Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

download Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

of 8

Transcript of Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

  • 8/21/2019 Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

    1/8

    Struktur sistem susun lapis masyarakat melayu

    Umumnya, masyarakat Melayu tradisional merupakan sebuah masyarakat feudal dan

    bercorak hierarki dan dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan yang

    memerintah serta golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada Sultan

    atau raja, kerabat diraja, pembesar, dan golongan agama yang berperanan penting dalam

    menyediakan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat. Golongan yang diperintah pula

    terdiri daripada rakyat biasa dan hamba yang berperanan penting dari segi moral, fizikal,

    dan tradisi kemasyarakatan ialah menyokong institusi beraja dan pembesar dalam seluruh

    rangka sistem organisasi kerajaan. Kedua-dua golongan ini berkaitan antara satu sama lain

    bagi menyediakan satu sistem susun lapis yang sempurna dalam pentadbiran di Tanah

    Melayu. Berikut merupakan sistem susun lapis masyarakat di Tanah Melayu;

    Gambar rajah 1: sistem hierarki masyarakat melayu

    Corak hierarki ini menunjukkan bahawa masyarakat melayu adalah sebuah masyarakat yang

    mempunyai system politik dan pemerintahan yang teratur dan sah. System ini

    melambangkan keuntuhan dan kepentingan masyarakat melayu pada masa lalu.1 Sistem ini

    digunakan di seluruh kawasan Tanah Melayu seperti pada kerajaan melayu Melaka, Johor,

    Pahang, dan Kedah serta kawasan-kawasan kerajaan lain. Struktur ini diwarisi oleh kerajaan

    baru yang muncul di Tanah Melayu selepas kerajaan Melaka.

    1Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara bangsa, pts publication & distributor sdn. Bhd.,edisi

    pertama, 2003, hlm 112.

    RAJA/SULTAN

    KERABATDIRAJA

    PEMBESAR

    ORANG BIASA

    HAMBA

  • 8/21/2019 Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

    2/8

    Raja/sultan

    Sultan atau raja menduduki hierarki tertinggi dalam susun lapis masyarakat Melayu.

    Sultan atau raja merupakan ketua bagi Negara atau ketua bagi kerajaan melayu. Kekuasaan

    raja dalam sesebuah institusi pemerintahan melayu tradisional adalah suatu bentuk kuasa

    yang unggul dan terpelihara serta dilindungi oleh kosep daulat yang bermaksud kekuasaan

    mutlak sultan atau raja dalam mana-mana pemerintahan beraja di tanah melayu. Rakyat

    tidak boleh melawan atau menderhaka kepada sultan kerana perbuatan melawan atau

    mencabar konsep daulat akan menerima padahnya. Hal ini kerana, raja dianggap sebagai

    wakil tuhan di muka bumi. Raja pada pandangan melayu dahulu dikatakan seorang yang

    mulia dan hampir tiada cacat celanya sama ada dari segi tingkah laku mahupun

    kewibawaannya sebagai pemerintah mereka, mereka tidak boleh mempertikaikan keputusan

    raja terhadap mereka.2Dengan itu, raja dikatakan sorang yang dekat dengan tuhan.

    Sultan atau raja ini berperanan penting menjadi ketua pemerintah seluruh negara

    dan jajahan takluknya. Selain itu, Sultan atau raja juga berperanan menjadi tunggak

    kerajaan dan bertanggungjawab menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan, dan

    memajukan negerinya. Sultan menjadi simbol perpaduan masyarakat Melaka, ketua

    angkatan perang, kuasa dalam melaksanakan sistem kerah, menjadi ketua agama Islam

    serta kuasa dalam memunggut cukai. Dengan adanya Sultan atau raja ini dapat

    mengekalkan keamanan kerajaan Melaka dan kerajaan melayu yang lain yang muncul

    Selepas kerajaan Melaka, kerana Sultan atau raja ini akan menjadi rujukan dalam

    memutuskan dan menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dalam pentadbiran di Tanah

    Melayu. Selain itu, sultan berperanan sebagai ketua angkatan tentera dan juga berkuasa

    membuat undang-undang malah undang-undang yang dibuat oleh raja tidak boleh

    dipersoalkan oleh rakyat, hal ini bertujuan untuk mengukuhkan kekuasaan raja disamping

    menimbulkan perasaan gerun rakyat terhadap raja.

    Sultan atau raja dianggap istimewa berbanding rakyat iaitu baginda mempunyai

    keistimewaannya yang tersendiri seperti dalam penggunaan bahasa istana, penggunaan

    warna kuning, dan penggunaan alat-alat kebesaran.3 Dari segi pertuturan oleh golongan

    raja, rakyat tidak boleh menggunakan ungkapan yang dipertuturkan oleh raja seperti

    pengunaan kata seperti santap, beradu, bersiram, dan berangkat. 4selain itu, rakyat tidak

    boleh menggunakan keris yang hulunya diperbuat daripada emas, kerana keris itu hanya

    2

    Ibid. hlm 113.3 Muhammad Yusoff Hashim. Op cit. Hal 164.

    4Ibid hlm 114.

  • 8/21/2019 Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

    3/8

    boleh digunakan oleh anak-anak raja. Jika rakyat memakainya, keris itu akan dirapas oleh

    pihak raja. Sultan atau raja juga mempunyai kuasa mutlak dan hak istimewa iaitu titah

    perintah baginda mestilah dipatuhi. Rakyat yang ingkar dianggap menderhaka dan akan

    ditimpa tulah. Hal ini kerana Sultan mempunyai daulat yang membolehkannya terus

    dipandang tinggi dalam carta susun lapis masyarakat dan sebagai orang yang lebih dekat

    dengan tuhan.

    Kedudukan Sultan yang suci diperkukuhkan lagi melalui konsep daulat. Konsep

    daulat adalah berbentuk spiritual. Konsep daulat ini memainkan peranan penting dalam

    memperkukuhkan dan menstabilkan sistem sosial masyarakat Melaka. Hal ini kerana

    dengan adanya konsep daulat ini menjadikan rakyat Melaka memberikan taat setia yang

    tidak berbelah bagi kepada Sultan atau raja dan ini membolehkan sistem sosial Melaka

    berjalan lancar. Daulat ini berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud negeri atau

    kerajaan. Seorang Sultan yang berdaulat dianggap mempunyai kebolehan istimewa, adil,

    berkuasa, dan berkewibawaan untuk memerintah kerajaan dengan berkesan dan daulat ini

    dimiliki oleh Sultan Melaka. Konsep daulat menjadi batas pemisah antara Sultan dan rakyat.

    Rakyat yang enggan mengakui kedaulatan Sultan dianggap menderhaka. Antara kesalahan

    lain yang dianggap menderhaka ialah menipu Sultan, membunuh orang yang membawa

    titah Sultan, dan enggan menerima perintah Sultan. Orang yang menderhaka akan di hukum

    bunuh dengan cara disalang, disula, atau ditimpa tulah Sultan dan merana seumur hidup. 5

    Tulah bermaksud kemalangan fizikal, rohaniah, atau mental yang menimpa seseorang akibat

    kesalahannya kepada raja.

    Jawatan sultan atau raja biasanya diwarisi secara turun temurun oleh golongan

    kerabat diraja di Tanah Melayu. Anak kepada sutan akan mewarisi segala keistimewaan raja

    selepas mengambil alih kedudukan sebagai raja atau sultan.

    Kerabat diraja

    Kerabat diraja merupakan lapisan kedua dalam susun lapis masyarakat Melaka.

    Mereka mempunyai pertalian darah dengan raja dan menggunakan gelaran raja serta

    tengku. Kerabat diraja mempunyai hubungan yang rapat dengan Sultan dan pengaruhnya

    besar dalam Istana. Kerabat diraja diberi beberapa keistemewaan seperti menggunakan

    bahasa dalaman, warna putih, dan sebagainya yang paling penting tidak melebihi

    keistimewaan Sultan. Golongan kerabat diraja ini adalah merupakan orang yang penting

    dalam salasilah kesultanan iaitu yang terdiri daripada pemaisuri, putera dan puteri raja.

    5Muhamad Yusoff Hashim, Kesultanan melayu Melaka, dewan bahasa dan pustaka, 1989, hlm154.

  • 8/21/2019 Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

    4/8

    Mereka juga dilindungi oleh hak dan keistimewaan yang raja miliki namun tidak seperti raja

    yang mempunyai konsep daulat yang membolehkan sultan berkuasa mutlak.

    Walaubagaimanapun, pada masa lalu terdapat ramai anak-anak raja kerana sebahagian

    besar golongan pemerintah melayu dahulu mengamalkan konsep poligami.6 Putera sulung

    raja yang sah akan menggantikan peranan sultan apabila sultan mangkat. Segala

    keistimewaan raja akan diserahkan kepadanya seperti mewarisi kedaulatan raja daripada

    rakyatnya.

    Golongan pembesar

    Golongan pembesar menduduki lapisan ketiga dalam struktur masyarakat Melaka.

    Mereka merupakan golongan pemerintah yang bukan dari keturunan diraja. Mereka

    merupakan Pembesar-pembesar yang utama seperti Bendahara, Penghulu Bendahari,

    Temenggung, dan Laksamana. Pembesar-pembesar ini memainkan peranan penting dalam

    struktur politik kerajaan di Tanah Melayu. Pembesar-pembesar ini membantu sultan dalam

    menjalankan pentadbiran pusat bagi melicinkan pentadbiran. Pembesar dilantik menerusi

    pemberian surat tauliah yang diberikan oleh sultan dalam menjalankan pentadbiran istana

    disamping membantu sultan dalam meluaskan kawasan pengaruhnya. Pemlihan seseorang

    pembesar selalunya dipilih menerusi anak kepada pembesar yang terdahulu, misalnya di

    Melaka jawatan bendahara yang disandang oleh bendahara yang terkenal semasa zaman

    kegemilangan Melaka iaitu Tun Perak diwarisi oleh anaknya.

    Para pembesar diberi hak supaya mentadbir di kawasan masing-masing dengan

    kebenaran raja, dan pembesar-pembesar perlu menghadirkan diri ke istana sekiranya

    diperlukan oleh raja untuk melaksanakan sesuatu tugas yang penting serta membincangkan

    mengenai urusan-urusan yang berkaitan dengan rakyat. Rumah-rumah pembesar didirikan

    berhampiran dengan istana bagi memudahkan mereka untuk dating ke istana sekiranya

    dipanggil oleh sultan menghadapnya di istana sultan.

    Biasanya golongan pembesar mempunyai sumber kekayaan yang lebih banyak

    berbanding sultan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kelemahan pentadbiran sultan itu

    sendiri. Hal ini disebabkan pembesar melayu mempunyai keistimewaannya sendiri kerana

    mempunyai sumber yang tetap kerana mereka mempunyai penguasaan terhadap daerah

    tertentu dan mempunyai hak dalam mengutip cukai daripada kawasannya. Mereka juga

    mempunyai pengikut yang setia dan taat serta lebih ramai dalam membantunya

    6Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara bangsa, pts publication & distributor sdn. Bhd.,edisi

    pertama, 2003, hlm 125

  • 8/21/2019 Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

    5/8

    menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan pemungutan cukai, pentadbiran dan

    sebagainya.

    Peranan keempat-empat jawatan pembesar ini boleh dilihat dalam bahagian sistem

    politik Melaka. Misalnya, pembesar bendahara berperanan sebagai pemilik wibawa dalam

    pentadbiran dalam organisasi berkerajaan secara amalan dan perlaksanaannya. Bendahara

    juga merupakan tokoh paling utama dan penegak kepada konsep daulat dalam institusi

    sultan. Bendahara juga berperanan dalam menguruskan pentadbiran kerajaan apabila

    ketiadaan sultan.7Misalnya dalam petikan ketika Sultan Mansor Syah dan rombongannya

    berangkat ke majapahit, sejarah melayuada mengatakan bahawa;

    maka bendahara paduka raja dan seri nara diraja dan seri Bija Diraja dan segala

    menteri hulubalang yang besar-besar sekalian ditinggalkan oleh sultan Mansor Syah

    menunggui negeri.8

    Seterusnya adalah penghulu bendahari. Jawatan ini bertugas sebagai pemungut cukai dan

    penyimpan cukai-cukai yang telah dikumpulkan. Penghulu bendahari merupakan orang

    kedua penting selepas bendahara. Tugas Penghulu bendahari termasuklah menjadi ketua

    istiadat dan acara rasmi diraja, mengetuai semua syahbandar dan bertanggungjawap dalam

    mengendalikan hamba-hamba raja.9Penghulu bendahari dikatakan sebagai penghulu balang

    yang bersifat hulubalang dan pintar dalam ilmu peperangan. Seterusnya adalah

    temenggung. Temenggung bertugas dalam hal-ehwal awam dan dalam bidang ketenteraan

    serta menjaga keamanan dan mengawal keselamatan serta perjalanan undang-undang.

    Temenggung menjadi ketua majistret dalam menguruskan hal-ehwal yang berkaitan dengan

    undang-undang. Seterusnya adalah pembesar laksamana. Laksamana bertugas sebagai

    ketua hulubalang.10 Beliau akan mengetuai angkatan tentera untuk berhadapan dengan

    pihak musuh. Misalnya peranan laksamana hang tuah dalam kesultanan melayu Melaka.

    Sejarah melayu menyebut tugasnya;

    Hnag Tuahlah yang pertama jadi Laksamana, memikul pedang kerajaan berganti-

    ganti dengan seri Bija Diraja, kerana adat dahulu kala.11

    7Ibid.,hlm 167

    8Ibid.,hlm116

    9Ibid.,hlm 89

    10

    Hairol Anuar Hj Mak Din, sejarah Malaysia,1400-1969: satu revolusi, pusat penyelidikan dan pembangunanakedemik kolej university Malaysia islam antarabangsa Selangor. 2009 hlm 64-65.11

    Ibid., hlm 137

  • 8/21/2019 Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

    6/8

    Di dalam lapisan golongan pembesar, terdapat satu lagi golongan iaitu ulama.

    Namun jawatan ini jarang diberi perhatian. Golongan ulama berperanan sebagai pendakwah

    untuk menyebarkan agama islam di Tanah melayu. Ulama-ulama adalah terdiri daripada

    saudagar-saudagar arab yang menjalankan perdagangan di Tanah Melayu. Golongan ulama

    berkembang dengan pesat selepas kedatangan islam di Tanah melayu. Mereka aktif

    berdakwah kepada masyarakat, terutamanya terhadap golongan pemerintah yang lebih

    berpengaruh.

    Orang biasa/rakyat

    Golongan rakyat merupakan golongan yang diperintah dan berada di lapisan yang

    kedua paling bawah dalam susun lapis masyarakat melayu. Golongan yang diperintah

    merupakan golongan yang paling banyak bilangannya. Golongan ini terdiri daripada rakyat

    biasa, orang asing, dan golongan hamba.

    Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi di Tanah Melayu. Mereka hidup secara

    bebas di Tanah Melayu dengan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti

    berdagang, menangkap ikan, melombong, dan menjadi tukang mahir. Ketaatan kepada

    Sultan ialah mutlak dan tidak berbelah bagi kerana rakyat terikat dengan konsep daulat.

    Mereka akan dikenakan sistem serah seperti bekerja atas perintah Sultan tanpa sebarang

    upah dan sistem kerah seperti menjadi bala tentera dan mendirikan istana. Golongan ini

    dikenali sebagai orang merdeheka.12Dalam rakyat juga, terdapat pedagang, tukang, petani

    dan nelayan. Rakyat penting kepada raja, kerana jika tiada rakyat maka tiadalah raja dan

    sebaliknya. Sejarah melayu danHikayat HangTuah ada menyebut, kata seorang penulis,

    raja adalah stood at heart of all meaningful activity.13Dalam konteks ini, raja dan rakyat

    adalah saling berkaitan yang mana raja diberi nilai dan tanggungjawap dalam memimpin

    dan rakyat perlu menyokong pemimpin untuk terus dipimpin oleh raja.

    Orang asing pula ialah bukan peribumi yang bermastautin di Melaka. Mereka terdiri

    daripada pedagang, perantau, mubaligh, pendakwah, dan sebagainya. Mereka datang dari

    serata tempat ke Tanah Melayu. Ada diantara rakyat asing yang menetap terus di Melaka

    setelah berkahwin dengan masyarakat tempatan. Rakyat asing tidak diwajibkan mengamal

    dan mematuhi tradisi kebudayaan masyarakat tempatan tetapi mereka masih tertakluk

    12

    Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani, Pendidikan Negara bangsa, pts publication & distributor sdn. Bhd.,edisipertama, 2003, hlm 130.13

    Barbara and L. Y. Andaya,A history of Malaysia, Macmillan, London, 1982, hlm 45.

  • 8/21/2019 Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

    7/8

    kepada Undang-undang dan peraturan di Melaka.14 Orang asing yang datang ke Tanah

    Melayu menetap lama di sana bagi tujuan-tujuan tertentu seperti berdagang, merantau dan

    sebagainya.

    Hamba

    Hamba menduduki hierarki yang paling rendah dalam susun lapis sosial masyarakat

    Melaka. Bilangan hamba adalah ramai tetapi mereka dikawal ketat oleh tuan masing-

    masing. Hal ini kerana, hamba dianggap sebagai kepunyaan orang lain. Institusi

    penghambaan penting dalam masyarakat Melaka kerana keperluan dan kepentingan sosial

    serta ekonomi masyarakat. Hamba juga akan dapat menaikkan status pemerintah, kerana

    semakin ramai hamba yang dimiliki, semakin tinggi status sosial dan ekonomi seseorang

    pemiliknya. Secara fizikalnya, fungsi hamba ialah menyediakan tenaga kerja manusia bagi

    menjalankan pelbagai kerja sama ada ringan atau berat. Hamba juga dapat meninggikan

    taraf individu yang menjadi pemilik mereka. Layanan yang diberikan terhadap hamba adalah

    berbeza dengan rakyat biasa kerana sekiranya seorang hamba melakukan kesalahan,

    hukuman yang dikenakan adalah lebih berat daripada hukuman yang dikenakan kepada

    rakyat biasa atas kesalahan yang sama.

    Terdapat dua jenis hamba dalam masyarakat melayu iaitu hamba berhutang dan

    hamba abdi. Hamba berhutang akan terlepas dari pemiliknya apabila semua hutang-

    hutangnya Berjaya dilunaskan, manakala hamba abdi akan terus berkhidmat dengan

    pemiliknya tanpa batasan masa. Pemilik hamba adalah terdiri daripada raja dan kerabatnya,

    para pembesar dan para pemiutang. Golongan hamba ini bekerja kepada pemiliknya tanpa

    dibayar gaji dalam setiap perkhidmatan yang diberikannya. Hal ini disebabkan hamba adalah

    seseorang individu yang perkhidmatannya amat diperlukan namun tidak mendapat layanan

    yang sempurna dan diwajibkan pada masa lalu. Namun, pada hari ini sistem perhambaan ini

    telah dihapuskan bagi menghormati hak-hak seseorang individu bagi mendapatkan layanan

    yang lebih baik dan sempurna.

    14 Muhammad Yusoff Hashim. Op cit. Hal 274.

  • 8/21/2019 Sistem Sosial Di Tanah Melayu Sebelum Kemerdekaan (Sistem Susun Lapis Masyarakat Melayu)

    8/8

    RUJUKAN

    Zulhilmi Paidi & Rohani Abdul Ghani. Edisi pertama 2003. Pendidikan Negara bangsa. pts publication

    & distributor sdn. Bhd.

    Hairol Anuar Hj Mak Din. 2009. sejarah Malaysia,1400-1969: satu revolusi. pusat penyelidikan dan

    pembangunan akedemik kolej university Malaysia islam antarabangsa Selangor.

    Muhamad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan melayu Melaka. dewan bahasa dan pustaka.