SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 :...

30
1 SLIDE 1: TAJUK SYARAHAN NAIB CANSELOR 2008 UKM KE ARAH UNIVERSITI PENYELIDIKAN UNGGUL SHARIFAH HAPSAH SHAHABUDIN BismilIahirrahmanirrahim YBhg Tan Sri Dato’ Paduka Dr Mazlan Ahmad Pengerusi lembaga Pengarah UKM YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Rashdan Baba YBM Dato Seri di Raja Syed Razalan Jamalulail dan Dato Paduka Datin Seri YBhg TimbalanTimbalan Naib Canselor Para Profesor dan Pegawai Kanan UKM Rakanrakan di kampus KL dan kampus HUKM Sahabat daripada NCWO dan sanak saudara Kakitanganm dan mahasiswa UKM Para hadirin yang dihormati sekalian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Transcript of SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 :...

Page 1: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

1

SLIDE 1: TAJUK 

SYARAHAN NAIB CANSELOR 2008 

UKM KE ARAH UNIVERSITI PENYELIDIKAN UNGGUL 

 SHARIFAH HAPSAH SHAHABUDIN 

 

BismilIahirrahmanirrahim 

  YBhg Tan Sri Dato’ Paduka Dr Mazlan Ahmad Pengerusi lembaga Pengarah UKM  YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr Rashdan Baba  YBM Dato  Seri di Raja  Syed Razalan  Jamalulail dan Dato Paduka Datin Seri  YBhg Timbalan‐Timbalan Naib Canselor  Para Profesor dan Pegawai Kanan UKM  Rakan‐rakan di kampus KL dan kampus HUKM  Sahabat daripada NCWO dan sanak saudara  Kakitanganm dan mahasiswa UKM  Para hadirin yang dihormati sekalian    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.  

 

Page 2: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

2

SLIDE 2 : MAAL HIJRAH 

1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi 

Awal Muharam pula pada 10 Januari  

Kedua‐duanya mengajak kita menghayati 

Iltizam menambahbaik diri sendiri 

 

Hari ini saya mengajak saudara saudari 

Mengenang pengorbanan hijrah sebagai strategi 

Perjalanan sepanjang hayat yang perlu diperbaharui 

Mengubah minda, orientasi  dan persepsi 

 

SLIDE 3 : SOALAN UNTUK PERJALANAN 

Seperti biasa sebelum memulakan perjalanan kita diselubungi beberapa 

soalan 

• Ke manakah kita hendak pergi? 

• Dimana kita sekarang?  

• Apa persiapan yang perlu dibuat?  

• Apa kenderaan yang akan kita guna? 

• Siapa yang akan ikut serta? 

• Bagaimana kita tahu kita berada di jalan yang betul? 

• Bagaimana kita tahu kita dah sampai?  

 

Page 3: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

3

SLIDE 4 : KERANGKA PEMBENTANGAN 

Izinkanlah saya pada pagi yang mulia  ini membentangkan arah tuju kita 

ia  itu  sebagai universiti penyelidikan, menghuraikan  sedikit dimanakah 

kita  berada  sekarang,  dan mengutarakan  pendekatan  yang  patut  kita 

pilih untuk menuju ke arah universiti penyelidikan yang unggul.  

 

SLIDE 5  : KE MANAKAH KITA NAK PERGI?  

Ke manakah kita nak pergi?  

Dalam Rancangan Malaysia Ke‐Sembilan (RMK9) UKM telah dikenalpasti 

satu  daripada  empat  buah  universiti  penyelidikan  negara.  Kita 

diisytiharkan  UniversitI  Penyelidikan  pada  11  Oktober  2006.  Watikah 

pengisytiharan  telah disampaikan oleh  YAB  Timbalan  Perdana Menteri 

pada 2 hb Ogos 2007.  

 

SLIDE 6 : K‐EKONOMI 

Apakah hasrat Kerajaan menamakan UKM dan  tiga buah universiti  lagi 

sebagai universiti penyelidikan?  

 

• Universiti  Penyelidikan  diakui  salah  satu  jentera  penting  untuk 

mempercepatkan  proses  anjakan  kepada  ekonomi  berasaskan  ilmu 

(K‐ekonomi). 

• Daya  saing  dalam  ekonomi  ini  bergantung  kepada  kebolehan  kita 

menurunkan kos interaksi dan meningkatkan pendapatan rakyat 

• Daya saing meningkat dengan kadar globalisasi dan penjanaan inovasi 

dalam barangan dan perkhidmatan yang menepati piawaian global. 

Page 4: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

4

• Untuk menjana inovasi kita mesti cekap mengurus ilmu pengetahuan. 

Aktiviti  intensif‐pengetahuan  ini  termasuk  penyelidikan  dan 

pembangunan, usaha pelesenan dan penguasaan harta intelek.  

 

SLIDE 7 : ASET DAN MODAL K‐EKONOMI 

Untuk berjaya dalam K‐ekonomi negara memerlukan  aset  seperti  ilmu 

pengetahuan,  hubungan,  reputasi  dan  modal  insan  yang  dapat 

mentransformasikan  aset  ini  kepada  modal  intangibel  seperti  harta 

intelek,  jaringan,  jenama  dan  bakat.    Transformasi  ini  memerlukan 

kreativiti,  keaslian  (originality)  dan  imaginasi  individu  yang 

membolehkan  mereka  membuahkan  idea,  dapatan  dan  inovasi  bagi 

menjana kekayaan negara dan kesejahteraan masyarakat.  

 

SLIDE 8 : PERANAN RU 

UKM sebagai satu  institusi penting dalam sistem  inovasi  ini berperanan 

membina keupayaan melalui tiga fungsi utama: 

 

• Fungsi  pertama  adalah  pendidikan.    Lebih  90%  lulusan  universiti 

diserap  oleh  pasaran  kerja  atau  bekerja  sendiri  sebagai  usahawan. 

Melalui kebolehan mereka menggunakan ilmu dan kemahiran secara 

kreatif,  berimaginasi  dan  beretika  lah  firma  dan  syarikat  dapat 

berinovasi  dan  meningkat  daya  saing  dalam  pasaran  global. 

Kebolehan  ini mekar melalui kemahiran  siswazah  yang kita  lahirkan  

melentur  dan  mengubahsuai  ilmu  melalui  pendidikan  sepanjang 

hayat  

• Fungsi  kedua  adalah  penyelidikan.  Melalui  peranan  ini  universiti 

menjana  ilmu  baru  atau  menyerap  dan  mengadaptasi  ilmu  dari 

Page 5: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

5

seluruh dunia untuk menghasilkan pengetahuan baru, idea, kreativiti, 

inovasi dan ciptaan bernilai tinggi. Seterusnya Universiti Penyelidikan 

berperanan  membuat  jaringan  ilmu  kebangsaan  dan  global  bagi 

tujuan memindah  teknologi yang dapat mengangkat negara  sebagai 

pencipta teknologi.  

• Peranan  ketiga  ialah  memberi  khidmat  kepada  masyarakat  yang 

menekankan  perpaduan,  jatidiri    kebangsaan  dan  keadilan  sosial 

sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan negara dan masyarakat 

sejagat  

 

SLIDE 9 : DI MANAKAH KITA SEKARANG?  

 

SLIDE 10 : IMPIAN TERHADAP UNIVERSITI KELAS DUNIA   

Dalam perutusan 50 tahun Merdeka YAB Perdana Menteri telah berkata:  

 

”Dalam  jangka  seratus  tahun ke hadapan  selepas Merdeka, negara  ini 

akan  dapat  melihat  masyarakatnya  mencapai  kejayaan  di  luar 

imaginasi.  Kita  akan  mempunyai  penerima  Anugerah  Nobel,  syarikat 

bertaraf global,  jenama  yang  terulung dan dihormati, artis dan warga 

seni bertaraf antarabangsa dan mempunyai khazanah saintifik berpaten 

antara  yang  terbesar  di  dunia.  Pelajar  dan  profesor  kita  pula  akan 

mendominasi  universiti  Ivy  League  manakala  universiti  tempatan 

menjadi menara gading cemerlang yang menjadi tumpuan cendiakawan 

terulung dalam bidang pendidikan dari seluruh dunia”.  

 

Page 6: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

6

SLIDE 11 : MENJEJAK KELAS DUNIA 

Jelas UKM belum sampai ke  tahap yang diimpikan  itu, tetapi UKM  juga 

tidak mundur. Yang nyata ialah kita menjejak kelas dunia. Kita mencapai 

kejayaan  dalam  banyak  perkara  dan  kita  sedang  membina  serta 

memperkukuhkan  asas.  Yang  paling  penting  kita mempunyai    iltizam, 

dedikasi dan aspirasi untuk tergolong dalam kalangan yang terbaik.  

 

SLIDE 12 : ANUGERAH KUALITI PM 

Kita juga telah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 

 

SLIDE 13 : KADAR MENJEJAK KELAS DUNIA 

Masalah  kita  bukan  kerana  tidak mempunyai  pencapaian  tetapi  kadar 

mencapai  kemajuan  atau  menjejak  kelas  dunia  terlalu  perlahan. 

Contohnya  sebutan  atau  citations  dalam  penerbitan  jurnal  terindeks 

meningkat dari tahun 2006 ke tahun 2007. Tetapi pemeringkatan Times 

Higher Education (THES) menunjukkan ranking bagi citations per tenaga 

akdemik   menurun dari  2006  ke 2007.    Ini adalah  kerana  institusi  lain 

mencapai penambahan sebutan dengan lebih pantas, justeru mengatasi 

kita.   

 

SLIDE 14  : KURANG BIJAK MENONJOL KEJAYAAN 

Faktor kedua  ialah kita tidak bijak menonjol kejayaan untuk menangani 

salah persepsi. 

Page 7: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

7

SLIDE  15 & 16 : STRATEGI MELONJAK KE HADAPAN 

Jika kita tidak mencari strategi baru, kita akan terus bergerak perlahan‐

lahan.  

• Apa yang kita mahu  ialah untuk  leapfrog atau melonjak ke hadapan 

dengan  lebih pantas dan mencapai  tahap prestasi yang  lebih  tinggi. 

Kita tidak mahu UKM menjadi universiti penyelidikan biasa, malahan 

kita mahu jadi ’pemenang’.  

• UKM  beraspirasi  untuk  berdayasaing  pada  peringkat  global,  dan 

tergolong dalam kalangan  yang terbaik di dunia.  

 

Bagaimana patut kita lakukannya? 

 

SLIDE 17  : PASARAN SEDANG‐MUNCUL (EMERGING MARKETS) 

Perbandingan    terbaik  yang  dapat  membantu  kita  mengatur  strategi 

untuk  menganjak  ke  hadapan  adalah  strategi  yang  digunakan  firma‐

firma dalam buku The Emerging Markets Century terbitan tahun 2007.  

• Syarikat  pasaran  sedang‐muncul  yang  dikaji  termasuk  MISC 

(Malaysia),  Embraer  (Brazil),  Lenovo  (China),  Samsung  (Korea)  dan 

Infosys (India). Syarikat‐syarikat  ini mempunyai daya saing yang kuat 

dan lestari tetapi belum dikenali sebagai syarikat kelas dunia. Mereka 

menghadapi  cabaran  persepsi  global  yang  kurang  yakin  bahawa 

Dunia Pertama  tidak  lagi menguasai pasaran  tanpa  saingan. Namun  

pengurus  dan  pekerja  syarikat  pasaran  sedang‐muncul  telah  tekun 

bertungkus‐lumus,  bangga  dan  bermotivasi  tinggi  untuk mengatasi 

segala hambatan dan prasangka untuk merintis jalan ke puncak.   

 

Page 8: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

8

SLIDE  18 : AJARAN EMERGING MARKETS 

Banyak  perkara  yang  boleh  kita  pelajari  daripada  syarikat  pasaran 

sedang muncul.  

 

Mereka  telah  memperoleh  manfaat  daripada  pelaburan  asing  (FDI) 

melalui  pemindahan  teknologi  dan  pembinaan  keupayaan  dan 

kemudiannya muncul sebagai pakar untuk outsourcing dan offshoring.  

 

UKM  juga mesti bijak memperluaskan  jaringan dengan rakan kolaborasi 

dan  pandai mendapat  pindahan  teknologi  samada  daripada  universiti 

lain,  industri,  professor  ulung  di  dunia  dan  sebagainya.  Kita  bina 

keupayaan  dan  mungkin  dapat  mengambilalih  atau  pun 

mengembangkan  teknologi  yang  dipindahkan malahan  boleh menjana 

yang baru. 

 

SLIDE 19 : AJARAN EMERGING MARKETS 

Pasaran sedang muncul mengamal pemikiran tak konvensional dan bijak 

mengenalpasti  bidang‐bidang  nic  (niche)  yang  syarikat  lain  terlepas 

pandang,  

 

Kita  juga  perlu  berfikir  secara  tak  konvensional  dan  berani membuat 

keputusan untuk memperkasa bidang kekuatan ke arah nic‐nic tertentu 

supaya  kita menjadi lebih terfokus dan berintegrasi dalam penyelidikan, 

pendidikan dan khidmat masyarakat. Usaha  ini akan memacu kekuatan 

secara  berkesan  lagi  efisien  serta  memberi  impak  lebih  besar  dan 

berkualiti yang seterusnya dijadikan asas penjenamaan UKM.  

 

Page 9: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

9

SLIDE 20 : AJARAN EMERGING MARKETS  

Pasaran  sedang muncul  berani membuat  keputusan  untuk  bebas  dari 

kesederhanaan atau mediokriti. Mereka mencipta model organisasi atau 

logistik baru, tekun dengan kualiti dan membeli atau membina jenama. 

 

Kita  juga  mesti  berani    mengamalkan  meritokrasi,  terutama  dalam 

pemilihan yang  terbaik untuk berkhidmat dengan UKM. Kita  juga mesti 

memantapkan  struktur  organisasi  dan meningkat  sistem  penyampaian 

untuk  menyesuaikan  fungsi  sebagi  university  penyelidikan.  Kita  perlu 

membina  reputasi   berasaskan  kualiti  yang membezakan  kita daripada 

universiti lain 

 

SLIDE   21 :  PERSIAPAN 

Apakah persiapan yang perlu kita buat untuk mempercepatkan gerakan 

kita  ke  arah universiti penyelidikan unggul?    Saya  akan  tumpu  kepada 

dua pendekatan penting 

 

• Memfokus  usaha  dengan  mengintegrasi  serta  memperkasa 

kekuatan pelbagai disiplin melalui penentuan nic  

• Meningkatkan  keberkesanan  sistem  penyampaian  ke  arah 

universiti penyelidikan unggul 

 

Page 10: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

10

SLIDE   22  : RASIONAL MENENTUKAN NIC 

Kita  mempunyai  kepakaran  dalam  pelbagai  bidang.  Ahli  akademik  

melaksanakan  program  pendidikan  yang  dapat  menarik  pelajar  dan 

tenaga  pengajar  antarabangsa.  Mereka  menjalankan  penyelidikan  

secara  bersendirian  dan  dalam  kumpulan  kecil  atau  besar  yang 

mendapat geran besar daripada dalam dan luar Negara. Kita giat dengan 

khidmat masyarakat yang diakui menambahbaik kualiti hidup kumpulan 

tertentu. Kita juga memenangi pelbagai  anugerah inovasi dan mendapat 

pengikirafan. Bak kata pantun Melayu: 

 

Belayar kapal laksamana Bentan 

Berlabuh  sekejap di Indera Putera 

Semuanya asal permata intan 

Jatuh digelap pun cahaya jua 

 

Tetapi kita mesti  terima hakikat kita  tidak boleh  cemerlang &  terkenal 

dalam  semua  bidang.  Kita  juga  tidak  boleh  cemerlang  jika  kita 

melakukan  penyelidikan,  pendidikan  dan  khidmat  masyrakat  secara 

terpisah.  Jika  kita  ingin  menjelma  sebagai  universiti  penyelidikan 

tersohor  (reputable),  kita  mesti  berani  membuat  keputusan  untuk 

memfokus  terhadap  pilihan  tertentu  supaya  boleh  dibina  nic  secara 

bersepadu.  Nic  ditonjolkan  dan  dapat  membezakan  kita  daripada 

universiti lain. Nic umpama tunas dalam pantun yang berbunyi: 

 

Page 11: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

11

Kalau todak lekas menyerang 

Ambil bakau letak melintang 

Kalau tidak tunas dibatang 

Pokok yang mana boleh dicabang. 

 

SLIDE 23 : KRITERIA PEMILIHAN NIC  

• Nic  yang  dipilih  mestilah  dapat  menyepadukan  kekuatan  dari 

pelbagai disiplin atau bidang yang sudah mantap di UKM 

• Nic  juga berpotensi mengembang bidang baru yang menjadi tujahan 

negara dan dunia.  

• Nic mestilah membri hala  yang  sama bagi penyelidikan, pendidikan 

dan khidmat masyarakat.  

• Sifat nic mestilah berbentuk masalah atau isu keutamaan di peringkat 

negara dan juga global  

• yang  setiap warga UKM mampu memberi  sumbangan,  justeru  tidak 

terasa terpinggir.  

• Ini  bermakna  setiap  nic menghasilkan  siswazah  dan  pascasiswazah 

yang  sesuai,  mengembang  dan  menerajui  sempadan  ilmu, 

membangunkan  teknologi,  membantu  menggubal  dasar,  strategi, 

program  intervensi dan  kerangka perundangan bagi pihak  tertentu, 

memelihara  alam  sekitar  serta memupuk masyarakat  yang  bersatu 

padu, berakhlak mulia dan sejahtera kualiti hidup.  

 

Page 12: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

12

SLIDE 24 : KELEBIHAN NIC SEBAGAI PENDEKATAN 

• Dengan  mengenalpasti  nic  dengan  jelas  dapatlah  kita 

menggembeleng semua proses penyelidikan, pendidikan dan khidmat 

masyarakat ke arah satu fokus  

• Kita juga akan mengagih sumber secara berkesan ke arahnya.  

• Usaha ini akan memudahkan  pengintegrasian lebih sistematik dalam 

sistem inovasi kebangsaan.  

• Pendekatan  ini  akan  mencapai  kerelevanan  yang  lebih  tinggi  dan 

berkualiti bagi keperluan semasa dan masa depan,  

• memberi impak lebih besar ke atas masyarakat,  

• menarik  penglibatan  antarabangsa  termasuk  institusi,  pelajar  dan 

geran penyelidikan.  

• Kita akan   merangsang dayacipta   dan nilai tambah yang  lebih besar 

dari segi output tenaga akademik  

• serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.  

• Yang  paling  penting  pengenalpastian  nic  akan membuat  kita  lebih 

lestari  kerana  tidak  bergantung  kepada  segelintir  akademik  sahaja. 

Bak kata pantun: 

 

Cik Wahab suka berkebun 

Tebang nenas di tepi paya 

Jangan diharap setitik embun 

Kena panas keringlah ia 

 

Page 13: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

13

SLIDE 25 : NIC TIDAK MEMINGGIRKAN SESIAPA 

Pengenalpastian  nic  tertentu  tidak  pula  bermakna  kita  tidak 

menghormati  kebebasan  akademik.  Ruang  dan  keluwesan  yang  cukup 

akan  disediakan  untuk  idea  baru  bertunas, mekar  dan mengembang. 

Juga  banyak  bidang  kekuatan  di  Fakulti,  Institut  dan  Pusat 

Kecemerlangan  bersifat  cross  cutting  dan  berpotensi mengukuh    dan 

mengembang  nic  yang  sesuai.  Bidang‐bidang  ini  termasuk  teknologi 

maklumat  dan  komunikasi,  Undang‐Undang,  bioteknologi,  pendidikan 

sepanjang hayat, gender dan sebagainya  

 

SLIDE 26  : CADANGAN BIDANG   

UKM mempunyai potensi menyerlah untuk menyumbang dalam sistem 

inovasi kebangsaan dan menjadi universiti penyelidikan yang unggul jika 

kita menggembleng kekuatan dalam enam nic utama.  

 

Kesemua  nic  yang  dicadangkan  telah  dibincangkan    dari  segi 

menerapkan  pendekatan  holistik  yang  menggabungkan  pendidikan, 

penyelidikan  dan  khidmat  masyarakat  semasa  retreat  plan  strategik 

pada 19‐20 November 2007. 

 

SLIDE    27  :  JATIDIRI  KEBANGSAAN,  KEPELBAGAIAN  BUDAYA  DAN 

GLOBALISASI 

Dua  faktor  utama  mendorong  UKM  ke  arah  nic  ini.  Pertama  adalah 

sejarah penubuhan UKM  yang  lahir daripada perjuangan dan  tuntutan 

rakyat untuk  sebuah universiti yang memartabatkan Bahasa Melayu di 

mercu sistem pendidikan negara.  Kedua adalah nama kebangsaan yang 

menuntut UKM menjulang falsafah, visi, misi dan matlamat negara.  

Page 14: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

14

Pondok menjadi bangsal 

Bangsal ada dihujung desa 

Usul menunjukkan asal 

Bahasa menunjukkan bangsa 

 

Dalam  dunia  yang  dilanda  globalisasi  dan  kepelbagaian  budaya  UKM 

yang  kaya  dengan    kajian  tentang Malaysia  dan  globalisasi,  tamadun 

Melayu,  etnisiti  dan  perpaduan,  perniagaan,  ekonomi,  agama, 

geopolitik,  hubungan  antarabangsa,  keamanan  dan  keselamatan, 

perundangan,  kesihatan  dan  penyakit,  gender  dan  sebagainya 

berpotensi membuahkan  idea dan aliran pemikiran  (school of  thought) 

bagi membantu  penggubalan  dasar  dan  strategi  untuk meningkatkan 

dayasaing,  merapatkan  jurang  tamadun  (bridging  civilizations)  serta 

menangani lain cabaran yang timbul.  

 

Antara  kekuatan  UKM  yang  boleh  digembeleng  untuk  membina 

keyakinan  diri,  kebertanggungjawapan  sosisl,  jatidiri  kebangsaan  dan 

membenteng kedaulatan ialah: 

 

• penekanan  UKM  kepada  etika  dan  pemeliharaan  nilai  tentang 

betul  dan  salah,  baik  dan  jahat,  hak  dan  tangungjawab,  serta 

perasaan  toleransi,  saling  hormat,  keprihatinan,  penyayang  dan 

kebahagiaan  

• UKM  juga  adalah  sebagai  contoh  atau  model  mendaulatkan 

bahasa  Melayu  dalam  tradisi  akademik  disamping  mempamer 

kreativiti  melaksana  strategi  penguasaan  bahasa  Inggeris  yang 

penting bagi  siswazah kita berjaya di pasaran global.  

Page 15: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

15

SLIDE 28 : PEMBANGUNAN LESTARI WILAYAH 

UKM  telah  berjaya  mengintegrasikan  kekuatan  pelbagai  bidang  dan 

menggunakan  hasil  penyelidikan multidisiplin  ke  dalam  pembangunan 

wilayah  yang  peka  budaya  dan  alam  sekitar.  Aktiviti  pembangunan 

termasuk ekopelancungan, arkeopelancungan,  industri pembuatan dan 

perkhidmatan, menangani   bencana alam sekitar dan selainnya. Aktiviti 

ini  telah  meningkatkan  kualiti  hidup  dan  status  ekonomi  masyarakat 

serta memelihara alam sekitar dan budaya mereka.  

Projek yang sudah berjaya adalah  

 

• Langkawi Geopark  oleh  Institut  Alam  Sekitar  dan  Pembangunan 

(LESTARI) yang diiktiraf sebagai UNESCO Geopark.  

• Projek penyelidikan yang sedang dimajukan di Tasik Chini dengan 

matlamat mencapai pengiktirafan UNESCO Biosphere Reserve,  

• Projek arkeopelancungan di Jerai/Lembah Bujang,  

• Lebih  penting  lagi  UKM  sendiri  mempunyai  program  kampus 

lestari.  

 

SLIDE 29 : TENAGA KETERBAHARUAN (RENEWABLE ENERGY) 

Negara dan dunia akan menghadapi masalah tenaga tidak lama lagi. Kita 

perlu  tumpu  perhatian  kepada  tenaga  keterbaharuan  secara  holistik 

yang  mempunyai  impak  ke  atas  manusia  dan  alam  sekitar.  Tenaga 

keterbaharuan  sangat  kritikal  kepada  pembangunan  lestari  dan masa 

depan manusia.   

 

Penyelidik  kita  yang  sedang membuat  kajian  berkaitan  tenaga  berjaya 

mengumpul  dana  penyelidikan  yang  banyak,  mempunyai  kerjasama 

Page 16: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

16

dengan pusat penyelidikan dan universiti  tersohor dan menerbit dalam 

jurnal  terindeks yang berimpak  tinggi. Mereka  juga  telah menghasilkan 

produk  yang  difail  untuk  paten  dan  diguna  untuk  pembangunan 

seterusnya.  Contohnya  sel  solar  diguna  untuk membawa  kemudahan 

lampu, telekomunikasi dan media ke perkampungan terpencil Orang Asli 

di Perak.   

 

SLIDE  30 : TEKNOLOGI KESIHATAN DAN PERUBATAN  

Fokus  nic  ini  adalah  menghasilkan  teknologi  dalam  bentuk  produk, 

proses, strategi dan dasar yang membantu dalam diagnosis dan rawatan 

serta  promosi  kesihatan  diperingkat  kebangsaan  dan  global  terutama 

dalam  aspek  kanser,  sel  stem,  penyakit  berasaskan  molekul, 

metabolisma,  antioksidan,  epidemiologi  molekul,  farmakogenetik, 

toksikologi,  biokejuruteraan,  case  mix  dll.  Nic  ini  boleh  maju  kerana 

adanya  pusat‐pusat  kecemerlangan  HUKM  sebagai  teras  program 

penyelidikan  dan  pendidikan  di  kampus  perubatan  dan  kesihatan  dan 

disokong  kumpulan  penyelidik  di  Bangi.  Mereka  juga  telah  berjaya 

melakukan ujian dalam keadaan mikrograviti melalui angkasawan yang 

juga  tenaga  pengajar  pelatih  UKM.  Mereka  mempunyai  peralatan 

canggih  dan  berhubung  rapat  dengan  industri  serta  UN  International 

Institute of Global Health  (IIGH) untuk  jaringan  ilmu global dan potensi 

komersil yang besar.  

 

Page 17: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

17

SLIDE 31 : PERUBAHAN IKLIM  

Isu perubahan  iklim yang disebabkan oleh pemanasan global adalah  isu 

sejagat dan kebangsaan yang perlu dilihat dari segi teori,  impak negatif 

terhadap  persekitaran,  pertanian,  sumber  air,  penempatan,  kesihatan, 

tenaga  dan  sektor  sosio‐ekonomi  yang  lain.  Baik  di  Malaysia  (banjir 

Johor)  ,  Amerika  Syarikat  (hurricane  Katrina)  atau  Afrika  (Etiopia), 

Persidangan  Perubahan  Iklim  Bangsa‐Bangsa  Bersatu  di  Bali  hujung 

tahun  2007  memutuskan  langkah‐langkah  mitigasi  dan  adaptasi 

terhadap  perubahan  iklim  memerlukan  pendekatan  penyelidikan  dan 

pembangunan  yang  bersifat  multi‐displin  dan  silang‐sektor  (cross‐

sectoral).  UKM  mempunyai  kekuatan    merangkumi  pelbagai  aspek 

termasuk  sains  perubahan  iklim,  kajan  impak  sosio‐ekonomi, 

keselamatan, kesihatan, dasar, perundangan yang membantu governans 

dan pembangunan teknologi untuk mengurangkan perubahan  iklim dan  

impaknya.  

 

SLIDE  32 : NANOTEKNOLOGI DAN BAHAN TERMAJU  

Dalam 20‐30 tahun lagi bidang ini berpotensi mempunyai impak ke atas 

semua  industri  dan  semua  peringkat  masyarakat,  contohnya  melalui 

produk  bestari  bagi  kegunaan  di  rumah,  komunikasi,  kesihatan  dan 

ubatan, automatif dan pengangkutan, pertanian dan teknologi makanan 

dan  selainnya. UKM menerajui  bidang  ini  di Malaysia  dan mempunyai 

jaringan global dengan  insitusi  tersohor dalam bidang  ini. Penyelidikan 

menumpu  kepada  proses  dalam molekul  dan  penggunaan  bahan  baru 

dan termaju. Potensi nanoteknologi dan bahan termaju diramalkan U.S. 

National Science Foundation seperti berikut:    

 

Page 18: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

18

Imagine a medical device  that  travels  through  the human body  to seek 

out and destroy small clusters of cancerous cells before they can spread. 

Or a box no larger than a sugar cube that contains the entire contents of 

the Library of Congress. Or materials much lighter than steel that possess 

ten times as much strength.  

 

SLIDE   33  :  MENINGKATKAN  KUALITI  DAN  KEBERKESANAN  SISTEM 

PENYAMPAIAN KE ARAH UNIVERSITI PENYELIDIKAN UNGGUL 

Izinkan  saya  beralih  kepada  pendekatan  kedua  dan  bahagian  akhir 

syarahan  ini.  Setelah  menentu  nic  sebagai  strategi  memantapkan 

kekuatan bagaimana  pula  kita menyerlahkan      nic‐nic  ini  supaya UKM  

dikenali sebagai universiti penyelidikan yang unggul dan ketara bezanya 

dengan  universiti  lain?  Dalam  hal  ini  kualiti  dan  keberkesanan  sistem 

penyampaain amat penting. Saya akan tumpukan kepada: 

• pemantapan struktur organisasi 

• pengukuhan sistem inovasi 

• ketelusan governans 

• tumpuan kepada kualiti 

• penjenamaan 

• organisasi  pembelajaran  dan  pengambilalihan  atau  succession 

planning 

 

Page 19: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

19

SLIDE  34 : PEMANTAPAN STRUKTUR ORGANISASI 

Pemantapan  struktur  pentadbiran  bertujuan  memperjelaskan 

tanggungjawab  &  bidangkuasa  setiap  kumpulan  dan  lapisan 

pentadbiran.  

 

Bahagian  utama  dan  penting  ialah    bahagian‐bahagian  yang  terlibat 

secara langsung dalam pelaksanaan kegiatan dan proses teras akademik 

(core  activities  and  processes),  ia‐itu,  penyelidikan,  pengajaran‐

pembelajaran,  kokurikulum  serta  aktiviti  lain  pelajar  dan  khidmat 

kepakaran kepada masyrakat. Bahagian‐bahagian  lapis utama  ini  terdiri 

daripada  Fakulti,  Institut  Penyelidikan,  Pusat  Pengajian  Umum,  Pusat 

Pembanguan Pelajar dan Kolej Kediaman.  

 

Lapis kedua adalah portfolio dibawah Timbalan‐Timbalan Naib Canselor. 

Tanggungjawab  mereka  adalah  menyelaras  dan  memudahkan  urusan 

bahagian‐bahagian  utama  mengikut  portfolio  masing‐masing  ia  itu 

akademik dan antarabangsa, penyelidikan dan inovasi, hal ehwal pelajar 

dan alumni dan hubungan industri dan masyarakat.  

 

Lapis ketiga  ialah bahagian di bawah Canselori yang bertanggungjawab 

ke  atas  hal  yang  berkaitan  organisasi  secara  menyeluruh  seperti 

Perancangan dan Komunikasi Korporat,   sistem Maklumat dan  Jaminan 

Kualiti.   

 

Kumpulan  ke  empat  dan  penting  ialah  kumpulan  yang  memberi 

perkhidmatan  melalui  pengurusan  sumber  seperti  sumber  manusia, 

kewangan, kemudahan fizikal termasuk IT dan perpustakaan. 

Page 20: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

20

SLIDE  35  :  

Dari  segi  pegawai  inilah  struktur  pentabirannya  yang  menujukkan 

kebertanggungjawapan mereka.  

 

SLIDE 36  : PENGUKUHAN SISTEM INOVASI 

Langkah  seterusnya  ialah mengukuhkan  sistem  inovasi  sebagai  usaha 

mempercepatkan tampakan hasil setiap nic. 

 

SLIDE 37 : SISTEM INOVASI 

Untuk  memainkan  peranan  berkesan  dalam  k‐ekonomi  UKM  sebagai 

Universiti  Penyelidikan  mesti  beroperasi  dalam  sistem  inovasi 

kebangsaan dan jaringan ilmu global.  

Seperti  yang  didefinisikan  Bank  Dunia  dan  OECD,  sistem  inovasi 

kebangsaan  adalah  suatu  sistem  yang  menghubungkait  para  pelaku 

utama  seperti  pihak  universiti,  industri,  badan  profesional,  kumpulan 

masyarakat  sivil,  badan  sukarela  serta  agensi‐agensi  Kerajaan  pada 

peringkat lokal, kebangsaan dan global.  

 

Interaksi  dalam  jaringan  ini membolehkan  negara  secara menyeluruh 

memperoleh, menjana, menyebar dan mengguna ilmu dengan berkesan 

bagi tujuan menambah kekayaan dan kesejahteraan rakyat.  

 

Page 21: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

21

SLIDE  38 : TAMPAKAN HASIL DENGAN CEPAT   

Jika kita membina keupayaan dalam sistem  inovasi kebangsaan dengan 

baik, maka kita akan mempercepatkan tampakan hasil melalui pelbagai 

landasan  seperti  dialog,  matchmaking,  pameran,    projek  bersama, 

penerbitan, mesyuarat bersama, pengiklanan, promosi dan sebagainya.  

 

Contoh  hasil  yang  perlu  ditampak  dengan  cepat melalui  jaringan  ilmu 

global  dan  sistem  inovasi  kebangsaan  termasuk  penerbitan  yang 

mengembang sempadan ilmu dan  sebutan dalam jurnal berimpak tinggi,  

undangan  membentang  kertaskerja,  penarikan  pelajar  dan  tenaga 

pengajar  terbaik,  kolaborasi  dengan  universiti  tersohor,  ciptaan  sains 

dan  teknologi  serta  kolaborasi  dengan  pihak  industri  bagi  tujuan 

komersilan,  kerjasama  dengan  masyarakat  tertentu  yang  berjaya 

mengubah kualiti hidup dari pelbagai  segi,   penghasilan  siswazah yang  

diterima pasaran kerja, sumbangan kepada penggubalan dasar, strategi, 

program  intervensi  dan  kerangka  perundangan  bagi  pihak  tertentu, 

sumbangan kepada pemeliharaan alam sekitar dan peningkatan persepsi 

reputasi akademik.  

  

SLIDE  39 : PELAKU SISTEM INOVASI UKM 

Sistem  inovasi  digerakkan  oleh  semua  bahagian  dan  peringkat 

pengurusan  universiti.  Dari  kumpulan  pelaku  utama,  ke  portfolio 

Timbalan Naib Canselor, dan Canselori  jaringan dalaman diperkukuhkan 

dan dihubungkait dengan pihak luar. 

 

Page 22: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

22

SLIDE 40 : PELAKU UTAMA 

Pelaku  utama  adalah  Fakulti,  Institut  Penyelidikan,  Pusat  Pengajian 

Umum,  Pusat  Pembanguan  Pelajar  dan  Kolej  Kediaman  yang  secara 

langsung  melaksanakan  penyelidikan,  pengajaran‐pembelajaran, 

kokurikulum  serta  aktiviti  lain  pelajar  dan  khidmat  kepakaran.  Adalah 

menjadi  tanggungjawab  Dekan,  Pengarah  dan  Pengetua  bahagian‐

bahagian ini untuk mengorientasikan kegiatan dan proses teras sehaluan 

dengan nic dan merangsang kreativiti dan nilai tambah yang lebih besar 

dari segi output tenaga akademik dan juga pelajar dalam setiap nic.  

 

Mereka perlu membuat analisis jurang bagi setiap nic dan mengenalpasti 

langkah  yang  perlu  diambil  untuk  memperkukuh  kekuatan  dan 

menangani  kelemahan  samada  dari  segi  program  pendidikan, 

penyelidikan  dan  khidmat  masyarakat  yang  dilaksanakan.  Dari  segi 

penyampaian mereka perlu memasti kecukupan sumber, jaminan kualiti 

dan  keberkesanan  pengintegrasian  dengan  sistem  inovasi  kebangsaan. 

Setiap  bahagian  utama  akan  diukur  dari  segi  kegiatan  program 

pendidikan,  penyelidikan  dan  khidmat  masyarakat  yang  dilakukan 

mengikut  nic  dan  pencapaian  mengikut  indikator  prestasi  yang 

ditetapkan  bersama.  Bebannya  berat  seperti  dalam  pantun  yang 

berbunyi:  

 

Kapal besar dua pemeluk 

Ditebang berdiri duduk 

Kalau tidak panjang penjolok 

Manakan dapat bunga yang elok 

 

Page 23: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

23

SLIDE 41 : PORTFOLIO TIMBALAN‐TIMBALAN  NAIB CANSELOR 

Secara  umum  Timbalan  Naib  Canselor  yang  terlibat  menyediakan 

halatuju  portfolio masing‐masing  dengan menetap  dasar,  strategi  dan 

garispanduan aktiviti serta sasaran yang digubal sebagai pelan tindakan 

jangka  panjang  yang  diperbaharui  melalui  ubahsuaian  setiap  tahun.  

Secara  khususnya  dalam  kerangka  pelan  tindakan  ini  mereka  perlu 

menyediakan  langkah  untuk  membantu  perkembangan  nic.  Antara 

tindakan yang perlu diberi perhatian  ialah mengumpul dan menyelaras 

program  yang  dilaksanakan  oleh  Fakulti,  Institut,  Pusat  dan  Kolej 

Kediaman  dengan  kemungkinan  membangun  yang  baru,  atau 

mengubahsuai yang sedia ada, menetap sasaran dan  indikator prestasi, 

menyelaras  pengagihan  sumber  dan  kegunaannya  secara  berkesan 

(contohnya  TNC  Akademik  dan  Antarabangsa  mengenalpasti  jurnal‐

jurnal  UKM    yang  patut  dibantu  ke  arah  diindekskan),  menyedia 

kemudahan  gunasama  yang  relevan  (contohnya  TNC  Penyelidikan  dan 

Inovasi menyediakan makmal,  inkubator  dan  taman  sains), menyedia 

landasan  (contohnya  forum,  persidangan,  kumpulan  kerja)  untuk 

menggalak kerjasama merentasi Fakulti,  Institut dan Pusat,   menggalak 

jalinan  hubungan  kerjasama  dengan  institusi  dan  kumpulan  yang 

tersohor  di  peringkat  antarabangsa,  serta  pihak  lain  (contohnya  oleh 

TNC  Jaringan  Industri  dan  Masyarakat)    dalam  sistem  inovasi 

kebangsaan, mendorong semua warga (contohnya TNC Hal Ehwal Pelajar 

dan Alumni menyediakan program ko kurikulum pelajar ) menjadikan nic 

satu  haluan  dan  budaya  kerja  melalui  program  latihan,  insentif  dan 

ganjaran dan pengiktirafan. Bagi para TNC  tugas mereka dilambangkan 

seperti berikut: 

 

Page 24: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

24

Balas budi bukan mustahil 

Seperti dulang sarat batu 

Emas sekati intan setahil 

Ku cari tukang ikatkan satu 

 

SLIDE 42 : PERANAN CANSELORI 

Pusat  Perancangan  dan  Komunikasi  Korporat  (PPKK)  akan  ditubuhkan 

dibawah  Naib  Canselor.  PPKK  adalah  hasil  susunan  semula  Pusat 

Pembangunan  Akademik  (PPA)  dan  akan  bertanggungjawab membuat 

perancangan strategic dan memantau pencapaian setiap nic, mengurus 

sistem  maklumat  eksekutif,  menjamin  kualiti,  dan  menonjolkan 

pencapaian  dan  kejayaan  nic  sebagai  citra  UKM melalui  perancangan 

dan pelaksanaan strategi komunikasi yang sistematik.  

 

SLIDE 43 : GOVERNANS 

Perkara ketiga dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian 

ialah governans. Tiga perkara amat penting.  

Yang pertama adalah budaya keterlibatan, ketergolongan, keterwakilan, 

ketelusan, keadilan dan objektiviti dalam membuat keputusan. Budaya 

ini akan terus diamalkan dalam penggubalan kriteria dan prosedur bagi 

semua  urusan  terutamanya  yang  berkaitan    pemilihan,  pelantikan, 

penilaian,  kenaikan  pangkat  dan  sambungan  perkhidmatan.  Budaya 

kualiti  ini meningkatkan  keyakinan  bakat  terbaik  untuk memohon  dan 

terus berkhidmat di UKM.  Tafsiran serta peranan Fakulti, institut, Pusat 

Kecemerlangan dan Pusat Perkhidmatan  Sokongan  telah diperjelaskan. 

Pelantikan hakiki dan bersama,  gelaran  serta  elaun  jawatan dan  tugas 

telah dikemaskini.  

Page 25: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

25

 

Yang kedua adalah budaya komunikasi yang  juga  terbuka.  Ini  termasuk 

menghapus  hieraki  yang  tinggi  dan  membuka  saluran  komunikasi 

langsung  melalui  emel  atau  sistem  penghantaran  mesej.  Budaya 

memberi  penjelasan    arahtuju,  mengambil  tindakan  ke  atas 

maklumbalas,  menghargai  perbincangan  dan  rundingan  dengan 

keserakanan  akan  dimantapkan.  Ini  akan       mengukuhkan    taat  setia 

kepada  institusi, mengeratkan hubungan dan saling menghormati serta 

mendalami  kepercayaan.  Budaya  ini  akan  mengurangkan  masalah 

disiplin dan pelanggaran etika tingkahlaku. 

 

Yang ketiga adalah mematuhi  saluran membuat  keputusan. Mesyuarat 

peringkat  Universiti  adalah  Mesyuarat  Lembaga  Pengarah  (LPU), 

Mesyuarat  Senat,  Mesyuarat  Pengurusan  Universiti  (MPU),  dan 

Mesyuarat  Ketua  Bahagian  (MKB).  Keputusan  mesyuarat  yang 

dikendalikan dibawah portfolio masing‐masing, termasuk yang di bawah 

Naib  Canselor  seperti  Majlis  Kualiti,  Majlis  Pengetua,  dan  Majlis 

Teknologi Maklumat  perlu  dibawa    ke mesyuarat  peringkat  universiti 

yang berkaitan.  

 

SLIDE  44 : TUMPUAN KEPADA KUALITI  

Sungguhpun UKM  telah memenangi Anugerah Kualiti Perdana Menteri 

pada  tahun 2006, keterlibatan berterusan daripada kepimpinan  sangat 

penting  untuk  menyediakan  keadaan  dan  suasana  pengembelengan 

komitmen yang luas terhadap kualiti, justeru itu usaha penambahbaikan 

akan hidup mekar.  

Page 26: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

26

 

Keefisienan  dan  keberkesanan  sistem  penyampaian  perlu  diterap 

dengan mendalam sebagai budaya korporat UKM.   Penerapan ini mesti 

berlaku  pada  semua  peringkat  –  daripada  Naib  Canselor  ke  Dekan, 

Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Pengerusi Pusat, Ketua 

program dan kepada semua peringkat pengurusan dan pekerja biasa.  

 

Kita  tidak  boleh  hanya  bercakap  tentang  kualiti  sistem  penyampaian. 

Kita  mesti  bangga  dengan  usaha  menghasilkan  produk,  bahan  dan 

perkhidmatan yang boleh dianggap kelas dunia. Kita mesti bangga dan 

berusaha  terus  menerus  untuk  menghapuskan  kelalaian  dan  segala 

kelemahan, kekurangan, kecacatan dan kerja yang tidak bermutu.  

 

SLIDE 45 : MENANAM PERASAAN BANGGA     

Dalam  usaha  menarik  hati  dan  minda  kakitangan  dan  pelajar,  amat 

penting  sekali  disuntik  perasaan  bangga  dengan  UKM  dan menaikkan 

semangat untuk sentiasa menambahbaik. 

Ini  dilakukan melalui  tanda  arasan  dan membandingkan  dengan  yang 

terbaik.  

 

Oleh kerana perasaan bangga juga datang daripada pengiktirafan luaran, 

sanjungan  dalam  pelbagai  bentuk  akan  terus  dijadikan  amalan  bagi 

mereka yang   mendapat anugerah, akreditasi, sebutan, dan sebagainya 

yang berasas prestasi berkualiti yang berpanjangan.  

 

Page 27: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

27

SLIDE  46 :  PENJENAMAAN 

Mempelajari daripada pasaran sedang‐muncul, kita perlu kikis persepsi 

negatif  dengan  membina  reputasi  berasaskan  kualiti  akademik  yang 

konsisten dan jenama yang jelas kelainannya (distinctive), mudah diingat 

dan  disanjung  tinggi.  Ini  adalah  proses  yang  memakan  masa  yang 

panjang dan melibatkan semua warga UKM.  

 

PPKK  akan  memastikan  kitaran  kualiti  dilaksanakan  supaya  proses 

pengajaran‐pembelajaran,  penyelidikan  dan  khidmat  masyarakat 

sentiasa di kemaskini dan ditambahbiak.  

 

PPKK akan menyediakan pelan komunikasi bagi menonjolkan pencapaian 

para akademik dan kejayaan para pelajar di peringkat kebangsaan dan 

antarabangsa  dan  meningkatkan  kesedaran  umum  tentang  nic  UKM 

melalui penulisan umum, advokasi, kolum dalam akhbar utama,  laman 

web UKM, Senada, Resonance dan sebagainya.  

 

  

Page 28: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

28

SLIDE  47 : ORGANISATION PEMBELAJARAN DAN PENGAMBILALIHAN 

Kelestarian  prestasi  dan  reputasi  UKM  bergantung  kepada 

kesinambungan  tradisi akademik dan budaya kecemerlangan organisasi 

yang dipupuk dan diperkembangkan dari generasi ke generasi.  

 

Ini  akan  hanya  berlaku  jika  kita  mempunyai  proses  penambahbaikan 

secara  berterusan  dan  pelan  pembangunan  kepimpinan  yang  akan 

mengambilalih  (succession  planning)  sebagai  satu  keutamaan  strategik 

dan  kritikal.  Proses  yang  menyerap  seluruh  organisasi  pada  semua 

peringkat  dan  melibatkan  individu,  kumpulan  kerja  serta  budaya 

organisasi dipertanggungjawabkan kepada PPKK.  

 

Tanda  arasan  akan  dibuat  dengan  beberapa  institusi  dan  syarikat 

multinasional  yang  telah  berjaya  membangunkan  sumber  manusia 

tempatan untuk mengambilalih kepimpinan asing.   

 

Page 29: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

29

PENUTUP 

Saya akhiri dengan seloka pantun: 

 

Menjejak  kelas dunia kita tak puas  

Usaha “sedang muncul” akan kita galas 

Saban hari berhempas pulas 

Semua bekerja dengan ikhlas 

 

Reputasi akademik terus dibina 

Asas jenama kita bersama 

Sejarah penubuhan tidak dilupa 

Dalam mengejar globalisasi dunia 

 

Menghasil modal insan berkreativiti 

Menjana idea membuat inovasi 

Agar kerja sentiasa bermutu tinggi 

Di persada dunia sangat disanjungi 

 

Mari kita bersiap sedia 

Sebagai Universiti Penyelidikan terus mara 

Nic dipilih untuk memfokus usaha 

Menggembeleng kekuatan disiplin semua 

 

Sistem sokongan telah didiri 

Keutamaan kepada “efficient delivery” 

Sistem governans membudaya integriti 

Agar output sentiasa berkualiti 

Page 30: SLIDE 1: TAJUK - core.ac.uk · 1 Januari kita menyambut tahun baru Masihi Awal ... SLIDE 4 : KERANGKA ... • serta memastikan aplikasi ciptaan dan inovasi sains secara beretika.

30

 

Marilah kita bersama‐sama 

Kuatkan tekad untuk berjaya 

Berganding bahu sehati sejiwa 

Agar UKM di mercu dunia 

 Pantun 

Lemang dibuat  di warung Cik Ali 

Rendam pulut di buat tapai 

Memang dipanjat gunung yang tinggi 

Azam yang kuat akan tercapai.   

 

Insya Allah 

 

SLIDE 48: TERIMA KASIH