SKP/SH/33/2017 - moe.gov.mymoe.gov.my/images/KPM/BBT/BOSD SARAWAK/DOKUMEN...mengemukakan salinan...
-
Upload
nguyenquynh -
Category
Documents
-
view
228 -
download
5
Transcript of SKP/SH/33/2017 - moe.gov.mymoe.gov.my/images/KPM/BBT/BOSD SARAWAK/DOKUMEN...mengemukakan salinan...
1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SKP/SH/33/2017
SEBUT HARGA KONTRAK PUSAT BAGI PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT BERASASKAN LOGAM
BAGI PEMEROLEHAN KELENGKAPAN BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS DAERAH (BOSD),
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , ZON SARAWAK
Penyebut harga diingatkan supaya melindungi dokumen ini sepertimana yang termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972
2
SENARAI SEMAK DOKUMEN SEBUT HARGA
PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT BERASASKAN LOGAM BAGI PEMEROLEHAN KELENGKAPAN BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU
TEKS DAERAH (BOSD), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , ZON SARAWAK
Bil Perkara Catatan
Ditanda Oleh
Penyebut Harga (√)
Ditanda Oleh Jawatankuasa
Pembuka
Dokumen Teknikal
1 Borang T1 Pematuhan Spesifikasi Teknikal Wajib
2 Borang T2
Senarai kontrak yang telah dijalankan mulai tahun 2015 sehingga kini (Membekalkan perabot pelbagai jenis Sahaja)
Jika Ada (sertakan
surat setuju terima)
3 Borang T3 Senarai kontrak yang sedang dijalankan (Membekalkan perabot pelbagai jenis Sahaja)
Jika Ada (sertakan
surat setuju terima)
4 Borang T4 Maklumat syarikat Wajib
5
Profil syarikat yang terkini - Tandakan sebagai Lampiran T5
Wajib
Dokumen Kewangan
7 Lampiran Q Wajib
8 Borang K1 Syarat-syarat kontrak Wajib
9 Borang K2 Borang akuan sebut harga Wajib
10 Borang K3 Ringkasan Tawaran Harga Wajib
11 Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan - Tandakan sebagai Lampiran K4 Wajib
12 Salinan sijil Pendaftaran Bumiputera dengan Jika Ada
3
Bil Perkara Catatan
Ditanda Oleh
Penyebut Harga (√)
Ditanda Oleh Jawatankuasa
Pembuka
Kementerian Kewangan - Tandakan sebagai Lampiran K5
13
Salinan penyata bulanan bank bagi tiga bulan terakhir iaitu : i. Mei, Jun dan Julai 2017 atau ii. Jun, Julai dan Ogos 2017
Tandakan sebagai Lampiran K6
Wajib
14 Surat pengesahan perkhidmatan (testimonial) daripada dua (2) agensi kerajaan - Tandakan sebagai Lampiran K7
Jika Ada
15 Surat Akuan Pembida ditandatangani dan dicop syarikat - Tandakan sebagai Lampiran K8 Wajib
16 Surat Perwakilan Kuasa - Tandakan sebagai Lampiran K9 Wajib
* Dokumen yang diperlukan oleh Kerajaan hendaklah ditanda seperti yang dinyatakan dalam senarai semak di atas dan dijilid dengan kemas.
4
Sebut harga adalah dipelawa kepada pembekal-pembekal bumiputera/yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia di dalam bidang 020101 yang masih berkuat kuasa untuk
menyertai sebut harga.
Bil. Tawaran
SKP/SH/33/2017
Perkhidmatan
PERKHIDMATAN MEMBEKAL DAN MENGHANTAR PERABOT BERASASKAN LOGAM BAGI PEMEROLEHAN KELENGKAPAN BILIK OPERASI SKIM PINJAMAN BUKU TEKS DAERAH (BOSD), KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA , ZON SARAWAK
Lokasi
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Aras 3. Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Diplomatik Off Jalan Bako Petra Jaya 93050 KUCHING, SARAWAK
Kod Bidang 020101
Sesi Taklimat Dan Lawatan
Tapak Tiada
Tarikh Tutup Sebut Harga 18 September 2017 ( hari Isnin ) sebelum 12.00 tengahari
KENYATAAN SEBUT HARGA
5
1.0 PERIHAL SEBUT HARGA
1.1 Sebut harga ini adalah sebut harga kepada kontrak pusat bagi Perkhidmatan
Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan
Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD),
Kementerian Pendidikan Malaysia, Zon Sarawak.
1.2 Sebut harga ini terikat kepada Syarat Am dan Syarat Khas serta syarat-syarat lain
yang dikembarkan bersama-sama dokumen Sebut harga ini. Semua penyebut
harga hendaklah mematuhi sepenuhnya syarat-syarat ini apabila menyertai sebut
harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan
menyebabkan tawaran sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan. 1.3 Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana individu atau syarikat yang bertindak
sebagai orang ketiga di dalam sebut harga ini. Sekiranya penyebut harga
mempunyai sebarang permasalahan berkaitan sebut harga ini hendaklah dirujuk
terus kepada pihak Kerajaan.
Pertanyaan berkaitan: Dokumen Tawaran Sebut Harga: i. En. Sapian Bin Mohd Arshad
Tel: 03 – 8884 4492
Skop dan spesifikasi : i. Encik Mohd Kamil bin Abd. Shukor
Tel : 03- 8884 4486
2.0 TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK
- Tiada
3.0 CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUT HARGA 3.1 Tawaran sebut harga hendaklah dibuat dalam borang-borang yang telah
disediakan dan selepas ini akan dipanggil sebagai dokumen sebut harga.
ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA
6
3.2 Penyebut harga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam
dokumen sebut harga serta menyemak kandungan dokumen sebut harga dengan
teliti sebelum mengisi borang. 3.3 Penyebut harga dikehendaki mengemukakan dan mengisi dengan lengkap
borang-borang yang disediakan dalam lampiran seperti berikut :
Bil Perkara Catatan
Dokumen Teknikal
1 Borang T1 Pematuhan Spesifikasi Teknikal Wajib
2 Borang T2 Senarai kontrak yang telah dijalankan mulai tahun 2015 sehingga kini
Jika ada (sertakan surat setuju terima)
3 Borang T3 Senarai kontrak yang sedang dijalankan Jika Ada
(sertakan surat setuju terima)
4 Borang T4 Maklumat syarikat Wajib
5 Profil syarikat yang terkini - Tandakan sebagai Lampiran T5 Wajib
Dokumen Kewangan
6 Lampiran Q Wajib
7 Borang K1 Syarat-syarat kontrak Wajib
8 Borang K2 Borang akuan sebut harga Wajib
9 Borang K3 Ringkasan Tawaran Harga Wajib
10 Salinan sijil pendaftaran dengan Kementerian Kewangan - Tandakan sebagai Lampiran K4 Wajib
11 Salinan sijil Pendaftaran Bumiputera dengan Kementerian Kewangan - Tandakan sebagai Lampiran K5 Jika Ada
12 Salinan penyata bulanan bank bagi tiga bulan terakhir iaitu : Mei, Jun dan Julai 2017 atau Jun, Julai dan Ogos 2017 Tandakan sebagai Lampiran K6 Wajib
13 Surat pengesahan perkhidmatan (testimonial) daripada dua (2) agensi kerajaan - Tandakan sebagai Lampiran K7 Jika Ada
7
Bil Perkara Catatan
14 Surat Akuan Pembida ditandatangani dan dicop syarikat - Tandakan sebagai Lampiran K8 Wajib
15 Surat Perwakilan Kuasa - Tandakan sebagai Lampiran K9 Wajib
3.4 Profil syarikat yang dikemukakan perlu merangkumi maklumat-maklumat terkini
dan maklumat tambahan seperti berikut :
3.4.1 Kawasan operasi
3.4.2 Kemudahan pejabat
3.4.3 Peralatan dan kenderaan; dan
3.4.4 Carta organisasi pengurusan setempat yang ditawarkan
3.5 Penyebut harga dinasihati agar berhati-hati dalam penyediaan semua maklumat
dan memastikan keperluan maklumat dalam jadual dipatuhi. Kegagalan
mengemukakan mana-mana maklumat yang wajib membolehkan penyebut harga
tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.
3.6 Penyebut harga juga hendaklah memastikan agar semua kiraan dan maklumat
termasuk harga tawaran dinyatakan dengan jelas dan tidak bercanggah dengan
maklumat / harga tawaran dalam mana-mana bahagian dokumen Sebut harga.
4.0 PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA
4.1 Penyebut harga hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu tawaran Sebut
harga. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.
4.2 Penyebut harga dikehendaki membuat penyerahan dokumen Sebut harga yang
terdiri daripada Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan melalui secara manual.
4.3 Penyerahan dokumen secara manual dilaksanakan dengan mencetak satu (1) set
Cadangan Teknikal dan satu (1) set Cadangan Kewangan serta perlu di comb
binding. Penyebut harga hendaklah menyediakan dua (2) sampul surat yang
berbeza dengan catatan SAMPUL 1 – CADANGAN TEKNIKAL dan SAMPUL 2 – CADANGAN KEWANGAN. Kedua-dua sampul surat tersebut hendaklah
8
dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang lebih besar dan berlakri. Di sebelah
kiri bahagian atas sampul surat tersebut hendaklah ditulis
No. Sebut harga : SKP/SH/33/2017
Semua dokumen hendaklah di alamatkan kepada
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Aras 3. Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Diplomatik Off Jalan Bako Petra Jaya 93050 KUCHING, SARAWAK
dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga di
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Aras 3. Unit Perolehan dan Pengurusan Aset Jalan Diplomatik Off Jalan Bako Petra Jaya 93050 KUCHING, SARAWAK
4.4 Dokumen ini perlu dihantar kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak,
sebelum jam 12.00 tengah hari, 18 September 2017 (hari Isnin). Kerajaan tidak
akan bertanggungjawab jika tawaran sebut harga oleh penyebut harga dan kegagalan menyerahkan dokumen sokongan secara manual mengikut tarikh tutup dan masa yang ditetapkan.
5.0 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH 5.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada
mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 5.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan
kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau
diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.
Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
9
5.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan tatatertib terhadap anggota
perkhidmatan awam dan menyenarai hitam penyebut harga boleh diambil
sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). 5.4 Mana-mana penyebut harga yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan
ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekalkan mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana
anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah
melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009 (Akta 694).
Bahagian Buku Teks tidak terikat untuk menerima Sebut Harga yang terendah atau mana-
mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Tawaran Sebut
Harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga Bahagian Buku Teks adalah muktamad.
Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia
10
SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA
SYARAT AM
1.0 KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI SEBUT HARGA 1.1 Penyebut harga yang hendak menyertai sebut harga ini hendaklah berdaftar dengan
Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang 020101– Perabot, Peralatan Pejabat, Hiasan Dalaman dan Domestik yang masih berada dalam tempoh sah
laku. Jika tempoh pendaftaran telah atau hampir tamat, penyebut harga hendaklah
mengemukakan salinan surat daripada Kementerian Kewangan Malaysia yang
menyatakan permohonan untuk lanjutan telah dibuat.
2.0 TEMPOH SAH LAKU TAWARAN
2.1 Tempoh sah laku tawaran Sebut harga ini adalah selama 90 hari bermula
daripada tarikh sebut harga ditutup. 2.2 Seseorang penyebut harga tidak boleh menarik balik sebut harganya dalam
tempoh 90 hari tersebut.
3.0 HARGA TAWARAN
3.1 Harga yang ditawarkan adalah termasuk semua kos seperti caj perkhidmatan,
menghantar dan kos-kos lain yang bersangkutan dengan perkhidmatan ini.
3.2 Harga yang ditawarkan adalah tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut harga
ini ditutup dan akan berkuat kuasa selama dalam tempoh sah laku Sebut harga.
Penyebut harga yang berjaya hendaklah mematuhi syarat-syarat kontrak selama
tempoh kontrak berkuat kuasa dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.
4.0 POLISI INSURANS
4..1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki mengambil polisi insurans dengan
perbelanjaan sendiri daripada syarikat insurans yang diperakui iaitu :
4.1.1 Polisi Insurans Ganti Rugi Pekerja dengan Endorsement ’A’ dan ’B’
(Workmen’s Compensation Insurance With Endorsement A and B)
11
4.1.2 Polisi Insurans Liabiliti Awam
5.0 KRITERIA PEMILIHAN SECARA UMUM OLEH KERAJAAN
5.1 Kerajaan akan memilih penyebut harga yang dapat menawarkan pakej terbaik
dari segi penilaian aspek-aspek berikut: 5.1.1 Harga tawaran 5.1.2 Kedudukan kewangan syarikat. 5.1.3 Mempunyai kakitangan/ pekerja yang mencukupi dan bersesuaian
dengan skop dan spesifikasi perkhidmatan. 5.1.4 Mempunyai peralatan yang mencukupi dan bersesuaian dengan skop
dan spesifikasi perkhidmatan. 5.1.5 Latar belakang dan rekod penyebut harga 5.1.6. Keupayaan syarikat menyediakan perkhidmatan yang cekap, sistematik
dan peka terhadap keperluan kerajaan
6.0 SETUJU TERIMA SEBUT HARGA 6.1 Kerajaan tidak terikat untuk menerima penyebut harga terendah atau mana-mana
penyebut harga. Keputusan Sebut harga adalah muktamad. Kerajaan tidak akan
melayan sebarang surat-menyurat yang berupa rayuan daripada penyebut harga. 6.2 Bagi penyebut harga yang berjaya, Kerajaan akan menghantar dokumen kontrak
yang perlu dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Sehingga
kontrak formal ditandatangani, dokumen sebut harga bersama-sama Surat
Setuju Terima adalah dianggap sebagai kontrak yang sah.
7. 0 PINDAAN DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Kerajaan berhak meminda atau membatalkan mana-mana dokumen yang
membentuk sebahagian daripada pelawaan sebut harga ini, pada bila-bila masa
tanpa memberi notis terlebih dahulu untuk menguatkuasakan perubahan dalam
polisi atau membetulkan mana-mana yang silap, tertinggal, tidak jelas atau tidak
selaras yang mungkin timbul selepas pelawaan sebut harga ini dikeluarkan.
12
8.0 PEMBATALAN SEBUT HARGA
8.1 Kerajaan berhak membatalkan keseluruhan sebut harga ini tanpa apa-apa
tuntutan ganti rugi.
9.0 PENAMATAN KONTRAK
9.1 Jika penyebut harga yang terpilih gagal memberikan perkhidmatan yang
memuaskan, Kerajaan berhak pada atau bila-bila masa menamatkan kontrak ini
dengan memberikan notis penamatan secara bertulis dalam masa 30 hari kepada
penyebut harga tanpa apa-apa pampasan. 9.1.1 Kerajaan, selepas memberi notis bertulis 14 hari kepada penyebut harga,
mempunyai hak untuk menamatkan dengan serta-merta kontrak ini jika :
i. Penyebut harga melakukan sebarang pelanggaran obligasi-
obligasinya di bawah mana-mana peruntukan kontrak ini; atau
ii. Didapati bahawa penyebut harga atau agennya, atau mana-mana
orang yang digajikan olehnya atau bertindak bagi pihak dirinya, telah
terlibat dalam apa-apa cara yang menyalahi undang-undang/amalan
salah kerana melakukan atau cuba melakukan atau kerana telah
melakukan atau telah cuba melakukan apa-apa tindakan yang
menyalahi undang-undang berhubung dengan mendapatkan,
penyempurnaan dan/atau pelaksanaan kontrak ini atau mana-mana
kontrak lain dengan Kerajaan Malaysia; atau
iii. Jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa
penyebut harga, pekerja-pekerja atau mana-mana pihak yang
bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan
penyebut harga), telah melakukan perbuatan rasuah dan/atau apa-
apa perbuatan yang akan terjumlah kepada suatu kesalahan di
bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta
694) berhubung dengan kontrak ini dan/atau mana-mana kontrak
lain dengan Kerajaan.
13
10. TINDAKAN TATATERTIB 10.1 Jika mana-mana penyebut harga :
10.1.1 Menarik balik sebut harga sebelum tamat tempoh sah sebut harga atau
apa-apa tempoh lanjutan; atau
10.1.2 Mengenakan had, syarat atau perjanjian tambahan selepas tarikh akhir
yang ditetapkan bagi penyerahan sebut harga (dan dalam hal yang
sedemikian ia hendaklah disifatkan sebagai penarikan balik sebut
harga ini); atau
10.1.3 Jika sekiranya telah disetuju terima, enggan dan tidak melaksanakan
kontrak yang formal atau tidak meneruskan perkhidmatan; atau
10.1.4 Jika sekiranya mengemukakan dokumen atau penyataan palsu maka dalam mana-mana hal itu, Kerajaan hendaklah tanpa menyentuh
apa-apa hal lain yang ada padanya, sentiasa berhak mengambil
tindakan tatatertib atau membatalkan pendaftaran penyebut harga
sebagai kontraktor Kerajaan, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh
Kerajaan. 11.0 AKTA-AKTA YANG BERKAITAN
11.1. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88);
11.2. Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;
11.3. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694);
12.0 INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN
Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan Bil. 10 Tahun 2010 bertarikh 16 Disember 2010;
12.1 Secara ringkasnya Integrity Pact merupakan satu proses pengisytiharan oleh Penyebut Harga untuk tidak menawar atau memberi rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepatkan sesuatu urusan Perolehan Kerajaan. Tujuan utama Integrity Pact dilaksanakan dalam perolehan Kerajaan adalah untuk:
12.1.1 mengelak Penyebut Harga daripada menawar atau memberi rasuah;
12.1.2 menghendaki Penyebut Harga melaporkan sebarang kesalahan rasuah kepada Pihak Berkuasa; dan
14
12.1.3 memastikan Kerajaan tidak menanggung “unnecessary costs” dalam pelaksanaan urusan perolehan.
12.2 Penyebut Harga yang menghantar dokumen tawaran hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran K8) mengaku janji bahawa Penyebut Harga tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran K9) menandatangani bagi pihak syarikat sebagai tanda bahawa beliau adalah individu yang diberi kuasa untuk berurusan dengan pihak Kerajaan bagi urusan perolehan/perjanjian bagi Sebut Harga ini.
12.3 Penyebut Harga yang berjaya dan dilantik secara rasmi oleh pihak Kerajaan dikehendaki menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya mengaku janji bahawa tidak menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran K9) menandatangani bagi pihak syarikat.
13.0 Harga
13.1 Harga yang ditawarkan adalah harga tetap, harga bersih dan dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja serta tidak boleh dipinda selepas penawaran ini ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sah laku penawaran dan kontrak. Walau apapun, Kerajaan berhak membuat perubahan pada bila-bila masa.
13.2 Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada jumlah senaskhah. Harga yang diserahkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan. Contoh: RMX.xx.
13.3 Penyebut Harga yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan.
13.4 Harga tawaran Penyebut Harga hendaklah juga diisi di dalam dokumen Sebut Harga (Borang K3): Lampiran ini mestilah bertaip. Kerajaan adalah berhak membuat sebarang keputusan berhubung harga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia , Zon Sarawak dalam Borang K3.
13.5 Harga yang ditawarkan perlulah meliputi semua kos membekal, memasang dan menghantar serta sepanjang tempoh jaminan yang telah dipersetujui didalam kontrak.
13.6 Semua tawaran harga yang dikemukakan oleh Penyebut Harga hendaklah dikemukakan termasuk kenaan GST.
13.7 Penyebut Harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Kementerian.
13.8 Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya adalah berdaftar GST dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM), Kementerian akan mengeluarkan
15
Surat Setuju Terima (SST) kepada Penyebut Harga dengan tawaran harga termasuk kenaan GST.
13.9 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran harga terendah atau mana-mana tawaran pun. Keputusan Kerajaan adalah muktamad dan sebarang cadangan, bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.
14.0 Perjanjian Kontrak
14.1 Penyebut Harga yang berjaya adalah diwajibkan mengikat kontrak dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
14.2 Syarat-syarat dalam penentuan Sebut Harga dan surat tawaran adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.
14.3 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki menyediakan tiga (3) salinan fotostat kontrak asal. Perbelanjaan tersebut ditanggung oleh Penyebut Harga yang berjaya.
14.4 Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk membatalkan Setem Hasil pada Perjanjian Kontrak.
14.5 Pembelian Setem Hasil adalah di bawah tanggungjawab Penyebut Harga yang berjaya.
15.0 Tempoh Kontrak
15.1 Tempoh kontrak adalah untuk satu (1) tahun bermula dari tarikh yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima. Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.
16.0 Perubahan Syarat-Syarat
16.1 Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat yang terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan.
17.0 Iklan
17.1 Tiada iklan mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat pengiklanan terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.
18.0 Cara dan Tempoh Penghantaran
Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia, Zon Sarawak hendaklah cukup dari segi bilangannya, dibekal dengan sempurna mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, mengikut cara dan tempoh penyerahan seperti yang dinyatakan dalam Surat Setuju Terima.
16
19.0 Denda Lewat Pembekalan
19.1 Kontraktor yang berjaya mestilah menyempurnakan kontrak pembekalan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak.
19.2 Kontraktor yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagal menyempurnakan pembekalan tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak. Cara pengiraan denda tersebut mengikut formula berikut :
Formula Bagi Mengira Denda Lewat Pembekalan
Denda = V(T + D) x 10% T
V : Nilai bekalan yang lewat dibekalkan
T : Tempoh penyerahan yang ditetapkan
D : Bilangan hari bekalan lewat
20.0 Denda Lewat Tuntut Pembayaran
20.1 Kontraktor hendaklah membuat tuntutan pembayaran kepada Kerajaan tidak lewat daripada tempoh empat belas (14) hari dari tarikh tamat tempoh pembekalan tersebut.
20.2 Sekiranya tuntutan pembayaran lewat dan melebihi tempoh yang ditetapkan, Kontraktor boleh dikenakan denda beramaun 0.1% daripada jumlah tuntutan bagi setiap bilangan hari yang Kontraktor lewat tuntut.
Formula Bagi Mengira Denda Lewat Tuntut Pembayaran
Denda = 0.1 % (C) x (D)
C = Jumlah Nilai Tuntutan
D = Bilangan Hari Tuntutan Lewat
21.0 Terma Pembayaran
21.1 Pembayaran akan dibuat berdasarkan bekalan/perkhidmatan sebenar yang telah disempurnakan dengan syarat semua dokumen yang diperlukan telah lengkap dan disahkan dan jumlah keseluruhan pembayaran tidak melebihi nilai kontrak.
21.2 Pembekal/Kontraktor diberi peringatan supaya mengemukakan bil/tuntutan yang lengkap dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh bekalan atau perkhidmatan dibekalkan atau kerja disempurnakan untuk membolehkan bayaran dibuat dengan segera. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan pembayaran kepada pembekal/kontraktor jika bil/tuntutan tidak dihantar dengan segera dalam tempoh empat belas (14) hari.
17
21.3 Pembayaran untuk tiap-tiap tuntutan pembekalan dan/atau perkhidmatan yang telah disempurnakan akan dibuat oleh Kerajaan dalam tempoh empat belas (14) hari setelah semua dokumen lengkap dan tiada perkara-perkara berbangkit (kuiri dokumen). Pembekal/Kontraktor hendaklah atas arahan Kerajaan pada bila-bila masa memberikan respon dengan segera kepada Kerajaan apa-apa maklumat yang diperlukan bagi menyokong tuntutan pembayaran tersebut.
21.4 Semua pembayaran akan dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja kepada akaun bank Penyebut Harga yang Berjaya.
22.0 Bahan/Dokumen Yang Mesti Dikembalikan
22.1 Hanya borang rasmi yang dimuat turun melalui laman web http://www.moe.gov.my akan diterima bagi maksud Sebut Harga ini. Dokumen-dokumen selain dokumen ini tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal. Dokumen-dokumen tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yang sama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK.
22.2 Setiap helaian dokumen Sebut Harga yang digunakan termasuk dokumen tambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap dokumen mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.
22.3 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.
22.4 Penyebut Harga yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap seperti yang diminta dalam tawaran sebut harga ini akan menyebabkan tawarannya tidak akan dipertimbangkan dan ditolak sepenuhnya.
22.5 Penyebut Harga dikehendaki mengemukakan SEMUA dokumen sokongan yang diminta oleh pihak Kementerian dalam dokumen Sebut Harga. Bagi Penyebut Harga yang gagal mengemukakan kesemua dokumen yang diminta, maka Kementerian ini mempunyai hak untuk tidak menilai tawaran Penyebut Harga.
22.6 Semua dokumen Sebut Harga mestilah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan pada waktu pejabat di alamat seperti yang tersebut di atas tidak lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Ukuran setiap bungkusan dokumen Sebut Harga mestilah tidak melebihi 30 cm x 24 cm x 11 cm.
22.7 Kerajaan Malaysia tidak akan terikat untuk menerima sebarang tawaran Sebut Harga, serta tiada sebarang alasan akan diberikan kepada mana-mana Sebut Harga yang ditolak atau tidak berjaya. Sebarang
18
rayuan/cadangan/bantahan tidak akan dilayan. Keputusan Sebut Harga adalah muktamad.
22.8 Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan borang-borang penyertaan Sebut Harga akibat daripada tidak memasukkan dokumen-dokumen tersebut ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan. Jika borang-borang tersebut dihantar melalui pos atau perkhidmatan courier, Penyebut Harga dengan ini memberi amanah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menerima dan memasukkannya ke dalam Peti Sebut Harga. Walau bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan borang-borang tersebut.
SYARAT KHAS 1.0 SKOP DAN SPESIFIKASI
1.1 Skop dan spesifikasi hendaklah dibaca dan difahami supaya perkhidmatan dapat
dijalankan dengan sempurna dan mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh
Kerajaan. 1.2 Jika penyebut harga menganggap mana-mana fasa dalam sebut harga ini akan
melibatkan perbelanjaan, dia hendaklah memberi nilai wang terhadap fasa-fasa
tersebut. 1.3 Penyebut harga adalah bertanggungjawab dengan perbelanjaan sendiri ke atas
risiko pada semua, pekerja, peralatan, mesin, pengangkutan dan perkara-perkara
lain yang perlu untuk pekhidmatan kawalan keselamatan ini.
1.4 Skop dan spesifikasi perkhidmatan adalah seperti di Lampiran T1. 2.0 TEMPOH PERKHIDMATAN
2.1 Tempoh bagi Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan
Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks
Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia , Zon Sarawak adalah dalam
tempoh 50 hari dari tarikh Surat Setuju Terima.
2.2 Bayaran hanya akan dibuat tertakluk kepada perkhidmatan yang memenuhi
spesifikasi tawaran sebut harga dan diluluskan oleh Kerajaan.
19
3.0 ANGGARAN KEPERLUAN / KUANTITI 3.1 Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan Sebut Harga ini adalah seperti yang
dinyatakan dalam Lampiran I : Jadual Pembekalan Bagi Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia , Zon Sarawak
3.2 Kerajaan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yang
disebutkan dalam pelawaan Sebut Harga ini akan dipesan kesemuanya tetapi
Penyebut Harga yang berjaya mestilah bersedia membekalkan semua pesanan
tidak kira sama ada pesanan kurang/lebih daripada kuantiti yang dianggarkan
dengan harga dan syarat-syarat yang sama.
Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia 8 September 2017
20
LAMPIRAN I
Jadual Pembekalan Bagi Perkhidmatan Membekal Dan Menghantar Perabot Berasaskan Logam Bagi Pemerolehan Kelengkapan Bilik
Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Daerah (BOSD), Kementerian Pendidikan Malaysia , Zon Sarawak
BIL DAERAH SEKOLAH ALAMAT PENUH PEGAWAI/GURU PENYELARAS NO.TEL.PEJ RAK TROLI TANGGA
1 PPD Kuching YEE1301 SMK TUN ABG HJ OPENG
JALAN DEMAK PETRA JAYA, 93050 KUCHING SARAWAK.
JULIA YAP SIEW YIN
082-447540 7 1 1
2 PPD Padawan YEA1399 SK SG. MAONG LRG 17, OFF JLN KAPOR, TAMAN WEE & WEE, 93150 KUCHING SARAWAK
BOLHASSAN BIN SERI
082-240104/ 082-414689
7 1 1
3 PPD Sri Aman YCB2199 SK SRI AMAN KAMPUNG MUHIBBAH, 95000 SRI AMAN SARAWAK
HASIAH BT HJ UJI
083-321553/ 083-326445
7 1 1
4 PPD Sibu YBA3188 SK JLN DESHON OFF JALAN APOLLO, 96000 SIBU SARAWAK
KEDEMI AK NYALA
084-311372 7 1 1
5 YEA3199 SMK LANANG LOT 1819, JALAN LADA, 96000 SIBU SARAWAK.
LOI SIAW LIN 084-215540 7 1 1
6 PPD Kanowit YCC3388 SJKC YOK MING ( SJKC)
NANGA SAH, 96700 KANOWIT SARAWAK
JACKSON ANTHONY
084-752159 7 1 1
7 YBA3399 SK ULU RANAN KM7, JALAN KANOWIT/DURIN, KAWASAN RANAN, 96700 KANOWIT SARAWAK
LORA ANAK JAWIE
084-755037 7 1 1
21
8 PPD Miri YBE4199 SK KPG LUAK LO 1164, JALAN LUAK 2, KAMPUNG LUAK, JALAN BAKAM, 98000 MIRI SARAWAK.
ASMAH BINTI AMAN
085-434876 7 1 1
9 PPD Baram YCB4303 SK GOOD SHEPERD
JALAN MISSION MARUDI, 98050 MARUDI SARAWAK
ZAHARAH BT HEPNI
085-755735 7 1 1
10 YEA4399 SMK TELANG USAN
MARUDI 98050 BARAM SARAWAK
MOHD AIZAM BIN OPON
085-575157/ 085-756157
7 1 1
11 PPD Limbang YBA5113 SK SG POYAN KM 4, JALAN KUBONG, 98700 LIMBANG SARAWAK.
BIBI HISMAK BT HJ ISMAIL
085-217423/ 085-217507
7 1 1
12 PPD Sarikei YCA6199 SK AGAMA SARIKEI
JALAN RENTAP KPG BARU SEBERANG, 96100 SARIKEI
NOLIA BT KEDRI 084-655920 7 1 1
13 PPD Kapit YBB7199 SK KAPIT LOT 416, JALAN BLETEH, 96800 KAPIT SARAWAK
MOHD.SUKRI HJ BADI
084-796441/ 084-796636
7 1 1
14 PPD Bintulu YBA9199 SK ASYAKIRIN LOT 7352, BLOK 32, KEMENA LAND DISTRICT, KM5 JALAN SULTAN ISKANDAR 97000 BINTULU.
MORIS ANAK ANJAT
086-331627/ 086-330264
7 1 1
15 YBA9188 BOSD PPD BINTULU2
D/A PUSAT KEGIATAN GURU PPD BINTULU, BINTULU SARAWAK
MOHAMMAD ZAIDI BIN ISMAIL
086-331627 7 1 1
16 PPD Serian YBE8299 PPD SERIAN D/A PPD SERIAN, BATU SATU, JALAN SERIAN/ SRI AMAN, 94700 SERIAN,SARAWAK.
CHELA CHIN 082-874104 7 1 1
22
17 PPD Dalat YBE3599 SK DATU PENGIRAN MOHAMAD
KAMPUNG MASJID OYA, 96410 OYA DALAT.
LUQMAN AL HAKIM ABDULLAH
084-867225 7 1 1
18 PPD Daro YBA6402 SK HIJRAH BANDONG
JALAN ITOL, KAMPUNG BADONG 96200 DARO SARAWAK.
MASLIHUN BT MAHSEN
084-823125 7 1 1
19 PPD Betong YBB2499 SK NANGA AJAU NANGA AJAU, LAYAR BETONG 95700 BETONG SARAWAK.
AWANG MARALI AWG RAZALI
083-472152/ 083-471911
7 1 1
20 PPD Subis YBA4499 SK BEKENU KAMPUNG BEKENU ASLI,98150 BEKENU SARAWAK
IRWAN JAISUN 085-719027/ 085-719655
7 1 1
21 PPD Lawas YBB5299 SK PUSAT LAWAS KM 2, JALAN TRUSAN 98850 LAWAS SARAWAK
ABDUL MUHSEN BIN ANUAR
085-285694/ 085-285426
7 1 1
22 PPD Samarahan
YBA8199 SK DATO MOHAMMAD MUSA
KPG SINDANG, JALAN DATO MUHD MUSA, 94300 SAMARAHAN SARAWAK
ROSELINE AK SERING
082-673903 7 1 1
23 PPD Simunjan YBB8399 SK TELAGUS JEROK
KAMPUNG TELAGUS / JEROK, 94800 SIMUNJAN SARAWAK.
MELATI BT TOWFIK
082-803660/ 082-895505
7 1 1
24 PPD Lubok Antu
YBB2399 SK ENGKELILI NO.2
SUNGAI KERUH, ENGKILILI 95800 ENGKILILI SARAWAK
KUNYI AK MAWONG
083-584161 (PPD
LUBOK ANTU)
7 1 1
25 PPD Mukah YCAB101 SK AGAMA(MIS) MUKAH
JALAN BESTARI, 96400 MUKAH
AWANG SARKAWI BIN AWANG ROSLI
084-871259 7 1 1
23
26 PPD Meradong
YBE6399 SK ABANG AMIN JALAN SEKOLAH, 96500 BINTANGOR SARIKEI SARAWAK
SHAMSIAH BINTI MAHSEN
084-693597 7 1 1