skim pembiayaan kenderaan universiti malaysia pahang
Transcript of skim pembiayaan kenderaan universiti malaysia pahang
1/13
UMP.BEND.10.12/3/07 (4) 27 September 2007
PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 4/2007
Semua Dekan/Ketua Jabatan
Universiti Malaysia Pahang
Karung Berkunci 12
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Assalamualaikum wrt. wbt. dan selamat sejahtera.
YH Prof. Dato/YBhg. Prof/Prof Madya/Tuan/Puan,
SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
1.0 TUJUAN
1.1 Tujuan pekeliling ini dikeluarkan adalah untuk memaklumkan skim
pembiayaan kenderaan Universiti Malaysia Pahang.
1.2 Skim pembiayaan ini telah diluluskan di Mesyuarat Lembaga Pengarah
Universiti bil 3/2007 bertarikh 25 September 2007.
2/13
2.0 NAMA SKIM
2.1 Skim pembiayaan ini dipanggil ’SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG’.
3.0 KAEDAH/PRINSIP PEMBIAYAAN
3.1 Kaedah/prinsip pembiayaan adalah menurut lunas-lunas Islam yang
berdasarkan kepada prinsip ”Al-Bai Bithaman Ajil’.
3.2 Al-Bai Bithaman Ajil bermaksud jualan dengan harga tangguh atau jualan
dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan
penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan
bayaran sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran
beransur-ansur.
4.0 KUASA MELULUS PERMOHONAN
4.1 Kuasa melulus permohonan pembiayaan ini adalah tertakluk kepada
Jawatankuasa Pembiayaan Kenderaan & Komputer (JPKK).
4.2 Ahli Jawatankuasa Pembiayaan Kenderaan & Komputer adalah terdiri
daripada :-
Pengerusi : Naib Canselor
Ahli : Pendaftar atau
Bendahari
Setiausaha : Pegawai Kewangan
3/13
5.0 KELAYAKAN HAD MAKSIMUM PEMBIAYAAN
5.1 Kelayakan pembiayaan maksimum pembiayaan adalah seperti berikut : -
Bil Keterangan
Jumlah had
pembiayaan
(RM)
i) Kereta
a) Jawatan-jawatan Utama dan Gred Khas
b) Kumpulan Pengurusan & Profesional
c) Kumpulan Sokongan
(Kelulusan Khas bagi Gaji RM1,320
dan ke bawah)
60,000
55,000
45,000
ii) Motosikal 5,000
iii) Basikal 500
6.0 GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN KENDERAAN
6.1 KELAYAKAN STAF
6.1.1 Staf yang layak memohon adalah staf yang berjawatan tetap atau
yang berkhidmat secara kontrak dan memerlukan kenderaan untuk
membolehkannya menjalankan tugas rasmi dengan sempurna.
6.1.2 Staf yang bertaraf sambilan tidak layak untuk dipertimbangkan.
6.1.3 Bagi staf dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara
kontrak, pembiayaan hendaklah dijamin oleh dua (2) orang
pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan
Sokongan yang telah disahkan jawatannya.
4/13
6.1.4 Permohonan pembiayaan untuk pembelian kereta dari staf yang
bergaji kurang dari RM1,320.00 sebulan, hanya boleh
dipertimbangkan dan diluluskan oleh JPKK dengan syarat :
a) Ketua Jabatan memperakukan:
i) Staf itu tidak dapat menjalankan tugas rasmi dengan
cekapnya setiap hari tanpa menggunakan kereta
sendiri, ataupun staf yang berkenaan telah disahkan
oleh Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F)
sebagai tidak boleh menunggang motosikal;
ii) Staf mempunyai lesen memandu yang sah;
iii) Jumlah potongan bulanan untuk pembelian
kenderaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji
pokok staf dan jumlah semua potongan gajinya
hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok
serta elaun-elaun yang layak diterima.
iv) Jauhnya perjalanan kerana tugas rasmi melebihi
daripada 200km tiap-tiap bulan selama 3 bulan
berturut-turut.
v) Staf yang berkenaan telah diberi kelulusan untuk
menuntut Elaun Hitungan Batu Kelas C.
6.2 TEMPOH PEMBIAYAAN
6.2.1 Pembiayaan hanya boleh diberi kepada seseorang staf sekali
sahaja dalam tempoh lima (5) tahun dengan syarat pembiayaan
yang ada telah diselesaikan.
5/13
6.2.2 Walau bagaimanapun, syarat mengenai tempoh ini boleh diberi
kelonggaran dengan mendapat kelulusan khas dari Jawatankuasa
Tetap Kewangan Universiti (JTK) jika kenderaan berkenaan
mengalami kerosakan dan tidak ekonomik untuk dibaiki dan tidak
selamat dari segi mekanikal serta disahkan oleh Jurutera Kerja
Raya Mekanikal, JKR.
6.2.3 Jumlah pembiayaan yang diluluskan tertakluk kepada amaun
kelayakan maksimum hendaklah dijadikan kepada angka ratusan
ringgit yang kurang. Bagi permohonan sebanyak RM13,950
pembiayaan yang boleh dilakukan iaitu RM13,900. Satu lagi
contoh bagi membeli kenderaan berharga bersih RM44,993.00
tetapi staf berkenaan mempunyai kelayakan maksima
RM45,000.00 maka pembiayaan yang boleh diluluskan ialah
RM44,900.00.
6.2.4 Peminjam hendaklah membeli Polisi Takaful Komprehensif bagi
melindungi kenderaan itu di mana jumlah amaun perlindungan
yang diambil pada setiap tahun tidak kurang dari baki pembiayaan
yang belum diselesaikan.
6.2.5 Peminjam tidak dibenarkan menjual, memindah hak milik atau
menggadaikan kenderaan tersebut tanpa kebenaran khas dari
JPKK.
6.2.6 Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli
hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bendahari
yang meluluskan pembiayaan tersebut.
6/13
6.3 KAEDAH PEMBAYARAN BALIK
6.3.1 Harga jualan setelah ditolak bayaran muka, hendaklah dibayar
balik oleh peminjam secara ansuran dan melalui potongan gaji
pada tiap-tiap bulan. Kaedah pembayaran balik ini adalah seperti
yang terdapat pada lampiran SPP Bil 9/2000.(Sila rujuk laman web
www.treasury.gov.my)
6.4 TEMPOH PEMBAYARAN BALIK
6.4.1 Tempoh pembayaran balik Pembiayaan Kenderaan adalah seperti
berikut:-
Pembiayaan Tempoh
Kereta Baru Tidak melebihi 96 bulan (8 tahun)
Kereta Terpakai Tidak melebihi 84 bulan (7 tahun)
Motosikal Baru Tidak melebihi 60 bulan (5 tahun)
Motosikal Terpakai Tidak melebihi 48 bulan (4 tahun)
6.4.2 Pembiayaan hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum
peminjam bersara atau meninggalkan perkhidmatan atau tamat
tempoh kontrak perkhidmatannya. Tempoh maksimum peminjam
hendaklah tidak melebihi dari baki tempoh perkhidmatan staf
dengan kerajaan.
6.4.3 Baki pembiayaan peminjam yang meninggal dunia boleh
diselesaikan oleh waris si mati atau hasil dari penjualan kenderaan.
6.4.4 Baki pembiayaan boleh diselesaikan lebih awal dari tempoh yang
ditetapkan. Dalam hal yang demikian JPKK boleh memberikan
7/13
’Muqassah’ (Rebate) mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh
Jabatan Akauntan Negara dari masa ke semasa.
6.4.5 Baki pembiayaan peminjam yang meletak jawatan atau
meninggalkan perkhidmatan hendaklah diselesaikan secara
sekaligus sebelum tarikh meninggalkan perkhidmatan atau dari
hasil penjualan kenderaan.
6.4.6 Bayaran balik pembiayaan hendaklah diselesaikan sepenuhnya
dalam tempoh yang dipersetujui atau dalam kes tertentu di mana
peminjam atau warisnya berada dalam kesempitan (’Asarah’)
seperti mengalami kebakaran atau banjir, JPKK boleh
mempertimbangkan mereka membayar balik pembiayaan itu
dengan cara dan tempoh yang ditentukan.
6.4.7 Bendahari adalah diberi kuasa untuk membuat pemotongan gaji
sekaligus semua ansuran yang tertunggak atau baki pembiayaan
yang belum diselesaikan.
6.4.8 Penangguhan bayaran balik ansuran bulanan pembiayaan
kenderaan adalah dibenarkan kepada peminjam yang telah
diluluskan cuti tanpa gaji oleh kerajaan. Dalam hal ini, tempoh
bayaran balik hendaklah dijadualkan semula tanpa dikenakan apa-
apa bayaran tambahan bagi tempoh berkenaan.
7.0 KAEDAH PERMOHONAN DAN MENGISI BORANG
7.1 Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam Borang Permohonan
Pembiayan Kenderaan (Kew.294) seperti di Lampiran A sebanyak tiga
(3) salinan.
7.2 Pembelian hendaklah diuruskan sendiri oleh pemohon.
8/13
7.3 Pemohon dikehendaki mendapatkan sebutharga/surat tawaran dari
pembekal atau pemilik kenderaan.
7.4 Pemohon dikehendaki mengemukakan tiga (3) salinan dokumen-dokumen
berikut kepada Jabatan Bendahari :-
i. Lesen memandu
ii. Salinan Surat Pengesahan Jawatan/Surat Tawaran Jawatan UMP
iii. Penyata gaji terakhir pemohon dan penjamin
iv. Kad pengenalan pemohon dan penjamin
v. Sebutharga untuk kereta baru
vi. Surat Jualbeli dari penjual bagi kereta terpakai
vii. Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya
atau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Sijil Pendaftaran untuk
kenderaan terpakai.
viii. Surat Pengesahan dari pembekal tarikh sebenar kenderaan dapat
dibekalkan.
7.5 Semua Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja
Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah disertakan butiran
berikut:
i. Nama pemilik berdaftar
ii. Jenis, nombor dan kuasa kenderaan
iii. Nombor chasis dan nombor enjin
iv. Nilai kereta/motosikal; dan
v. Baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat
dipakai
7.6 Jumlah ansuran potongan bulanan pembiayaan kenderaan mestilah tidak
melebihi 1/3 daripada gaji pokok pegawai dan jumlah semua potongan
gajinya, termasuk ansuran potongan pembiayaan kenderaan berkenaan,
tidak melebihi 60% dari gaji pokok serta elaun-elaun.
9/13
8.0 PERATURAN – PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PEMBIAYAAN
KENDERAAN TERPAKAI
8.1 Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi oleh pemohon-pemohon:-
8.1.1 Pembiayaan tidak boleh melebihi harga kenderaan atau maksimum
kelayakannya atau nilai kenderaan tersebut yang ditentukan oleh
Jurutera Mekanikal Kerajaan.
8.1.2 Semua kenderaan terpakai hendaklah dinilai dan dikeluarkan sijil
nilaian kenderaan oleh Jurutera Kerja Raya Mekanikal.
8.1.3 Semua sijil nilaian kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja
Raya Mekanikal hendaklah disertakan dengan butir-butir berikut:-
b) nama pemilik berdaftar;
c) jenis, nombor pendaftaran dan kuasa enjin kenderaan;
d) nombor chasis dan nombor enjin;
e) nilai kereta/motosikal; dan
f) baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan
selamat dipakai dari segi mekanikal.
8.1.4 Tempoh bayaran balik harga jualan hendaklah ditentukan
berdasarkan kepada baki tempoh kenderaan berekonomi dan
selamat dipakai dari segi mekanikal sebagaimana dinilaikan oleh
Jurutera Kerja Raya Mekanikal.
8.2 Salinan asal sijil nilaian kenderaan tersebut hendaklah disertakan
bersama-sama borang permohonan. Satu salinan sijil itu juga hendaklah
disertakan dengan baucer pembayaran.
8.3 Kenderaan tersebut mestilah boleh dilindungi dengan takaful kenderaan
(komprehensif) sehingga baki harga jualan diselesaikan. Ketua jabatan
hendaklah mempastikan pegawai mengemukakan surat pengesahan
10/13
daripada pengendali takaful berkenaan bahawa sijil takaful kenderaan
(komprehensif) boleh dikeluarkan sebelum meluluskan permohonan.
9.0 TINDAKAN SELEPAS PERMOHONAN
9.1 Setiap permohonan pembiayaan akan dibawa kepada Jawatankuasa
Pembiayaan Kenderaan & Komputer mengikut senarai permohonan untuk
kelulusan.
9.2 Selepas permohonan diluluskan oleh JPKK, surat tawaran pembiayaan
dan surat kelulusan akan dikeluarkan. Pemohon dikehendaki untuk
menandatangani akuan persetujuan menerima pembiayaan dalam
tempoh 30 hari selepas surat tawaran dikeluarkan.
9.3 Surat perjanjian akan disediakan dan dihantar kepada pemohon untuk
ditandatangani dan disetemkan. Untuk setiap RM500 pembiayaan, nilai
cukai setem yang dikenakan adalah RM2.50.
9.4 Cek akan dikeluarkan atas nama syarikat pembekal selepas perjanjian
pembiayaan ditandatangani antara pemohon dan pihak Universiti
Malaysia Pahang dan selepas mendapat pengesahan dari pembekal
bahawa kenderaan yang ditempah sedia untuk didaftarkan dan
diserahkan kepada pemohon.
9.5 Pemohon dikehendaki menyerahkan :-
i. Resit pembelian
ii. Nota Takaful (cover note)/Sijil Takaful Kenderaan Komprehensif
iii. Buku Pendaftaran Kenderaan yang tercatat ’HAK MILIK
DITUNTUT OLEH UMP’
9.6 Semua dokumen tersebut perlu diserahkan dalam tempoh 30 hari selepas
cek bayaran dikeluarkan. Sekiranya peminjam gagal menyerahkan
11/13
segala dokumen berikut dalam tempoh yang ditetapkan, maka
pembiayaan itu adalah dianggap terbatal. Bendahari hendaklah
mendapatkan kembali semua jumlah pembiayaan yang telah diluluskan
dengan amaun keuntungan Universiti bagi tempoh berkenaan secara
sekaligus. Gaji dan elaun pegawai berkenaan tidak akan dibayar
sehingga kesemua pembiayaan dan keuntungan dijelaskan.
9.7 Jika pembiayaan kenderaan dibatalkan selain daripada sebab di para 9.6,
termasuk pembatalan pembiayaan di atas pilihan sendiri, maka Bendahari
haruslah mendapatkan kembali semua baki harga jualan kenderaan
dengan cara sekaligus. Gaji dan elaun pegawai berkenaan tidak akan
dibayar sehingga kesemua jumlah pembiayaan dan keuntungan
dijelaskan.
9.8 Peminjam mestilah menyerahkan sijil takaful kenderaan (komprehensif)
setiap tahun kepada Jabatan Bendahari.
10.0 POTONGAN GAJI BAGI BAYARAN ANSURAN
10.1 Bayaran balik dibuat secara ansuran melalui potongan gaji bulanan dan
kadar bayaran ansuran adalah seperti yang telah ditetapkan.
10.2 Potongan gaji akan dibuat selepas tempoh 1 bulan dari tarikh cek
pembiayaan dikeluarkan. Sebagai contoh bagi cek pembiayaan yang
dikeluarkan pada bulan Januari potongan hendaklah bermula dari gaji
bulan Mac.
11.0 HAK MILIK ATAS KENDERAAN
11.1 Bendahari dan pegawai yang mendapat pembiayaan adalah sama-sama
bertanggungjawab untuk meminta pihak Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) mencatitkan perkataan ”Hakmilik Dituntut Oleh UMP” di dalam
12/13
buku pendaftaran nama pegawai sebagai pemilik berdaftar dilakukan.
Catitan ini hanya boleh dibatalkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan
Jalan apabila Jabatan Bendahari memberitahu secara bertulis bahawa
bayaran balik itu telah diselesaikan dengan sepenuhnya.
12.0 MAKLUMAT TAMBAHAN
12.1 Kenderaan yang dibeli melalui skim ini hendaklah dibeli secara terus dan
tidak tertakluk kepada lain-lain urusan kewangan (tiada cop hakmilik
dituntut oleh mana-mana syarikat kewangan).
12.2 Skim Pembiayaan Kenderaan UMP tidak boleh digunakan untuk
menyelesaikan baki pinjaman kenderaan dengan syarikat kewangan.
12.3 Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama pemohon sebelum
pinjamannya diselesaikan.
12.4 Baki pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum staf bersara,
meletak jawatan atau tamat tempoh kontraknya.
12.5 Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah
mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bendahari.
12.6 Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama pegawai sebelum
permohonannya diluluskan.
13.0 PENALTI DAN TINDAKAN SURCAJ
13.1 Semua syarat dan peraturan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh
peminjam. Kegagalan peminjam mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan akan dikenakan surcaj atau tindakan tatatertib.
13/13
13.2 Tindakan surcaj atau tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai
yang bertanggungjawab dalam urusan pembiayaan berkenaan sekiranya
terdapat syarat-syarat dan peraturan tidak dipatuhi.
14.0 TARIKH KUATKUASA
Pekeliling Bendahari Bil 4 Tahun 2007 ini berkuatkuasa mulai tarikh pekeliling ini
dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
ZAINUDIN BIN OTHMAN
Bendahari
Universiti Malaysia Pahang
s.k Y.H Profesor Dato’ Dr. Mohamed Said Bin Mat Lela Naib Canselor Y. Bhg Profesor Dr. Sabarudin Bin Mohd. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Y.Bhg Profesor Dr. Badhrulhisham Bin Abdul Aziz Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) Pendaftar
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
1. Salinan lesen memandu yang sah
2. Salinan Surat Pengesahan Jawatan/Salinan Surat Tawaran
3. Salinan kad pengenalan pemohon dan penjamin
4. Salinan penyata gaji terkini pemohon dan penjamin
5. Sebutharga kereta baru
6. Surat jual beli dari penjual bagi kereta terpakai
7. Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya atau JPJ
8. Sijil Pendaftaran untuk kenderaan terpakai
(Semua dokumen berkenaan perlu disahkan)
Tarikh:_______________
*Nama Pemohon :
*Alamat Jabatan :
*Samb. Telefon :
Tuan/Puan,
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Pegawai Kewangan
b/p Bendahari
Universiti Malaysia Pahang
Permohonan tuan/puan telah diterima pada ___________________ dan dalam perhatian jabatan ini. Untuk makluman
tuan/puan, permohonan ini perlu diproses mengikut senarai permohonan pembiayaan kenderaan.
……………………………………..………………………………
……………………………………..………………………………
……………………………………..………………………………
……………………………………..………………………………
……………………………………..………………………………
PEMBIAYAAN KENDERAAN
Senarai semak dokumen yang perlu dikemukakan (3 salinan):-
AKUAN PENERIMAAN
(*Perlu diisi oleh pemohon)
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
1. NAMA PENUH (HURUF BESAR SEPERTI DALAM KAD PENGENALAN)
2. NO. KAD PENGENALAN - - 3. NO. PEKERJA
4. TARIKH LAHIR - - 4. UMUR PADA TARIKH MEMOHON
5. JAWATAN
SKIM DAN GRED JAWATAN
TARAF PERKHIDMATAN TETAP TETAP DALAM PERCUBAAN KONTRAK
6. JABATAN/FAKULTI
7. TARIKH PERLANTIKAN - -
8. TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN - -
9. GAJI POKOK , .
11. ELAUN MEMANGKU (jika ada) , .
12. ADAKAH MEMANGKU UNTUK KENAIKAN PANGKAT
13. ALAMAT TETAP
14. ALAMAT TEMPAT BERTUGAS
15. NO. TELEFON -
16. NO. LESEN MEMANDU
5.2
RM
RM
BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN KENDERAAN
BAHAGIAN 1 - BUTIR-BUTIR PEMOHON
5.1
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
1. MAKLUMAT pembiayaan 5 TAHUN SEBELUM DARIPADA INI (Jika ada) ADA TIADA
TARIKH KELULUSAN - -
NO. AKAUN pembiayaan
JUMLAH PEMBIAYAAN , .
TARIKH BAYARAN AKHIR - -
JUMLAH BAKI (Jika ada) , .
SEBAB-SEBAB pembiayaan BARU DIMOHON
2. BUTIR-BUTIR KENDERAAN YANG HENDAK DIBELI:
JENIS KENDERAAN 1. KERETA 2. MOTOSIKAL 3. LAIN-LAIN
(Nyatakan)
KEADAAN KENDERAAN BARU TERPAKAI (sila kepilkan sijil Nilaian & Salinan
Buku Pendaftaran Kenderaan)
JENAMA
SUKATAN SILINDER
NOMBOR CHASIS
NOMBOR ENJIN
JIKA KENDERAAN TERPAKAI:-
i) NAMA PEMILIK/NAMA SYARIKAT
ii) NO. KAD PENGENALAN/NO.PENDAFTARAN SYARIKAT:
ii) HARGA NILAIAN , .
3. HARGA BERSIH KENDERAAN , .
(sertakan sebutharga)
4. KELAYAKAN pembiayaan , .
5. JUMLAH PEMBIAYAAN DIPOHON , .
6. TEMPOH BAYARAN BALIK
RM
RM
RM
BAHAGIAN 3 - MAKLUMAT TAMBAHAN
2.5
2.6
2.7
RM
2.1
2.2
2.3
2.4
1.4
1.5 RM
1.6
1.1
1.2
1.3 RM
BAHAGIAN 2 - BUTIR-BUTIR PEMBELIAN
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
1. NAMA SUAMI/ISTERI
2. ALAMAT PEJABAT SUAMI/ISTERI (jika ada)
3. NO. TELEFON -
3. KENDERAAN YANG DIMILIKI
(a)
(b)
(c) Saya berpuashati bahawa saya mampu menjelaskan bayaran balik bulanan pembiayaan ini.
Tarikh Tandatangan Pemohon
BAHAGIAN 4 - PENGAKUAN PEMOHON
Saya mengaku bahawa butir-butir dan keterangan yang diberikan di atas adalah betul dan benar, dan juga mengaku iaitu sekiranya didapati tidak betul dan tidak
benar maka saya bersetuju permohonan in dianggap batal dan sekiranya pembiayaan telah diberi, jumlah tertunggak akan dikembalikan;
Saya telah memahami dan bersetuju dengan segala syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Skim Pembiayaan Kenderaan Universiti Malaysia
Pahang; dan
……………………………………………… ………………………………………………
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
1. NAMA PENUH (HURUF BESAR)
2. NO. KAD PENGENALAN
3. TARKH LAHIR
4. JAWATAN
5. NO. PEKERJA
6. JABATAN/FAKULTI
7. NO. TELEFON
8. SKIM DAN GRED JAWATAN
9. GAJI POKOK (RM)
10. ALAMAT SURAT-MENYURAT
11.
12. TANDATANGAN
13. TARIKH
PERINGATAN: Hanya pegawai-pegawai UMP yang telah disahkan di dalam jawatan sahaja layak menjadi penjamin.
(a) Diperakui bahawa butir-butir yang diberikan oleh pemohon telah disemak dan didapati benar;
*(b)
*(c)
*(d)
*Potong mana yang tidak berkenaan
BAHAGIAN 7 - KEGUNAAN JABATAN BENDAHARI (KEPUTUSAN JAWATANKUASA PEMBIAYAAN KENDERAAN & KOMPUTER)
……………………………………………… ………………………………………………
TarikhTandatangan & Cop Dekan / Ketua
Jabatan
BAHAGIAN 6 - PERAKUAN DEKAN/KETUA JABATAN
Saya bersetuju /tidak bersetuju bahawa pembayaran balik pembiayaan ini tidak akan menyebabkan kesusahan kewangan kepada pemohon;
Saya juga bersetuju /tidak bersetuju bahawa kenderaan yang hendak dibeli adalah diperlukan oleh pemohon dalam menjalankan tugasnya dengan Universiti;
dan
Dengan itu saya menyokong/tidak menyokong permohonan ini.
BUTIR-BUTIR PENJAMIN PENJAMIN PERTAMA PENJAMIN KEDUA
TARIKH DISAHKAN DALAM JAWATAN
BAHAGIAN 5 - DIISI OLEH PENJAMIN
(Sekiranya pemohon BELUM disahkan dalam jawatan ATAU pemohon adalah pegawai kontrak)
Borang Pembiayaan Kenderaan (Kew.294)
*(a)
(b)
(c) Sebab-sebab permohonan tidak diluluskan:
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________
Nama Penuh: ______________________
Jawatan:__________________________
*Potong mana yang tidak berkenaan
1. Cek bayaran pembiayaan diterima oleh pemohon pada
Nombor dan tarikh resit pembelian
Kenderaan yang dibeli diperiksa pada - -
Nombor daftar Kenderaan/No. Chasis /No. Enjin
Tarikh buku pendaftaran dicatatkan "Hak Milik Dituntut oleh UMP" oleh Jabatan Pengangkutan Jalan
- -
Polisi Insurans Komprehensif (untuk tahun pertama sahaja)
(a) Bagi tempoh ________________ hingga _________________
(b) Nombor polisi
(c) Jumlah harga perlindungan , .
(d) Nama Syarikat Insurans
2.
3.
Nama Penuh: ___________________________
Jawatan:_______________________________
……………………………………………… ………………………………………………
Tarikh Tandatangan
RM
Disahkan butir-butir di atas telah diterima sebelum 30 hari selepas cek bayaran diterima oleh peminjam, disemak dan didapati benar.
Salinan-salinan fotostat resit, salinan buku pendaftaran dan salinan fotostat sijil insurans telah disimpan dalam fail peribadi peminjam.
1.2
1.3
1.4
1.5
Tarikh Tandatangan
BAHAGIAN 8 - KEGUNAAN JABATAN BENDAHARI
1.1
Permohonan ini telah diteliti dan diluluskan/tidak diluluskan oleh Jawatankuasa Pembiayaan Kenderaan & Komputer UMP pada ____________________ .
Kelulusan pembiayaan adalah sebanyak RM ______________________ dengan jangkamasa bayaran balik selama __________ bulan. Kelulusan ini adalah
tertakluk kepada syarat-syarat dan perintah yang ditetapkan di dalam Arahan dan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
……………………………………………… ………………………………………………
LAMPIRAN A
JADUAL BAYARAN BALIK BULANAN PINJAMAN DAN BAYARAN PERKHIDMATAN BAGI PINJAMAN BIASA
ATAU JUMLAH KEUNTUNGAN MENGIKUT PRINSIP
AL-BAI' BITHAMAN AJIL
Tempoh Pinjaman Tahun Bayaran Balik Bulanan Bagi Tiap-tiap RM1,000
1 2 3 4 5 6 7 8
85.15 43.42 29.52 22.58 18.42 15.65 13.67 12.19