancar.
Tugas-tugas mengangkat hidangan dilakukan oleh golongan muda. Begitu juga dengan
tugas mengemas dan membersihkan meja. Tuan rumah sibuk melayan tetamu yang datang
berkunjung. Pasangan mempelai tersenyum simpul bersanding di atas pelamin yang direka
khas.
Kira-kira pukul 5.00 petang, keadaan di rumah pengantin mulai lengang. Para
tetamu mula beredar meninggalkan majlis kenduri itu. Sungguhpun begitu, petugas-petugas
masih lagi meneruskan kerja masing-masing sehingga selesai. Encik Kamal dan isterinya
sungguh gembira. Hal ini demikian kerana orang-orang kampung dan saudara-mara mereka
banyak menghulurkan bantuan. Konsep “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”
yang diamalkan telah memungkinkan majlis perkahwinan tersebut berjalan dengan lancar
dan sempurna.
A Sabtu
B Ahad
C Isnin
D Selasa
32 Apakah tujuan Encik Kamal memanggil orang kampung bermesyuarat di rumahnya?
A untuk mengumumkan berita perkahwinan anaknya
B untuk menyuruh orang kampung memulakan tugas mereka
C untuk membahagi-bahagikan tugas yang patut dilakukan
D untuk mengeratkan perhubungan sesama mereka
33. Siapakah sibuk melayan tetamu semasa berlangsungnya majlis perkahwinan itu?
A Encik Kamal
B Encik Ibrahim
C Shakila
D Orang kampong
34. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing bermaksud…
A barang yang berat hendaklah diangkat bersama-sama.
B segala kesusahan dan kesenangan sama-sama ditanggung.
C sesuatu kerja mestilah dilakukan mengikut perancangan yang betul.
D bertolak-ansur dalam membuat sesuatu pekerjaan.
35. Tugas-tugas yang berikut dilakukan sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan kecuali…
A mengangkat hidangan.
B mendirikan khemah.
C mengupas bawang.
D merebus telur.
Soalan 36 hingga soalan 40.
13
Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
36. Bilakah penulis menerima surat dari Kota Kinabalu?
14
1080, Taman Permai 2,42700 Banting,Selangor Darul Ehsan.
15 JANUARI 2009
Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan selamatnya.
Semoga kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda di sini sentiasa sihat dan
gembira.
Kakanda,
Surat kakanda telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Ribuan terima kasih
adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan surat kepada
adinda. Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda tentang keindahan Taman
Negara Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menikmati kehijauan
dan keindahan alam di sana. Alangkah seronoknya jika adinda dapat bersama-sama
kakanda pada masa itu.
Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama kakanda. Pada
minggu pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satu perkhemahan di Hutan
Lipur Galah. Aktiviti ini khas dianjurkan oleh pihak sekolah untuk memberi pendedahan
kepada murid-murid Tahun Enam berkaitan dengan perkhemahan. Pelbagai aktiviti yang
menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini, antaranya ialah aktiviti pertolongan
cemas, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti ini adinda ikuti dengan penuh semangat.
Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan. Aktiviti ini
dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta di dalam menempuh
rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa sungguh seronok mengikuti
aktiviti perkhemahan ini. Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak
manfaat yang akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini.
Adinda rasa cukuplah sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan
menulis lagi untuk kakanda apabila ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah salam
rindu daripada adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga.
Adindamu,
Suraya
A 11 Januari 2009
B 12 Januari 2009
C 13 Januari 2009
D 15 Januari 2009
37. Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?
A Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi.
B Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya.
C Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun.
D Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para pengunjung.
38. Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah?
A Persatuan Pengakap
B Setiausaha Sukan
C Murid-murid Tahun 6
D Pihak sekolah
39. Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakaknya
A setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR.
B apabila mendapat balasan daripada kakaknya.
C apabila dia mempunyai masa terluang.
D setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan.
40. Pernyataan berikut benar tentang tujuan perkhemahan itu dijalankan kecuali
A menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar.
B memupuk sikap cintakan alam sekitar.
C mencungkil kreativiti pelajar.
D menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid.
@@@@@@@@@@@@@@ SELAMAT MENJAWAB @@@@@@@@@@@@@
15