SKEMA PEMARKAHAN - PT1 PPG MZ.docx

13
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU Semester 7 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 - PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH NO. KOD : MZU3223 TARIKH: MEI 2015 SKEMA PEMARKAHAN (SP)

Transcript of SKEMA PEMARKAHAN - PT1 PPG MZ.docx

Peperiksaan Format IPG

No. Kod: MZU3223SPPeperiksaan Ijazah Sarjana Muda PerguruanPROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSemester 7PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 - PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH

NO. KOD :MZU3223TARIKH:MEI 2015

SKEMA PEMARKAHAN (SP)

No Kod :SN 1234

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN A( 40 markah )Pendekatan deduktif biasanya digunakan untuk membuktikan sesuatu pernyataan atau membuktikan sesuatu teori. Pendekatan ini biasanya digunakan dalam penyelidikan kuantitatif.aNyatakan lima jenis penyelidikan kuantitatif

iKajian KorelasiiiKajian TindakaniiiKajian TinjauanivKuasi-Eksperimentalv. Kajian Eksperimental1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah 5 fakta x 1 markah = 5 markah

Jumlah = 5 markah

bPenyelidikan dalam pendidikan mempunyai dua ciri utama iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah yang logik dan mematuhi kaedah saintifik.Bagaimana harus anda jelaskan dan huraikan tentang langkah-langkah yang logik, sebagai ciri utama penyelidikan dalam pendidikanLangkah-langkah yang logik

iMengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan.iiMelakukan tinjauan literature - untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi / menyelesaikan masalah / isu.iiiPengumpulan data secara tersusun dan terkawal - untuk memperolehi keputusan yang sah.ivMenganalisis data yang setimpal / berkaitan dengan masalah / isu.vMembuat kesimpulan dan generalisasi.1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta / isi + huraian x 2 markah = 2 markah5 fakta + huraian x 2 markah = 10 markah

Jumlah = 10 markah

Jumlah keseluruhan = 15 markah

Model Penyelidikan yang terdiri daripada dua lingkaran dan dilaksanakan berulang-ulang sehingga masalah dapat diselesaikan sepenuhnya adalah Model Stephen Kemmis.aSenaraikan lima langkah dalam lingkaran pertama Tajuk kajian Latar belakang kajian Fokus / isu / masalah yang ingin diselesaikan Perancangan tindakan / pelan intervensi Pemerhatian / hasil dapatan kajian / analisis dapatan / huraian dapatan Refleksi / perbincangan dapatan

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah5 fakta x 1 markah = 5 markah

Jumlah = 5 markah

bCikgu Sarah adalah Guru Cemerlang Pendidikan Muzik,................Kaitkan kes Cikgu Sarah dengan satu jenis model yang sesuai dan nyatakan empat peringkat model tersebut, seterusnya kemukakan lima langkah perlaksanaan kajian berpandukan model tersebut dengan jelas.- Model Kurt Lewin.iPerancanganiiTindakaniiiPemerhatianivRefleksi fakta / isi x 1 markah = 1 markah5 fakta x 1 markah = 5 markah

Jumlah = 5 markahlima langkah perlaksanaan kajian berpandukan model tersebutiDi peringkat perancangan, masalah yang telah dikenalpasti memudahkan guru untuk merancang tindakan / intervensi bagi mengatasi masalah tersebut.iiPelan tindakan dirancang dan dijalankan untuk menyelesaikan masalah tersebutiiiGuru perlu melakukan pemerhatian ke atas perubahan tingkah laku murid sepanjang intervensi dijalankan ke atas muridivHasil daripada pemerhatian tersebut, guru perlu membuat refleksi hasil daripada perubahan tingkah laku murid dalam kajian tindakannya.vMelengkapkan dapatan kajiannya mengikut format kajian tindakan yang sesuai dengan model Kurt Lewin (1948).1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah5 fakta x 1 markah = 5 markah

Jumlah = 5 markah

Jumlah keseluruhan = 15 markahRespondan yang dipilih menentukan persampelan dalam penyelidikan seorang penyelidik.aNyatakan lima respondan yang sesuai untuk kajian berbentuk Penyelidikan dalam pendidikan

imurid-murid sekolahiiguru-guru yang mengajar mata pelajaran yang samaiiirakan sejawat di sekolah yang samaivpihak pentadbir sekolah ( cth: guru besar, penolong kanan GPK danvpemerhati yang turut serta dakam kajian1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah5 fakta x 1 markah = 10 markah

Jumlah = 5 markah

bBanding bezakan lima aspek utama dalam proses temu bual berstruktur dan proses tidak berstrukturTemubual BerstrukturTemubual Tidak Berstruktur

Aktiviti perbualan dan soal jawab di mana bentuk dn kandungan soalan-soalan yang ingin ditanya adalah terhadmerupakan aktiviti dan soaljawab yang mementingkan penerokaan idea atau perasaan lebih daripada mendapatkan fakta-fakta tertentu.

Soalan-soalan adalah ditentukan mengikut tajuk atau bidang tertentu sahaja.Soalan-soalan terbuka (open ended question) dikemukakan dan pelbagai jawapan boleh diperolehi dari peserta atau respondan.

Biasanya mengandungi soalan-soalan tertutup yang memerlukan jawapan Ya atau Tidak, Setuju atau Tidak SetujuPenemubual tidak terikat dengan garis panduan temubual dan menggalakkan respondan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan respondan secara terbuka.

Teknik penyoalan dan urutan bersifat tekal daripada satu temubual kepada temubual yang lain dengan subjek kajian yang berlainan.Soalan-soalannya memberikan peluang kepada pengkaji untul meneroka secara mendalam dan memberikan peluang kepada respondan mengambil masa untuk berfikir sebelum menjawabnya.

Penemubual bersifat berkecuali dan mesra. Namun beliau tidak memberi pandangan peribadi semasa sesi temubual.Penemubual tidak mempunyai kawalan terhadap jawapan respondan.

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah5 fakta + huraian x 2 = 10 markah

Jumlah = 10 markah

Jumlah keseluruhan = 15 markahaPenyebaran dapatan penyelidikan adalah proses penting perkongsian maklumat dan pengetahuan penyelidik dengan penyelidik lain dan audians yang berkaitan dengan kajian penyelidik.Nyatakan lima medium untuk menyebarkan dapatan penyelidikan Sebuah buku Satu bab dalam buku Artikel dalam makalah sekolah Penerbitan dalam akhbar harian Artikel dalam jurnal professional Muat naik secara online di laman sesawang Projek penyelidikan atau disertasi peringkat ijazah Item dalam buletin persatuan professonal pendidikan Kertas kerja yang dibentang dikonferens penyelidikan tindakan Laporan bertulis yang diedarkan semasa seminar penyelidikan pendidikan Pembentangan lisan guru dalam mesyuarat panitia mata pelajaran atau akademik Keluaran buletin di peringkat sekolah, daerah atau biro penyelidikan kolej atau universiti1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah5 fakta x 1 markah = 5 markah

Jumlah = 5 markah

bPerancangan yang teliti amat diperlukan dalam proses menyediakan artikel Penyelidikan tindakan.Berdasarkan item dalam jadual di bawah, bincangkan proses yang sesuai untuk setiap bahagian.BahagianPenjelasan

Tajuk Kajian Tajuk ditentukan dengan mengenalpasti isu, masalah atau kepentingan yang ingin dikaji Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju kajian, tindakan dan sasaran kerja

Abstrak- Membekalkan makumat umum serta penting kepada pembaca tentang apa yang dikaji tanpa membaca keseluruhan laporan kajian.- mengandungi komponen-komponen seperti: Tujuan Kumpulan sasaran Fokus kajian Tinjauan awal Pelaksanaan kajian Dapatan

Refleksi Pengajaran dan pembelajaran yang lalu Muhasabah diri yang digunakan untuk menilai kembali pengajaran yang lalu Mengandungi aspek-aspek di bawah: Terma / masalah / isu keperihatinan dikenalpasti dengan melihat kepada empat perkara utma dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu guru, murid, isi kandungan dan persekitaran Refleksi pengalaman pengajaan dan pembelajaran (PdP) yang lalu Kaitkan pengalaman PdP lalu dengan empat perkara utama supaya masalah menjadi jelas Rujuk bahan-bahan yang berkaitan seperti buku latihan ujian dan sebagainya untuk memantu penyelidk meningkatkan kembali apa yang telah dilaksanakan / berlaku Terjemahakan refleksi secara bertulis

Isu Keperihatinan- merupakan fokus yang menjadi isu kajian- cara menentukan isu: Tentukan tema / isu keperihatinan kajian Rumuskan isu yang dikenalpasti berasaskan refleksi yang dibuat

Objektif- Boleh terdiri daripada objektif umum dan objektif khusus- Hendaklah berkaitan dengan isu kajian- Hendaklah berkaitan dengan aktiviti / tindakan PdP- Semua objektif khas hendaklah diukur / dinilai semasa menjalankan tindakan / aktiviti.

1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 = 2 markah5 fakta + huraian x 2 = 10 markah

Jumlah = 10 markah

Jumlah keseluruhan = 15 markah

BAHAGIAN B( 60 markah )Seorang guru bercadang membuat kajian berdasarkan tinjauan kes terhadap murid-muridnya yang menghadapi masalah persepsi dalam menulis not-not minim pada baluk. Murid tersebut telah melakukan kesilapan dalam meletakkan tangkai not minim samada di sebelah kiri atau kanan not minim, berdasarkan prinsip kadar banding.Berdasarkan model Stephen Kemmis, cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru bagi mengatasi masalah tersebut.

Pengenalan : Tindakan guru untuk mereka bentuk satu tindakan amalan baru setelah mengenal pasti permasalahan yang timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Kajian mengenai amalan dilaksanakan dalam ruang lingkup bilik darjah dan bersama-sama muridnya Secara sendiri memperolehi sebarang keputusan untuk mengubah amalan berasaskan kajian tindakan Tujuan untuk membina diri dan meningkatkan mutu pengajaran dalam bilik darjah Usaha kajian merupakan tanggungjwab profesonal, meningkatkan ilmu dan kewibawaan dalam pengajaran Mana-mana jawapan yang munasabah(4 fakta + huraian = 4 markah)

Fasa perancangan: Guru telah mengenalpasti permasalahan dan isu hasil dari pengalaman dan amalan-amalan yang lepas Guru merancang untuk mencipta satu teknik atau amalan baru yang boleh membantu muridnya menjalani aktiviti menulis not minim dengan betul. Guru akan tentukan beberapa perkara sebelum kajian dijalankan. Guru akan tentukan masa dan waktu untuk menjalani kajian Guru juga perlu fikirkan cara untuk mendapatkan maklumat dan bagaimana dilaksanakan. Fasa ini merupakan peringkat diagnosis. Mana-mana jawapan yang munasabah, diterima.(4 fakta + huraian = 4 markah)

Fasa Tindakan: Guru perlu melaksanakan satu pusingan kajian berkaitan permasalahan / isu berasaskan reka bentuk amalan atau objek / instrumen. Guru tidak perlu bimbang sama ada ia berjaya atau tidak dan tidak juga perlu terikut dengan masa Guru hendaklah memastikan amalan baru yang dijalankan, kajian perlu memenuhi justifikasi keberkesanannya, menekankan kepada perubahan dalam amalan ke arah yang lebih baik serta dapat meningkat ilmu pengetahuan dan memperbaiki amalan dan tindakan yang lemah Peringkat ini merupakan peringkat menjalani ujian dan mengumpul maklumat dan data Mana-mana jawapan yang munasabah.(4 fakta + huraian = 4 markah)Fasa Pemerhatian: Peringkat ini adalah peringkat pemerhatian dibuat ke atas tindakan amalan-amalan baru untuk membolehkan bukti-bukti diperolehi dan dibuat penilaian. Pemerhatian perlu dirancang, buat catatan, dokumentasi serta rujukan kepada hasil kerja murid hasil ujian yang telah dijalankan. Guru perlu menggunakan lebih dari satu cara untuk mendapat hasil jawapan / data untuk dibuat triangulasi Triangulasi adalah satu kekuatan untuk membuktikan maklumat yang diperolehi itu bermakna, berkesan dan sah. Mana-mana jawapan yang munasabah.(4 fakta + huraian = 4 markah)

Fasa Refleksi: Refleksi dibuat ke atas tindakan-tindakan yang diperhatikan Fakta/keputusan dicatat dibincang dan dinilai Refleksi dibuat secara kumpulan akan membolehkan pembetulan semula amalan yang telah dijalankan ujian. Mengenalpasti sama ada amalan baru tersebut telah memberi perubahan kepada amalan pengajaran yang lalu, telah meningkatkan kefahaman murid tentang melukis tangkai not di tempat yang betul atau sebaliknya Jika tidak memberi kesan atau perubahan dari yang lama kepada yang baharu, maka perlu merancang langkah-langkah bagi menjalani lingkaran ke dua. Mana-mana jawapan yang munasabah.1fakta + huraian = 4 markah5 fakta + huraian x 4markah = 20 markah

Jumlah = 20 markah

Jumlah keseluruhan = 20 markah

Dalam melaksanakan kaedah kualitatif adalah penting bagi seseorang penyelidik memilih kaedah yang sesuai untuk mengutip data. Perjelaskan empat teknik mengutip data dalam Kajian Tindakan.Soal selidik: Memastikan soal selidik dikembalikan seperti mentadbir dengan menyediakan setem alamat yang tepat. Berhubung dengan subjek yang ridak memulangkan soal selidik. Memastikan soalan adalah berjawab atau mengkaji ciri-ciri subjek yang tidak menjawab

Temu bual: Kaedah subjek dan penyelidik hadir sama di dalam proses pemerhatian maklumat. Temu bual menghendaki ke dua-dua pihak, penyelidik dan subjek berinteraksi seara langsung

Pemerhatian: Kaedah mengukur pembolehubah penyelidikan Penyelidik perlu mengamati tingkahlaku subjek berdasarkan kepada pembolehubah-pembolehubah yang tidak dikenal pasti. Mengkaji perkembangan tingkahlaku kanak-kanak dan seumpamanya

Persampelan: Teknik persampelan adalah bertujuan untuk memerhati sampel pada masa-masa tertentu Penyelidik perlu mengenalpasti sampel pada kejadian yang diperhatikan yang menghendaki kehadiran penyelidik atau dejingga masa tertentu sehinga berlangsung kejadian tersebut.1 fakta + huraian = 5 markah4 fakta + huraian x 5markah =20 markah

Jumlah = 20 markah

Terdapat perbezaan antara mengelolakan majlis, seminar biasa dan seminar penyelidikan tindakan. Anda telah dilantik sebagai pengerusi Seminar penyelidikan Tindakan Pendidikan Muzik Semester (PPG) Ambilan Februari 2012.Jutifasikan bagaimana seminar penyelidikan tindakan anjuran anda itu dikatakn berjaya.

Penganjuran seminar penyelidikan yang berjaya perlu melengkapi justifikasi berikut.1. Pembentukan jawatankuasa2. Pemilihan tema / tajuk3. Penentuan masa, tarikh dan tempat4. Penetapan panduan untuk memilih kertas penyelidikan yang sesuai5. Siaraya (surat, iklan dan sebagainya untuk memaklumkan kepada para pengkaji)6. Jemputan penceramah kertas utama7. Bayaran pembentangan8. Bilangan sesi adakah melibatkan sesi selari?9. Pencetakan prosiding (softcopy dan hardcopy)10. Hal-hal kewangan.1 fakta / isi x 1 markah = 1 markah1 fakta + huraian x 2 markah = 2 markah10 fakta + huraian x 2 markah = 20 markah

Jumlah = 20 markah

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 201510SULIT