SKP 2203 NOTA TITAS

download SKP 2203 NOTA TITAS

of 135

Transcript of SKP 2203 NOTA TITAS

SKP 2203 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIADr. Hj. Mohd Sharifudin Yusop Jabatanto edit Master subtitle style Click Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia C022 Sanggar Bahasa dan Komunikasi 89468939/89468938/0193885760 [email protected]

RANGKA KURSUS

Jam Kredit : 2 (2+0) Jumlah Jam Pembelajaran Pelajar : 82 jam/semester Prasyarat : Tiada Hasil Pembelajaran : Pelajar dapat;1.

2.

3.

Menjelaskan tentang sejarah, prinsip, nilai dan aspek utama pengajian ketamadunan di Malaysia secara komprehensif. (C2, LL) Menjelaskan tentang keperluan membina satu generasi muda Malaysia yang berpengetahuan dan peka mengenai isu ketamadunan dan peradaban. (C2) Membahaskan tentang aspek memperkukuhkan jati diri bangsa Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum yang mengamalkan kehidupan yang bertoleransi secara berkumpulan. (P2, A3, TS)

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini meliputi ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan pengajian ketamadunan, interaksi antara pelbagai tamadun (Melayu, Cina, dan India), dalam Tamadun Melayu serta peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia, isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun Asia dalam proses pembangunan negara

KANDUNGAN KULIAH1.

2.

3.

4.

Pengenalan ilmu ketamadunan; definisi, konsep, ciri, falsafah (4 jam) Pendekatan holistik dalam menjana peradaban; konsep holistik, pendekatan lampau - perspektif perbandingan, pendekatan holistik (4 jam) Tamadun Islam; ciri-ciri asas, sumber, matlamat, sumbangan dan pencapaian (6 jam) Islam dalam peradaban Melayu serta peranannya dalam pembinaan tamadun Malaysia; Islam dalam tamadun Melayu, teori kedatangan, kesan dan pengaruh, tamadun Melayu dalam pembinaan tamadun Malaysia (4 jam)

SambKANDUNGAN5.

6.

7.

Tamadun China; latar belakang sejarah, budaya dan sistem nilai, sistem kepercayaan, padangan dunia, sumbangan dan pencapaian (2 jam) Tamadun India; latar belakang sejarah, budaya dan sistem nilai, sistem kepercayaan, pandangan dunia, sumbangan dan pencapaian (2 jam) Isu-isu kontemporari Tamadun Islam danTamadun Asia; hegemoni barat dan globalisasi, media, ekonomi, politik, sosial, hak asasi manusia, krisis alam sekitar, persepsi jihad, etika dalam sains, kesan perkembangan kontemporari terhadap pembangunan negara, Islam Hadhari (6 jam)

PENILAIAN KURSUSKerja Kursus - 60% Ujian 1 - 20% Kerja Kursus - 40% Tugasan - 20% Pembentangan - 10% Ulasan artikel/ ringkasan artikel/

lain-lain

- 10% - 40%

Peperiksaan akhir

DEFINISI

TAMADUN

Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan oleh taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran sosial, budaya, politik yang tinggi peradabannya Keadaan serta tingkat kemajuan pada keseluruhan jasmani (kebendaan, ekonomi, politik) dan rohani (etika, moral, sistem kepercayaan) sesuatu bangsa, masyarakat; tamadun Keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, berfikir serta hasil kegiatan penciptaan berupa kebendaan, kerohanian sesuatu masyarakat; tamadun, peradaban, kemajuan akal budi

PERADABAN

KEBUDAYAAN

ISTILAH ANTAR-BAHASA

Arab Maddana: membangunkan, memodenkan sesuatu Hadharah: peradaban, sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat, kota, wilayah pertanian. Thaqafah: kebudayaan Inggeris Civilization: perbandaran Renaissance: kebangkitan Culture: kebudayaan

KONSEP TAMADUN

Ghazali Basri

Tamadun = maddana (membangunkan, memodenkan) Hadharah = peradaban Thaqafah = kebudayaan Civilization = satu sistem sosial yang menolong manusia mempertinggikan kedudukan kebudayaan. Civilization = satu cara hidup yang diberikan kriteria tertentu Civilization = sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota

W. Deorand

Redfield

A. Toynbee

KONSEP TAMADUN

A.S. Hornby & E. C. Parnwell

Civilization = meningkat pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.

Abu Bakar HamzahTamadun = suatu yang lahir dan berkembang bersama kehidupan manusia sama Click to edit Master subtitle styleada berupa skala mujarad, mahupun skala kebendaan

Mahmood Taib an-Najmi

Tamadun = peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia menambahkan hasil pengeluaran sama ada dari segi pemikiran ataupun kebendaan.

KONSEP KEBUDAYAAN

Agus Salim

Kebudayaan = persatuan antara budi dan daya Budi = akal, fikiran, pengertian, faham, pendapat, ikhtiar, perasaan Daya = tenaga, kekuatan, kesanggupan Kebudayaan = cara berfikir dan cara merasa dalam kehidupan manusia yang membentuk kesatuan sosial, dalam suatu ruang, waktu dan cara hidup Kebudayaan = satu kesatuan jalinan yang meliputi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, susila hukum, adat dan setiap kesanggupan yang diperoleh seseorang sebagai anggota masyarakat

Sidi Ghazalba

E.B. Taylor

KESIMPULAN

Kecemerlangan dan kemajuan dalam semua aspek kehidupan; material dan spiritual Material Penempatan Kemudahan Kemewahan Spiritual Tatasusila Moral Keagamaan

HUBUNGAN ANTARA TAMADUN DAN AGAMA

Kebanyakan tamadun berteraskan pandangan semesta dan doktrin agama Contoh: Tamadun Islam berasaskan keesaan Tuhan dan ketauhidan Tamadun China dan India berteraskan ajaran Buddha berdasarkan doktrin Jalan Lapan Lapis (Eight Fold Path) Masyarakat bertamadun mesti memiliki nilai susila dan moral yang tinggi Monumen-monumen tamadun silam menggambarkan amalan kehidupan beragama

HUBUNGAN ANTARA TAMADUN DAN BUDAYA

Budaya masyarakat yang tinggi menunjukkan tamadun yang tinggi Budaya tinggi membabitkan kehalusan budi dan kesempurnaan moral Budaya bersifat umum; amalan seharian Tamadun boleh bersifat khusus dengan merujuk pencapaian yang tinggi dalam semua atau mana-mana aspek budaya. Budaya berbeza mengikut kelompok Tamadun boleh bersifat universal

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

1. Penempatan Tidak nomad; menetap di kawasan yang boleh membekalkan makanan Lazimnya di lembah sungai; Cth: Tamadun Mesir Sungai Nil Tamadun Sumeria Sungai Euphrates dan Tigris Tamadun India Sungai Ganges Kewujudan kota atau bandar satu tapak atau pusat komiditi pusat acara keagamaan, perniagaan, politik

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

2. Kualiti kehidupan Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna Hasil pertanian dan penternakan meningkat dan melampaui tahap sara diri Penciptaan aktiviti ekonomi yang lebih pelbagai; pertukangan, alat pertanian, perdagangan Pembinaan kemudahan ritual agama, bangunan pentadbiran, tembok keselamatan Membawa masuk komoditi luar Pewujudan golongan khusus mengikut aktiviti ekonomi masing-masing; petani, peniaga, pentadbir

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

3. Stratifikasi sosial Wujud sistem pengelasan dalam masyarakat berdasarkan kelas dan status Stratifikasi berdasarkan pemilikan tanah pertanian Tuan tanah, buruh, hamba Penciptaan ciri status berasaskan prestij Cara dan corak pakaian, perhiasan, bentuk binaan rumah Perubahan stratifikasi berkembang berasaskan perkembangan ekonomi yang tercipta

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

4. Bahasa dan sistem tulisan Wujud satu atau beberapa bahasa yang serumpun dan sistem tulisan yang tersendiri Fungsi bahasa sebagai perantara komunikasi, perakam, penyampai, dan pewarisan khazanah ilmu Komunikasi merentas ruang masa dan latar Berlaku perkembangan ilmu Muncul golongan terpelajar Muncul seni persuratan dan sastera Doktrin agama dibukukan

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

5. Organisasi politik dan pemerintahan Wujud sistem rujukan norma (perundang-undangan) dan sistem nilai yang lebih teratur Kesatuan politik yang menyatukan masyarakat Monarki; tunggak kuasa berasaskan istana dan keturunan Cth: Tamadun Melayu, Tamadun Mesir Demokrasi; masyarakat Greek di Athens Autoritarian; Sparta Oligarki; pemerintahan oleh golongan agamawan

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

6. Teknologi dan reka cipta Perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi Pengkhususan kerja Perubahan struktur sosial Pencapaian tahap kecekapan tinggi Peningkatan daya reka cipta; teknologi baru 7. Kreativiti; seni estetika Penghayatan falsafah, kesenian, kesusasteraan, dan nilai estetika

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

8. Kehidupan beragama Bandar-bandar awal muncul di sekitar pusat upacara agama Stratifikasi sosial berteraskan agama seperti sistem kasta Bermula sebagai manifestasi terhadap kuasa luar biasa alam yang memberi kesan terhadap kehidupan manusia Tanda apresiasi terhadap nenek moyang Golongan agama mendapat kedudukan tertinggi Memberi kesan langsung terhadap pembinaan tamadun

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Faktor lokasi strategik Faktor geografi; kawasan yang mempunyai sumber semula jadi untuk kelangsungan hidup manusia Faktor keselamatan; terlindung daripada ancaman bencana manusia, haiwan, alam. Cth: Tamadun China (Lembah Huang Ho dan Yang Tse), tamadun India (Lembah Ganges), tamadun Mesopotamia (Lembah Tigris dan Euphrates), tamadun Mesir (Lembah Nil), tamadun Melayu (Selat Melaka)

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Faktor rangsangan keagamaan dan kerohanian Tuntutan agama; penghayatan nilai murni dan suci masyarakat beragama akan berusaha menujuk kesempurnaan hidup; ketinggian budaya Masyarakat cintakan ilmu; kreativiti, ketekunan, kerajinan, disiplin

Penghayatan nilai membawa kepada keharmonian hidup bermasyarakat; pembangunan negara bangsa Cth: tamadun Yunani (Plato, Aristotle), tamadun China (Lao Tze dan Kung Fu Tze), tamadun India (Kautilya, Samkara), tamadun Islam (al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali, Ibnu Khaldun)

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Faktor kestabilan politik Cth: Tamadun Melayu;

politik monarki yang teratur peluasan tanah jajahan hingga ke Perak, Selangor, Pahang, Bentan sistem perundang-undangan Hukum Kanun dan Undangundang Laut Melaka. Sistem pentadbiran tersusun 3 kerajaan utama; Sumeria, Akkadia, Babylonia Kuasai autonomi ketua agama Undang-undang bertulis; Code of Law Hammurabi undangundang awam dan hukum agama

Cth: Tamadun Mesopotamia;

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Faktor ekonomi

Awal perkembangan di lembah sungai; subur dan produktif Lembah Sg Tigris dan Euphrates; dataran subur dan berlumpur tanaman barli, sekoi, gandum, bawang Perikanan dan perdagangan Lembangan Sg Nil; pertanian dan perternakan Perdagangan tukar barang antara Mesir, Greek, Syam, Babylon Kedudukan strategik, pusat ilmu dan agama

Cth: Tamadun Mesopotamia

Cth: Tamadun Mesir Kuno

Cth: Tamadun Melayu

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Faktor sosial 1. Kecintaan ilmu; Tamadun Mesopotamia; kesusasteraan (Gilgamesh), lagenda (Etana dan Adapa), matematik/astronomi (ukuran jam, minit, saat), perubatan (550 jenis ubat herba, pembedahan mata) Tamadun Islam; geometri (al-Khawarizmi), huraian tanjen (al-Batani), astronomi (al-Biruni), kimia (alZahrawi), perubatan (Ibnu Sina) Tamadun Melayu; pusat penyebaran ilmu, sastera kitab (Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel)

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

2. Kreativiti, ketekunan, kerajinan Tamadun Mesopotamia; pakar seni bina dan pertukangan Taman Tergantung Babylon, membuat batu bata menggunakan tanah liat, teknik melebur Tamadun Mesir Kuno; penggunaan peralatan pertanian bajak, tuas, roda sabit, ciptaan Basin System untuk pengairan, kemahiran membina sampan dan kapal, artifak sejarah piramid dan sphinx.

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

Faktor toleransi Semangat mewujudkan interaksi merangsang pemupukan nilai kehidupan bertamadun Gambaran sikap terbuka menerima tamadun yang baik Sikap pemimpin memainkan peranan penting Cth: Tamadun Islam menerima sumber tamadun Yunani, Parsi, India, China.

KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Ketidakstabilan politik Cth: Tamadun Mesopotamia Kelemahan sistem pertahanan, terdedah kepada serangan musuh Cth: Tamadun Melayu Persaingan dan pertelingkahan kuasa Melayu dengan India Muslim Serangan Portugis Ketiadaan tokoh; Tun Perak Kelemahan sultan

KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Keruntuhan moral dan nilai Dalam kalangan pemimpin Berfoya-foya, tamak kuasa > politik tidak stabil > kerajaan lemah > runtuh diserang pihak luar Golongan kaya menindas orang miskin, perhambaan, kerahan tenaga Cth: Empayar Rom Amal nilai baik > abai, zalim > penindasan > pemberontakan golongan bawahan Tidak menerima perubahan

Jumud, beku, tidak kreatif, tidak inovatif

Malapetaka

CABARAN KEHIDUPAN BERTAMADUN

Kemurnian agama

Mengutamakan dunia Taksub ideologi Tiada penghayatan agama Sangat individualistik Sangat materialistik Pembangunan material lebih dipentingkan berbanding kerohanian Pengagihan kekayaan tidak seimbang; jurang ekonomi

Kemuliaan insan

Pembangunan bersepadu

Keadilan sosial

CABARAN KEHIDUPAN BERTAMADUN

Kesucian dan keharmonian keluarga

Institusi kekeluargaan lemah, tidak dianggap mulia, membebankan > gejala sosial Hubungan kekeluargaan berasaskan materialistik Hubungan songsang Generasi tidak sah taraf Pencemaran alam Timur Tengah, Afrika, Korea, Eropah Timur Permusuhan etnik dan agama

Keseimbangan ekologi

Peperangan

TAMADUN ISLAM: KONSEP-KONSEP ASAS

Konsep agama

Sistem kepercayaan dan keyakinan terhadap ajaran atau fahaman tertentu Manifestasi hubungan manusia dengan yang diyakini berkuasa terhadap kehidupannya Amalan ritual dan ibadat Standard ukuran nilai dan norma boleh dan tidak boleh Addin; seluruh kehidupan Agama; ritual pengabdian kepada Tuhan Berserah, tunduk, patuh kepada Allah secara rela dan sedar Perundangan lengkap semenjak Adam sehingga Muhammad Milik seluruh manusia

Konsep Islam

KONSEP TAMADUN ISLAM

Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang halus dan mempunyai nilai-nilai estetika Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sistem sosial, pemerintahan, politik, ekonomi, dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai akhlak Islam

SUMBER TAMADUN ISLAM: (1) AL QURAN

Dua sumber asas

Naqli; aspek ketamadunan bersandar perintah Allah melalui wahyu kami dengar dan kami taat Aqli; bersumberkan akal manusia asalkan tidak terkeluar dari batasan Allah Kalamullah yang diturunkan kepada Muhammad S.A.W melalui perantaraan Jibrail Secara berperingkat-peringkat Dibukukan sebagai satu mashaf Kitab suci penganut Islam; dijamin tidak berubah Sumber utama tamadun Islam

Al-Quran

Kehidupan Bertamadun Menurut Al Quran

Kehidupan beragama

Persoalan aqidah; meyakini kekuasaan dan keesaan Allah Melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah Panduan untuk melaksanakan kehidupan Cara melaksanakan hubungan sesama manusia Menjamin kesejahteraan sejagat Berbuat baik sesama manusia Bersederhana dalam semua perkara Bertanggungjawab Berusaha membuat kebaikan dan kebajikan

Kehidupan berperaturan dan bersistem

Kehidupan berpandukan sistem nilai

SUMBER TAMADUN ISLAM: (2) AL SUNNAH/HADIS

Segala yang disandarkan kepada Muhammad S.A.W dari sudut percakapan, perbuatan dan pengakuan Berfungsi dalam memperincikan dan menjelaskan maksud Al-Quran

Pelaksanaan kehidupan beragama Rukun Iman 6 perkara. Pelaksanaan syariah Islam Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang Pelaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila Janganlah kamu berdusta

SUMBER TAMADUN ISLAM: (3) IJTIHAD

Usaha permuafakatan yang dilakukan dalam kalangan para pemikir dan ilmuan Islam untuk menangani permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam terutamanya yang melibatkan bidang kemajuan sains dan teknologi, daya rekcipta, dan daya kreativiti Tidak boleh bercanggah dengan syarak Berlaku semenjak zaman Muhammad S.A.W

Muaz mewakili Muhammad ke Yaman Mencantumkan benih tamar untuk hasil yang lebih baik Penetapan hukum semasa Bayi tabung uji Derma organ

ASAS TAMADUN ISLAM: (1) AQIDAH

Ikatan atau simpulan Kepercayaan yang teguh, tidak mungkin berbelah bahagi dengan apa cara sekalipun; keimanan kepada Allah dan Rasul Ajaran yang berkaitan dengan kepercayaan kepada Tuhan Berasaskan Rukun Iman; kepercayaan kepada Tuhan, Malaikat, Rasul, Al-Quran, Qiamat, Qada dan Qadar Fungsi

Asas ajaran Islam Pendorong melaksanakan perintah Allah Pendorong untuk berakhlak mulia

ASAS TAMADUN ISLAM: (2) SYARIAH

Cara, jalan yang lurus mengikut Al Quran Peraturan dan hukum yang telah ditentukan oleh Allah dan disampaikan melalui Muhammad S.A.W Tujuan Supaya manusia terdidik untuk mematuhi perintah tanpa berbelah bahagi Supaya manusia hidup sejahtera Supaya hak-hak manusia terpelihara Bersifat mencegah lebih lebih daripada mengubati Sistem dan peraturan kehidupan Hubungan dengan pencipta > ibadah Sistem ekonomi > muamalat Sistem kekeluargaan > munakahat Penjagaan hak asasi manusia > jinayat

Hak Asasi Manusia Menurut Islam

Nyawa Setiap manusia bertanggungjaga menjaga dirinya dan nyawa orang lain Larangan membunuh; hukuman kesalahan membunuh ialah balas bunuh Akal Anugerah paling istimewa dan wajib dijaga; membezakan manusia dengan haiwan Dilarang memudaratkan akal; tak boleh minum arak Hukuman penzina rejam sampai mati Kehormatan/keturunan Perlu dijaga Larangan mengumpat, menuduh, memfitnah Larangan berzina

Hak Asasi Manusia Menurut IslamHarta benda

Perlu dicari dan dijaga; mati syahid mempertahankannya Pengharaman riba, judi, menipu, rasuah Sistem faraid, pembahagian harta pusaka Bebas beragama Larangan berfikiran secara taklid buta, khurafat Murtad dihukum bunuh

Agama

ASAS TAMADUN ISLAM: (3) AKHLAK

Budi pekerti, tingkah laku yang lahir secara spontan Ajaran berkaitan dengan sistem nilai dalam kehidupan

Nilai kebaikan dan keburukan Nilai kebenaran dan kebatilan Akhlak terhadap Allah Akhlak terhadap sesama manusia; ibu bapa, guru, kawan, bukan Islam, musuh Islam Akhlak terhadap alanm; haiwan, tumbuh-tumbuhan

Bersifat syumul/menyeluruh

CIRI TAMADUN ISLAM (1)

Keagamaan

Menjadi teras tamadun; bertunjangkan akidah, syariah, akhlak Akidah bertunjangkan tauhid Tidak terikat lokasi, geografi dan bangsa Tidak dibatasi sempadan politik dan budaya Menerima tamadun lain Mengiktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam Tiada sempadan masa dan zaman Menerima semua kemajuan berteraskan akidah

Sejagat

Terbuka

Sepanjang zaman

CIRI TAMADUN ISLAM (2)

Toleransi

Menghormati sistem kepercayaan dan kebudayaan lain Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam diberi kebebasan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing Semua pencapaian dan kemajuan Tamadun Islam adalah di bawah kesatuan akidah yang menjurus kepada keesaan Allah Semua pencapaian dan kemajuan tamadun lain adalah manifestasi pengabdian manusia kepada pencipta mereka Material, spiritual, intelektual

Kesatuan dan kepelbagaian

Keseimbangan

SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

Akidah tauhid; bebaskan manusia daripada perhambaan dan penyembahan sesama manusia Sosial; memperkenalkan prinsip sosial berteraskan keadilan, kehormatan, kemuliaan manusia Ekonomi; sistem ekonomi tanpa riba, perkongsian kekayaan (zakat) Politik; kuasa adalah amanah; keadilan, anti kezaliman, mentaati pemerintah selagi mereka mentaati Allah, Ilmu pengetahuan; perintah menuntut ilmu, mengkaji alam dan cakerawala, mengembang dan menyebarkan ilmu pengetahuan, pembangunan tamadun berasaskan ilmu moden (spt: matematik, astronomi, geografi, perubatan) dan ilmu tradisi (spt: tafsir, hadis, fiqah) Kesenian; bahasa, tulisan, sastera, seni bina, seni ukir, seni muzik

PERKAITAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN MALAYSIA

Kemajuan yang komprehensif dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual mesti berteraskan akidah, syariah dan akhlak. Kehidupan beradab dan berakhlak. Pendidikan yang holistik dan berwawasan. Membangun masyarakat yang mampan. Berkomunikasi dan berinteraksi secara global

TAMADUN MELAYU

KONSEP

Tamadun masyarakat yang mendiami seluruh Asia Tenggara; mulai lautan Hindi hingga ke Lautan Pasifik, dan dari selatan China hingga ke utara Australia Ditandai oleh kekerabatan bahasa; Melayu Polinesia/Austronesia, dan agama Islam. Ras; ciri genetik yang sama sawo matang, tubuh sederhana Budaya; amalan kehidupan yang sama agama Islam, dan adat resam Bahasa; berbahasa Melayu-Polinesia/Austronesia

KONSEP MELAYU

ALAM MELAYU

INDUK

Nusantara; kepulauan Melayu, selatan Filipina, selatan Thai Hesperanesia, Melanesia Afrika Selatan, Mekah, Liverpool, Perth, Sri Lanka

PASIFIK

DIASPORA

MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN

Perkara 160 Perlembagaan Malaysia Melayu itu; lazimnya berbahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu, dan beragama Islam.

ASAS TAMADUN MELAYU (1)

Kebudayaan Prasejarah Zaman Pleistosen (Zaman Air Batu) Zaman Holosen (Zaman Batu) Paleolitik (Batu Lama) Mesolitik (Batu Pertengahan) Neolitik (Batu Baru) Zaman Logam Gangsa Besi Tiada bukti kewujudan manusia di Alam Melayu pada zaman Pleistosen Fosil Java Man (tulang paha, tengkorak, gigi) lebih mirip mawas Tiada bukti/penemuan artifak/fosil yang mewakili budaya zaman ini

ASAS TAMADUN MELAYU (2)

Kebudayaan Zaman Holosen Berdasar artifak peralatan yang diperbuat daripada batu spt kapak genggam, pisau dan gelang tangan Tahap Paleolitik 40K hingga 35K tahun Semenanjung Malaysia bercantum dengan Borneo, Jawa, Sumatera, Indochina, Fillipina Artifak di Kota Tampan, Gua Niah dan Tingkayu (Sabah) Penggunaan batu sungai untuk membuat kapak genggam; batu repihan Ciri pembuatan yang kasar Ekonomi sara diri; menangkap ikan, memburu dan memungut hasil hutan Nomad dan kanibalisme Tinggal di gua (Gua Niah, Kota Tongkat), dan tempat terbuka (tenggelam di Pentas Sunda)

ASAS TAMADUN MELAYU (3)Perak Man

Rangka lengkap manusia tertua Berusia kira-kira 11K tahun Ditemui pada 1991 di Gua Gunung Runtuh, Bukit Kepala Gajah, Lenggong Dari Zaman Paleolitik Berusia 40-50 tahun ketika mati Panjang 157cm Dikebumikan seperti janin Dikebumikan bersama peralatan batu, cengkerang dan tulang binatang Terdapat bengkel pertukangan peralatan batu di Kota Tampan, berusia kira-kira 74K tahun Kesimpulan: ada kelompok manusia dengan budaya zaman batu tinggal menetap di Kota Tampan dan menggunakan Gua Gunung Runtuh sebagai tempat persinggahan ketika memburu binatang.

ASAS TAMADUN MELAYU (4)

ASAS TAMADUN MELAYU (5)

Nota ciri budaya Perak Man Sudah ada sistem sosial dalam masyarakatnya Mungkin orang penting Tangan kiri lebih kecil; penyakit branchymesophalangia Cara pengkebumian agak rumit; perlu banyak masa dan tenaga Dikebumi bersama peralatan batu, cengkerang, dan diberi bekalan makanan terdapat sisa tulang babi hutan, kera, biawak dan rusa Usia ketika kematian menunjukkan seorang yang sangat tua dan sangat dihormati; penghormatan pengkebumian dan bekalan yang dimuatkan dalam kubur

Tahap Mesolitik Kira-kira 11K tahun Perubahan iklim; aras laut meningkat menenggelamkan Pentas Sunda & Laut China Selatan Masih menggunakan batu, tetapi sudah diperhalusi Banyak persamaan dengan yang terdapat di Hoa Binh (Vietnam) kebudayaan Hoabinhian Masih nomad dan mendiami gua; Gua Cha, Gua Musang, Gua Madai, Gua Mantong, Gua Niah Ekonomi sara diri; menangkap ikan, memburu menggunakan lembing, memungut hasil hutan Sudah sampai ke laut; fosil sisa makanan spt cengkerang, kulit siput Mungkin telah tahu menggunakan perahu Mula menggunakan api; ada fosil manusia terbakar Manusia mati ditanam secara melutut Mulai hidup berkelompok

ASAS TAMADUN MELAYU (6)

ASAS TAMADUN MELAYU (7)Tahap Neolitik

Kira-kira 5K tahun Penggunaan batu pada tahap lebih pelbagai dan halus; pisau tembeling, batu penumbuk, batu pengasah, gelang, cincin, lesung kebudayaan kapak empat segi bujur Permulaan penggunaan tembikar seperti periuk, belanga, bekas air dengan pelbagai ukiran Memotong bahan makanan sebelum dimasak Terdapat alat memukul kulit kayu (untuk dibuat pakaian) Penggunaan cengkerang sebagai hiasan leher Sistem komunikasi menggunakan lukisan (Gua Tambon, Gua Kelawar) Penciptaan alat membuat tembikar Peningkatan teknologi membuat perahu; sungai sebagai sistem pengangkutan, mulai berinteraksi dengan kelompok pesisir Sudah mulai menetap; bercucuk tanam, membuat tembikar, bertukang. Mati ditanam secara lurus, bersama-sama dengan periuk belanga, hiasan cengkerang, kapak batu, gelang.

ASAS TAMADUN MELAYU (8)Ulasan ahli antropologi

Manusia neolitik mirip Melayu Proto; suku Semang Mempunyai hubungan yang rapat dengan manusia di Asia Tengah khususnya dari Yunan, Kemboja, Indochina; budaya Hoabinhian Banyak persamaan dari segi budaya benda spt kapak empat segi bujur, pisau, cincin, gelang, pinggan, mangkuk, periuk, belanga Mengamalkan corak hidup bermasyarakat, menetap, dan sudah mula bercucuk tanam Gua masih menjadi kediaman utama, tetapi sudah berani meneroka kawasan pinggir sungai dan pesisir pantai Mula berinteraksi dengan masyarakat luar kelompok Sudah mempunyai sistem ekonomi, kepimpinan, sosial dan kepercayaan Mereka juga digelar sebagai bangsa Austronesia

ASAS TAMADUN MELAYU (9)Zaman Logam

2 500 tahun dahulu Berlaku hampir serentak; zaman gangsa dan zaman besi

Artifak gangsa dan besi dianggarkan seusia

Gendang, loceng dan mangkuk gangsa ditemui di Sg Lang, Batu Buruk,Tembeling dan Pagoh. Menyerupai yang terdapat di Vietnam; budaya Dongson Turut ditemui beliung dan cangkul, manik dan hiasa dari cengkerang Masih mengamalkan ekonomi sara diri; bercucuk tanam, menangkap ikan di sungai, tasik dan laut, memburu,dan sudah mulai menternak binatang, dan berniaga Mulai meneroka hasil-hasil hutan untuk jualan, sumber galian spt batu permata Sistem sosial yang lebih kukuh, dan sistem ekonomi progresif Mulai meneroka dan mengembara; darat dan lautan Menjelang 1K Masehi, Zaman Logam dianggap sebagai era akhir prasejarah

TAMADUN PRAISLAM (1)

Latar belakang budaya dari India Hubungan dengan Alam Melayu bermula 100-200 SM Lebih aktif mulai abad 1 M & berpengaruh hingga abad ke-15 Melalui para pedagang; memperoleh laba daripada perdagangan sumber alam yang terdapat di Alam Melayu Melalui penyebar agama Buddha dan Hindu; dituntut supaya menyebarkan agama-agama itu Manusia mulai menguasai laut; ilmu pelayaran keadaan angin, perubahan musim, kemahiran membina kapal besar Ditandai artifak Candi Bukit Pahat, prasasti Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Karang Berahi, Kota Kapur

TAMADUN PRAISLAM (2)ANALISIS ARTIFAK LEMBAH BUJANG

Bandar purba dan pusat maritim sebelum abad ke-15 Masehi 9 candi sudah diekskavasi; Candi Bukit Batu Pahat, Candi Pendiat, Candi Bendang Dalam, Candi Pengkalan Bujang Tidak kurang daripada 50 semuanya Terdapat juga artifak arca, tembikar, manik, gelas dan barangan tempatan Tembikar China dan Timur Tengah, manik dari India; pusat pertemuan pedagang pelbagai bangsa dan terletak di rangkaian perdagangan maritim timur-barat bandar metropolitan Evolusi budaya animisme tempatan kepada budaya pengaruh India-Hindu-Buddha

TAMADUN PRAISLAM (3)

TAMADUN KERAJAAN MELAYU TUA Kerajaan Funan

Muncul abad 1 Masehi Menganjur dari Sg Mekong hingga ke Lembah Menam dan Segenting Kra/Semenanjung TM Berpusat di Kemboja Vydhapura Pelabuhan utama Oc Eo di muara Sg Mekong; menghubungkan China dengan Teluk Siam, Semenanjung TM, Kepulauan Melayu, India dan Parsi. Artifak; cermin gangsa, wang emas Roman ciri metropolitan, perdagangan antarabangsa Raja pertama Kaundiya asal India @ Semenanjung TM @ pulau-pulau selatan

TAMADUN PRAISLAM (4)

KERAJAAN FUNAN (samb.) Menguasai lautan sekeliling Bandar dikelilingi tembok Rakyat bercucuk tanam secara primitif Perkakasan daripada perak; berukir Sudah ada tradisi menulis; buku, arkib tulisan India (Pallava?), bahasa Sanskrit Lelaki memakai kain di keliling pinggang sampot Wanita memakai kain berleher dan bersanggul Bumbung istana bertingkat-tingkat, dikelilingi pagar kayu runcing Permainan sabung ayam & babi Kenderaan utama gajah Agama Buddha; patung-patung gangsa, dua muka, empat tangan dipahat spt Angkor Watt Cara urus mayat; buang ke sungai, bakar, tanam, biar dimakan burung Mandi menggunakan takungan yang sama untuk beberapa keluarga trapeang

TAMADUN PRAISLAM (5)KERAJAAN CAMPA Nama asal Lin Yi; mulai abad ke-2; dikenali sebagai Campa pd abad ke-7 Berpusat di Vietnam Tengah dan Selatan Tidak berhenti berperang dengan Vietnam hingga abad ke-20 Ditemui 206 prasasti 98 BM Cam, 43 Sanskrit, 29 dwibahasa, 36 tidak terbaca Siddham! Ni yang Naga punya putauv,

Ya urang sepriy di ko, Kurun ko jemaylabuh nasi svarggah, Ya urang paribhu di ko, Kurun saribu thun davam di naraka, Dengan tujuh kulo ko (Batu Bersurat abad ke-4, BM Cam)

TAMADUN PRAISLAM (6)KERAJAAN CAMPA (samb.) (Salam sejahtera! Inilah Nagadewa kepunyaan Raja, Sesiapa yang menghormatinya, Orang itu akan beroleh anugerah dari syurga, Sesiapa yang menghianatinya, Orang itu akan sengsara untuk beberapa lama, Sehingga tujuh keturunannya.) Dua kelompok Campa; orang dataran Orang Campa, orang tanah tinggi Orang Gunung Bahasa Campa Melayu Polinesia Bahasa Gunung Austro-asiatik Tinggalan budaya - sama

TAMADUN PRAISLAM (7)KERAJAAN HO-LO-TAN @ KUO-LO-TAN(KELANTAN?)

Nama lain; Ch`ih-t`u, Raktamrittika Sekitar kurun ke-4-5M Sekitar Terengganu, Kelantan dan Selatan Thai Keterangan Chang Chun duta Maharaja Sui Yang-Ti ke Ho-Lo-Tan pd 607M Nama raja Li-Fu-To-Se (Sri Bodhisattva) Kota dengan 3 pintu gerbang Terdapat dewa-dewi dan tokoh agama

TAMADUN PRAISLAM (8)KERAJAAN HO-LO-TAN @ KUO-LO-TAN (samb.)

Gambaran raja Raja duduk di singgahsana Pakaian warna merah Kalung bunga emas dan permata Di kanan 4 gadis Di kiri 100 pengawal Di balai penghadapan 1Sadhukara penolong 2 Dhanada pemberi berkat 3 Karmika ketua urusan politik 1 Kulapati pentadbir undang-undang jenayah Beberapa Najaka gabenor 10 Bupati ketua jajahan

TAMADUN PRAISLAM (9)KERAJAAN HO-LO-TAN @ KUO-LO-TAN (samb.)

Adat menyambut utusan

Disambut brahmin, diiringi putera raja Dibawa ke penginapan; dimandikan dengan wangi-wangian Mengadap raja; menyerahkan surat Jamuan negara; duduk di hamparan, makan nasi semangat empat warna kuning, putih, ungu, merah, daging lebih 100 jenis lembu, biri-biri, ikan, labi-labi, landak, dihidangkan tuak dan gadis-gadis menari dan bermain muzik Berangkat pulang; dikirimkan hadiah

TAMADUN PRAISLAM (10)

KERAJAAN LANGKASUKA Juga dikenali sebagai Lang-Ya-Hsiu Wujud sekitar 5 hingga 13M Meliputi utara Perak hingga Teluk Siam dan Teluk Benggala hingga Kedah Di bawah jajahan Srivijaya pd abad ke-13 Pernah disinggahi oleh Marco Polo pd 1292 Terkenal dengan hasil gaharu dan kapur (kamfor) Tidak banyak bukti prasasti dan artifak

TAMADUN PRAISLAM (11)KERAJAAN KATAHA

Juga disebut Katahanagara, Chieh-Cha Berpusat di Lembah Bujang mulai kurun ke-6 hingga 13M Sebahagian Srivijaya mulai abad ke-7 Berkembang sebagai pelabuhan entrepot antara abad ke-5 hingga 13 Terdapat artifak dari Asia Barat dan China bertarikh antara abad ke-7 8M selain artifak Buddha (5-10M) dan Hindu (10-14M)

TAMADUN PRAISLAM (12)PENGARUH KEBUDAYAAN PRAISLAM

Sistem sosial Susun lapis masyarakat berdasarkan kasta; brahmin (ilmuan, budayawan, kebal), kesyatria (pahlawan, raja, penakluk), vaisya (pedagang, penyebar agama), sudra (rakyat, hamba) - masing-masing dengan kuasa dan peranan tertentu, konsep daulat dan derhaka Raja bangsawan, berdasar putih, jelmaan dewa Pembesar petuanan, menjalankan titah Rakyat hamba, wajib taat segala perintah Ketiga-tiga stratifikasi dibezakan dari segi adat istiadat spt. pakaian, bahasa, pertuturan

TAMADUN PRAISLAM (13)

PENGARUH KEBUDAYAAN PRAISLAM (samb.) Sistem politik Pewarisan pemerintahan; keturunan gahara Gelaran dan agihan kuasa; maharaja, seri paduka, raja muda, permaisuri Gelaran dan jawatan pembesar; bendahara, temenggung, laksamana, bendahari, menteri, Orang Besar 4, 8, 16, 32 Sistem feudal; semua urusan kehidupan masyarakat adalah untuk raja raja memberi perintah, pembesar menyampaikan perintah dan memantau pelaksanaan perintah, rakyat menerima, mematuhi dan melaksanakan perintah

TAMADUN PRAISLAM (14)

Sistem undang-undang

PENGARUH KEBUDAYAAN PRAISLAM (samb.) Adat Perpatih digantikan dengan Adat Temenggung

Suami sebagai ketua keluarga Anak lelaki tertua menggantikan bapa Harta pusaka dibahagi sama rata Harta tanpa tuan hak raja amaran, cela, denda, siksa (rotan, potong, bunuh, sula, gantung, rendam) Brahmin di atas undang-undang Tiada rasionalisme; taat setia sepenuhnya Memelihara kestabilan masyarakat

Undang-undang Jenayah (berasaskan Dharmasutra); 4 jenis hukuman

TAMADUN PRAISLAM (15)

SARI BEBERAPA ADAT ISTIADAT Pertabalan raja

Rites de passage penetapan adat ke atas bakal raja ketika masih dalam perut lenggang perut Raja berbisik kepada bakal raja Upacara bersih dosa dengan bersiram Dipakaikan perhiasan kerajaan di tangan. leher, kepala, kaki Upacara mencecah garam, memijak kaki di tanah kuala sungai, menindik telinga, kenduri kendara, jampi serapah Didudukkan di singgahsana dan disembah

TAMADUN PRAISLAM (16)

Perkahwinan Persandingan; berinai, makan sirih, perarakan, beras kunyit Pelaminan; hiasan dan motif Persalinan; hiasan dan motif pakaian Kematian Kenduri 3, 7, 40, 100 hari Bahasa, sastera, seni tampak Diksi Hindu dari Sanskrit menjadi sebahagian BM Banyak hikayat Melayu bersumberkan Ramayana dan Mahabharata Ukiran dan motif pada peralatan, pakaian, senjata

TAMADUN MELAYU ISLAM (1)HUBUNGAN MELAYU-ARAB-PARSI-ISLAM

Kepulauan Melayu sebagai laluan perdagangan Arab/Parsi-China semenjak kurun ke-7 Kedua-dua bangsa itu digolongkan sebagai Ta-shih orang Islam Terdapat perkampungan Parsi di Pulau Hainan dan Arab di Kanton Catatan Arab; Akhbar Al Sind wal Hind (851) dan Kitab Al-Masalik wal-Mamalik (846) ada menyebut namanama tempat spt. Qaqullah, Lamri, Kalah (Kelang), Zabaj (Sumatera), Pahang dan Tioman

TAMADUN MELAYU ISLAM (2)

Akibat huru-hara di Kanton, pedagang Arab memilih Kalah sebagai entrepot selepas 878M Hubungan perdagangan antara China dgn Oman bertumpu di Kalah Timah dan buluh sebagai dagangan utama Ramai yang sudah memeluk Islam; terdapat juga penganut Hindu Sudah bermula gerakan perdagangan yang membawa budaya dan bahasa Melayu ke Madagaskar melalui hubungan dagang Zanj (Zanzibar) dan Zabaj (Sumatera) Agama Islam mulai tersebar secara agresif

TAMADUN MELAYU ISLAM (3)

Petempatan sementara terawal pedagang Arab-Parsi tertumpu di pelabuhan spt Kedah, Kalang, Pahang dan Campa; semenjak abad ke-7 Petempatan Islam terawal di Tashi (Aceh?) dan Kaling/Ho-ling (Kedah) pd abad ke-7 Kerajaan Islam Melayu terawal ialah Kerajaan Perlak (840M); kemudian bersatu dengan Samudera-Pasai pd kurun ke-13 Perkampungan Islam telah wujud di Kedah semenjak kurun ke-9; penemuan banyak batu nesan di Tanjung Inggeris

TAMADUN MELAYU ISLAM (4)

Inskripsi tertua di Semenanjung TM ditemui di Permatang Pasir Pekan; bertarikh 419H @ 1028M lebih tua dari BB Terengganu Dinar emas (al-julus Kelantan ovv menduduki takhta Kelantan 577) ditemui di Kelantan menunjukkan tarikh 577H @ 1181M sudah wujud kerajaan Islam di Kelantan BB Terengganu (702H@1303M) paling lengkap menggambarkan kewujudan masyarakat dan pemerintah beragama Islam Tulisan Jawi Bahasa Melayu campur Arab dan Sanskrit

TAMADUN MELAYU ISLAM (5)

BB Terengganu Maka titah Seri Paduka Tuhan (tuan) mendudukkan tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rajab di tahun Sharatan di sasanakala Baginda Rasul Allah telah lalu tujuh ratus dua Perkembangan penyebaran Islam agak lembab kerana dibayangi aktiviti perdagangan Mulai pesat setelah kemunculan Kerajaan Melayu Melaka (15M), Jawa (16M), Aceh (17-18M)

TAMADUN MELAYU ISLAM (6)Prasasti Pengaruh Islam di Alam Melayu

Prasasti Phan-rang, Champa -1039M Prasasti Brunei Darussalam; Nisan Puteri Sultan Abdul Majid 1048M Prasasti Leran, Jawa Timur; Nisan wanita Islam Fatimah bt Maimun 1082M

Pusat Perdaban Pengaruh Islam di Alam Melayu

Aceh (Abad ke -12M, 17M, 18M) Samudera-Pasai ( Abad ke -13M - 14M) Terengganu (Abad ke 14M) Melaka (Abad ke 15M) Johor-Riau (Abad ke 16M 19M)

TAMADUN MELAYU ISLAM (7)

TEORI PENYEBARAN ISLAM Pengkisahan dalam Sejarah Melayu Melalui waliullah Syeikh Ismail ke Samudera-Pasai Melalui ulama (realiti: Sayyid Abdul Aziz) dari Jeddah ke dalam mimpi Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah) Melaka Melalui perdagangan Dibawa bersama barang dagangan dari Arab, Parsi, Koromandel, Malabar dan Gujerat Melalui kahwin campur pedagang dan pendakwah; Jawa, Brunei dan Sulu Matlamat politik; raja masuk Islam, seluruh rakyat turut diIslamkan

TAMADUN MELAYU ISLAM (8)

Persaingan Islam-Kristian

Rentetan Perang Salib Pendakwah Islam mempergiatkan usaha penyebaran Islam di Nusantara tinggal menetap, mengamalkan adat resam, mempelajari BM, mengahwini gadis tempatan

Perkahwinan puteri Islam dengan raja-raja sekitar yang negerinya di bawah jajahan takluk

Puteri S.Muzafar dan S. Mansur Bercerita tentang keramat Masyarakat Melayu masih kuat dipengaruhi unsur supernatural Penghayatan Islam

Pengaruh sufi dan tarikat

TAMADUN MELAYU ISLAM (9)Peranan pelabuhan Melaka

Pusat pertemuan bangsa Timur dan Barat; membuka laluan perhubungan antarabangsa yang aktif, pertembungan pelbagai budaya dan agama Perhimpunan pedagang; bertukar barang dan budaya mengembangkan ilmu berniaga dan ilmu kemanusiaan Pusat persinggahan santeri Melayu Islam dari seluruh pelusuk Alam Melayu mendalami ilmu agama sebelum kembali ke tanah air masing-masing atau melangsungkan perjalanan ke Mekah untuk ibadat haji di samping berguru sistem pondok, pesantren

TAMADUN MELAYU ISLAM (10)

KELEBIHAN MELAKA Mitos pembukaan Melaka oleh Parameswara (1400) Membawa tuah Sokongan Orang Laut Kedudukan geografi Di tengah-tengah Selat Melaka Pelabuhannya selamat Di tengah-tengah pelayaran timur dan barat persinggahan utama pelayar Di tengah-tengah Nusantara tempat perhimpunan produk tempatan Muara sungai dalam dan jauh dari hutan bakau

TAMADUN MELAYU ISLAM (11)

Kerajaan yang stabil Budaya pentadbiran aristokrat Sistem pemerintahan yang sistematik Bendahara menteri utama, penasihat raja, ketua turus angkatan perang, ketua hakim Temenggung ketua polis, ketua penjara, penguasa bandar, ketua protokol, hakim Laksamana ketua angkatan laut, pengawal peribadi raja Penghulu bendahari pemungut hasil dan cukai, ketua segala bendahari, ketua urusetia istana Hulubalang besar ketua hulubalang, pengawal peribadi raja Menteri, ulama, syahbandar, angkatan laut

TAMADUN MELAYU ISLAM (12)

Empayar yang bersifat maritim Terdiri daripada tanah besar yang berhutan tebal dan pulaupulau yang mewujudkan laluan laut yang sempit serta kemudahan mendapatkan perlindungan daripada cuaca buruk atau serangan musuh Angkatan laut yang kuat Kewujudan jawatan Laksamana Sokongan Orang Laut Bahasa Melayu sebagai lingua franca Kemudahan dan keselesaan interaksi antara bangsabangsa Perkembangan tradisi tulisan penyebaran maklumat dan ilmu secara sistematik dan rasmi

TAMADUN MELAYU ISLAM (13)MELAKA SEBAGAI PUSAT TAMADUN MELAYU ISLAM Agama Islam dan seluruh sistemnya diterima dengan mudah oleh segenap lapisan orang Melayu kerana; Sultan dan pembesar terlebih dahulu memeluk agama Islam; rakyat menurut perintah Doktrin Islam lebih sesuai berbanding Hindu, misalnya prinsip sama rata dalam masyarakat tiada amalan kasta Feudalisme Islam menyamai Hindu tidak membawa perubahan drastik Banyak perubahan label, spt. gelaran

TAMADUN MELAYU ISLAM (14)PERSURATAN ZAMAN MELAKA

Hukum Kanun Melaka Undang-undang Laut Melaka Hikayat Seri Rama Hikayat Amir Hamzah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

TAMADUN MELAYU ISLAM (15)Era perkembangan keintelektualan Melayu berteraskan agama wahyu

Corak kehidupan berteraskan rasional dan intelektual; mudah diterima dan mencabar pemikiran orang Melayu Islam menolak kepercayaan karut, membawa kebenaran, membebaskan rohani, adil Memperkenalkan sistem muamalat dan jenayah yang bersifat mutlak; ada sistem perundang-undangan, jenis hukuman Islam sebagai addin merangkumi seluruh kehidupan manusia; sosial, politik, ekonomi, bahasa, kesenian

TAMADUN MELAYU ISLAM (16)Tradisi Ilmu dan Perkembangan BM Agama Islam dikembangkan sebagai addin; corak kehidupan yang menyeluruh berasaskan intelektual dan ilmu Teras proses mencapai tamadun Ulama sebagai ahli fikir, ahli fasafah, ahli politik, ahli ekonomi dan ilmuan Kemunculan tokoh-tokoh falsafah Islam al-Ghazi, Ibn Sina, Ibn Rushd, al-Ghazali, al-Farabi Kesinambungan ahli sufi Melayu abad ke-16 dan ke-17 spt. Hamzah Fansuri, Abdul Rauf Singkel, Shamsuddin al-Sumaterani Pengasasan institusi pendidikan pondok madrasah, pesantren

TAMADUN MELAYU ISLAM (17)PEMIKIRAN ISLAM DAN PERSURATAN MELAYU Perkembangan persuratan Melayu berasaskan kesinambungan dan kesebaran kuasa kerajaankerajaan Melayu Kerajaan Palembang Shihabuddin, Kemas Fakharuddin, Muhammad Muhyi al-Din, Kemas Muhammad, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani Syeikh Abdul Samad belajar di Palembang, Kedah dan Tanah Haramain Hidayat al-Salikin (tasawuf) Siyar al- Salikin (terjemahan Ihya` Ulumuddin)

TAMADUN MELAYU ISLAM (18)KARYA SASTERA KLASIK ~Sastera Rakyat~ Cerita Lipur Lara Hik. Malim Dewa, Hik. Malim Deman, Hik. Anggun Cik Tunggal Cerita Teladan Si Tenggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah Cerita Jenaka Lebai Malang, Mat Jenin, Pak Pandir, Pak Kaduk, Si Luncai

TAMADUN MELAYU ISLAM (19)

Cerita Binatang

Cerita-cerita Sang Kancil, Cerita Gagak Hitam Asal-usul tempat, kejadian alam Malim Kundang, Hang Tuah Pantun, syair, nazam, gurindam Perumpamaan, bidalan, pepatah Jampi, serapah

Mitos

Lagenda

Puisi

Peribahasa

Mantera

TAMADUN MELAYU ISLAM (20)~Sastera Hikayat~

Sastera Panji Hik. Panji Semirang, Hik. Ken Tambuhan, Hik. Cekel Waneng Pati Sastera Sejarah Sulalatus Salatin, Misa Melayu, Silsilah Melayu Bugis Cerita-cerita Nabi Hik. Nabi Sulaiman, Hik, Nur Muhammad, Hik. Hasan dan Husin Sastera Kitab

Sirat al-Mustaqim, Sabil al-Muhtadin Bustan al-Salatin, Taj al- Salatin, Undang-undang Kedah Taj al-Muluk, Mujarabat Melayu

Sastera Undang-undang dan Ketatanegaraan

Kepustakaan Ilmu Tradisional

TAMADUN MELAYU ISLAM (21)

PERKEMBANGAN BM Daftar kata dan kamus 1403 DK tertua China-Melayu; 482 perkataan 1522 - DK Itali-Melayu; susunan Antonio Pigafeta semasa di Ambon dan Brunai, dalam misi pelayaran bersama Magellan De Houtman (1598-1601) 1707-08 - Van Der Vorm; Maleische Woordboek Sameling John Ogilby (1673) Thomas Bowrey (1701)

TAMADUN MELAYU ISLAM (22)MANUSKRIP MELAYU TERTUA

Surat kiriman bertarikh 1521 dan 1522 oleh Sultan Ternate, Maluku kepada Raja Portugal guna BM Surat Raja Ambon kepada Gabenor Inggeris 1658 Surat Gabenor Jeneral Reynier de Klerk (Belanda) kepada Sultan Muhhamad Bahauddin (Palembang) 7 May 1779 Surat Sultan Kaicil (Tidore) kepada Gabenor Inggeris 25 Mac 1785 Surat Stamford Raffles di Melaka kepada raja-raja Jawa untuk sokongan menentang Belanda 8 Januari 1811 Surat Datuk Suliwatang (Lingga) kepada Van Der Capellan, Gabenor Jeneral Belanda di Batavia - 1824

TAMADUN MELAYU ISLAM (23)SURAT SULTAN TERNATE (1521) Al-Fattah Raja Sultan Abu Hayat surat datang kepada Mama Raja Portugal, raja (be)sar al-dunia alam samuhanya tuwan basar. Kerana dahulu Raja Portugal manyuruh Francisco Serrao datang dari Muluku binasa dari Ambon. Maka Raja Maluku samuhanya dengar Feringgi ada binasa dari Ambon, maka Raja Tidore dan Jailolo disuruh Ambon samuhanya berhimpah mau bunuh pada Francisco Serrao. Maka Raja Tidore dengar disuruh saudara duwa membawah perauh tucuh buah diambil Francisco Serrao membawah ke Ternate.

TAMADUN MELAYU ISLAM (24)SURAT de KLERK (1779) Qawluh al-haqq wa kalamuh al-sidq Bahawa Gurnadur Jenderal Reynier de Klerk dan sekalian Raden van India berkirim ini surat ikhlas sahabat-bersahabat dan berkasih2an kepada sahabat handai taulannya Paduka Seri Sultan Ratu Muhammad Bahauddin, raja atas tahta kerajaan Palembang, dipohonkan atasnya sihat dan afiat serta daulat dan segala berkat yang boleh membahagiakan pada sendirinya beserta rakyat2nya istimewa pula sahabat-bersahabat pada antara Tuan Sultan dengan kompeni Wolandawi, boleh tinggal tetap dan tegoh hingga zaman yang mutakhirin adanya.

TAMADUN MELAYU ISLAM (25)MANUSKRIP MELAYU KLASIK

Terdapat lebih 12 000 manuskrip tulisan tangan di 14 negara Yang tertua 1590 Aqaid al-Nasafi Tutinameh (1600) Hikayat Seri Rama (1633)

TERJEMAHAN BIBLE

Bible Leydekker Elkitab, ija itu segala Surat Perdjandjian lama dan Baharuw 1731-33 Kisan Perbuatan Rasul Rasul-rasul Kitab Indjil

TAMADUN MELAYU ISLAM (26)CIRI BM KLASIK

Menggunakan tulisan Jawi; dipinjam dari Arab dengan tambahan pa, nga, nya dan ca Menerima fonem Arab kh (Khamis), z (zakat), sy (syarat) Menyerap pelbagai kosa kata Arab dan Parsi dalam bidang agama, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan, pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf, kata-kata umum Menyerap beberapa genre sastera Islam; syair, nazam, ruba`I, tamsil, ibarat Menerima pengaruh sastera Islam; cerita-cerita nabi dan para sahabat, sastera agama, sastera sejarah, sastera undang-undang

TAMADUN MELAYU ISLAM (27)

Pengubahsuaian sistem ejaan Jawi Arab ke Jawi Melayu Menghilangkan tanda baris Cth: Maka, dia, daripada, bagi, kuda Kemudian diberi vokal pada sk pertama dan seterusnya diikuti vokal pada sk kedua Pengaruh frasa Arab Cth: ketahuilah oleh mu (I`lam) maka kemudian daripada itu (amma ba`du) barang siapa sunat berbuka atas tamar

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU (28)

Penyesuaian faham pra-Islam dengan Islam Pra-Islam; adat istiadat, budaya, bahasa, kesenian, amalan kemasyarakatan, kepercayaan Islam; syariat, muamalat, jenayah, munakahat, tarekat Bersandarkan hukum syariah dan adat hidup dikandung adat, mati dikandung tanah biar mati anak, jangan mati adat Melayu itu Islam

PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU (29)

Teras tamadun Melayu Akidah Islam Ketaatan kepada Sultan dan pemimpin Adat resam Memuliakan orang tua Utamakan ikatan kekeluargaan Saling menghormati Meraikan tetamu Bertimbang rasa Bersopan santun, berbudi bahasa Bermesyuarah/bermuafakat Bergotong royong

TAMADUN INDIA LATAR BELAKANG (1)

Prasejarah sejak 100 000SM Di Lumeria Selatan India 10 000 6 000 SM

penempatan manusia di Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India Penemuan kesan tamadun Lembah Indus Mohenjodaro (Montgomery) Tamadun yang tinggi berdasarkan penemuan arkeologi kuno, pertengahan, penjajahan

3 000 SM

Tiga tahap tamadun

LATAR TAMADUN INDIA (2)

Dua bahagian utama Indo-Arya di bahagian utara India Berbahasa Sanskrit 4 kitab Veda; Rig, Yajur, Sama, Atharva Aspek pemikiran, kepercayaan, amalan, kehidupan bermasyarakat Dravida di bahagian selatan India Berbahasa Tamil Mazhab Saivisme, dan Vaisanavisme Aspek kepercayaan, pemikiran dan amalan bermasyarakat

TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA (3)

Zaman kuno (1 500 SM 1 200 M)

Kedatangan bangsa Aryan dari Asia Tengah Kuasai Lembah Ganges, Jamuna, dan Doab. Dikenali zaman Vedile;

Vedile Awal (1 500 SM 1000 SM) Vedile Akhir (1 000 SM 500 SM)

Melahirkan generasi Indo-Aryan 321 SM kemunculan Dinasti Maurya

Diasaskan oleh Chandragupta Maurya Dibantu anaknya Asoka Perkembangan agama Buddhisme dan Jainisme Perkembangan kesusasteraan Hindu dan seni bina kuil Kemunculan kerajaan-kerajaan kecil; Chera, Cola, Pandhya

320 SM- 520 M kemunculan Empayar Gupta

TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA (4)

Zaman Pertengahan

Zaman Islam di India Tamadun yang lebih cemerlang Kerajaan-kerajaan

Sabaktaqin, Ghori, Khilji dan Mughal

Zaman Penjajahan (mulai 1750)

Kuasa terawal Portugis (Vasco da Gama) Perdagangan, politik, agama Kristian Kuasa Belanda; Pulikat, Masulipatar, Surat. Kuasa British; Surat, Madras, Bombay, Calcutta Membawa pengaruh moden dan budaya barat, agama Kristian, bahasa Inggeris.

UNSUR UTAMA DALAM TAMADUN INDIA (5)

Sistem Pemerintahan

Sistem monarki sejak kerajaan awal hingga penjajahan British Raja/ketua negara, Maharaja, Darmamaharaja, Maharajathiraja, Chakravarti, Rendan, Arasar, Mannar Raja berkuasa mutlak, dibantu oleh menteri-menteri Raja dilantik turun temurun, raja mahkota adalah bakal raja Raja rapat dengan golongan brahmin Pentingkan pasukan tentera yang kuat; infantri, unit gajah, unit kuda Pentadbiran secara wilayah

Negeri besar dibahagi kepada wilayah Wilayah dibahagi kepada kampung besar (kurram) dan kottam (kampung kecil)

Sistem Presidensi di Benggal, Madras, Bombay di zaman penjajahan

TAHAP PERKEMBANGAN AGAMA DI INDIA (6)

Zaman Vedik (Orthodok) Agama dipanggil Sanathara Dharma Istilah Hindu diberikan oleh orang Parsi Dharma sistem kerohanian/etika Veda pengetahuan rohani dan bukan mata kasar Melihat dari dua sudut; Objektif; langit, bumi, hujan Subjektif; melihat dengan akal

MAZHAB-MAZHAB HINDU (7)

Mazhab dan nama Tuhan

Saivisme Shiva Vaisnavisme Vishnu Sakhta Sakhti Kaumaram Muruga Ganapatiyam Ganesha Sauram Surya Kewujudan Tuhan tunggal Manusia itu suci Perpaduan melalui percintaan Harmoni agama Pengetahuan tentang sungai, kitab, dan mantera yang suci

Lima prinsip utama

10 PRINSIP HINDU YANG SEJAGAT (8)

Kejujuran (satya) Kesederhanaan (ahimsa) Tidak berzina (brahmacharya) Tidak merompak (asteya) Kesucian (aparigraha) Kebersihan (shaucha) Kepuasan (santosh) Mengaji kitab (swadhyaya) Penjimatan (tapas) Doa (pooja)

KITAB-KITAB SUCI VEDA (9)

Samhita Shukta/matra kemakmuran dari Tuhan Bharmana cara penggunaan mantera Aranyaka ajaran batin dan upacara agama Upanishad - kesimpulan bersifat falsafah Riga Veda, Sama Veda, Yajur Veda, Atharva Veda Smirti Ajaran dari orang alim dan boleh ubah

PERKEMBANGAN AGAMA VEDA (10)

Poletheisme; percaya kepada banyak dewa Henotheisme; memuja sesuatu dewa sahaja sebagai manfestasi untuk semua dewa Monotheisme; penyembahan kepada dewa yang satu Monisme; segala sesuatu berasal dari Tuhan Ukta dalam Riga Veda Agni dalam Yajur Veda Mahavrata dalam Sama Veda

AGAMA ZAMAN HETERODOKS BUDDHA (11)

Buddhisme

Diasaskan oleh Siddharta Gautama Ajaran psikologi, etika berkaitan dengan penghidupan Tidak mengajar hal ketuhanan Mengutamakan dhamma/dharma 4 kebenaran mulia Penderitaan itu universal (dukkha) Ada punca segala penderitaan (dukkha samudaya) Penderitaan itu boleh diatasi (dukkha nirodha) Ada cara untuk mengatasi penderitaan (dukkha nirodha marga)

AGAMA ZAMAN HETERODOKS BUDDHA (12)

Punca penderitaan

Kecuaian, kencenderungan, kesedaran tentang kuasa karma, nama dan bentuk, lima organ deria dan minda, hubungan antara deria dengan objek, sensasi, nafsu, bergantung pada pewujudan, bertekad untuk lahir, kelahiran, usia tua dan kematian.

AGAMA ZAMAN HETERODOKS BUDDHA (13)

Lapan jalan mulia untuk capai nirvana

Pandangan yang betul Aspirasi yang betul Pertuturan yang betul Kelakuan yang betul Kehidupan yang betul Usaha yang betul Minda yang betul Konsentrasi yang betul India Selatan, Sri Lanka, Myanmar, Thai, Asia Tenggara Tibet, Mongolia, Korea, China, Jepun

Mazhab Hinayana; doktrin lama

Mazhab Mahayana; pembebasan melalui perantara

AGAMA ZAMAN HETERODOKS (14)

Sikh

Diasaskan oleh Guru Nanak Kitab Guru Granth Sahib panduan hidup selama-lama Kod moral dan semangat kemanusiaan Tanpa mengira latar belakang, agama, bangsa, gender Kewujudan tuhan yang satu - waheguru

Nirankar (tidak berbentuk) Abadi Amat berkuasa Tidak dapat difikir oleh manusia Wujud di mana-mana sempurna Kesh (rambut panjang), Kangha (sikat), Kara (gelang), Kirpan (pedang kecil), Kachera (seluar jerut)

5 K; simbol utama

AGAMA PASCASEJARAH (15)

Islam Tiba di India pada 712 Masehi Islam berkuasa di Sind, dan selatan Punjab Berkembang melalui perkahwinan campur dan mewujudkan Indo-Muslim Kristian Berkembang melalui peranan Vasco Da Gama pada 1498

PERKEMBANGAN ILMU (16)

Fizik dan Kimia; pengenalan konsep jirim, alam ini terdiri daripada 5 unsur air, api, angin, tanah, angkasa Perubatan; perkembangan bidang fisiologi; pembedahan, seni pernafasan (yoga), reproduksi manusia, farmakologi, perubatan binatang, buku perubatan terkenal Cakara, Susruta. Matematik; konsep tali (sulvasutra), geometri dalam upacara agama, sistem perpuluhan, karya terkenal Bakshali, Aryabhatiya Astronomi; Rig Veda keterangan lintasan matahari dibahagi 12 bahagian, satu bulatan dibahagikan kepada 36 bahagian (yang bermaksud 360 hari setahun = 12 bulan)

BAHASA DAN SASTERA (17)

Masyarakat Indo-Aryan (Utara)

Sanskrit, asas bahasa Hindi Kitab-kitab Veda; Rig, Yajur, Sama, Atharva Tamil (Tamil Nadu), Telugu (Andhra Pradesh), Malayalam (Kerala), Kannada (Karnataka) Ramayana Ditulis oleh Valmiki Mengandungi unsur moral; kebaikan akan mengatasi kejahatan peperangan Rama dengan Ravana

Masyarakat Dravidia (Selatan)

Epik-epik utama

BAHASA DAN SASTERA (18)

Mahabharata Ditulis oleh Vyasa Puisi terpanjang dunia Menganjar manusia berpegang pada janji dan jauhi sifat negatif Peperangan Kaurava dengan Pandara Bhagavatgita Sebahagian Mahabharata Ajaran agama berbentuk falsafah Jalan tanggungjawab tanpa harap balasan, serah diri kepada Tuhan, disiplinkan rohani dan jasmani, kawal nafsu marah, tamak, dengki Arthsastra aspek politik, ekonomi, pengurusan, kesejahteraan negara dan ketatanegaraan.

TAMADUN CHINA (1)

Salah satu tamadun tertua dunia Bermula di Hwang Ho (Utara) dan Yang Tze (Selatan) Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai The Painted Culture dan The Black Pottery Culture Zaman permulaan

Kemunculan dinasti Hsia, Shang, dan Chou Sistem beraja feudal Peperangan adalah ciri utama Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred School of Thought

TAMADUN CHINA (2)

Zaman Pertengahan/Keagungan

Bermula dengan Dinasti Chin, Han, dan Tang Dikenali sebagai zaman keemasan kerana pencapaian dalam pelbagai bidang; sains, sastera, pentadbiran, agama Kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas China Buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar Abad ke-13 ditakluk oleh Monggol semasa pemerintahan Dinasti Song Zaman cabaran; bermula pengaruh Barat, Perang Candu (183942), Most Favoured Nation Pemulihan negara; Gerakan Menguatkan Diri (1861-95), Reformasi 100 Hari (1989) tetapi gagal.

Zaman Peralihan

Zaman Moden

TAMADUN CHINA (3) - Masyarakat dan Budaya

Berasaskan sistem kekeluargaan Menekankan kuasa bapa Menitikberatkan nilai dan etika Raja berkuasa secara mutlak Hirarki masyarakat; golongan mulia dan golongan hina Sistem Sangkang Hubungan raja dengan pembesar Hubungan ayah dengan anak Hubungan suami dengan isteri

TAMADUN CHINA (4) - Masyarakat dan Budaya

Wu Chang; 5 nilai utama

Ren kemanusiaan Yi kesaksamaan/keadilan Li tatasusila/kesopanan Zhi kebijaksanaan/hikmah Xin amanah/kepercayaan Asas sistem kekeluargaan Asas sistem kenegaraan Zhong Fa menitikberatkan susu galur warisan nenek moyang dalam perhubungan sesama manusia

Konsep Xiao berbakti

Konsep Zhong

TAMADUN CHINA (5) - Kosmologi Dan Pandangan Alam

Tian

Merujuk kepada langit dan huraian tentang syurga Dewa Tian merupakan yang terpenting dan berkuasa menetukan perjalanan hidup seseorang Sumber kewujudan makhluk Menentukan kebahagian dan kesengsaraan manusia Merujuk jalan/lorong yang memandu manusia ke jalan kebaikan Berkaitan dengan tabiat baik dan buruk seseorang Prinsip agung yang mutlak; asal-usul manusia Bersifat azali; semua manusia akan kembali ke asal mereka

Dao/Tao

TAMADUN CHINA (6) - Kosmologi Dan Pandangan Alam

Di/Ti

Merujuk kepada bumi Pelengkap konsep Tian Bertindak sebagai penjaga Kuasa yang berlawanan; Yin perempuan, pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Yang aktif, panas, cerah, kering, keras. Yin = bumi Yang = langit Merujuk sesuatu yang paling tepat dan sesuai dalam sesuatu keadaan.

Yin dan Yang

Chung (The Golden Mean)

TAMADUN CHINA (7) - Falsafah dan Agama

Confusious

Diasaskan oleh Kong Fu Tze (551SM-479SM) Kitab Lun Yu (Analects) Menekankan aspek falsafah, pendidikan dan sosiopolitik Mempertingkatkan moral dan etika manusia Ajaran mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang Diasaskan oleh Lao Tze dan Zhuangzi Buku The Way and Virtue (Daode Jing) Dunia manusia adalah buruk dan manusia perlu membaikinya Pemikiran falsafah daojia dan aliran agama daojiao

Taoisme/Daoisme

TAMADUN CHINA (8) - Falsafah dan Agama

Legalisme (Aliran Fa)

Diasaskan oleh Hsun Tzu Dikembangkan oleh Han Fei Zi Pendekatan pentadbiran yang pragmatik Tidak menekankan moral Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berasaskan undang-undang yang ketat Merangkumi tiga cabang; Fa (undang-undang), Shi (kuasa), Shu (kaedah) Mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pemerintah ke atas rakyat

TAMADUN CHINA (9) - Falsafah dan Agama

Mo Tzu (Moisme)

Diasaskan oleh Mo Tzu pada akhir Dinasti Chou Menekankan kasih sayang sejagat dan persamaan taraf Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi Tidak menggalakkan peperangan Tidak menyerah kepada nasib Asas falsafah yang mementingkan soal kemanusiaan Menakan sifat kasih sayang dan hormat menghormati

Humanisme

TAMADUN CHINA (10) - Pencapaian Pelbagai Bidang

Perubatan

Nei Ching (Inner Cannon) rekod teori-teori perubatan China Yellow Emperors Classic of Internal Medicine teori dan falsafah perubatan China klasik kelebihan akupuntur, herba, diet, dan senaman Treaties on Diseases Caused by Cold Factors ditulis oleh Chung Ching Material Medica ditulis oleh Li Shih Chen; ensiklopedia mengandungi 2 000 jenis perubatan Chou Pei Suan King tentang kalendar dan cara menentu masa menggunakan bayang-bayang Chiu Chan Suan Shu 9 bab ilmu hisab, ukuran, dan teori matematik

Matematik

TAMADUN CHINA (11) - Pencapaian Pelbagai Bidang

Sumbangan lain bidang sains dan teknologi

Kimia Kompas Serbuk letupan Kertas Percetakan Seismoskop Pembinaan kapal Ilmu pelayaran

ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN (1)

Pertembungan antara tamadun

Tamadun barat Tamadun Islam Tamadun China Tamadun India Tamadun Melayu

PERKONGSIAN ATAU KONFLIK?

Berkongsi perbezaan? Mencari titik persamaan? Pembinaan tamadun baru?

ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN (2)

Cabaran globalisasi

Dunia tanpa sempadan Penguasaan tamadun Barat > hegemoni? Dominasi politik

Amerika dan Eropah PBB? Yahudi? Yahudi? Anti tamadun?

Dominasi ekonomi

Dominasi media

Dominasi budaya

ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN (3)

Dialog Peradaban

Isu keganasan dan ketidakadilan Perebutan kuasa politik dan ekonomi Kejahilan tentang tamadun Layanan buruk Hak asasi manusia Agama sebagai cara hidup Toleransi Kebijaksanaan

Perkongsian nilai sepunya