SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi...
Transcript of SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI - fp.utm.my · sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi...
SIKAP, MINAT, KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP SAINS DAN TEKNOLOGI
SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : SIKAP, MINAT, KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT TERHADAP SAINS DAN TEKNOLOGI
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya : SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam
(AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
_____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO 2, JALAN SERINDIT 22, PM DR MOHAMMAD YUSOF ARSHAD TAMAN SCIENTEX, NAMA PENYELIA 81700 PASIR GUDANG, JOHOR. Tarikh: 30 JUN 2012 Tarikh: 30 JUN 2012
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“ Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ______________________________ Penyelia : PM DR MOHAMMAD YUSOF ARSHAD Tarikh : ______________________________
ii
SIKAP, MINAT, KEFAHAMAN DAN PENGETAHUAN PELAJAR
TINGKATAN EMPAT TERHADAP SAINS DAN TEKNOLOGI
SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JULAI 2012
iii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ______________________________
Nama Penulis : SITI NURHIDAYAH BINTI SAHARI
Tarikh : ______________________________
iv
DEDIKASI
Teristimewa buat:
Bonda tersayang,
Saarah Binti Abdul
Terima kasih atas segala pengorbanan dan didikanmu
Adik-beradik yang disayangi,
Serta rakan yang sentiasa di sampingku memberi dorongan
Terima kasih atas segalanya
Dan buat pensyarah pembimbing yang dihormati dan dikasihi,
PM Dr Mohammad Yusof Arshad
Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang dihulurkan tanpa
mengenal erti jemu
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana rahmat dan izin-Nya, saya dapat
menyiapkan kajian yang dijalankan ini dengan sepenuhnya mengikut masa
yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada PM Dr Mohammad Yusof Arshad
selaku penyelia projek, di atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta
bantuan yang telah diberikan sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini.
Segala ilmu dan dorongan yang diberikan amat berharga dan berguna malah
akan dikenang sehingga akhir hayat. Saya juga ingin merakamkan sekalung
budi buat guru-guru di beberapa sekolah sekitar daerah Pasir Gudang yang
membantu dalam memudahkan urusan saya menyiapkan kajian ini.
Sekalung terima kasih yang tidak terhingga buat bonda Saarah Binti
Abdul yang tercinta dan adik-beradik yang tersayang di atas bantuan dan
sokongan sepanjang tempoh pengajian saya sehingga tamatnya kajian ini.
Semoga rezeki bertambah dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Akhir sekali jutaan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan (SPC)
yang sentiasa menyokong dalam apa jua perkara dan keadaan. Terima kasih
juga ditujukan kepada semua staf akademik dan bukan akademik Fakulti
Pendidikan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam tempoh
untuk menyiapkan kajian ini. Semoga Allah s.w.t memberkati dan merahmati
segala usaha dan pertologan yang diberikan. Amin…
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti sikap, minat, kefahaman dan
pengetahuan pelajar terhadap Sains dan Teknologi. Seramai 174 orang
pelajar tingkatan empat aliran sains dari tiga buah sekolah menengah di
daerah Pasir Gudang, Johor terlibat sebagai sampel kajian. Soal selidik yang
mengandungi empat bahagian untuk mengkaji sikap, minat, kefahaman dan
pengetahuan pelajar terhadap Sains dan Teknologi digunakan dalam kajian
ini. Data-data kajian yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 17.0 untuk mendapatkan
kekerapan,peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan
pelajar mempunyai sikap yang agak positif, minat yang tinggi, kefahaman
dan tahap pengetahuan yang sederhana. Beberapa implikasi kajian dan
cadangan kajian lanjutan juga dikemukakan.
vii
ABSTRACT
The purpose of this research was to identify the student’s attitude, interest,
understanding and knowledge of Science and Technology. One hundred and
seventy four form four students from science stream in three schools in Pasir
Gudang district, Johor were chosen as the samples. Questionnaire which
consisted of four parts were asked to identify student’s attitude, interest,
understanding and knowledge of Science and Technology. All the data
obtained were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS)
version 17.0 to obtain the frequency, percentage, mean and standard
deviation. The results of this research showed that the students have positive
attitude, high level of interest and moderate understanding on knowledge
toward Science and Technology. Some implications and suggestion for
further research were also given.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN PENGESAHAN PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN PELAJAR iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
ix
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Takrifan Istilah
1.9.1 Sains dan Teknologi 9
1.9.2 Sikap 10
1.9.3 Minat 10
1.10 Penutup 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
12
2.2 Sikap Terhadap Sains dan Teknologi 13
2.3 Kajian Mengenai Sikap Terhadap Sains dan Teknologi
15
2.4 Minat Terhadap Sains dan Teknologi
18
2.5 Kajian Mengenai Minat Terhadap Sains dan Teknologi
19
2.6 Pengetahuan Terhadap Sains dan Teknologi
24
2.7 Kajian Mengenai Pengetahuan Terhadap Sains dan Teknologi
25
2.8 Sains dan Teknologi
27
2.9 Penutup
28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 29
x
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 30
3.4 Instrumen Kajian 31
3.5 Tatacara Pengumpulan Data 34
3.6 Analisis Data 34
3.7 Penutup 35
BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis Data Mengenai Sikap Terhadap S&T 38
4.3 Analisis Data Mengenai Minat Terhadap S&T 44
4.4 Analisis Data Mengenai Kefahaman
Terhadap S&T
50
4.5 Analisis Data Mengenai Tahap Pengetahuan
Terhadap S&T
54
4.6 Kesimpulan 57
BAB 5 RUMUSAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan 60
5.3 Implikasi Kajian 61
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.5 Kesimpulan 63
RUJUKAN 64
LAMPIRAN 69
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Perbezaan Minat Mengikut Negara Terhadap Beberapa Isu Dalam S&T
23
3.1 Taburan responden di Tiga Buah Sekolah Sekitar Pasir Gudang
31
4.1 Peratus Kekerapan Bagi Pernyataan Sikap Terhadap S&T
38
4.2 Peratus Kekerapan, Min dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Mengenai Minat Terhadap S&T
45
4.3 Peratus Kekerapan Bagi Pernyataan Mengenai Kefahaman Subjektif Terhadap S&T
51
4.4 Peratus Kekerapan, Min Dan Sisihan Piawai Bagi Pernyataan Mengenai Tahap Pengetahuan Terhadap S&T
54
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Perbandingan Minat di antara Jepun dan Amerika Syarikat.
21
2.2 Minat Terhadap S&T di 14 Buah Negara 24
3.1 Prosedur Pengumpulan Data 34
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
BSE Bovine Spongiform Encephalopathy
FP Fakulti Pendidikan
KBSM Kurikulum Baru Sekolah Menengah
MASTIC Malaysian Science and Technology Information Centre .
P&P Pembangunan dan Penyelidikan
SPSS Statistical Package For Social Science
S&T Sains dan Teknologi
VCU Virginia Commonwealth University
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 69
B Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat (UTM) 75
C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat (KPM) 76
D Surat Pengesahan Instrumen Kajian 78
E Surat Pengesahan Instrumen Kajian 79
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sains dikenali sebagai “way of knowing”. Penyiasatan saintifik dalam ilmu sains
melibatkan beberapa proses seperti penerokaan, uji kaji, pemerhatian, pengukuran,
analisis dan penyebaran data. Menurut kamus dewan edisi keempat, sains ialah ilmu
pengetahuan yang sistematik dan boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. Ianya juga
suatu cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kebenaran atau kenyataan. Ini
bermaksud bahawa ilmu sains tidak direka berasaskan kepada pemikiran pakar bijak
pandai semata-mata sebaliknya daripada penyiasatan saintifik yang dilakukan.
Menurut Ahmad Zewail (2002) sains merupakan suatu proses pendidikan yang
mengaplikasikan pemikiran secara kreatif untuk bertanya, membuat uji kaji atau pun
memerhati. Ia bertujuan untuk mendapatkan dan mengenalpasti prinsip, konsep serta
undang-undang yang merangkumi fenomena alam. Selain itu, tujuannya juga adalah
untuk memahami alam semesta dan memperoleh ilmu baru bagi menerangkan sesuatu
proses sains yang berlaku.
Teknologi dikenali sebagai “way of thinking” dan proses penerokaan serta uji
kaji. Menurut Rennie (1987), teknologi merujuk kepada komputer dan peralatan
2
elektrik serta merujuk kepada rancangan dan penghasilan sesuatu. Jika difikirkan
secara terbuka, teknologi mempunyai konsep yang sangat meluas dan mempunyai
banyak takrifan. Walau bagaimanapun, masyarakat sedia maklum bahawa istilah
teknologi itu sendiri selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget yang
menggunakan prinsip sains dan proses terkini.
Sains dan Teknologi (S&T) wujud dalam konteks sosial mahupun ekonomi yang
lebih luas. Dunia hari ini telah banyak berubah hasil daripada S&T ini. Sebagai contoh,
sains telah diperluas kepada bidang angkasa lepas, bumi dan ruang, sistem utama
dalam tubuh badan manusia seperti perkumuhan dan pernafasan, interaksi antara
hidupan hidup dan hidupan mati, dan sebagainya. Tanpa disedari, proses asas sains
seperti pemerhatian, pengkelasan, dan membuat ramalan juga banyak berlaku dalam
kehidupan seharian manusia.
Manakala, teknologi pula telah merevolusikan sistem perhubungan dunia
daripada sistem yang hanya menggunakan surat sehingga kepada sistem e-mail yang
lebih canggih dan pantas. Perubahan yang besar juga berlaku dengan penemuan ubat-
ubatan baru serta antidote bagi penyakit berbahaya seperti barah dan sebagainya.
Teknologi juga memberi keselesaan dan kemudahan kepada manusia seperti kipas dan
penghawa dingin. Teknologi komunikasi dan informasi seperti kewujudan internet juga
memberi sumbangan dalam memudahkan dan mempercepat urusan seharian. Walau
bagaimanapun, terdapat juga keburukan seperti penipuan, pencurian, penyalahgunaan
hak cipta yang kebanyakannya telah menyebabkan kerugian besar.
Menurut Ahmad Zewail (2002) teknologi dikategorikan kepada tiga jenis iaitu
yang pertama ialah teknologi mudah yang sesuai digunakan dalam kehidupan seharian
bagi menyelesaikan masalah domestik. Contohnya lampu isyarat dan penyahgaraman
air laut. Kedua ialah, teknologi inovatif yang membolehkan manusia melibatkan diri
dalam pasaran dunia. Kategori ketiga ialah teknologi sempadan yang berkaitan dengan
kajian terhadap sesuatu perkara baru dan pelaburan pada masa hadapan.
3
Pada abad ke 21, pencapaian dalam S&T menjadi suatu perkara yang normal.
S&T membolehkan pembekalan air minuman dan makanan yang selamat kepada
masyarakat dunia. Manusia juga boleh melancong ke seluruh dunia dengan mudah
hasil daripada S&T ini. Perkembangan komputer dan teknologi komunikasi telah
membuka minda masyarakat, memberi sokongan kepada pertumbuhan ekonomi dan
pembangunan negara selain meningkatkan kecekapan demokrasi dan kerajaan.
S&T ini perlu dilihat dalam kontek yang lebih meluas. Menurut (King &
Kitchener, 1994; Linn & Songer, 1993) sains perlu dilihat dalam pemikiran yang lebih
canggih supaya masyarakat dapat menggunakan dan mengaplikasikan pengetahuan
mereka dalam pelbagai situasi. Seperti yang diketahui S&T banyak berada di
persekitaran. Pemahaman dan pengetahuan terhadap asas mengenai S&T amat penting
bagi kita memahami fenomena yang berlaku di persekitaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Wawasan 2020 yang diumumkan pada tahun 1991 telah mencadangkan panduan
ke arah negara maju. Bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju (Mahathir
1991), penggunaan S&T perlu digandakan seperti yang dinyatakan dalam cabaran ke
enam.
Malaysia perlu mempunyai keupayaan untuk memaju sekaligus menyelaraskan
sumber S&T yang ada dalam usaha mencapai hasrat wawasan 2020 yang keenam iaitu
menghasilkan masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, dapat
memanfaatkan teknologi masa kini dan menjadi penyumbang kepada kemajuan
peradaban S&T pada masa hadapan. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara
perlu menyediakan tenaga kerja dan modal insan dalam pelbagai bidang S&T. Hal ini
dilihat penting supaya negara tidak ketandusan pakar dalam bidang S&T menjelang
tahun keramat itu.
4
Menurut kajian Malaysian Science and Technology Information Centre,
MASTIC (2008), walaupun Malaysia telah melabur dengan banyak dalam penyelidikan
S&T namun Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara maju dari segi
pengetahuan, kefahaman, sikap dan kepentingan S&T. Perbandingan ini telah dibuat
dengan Jepun, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah yang lain.
MASTIC telah menjalankan kajian mengenai tahap kesedaran penduduk
Malaysia terhadap S&T pada tahun 1998 sehingga tahun 2008. Kajian tersebut
mencadangkan tahap kesedaran orang awam khususnya mengenai S&T harus
ditingkatkan. Kajian yang dilakukan itu meliputi aspek, sikap, minat, kefahaman dan
pengetahuan terhadap S&T, kesedaran terhadap isu S&T, reaksi terhadap isu hangat
dalam S&T serta sumber informasi yang berkaitan S&T.
Walaupun, terdapat peningkatan dari segi minat, sikap, kefahaman dan
pengetahuan tentang S&T dari tahun 1998 sehingga 2008, namun dapatan menunjukkan
ia masih ketinggalan jauh berbanding dengan negara maju yang lain seperti Amerika
Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat membimbangkan kerana kita hanya mempunyai
masa kurang daripada lapan tahun lagi bagi mencapai Wawasan 2020. Ia bukan suatu
jangka masa yang lama. Dalam tempoh lapan tahun ini, kerajaan serta penduduk
Malaysia seharusnya berganding bahu dalam usaha meningkatkan kesedaran penduduk
Malaysia terhadap S&T dan melahirkan masyarakat yang berasaskan sains selari
dengan teras Wawasan 2020 yang keenam.
Sesungguhnya, ilmu S&T adalah amat penting dewasa ini. Kesedaran, sikap,
minat, pengetahuan dan kefahaman masyarakat kita masih diperingkat rendah. Terdapat
segelintir masyarakat sahaja yang mempunyai kesedaran, sikap, minat, pengetahuan dan
kefahaman terhadap S&T yang tinggi. Sekiranya, perkara ini dibiarkan tanpa usaha
dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap S&T, ianya akan menjadi
salah satu halangan dan kekangan yang besar bagi negara untuk mencapai status negara
maju.
5
Kefahaman tentang sains adalah amat penting pada masa kini berikutan banyak
teknologi yang dicipta memerlukan pengetahuan sains. Selain itu ia juga berguna untuk
mengikuti sesuatu perkara berkaitan sains. Masalah kurang pemahaman dan
pengetahuan di kalangan warga negara Malaysia terhadap Sains dan Teknologi ini
mungkin disebabkan oleh kurangnya pendedahan mengenainya.
Media massa merupakan salah satu agen penyebar maklumat. Sekiranya ia
kurang berfungsi, kurangnya pemahaman dan pengetahuan masyarakat terhadap S&T.
Tetapi dengan sikap masyarakat yang gemar kepada hiburan berbanding S&T telah
menyumbang kepada kurangnya pengetahuan S&T dikalangan masyarakat. Selain itu,
sikap positif terhadap S&T perlu dipupuk dari kecil agar cenderung terhadap S&T
apabila dewasa dan sekaligus menyumbang kepada penambahan bilangan masyarakat
yang mempunyai tahap kesedaran yang tinggi dalam S&T.
Program Penggalakan Sains dan Teknologi (PPST) yang dilaksanakan lebih 17
tahun oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE), menunjukkan
bahawa pelajar merupakan aset yang penting bagi memastikan perluasan ilmu S&T di
negara ini. Pendidikan merupakan satu institusi sosial yang memainkan peranan penting
dalam penyediaan tenaga kerja pakar, teknikal dan professional. Pendidikan juga dapat
membentuk sikap, nilai serta set minda seperti bersedia untuk menerima perubahan,
inovasi serta penggunaan S&T dalam bidang kerja dan aplikasi dalam kehidupan
seharian. Para pelajar yang didedahkan dengan ilmu S&T diharapkan dapat
mengembangkan dan mengaplikasikan ilmunya serta membantu kerajaan dalam
menyedarkan masyarakat yang kurang pendidikan khususnya akan kepentingan S&T.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Daripada perbincangan di atas didapati sikap, minat, kefahaman dan
pengetahuan terhadap S&T merupakan antara elemen yang penting untuk mengukur
tahap kesedaran masyarakat terhadap S&T. Sikap yang negatif, minat yang kurang,
tahap pemahaman dan pengetahuan yang rendah terhadap S&T akan menjejaskan
bilangan masyarakat yang menceburi bidang S&T pada masa akan datang. Secara tidak
langsung ianya menyukarkan hasrat kerajaan dalam usaha mencapai negara maju pada
tahun 2020. Oleh itu sikap yang positif, minat yang mendalam, tahap pemahaman dan
pengetahuan yang tinggi terhadap S&T sangat diperlukan dalam masyarakat supaya
negara tidak ketandusan pakar dalam bidang S&T menjelang tarikh keramat itu.
Seperti yang dijelaskan di atas, pelajar merupakan aset penting dalam
memperluas ilmu S&T. Pelajar seharusnya mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap
S&T kerana mereka merupakan salah seorang agen penyebar maklumat kepada
masyarakat di luar mengenai S&T. Selain itu, pelajar juga seharusnya mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang tinggi di samping sikap yang positif serta minat yang
mendalam terhadap S&T.
Oleh itu, kajian ini amat sesuai dilakukan untuk mengenal pasti minat, sikap,
kefahaman dan pengetahuan pelajar tingkatan empat terhadap S&T terutamanaya
pelajar yang mengambil jurusan sains tulen. Ini kerana mereka merupakan antara bakal
saintis dan pakar-pakar dalam bidang S&T pada masa akan datang. Pelajar juga menjadi
harapan kerajaan dalam memperkembang dan menyebarkan ilmu S&T kepada
masyarakat di luar. Tambahan pula keupayaan S&T negara tidak dapat ditingkatkan
tanpa kewujudan masyarakat yang mempunyai sikap, minat dan pengetahuan asas S&T.
Bagi tujuan ini, tindakan mesti bermula dengan memupuk minat, sikap dan
meningkatkan kefahaman serta pengetahuan masyarakat terutamanya pelajar terhadap
S&T.
7
1.4 Objektif
Berpandukan kepada masalah yang dikemukakan, maka objektif kajian ini ialah
bertujuan untuk mengenal pasti:
(i) Sikap pelajar terhadap S&T. (ii) Minat pelajar terhadap S&T. (iii) Tahap kefahaman pelajar terhadap S&T. (iv) Tahap pengetahuan pelajar terhadap S&T. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian yang dikaji dalam kajian ini adalah seperti berikut: (i) Apakah sikap pelajar terhadap S&T? (ii) Adakah pelajar mempunyai minat terhadap S&T? (iii) Apakah tahap kefahaman pelajar terhadap S&T? (iv) Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap S&T?