Skrip Pengacara
description
Transcript of Skrip Pengacara
SMK PERLISTEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS SAMBUTAN TAHUN BARU CINA2015
DISEMPURNAKAN OLEH :
TN HJ ROOSLEE B ISMAILPENGARAH PENDIDIKAN
NEGERI PERLIS
17 FEBRUARI 2015 ( SELASA)EN AHMAD SHAFIZAL B MOHD SHAFIEPN AQILAH BT AHMAD ZAILANI
PENYAMPAIPERISTIWABUTIRAN PENYAMPAICATATAN
En. Ahmad ShafizalKetibaan tetamu khasMengumumkan ketibaan:
Tn Hj Rooslee b Ismail
Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
En. Ahmad ShafizalNyanyian laguKita mulakan majlis pada pagi ini dengan menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis Dan Lagu Sekolah.Hadirin dimohon berdiri
Nyanyian-
En. Ahmad ShafizalTetamu dudukPara jemputan dan hadirin dipersilakan duduk
En. Ahmad ShafizalYang Berbahagia,
Tn Hj Rooslee b Ismail
Pengarah PendidikanJabatan Pendidikan Negeri PerlisYang dihormati,
Tuan Hj Zarawi bin Hj Dogol , SIP+
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Yang dihormati,
Cik Lim Fong Yee, Pegawai Angkat Akademik SMK Perlis, Sektor Pengurusan Akademik JPN Perlis
Yang Berusaha,
Pn Kang Lee Lee
Pengetua, SMK Perlis
Yang Dihormati,
......................................................
Dan ..............................................
Wakil Lembaga Pengurusan Sekolah
Yang Dihormati,En Hamid b Darus,Yang Dipertua PIBG dan barisan AJK PIBG SMK Perlis
Yang dihormati,ASP Tuan Sabtu b Md AliPegawai Perhubungan SekolahPDRMYang Dihormati lagi dikasihi,
Saf Kepimpinan Penolong Kanan,Guru-guru kanan, guru-guru cemerlangYang dikasihiBarisan guru yang berdedikasi Seterusnya,
Para pelajar, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin sekalianSELAMAT DATANG KE MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BAHARU CINA SMK PERLIS BAGI TAHUN 2015
Pn AqilahUcapan aluan pengerusi majlis
Bismillahhirahmannirahim Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.Kita berasa amat bertuah kerana pada pagi ini kita masih lagi berpeluang untuk berada di Dewan Arena Bicara untuk sama-sama menjayakan Majlis Sambutan Perayaan Tahun baharu Cina SMK Perlis bagi tahun 2015.
Pihak majlis juga ingin membingkiskan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian serta keprihatinan Yang Berbahagia,
Tn Hj Rooslee b Ismail
Pengarah Pendidikan Negeri PerlisSerta tetamu-tetamu jemputan untuk sama-sama menjayakan majlis pada pagi yang sejahtera ini.
Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.
En Ahmad ShafizalUcapan aluan PengetuaSidang hadirin yang dimuliakan,Aturcara Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina SMK Perlis 2015 diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Kang Lee Lee, Pengetua SMK Perlis untuk mengungkapkan sepatah dua kata aluan. Dipersilakan,
~ UCAPAN ALUAN PENGETUA
Pn AqilahSelesai ucapan PengetuaDemikianlah tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
Pn AqilahUcapan PerasmianSidang hadirin yang budiman, Kalau tuan pikat kenari,
Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami
Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail,
Pengarah Pendidikan Negeri Perlis bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina SMK Perlis 2015Dengan segala hormatnya, dipersilakan.~ UCAPAN PERASMIAN TUAN PENGARAH
En. Ahmad ShafizalSelesai ucapan perasmian
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail, atas ucapan perasmian sebentar tadi.Terima kasih tuan.
En. Ahmad ShafizalBerbilang kaum hidup bersama,Bersopan-santun amatlah mesra,
Tak kira bangsa juga agama,Tahun Baru Cina disambut dengan gembira.Acara diteruskan dengan gimik perasmian Majlis Sambutan Tahun Baru Cina
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan 1. Yang Berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis
2. Encik Hj Zarawi b Hj Dogol
3. Cik Lim Fong Yee
4. Puan Kang Lee Lee, Pengetua SMK Perlis
5. ....................................... wakil Lembaga Pengurusan sekolah
6. En Hamid b Darus, YDP PIBG
7. ASP Tn Sabtu b Md Ali
8. ....................................... ( AJK PIBG)
9. .............................................
Tampil ke hadapan pentas untuk menulis kaligrafi
Pn AqilahTerima kasih diucapkan kepada Tuan Pengarah serta tetamu jemputan atas kesudian menyempurnakan gimik pelancaran acara sambutan kita pada hari ini.Hadirin yang dihormati,Untuk pengetahuan semua,Maksud perkataan kaligrafi yang ditulis sebentar tadi ialah Persekitaran suasana yang harmoni membawa keamanan serta kemakmuran kepada negara yang merupakan sebuah ungkapan peribahasa bahasa cina.
Pn AqilahSidang hadirin sekalian,Sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Sekolah, 2 buah pertandingan telah dijalankan iaitu pertandingan menulis kaligrafi dan pertandingan Tanglung. Justeru, bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Hj Rooslee b . Ismail diiringi Puan Kang Lee Lee untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
En. Ahmad ShafizalPenyampaian hadiahDengan ini diumumkan senarai pemenang bagi pertandingan kaligrafiPemenang bagi menengah rendahTempat ketiga- Ooi Tsin Ning ( 3A1)
Naib Johan Low Hooi Ting ( 2A2)
Johan Tan Su Chi ( 3 KPG)
Pemenang bagi Menengah Atas
Tempat ketiga- Liew Jia Wen ( 5A3)
Naib Johan Lye Bi Jun (4A3)
Johan Ong Mei Ning ( 4A3)
Seterusnya pemenang bagi pertandingan Tanglung
Hadiah Saguhati Oooi Tsin Ning (3A1)
Tempat Ketiga Lim Yee Hui (1A )
Naib Johan Lim Yee Tzi ( 4A2)
Johan Tan Su Chi ( 3 KPG)
En. Ahmad ShafizalSelesai upacaraPenyampaian Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berbahagia, Tuan Hj Rooslee b Ismail atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang sebentar tadi..
Pn AqilahCenderamata PerasmiSebagai tanda penghargaan atas kesudian Yang Berbahagia Tn Hj Rooslee b. Ismail, Pengarah Pendidikan Negeri Perlis merasmikan Sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina SMK Perlis ,
majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha Puan Kang Lee Lee ,Pengetua SMK Perlis untuk menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berbahagia tuan.Dengan segala hormatnya dipersilakan
Burung nuri burung merpatiHinggap di beranda hinggap di tangan ,cenderamata diberi seikhlas hatiSebagai tanda buat kenangan
Pn. AqilahSelesai penyampaian cenderamata kepada vipTerima kasih diucapkan kepada Puan Kang Lee Lee atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.
En. Ahmad ShafizalPenutupSuasana perayaan terasa meriah
Acara menarik menjadi sajian
Ucapan sudah, perasmian pun sudah
Marilah kita menyaksikan persembahanDengan itu, pihak majlis mengajak hadirin sekalian untuk sama-sama menyaksikan persembahan- persembahan yang akan disajikan.Untuk itu, majlis mempersilakan saudari Insyirah., Lee Shu Qi dan Anne Marie untuk mengendalikan aturcara seterusnya.~ SELESAI ACARA PERSEMBAHAN~
En. Ahmad ShafizalTerima kasih diucapkan kepada saudari ....................................., Lee Shu Qi dan Anne Marie.Majlis mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi iniDari mana asalnya usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan disimpan di dalam hatiUbi manis ubi keladikalau ada ditambah lagi sekiranya umur panjang direstuikita pasti berjumpa lagiSeterusnya dengan segala hormatnya Majlis mempersilakan Yang Berbahgia Tuan Hj Rooslee b Ismail diiringi Pn Kang Lee Lee dan tetamu-tetamu jemputan untuk menikmati jamuan makan yang disediakan. .
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Seterusnya, upacara agihan limau kepada para pelajar. Mohon para pelajar bertenang
6Sambutan Tahun Baru Cina 2015