SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ......
Transcript of SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF - fp.utm.my · PDF filesesi 2007-2011, terima kasih atas ......
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2011
PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
SITI FARIDAH BINTI MOHD SUNIF
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei, 2011
iii
Buat insan yang tersayang . . .
Ayahanda dan bonda, kedua mertua yang disayangi
Serta kanda dan adinda yang diingati
Segala sokongan, dorongan, pengorbanan
dan iringan doa tulus kalian
Membuatkan anakanda masih teguh di sini
Suami dan anak tercinta
Kasih sayang, pengorbanan, bimbingan dan ketenangan yang diberi
Sentiasa menjadi inspirasi hatiku
Kaulah semangat juangku
Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati
Ilmu yang dicurah tidak terhingga
Umpama sepohon pokok yang rimbun
Sentiasa memberikan yang terbaik
Dan tidak mengenal erti jemu
Hanya sekalung budi tersemat di jiwa
Jasa kalian amat bernilai pada diriku
Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikasihi
Mengenali kalian merupakan saat terindah bagi diriku
Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan
Bersama mengharungi cabaran dan dugaan
Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya
Hingga akhir hayatku
Terima kasih atas segalanya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-
sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat
pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan
jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Jutaan penghargaan buat Ustaz Mohd Puhad bin Alim selaku penyelia Projek
Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan
segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan
projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami tercinta, Faidzal Mahfiz
bin Mohammad Sanusi, kedua ibu bapa serta kedua mertua yang dikasihi lagi
disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang tidak
putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan
cemerlang.
Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti
Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk
ilmu sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Tidak lupa juga
sahabat-sahabat tahun akhir Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
sesi 2007-2011, terima kasih atas sokongan dalam usaha menyiapkan projek ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, ribuan terima kasih diucapkan Segala kerjasama dan pengorbanan masa
yang telah dicurahkan akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya.
Semoga kalian berjaya di dunia dan di akhirat.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan suatu tinjauan umum berkenaan persepsi pengguna terhadap
perkhidmatan pengangkutan bas ekspres. Tinjauan ini juga bertujuan untuk
mendapat maklum balas mengenai persepsi pengguna terhadap perkhidmatan
pengangkutan bas ekspres dan tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan
pengangkutan bas ekspres. Selain itu juga, tinjauan ini juga bagi mengenalpasti
penambahbaikan yang diusulkan dari aspek agama, pengurusan dan penguatkuasaan.
Seramai 120 pelajar tahun 1 dipilih secara berkelompok untuk mewakili sampel
kajian yang terdiri daripada pelajar Kolej 9 dan Kolej 10. Set soal selidik
mengandungi 51 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara
deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for
Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.906. Secara
keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan responden
memberikan persepsi yang positif terhadap semua objektif kajian lebih-lebih lagi
dari aspek penambahbaikan dari segi keagamaan, pengurusan serta penguatkuasaan
pemanduan. Di akhir kajian, penyelidik mencadangkan beberapa cadangan agar
pihak yang berkenaan lebih bertanggungjawab dalam meningkatkan mutu
perkhidmatan bas ekspres agar pengguna mendapat keselesaan untuk menggunakan
pengangkutan awam. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan bagi penyelidikan pada
masa akan datang.
vi
ABSTRACT
A study was conducted about a survey on users perception upon bus transport. This
survey is also to purpose the respond by users’ perception on bus transport service
and the level of service satisfaction by using bus transport. Furthermore, this survey
was also carried out to identify the improvement from the aspects of religion,
administration and enforcement. A total of 120 students from 1st Year students from
9 and 10 College were selected by group to represent as sample of the study. A set
of questionnaire was distributed to the respondents contains 51 item and was
analyzed descriptively in order to get the result of the frequency, percentage and
min using the Statistical Package for Social Science (SPSS) 16.0 for Windows
software. The value of the reliability of the questionnaire was α = 0.906. Overall, the
findings of the study show that the respondent indicates positive perceptions towards
the aspects of improvement on religion, administration and driving enforcement. At
the end of the study, researcher suggested that it is the enforcement responsibility to
improve the quality of bus services so that users feel more comfortable while using
bus transport. Further studies are also proposed for future research in the future.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
TRANSLITERASI ARAB xv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan dan Skop Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Kesimpulan 9
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Sejarah Pengangkutan Awam 11
2.2.1 Definisi Pengangkutan Awam 11
2.2.2 Jenis Pengangkutan Awam 12
2.3 Pengangkutan Bas di Malaysia 13
2.3.1 Fungsi Pengangkutan Awam 14
2.4 Penguatkuasaan Bas Ekspres 15
2.4.1 Rang Undang-UndangPengangkutan
Jalan (Pindaan) 2010 16
2.4.3 Kod Etika Pemandu Pengangkutan
Awam (LPKP) 17
2.5 Pengurusan Kod Keselamatan Amalan, Kesihatan
Dan Persekitaran (SHE) 23
2.5.1 Prosedur Operasi Piawaian 23
2.5.1.1 Pengurusan Pemanduan 24
2.5.1.2 Pengurusan Bas Ekspres 25
2.6 Adab Dalam Perjalanan Menurut Islam 28
2.6.1 Adab Menaiki Kenderaan 29
2.6.2 Hukum Wanita Bermusafir 32
2.6.3 Adab Bermusafir 33
2.7 Keringanan Solat Ketika Dalam Perjalanan 34
2.7.1 Solat Bagi Orang Bermusafir 36
2.7.2 Solat Dalam Kenderaan 39
2.8 Kesalahan Undang-Undang Jalan Raya
Mengikut Hukum Islam 41
2.9 Kajian Lepas 43
2.10 Kesimpulan 44
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 45
3.2 Rekabentuk Kajian 45
3.2.1 Kajian Perpustakaan 46
3.2.2 Kajian Lapangan 46
3.3 Tenpat Kajian 47
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 47
3.5 Instrumen Kajian 48
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 48
3.5.1.1 Soal Selidik 48
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 50
3.6 Prosedur Kajian 51
3.6.1 Kajian Rintis 51
3.6.2 Kajian Sebenar 52
3.7 Analisia Data 52
3.8 Jangkamasa Kajian 54
3.9 Kesimpulan 54
BAB IV DATA DAN ANALISIS
4.1 Pengenalan 55
4.2 Analisis Data Bahagian A 56
4.3 Analisis Data Bahagian B 58
4.3.1 Persepsi Pengguna Terhadap
Perkhidmatan Bas Ekspres 58
4.3.2 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap
Perkhidmatan Bas Ekspres 65
4.3.3 Penambahbaikan Dari Segi Agama,
Pengurusan serta Penguatkuasaan 70
4.4 Purata Min Keseluruhan 81
4.5 Kesimpulan 85
x
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Perbincangan 87
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden 87
5.2.2 Persepsi Pengguna Terhadap
Perkhidmatan Bas Ekspres 88
5.2.3 Tahap Kepuasan Pengguna Terhadap
Perkhidmatan Bas Ekspres 89
5.2.4 Penambahbaikan Dari Segi Agama,
Pengurusan serta Penguatkuasaan 90
5.3 Rumusan 93
5.4 Cadangan 96
5.4.1 Pihak Yang Bertanggung jawab 96
5.4.2 Pengurus Syarikat 97
5.4.3 Pengguna 97
5.5 Kajian Lanjutan 98
5.6 Kesimpulan 99
BIBLIOGRAFI 100
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan Skala Likert 49
3.2 Klasifikasi Item Mengikut Persoalan Kajian 50
3.3 Nilai Skor Min 53
3.4 Perubahan Lima Skala Likert Kepada Dua Peringkat 53
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 56
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 56
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 57
4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 57
4.5 Berapa Kali Anda Naik Bas Ekspres Dalam Setahun 57
4.6 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :
Menggunakan Bas Ekspres Lebih Selamat. 58
4.7 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Ibu Bapa Merasakan Anak
Mereka Selamat Apabila Menggunakan Bas Ekspres 59
4.8 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :
Perkhidmatan Bas Ekspres Adalah Selesa 59
4.9 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :
Saya Selesa Menaiki Bas Ekspres 60
4.10 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Saya Dapat Sampai Ke
Destinasi Dengan Cepat Apabila Menggunakan Bas Ekspres 60
4.11 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sekiranya Saya
Menggunakan Bas Ekspres, Saya Dapat Sampai Ke Destinasi
Dengan Tepat Pada Masanya 61
4.12 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :
Menggunakan Bas Ekspres Menjimatkan 61
4.13 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Tambang Bas Ekpres Murah 62
xii
4.14 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sebagai Pelajar Saya Rasa
Sesuai Menaiki Bas Ekpres Untuk Pulang Ke Kampung 62
4.15 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kekerapan Waktu Perjalanan
Bas Sesuai Dengan Saya Sebagai Pelajar 63
4.16 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Perkhidmatan Bas Ekspres
Mudah Didapati 63
4.17 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Perkhidmatan Bas Ekpres
Membantu Saya Berulang Alik Dari Kampus Ke Kampung Halaman 64
4.18 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Bas Ekpsres
Menawarkan Perkhidmatan Yang Memuaskan 64
4.19 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :
Bas Ekspres Di Malaysia Memuaskan 65
4.20 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Saya Berpuas Hati
Dengan Sikap Pemandu Bas Ekspres 65
4.21 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Bas Ekspres
Mengikut Etika Pemanduan Berhemah 66
4.22 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Yang Tidak
Mengikut Undang-Undang Punca Kemalangan Jalan Raya 66
4.23 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Harga Tiket Bas
Yang Ditetapkan Berpatutan 67
4.24 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Harga Tiket Bas Naik
Di Musim Perayaan 67
4.25 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Penghawa Dingin
Bas Ekspres Berfungsi Dengan Baik 68
4.26 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kesesakan Jalan Raya
Punca Bas Ekspres Lewat Sampai Ke Tempat Yang Dituju 68
4.27 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Tempat Menunggu Bas
Yang Disediakan Selesa Dan Selamat 69
4.28 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Layanan Yang Diberikan
Oleh Pemandu Bas Memuaskan 69
4.29 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Mulakan Perjalanan
Dengan Membaca Doa 70
4.30 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Menggalakkan Pengguna
Berdoa Sebelum Memulakan Perjalanan 70
xiii
4.31 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Mengedarkan Doa
Kepada Pengguna Yang Beragama Islam 71
4.32 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Doa Menaiki Kenderaan
Ditampal Di Dinding Bas 71
4.33 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Panduan Waktu Solat
Disertakan Bersama Tiket Bas 72
4.34 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Bas Berhenti
Di Tempat Yang Mempunyai Surau Untuk Menunaikan Solat 72
4.35 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :
Menayangkan Filem Berunsur Keagamaan 73
4.36 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Lagu-Lagu Yang
Diperdengarkan Atau Dipasang Berunsur Keagamaan 73
4.37 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pengasingan Tempat
Duduk Berdasarkan Jantina 73
4.38 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Sentiasa
Dilatih Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan 74
4.39 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Sebelum Perjalanan Bas
Dipastikan Dalam Keadaan Baik 74
4.40 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Data Pengguna Disimpan
Bagi Memudahkan Urusan Jika Berlaku Kemalangan 75
4.41 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Bas Yang
Tidak Mematuhi Peraturan Dikenakan Tindakan 75
4.42 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Langkah Keselamatan
Seperti Kotak Hitam Dan Lampu Had Laju Dalam Keadaan Baik 76
4.43 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pihak Syarikat
Mengadakan Kursus Intensif Kepada Pemandu Bas
Setiap Tiga Bulan Sekali 76
4.44 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Pemandu Sentiasa
Mematuhi Syarat Dan Etika Pemanduan 77
4.45 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : LPKP Perlu
Memantau Di Musim Perayaan 77
4.46 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Penguatkuasaan Di
Semua Peringkat Berkesan 78
4.47 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item :
xiv
Undang-Undang Sedia Ada Mencukupi 78
4.48 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Denda Terhadap
Syarikat Dan Pemandu Apabila Terlibat Dalam Kemalangan 79
4.49 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Syarikat Dan Pemandu
Dikenakan Hukuman Berat Jika Kemalangan Menyebabkan Kematian 79
4.50 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Apabila Kemalangan Melibatkan
Kematian Hukuman Perlu Setimpal Dengan Hukum Islam 80
4.51 Kekerapan Dan Peratusan Bagi Item : Kemalangan Yang Disebabkan
Kecuaian Manusia Perlu Dikenakan Hukuman Takzir. 80
4.52 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 1-13 81
4.53 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 14-23 82
4.54 Analisis Keseluruhan Min Bagi Item 24-46 83
xv
TRANSLITERASI ARAB
Kajian ini memuatkan tulisan Transliterasi yang digunakan oleh
Ensiklopedia Islam dengan sedikit perbezaan dengan tulisan biasa.
Konsonan
d (dad) ض ‘ (hamza) ء
t (’ta) ط b (’ba) ب
z (’za) ظ t (’ta) ت
‘ (ayn‘) ع th (’tha) ث
gh (ghayn) غ j (jim) ج
f (’fa) ف h (’ha) ح
q (qaf) ق kh (’kha) خ
k (kaf) ك d (dal) د
l (lam) ل dh (dhal) ذ
m (mim) م r (’ra) ر
n (nun) ن z (zay) ز
w (waw) و s (sin) س
h (’ha) ه sh (shin) ش
y (’ya) ي s (sad) ص
Vowel
a fathah panjang a (fathah) َـ
i kasrah panjang i (kasrah) ِـ
u dammah panjang u (dammah) ُـ
xvi
SENARAI SINGKATAN
LPKP - Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
JKJR - Jabatan Keselamatan Jalan Raya
LLM - Lembaga Lebuh Raya Malaysia
SPAD - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan
PDRM - Polis Diraja Malaysia
MIROS - Institut Penyelidikan Keselamatn Jalan Raya Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
SAW - Sallalluhu `Alaihi Wasallam
SWT - Subhanahu Wa Ta`Ala
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
KS - Kurang Setuju
TK - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
Sdn. Bhd. - Sendirian Berhad
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences (SPSS)
ABS - Anti Locking System
EBS - Electronic Brake System
GPS - Global Positioning System
QAS - Sistem Jaminan Kualiti
SHE - Kod Amalan, Kesihatan dan Persekitaran
CVLB - Lembaga Perlesenan Kenderaan Komersial
CCTV - Closed Circuit Television
PBT - Pihak Berkuasa Tempatan
AES - Automated Enforcement system
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
C LPKP - Siaran Akhbar
D Kod Etika Pemandu Pengangkutan
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sains dan teknologi bermula sejak dahulu lagi bertepatan dengan revolusi
perindustrian yang bermula pada abad ke 19. Pada abad ini negara ASEAN telah
diiktiraf sebagai negara yang sedang pesat membangun. Ketika revolusi
perindustrian sedang meningkat, telah muncul satu teknologi yang berasaskan
terusan suez yang menghubungkan lautan Atlantik dan Lautan Pasifik dimana
terusan ini telah berjaya memendekkan jarak dari Eropah ke Asia dengan
menggunakan jalan laut melalui kapal-kapal layar yang belayar untuk menuju ke
destinasi yang hendak dituju. Allah SWT berfirman:
Maksudnya :
“ Tuhan kamulah Yang menjalankan untuk kamu kapal-kapal di laut, supaya
kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; Sesungguhnya ia adalah
Maha Mengasihani kepada kamu.”
( Al-Israa` ; 66 )
Berdasarkan ayat di atas menunjukkan, pengangkutan memainkan peranan
penting dalam kehidupan masyarakat manusia sejak zaman berzaman lagi untuk
2
tujuan mencari rezeki, mengangkut barang dan juga untuk pergerakan manusia dari
satu destinasi ke destinasi yang lain.
Pengangkutan merupakan salah satu alternatif dalam sistem perhubungan di
dunia. Ia dianggap sebagai nadi penggerak dan pendapatan bagi sesetengah
masyarakat. Pembangunan sesuatu tempat berkait rapat dengan sistem
pengangkutan. Di Malaysia, sistem pengangkutan awam merupakan aspek
terpenting di dalam sistem perhubungan sama ada bagi masyarakat bandar mahupun
luar bandar. Sebagai sebuah negara yang makin meningkat maju, sistem
perhubungan di dalam sesebuah negara seharusnya mempunyai kecekapan dan
kemajuan dari segi perkhidmatan dan juga teknologi yang digunakan. Oleh kerana
itu, kerajaan Malaysia telah berusaha membuat pelbagai pembaharuan dan strategi
baru bagi meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan awam supaya dapat
menarik minat masyarakat.
Perubahan demi perubahan telah berlaku mengikut peredaran zaman dan
semasa, dimana corak pengangkutan dan lalu lintas sentiasa berubah. Perkhidmatan
bas mini telah bertukar menjadi intrakota, kereta api beralih kepada sistem komuter,
monorel dan jenis perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT). Perkhidmatan
pengangkutan awam ini dikatakan sebagai salah satu alternatif bagi membantu dan
mengatasi masalah kesesakan lalulintas terutamanya di kawasan bandar-bandar.
Oleh itu, tahap penggunaan perkhidmatan ini seharusnya dipertingkatkan bagi
membantu mengurangkan kesesakan jalan raya serta kes kemalangan jalan raya.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau
sesuatu dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan biasanya ia membawa dengan
jarak yang jauh berbanding jika berjalan kaki. Pengangkutan ini bertujuan bagi
memudahkan sistem perhubungan masyarakat sama ada di kota mahupun di desa.
Walaupun kebanyakan masyarakat mempunyai kenderaan sendiri, pengangkutan
awam masih menjadi pilihan utama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Setiap
3
tahun terdapat banyak aduan dari mereka yang menyatakan ketidakpuashatian
terhadap perkhidmatan dan pengurusan pengangkutan awam di Malaysia.
Faktor keselamatan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh para
pengguna pengangkutan awam kerana terdapat segelintir pemandu bas terutamanya
tidak bersopan ketika memandu. Masyarakat sering kali mengadu mengenai
kerakusan pemandu bas di jalan raya khususnya setiap kali tiba musim perayaan
terutama Hari Raya Aidilfitri, tentunya isu kemalangan dan kematian di jalan raya
akan kembali menghiasi dada akhbar dan turut diperkatakan melalui media massa
elektronik. Manakala faktor kemalangan yang sering diperkatakan termasuklah
kecuaian pemandu, cuaca dan juga masalah kenderaan. Ketua Pengarah JPJ, Datuk
Solah Mat Hassan berkata, selain faktor pemandu dan kenderaan, keadaan jalan
adalah salah satu faktor utama berlaku kemalangan maut. (Sinar Harian, 26 Ogos
2010:11)
Selain itu, kos atau tambang yang agak mahal. Kadar tambang bagi
penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang
berpendapatan rendah. Kadar tambang bas juga akan naik secara mendadak apabila
tiba musim perayaan atau musim cuti sekolah. Menurut Haniza Hassan (08 Jun
2008), terdapat segelintir pengusaha bas ekspress di Terminal Bas Larkin menaikkan
tambang mereka melebihi 40 peratus dengan alasan kenaikan harga minyak.
Tindakan tersebut membebankan pengguna yang terpaksa membeli tiket yang mahal
itu kerana tidak mempunyai pilihan lain. Mingguan Malaysia juga difahamkan
terdapat penumpang yang membeli tiket untuk perjalanan sehala dari Johor Bahru ke
Kuala Lumpur dikenakan harga RM60 berbanding kadar biasa RM25. Bagi
pengguna yang menjadikan bas sebagai pengangkutan utama, mereka tidak
mempunyai pilihan lain selain terpaksa membeli tiket pada harga yang ditawarkan. (
Utusan Malaysia Online 08 Jun 2008 )
Selain itu, menurut Rasmi Abdullah (17 Jun 2010) rungutan penumpang
terhadap bas yang mereka naiki tiba atau berlepas lewat daripada waktu yang
dijadualkan memang sering kedengaran. Dalam kebanyakan kes seperti di Hentian
4
Puduraya, kelewatan bas sering berpunca daripada kesesakan jalan yang menuju ke
hentian tersebut atau gangguan semasa dalam perjalanan.(Utusan Malaysia Online
17 Jun 2010 )
Menurut Faizah Izzani Zakaria (25 Jun 2010), masalah kesesakan jalan raya
terutama di bandar-bandar besar sentiasa menghantui penduduknya, sama ada di
negara ini atau di seluruh dunia. Walaupun terdapat pelbagai kemudahan
pengangkutan awam disediakan kerajaan tetapi jumlah mereka yang memandu di
jalan-jalan raya tidak pernah berkurangan. Keadaan ini berlaku di negara ini
terutama di bandar raya Kuala Lumpur kerana disebabkan pelbagai faktor seperti
tiadanya sistem perhubungan yang efisien antara pelbagai jenis pengangkutan awam,
perjalanan lambat disebabkan kesesakan, sikap penduduk yang sangat 'sayang'kan
kenderaan mereka dan sebagainya.(Utusan Malaysia Online 25 Jun 2010)
Menurut Mariatul Qatiah Zakaria (20 Mei 2010), bagi penumpang wanita ia
sudah tentu ia lebih mengazabkan, bukan sahaja perlu bersesak dan kadang-kadang
berebut-rebut dengan lelaki untuk masuk ke gerabak, tetapi terpaksa berhimpit-
himpit. Ada ketikanya disebabkan penumpang terlalu ramai penumpang wanita
dihimpit lelaki. Ia sampai ke tahap dada bersentuh dada dan belakang bergeselan.
Situasi itu cukup meruncing pada waktu puncak iaitu dari pukul 6.30 pagi hingga
9.00 pagi dan pukul 4.00 petang hingga 8.00 malam. Dalam keadaan sesak dan
berhimpit-himpit itu ada pula insan-insan gatal mengambil kesempatan meraba
penumpang wanita yang tidak mampu berbuat apa-apa. Ini menyebabkan perjalanan
untuk pergi dan balik kerja cukup menyeksakan dan boleh menyebabkan trauma.
Selain gangguan seksual dalam keadaan sesak dan berhimpit itu penumpang wanita
juga terdedah kepada risiko jenayah ragut dan seluk saku Kalau diberi pilihan,
mereka tentunya tidak sanggup berhadapan dengan keadaan itu setiap hari. Bukan
tidak pernah mengalami insiden-insiden kurang menyenangkan seperti diraba,
mangsa seluk saku dan diragut, tetapi apa pilihan yang ada? Ini saja pengangkutan
yang mudah, cepat dan murah. (Utusan Malaysia Online 20 Mei 2010)
5
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam bukanlah
perkara yang baru. Setiap tahun kerajaan membuat kenyataan untuk memperbaiki
dan mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi tahun demi
tahun isu tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada kerajaan serius dalam
menangani masalah tersebut ataupun ia merupakan sesuatu isu yang tiada jalan
penyelesaiannya. Sejauh mana kecekapan pengurusan perkhidmatan bas ini
dilaksanakan bagi menjamin kebajikan dan keselamatan pengguna.
Fokus utama kajian ini ialah mengenai perkhidmatan pengangkutan bas
ekspres iaitu bas jarak jauh, dimana pengguna selalu menghadapi masalah seperti
keselamatan, dan pengurusan. Ini kerana terdapat segelintir pemandu bersikap cuai,
tidak memikirkan keselamatan pengguna malah pihak syarikat mengambil
kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan menaikkan tambang apabila tiba
musim perayaan atau cuti sekolah. Pengguna juga selalu berhadapan dengan
masalah pengurusan ketepatan masa untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Oleh sebab itu, penyelidik ingin membuat kajian berhubung pengangkutan
awam di Malaysia khusus bagi pengangkutan bas ekspres dengan memberi fokus
kepada persepsi, tahap kepuasan dan juga faktor penambahbaikan dari segi agama,
pengurusan dan penguatkuasaan.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Mengenalpasti persepsi pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres
ii. Mengenalpasti tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bas
ekspres
iii. Mengenalpasti faktor penambahbaikan dari segi agama, pengurusan serta
penguatkuasaan.
6
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut :
i. Apakah persepsi pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres?
ii. Apakah tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan bas ekspres ?
iii. Apakah faktor penambahbaikan dari segi agama, pengurusan serta
penguatkuasaan ?
1.6 Kepentingan Kajian
i. Pihak Yang Bertanggungjawab
Pihak yang dimaksudkan ialah mereka yang bertanggungjawab
terhadap aspek keselamatan jalan raya seperti JKRJ, JPJ, SPAD dan
yang terlibat dalam menguruskan pengangkutan awam. Penyelidikan
ini diharap dapat membantu pihak berkenaan untuk membuat
penambahbaikan dalam menjamin keselamatan dan kepuasan
pengguna terhadap pengangkutan awam khususnya bas ekspres.
Selain itu, pihak yang bertanggungjawab dapat membuat penilaian
semula ke atas pengusaha syarikat bas sama ada mengikut piawaian
keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
ii. Pengusaha Syarikat Pengangkutan Bas Ekspres
Melalui penyelidikan ini, pengusaha syarikat pengangkutan bas
ekspres dapat membuat perancangan terhadap keselamatan pengguna
bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin dan kepuasan
pengguna semakin meningkat. Selain itu, ia dapat menjadi garis
panduan kepada syarikat-syarikat tertentu untuk membaiki sistem
pengurusan serta mutu perkhidmatan mereka.
7
iii. Orang Awam
Dari hasil penyelidikan ini, orang awam dapat mengetahui betapa
pentingnya menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu
sistem pengangkutan harian mereka khusunya kawasan luar bandar.
Di samping itu, ia dapat membantu masyarakat dalam memenuhi
permintaan mereka terhadap tahap kualiti perkhidmatan bas.
iv. Pelajar IPT
Penyelidikan ini dapat membantu pelajar untuk membuat rujukan dan
analisa yang berkaitan dengan aspek pengangkutan awam khususnya
bas ekspres disamping menitikberatkan dengan ajaran yang telah
digariskan dalam Islam.
1.7 Batasan dan Skop Kajian
Kajian ini mempunyai batasan yang tertentu. Antaranya ialah :
i. Kajian ini dijalankan terhadap pengguna yang menggunakan
perkhidmatan bas ekspres iaitu bas jarak jauh
ii. Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM),Skudai, Johor.
iii. Kajian ini dijalankan di Kolej 9 dan 10, UTM, Skudai dan
hanya dijalankan keatas pelajar tahun satu sahaja sesi
2010/2011. Pelajar tahun dua, tiga dan empat tidak termasuk
dalam penyelidikan ini.
iv. Jumlah responden adalah sebanyak 150 orang iaitu separuh
dari jumlah sebenar pelajar tahun satu di kolej 9 dan 10.
Skop kajian ini adalah untuk melihat persepsi pengguna perkhidmatan
pengangkutan awam di Malaysia khusus pengangkutan bas ekspres dengan
memfokuskan kepada persepsi, tahap kepuasan dan faktor penambahbaikan dari segi
agama, pengurusan dan penguatkuasaan.
8
1.8 Definisi / Istilah
Istilah yang digunakan dalam penulisan ini adalah berhubung dengan istilah-
istilah yang spesifik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Penggunaan istilah ini
adalah untuk mengelakkan dari memahami kajian dari persepsi yang berbeza seperti
mana yang dikehendaki dalam suatu kajian.
1.8.1 Perkhidmatan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 674) perkhidmatan ialah perihal
berkhidmat (bertugas) atau kerja (usaha, kemudahan) untuk kebajikan, keperluan,
kepentingan orang ramai. Perkhidmatan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah
perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan untuk kegunaan orang ramai.
1.8.2 Pengangkutan Awam
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29) menyatakan
bahawa pengangkutan awam bermaksud sistem pengangkutan bermotor seperti
teksi, bas dan keretapi yang boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu
dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan awam yang
dimaksudkan disini ialah penyelidik ingin mengkaji perkhidmatan pengangkutan bas
yang hanya tertumpu untuk perkhidmatan jarak jauh sahaja iaitu bas ekspres bukan
perkhidmatan harian.
1.8.3 Malaysia
Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003 : 1701) Malaysia
merupakan sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara, terdiri daripada tiga belas
buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Penyelidikan ini hanya memfokuskan
kepada pengguna di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
9
1.9 Kesimpulan
Bab satu ini telah diterangkan mengenai pengenalan, latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, persoalan kajian, batasan
kajian dan kesimpulan.
Dalam bab ini kita dapat memahami apa yang sebenarnya hendak
dibincangkan dan dikaji oleh penyelidik. Hal ini dengan merujuk kepada pernyataan
masalah, objektif dan persoalan kajian. Melalui batasan kajian, penyelidik memberi
fokus kajian dengan terperinci.